Вы находитесь на странице: 1из 3

Bilangan Jurnal

: 7/8

Minggu Praktikum : Kelapan Tarikh Peristiwa Tajuk Jurnal : 14 September 2012 : Aktiviti berstesen dan permainan tradisional

1. Peristiwa / Masalah Pada hari Jumaat, 14 September 2012, saya mengajar kelas 6 Arif untuk Pendidikan Jasmani bagi tajuk Daya Tahan Kardiovaskular. Dalam aktiviti-aktiviti P&P ini, murid telah dibahagikan kepada 8 kumpulan yang mempunyai ahli seramai 6 orang setiap kumpulan.

Bagi fasa Gerak Kerja Kumpulan, saya telah menjalankan aktiviti berstesen. Saya telah menyediakan 4 stesen seperti berikut: Stesen 1: melompat tali bagi ayunan hadapan Stesen 2: melompat tali bagi ayunan belakang Stesen 3: melompat tali secara berpasangan Stesen 4: melompat tali yang diayun oleh dua orang rakan

Bagi fasa Kemuncak pula, saya telah mengadakan permainan tradisional iaitu Zero Point dengan tujuan untuk melatih daya taha kardiovaskular murid, di samping untuk memperkenalkan dan memberi pengalaman kepada murid untuk bermain permainan tradisional.

Analisis i. . Saya telah menetapkan dua buah kumpulan untuk berada di satu stesen pada masa yang sama. Masalah kekeliruan pelaksanaan aktiviti semasa berada di stesen telah berlaku, di mana murid-murid telah melakukan semua aktiviti yang telah saya arahkan pada satu stesen. Sepatutnya mereka melakukan satu aktiviti sahaja pada satu stesen, dan apabila masa yang ditetapkan telah tamat, saya akan menuip wisel dan mereka bertukar stesen. Aktiviti berstesen

Masalah ini mungkin berlaku kerana saya telah tersilap jangka pengalaman murid kerana saya telah menjangka mereka pernah membuat aktiviti berstesen sebelum ini. Selain itu, arahan yang saya beri mungkin tidak jelas bagi mereka sehingga mereka keliru aktiviti apa yang sepatutnya dilakukan pada stesen yang tertentu, padahal saya telah menerangkan satu per satu kepada mereka.

ii.

Permainan Tradisional

Sebelum saya mengarahkan murid-murid untuk bermain Zero Point ini, saya telah terlebih dahulu membuat demonstrasi atau modelling di hadapan murid-murid bagaimana cara bermain permainan ini. Berdasarkan peraturan yang telah saya tetapkan, permainan ini mengandungi 4 tahap iaitu: i. ii. iii. iv. Paras kaki hingga lutut Lompat ketingting Basikal tua Putaran

Walaupun murid saya berminat dan seronak apabila saya membuat modelling, mereka tidak dapat bermain dengan lancar. Hal ini mungkin kerana tahap Basikal Tua dan Putaran yang saya tetapkan adalah sangat tinggi dan susah bagi mereka, saya telah mengambil inisiatif iaitu bergerak dari kumpulan ke kumpulan yang lain bagi menunjukkan sekali lagi kepada mereka bagaimana cari bermain dengan betul dan selamat. Namun begitu, mereka tidak dapat melakukan tahap Basikal Tua dan Putaran ini.

2. Cadangan tindakan susulan

a. Memberi arahan aktiviti yang jelas kepada murid. b. Memastikan murid telah memahami arahan aktiviti sebelum memulakan aktiviti. c. Mengenalpasti pengalaman sedia ada murid dan tahap psikomotor murid sebelum merancang aktiviti.

3. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba untuk menjalankan cadangan tindakan susulan dalam P&P yang akan datang bagi meningkatkan kelancaran aktiviti berstesen dan permainan yang dijalankan.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan: Nama: Tarikh:

Tandatangan: Nama: Tarikh:

Вам также может понравиться