Вы находитесь на странице: 1из 19

MINGGU PERTAMA

Tarikh : 20 Januari 2013 Pada hari pertama praktikum Fasa 3, saya bersama rakan-rakan saya dari Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan telah melaporkan diri di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud II (SKTM II) pada jam 7.25 pagi. Kedatangan kami di sekolah tersebut telah disambut dengan mesra oleh pihak sekolah dan juga para guru. Guru Besar SKTM II, En. Mohd bin Abdul Wahab telah memberikan taklimat kepada kami di dalam Bilik Guru Besar bagi memudahkan kerja-kerja kami selama tiga bulan ini. Ternyata kedatangan kami di sekolah tersebut sememangnya dinanti-nantikan kerana kami telah pun disediakan dengan jadual waktu untuk mengajar serta guru pembimbing yang akan membimbing saya dan rakan-rakan sepanjang tempoh tiga bulan ini. SKTM II adalah merupakan sebuah sekolah yang mempunyai prestasi yang baik dalam sistem pendidikan. Kedudukan sekolah ini tidak lah begitu jauh daripada IPG Kampus Sultan Mizan. Ini adalah satu rahmat kepada saya kerana ditempatkan di sekolah yang berdekatan dan memudahkan saya untuk menjalani praktikum memandangkan pada semester ini, saya perlu melakukan kajian tindakan. Keadaan ini memerlukan saya selalu berjumpa dengan pensyarah pembimbing dan saya memanjatkan syukur atas KehendakNya. Semasa sampai di sekolah ini, saya dan juga rakan telah pun mengambil keputusan untuk ditempatkan di dalam bilik guru. Hal ini kerana pada fasa ini, saya mengajar subjek major Pemulihan dan juga elektif Matematik. Namun, keadaan tidak mengizinkan kerana ruang di bilik guru tidak muat. Oleh itu, kami memutuskan untuk Pada Fasa 3 ini, saya telah diberikan 10 waktu pengajaran bagi subjek major Pemulihan, iaitu Tahun 2 Wawasan. Manakala bagi subjek minor pula, saya telah

diberikan sebanyak 2 waktu bagi subjek Matematik KSSR Tahun 3 Bestari. Mengajar

tahun 3 mengikut format KSSR adalah merupakan pengalaman kedua bagi saya tetapi agar kekoh sedikit kerana pada kali ini adalah subjek Matematik. Pada sebelum ini KSSR Bahasa Melayu. Namun, saya akan terus berusaha untuk mencapai apa yang terbaik untuk diri saya. Mengajar murid-murid di dalam kelas aliran perdana adalah merupakan satu pengalaman kedua kepada saya memandangkan sebelum ini saya pernah mengajar kelas aliran perdana. Sekarang, saya perlulah menitikberatkan penulisan RPH berformat KSSR. Malah saya perlu bijak untuk mengawal disiplin murid ketika waktu P&P di dalam kelas arus perdana. Dengan seribu harapan semoga hari-hari praktikum saya yang akan datang adalah lebih baik daripada hari ini.

MINGGU PERTAMA
Tarikh : 20/1/2013 24/7/2013

MASALAH : Pada minggu pertama di sekolah ini, setelah saya menjalankan ujian diagnostik Bahasa Melayu, saya mendapati bahawa murid-murid pemulihan tahun 2 di sekolah ini masih lagi di peringkat yang lemah. Mereka masih lagi keliru dengan bentuk-bentuk huruf. Oleh itu, mereka kerap menyebut huruf yang salah.

ANALISIS : Masalah ini timbul kerana murid-murid ini adalah merupakan pemulihan linus dan kerana mereka amat perlukan bimbingan sepenuhnya daripada guru pemulihan. Selain itu, apa yang telah saya kenalpasti ialah murid-murid tersebut mempunyai asas yang lemah pada peringkat awal pembelajaran. Oleh itu, mereka telah ketinggalan dalam pembelajaran dan masih memerlukan latih tubi yang berterusan bagi memastikan tahap pembelajaran mereka tidak terus menurun.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI : Apa yang perlu saya lakukan untuk membantu dan memastikan murid-murid tidak ketinggalan dalam pembelajaran dan mendapat asas pembelajaran yang sebenar ialah dengan memulakan pengajaran dan pembelajaran mereka pada peringkat awal lagi. Saya perlu memastikan agar mereka dapat menguasai peringkat awal dan asas dan kemahiran membaca dan juga menulis.

TEMPOH MASA : 27/1/2013 31/1/2013

PENILAIAN KEJAYAAN : Strategi pelaksanaan masih belum dijalankan lagi dan akan dilaksanakan pada minggu berikutnya.

TINDAKAN SUSULAN : Pada masa akan datang, saya akan sentiasa melakukan latih tubi kepada murid-murid tersebut bagi mengukuhkan ingatan dan pengetahuan mereka.

