Вы находитесь на странице: 1из 2

MOHD.

AMDIH BIN SAIDI PISMP PRASEKOLAH SEMESTER 1 EDU 3102

SOALAN : APAKAH KEPENTINGAN PENGETAHUAN TENTANG PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KEPADA ANDA SEBAGAI SEORANG GURU. JAWPAAN : sebagai seorang guru, pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan perlu ada sebagai sala satu alat untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) ketika mengajar. Tanpa mengetahui tentang ilmu ini, sukar untuk menjalankan proses P&P sama ada secara langsung atau pun tidak langsung, di luar atau pun di dalam kelas, ini kerana seorang guru perlu memastikan kemampuan fizikal dan mental pelajar dalam keadaan yang baik dan dapat menerima sebarang aktiviti P&P. Jika seorang guru tidak mempunyai pengetahuan berkaitan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, proses P&P tidak akan berjalan lancar kerana perfoma pembelajaran atau cara guru tersebut mengajar tidak bersesuaian dengan tahap fizikal atau mental pelajar itu. Oleh itu, pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan perlu ada dalam diri seorang guru supaya proses pembelajaran yang dipilih oleh guru tersebut bersesuaian dengan tahap kemampuan pelajar itu untuk menerima pembelajaran tersebut. Jika saya seorang guru, saya akan mengambil kira keadaan fizikal pelajar-pelajar saya dan melihat perkembangan setiap seorang untuk mengetahui kemampuan mereka.

SOALAN : MENGAPA GURU PERLU MEMAHAMI PERKEMBANGAN ASAS KANAKKANAK. JAWAPAN : Perkembangan asas kanak-kanak perlu difahami oleh seorang guru kerana dalam pembelajaran, seorang guru perlu mengambil kira setiap perkembangan yang berlaku pada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak yang berada di sekolah tadika. Perkembangan ini perlu diketahui oleh guru tersebut supaya lebih mudah untuk berinteraksi dengan pelajar kerana interaksi antara guru dan pelajar sangat penting dalam proses P&P. dengan mengetahui perkembangan asas kanak-kanak, guru akan lebih mudah untuk mengetahui kemampuan dan had fizikal pelajar itu.

MOHD. AMDIH BIN SAIDI PISMP PRASEKOLAH SEMESTER 1 PRA 3102

SOALAN : BAGAIMANA SISTEM EKOLOGI MEMBENTUK DIRI ANDA SEHINGGA KINI. JAWAPAN :

Вам также может понравиться