Вы находитесь на странице: 1из 3

YANAH BINTI SANTONG IPGKG /DPLI-SR/BM/2011/12/027 870917-49-5420 KUMPULAN 10

REFLEKSI KEMBARA BINA INSAN GURU FASA 3 PUSAT KOKURIKULUM JPN SABAH MALANGANG, KIULU 16 JANUARI 2013

Pada 16 Januari 2013 iaitu bersamaan hari Rabu, seramai 87 orang pelajar Diploma Peguruan Lepasan Ijazah (DPLI) ambilan Disember 2011 yang terdiri daripada opsyen Pendidikan Awal Kanak-kanak, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Melayu telah menjalankan aktiviti kembara dibawah kelolaan Encik Abdullah Bin Muhammad, selaku jurulatih darat Program Bina Insan Guru (BIG) fasa ketiga ini. Encik Abdullah telah memilih beberapa orang ahli Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS) untuk membantu beliau dari segi persediaan dan untuk melancarkan perjalanan aktiviti kembara ini. Semua peserta BIG telah dibahagikan kepada 12 kumpulan dimana ahli setiap kumpulan adalah terdiri daripada gabungan ketiga-tiga opsyen DPLI. Antara tugasan semasa aktiviti kembara ini adalah seperti membuat lakaran peta perjalanan, mengukur jarak menggunakan kiraan langkah, mengenali sosiobudaya melalui temubual dengan penduduk kampung yang ditemui semasa dalam perjalanan, pertolongan cemas, mengenalpasti tumbuhan hutan yang boleh dijadikan ubat secara tradisional, serta memasak dalam keadaan darurat. Jalan yang terpaksa dilalui semasa aktiviti kembara ini sangat mencabar kerana kami terpaksa melalui beberapa sungai dengan menggunakan laluan jambatan gantung. Jalan yang licin dan berbatu menyebabkan kami mengalami kesukaran untuk bergerak dengan laju. Walaupun kami berada dalam giliran yang agak akhir, namun itu tidak menjadi alasan untuk kami mementingkan diri sendiri dan membiarkan ahli kumpulan yang lain tidak

dapat meneruskan perjalanan bersama. Pada pendapat saya, nilai tolong-menolong antara satu sama lain penting dan saya merasakan kebaikan yang diberi kepada orang lain akan dibalas dengan kebaikan juga pada masa akan datang. Sepanjang perjalanan, kami telah mengutip beberapa ketul batu untuk dijadikan tungku memasak dan pelepah kelapa yang telah kering untuk dijadikan sumber bahan api untuk memasak. Dalam perjalanan, saya terfikir bahawa aktiviti kembara ini sengaja dijalankan di dalam hutan kerana guru pelatih dapat mendalami lagi pengetahuan tentang hutan yang menyediakan pelbagai sumber untuk membantu kita untuk meneruskan hidup jika sesat. Ini kerana, terdapat segelintir guru pelatih yang tidak biasa dengan keadaan luar bandar dan pengalaman sebagini merupakan satu kelainan yang memberi lembaran baru kepada mereka. Simboliknya aktiviti kembara ini memberi saya satu kekuatan untuk menghadapi situasi apabila saya bergelar seorang guru kelak. Sebagai contoh yang mudah apabila saya diminta mengajar di kawasan pedalaman yang kurang kemudahan dan keadaannya tidak kurang seperti sungai dan bukit-bukau yang kami lewati. Semangat yang tinggi dan kuat serta cekal dengan cabaran dan permasalahan yang bakal dihadapi membolehkan seseorang itu meneruskan kehidupan seharian dengan sempurna. Setelah sampai di destinasi perhentian yang telah ditetapkan, kami perlu mencari tempat yang membolehkan kami memulakan aktiviti memasak dengan menggunakan sumber air minuman kami sendiri kerana air sungai yang berhampiran keruh disebabkan hujan. Aktiviti memasak ini telah mengajar saya supaya bersyukur dengan nikmat yang telah diberi oleh-Nya dan saya juga mensyukuri kesempurnaan yang telah dikurniakan oleh Tuhan. Saya masih mampu menjalani kehidupan dengan sempurna dan saya juga mempunyai tubuh badan yang sihat untuk me lakukan kerja untuk melengkapkan kehidupan seharian.

Secara keseluruhannya, aktiviti fizikal kembara hutan ini telah banyak mendatangkan manfaat kepada kami. Aktiviti ini memerlukan kerjasama dan daya ketahanan fizikal yang tinggi dikalangan setiap peserta sendiri. Dalam aktiviti ini, para peserta menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dalam membantu rakan-rakan mengharungi jalan-jalan berliku, denai-denai yang sukar untuk ditempuhi. Selain itu, kami juga perlu menunjukkan ketahan fizikal yang mana amat diperlukan ketika menempuhi cabaran menjadi guru kelak. Begitu juga, dalam aktiviti ini guru pelatih dikehendaki menggunakan survival skill terutamanya ketika menyediakan makanan. Melalui aktiviti ini, kami telah diterapkan

dengan nilai berdikari yang mana mereka menggunkan hanya peralatan yang disediakan untuk menyediakan makanan. Para peserta juga telah menunjukkan komitment dalam memastikan menu yang diarahkan dapat dimasak dengan sepenuhnya dan selamat untuk dimakan. .Kesimpulannya aktiviti ini penting dan telah berjaya memenuhi objektif yang mana penting untuk diaplikasikan ketika kami keluar menjadi guru kelak semangat kerjasama, komitment serta nilai berdikari yang telah diterapkan ini perlu ada dalam diri setiap bakal guru.

Вам также может понравиться