Вы находитесь на странице: 1из 1

Kronologi Sejarah Pembentukan Perlembagaan Malaysia.

1946
Setelah tamat pendudukan Jepun, pihak British telah memperkenalkan Perlembagaan Kesatuan Tanah Melayu 1964.

1955
Jun 1955, pilihanraya pertama diadakan bagi memilih anggota-anggota Majlis Perundangan Persekutuan. mengandungi 52 anggota yang dipilih, 34 anggota yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan, dan seorang Pengerusi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuan Rajaraja.

1948
Malayan Union dimansuhkan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 2 Februari 1948. Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan di mana ia mempunyai kuasa membuat undangundang. Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa veto (pembatal) untuk menghalang rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Sementara itu Majlis Perundangan Negeri mempunyai kuasa yang terhad seperti yang disebuat dalam Jadual Kedua bagi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

1957
Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk yang diketuai oleh Lord Reid. Jawatankuasa ini diberi tugas merangka Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat.Jawatankuasa ini mula menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan telah menggemukakan laporannya pada Disember 1956. Laporan ini dikaji, diteliti dan kemudiannya digubal menjadi Perlembagaan Persekutuan. Pembentukan perlembagaan telah diluluskan pada 27 Ogos 1957 dan dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957.

1963
Julai 1963 Perjanjian Malaysia ditandatangani di London oleh kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Mengikut perjanjian ini Parlimen British akan meluluskan satu undang-undang untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan Sarawak yang masing-masing akan mempunyai perlembagaan baru. Bagi Persekutuan Tanah Melayu, Parlimen Persekutuan akan meluluskan satu undangundang yang dipanggil Akta Malaysia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Akta Malaysia ini telah diluluskan pada 26 Ogos 1963.

Вам также может понравиться