Вы находитесь на странице: 1из 7

1.

Pendahuluan

Sistem pendidikan negara telah mengalami reformasi ekoran daripada Wawasan 2020 yang bermatlamat untuk menjadi negara maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri tanpa terikat dengan cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Pendidikan amatlah penting bagi merealisasikan impian semua rakyat dan negara dalam Wawasan 2020 kerana ia merupakan suatu proses yang membawa perubahan kepada individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Matlamat utama pendidikan adalah menyediakan seseorang individu memainkan peranan positif dan berkesan dalam masyarakat. Pendidikan bertujuan melahirkan individu yang seimbang perkembangannya iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek

2.0

Definisi Sahsiah

Sahsiah atau personaliti mengikut istilah bermaksud keperibadian atau peribadi (Kamus Dewan, 2001, 1169). Sahsiah juga merujuk kepada sistem kecenderungan bertingkahlaku individu. Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yang tersendiri dan cara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari (Siti Fatimah , 1993:50).

Kagan (1988) mentakrifkan sahsiah sebagai corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi cara dia berfikir, berasa, bertingkahlaku dan cara berhubungnya dengan alam sekitar. Begitu juga menurut takrifan EE Ah Meng (1997:131) yang mengatakan sahsiah merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dan nilainilai.

Menurut Gordon (1973: 14-15) sahsiah adalah apa yang sebenarnya terdapat dalam diri seseorang. Seterusnya beliau menyatakan bahawa sahsiah adalah sebagai organisasi dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkahlaku dan fikirannya yang khusus. Dinamik membawa maksud perubahan yang boleh berlaku di dalam kualiti tingkahlaku seseorang individu. Organisasi membawa implikasi bahawa semua trait seperti kerajinan, kesabaran dan daya pujuk adalah saling berkait.

Sistem psikofizikal pula merujuk kepada tabiat, sikap, nilai, kepercayaan, kebiasaan emosi dan sentimen yang terdapat dalam bentuk psikologi tetapi yang mempunyai asas fizikal di dalam urat saraf dan tubuh badan. Daripada definasi di atas, dapatlah dirumuskan bahawa sahsiah merujuk kepada perwatakan dan tindakan individu bergantung kepada keadaan, situasi dan juga persekitaran. Sahsiah manusia boleh diperhati, dikenal pasti dan seterusnya boleh diperihalkan (Asmah & Herman, 1995:29).

Perkembangan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia itu sendiri samaada perubahan itu positif atau ke arah negatif. Seandainya perubahan itu wujud ke arah positif maka ianya akan berusaha agar dapat berdikari dengan segala nilai positif yang murni (Wan Azmi Ramli, 1992:208). Menurut Abdullah Nashih Ulwan (1994:153) pula pembinaan sahsiah terdiri daripada empat unsur dasar iaitu pembinaan akidah (kepercayaan), ibadah (ritual), akhlak (etika dan moral) dan penampilan (mazhar). Manakala Mohd Ismail (1999: 34) menyatakan bahawa proses perkembangan sahsiah pada insan cemerlang terdiri daripada proses perkembangan insan Allah yang cemerlang, diikuti dengan proses perkembangan anak cemerlang dan seterusnya proses perkembangan individu cemerlang. Pembentukan sahsiah ini dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti ciriciri biologi yang diwarisi, persekitaran fizikal dan budaya (Siti Fatimah , 1993:50). Begitu juga menurut Ee Ah Meng (1997:136) yang menyatakan bahawa pembentukan sahsiah adalah dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.

3.0

Aspek-aspek utama Sahsiah Pembentukan sahsiah diri penting dalam kehidupan kita. Pembentukan sahsiah diri yang sempurna merupakan aspek penting dalam kehidupan manusia. Sahsiah diri dapat didefinisikan sebagai segala tingkah laku moral yang dilakukan tanpa melanggar norma-norma kehidupan masyarakat. Oleh itu, perkembangan dan juga pembangunan sahsiah dalam diri seseorang individu banyak dipengaruhi oleh proses sosialisasi yang berlaku dalam masyarakat. Dalam proses sosialisasi ini terdapat empat agen yang memainkan peranan yang penting dalam pembentukan persekitaran masyarakat khususnya keatas perkembangan dan pembangunan sahsiah diri.

