You are on page 1of 41

KANAKBUKU BACA KANAK-KANAK

Nama :

Dihasilkan oleh: Wan Rahilah bt Wan Abdullah

http://preschoolskj11.blogspot.com

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Nabil jual surat khabar. Setiap hari Nabil bawa basikal. Dia hantar surat khabar dari rumah ke rumah. Apabila sudah hantar Nabil singgah kedai. Nabil beli nasi dan air. Nabil bawa balik ke rumah.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Ini kebun Adam. Adam suka tanam pokok bunga. Adam siram tiap-tiap hari. Pokok bunga hidup segar. Ada bunga matahari di tepi pagar. Bunga matahari itu begitu cantik. Adam senang hati.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Ayah kerja di restoran besar. Ayah kerja sebagai tukang masak. Masakan ayah sangat sedap. Ayah pandai buat kek. Ayah juga pandai buat puding. Bila besar saya mahu jadi seperti ayah.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Hari ini hari Ahad. Zaki tolong abah berkebun. Abah sedang gemburkan tanah. Zaki pula menabur benih sayur. Zaki tabur benih sawi dan kubis. Abah pula tabur benih tomato dan kangkung.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Ada dua ekor lebah. Mereka berkawan baik. Mereka ingin hisap madu bunga. Di situ ada pelbagai jenis bunga. Madu bunga rasa manis. Setelah kenyang mereka pulang ke sarang.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Zahid seorang pengembala. Dia bekerja di waktu pagi dan petang. Zahid menjaga banyak kambing. Zahid beri kambing makan rumput. Setiap petang Zahid akan halau kambingnya masuk ke kandang.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Malam ini malam Jumaat. Ibu mengajar kami membaca Yasin. Ibu selalu cerita jika kami membaca Yasin kami akan dapat banyak pahala. Ibu pesan agar kami tidak tinggal solat. Kami sayang ibu.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Ini arnab. Namanya Lulu. Lulu sangat malas mencari makanan. Lulu hanya tidur setiap hari. Apabila lapar Lulu akan ambil makanan haiwan lain. Semua haiwan di situ tidak mahu berkawan dengan Lulu.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Nama saya Haris. Hobi saya melukis. Saya suka lukis gambar kereta dan bola. Emak belikan saya warna air. Ada warna merah, biru, hijau, kuning dan hitam. Saya ucap terima kasih pada emak.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Hari ini hari jadi kakak Borhan. Borhan pergi ke kedai. Borhan beli sekotak coklat untuk kakak. Borhan bawa balik ke rumah. Borhan beri pada kakak. Kakak tersenyum senang hati.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Malam tadi Abu tidur lambat. Dia tonton cerita hantu. Dia tidur pukul satu. Setelah pagi Abu masih tidur lena. Ibu kejutkan Abu bangun solat. Abu masih tidak sedar.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Salmi tolong kakak buat biskut. Kakak tunjukkan acuan pada Salmi. Kakak uli tepung. Salmi pula masukkan tepung ke dalam acuan. Setelah siap, kakak masukkan biskut ke dalam ketuhar.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Eli dan Ah Seng naik perahu. Mereka pergi memancing ikan. Mereka memancing di tengah tasik. Eli lihat ada ikan di tepi perahu. Itu ikan talapia. Ah Seng dan Eli balik ke rumah bila hari sudah petang.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Damia hendak pergi ke rumah Nisa. Dia bawa bakul comel. Dalam bakul ada buah anggur. Damia mahu makan dengan Nisa. Mereka ingin makan di taman bunga. Selesai makan mereka main kejar-kejar.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Ciko ada kawan. Nama kawan Ciko ialah Hana. Hana sentiasa beri makanan kepada Ciko. Suatu hari, Ciko beri hadiah kepada Hana. Hana sangat terkejut, Hana ucap terima kasih.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Daim main bola sepak. Daim sepak bola tinggi hingga kasutnya tercabut. Kawan-kawan Daim geli hati. Mereka ketawa terbahak-bahak. Bola itu masuk ke dalam gol. Daim rasa seronok sekali.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Jalilah mahu ke sekolah. Sebelum ke sekolah Jalilah bersarapan. Ibu sediakan roti dan susu untuk Jalilah. Jalilah makan seorang diri. Selepas sarapan Jalilah terus ke sekolah.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Hari ini Wardah cuti. Wardah tolong ibu di rumah. Wardah basuh baju adik. Cuaca di luar cerah dan panas. Wardah jemur baju itu di ampaian. Ibu belanja Wardah makan KFC.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Ami conteng kerja sekolah abang. Abang marah Ami. Abang cubit tangan Ami. Ami merajuk dengan abang. Ami keluar rumah seorang diri. Ami pergi main buai. Ami rasa sangat sedih.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Ini Comel. Comel duduk tepi kolam. Comel suka makan ikan. Tuan Comel nama Fazi. Comel tunggu Fazi pulang kerja. Fazi selalu bawa susu untuk Comel. Fazi sangat sayangkan Comel. Comel pun sayangkan Fazi.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Gopal ajak adiknya pergi jalan-jalan. Mereka berjalan kaki pergi ke taman. Adik Gopal lihat ada penjual ais krim. Dia minta Gopal belikan ais krim. Gopal beli ais krim jagung untuk adik. Mereka makan sama-sama.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Hadi main layang-layang. Tiba-tiba layang-layang Hadi tersangkut di dahan pokok. Hadi panjat tangga. Dia mahu ambil layang-layang itu. Mila dan Ira ngintai Hadi dari pagar. Mereka ketawa melihat Hadi.