Вы находитесь на странице: 1из 24

PENGENALAN Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia etika ialah suatu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu

kumpulan manusia atau organisasi. setiap badan profesional mempunyai kod etika masing-masing. setiap profesion akan menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut. Ini disebut sebagai KOD ETIKA. justeru, etika profesional ialah nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus dihayati oleh individu-individu mengikut profesion masing-masing. Kod etika juga memperjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari oleh individuindividu dalam sesuatu profesion. tujuan kod etika ialah untuk mengekalkan integriti moral sesuatu profesion. setiap guru harus mematuhi kod etika yang terdapat dalam oleh TATASUSILA Kementerian PROFESION Pendidikan KEGURUAN Malaysia, seperti yang

disarankan

seperti ibu

berikut: bapa;

tanggungjawab

terhadap

pelajar;

tanggungjawab

terhadap

tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara; dan tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan Etika ialah suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan salah dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan. Kod Etika turut memperjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari oleh individuindividu dalam sesuatu profesion. Bertujuan untuk mengekalkan integriti moral sesuatu profesion.

DEFINISI ETIKA I. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995). II. III. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994). Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. IV. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.

DEFINISI ETIKA PERGURUAN Etika Perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana: I. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. II. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. III. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. IV. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. V. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan

dikuatkuasakan.

TANGGUNGJAWAB GURU TERHADAP PROFESION KEGURUAN a) Tanggungjawab terhadap Pelajar Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar Bersikap adil terhadap setiap pelajar Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang baik Membimbing atau mengajar seseorang pelajar b) Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dengan rumah tangga Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka. c) Tanggungjawab terhadap Masyarakat dan Negara Menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat

Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau Negara

d) Tanggungjawab terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Keguruan Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seorang guru Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat Mengawal diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik 3

profesion perguruan Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.

e) Akauntabiliti Guru akauntabiliti bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Konsep akauntabiliti satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut. Akauntabiliti keguruan

tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan.

f) Kebaikan Akauntabiliti Memastikan semua pelajar belajar mengikut kemampuan mereka sendiri dan berfaedah bagi sekumpulan kecil pelajar yang lemah Pelajar akan mempunyai motivasi yang kuat untuk belajar Penekanan pada pencapaian memotivasikan guru untuk mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang baru.

Akauntabiliti dapat memberitahu orang ramai segala yang berlaku di sekolah. g) Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah Kaedah mengajar sejajar dengan perkembangan kognitif murid-murid. Bersifat optimistik dan menunjukkan minat yang tinggi di dalam pekerjaannya Kaedah mengajar yang terkini dan canggih Perhubungan sosial yang baik . Kawalan disiplin yang berkesan Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah Membina satu program perkembangan kokurikulum yang dinamik Pembimbing kepada muridmurid untuk memotivasikan

murid-murid bagi meningkatkan kemahiran pencapaian akademik Menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah h) Akauntabiliti Guru terhadap Tingkah Laku Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan Menjadi seorang 'role model' yang baik dalam masyarakat setempat Mengurus kewangan sendiri dengan bijaksana Mengamalkan nilai-nilai murni seperti ketatasusilaan, belas kasihan, kejujuran dan keikhlasan, kecekapan, pertimbangan memelihara penampilan diri Melibatkan diri dalam hobi aktiviti berfaedah pada masa lapang mengawal emosi ketika mengajar i) Akauntabiliti Guru terhadap Murid Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid-murid Bersedia

menyelesaikan masalah murid-murid dengan bersikap adil Ikhlas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan Bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa. Tidak mengharapkan sebarang balasan dan ganjaran

j) Akauntabiliti Guru terhadap Profesion Menjadi ahli kesatuan guru elak membuat sebarang kenyataan negatif tentang profesionnya dalam media tempatan elakkan daripada menganggotai parti haluan kiri/ kegiatan pengganas , dan politik Selalu bersedia membantu rakan sejawat elakkan daripada terlibat dalam sebarang kegiatan negatif atau merbahaya k) Akauntabiliti Guru terhadap Komuniti Tidak menyebarkan ajaran negatif yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara Bersopan-santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial Mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan5

kegiatan masyarakat Sentiasa menghormati ahli-ahli masyarakat setempat Tidak mencemarkan nama baik rakan sejawat

TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR 1) Guru tidaklah harus bertingkah laku yang tidak elok sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Pernyataan diatas telah membawa maksud bahawa setiap tindak tanduk dan sikap guru lakukan mendapat perhatian masyarakat sekeliling terutama pelajar dan ibu bapa. Adalah amat penting bagi seorang guru agar menjaga perlakuan agar tidak menccemarkan kredibiliti keguruannya sehingga boleh menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap nilai-nilai murni seorang guru yang membawa tanggungjawab mendidik anak bangsa supaya bertingkah laku baik dan berakhlak mulia. Jika guru gagal, seluruh masyarakat tidak akan mempercayai guru dalam membantu ibu bapa mendidik anak-anak mereka. 2) Guru tidaklah harus bertingkahlaku yang boleh membawa kepada jatuhnya kewangan Etika ini adalah melibatkan sikap dan prinsip hidup seorang guru apabila memegang sesuatu amanah terutamanya yang melibatkan kewangan. Seorang guru selain daripada mengajar dan mendidik, ada kalanya guru juga akan melakukan tugas mengutip yuran sekolah dan sebagainya. Dalam memegang amanah melibatkan wang, guru mestilah bersikap jujur, berhati-hati dan tidak lalai. Ini adalah kerana kesilapan yang kecil akibat kecuaian juga boleh membuang kepercayaan pelajar dan ibu bapa berhubung kewangan terhadap guru tersebut. Sukar bagi mereka untuk mengamanahkan anak mereka kepada seorang guru yang tidak jujur dan lalai. 6 maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan

3)

Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur Ini bermakna ketika guru sedang melakukan tugas dan bergaul dengan pelajar, guru hendaklah berlaku jujur tanpa melakukan sesuatu itu dengan niat untuk mendapat ganjaran, nama mahupun populariti dikalangan pelajar. Jujur dalam memberi perlindungan kepada pelajar dan tidak pernah sekali cuba untuk mempergunakan hubungan baiknya untuk kesenangan peribadinya.

4)

Tanggungjawab utama guru adalah terhadap anak muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. Apabila berlakunya konflik atau kekeliruan yang memerlukan guru membuat keputusan antara pelajar, persatuan yang diikuti oleh guru ataupun kehendak persendirian, keputusan yang perlu guru ambil pelajar menjadi perkara utama perlu guru dahulukan. Ini adalah kerana sudah menjadi tanggungjawab seorag guru itu untuk melindungi dan menjaga kepentingan pelajarnya terutama ketika disekolah. Sewaktu guru sedang menjalankan tugas, perkara lain harus di ketepikan buat sementara waktu agar guru dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada pelajar.

5)

Guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran kepada setiap muridnya tak mengira bangsa, agama dan kepercayaannya. Guru mestilah tidak mengamalkan sikap pilih kasih sesama kaum dan agama mengikut keselesaannya. Seperti contoh Cikgu Azman seorang berbangsa Melayu dan beragama Islam, maka Cikgu Azman mengajar dan memberi tumpuan kepada pelajar Melayu sahaja kerana berpendapat beliau mahu membela nasib bangsa sendiri tanpa mengambil peduli kaum lain yang dirasakan lebih pandai berbanding pelajar Melayu. Sikap yang ditonjolkan ini boleh menimbulkan konflik dan perasaan tidak puas hati di kalangan pelajarpelajar bangsa Cina dan India. 7

6)

Guru haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat sebaik orang paling sahaja pelajar melangkah kaki ke sekolah, guru adalah merupakan tua dan orang yang paling diharapkan untuk menjaga, pelajar kerana pada waktu persekolahan, ibu bapa tidak dapat menumpukan perhatian pada anak adalah seorang yang melayan

mengasuh dan mendidik

sebenar keluar bekerja dan mereka. Seorang guru yang baik

pelajarnya seperti anak sendiri agar pelajar tidak

merasa tersisih dan dapat ketika di rumah.

menikmati kasih sayang yang mungkin tidak diperolehi 7)

Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain

kepercayaan

guru mesti melayan dan menyempurnakan tugasnya sama rata. Dalam mengajar juga, ilmu pengetahuan dicurahkan sama rata tanpa mengira status pelajar dihadapannya. Semua pelajar memerlukan ilmu pengetahuan yang sama sama ada dari mana dan siapa pelajar tersebut kerana mereka datang ke sekolah dengan tujuan yang sama iaitu menuntut ilmu.

8) Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain

semasa mengajar guru harus peka bahawa pelajar adalah individu yang berbeza antara satu sama lain dari segi pembelajaran dan pemahamannya. Guru harus peka dan sentiasa prihatin dengan setiap pelajar agar tiada yang tertinggal dalam membantu mereka menonjolkan potensinya.

9)

Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan

guru sebagai seorang pemegang amanah dan seorang yang boleh dipercayai selepas ibu bapa bagi pelajar itu. Maka apa sahaja maklumat mengenai pelajar tidak boleh didedahkan sama sekali terutama jika maklumat itu boleh memalukan dan mengaibkan pelajarnya. 10) Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara guru tidak boleh bersikap tidak mempedulikan pelajarnya dan seterusnya tidak mementingkan kehendak masyarakat dan mencapai matlamat negara. 11) Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara

yang taat dan berguna melengkapkan pelajar dengan membimbing mereka ke arah dan tujuan yang baik sekaligus dapat melahirkan warganegara yang baik dan sedia memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. 12) Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya guru harus menjaga dan menyusun katanya dengan baik agar apa sahaja perkataan yang keluar dari guru tidak disalah erti dan menimbulkan rasa curiga kepada pelajar-pelajar mahupun ibu bapa. Ini boleh menjatuhkan maruah dan merendahkan martabat guru itu sendiri.

13)

Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model' kepada muridnya guru sentiasa harus menunjukkan tingkah laku yang baik dan bernilai murni agar dapat memberi contoh atau model yang baik kepada pelajarnya. Ia juga adalah untuk menjaga nama baik guru dan professionnya.

14)

Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan tuisyen atau kelas tambahan persendirian yang mahu guru lakukan adalah mesti bertujuan untuk membantu pelajar meningkatkan prestasi dan mengatasi kelemahannya bukan untuk guru menambah pendapatan luar waktu sekolah. Apa sahaja pendapatan yang diperolehi daripada pengajaran adalah dilarang. Ini adalah bagi menjaga kredibiliti seorang guru yang berpekerti mulia. 15) Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian menerima bayaran untuk kelas tambahan adalah dilarang, apatah lagi mengiklankan dirinya untuk apa-apa kelas tuisyen anjurannya. Dengan erti kata lain guru dilarang meletakkan namanya dalam apa-apa iklan berkaitan agar guru tidak menimbulkan syak wasangka masyarakat sekeliling.

16)

Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya sudah tertakluk dalam perlembagaan negara bahawa rakyatnya adalah bebas menganut mana-mana agama. Oleh sebab itu guru tidak harus memaksa mahupun mempengaruhi pelajarnya agar mempercayai apa yang guru percaya. Guru harus berada di pihak yang neutral agar beri peluang pelajar agar mereka menilai dan memilih kepercayaan sendiri apakah yang terbaik untuk diri mereka 10

sendiri. Guru hanya boleh memberi panduan selebihnya murid perlu membuat keputusan sendiri. 17) Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya setiap tugas dan tanggungjawab yang dijalankan hendaklah ikhlas tanpa mengharapkan atau meminta balasan daripada ibu bapa mahupun masyarakat. 18) Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain ini bermaksud bahawa dalam pergaulan juga guru harus menjaga nama baik sesama rakan setugas agar nama baik dan maruah guru tidak tercalar di kalangan pelajar. 19) Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan guru sentiasa mengemaskini kecekapan dan cara bekerja agar dapat peluang yang sama untuk meningkatkan diri dan taraf pekerjaannya. Menggunakan kemahiran untuk naik pangkat bukan dengan cara mengampu pentadbir sekolah. 20) Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesarbesarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan tugas guru yang utama adalah mengajar dan mendidik pelajar. Guru harus mengutamakan pelajar berbanding dirinya. Adalah dilarang sama sekali guru melampaui pelajarnya dengan berlumba-lumba menempa nama. Seharusnya guru membantu menaikkan nama pelajar bukan untuk kebaikan dirinya.

11

TANGGUNGJAWAB GURU TERHADAP RAKAN SEJAWAT

1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. Guru seharusnya mempunyai sikap bertanggungjawab dan kerahsiaan. Selain itu, seseorang guru juga perlu mengamalkan nilai-nilai murni dan menjaga nama baik rakan sejawat 2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru. Seorang guru tidak harus terlibat dalam sebarang kegiatan tidak bermoral ataupun terlibat dalam jenayah serta melakukan sebarang kerja diluar bidang tugas keguruan 3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan kemajuan ikhtisas dan sosial. -Guru seharusnya melengkapi diri dengan pengetahuan yang baru, contohnya berkaitan IT ataupun sentiasa meningkatkan prestasi dalam profesion keguruan 4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan. Seorang guru yang baik adalah guru yang bermurah hati serta membantu rakan sekerjanya 5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan Seorang guru perlu menjadi Role Model kepada murid dan masyarakat. Guru juga perlu menjaga kelakuan dan etika berpakaian.