a) Kognitif

Teori kognitif merupakan teori yang berpusatkan kepada pemikiran manusia Berfikir positif dalam bahasa mudahnya adalah bersangka baik. Dalam Islam sendiri kita disarankan supaya bersangka baik terhadap apa yg berlaku. Lawan kepada berfikir positif adalah berfikiran negatif.Apabila berfikir secara positif ia memberi kesan positif secara langsung kepada kita sendiri b) Fizikal c) Rohani Agama memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah diri seseorang. Seandainya pegagangan seseorang itu kuat terhadap ajaran agamanya, maka golongan tersebut akan mampu menangkis dugaan dan cabaran dalam hidup. Logiknya, walau dalam apa jua keadaan sekalipun, seandainya seseorang individu tahu untuk membezakan halal atau haram, dosa atau pahala dalam agama yang dianuti, maka individu tersebut akan sentiasa mengelak atau menjauhkan diri dari kegiatan mahupun aktiviti yang tidak bermoral. Setiap agama menyeru penganutnya agar sentiasa melakukan kebaikan dan kesejahteraan bersama. Kepercayaan yang kuat kepada pegangan agama akan menjadi pendorong yang terbaik kepada seseorang. Ini kerana kita semua hanyalah insan biasa yang sempurna kejadiannya namun tidak sempurna tingkah lakunya. Apabila seseorang itu begitu positif dalam usaha memperbaiki kehidupannya, maka secara tidak lansung akan membawa kepada lahirnya golongan yang cemerlang sahsiahnya baik dari segi fizikal, mental, emosi mahupun rohani.

Agama Islam misalnya melihat pembangunan sahsiah seseorang bukan sahaja berdasarkan kepada pembangunan insan dari aspek jasmani, naluri dan akal tetapi juga dalam aspek kerohanian. Imam al-Ghazali melihat pembangunan sahsiah merangkumi keseluruhan aspek diri individu iaitu pengetahuan agama, akidah, ibadah, penghayatan al-Quran, adab kehidupan, kehidupan berkeluarga, mencari rezeki, perhubungan sesama manusia, akhlak dan budi pekerti dan pembangunan jiwa dan hati. Bagi Imam al-Nawawi pula melihat pembangunan sahsiah terangkum dalam lapan aspek yang utama iaitu aspek pembangunan

akhlak kepada Tuhan, akhlak sesama insan, sosial, adab kehidupan, ibadat, jihad, ilmu dan pengetahuan batasan agama (Kamarul Azmi, 2001 :20) .

d) Sosial Proses pemerhatian pemerhatian seringkali dilakukan oleh seseorang individu untuk mempelajari sesuatu individu. Proses memerhati dan dan meniru tingkah laku sosial ini diistilahkan sebagai pembelajaran pemerhatian. Melalui pemerhatian, kanak-kanak dan golongan muda khususnya dapat mewarisi dan mempamerkan sikap yang diterima oleh keluarga, masyarakat dan negara. Tingkah laku yang menjadi ikutan ini kebiasaanya bersesuaian dengan norma, pegangan agama serta budaya tempat masing-masing. Selalunya tingkah laku yang ditiru adalah tingkah laku yang menerima peneguhan. Sebagai contoh, pelajar yang rajin membantu rakannya yang berkerusi roda akan dipuji oleh gurunya setelah melakukan perbuatan tersebut. Tindakan guru yang memuji murid tersebut akan mengakibatkan murid-murid lain meniru tindakan tersebut. Ini kerana, pada pandangan mereka perbuatan tersebut disukai oleh guru dan mereka akan disayangi sekiranya berbuat demikian. Dalam membuat pemerhatian dan peniruan terdapat beberapa proses utama yang terlibat iaitu perhatian, penyimpanan, pengeluaran dan motivasi.

Pembentukan sahsiah diri seseorang yang positif berpunca dari pada sahsiah dan juga kebiasaan serta amalan yang terdapat dalam keluarga. Keluarga disifatkan sebagai agen sosialisasi yang paling rapat dengan satiap individu. Keluarga juga merupakan masyarakat kecil yang memainkan peranan penting dalam pembentukan peribadi dan kelakuan seseorang. Seperti yang diketahui umum, pembentukan sahsiah seseorang haruslah dilentur sejak dari kecil lagi. Sahsiah diri yang diamalkan sejak kecil lagiakan menjadi kebiasaan kepada seseorang dan mereka tidak sesekali akan memungkirinya. Keluarga memberikan pengaruh yang paling kuat dalam perkembangan pembentukan sahsiah seseorang individu.

Suasana dan persekitaran keluarga yang aman dan harmoni akan melahirkan golongan individu yang sentiasa berfikiran positif dan mengamalkan gaya hidup sihat. Didikan yang mencukupi yang diperolehi dari rumah akan membantu dalam usaha untuk membentuk

sahsiah diri individu tersebut sama ada semasa berada dalam kawalan ibu bapa ataupun sabaliknya. Golongan seumpama ini akan lebih bijak dan peka dalam memilih corak kehidupan di luar rumah kerana mereka telah mempunyai asas dan nilai-nilai murni yang kukuh.