MINGGU KEDUA
Tarikh : 27 Januari 2013 31 Januari 2013 MASALAH : Pada minggu kedua ini, saya menghadapi masalah dalam mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran kepada murid-murid pemulihan. Saya tidak dapat

mengendalikan aktiviti P&P dengan baik semasa mengajar terutamanya ketika saya mengasingkan murid-murid pemulihan kepada dua kumpulan untuk menjalankan aktiviti P&P yang berbeza kepada setiap kumpulan. Oleh itu, pengajaran saya adalah tidak memberangsangkan.

ANALISIS : Masalah ini timbul kerana saya tidak begitu arif untuk mengendalikan murid-murid tambahan pula mereka adalah murid-murid yang baru bagi saya dan saya masih belum mengenali diri mereka dengan lebih dekat. Selain itu, saya juga agak kekurangan idea dalam menghasilkan satu perancangan mengajar yang kreatif.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI : Saya perlu pertingkatkan lagi tahap penguasaan diri saya dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid pemulihan. Selain itu, saya perlu berfikir dengan lebih aktif dan secara terperinci bagi menghasilkan satu perancangan mengajar yang lebih baik. Saya juga perlu sentiasa mendampingi guru pembimbing saya untuk mempelajari inputinput yang penting.

TEMPOH MASA : 3 Februari 2013 7 Februari 2013

PENILAIAN KEJAYAAN : Hasil daripada bimbingan daripada guru pembimbing. Saya telah dapat mengatasi kekangan yang berlaku ke atas diri saya. Saya telah dapat mengasingkan murid-murid pemulihan dengan aktiviti P&P yang berbeza.

TINDAKAN SUSULAN : Saya perlu sentiasa berfikir dengan lebih jauh tentang perancangan P&P supaya aktiviti P&P yang dijalankan menjadi lebih menarik. Saya perlu perbanyakkan aktiviti membaca kepada diri saya supaya dapat mencari lebih banyak idea serta aktiviti-aktiviti yang lebih menarik semasa mengajar kelak.

MINGGU KETIGA
Tarikh : 3 Februari 2013 7 Februari 2013 MASALAH : Pada minggu ketiga ini, saya telah menghadapi masalah untuk membentuk tiga kumpulan bagi murid-murid pemulihan semasa pengajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Saya tidak dapat merancang pengajaran kerana saya tidak yakin dapat menguruskan pembelajaran dan pengajaran dengan baik.

ANALISIS : Berdasarkan kepada cadangan yang diberikan oleh guru pembimbing saya semasa lawatan sosial beliau, beliau telah mencadangkan saya untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran saya terhadap murid-murid pemulihan dengan membentuk tiga kumpulan dan bukan dua kumpulan. Beliau ingin melihat keberkesanan dan keupayaan saya untuk menguruskan P&P mengikut perancangan mengajar pemulihan yang sebenar.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI : Saya perlu mempergiatkan usaha saya untuk menguruskan pengajaran dan pembelajaran saya terhadap murid-murid pemulihan dengan membentuk tiga kumpulan dan bukan lagi dua kumpulan kecil. Saya perlu bersikap tegas dan cekap untuk mengawal suasana kelas supaya keadaan sentiasa terkawal. Saya berharap agar pada minggu hadapan saya dapat menjalankan kumpulan tiga kumpulan kecil dengan baik.

TEMPOH MASA : 13 Februari 2013 14 Februari 2013

PENILAIAN KEJAYAAN : Pelaksanaan kumpulan pengajaran secara kecil untuk 3 kumpulan belum dilaksanakan sepenuhnya pada minggu ini dan dicadangkan agar dilakukan pada minggu hadapan.

MINGGU KEEMPAT
Tarikh : 13 Februari 14 Februari MASALAH : Saya telah mengalami masalah dalam mengawalan disiplin murid-murid tahun 3 Bestari, iaitu kelas elektif matematik bagi pengajaran saya. Sehinggakan saya terpaksa mengambil masa yang terlalu lama untuk membentuk kumpulan permainan kerana mereka terlalu banyak bercakap sehinggakan arahan yang diberikan tidak dapat dipatuhi sepenuhnya.

ANALISIS : Murid-murid Tahun 3 Bestari terlalu aktif dan gemar bercakap. Kadang-kadang, mereka bercakap ketika saya mengajar di hadapan kelas. Kebanyakan arahan yang diberikan oleh saya sering dibelakangkan. Keadaan ini telah mengganggu proses pengajaran yang ingin saya laksanakan kepada semua murid di dalam kelas tersebut.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI : Pada minggu hadapan, saya perlu merujuk kepada guru mata pelajaran matematik kelas tersebut, iaitu Puan Hayati untuk mendapatkan beberapa tips berkaitan pengurusan dan pengawalan disiplin semasa mengajar murid-murid kelas Tahun 3 Bestari.

