Вы находитесь на странице: 1из 3

Permainan Tradisional---Galah Panjang

Pengenalan Permainan galah panjang adalah permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa. Permainan ini dimainkan dalam kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja. Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang. Pada masa yang sama, kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah.

Gelanggang Permainan Kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, samada di atas tanah, kawasan bertar atau bersimin dan di atas padang. Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter.Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemainbagi setiap pasukan. Sebagai penanda garisan, akan digunakan kon atau tali jika dimain kandi atas padang. Cat juga boleh digunakan sekiranya gelanggang simin. Tetapi kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.

Cara Bermain 1. Gelanggang galah panjang dilakar diatas gelanggang atau dibahagikan dengan konkon. Gelanggang dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian depan, bahagian tengah dan bahagian belakang. 2. Bahagian depan dijaga oleh 2orang dari kumpulan bertahan, bahagian tengah dijaga oleh 3orang dan bahagian belakang dijaga 4orang dari kumpulan bertahan. 3. Setiap penjaga dari kumpulan bertahan harus berdiri di atas garisan gelangang yang telah dilakar. 4. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang. 5. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tanganya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya kumpulan penyerang harus bercuba daya belari masuk ke dalam bahagian-bahagian gelanggang sehingga ke bahagian belakang. 6. Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penyerang tidak melepasi garisan yang dijaganya. 7. Penyerang akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik. 8. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. 9. Permainan akan berlangsung selama 15min dan muzik akan dimainkan sepanjang permainan. 10. Pemain yang berjaya melepasi garisan terakhir dan patah balik ke garisan permulaan akan mendapat 1 point. 11. Kumpulan yang terdapat point yang paling banyak dikira pemenang.

Syarat Permainan Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur ke belakang setelah melepasi garisan gelanggang, ia akan dikira kerana menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan. Pasukan penyerang dikira mati jika disentuh oleh penjaga gelanggang dan dikehendaki keluar dari gelanggang. Pemain penyerang yang terkeluar dari garisan gelanggang juga dikira mati dan dikehendaki keluar gelanggang.

Alatan-alatan Kon-kon, kapur untuk buat garisan atau tali Stop watch Muzik dan speaker

Ahli Jawatankuasa Ahli Penjelasan Pengira masa Pengira markah Alatan Gelanggang Hakim

: Shilia Ling Siau Lui : Pang Lee Yee : Tai Hui Ling : Chow Thing Wen : Teoh Chai Hong : Tay Sin May

Вам также может понравиться