Вы находитесь на странице: 1из 7

TUGASAN KUMPULAN

SOALAN 2A (KUMPULAN)

Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir dasar Pembangunan Nasional (DPN) kerana masyarakat yang bersatu padu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menerapkan satu langkah kea rah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabikan politk, kualiti hidup , kecekapan pentadbiran kerajaan dan kecemerlangan ekonomi Petikan: Objektif DPN

Berdasarkan petikan di atas, huraikan bagaimana Dasar Pendidikan Negara dapat membantu mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia dan seterusnya mencapai objektif Dasar Pembangunan Nasional ( DPN )

PENGENALAN

Penyata Razak 1956 merupakan cadangan-cadangan yang dibuat oleh satu jawatankuasa oleh kerajaan Malaysia bagi mengkaji semula sistem pendidikan di Malaysia. Jawatankuasa pelajaran ini ditubuhkan pada bulan September 1955 dan dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia yang ketika itu Tun Abdul Razak Hussein.

Cadangan yang dikemukakan oleh Penyata Razak ini diluluskan oleh kerajaan persekutuan Tanah Melayu dan antara perkara penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) serta menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa bahasa pengantar bagi SRK. Penyata Razak juga mencadangkan satu sistem pendidikan menengah dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Perenggan 12 dalam Penyata Razak (1956) menyatakan:

Tujuan dasar pelajaran ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.

Jelas di sini menunjukkan bahawa dasar Laporan Razak 1956 ini juga mengutamakan perpaduan negara dan unsur serta nilai perpaduan menjadi teras bagi menjamin kesejahteraan dan kepentingan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum. Penyata Razak jelas telah menggariskan aspirasi ini di dalam penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Aliran Pendidikan Kebangsaan adalah saluran berkesan yang dapat membina warga Malaysia yang kukuh bersatu padu.

Akta pelajaran 1961 telah memandatkan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan yang memberi penekanan kepada penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama, penggunaan kurikulum yang sama bagi semua sekolah dan pengambilan peperiksaan awam yang sama oleh semua murid atau pelajar. Sistem Pendidikan Kebangsaan yang menekankan perkara tersebut dengan tujuan untuk mewujudkan satu identiti kebangsaan seterusnya dapat menyumbang kepada perpaduan rakyat di negara ini. Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris telah dijadikan sebagai matapelajaran wajib bagi semua sekolah dan turut mengekalkan penggunaan bahasa-bahasa kaum Cina dan Tamil sebagai bahasa ibunda di sekolah jenis kebangsaan (SJK), dan juga menggalakkan bahasa ketiga seperti Bahasa Arab, Jepun dan Perancis. Sebenarnya, tragedi 13 Mei 1969 juga merupakan salah satu penyumbang ke arah pembentukan pendidikan kebangsaan yang diharapkan dapat mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

DASAR PENDIDIKAN NEGARA DALAM MEWUJUDKAN PERPADUAN BAHASA KEBANGSAAN

Kedudukan serta peranan Bahasa Kebangsaan dalam sistem pentadbiran dan sistem pendidikan ini ternyata dalam beberapa dokumen penting kerajaan. Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan telah mewujudkan satu Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah melaksanakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi tunggal negara ini. Akta Pelajaran 1961 dan Rancangan Lima Tahun Malaysia telah

menyatakan hasrat untuk menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama adalah satu prinsip asas Dasar Pendidikan Negara. Rakyat Malaysia menerima hakikat bahawa Bahasa Kebangsaan adalah tali penghubung terpenting dalam usaha memupuk perpaduan rakyat kerana ia boleh berperanan sebagai bahasa pengantaraan untuk masyarakat kita yang berbilang kaum.

Malah, Bahasa Melayu telah diimbangi dengan hak untuk mengguna, mengajar dan mempelajari apa-apa bahasa. Bahasa Melayu juga diwajibkan penggunaannya dalam maksud rasmi di negara kita. Selaras dengan kedudukan serta peranannya, bolehlah dikatakan Bahasa Kebangsaan diajar sebagai salah satu matapelajaran penting di semua peringkat dan jenis sekolah di Malaysia. Kenyataan ini dapat dilihat melalui pernyataan ini: Where the main medium of instruction in an educational institution is other than the national language, the national language shall be taught as a compulsory subject in the educational institution.