TEMPOH MASA : 17 Februari 2013 - 21 Februari 2013

PENILAIAN KEJAYAAN : Cadangan bagi memperbaiki kekangan tersebut masih belum dilaksanakan pada minggu ini kerana terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Saya perlu bertindak pada minggu hadapan bagi mengatasi kekangan yang dihadapi.

TINDAKAN SUSULAN : Pada masa akan datang, saya akan sentiasa berkolaborasi dengan guru pembimbing dan guru yang lain bagi mendapatkan pandangan mereka tentang kaedah-kaedah yang sesuai untuk mengajar murid-murid ini. Perkongsian daripada mereka sangat membantu saya untuk laksanakan P&P dengan lebih baik.

MINGGU 5
TARIKH : 17 FEBRUARI 2013 21 FEBRUARI 2013

MASALAH : Sepanjang minggu yang kelima ini, saya telah mengajar kemahiran KVK kepada muridmurid pemulihan Tahun 2 Wawasan. Semasa saya mengajar kemahiran ini kepada kumpulan yang agak pandai, saya dapati murid-murid dalam kumpulan ini menjadi cepat bosan apabila tiba waktu membaca perkataan-perkataan KVK.

ANALISIS : Kebiasaannya, murid-murid pemulihan mudah cepat bosan apabila melakukan sesuatu aktiviti terutamanya aktiviti membaca. Respon yang ditunjukkan ialah mereka tidak menumpukan perhatian malah mereka cenderung untuk mendiamkan diri sahaja daripada menyebut perkataan-perkataan tersebut secara kuat. Keadaan ini

mewujudkan suasana pembelajaran yang tidak memberangsangkan.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI : Murid-murid pemulihan tidak boleh membaca secara terus menerus. Oleh itu, saya tidak boleh melaksanakan aktiviti membaca dalam tempoh masa yang terlalu lama. Saya telah dicadangkan oleh guru pembimbing untuk melaksanakan aktiviti bacaan dalam tempoh masa yang singkat bagi mengelakkan murid-murid cepat bosan. Selepas menjalankan aktiviti membaca, saya bolehlah menjalankan aktiviti membina ayat mudah berdasarkan kepada perkataan yang telah mereka pelajari.

TEMPOH MASA : 24 Februari 2013 - 28 Februari 2013

PENILAIAN KEJAYAAN : Cadangan bagi memperbaiki kekangan tersebut akan dilaksanakan pada minggu keenam.

TINDAKAN SUSULAN : Pada masa akan datang, saya akan sentiasa berkolaborasi dengan guru pembimbing dan guru yang lain bagi mendapatkan pandangan mereka tentang kaedah-kaedah yang sesuai untuk mengajar murid-murid ini. Perkongsian daripada mereka sangat membantu saya untuk laksanakan P&P dengan lebih baik.

CUTI HARI RAYA AIDILFITRI ( 19 20 OGOS 2012 ) & CUTI PERTENGAHAN PENGGAL KEDUA ( 17 25 OGOS 2012 )

MINGGU
Tarikh : 26 Ogos 2012 30 Ogos 2012

KEENAM

MASALAH : Setelah menjalankan beberapa kali interaksi bersama dengan murid-murid Tahun 2 Delima, saya telah mengenalpasti kekangan dalam melaksanakan P&P bersama-sama dengan mereka. Masalah tersebut ialah berkaitan dengan penglibatan semua murid di dalam kelas sewaktu saya menjalankan P&P adalah tidak selaras.

ANALISIS : Berdasarkan kepada pemerhatian dan juga dapatan yang saya laksanakan, saya dapati murid-murid Tahun 2 Delima adalah aktif semasa pembelajaran. Namun, keaktifan mereka semasa P&P sedikit mengganggu proses pengajaran yang saya laksanakan. Hal ini kerana apabila saya menyoal seorang murid sahaja, tetapi terdapat segelintir murid yang lain turut menjawab dan spontan memberikan jawapan kepada kelas. Keadaan ini menyukarkan saya untuk mengetahui sajauh mana tahap kefahaman murid yang disoal.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI : Saya telah mengambil langkah dengan berbincang bersama dengan pensyarah pembimbing saya, iaitu Encik Suhaimi. Beliau telah menyarankan saya supaya saya perlu bertindak dengan lebih tegas terhadap mereka dan sentiasa mengingatkan mereka bahawa hanya seorang sahaja murid yang disoal dan murid tersebut sahaja

yang perlu menjawab. Manakala rakan-rakan yang lain perlu mendengar jawapan yang diberikan oleh rakan mereka tersebut. Saya perlu menetapkan peraturan dan muridmurid tersebut perlu mengikuti peraturan tersebut.