12

PENGENALAN Amalan refleksi dapat memperkaya diri dan merangsang amalan professional. Ia bertindak sebagai forum untuk membuat keputusan yang mengakibatkan tindakan tentang konteks pengajaran. Refleksi yang dikemukakan oleh Dewey (1933) menjadi batu asas dalam mengkaji proses kognitif guru semasa membuat keputusan tentang pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan refleksi memerlukan perkembangan sikap dan kebolehan seperti keterbukaan, kerelaan untuk menerima tanggungjawab untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan. Refleksi memberi peluang guru menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan kelemahan diri. Dengan ini, guru dapat membuat pengubahsuaian serta membaiki proses pembelajaran mereka dengan efektif. Antara strategi yang boleh dilakukan oleh guru untuk meningkatkan profesionalisme mereka ialah penulisan jurnal/reflektif. Ia sebagai jentera untuk mereflek secara sistematik dan merangsangkan pemikiran reflektif. Kajian menunjukkan aktiviti ini merupakan salah satu strategi terbaik untuk mendorong guru mengamalkan penyiasatan reflektif dan penilaian kendiri terhadap isu-isu pengajaran dan pembelajaran (Bolin, 1988; Richert, 1990; Zeichner & Liston, 1987). Dalam penulisan reflektif, Schon (1983, 1987) membezakan proses pemikiran kepada refleksi semasa tindakan di mana seseorang melihat semula dan memikirkan permasalahan yang wujud untuk memahami situasi manakala refleksi ke atas tindakan di mana guru merenung kembali proses pemikirannya dan menganalisis situasi sebelum merancang tindakan susulan. Kedua-dua refleksi semasa tindakan dan refleksi ke atas tindakan dapat membantu guru berkembang diri dalam bidang profesionalnya. Penulisan reflektif menggambarkan secara keseluruhan satu pola pemikiran yang beralih dari refleksi teknikal ke tahap refleksi kritikal. Penulisan reflektif merupakan satu cara meninjau teori-teori pengajaran dan perkembangan professional. Pemikiran baru akan dirangsangkan dan melalui perbincangan dengan rakan sekerja, teori-teori dan persoalan-persoalan dipertikai dan diperkembangkan. Refleksi menyediakan satu asas yang kaya dan komprehensif mengenai pengajaran dan pembelajaran. Ia bukan sahaja membolehkan seseorang guru memperoleh pengertian mengenai tugasnya tetapi ia memberi pelbagai perspektif 13

terhadap pengajaran yang boleh dicontohi atau dipelajari oleh guru-guru lain (Boon, 2002). Dalam pada itu, refleksi mempunyai nilai-nilai peribadi yang membawa kepada kepuasan intrinsik apabila guru dapat menganalisis sesuatu situasi atau pengalaman dengan sebaik mungkin

DEFINISI REFLEKSI Refleksi ialah satu proses mengingat dan merenung kembali pengalaman dan aktiviti yang telah dialami serta menganalisis dan menilai kelebihan dan kekurangannya yang bertujuan memikirkan caramemperbaiki dan mengubahsuai untuk panduan dan kegunaan di masa hadapan. Dalam bukunya How We Think (1933), Dewey menghuraikan pemikiran refleksi sebagai satu cara menghadapi situasi bermasalah. Seseorang itu akan melalui proses aktif dan sedar dengan memikirkan masalah secara refleksi dan menyelesaikannya secara praktik. Dewey (1933) mendefinisikan pemikiran refleksi sebagai "active, persistent, and careful consideration of any belief or supposed form of knowledge in the light of the grounds that support it and the further conclusions to which it tends" (p. 9). Dengan berfikir secara refleksi, seseorang boleh "transform a situation in which there is experienced obscurity, doubt, conflict, disturbance of some sort, into a situation that is clear, coherent, settled, harmonious" (pp. 100101). Dengan erti kata lain, seseorang boleh mengubah suatu keadaan keraguan, konflik, dan gangguan yang dialami kepada keadaan yang nyata, koheren, tenang dan harmonis. Menurut Dewey proses manusia berfikir bermula dengan permasalahan yang dihadapinya atau keraguan yang dirasai atau dihadapi seseorang. Selagi hubungan kita dengan persekitaran berada dalam keadaan selesa, kita tidak berfikir sepenuhnya. Apabila kita berhadapan dengan situasi yang tidak selesa, bermasalah dan berlainan daripada kebiasaan kita mula berfikir secara reflektif untuk mencari penyelesaiannya. Maka terbitlah idea-idea atau cadangan cadangan bagi mencari jalan keluar. Munurut Hanipah (2004) refleksi mengikut sesetengah orang adalah satu ulasan terhadap amalan seseorang untuk memastikan ketepatan atau keakurannya kepada satu-satu peraturan yang telah ditentukan. Refleksi juga boleh dilihat sebagai 14

