You are on page 1of 2

Pengenalan Dalam masyarakat Malaysia yang semakin maju pada masa ini,ekonomi yang semakin maju telah mendorong

ekomoni Triang.Oleh itu,banyak kedai telah dibuka di Triang seperti kedai dobi,kedai menjual telefon,kafe dan sebagainya.Dengan pengetahuan kita,makanan adalah keperluan yang diperlu oleh penduduk Triang setiap hari manakala kebanyakan penduduk Triang sibuk dengan kerja dan kurang masa untuk memasak.Oleh sebab itu,kedai makan atau kafe memainkan peranan yang penting dalam masyarakat Triang. Perbezaan kafe dengan kedai makan biasa di Triang ialah Kafe kedai makan biasa Mempunyai wifi percuma Tidak mempunyai wifi percuma Menyediakan penyaman udara Tidak mempunyai penyaman udara Menggunakan computer dalam Menggunakan kertas tulisan untuk pesanan pelanggan dan bayaran pesanan pelanggan dan bayaran

Maksud kafe dari http://kamusbahasaindonesia.org/kafe/mirip ialah tempat minum kopi yang pengunjungnya dihibur dengan musik; tempat minum yg pengunjungnya dapat memesan minuman, seperti kopi, teh, bir, dan sebagainya manakala definisi kafe dari Wikipedia ialah Kafe dari bahasa Perancis caf. Arti secara harafiah adalah (minuman) kopi, tetapi kemudian menjadi tempat di mana seseorang bisa minum-minum, tidak hanya kopi, tetapi juga minuman lainnya. Kafe Icehouse telah membekalkan perkhidmatan tersebut kepada pelanggan dan juga menyediakan pelbagai jenis makanan tempatan,snek dan juga makanan barat.Kafe itu juga mempunyai perkhidmatan penyaman udara,pesanan dan bayaran melalui system komputer dan juga wifi secara percuma.Oleh itu.penduduk Triang dapat menjamu selera di sana dengan selesa dan gembira.Oleh sebab makanan yang disediakan oleh kafe Icehouse adalah makanan tradisional Triang seperti HoKien Mee,SingChew Bihun dan sebagainya telah mejadi tarikan terhadap penduduk Triang.Minuman sejuk yang pelbagai jenis telah menyesuaikan cuaca Triang yang panas sepanjang tahun telah mendapat sambutan penduduk Triang.Snek dan makanan barat seperti bifstik ayam,kentang goring,gulungan pisang dan sebagainya dapat member cubaan yang baru kepada penduduk tempatan.Wifi yang percuma telah menyenangkan remaja Triang kerana jika rumahnya tidak mempunya wifi,mereka boleh membawa telefon pintar atau computer riba mereka pergi ke Icehouse untuk melayari internet dan menikmati penyaman udara.Keluasan kafe Icehouse menyesuaikan penduduk Triang mengadakan perjumpaan dengan rakan atau sambutan Hari Jadi.Kafe Icehouse juga menyediakan bilik menyanyi bagi penduduk untuk mengendurkan diri.

Kafe Icehouse terletak di 109,Jalan Bahagia,28300 Triang Pahang iaitu tempat tumpuan penduduk Triang kerana sekeliling kafe icehouse adalah rumah kediaman.Kafe Icehouse dibuka pada 27 September 2009 dan diuruskan oleh pengurusnya,Cik Oh Shiau Shy.Kafe Icehouse adalah perniagaan kekeluargaan iaitu Keluarga OH.Pemegang saham Kafe Icehouse adalah ahli keluarga OH.Dalam pengurusan ahli keluarga OH,kafe Icehouse telah menjadi satu tempat bagi penduduk Triang untuk menjamu selera dengan keluarga,perjumpaan dengan rakan-rakan dan juga tempat untuk mengadakan sambutan Hari Jadi.Usaha-usaha ahli keluarga dan pengurus,Kafe Icehouse telah menjadi tempat yang diutamakan oleh penduduk Triang untuk menyelesakan diri.