Вы находитесь на странице: 1из 5

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBLS1103 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

PELAN PERNIAGAAN ( POPIA DAN SAMOSA )

Nama HASLIZA MD ALI No. Matrik 791027015290001 NRIC 791027015290 No. telefon 0196577026 Emel haslizamdali@oum.edu.my

Tutor : Naemas bt. Taib Pusat Pembelajaran : Universiti Terbuka Malaysia

Isi Kandungan

1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Rancangan peniagaan ini dimajukan adalah bertujuan untuk memohon bantuan dana yang telah ditawarkan oleh kerajaan Malaysia berjumlah RM 1 juta menerusi program 1 Desa 1 Produk. Pelan perniagaan yang dipilih adalah berasaskan makanan sejuk beku iaitu kuih popia dan samosa. Produk makanan ini semakin mendapat tempat di hati warga Malaysia selaras dengan gaya hidup yang memerlukan makanan yang ringkas tetapi memiliki rasa yang unik serta berkhasiat. Minat untuk memasarkan produk ini timbul kerana minat yang mendalam terhadap pembuatan makanan segera serta tempahan yang diterima secara kecil-kecilan daripada kenalan dan saudara terdekat. Dengan itu, kami telah mengorak langkah lebih serius untuk memasarkan produk-produk ini secara lebih rasmi. Kami juga bercadang menubuhkan Syarikat Bijan Enterprise dan akan mendaftarkan syarikat secara rasmi pada Mac 2013. 1.1 Lokasi Premis perniagaan yang ditinjau berpotensi terletak di lot kedai kawasan perumahan di Butterworth. Peluang ini membolehkan kami menambahkan usaha bagi mempelbagaikan makanan segera jenis sejuk beku untuk jualan. Selain daripada itu, pemilik bakal menyediakan khidmat tempahan dan khidmat hantaran terus ke rumah atau pejabat. Premis ini turut akan dijadikan pusat pembekalan produk makanan sejuk beku. 1.2 Pasukan Pengurusan Pengurusan perniagaan merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Pengurusan yang sistematik dan dinamik dapat memastikan syarikat kami sentiasa dapat mengekalkan dan memperbaiki prestasi ke arah yang lebih baik dan maju. Pemilik juga pernah menyertai kursus asas pembuatan makanan sejuk beku. Ini secara tidak langsung dapat membantu penduduk menjayakan progam 1 Desa 1 Produk. 1.3 Produk Produk yang ditawarkan kepada para pelanggan adalah berkualiti dan bersesuaian dengan harganya. Perniagaan ini sentiasa mengikuti perubahan semasa ekonomi dan kehendak pasaran supaya perkhidmatannya sentiasa kekal dan diterima pelanggan.

1.4 Pasaran Berdasarkan analisis yang dibuat merujuk kepada jumlah keseluruhan kumpulan sasaran, dianggarkan daripada 10 orang pelanggan, 4 orang atau dengan kata lain, 40 % daripada jumlah keseluruhan merupakan pelanggan berpotensi. Formula andaian saiz pasaran adalah : Saiz pasaran = angka berpotensi (%) x bilangan penduduk maka saiz pasarannya ialah : J pasaran = 40 % x 1561400 = 624560 orang.

1.5 Cadangan dan rekomendasi Berdasarkan kepada perancangan dan unjuran pendapatan yang dibentangkan, Syarikat Bijan Enterprise amat berkeyakinan bahawa perniagaan ini akan memberi pulangan yang lumayan. Unjuran dan anggaran yang dibuat untuk tahun pertama agak konservatif kerana mengambil kira faktor perniagaan yang masih di peringkat awal di mana promosi dan pemasaran baru dilancarkan. Pestasi sebelum ini yang menunjukkan hasil yang memberangsangkan meyakinkan pemilik untuk memasarkan produk ini. Dana yang ditawakan mampu membantu untuk memperkembangkan lagi perniagaan ini. Kajian yang sistematik telah dirangka bagi membolehkan peniagaan berjalan dengan lancar. Oleh itu, syarikat ini amat optimis untuk memasarkan makanan sejuk buku ini. Maka, pemilik mengharapkan supaya permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya di samping menyumbang kepada ekonomi negara.

2.0 PENDAHULUAN PELAN PERNIAGAAN

Tujuan kertas kerja ini diwujudkan adalah untuk membentangkan perancangan perniagaan Syarikat Bijan Enterprise yang menjalankan perusahaan makanan sejuk-beku memfokuskan aspek pengurusan, pemasaran, perkhidmatan dan kewangan syarikat bagi mendapatkan dana yang ditawarkan. Kos pelaburan projek adalah sebanyak 3.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Syarikat Bijan Enterprise

4.0

Вам также может понравиться