menjadikan satu situasi bermasalah dalam amalan seseorang itu sebagai satu cara memperoleh pemahaman atau pengertian baru dalam amalannya. Hanipah juga mendefinisikan refleksi sebagai satu proses merenung, menganalisis dan mencari alasan dan seterusnya membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri yang dilakukan secara berterusan. Dalam konteks perguruan, kebolehan membuat tranformasi dan refleksi membolehkan guru sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang boleh dilaluinya. Menurut Shulman (1987) dalam konteks perguruan, kebolehan membuat transformasi dan refleksi membolehkan guru sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang telah dilaluinya.

PERANAN REFLEKSI Di antara peranan refleksi amalan pengajaran adalah : a) Mengenal pasti kelemahan dan kekuatan semasa melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran. Refleksi memberi peluang guru menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan kelemahan diri. Dengan ini, guru dapat membuat pengubahsuaian serta membaiki proses pembelajaran mereka dengan efektif. Antara strategi yang boleh dilakukan oleh guru untuk meningkatkan profesionalisme mereka ialah penulisan jurnal/reflektif. Ia sebagai jentera untuk mereflek secara sistematik dan merangsangkan pemikiran reflektif. Kajian menunjukkan aktiviti ini merupakan salah satu strategi terbaik untuk mendorong guru mengamalkan penyiasatan reflektif dan penilaian kendiri terhadap isu-isu pengajaran dan pembelajaran (Bolin, 1988; Richert, 1990; Zeichner & Liston, 1987). Dalam penulisan reflektif, Schon (1983, 1987) membezakan proses pemikiran kepada refleksi semasa tindakan di mana seseorang melihat semula dan memikirkan permasalahan yang wujud untuk memahami situasi manakala refleksi ke atas tindakan di mana guru merenung kembali proses pemikirannya dan menganalisis situasi sebelum merancang tindakan susulan. Kedua-dua refleksi semasa tindakan dan refleksi 15

ke atas tindakan dapat membantu guru berkembang diri dalam bidang profesionalnya. Penulisan reflektif menggambarkan secara keseluruhan satu pola pemikiran yang beralih dari refleksi teknikal ke tahap refleksi kritikal. Penulisan reflektif merupakan satu cara meninjau teori-teori pengajaran dan perkembangan professional. Pemikiran baru akan dirangsangkan dan melalui perbincangan dengan rakan sekerja, teori-teori dan persoalan-persoalan dipertikai dan diperkembangkan. Refleksi menyediakan satu asas yang kaya dan komprehensif mengenai pengajaran dan pembelajaran. Ia bukan sahaja membolehkan seseorang guru memperoleh pengertian mengenai tugasnya tetapi ia memberi pelbagai perspektif terhadap pengajaran yang boleh dicontohi atau dipelajari oleh guru-guru lain (Boon, 2002). Dalam pada itu, refleksi mempunyai nilai-nilai peribadi yang membawa kepada kepuasan intrinsik apabila guru

b) Membuat penambahbaikan terutama pengajaran dan pembelajaran secara berterusan. Dewasa kini, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi aspek utama dalam membentuk modal insan yang bermindakan kelaspertama. Disamping itu, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi kayu ukur dalam memastikan hasrat Negara tercapai iaitu melahirkan modal insan yang dapat berjasa kepada Negara. Maka konsep pengajaran dan pembelajaran perlu difahami oleh semua bakal guru dalam mencapai hasrat tersebut. Serbagaimana kita maklum, seorang guru perlu melengkap diri mereka dengan konsep asas pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran boleh dihuraikan sebagai memberikan arahan-arahan atau berkongsi pengetahuan dengan orang lain. Disamping itu, pengajaran boleh dihurai sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi denganbaik. Oleh itu,dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan guru perlulah menilai keperluan-keperluan pembelajaran yang spesifik dan

