Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
IZMIR FADZIL BIN IBRAHIM NUR FARAH BT NASIR MUHAMMAD NURAZMAN BIN ABD RAZAK
ARTIKULASI KONSONAN
Bunyi-bunyi konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa selain bunyi vokal, sama ada bersuara atau tidak bersuara, yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru menerima sekatan atau geseran, yang berlaku dalam rongga mulut, rongga tekak atau rongga hidung.
i. Keadaan glotis Jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar apabila arus udara keluar dari paru-paru, menghasilkan bunyi suara. Jika glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, menghasilkan bunyi tidak bersuara. ii. Keadaan lelangit lembut Jika lelangit lembut dinaikkan, bunyi-bunyi konsonan yang dihasilkan bersifat bunyi-bunyi oral. Jika lelangit lembut diturunkan, udara dari paru-paru dapat keluar melaui rongga hidung, menghasilkan bunyi-bunyi sengau atau bunyi nasal.
ii.
KONSONAN LETUSAN
Konsonan letusan dihasilkan dengan membuat sekatan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi. Pertemuan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi ini menyekat arus udara dari paruparu. Kemudiannya, sekatan ini dilepaskan perlahan-lahan, menghasilkan bunyi letusan. Dalam bahasa Melayu, terdapat hanya sepasang konsonan letusan, iaitu letusan gusi-lelangit keras tak bersuara [c] dan bersuara [j].
KONSONAN LETUSAN
Cara menghasilkan konsonan letusan adalah dengan cara: i. Depan lidah ditemukan dengan daerah antara gusi dengan lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. ii. Arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan antara depan lidah dengan gusi-lelangit keras. iii. Kemudiannya, sekatan itu dilepaskan perlahanlahan.
KONSONAN LETUSAN
Jika sewaktu menghasilkan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, maka terhasillah konsonan letusan gusi-lelangit keras tidak bersuara [c]. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, maka terhasillah konsonan letusan gusi-lelangit keras bersuara [j]. Contoh penggunaan dalam perkataan: cuka jumlah baca panji Mac caj
KONSONAN LETUPAN
Konsonan letupan (atau hentian atau plosive) dihasilkan dengan membuat sekatan di antara alat artikulasi. Pertemuan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi ini menyekat arus udara dari paruparu. Sekatan ini kemudiannya dilepaskan dengan sertamerta, menghasilkan bunyi letupan.
LETUPAN GUSI
Cara menghasilkan konsonan letupan gusi adalah: i. Merapatkan hujung lidah ke gusi dan menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak. ii. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tertahan dan tersekat di belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gusi. iii. Kemudian, sekatan itu dilepaskan dengan sertamerta.
LETUPAN GUSI
Jika semasa penghasilan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan gusi tidak bersuara [t]. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, yang terhasil ialah letupan gusi bersuara [d]. Contoh penggunaan dalam perkataan: tiap datin atas adegan
HENTIAN GLOTIS
Konsonan hentian glotis dihasilkan dengan cara: i. Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. ii. Arus udara dari paru-paru dan tersekat di belakang rapatan pita suara. iii. Rapatan itu kemudiannya dilepaskan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Justeru, terhasillah bunyi hentian glotis. iv. Hentian glotis di akhir perkataan-perkataan yang dieja dengan huruf k, misalnya:
KONSONAN GESERAN
Konsonan geseran ( atau frikatif) dihasilkan dengan membuat sempitan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi. Arus udara dari paru-paru dapat keluar antara sempitan ini dan bergeser. Dalam bahasa Melayu terdapat dua konsonan geseran asli, iaitu konsonan geseran gusi tidak bersuara [s] dan konsonan geseran glotis [h].
Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s] dihasilkan dengan cara: i. Hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi. ii. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang dinding rongga tekak. i. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser dengan daerah pertemuan hujung lidah dengan gusi. i. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar. ii. Maka terhasilkan konsonan geseran gusi tak bersuara [s]. iii. Contoh perkataan:
Semut Asap Keras
GESERAN GLOTIS
Konsonan geseran glotis [h] dihasilkan dengan cara: i. Glotis terbuka luas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. ii. Arus udara dari paru-paru keluar bergeser tanpa gangguan dan keadaan dalam rongga mulut seperti menghasilkan bunyi-bunyi vokal. iii. Contoh kehadiran dalam perkataan:
KONSONAN GETARAN
Konsonan getaran dihasilkan tanpa sebarang sekatan atau sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi dalam rongga mulut, tetapi dengan cara menggetarkan lidah. Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu konsonan getaran, iaitu konsonan getaran gusi [r].
KONSONAN GETARAN
Cara menghasilkan bunyi [r] ini adalah: i. Mengangkat hujung lidah kearah gusi dan menggetarkan hujung lidah. ii. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. iii. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. iv. Contoh kehadiran dalam perkataan:
KONSONAN SISIAN
Konsonan sisian dihasilkan dengan mengeluarkan udara di kiri dan kanan lidah dalam rongga mulut. Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu konsonan sisian, iaitu sisian gusi [l].
KONSONAN SISIAN
Konsonan sisian gusi [l] dihasilkan dengan cara: i. Hujung lidah diangkat kea rah gusi atas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. ii. Arus udara dari paru-paru keluar melaui kiri dan kanan lidah (sisi lidah). iii. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. iv. Contoh kehadiran dalam perkataan:
Lambat Tuala Cekal
KONSONAN SENGAU
Konsonan sengau dihasilkan dengan membuat sekatan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi di dalam rongga mulut. Lelangit lembut diturunkan, membenarkan arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga hidung. Satu perbezaan antara bunyi-bunyi sengau dengan bunyi-bunyi lain ialah hakikat bahawa sewaktu menghasilkan bunyi-bunyi sengau, arus udara keluar melaui rongga hidung oleh sebab lelangit lembut diturunkan. Dalam bahasa Melayu terdapat empat konsonan sengau, iaitu konsonan sengau dua bibir [ ], dan konsonan sengau lelangit lembut [ ].
KONSONAN DIFTONG
Dua bunyi vokal yang digeluncurkan, iaitu satu bunyi vokal kepada satu bunyi yang lain. Diftong boleh dianggap sebagai satu suku kata dan mempunyai puncak kelantangan. Diftong atau vokal rangkap adalah bunyi yang dihasilkan kerana posisi lidah ketika menghasilkan bunyi. Hal ini pada bahagian awalnya dan bahagian akhirnya tidak sama. Ketidaksamaan itu menyangkut tinggi rendahnya lidah, bahagian lidah yang bergerak, serta strukturknya. Diftong dapat dibezakan melalui diftong naik dan diftong turun.
KONSONAN DIFTONG
Contoh : [ ai ] = vokal depan rendah + vokal depan tinggi * capai, hairan [ au ] = vokal depan rendah + vokal belakang tinggi * kacau, kalau
SEKIAN