Вы находитесь на странице: 1из 7

KELAB RUKUN NEGARA

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERA JAYA 22100 PERMAISURI, SETIU TERENGGANU

KERTAS KERJA KELAB RUKUN NEGARA SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERA JAYA

TAHUN 2012 ANJURAN : AHLI JAWATANKUASA KELAB RUKUN NEGARA

KELAB RUKUN NEGARA

PENDAHULUAN
Kelab Rukun Negara (KRN) adalah merupakan salah satu aktiviti ko kurikulum yang dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.Seiring dengan namanya, maka aktiviti-aktiviti yang dijalankan menerusi kelab ini adalah berlandaskan kepada kelima-lima prinsip Rukun Negara yang bermatlamat agar ianya bukan sahaja difahami dan dihayati malah dapat dibudayakan dalam kehidupan seharian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia khususnya dikalangan warga muda. Sekolah Kebangsaan Putera Jaya juga telah menubuhkan Kelab Rukun Negara . Penubuhan Kelab Rukun Negara telah diilhamkan oleh Y.A.B. Tun Abdullah bin Ahmad Badawi semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka ( ketika itu beliau selaku Timbalan Perdana Menteri). Beliau telah menyarankan agar KRN ditubuhkan di sekolah-sekolah dan IPT supaya menerusi kelab ini pelajarpelajar akan didedahkan mengenai latar belakang dan falsafah Rukun Negara agar ianya benar-benar dapat diketahui, difahami, dihayati serta dibudayakan dalam hidup seharian. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, maka Jabatan Perpadua n Negara Dan Integerasi Nasional, telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk mewujudkan kerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian PengajianTinggi Malaysia. Kementerian Pendidikan sentiasa mendokong dan melaksanakan apa juga aktiviti yang dianggap dapat memperkukuhkan lagi amalan dan penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara. Sungguhpun begitu, sejak kebelakangan ini ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa penghayatan Rukun Negara semakin berkurangan di kalangan pelajar sekolah. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan ras, fenomina seperti ini boleh menggagalkan sebarang usaha kea rah pembentukan negara yang bersatu padu dan harmonis. Dalam hal ini ,sekolah berperanan untuk memupuk dan menyemai pengetahuan , kesedaran dan amalan setiap prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara. Contoh kegiatan yang dijalankan oleh kelab Rukun Negara adalah seperti berikut:

a. Menjalin kerjasama antara pihak sekolah dengan agensi-agensi tertentu seperti Jabatan Perpaduan Negara dan Sektor Rukun Tetangga serta persatuan komuniti dan masyarakat setempat dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi dikalangan pelajar sekolah yang berbilang kaum dan keturunan. b. Menggalakkan sekolah-sekolah yang majority pelajarnya terdiri daripada satu kaum sahaja untuk meningkatkan kegiatan yang bercorak intergrasi dengan sekolah-sekolah lain melalui aktiviti-aktiviti bersama. c. Menjalankan pelbagai jenis aktiviti yang menjurus kepada penghayatan semua prinsip Rukun Negara.

KELAB RUKUN NEGARA

MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk member pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan. Memastikan pelajar Sekolah Kebangsaan Putera Jaya amnya, ahli Kelab Rukun Negara khasnya, memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta hidup bersatu padu.

OBJEKTIF 1. Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai program kepimpinan. 2. Memperkenalkan prinsip-prinsip Rukun Negara. 3. Memberi pengertian dan kefahaman tentang lima prinsip Rukun Negara. 4. Menyubur dan mempertingkatkan kesedaran kerohanian akan kepentingan Rukun Negara sebagai asas norma kehidupan.

JAWATANKUASA PENGURUSAN Penasihat Pengerusi Ketua Fasilitator Fasilitator : : : : Tuan Haji Muhammeh bin Jusoh ( Guru besar) En. Mohd Harissulha bin Ismail (GPK Koko) En Rashdan bin Hamzah En Wan Salpiahuuddin b. Wan Salleh Pn. Nazipah bt. Abdullah Pn. Azlinda bt. Jusoh Pn. Rosmani bt. Abu Bakar

KELAB RUKUN NEGARA

JAWATANKUASA PELAJAR Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari : : : : Nurul Izzah bt. Gazman Muhammad Raslin bin Zakaria Nadiah bt. Abdul Rashid Nur Syahira bt. Zakaria

AHLI JAWATANKUASA 1. Siti Hafizah bt. Mohd Ruslin 2. Muhammad Hafizul Asyarah bin Mohd Zaki 3. Muhammad Najman Hafidz bin Mohd Roslan

4. Wan Muhammad Fadlan bin Razali 5. Ahmad Syafiq bin Abdul Ghani

KELAB RUKUN NEGARA

PERBELANJAAN
Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan : BULAN AKTIVITI Pertandingan mencipta poster Rukun Negara paling kreatif. -Murid tahap 2 mengikut tahun 6T ,6G 5T, 5G, 5U 4T, 4G PERBELANJAAN Alat tulis Hadiah No.1 = RM 7 No.2 = RM 6 No.3 = RM 5 No.4 = RM 4 No.5 = RM 3 No. 6 = RM 3 No. 7 = RM 3 No. 8 = RM 3 Hadiah No.1 = RM No.2 = RM No.3 = RM No.4 = RM No.5 = RM No.6 = RM No.7 = RM No.8 = RM JUMLAH JANGKAAN RM 194.00

RM34. x 3 = RM102.00

APRIL

Pertandingan melukis bendera Malaysia/Jalur Gemilang paling kreatif. APRIL -Murid tahap 2 mengikut tahun 6 T, 6G 5T, 5G, 5U 4T, 4G,

7 6 5 4 3 3 3 3

RM 34. x 3 = RM 102.00

Pertandingan mewarna bendera Malaysia/ Jalur Gemilang paling kreatif. APRIL -Murid tahap 1 mengikut tahun 1T, 1G 2T, 2G 3T, 3G

Hadiah No.1 = RM 7 No.2 = RM 6 No.3 = RM 5 No.4 = RM 4 No.5 = RM 3 No.6= RM 3 No. 7= RM 3 No. 8 = RM 3

RM 34 x 3 = RM 102.00

JUMLAH JANGKAAN PERBELANJAAN = RM 500.00

KELAB RUKUN NEGARA

SUMBER KEWANGAN :

PENUTUP
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti Kelab Rukun Negara ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang. Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

.. ( En Rashdan bin Hamzah ) Guru Penasihat Kelab Rukun Negara

..... ( En. Mohd Harissulha bin Ismail ) Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Disahkan oleh,

( Tuan Haji Muhammed bin Jusoh ) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Putera Jaya.

KELAB RUKUN NEGARA

Вам также может понравиться