mengaplikasikan strategi-strategi serta aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk pelajar. Secara amnya, pembelajaran merupakan perubahan dalam seseorang individu akibat daripada 16

pengalaman. Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan dan semua pembelajaran ini berkait dengan pengalaman. Setelah memahami konsep pengajaran dan pembelajaran , seorang guru perlulah mengaplikasikannya dalam dunia pendidikan. Misalnya, guru perlu menarik perhatian pelajar dengan mengarah pelajar kepada topik pengajaran. Contohnya ,guru boleh memulakan pengajran dengan program multimedia, iaitu skrin dengan animasi sebelum tajuk dikemukan. Disampingitu, diikuti dengan kesan buny iatau muzik yang boleh menarik perhatian pelajar dengan rangsangan auditori atau visual.Dalammemastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancer dan berkesan,

guruperlumemaklumkankepadapelajartentangobjektifpelajaransupayamerekasedartenta ngmatlamatpengajaran. Dengan kesedaran ini,pelajar lebih bersedia dan mempunyai pemikiran yang perlu pelajaran yang akan dilalui.Bag imemperjelas matlamat pengajaran kepada pelajar, guru boleh menerangkan tujuan kandungan, mengemukan matlamat untuk pelajar memilih dan meminta pelajar memilih matlamat sendiri. Selain daripada itu, guru harus menggunakan pelbagai cara untuk memperoleh maklumat tentang pengetahuan sediaada pelajar sebelum memulakan pelajaran.

c) Memperbaiki pengajaran guru sesuai dengan penggayaan murid. Guru memerlukan kemahiran asas supaya dapat menjalankan satu proses pengajaran yang baik seterusnya membawa kepada proses pembelajaran murid-murid. Proses pengajaran melibatkan tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru atau pensyarah dan muridnya. Pengajaran dirancangkan oleh guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Ini ditambah lagi dengan adanya bahan media yang sesuai bagi mendekatkan pelajar kepada konsep yang disampaikan oleh guru. Penggunaan media melalui teknologi maklumat dapat membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan masa kini berkembang seiring dengan kepesatan sains dan teknologi. Kelahiran bidang teknologi maklumat (ICT) 17

melalui

sistem

pengkomputeran

sebagai

wadah

baru

era

globalisasi

telah

mempertingkatkan lagi usaha penyebaran ilmu kepada generasi baru dan masyarakat umum di seantero dunia. Melalui kepesatan dan perkembangan bidang

pengkomputeran, aliran akademik semasa juga turut melebarkan lagi gerbang ilmiahnya menerusi capaian kepantasan kuasa teknologi ini . Khususnya dalam bidang pendidikan, penggunaan media dalam proses pengajaran sememangnya memberi implikasi baru yang lebih efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekaligus menyumbang kepada kelancaran dan kedinamikan dalam lapangan pendidikan. Ledakan multimedia dalam dunia pendidikan tidak dinafikan merupakan sebahagian daripada faktor yang turut menyumbang ke arah kemajuan dan prestasi di kalangan guru dan pelajar. Tidak ketinggalan, kemudahan peralatan multimedia terkini dan jaringan internet yang telah dibekalkan kepada pihak sekolah bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Guru mempersembahkan isi kandungan pelajaran dengan menggunakan power point. Guru juga boleh menggunakan teknik video dan audio semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan, bergantung kepada kesesuaian tajuk yang diajar. Charles B.Klasek (1972), menyatakan bahawa pengajaran guru boleh dianggap teratur sekiranya mereka dapat menggabungkan pengajarannya dengan bahan bantu mengajar. Pengajaran guru akan menjadi lebih berkesan dan berjaya meruntun fikiran pelajar terhadap pelajaran mereka. Pendapat ini disokong pula oleh satu kajian ilmiah yang mengatakan bahawa pelajar belajar melalui penglihatan sebanyak 70% dan melalui pendengaran sebanyak 30% sahaja. Jadi saya mengambil pendekatan untuk menggabungkan di antara kedua-dua faktor ini. Melalui pemerhatian, guru dapati minat pelajar semakin bertambah apabila guru mengaplikasikan pendekatan ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