4.0

Kepentingan Sahsiah

Dalam usaha ini, pendidikan menjadi agen untuk menyebarkan dan mengekalkan kebudayaan yang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan semasa. Profesionalisme merupakan kualiti kerja atau sifat-sifat yang dimiliki oleh orang yang profesional Pembangunan sahsiah membolehkan kita untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai diri kita sendiri dan juga orang lain. Pertumbuhan yang membawa kepada perubahan sahsiah ini memberi kesan lansung terhadap tahap produktiviti diri serta mengambilkira bagaimana dan apakah sumbangan yang akan kita lakukan dalam pelbagai bidang khasnya bidang sosial.

Melalui sahsiah diri, ia akan membantu seseorang individu untuk membentuk pengalaman yang akan bakal ditempuhi dan secara tidak lansung akan digunakan untuk cabaran masa hadapan. Sahsiah diri yang dimiliki berupaya menghadkan atau membolehkan seseorang individu untuk mencuba segala pilihan yang ada. Dalam sesetengah situasi, ia boleh mengawal individu tersebut untuk berkongsi pengalaman atau maklumat dengan orang lain. Secara amnya, ia menentukan sifat seseorang individu sama ada bersikap lebih terbuka menghadapi cabaran dunia ataupun menggunakan dasar pintu tertutup.

Faktor media juga dianggap penting kepada perkembangan dan pembentukan sahsiah diri seseorang. Tidak dinafikan bahawa media pada zaman ini merupakan salah satu medium yang kuat pengaruhnya. Ini kerana, setiap hari, masyarakat terdedah kepada medium-medium media cetak mahupun media elektronik. Lambakan bahan picisan yang berunsur negatif akan dan tidak ditapis isi kandungannya akan mendedahkan individu mahupun masyarakat kepada budaya dari luar yang tidak sesuai diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Tayangan video atau paparan gambar yang keterlaluan dari negara luar hanya akan membawa kepada

keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat. Namun begitu, tidak semua media massa mahupun media cetak memberi kesan negatif. Terdapat beberapa golongan pengamal media yang bertindak sebagai agen dalam proses sosialisasi khususnya dalam perkembangan dan pembentukan sahsiah diri. Tidak semestinya segala isi kandungan media yang dikemukakan itu adalah benar dan tepat. Sebagai seorang individu yang rasional, baik buruk sesuatu perkara yang dibawa oleh pihak media harus diteliti terlebih dahuluagar tidak menimbulkan salah faham yang membawa kepada huru hara kepada negara. Hal ini kerana, setiap individu yang terdapat dalam sesebuah negara dan masyarakat merupakan kayu tunjang kepada pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Oleh itu, perkembangan dan pembentukan sahsiah diri seharusnya selaras dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan negara.

Pembangunan sahsiah juga mampu membantu seseorang individu untuk mengesan sahsiah dan sifat individu lain. Sebagai contoh, kita akan dapat mengenalpasti ciri-ciri yang dimiliki oleh rakan kita yang mempunyai perangai yang teruk. Sahsiah individu tersebut

5.0

Pembangunan Sahsiah

Kehidupan seseorang invidu tidak akan lari dari pengaruh sistem pendidikan. Sejak kecil lagi institusi pendidikan seperti Taska, Sekolah Menengah dan yang terkini di pusat pengajian tinggi berputar dalam kehidupan saya. Oleh itu, kita tidak boleh mengenepikan peranan institusi pendidikan ini dalam perkembangan dan pembentukan sahsiah diri kerana banyak masa digunakan di kawasan institusi pendidikan berbanding berada di rumah dan bersamasama ibu bapa. Seperti suasana persekitaran di rumah, suasana dan persekitaran di kawasan pusat pengajian juga harus berada dalam keadaaan yang selamat dan selesa untuk proses pembelajaran dan pengajaran. Kewibawaan para pendidik dan keprihatinan pekerja sokongan akan melahirkan golongan pelajar yang keterampilan dan berwawasan. Persekitaran institusi yang kurang selamat dan selesa akan menyebabkan beberapa golongan individu tidak berminat untuk belajar. Hal ini secara tidak lansung akan mendorong tersebut terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat.

6.0

Penutup

Secara kesimpulannya, pembentukan dan pembangunan diri seseorang individu adalah dipengaruhi oleh pelbagai aspek dalaman dan luaran. Baik atau buruknya sesuatu perkara bergantung kepada penilaian diri individu tersebut untuk menelitinya sebelum membuat sebarang keputusan kerana ianya adalah melibatkan sahsiah diri masing-masing.

6.0

Rujukan

Вам также может понравиться