TEMPOH MASA : 26 Ogos 2012 30 Ogos 2012

PENILAIAN KEJAYAAN : Hasil daripada perbincangan dengan pensyarah pembimbing, saya telah melaksanakan tindakan tersebut. Namun, pelaksanaan tersebut masih belum mendatangkan hasil yang positif lagi memandangkan perkara ini memerlukan satu tempoh masa yang lama untuk dibentuk kerana disiplin adalah perlu dibentuk. Pembentukan disiplin tersebut adalah melalui masa yang tidak dapat diramal.

TINDAKAN SUSULAN : Pada masa akan datang, saya akan sentiasa berkolaborasi dengan pensyarah pembmibing untuk mendapatkan pandangan dan idea beliau berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Saya juga perlu sentiasa mengingatkan murid-murid tersebut supaya memberi peluang kepada rakan mereka yang disoal dengan harapan keadaan ini akan menjadi satu kebiasaan bagi diri mereka.

MINGGU

KETUJUH

Tarikh : 2 September 2012 - 6 September 2012

MASALAH : Berlaku kelewatan untuk memulakan P&P kerana murid-murid Tahun 2 Delima masuk ke kelas sedikit kelewatan selepas waktu Pendidikan Jasmani.

ANALISIS : Pada minggu lepas, saya telah diselia oleh pensyarah pembimbing dan saya telah berhadapan dengan satu situasi yang mana murid-murid masuk ke kelas sedikit lewat selepas waktu Pendidikan Jasmani. Hal ini kerana mereka leka bermain sehingga loceng yang menandakan waktu sudah tamat tidak diambil berat. Keadaan ini menyebabkan saya memulakan P&P lewat 10 minit daripada waktu yang asal.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI : Saya telah mengambil langkah berbincang bersama dengan guru mata pelajaran Bahasa Melayu yang juga mengajar di kelas tersebut. Beliau telah menyarankan saya supaya tidak membenarkan murid-murid tersebut mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani di padanag sekolah jika hari tersebut saya akan diselia oleh pensyarah bagi membantu saya mengurangkan pembaziran masa oleh murid-murid.

TEMPOH MASA : Sepanjang tempoh praktikum

PENILAIAN KEJAYAAN : Hasil daripada perbincangan dengan guru pembimbing, saya telah mendapat buah fikiran. Namun, setakat ini pelaksanaannya tidak dapat dijalankan lagi kerana Pendidikan Jasmani adalah setiap hari Ahad sahaja.

TINDAKAN SUSULAN : Pada masa akan datang, saya akan sentiasa berkolaborasi dengan gurupembmibing untuk mendapatkan pandangan dan idea beliau berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Saya juga perlu sentiasa bersedia untuk menangani sesuatu isu yang berlaku.

MINGGU KELAPAN
Tarikh : 9 September 2012 - 13 September 2012

MASALAH : Murid-murid pemulihan Matematik Tahun 3 sukar untuk mengikuti aktiviti P&P yang telah saya jalankan. Mereka memberikan respon yang negatif.

ANALISIS : Pada minggu lepas, saya telah mengajar murid-murid pemulihan matematik. Topik yang difokuskan adalah menulis ayat matematik bagi operasi bahagi melalui operasi songsangan darab. Pada awal pembelajaran murid-murid sudah tidak menunjukkan minat. Hal ini kerana mereka sukar untuk melakukan operasi bahagi memandangkan mereka masih lemah untuk menguasai sifir dengan lancar.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI : Saya telah mengambil langkah berbincang bersama dengan guru mata pelajaran Matematik yang juga mengajar di kelas tersebut. Beliau telah menyarankan saya supaya murid-murid ini sentiasa disoal jawab secara lisan berkenaan dengan sifir yang telah mereka pelajari. Kemudian, saya juga disarankan agar kadang-kadang saya perlu memberi ganjaran kepada murid-murid ini supaya mereka sentiasa bermotivasi untuk mengingat sifir dengan lancar.

TEMPOH MASA : Sepanjang tempoh praktikum

PENILAIAN KEJAYAAN : Hasil daripada perbincangan dengan guru pembimbing, saya telah mendapat buah fikiran. Namun, setakat ini pelaksanaannya dijalankan sewaktu mata pelajaran yang saya ajar tetapi ganjaran pula saya tidak tekankan sangat kerana untuk mengelakkan murid-murid cepat bosan apabila sentiasa mendapat ganjaran.

TINDAKAN SUSULAN : Pada masa akan datang, saya akan sentiasa berkolaborasi dengan guru pembmibing untuk mendapatkan pandangan dan idea beliau berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Saya juga perlu sentiasa bersedia untuk menangani sesuatu isu yang berlaku.

Вам также может понравиться