18

d) Membantu pembelajaran murid. Seorang guru perlu mahir melaksanakan pelbagai strategi pengajaran semasa melaksanakan pengakaran dan pembelajaran di bilik darjah. Profesionalisme seseorang guru boleh diukur daripada kemahiran beliau menggunakan pelbagai strategi pengajaran semasa melakukan pengajaran. Semasa latihan perguruan (pra

perkhidmatan) di institusi latihan perguruan, semua bakal guru telah didedahkan kepada ilmu pedagogi dan andragogi. Selain itu ilmu mengenai kaedah mengajar bagi subjek tertentu juga didedahkan. Semua bakal guru dikehendaki melaksanakan micro-teaching dan latihan mengajar sebelum diiktirafkan sebagai seorang guru yang sebenar. Kita sebagai warga guru perlu memjaga nilai profesion ini supaya sentiasa terpelihara dan dipandang mulia dan dihormati. Kalau nak mengajar, tak perlu mengikuti kursus pra perkhidmatan perguruan, semua orang boleh mengajar seperti membuka pusat-pusat tuisyen. Tetapi, kita yang telah mengikuti latihan perguruan, perlulah berbeza daripada guru tuisyen yang tidak mengikuti sebarang kursus. Sekiranya guru tuisyen dapat mengajar dengan lebih baik daripada kita, nilai profesionalisme kita pasti tercabar. Aspek utama daripada fasa pengajaran dalam Model perancangan-pengajaran-penilaian ialah pelbagai strategi pengajaran yang digunakan oleh guru. Kepelbagaian strategi pengajaran Pembelajaran perlu dilakukan oleh guru untuk menjadikan proses pengajaran pembelajaran menarik dan efektif. Pembelajaran berpusatkan guru (teacher-directed strategy) adalah dimana guru mengawal keseluruhan proses pengajaran pembelajaran, pelajar pasif semasa guru mengendalikan pengajaran. Sementara pembelajaran berpusatkan murid (pupilcentered strategy) pula, proses pengajaran pembelajaran adalah daripada aktiviti yang telah dirancang dan dilakukan oleh murid. Proses pengajaran boleh juga berlaku di antara kedua-dua strategi ini (perantaraan).

19

e) Mengaplikasi teori pembelajaran untuk keberkesanan semasa pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan penggunaan teori pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran dan

pembelajaran dalam bidang pendidikan. Menurut Arif Sukardi (1987) teori pembelajaran memainkan peranan yang penting kepada guru kerana menerusi teori-teori ini guru akan memahami proses pembelajaran yang berlaku di dalam diri pelajar, memahami faktor yang mempengaruhi dan mempercepatkan proses pembelajaran para pelajar. Selain itu guru akan dapat membuat ramalan yang tepat tentang hasil yang diharapkan dari proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu salah satu teori yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah teori

konstruktivisme. Teori ini pada umumnya adalah merupakan pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia.

20

PENUTUP Refleksi pengajaran adalah satu proses yang dibuat selepas tamat sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Refleksi pengajaran dibuat untuk memahami kelemahan dan kekuatan seseorang guru. Disamping itu refleksi juga memberikan satu gambaran tentang pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran seserang guru. Refleksi membantu guru membuat penilaian kendiri. Selain daripada itu ,refleksi membolehkan guru sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru daripada pengalaman yang dilaluinya. Dengan adanya refleksi pengajaran guru dapat menganalisis dan menilai kekuatan dan kelemahan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya, lalu dapat memikirkan cara membaiki serta mengubahsuai rancangan , objektif , kaedah , startegik , teknik

dan penggunaan bahan pelajaran pengajarannya mengikut tahap dan minat muridnya. aktiviti minat Dengan ini dan ia juga dapat membantu dengan suasana lebih bilik guru untuk menjalankan dan yang menarik harmoni

pengajaran murid serta

pembelajaran menjadikan

berkesan darjah

dapat

pada masa akan datang. Guru meninjau semula pengajarannya di dalam bilik darjah dengan adanya penulisan refleksi. Selain daripada pandangan cikgu , refleksi juga membantu guru-guru menilai keberkesanan dirinya sebagai guru dan menyoal tujuannya. Saranan ini selaras dengan pandangan yang menganggap bahawa amalan refleksi memberi peluang kepada kita untuk menyiasat secara kritis kepercayaan, anggapan-anggapan yang tersirat. Seterusnya amalan reflektif juga membolehkan guru menjadi self-directed, iaitu mempunyai tanggungjawab terhadap perkembangan kendiri. Pandangan lain