(Education Act 1996, Sec.17)

Dalam Akta Pelajaran 1996 telah menjelaskan bahawa kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama hanya untuk sekolah kebangsaan sahaja dan sekolah jenis kebangsaan telah diberi pengecualian dengan dibenarkan menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di sekolah.

Namun, sehingga kini masih wujud masalah yang berkaitan dengan penggunaan bahasa meskipun sudah hampir 54 tahun negara kita merdeka. Jelaslah di sini bahawa negara kita masih goyah semangat Malaysianya. Setiap etnik utama melayu, cina dan india di negara kita masih mahu mempertahankan penggunaan bahasa ibunda sendiri dengan menubuhkan sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Misalnya, sekolah jenis kebangsaan cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan tamil (SJKT). Sekolah-sekolah ini menggunakan bahasa ibunda seperti mandarin dan tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah. Walaupun, sekolah-sekolah ini diberi pengecualian oleh akta, namun ini sebenarnya menambahkan jurang antara kaum kerana pelajar akan kurang interaksi dengan kaum yang lain. Pengecualian ini dibuktikan melalui kenyataan ini:

The national language shall be the main medium of instruction in all educational institution in the national education system except an national type school established under section 28 or any other educational initution exempted by minister from this section

(Education Act 1996, Sec.17)

Akan tetapi, sekolah jenis kebangsaan ini tetap diwajibkan untuk mengajar Bahasa Kebangsaan sebagai subjek utama kerana ia merupakan bahasa perhubungan dan perpaduan bagi negara kita. Sebenarnya, melalui bahasa, kita dapat meningkatkan perpaduan kerana komunikasi yang berjalan dengan lancar dan masyarakat akan saling faham kehendak satu pihak yang lain. Penggunaan bahasa yang seragam dapat membantu menghilangkan perasaan prasangka kerana setiap golongan masyarakat menggunakan bahasa yang difahami malah ia akan banyak membantu menangani masalah salah faham konteks maksud ayat yang ingin disampaikan.

KURIKULUM KEBANGSAAN The Minister shall prescribe a curriculum to be known as the National Curriculum which subject to subsection (3) shall be used by all schools in the National Education system

(Education Act 1996, Sec. 18)

Melalui penyataan ini, jelas bahawa kurikulum dalam pendidikan kebangsaan juga penting dalam perpaduan negara. Kurikulum merupakan satu usaha ke arah mewujudkan berbagai-bagai program pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan murid dan pelajar menerima ilmu pengetahuan, memperkembang dan meningkatkan kemahiran serta menghayati nilai-nilai yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Di negara ini, penggunaan kurikulum di sekolah adalah sama iaitu berdasarkan Kurikulum Kebangsaan. Kurikulum Kebangsaan merupakan satu lagi ciri dasar Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk mewujudkan keperibadian kebangsaan ke arah pembentukkan perpaduan negara.

Kurikulum Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di negara ini telah digubal sedemikian demi mencapai dasar perpaduan. Bagi sekolah rendah, kurikulumnya digubal

untuk memberi kemahiran asas dan menerapkan perkembangan ilmu pengetahuan dan sosialisasi di kalangan murid-murid sekolah rendah. Manakala, sekolah menengah pula merupakan kesinambungan sekolah rendah dan ia pula menekankan pendidikan yang seimbang dan bersepadu. Melalui pelaksanaan ini, Kementerian Pendidikan yakin mampu mewujudkan jenis rakyat yang diingini oleh Falsafah Pendidikan Negara. Kementerian Pendidikan telah menjadikan kurikulum sebagai salah satu asas untuk membentuk perpaduan di kalangan murid-murid yang mendapat pendedahan bermula dari alam persekolahan lagi.