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Ibu ayam ini namanya Beti. Beti ada enam ekor anak ayam. Anak-anaknya comel belaka. Gaga dan Gugu sedang makan cacing. Adik-adiknya yang lain sedang bermain dengan ibunya. Mereka saling sayang- menyayangi.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Ini lembu Pak Awang. Ini lembu betina. Nama lembu ini Dolan. Badan Dolan besar. Pak Awang beri Dolan makan rumput. Pak Awang selalu perah susu Dolan. Susu Dolan sangat sedap. Pak Awang jual susu itu di pasar. Susu itu habis di jual. Pak Awang senang hati.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Hari ini Huda makan nasi goreng. Huda minum air limau. Selepas makan Huda basuh pinggan. Huda basuh semua pinggan yang ada dalam sinki. Huda budak yang rajin. Dia selalu tolong ibunya di dapur.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Atuk ajak Rita dan Suzana pergi ke kebun. Mereka pergi naik kereta. Atuk pandu kereta Volvo. Kereta atuk besar. Suzana duduk atas riba Nita. Atuk singgah kedai makan. Atuk beli roti canai dan air teh untuk Rita dan Suzana. Mereka bawa pergi ke kebun.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Idayu belajar di prasekolah Semaian Subur. Idayu rajin melukis dan mewarna. Cikgu pesan supaya Idayu baca buku. Pulang ke rumah Idayu baca buku. Idayu sudah pandai mengeja. Esok tentu cikgu beri hadiah. Idayu tidak sabar menunggu hari esok.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Ini pasu baru mama. Mama beli pasu ini dari luar negara. Mama tanam pokok bunga dalam pasu ini. Bunga ini sangat cantik dan berbau harum. Ibu juga tanam pokok kaktus. Pokok kaktus banyak duri. Duri itu sangat tajam. Ibu letak pasu bunga itu tepi kolam.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Hari ini Zaidi tidak pergi sekolah. Zaidi dapat cuti dua hari. Zaidi kena demam selsema. Ahmad beri Zaidi makan ubat. Sebelum makan ubat Zaidi perlu makan roti dan susu. Zaidi perlu banyak berehat.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Uma dan Fauziah masuk ke dalam bilik. Mereka ambil kertas warna kakak. Mereka sedang membuat jet kertas. Jet Uma sudah siap. Uma terbangkan jet itu. Fauziah buat dua jet kertas. Dia mahu beri pada kakak. Mereka main sama-sama.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Ini rumah Anin. Rumah Anin ini terletak di tepi bukit. Setiap hari Anin akan membersihkan kawasan rumah. Rumah Anin sangat besar dan luas. Rumah ini ada lima bilik. Dalam bilik Anin ada televisyen. Anin sayang rumah ini.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Yanti hendak pergi joging. Yanti pakai kasut sukan, Yanti cuba mengikat tali kasut itu dengan betul. Adik ketawa melihat Yanti. Yanti ajak pergi sama. Adik mahu duduk rumah. Yanti pergi seorang diri. Adik suruh Yanti hati-hati.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Seri bela lima ekor anak kucing. Seri bela kucing semenjak mereka lahir. Ibu anak kucing ini telah mati dilanggar lori. Semua kucing ini manja dengan Seri. Seri selalu bawa anak kucing ini ke rumah nenek.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Alan dan Ila belajar naik kuda. Kuda itu nama Dodi. Dodi bawa mereka bersiar-siar di tepi hutan. Dodi lari begitu pantas. Alan dan Ila hampir terjatuh. Alan tepuk belakang Dodi. Dodi terus berjalan perlahan. Alan dan Ila balik ke rumah bila hari sudah senja.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Husna dan Wati pergi berkelah. Mereka berkelah di taman bunga. Husna bentang tikar. Mereka hidang makanan yang telah mereka bawa. Husna bawa roti. Wati bawa strawberi. Mereka makan sehingga kenyang. Habis makan mereka bermain dengan rama-rama.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Wardina suka baca buku. Dia ada banyak buku cerita. Ayah selalu bawa Wardina ke kedai buku. Buku yang paling Wardina suka ialah buku Puteri Gunung Ledang. Wardina baca buku di atas sofa. Tompok sentiasa temankan Wardina.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Bon ialah seekor anjing. Bon telah dibuang oleh tuannya. Kini, Bon terpaksa mencari makanan sendiri. Bon mencari makanan sana sini. Bon mengorek lubang tanah kerana ternampak ada tulang di situ. Akhirnya, perut Bon terasa kenyang. Bon terus pergi mencari tempat untuk berlindung.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Hari ini Nurin pergi ke Kuala Gandah. Nurin lihat gajah sedang bermain air di dalam tasik. Gajah itu menggunakan belalainya untuk menyedut air. Ada seekor burung hinggap di belalai gajah. Nurin lihat badan gajah itu sangat besar. Nurin tidak sabar untuk cerita pada kawan-kawan.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Ini keluarga Cemong. Mereka tinggal di atas pokok. Cemong ada tiga ekor anak. Hari ini Cemong bawa pulang buah limau ke sarangnya. Cemong rasa buah limau itu. Anak Cemong memerhatikan Cemong makan. Selesai makan Cemong mengagihkan buah itu kepada anak-anaknya.

http://preschoolskj11.blogspot.com

Raheela Azlan SKJ11

SIRI BACA ADIK BIJAK 3

Jimi bela seekor kura-kura. Kura-kura Jimi Nama Joni. Suatu petang, Jimi bawa Joni pergi main tepi kolam. Jimi lompat ke sana dan ke sini. Joni pula berjalanjalan mencari makan. Setelah penat, Jimi baring di atas rumput. Jimi berborak dengan Joni.

Raheela Azlan SKJ11