menjelaskan bahawa amalan reflektif menghasilkan kemajuan bakal guru melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif, perkembangan dari guru pelatih kepada guru terlatih dan membolehkan mereka menganggap pengajaran dari perspektif yang lebih interpretif dan kritikal . Peningkatan Mutu sesuatu pengajaran dapat dilihat dengan adanya

refleksi.Pada pandangan saya , bagi membantu mengubah atau menambahbaik amalan pengajaran setiap apa yang dinilai perlu direkodkan. Rekod ini boleh

21

dilaksanakan secara penyediaan log pembelajaran. Log/diari ini perlu mencatatkan perkara berikut: Dapatan daripada refleksi kendiri Perubahan yang diperlukan/dicadangkan Perkara tertentu yang perlu diberi perhatian pengajaran Rancangan bagi memperbaiki pengajaran Tindakan susulan yang patut dilaksanakan Selain itu refleksi juga merupakan satu proses dimana guru berusaha mengingat dan merenung kembali aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dialaminya. Amalan menulis refleksi selepas selesai sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran amatlah penting untuk meningkatkan profesionalisme keguruan. Refleksi pengajaran penting untuk membuat penilaian kendiri serta berfikir secara analitik , kritis dan kreatif. Ia juga penting kerana dapat menganalisis perkara - perkara penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta mencari jalan penyelesaiannya untuk memperbaiki

22

Lampiran
Guru berusia hampir separuh abad disyaki mencabul murid tahun 2 GEORGETOWN: Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah yang berlaku apabila seorang guru yang sepatutnya memberi contoh yang baik kepada pelajarnya, sebaliknya mencalit peristiwa hitam apabila sanggup mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan berusia lapan tahun. Lebih memalukan, guru lelaki berusia 47 tahun itu sanggup bertindak rakus apabila meraba dan memasukkan jarinya ke dalam kemaluan mangsa. Murid tahun dua di sebuah sekolah rendah di daerah Seberang Prai Selatan (SPS) itu menjadi mangsa cabul dan seks oral guru sekolahnya, Selasa lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner II, Wan Abdullah Tuanku Said, mengesahkan kejadian itu. myMetro: 21 November 2009

Guru edar dadah idam hidup mewah

BATU PAHAT: Seorang guru sains di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Rengit, di sini, ditahan polis, Rabu lalu selepas dipercayai mengedar dadah secara sambilan kerana mahu menjalani kehidupan mewah dan bergaya. Guru lelaki berusia 31 tahun itu baru berjinak-jinak dalam pengedaran dadah kira-kira dua bulan lalu dan menggunakan kereta Proton Savvy miliknya untuk menghantar sendiri bekalan apabila menerima tempahan. Berita Harian Online: 20 Februari 2010

23

RUJUKAN 1. eprints.utm.my/.../Pengetahuan_Etika_Profesion 2. (Ee Ah Meng Pendidikan Di Malaysia Untuk Guru Pelatih 1989) 3. www.slideshare.net/megatkawi/sahsiah-etika 4. Mohd Majid Konting. 1990. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

5. Mok Soon Sang (1996). Pendidikan di Malaysia:Untuk Diploma


Pendidikan.KualaLumpur:Kumpulan Budiman. 6. http://www.searchinpdf.com/pdf/jurnal-etika.html 7. http://saya-guru-malaysia.blogspot.com/2008/03/tanggungjawab-terhadaprakan-sejawat.html 8. SUMBER RUJUKAN 9. http://tamilselvi-subramaniam.blogspot.com/2011/12/refleksipengajaran.html#!/2011/12/refleksi-pengajaran.html 10. http://engkizarqurancom.blogspot.com/2009/12/prfofesionalime-guru-dalampengajaran.html 11. http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/2009/01/amalan-refleksi-semasapraktikum.html 12. http://ilmu.edublogs.org/2011/06/27/apakah-pengajaran-dan-pembelajaranberkesan/ 13. http://deriakacamata.blogspot.com/2008/10/guru-perlu-pelbagaikan-strategi.html

24

Вам также может понравиться