Pendedahan sejak awal dapat memupuk semangat patriotisme yang tinggi misalnya melalui subjek sejarah. Hal ini kerana, subjek ini menceritakan kisah perjalanan pembentukkan negara sejak awal lagi. Ia turut memuatkan semangat perjuangan pejuang tanah air untuk menuntut kemerdekaan. Secara tidak langsung semangat patriotisme meresap dalam diri pelajar yang belajar mengenainya. Malah, sukatan pelajaran yang sama juga menyumbang kepada perpaduan negara. Sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan perlu mendapat pendedahan yang sama kerana dari situlah semangat pelbagai bangsa dapat ditingkatkan untuk menjaga negara kita daripada dijajah semula baik dari segi pemikiran atau penaklukan negara. Isu mewajibkan penggunaan kurikulum kebangsaan sebenarnya telah diperakukan oleh Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1979: Dengan tujuan untuk mewujudkan keperibadian kebangsaan, maka adalah diperakukan supaya pendidikan yang diberi kepada semua murid hingga ke tingkatan V di sekolah-sekolah swasta hendaklah menggunakan sukatan pelajaran yang sama.

(Perakuan 33)

PEPERIKSAAN AWAM Every school shall prepare its pupils for examinations prescribed by or unfer this Act or any regulations made under this Act unless otherwise exempted by or under this act.

(Educated Act 1996, Sec.19)

Kenyataan ini menunjukkan bahawa Pendidikan Kebangsaan juga menetapkan bahawa peperiksaan awam yang diduduki oleh pelajar-pelajar haruslah sama atau seragam.

Jelas, semua institusi pendidikan harus menyediakan peperiksaan yang sama agar tidak wujud masalah tentang tahap kelayakan seseorang untuk memasuki tahap yang lebih tinggi. Namun, mungkin di luar sedar kita, masih terdapat beberapa buah sekolah swasta yang tidak menyediakan murid-murid atau pelajar-pelajar mereka bagi mengikuti peperiksaan awam yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan. Sekolah-sekolah ini lebih menggalakkan murid-murid atau pelajar-pelajar mengambil peperiksaan yang dianjurkan oleh badan-badan di luar kerajaan.

Kewujudan peperiksaan ini sebenarnya akan membawa padah kerana kelayakan peperiksaan itu dikhuatiri akan diragui oleh institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) negara kita. Situasi ini tidak bermaksud sekolah-sekolah swasta tidak boleh menyediakan pelajarpelajar mereka untuk mengambil peperiksaan jenis lain, tetapi mereka perlulah mendaftar dan mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Kementerian Pendidikan sebelum peperiksaan itu diduduki oleh calon-calon yang berkenaan. Pendidikan Kebangsaan telah menetapkan setiap murid atau pelajar wajib mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) atau Sijil Peperiksaan Malaysia Vokasional (SPMV), dan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM).

Keputusan peperiksaan ini digunakan untuk tujuan pensijilan dan penentuan kerjaya di samping melanjutkan pelajaran. Selain itu, keputusan peperiksaan juga dijadikan asas mendapatkan biasiswa dan dermasiswa. PMR adalah untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan empat(4), SPM untuk melanjutkan pelajaran tinggi, maktab perguruan, kursus matrikulasi, kursus bertaraf diploma dan tingkatan 6, STPM pula untuk pemilihan kemasukan ke universiti tempatan atau luar.

KESIMPULAN

Oleh kerana, Malaysia mempunyai masyarakat yang majmuk maka konsep perpaduan dalam konteks negara ini perlu difahami dengan jelas. Satu prinsip Rukun Negara telah menyatakan bahawa perpaduan mestilah berupaya untuk menangkis semua gejala yang boleh memecahbelahkan rakyat, seperti semangat perkauman yang menebal dan perasaan kedaerahan yang melampau. Salah satu cara yang digunakan agar rakyat Malaysia sentiasa bersama adalah melalui pendidikan kebangsaan. Institusi sekolah diharap bukan lagi hanya

sebagai tempat untuk belajar menulis, mengira dan membaca tetapi sekolah juga berperanan untuk membimbing pelajar untuk hidup bermasyarakat dan bernegara.

Malah, cara ini di anggap paling berkesan kerana setiap orang pasti akan melangkah ke alam persekolahan dan keadaan ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan semangat cintakan negara berdasarkan sukatan pelajaran, penggunaan bahasa melayu dan sistem peperiksaan yang seragam. Semangat patriotik perlu ditanam dalam diri setiap kumpulan etnik agar negara kita kukuh daripada dijajah oleh anasir luar melalui pemikiran.

Вам также может понравиться