Вы находитесь на странице: 1из 38

Fonologi & Fonetik Pengenalan Penuturan, kalimat, ujaran adalah hasil daripada bunyi bahasa yang dikeluarkan oleh

alat artikulasi manusia. Bahasa yang dihasilkan itu disebut bunyi bahasa. Bahasa Melayu juga mempunyai sistem bunyinya sendiri. Seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan yang tuntas untuk menguasai kemahiran menuturkannya dengan baik dan efektif.

Daripada Penalosa (Siti Hajar Abdul Aziz, 2008:87) bahasa bertindak melalui dua bentuk. Pertama melibatkan bunyi bahasa yang dihasilakan melalui alat ujaran manusia. Kedua, merangsang pemikiran, situasi sosial dan makna.

Kajian sistem bunyi bahasa ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Fonologi dan Fonetik. 1.0 1.1 Pengenalan Fonologi dan Fonetik

Secara ringkasnya, fonologi merupakan cabang linguistik deskriptif yang menjurus kepada kajian bunyi dan di dalam mulut oleh manusia dan terbahagi kepada dua:; 1.1.1. Fonetik 1.1.2. Fonemik

1.2..

Fungsi kajian ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu; segi pendekatan keilmuan; untuk mencari kebenaran umum dan

1.2.1. Dari

memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi itu.

1.2.2. Dari segi pendekatan kajian sebagai kemahiran; menggunakan data-data deskriptif daripada fonetik ilmiah bagi mempraktikkan pengenalan dan pengucapan bunyi ujaran itu.

2.0. 2.1.

Definisi Fonologi

Dipetik dari Kamus Dewan (1996 : 354) fonetik ialah ilmu bahasa yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.

2.2.

Kamus Linguistik Harimurthi Kirdalaksana (1984:61) mentakrifkan fonologi adalah merupakan satu bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi bahasa mengikut fungsinya.

2.3.

Profesor Emeritius Abdullah Hassan pula mendefinisikan fonologi sebagai mengkaji bunyi-bunyi berfungsi di dalam sesuatu bahasa itu. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. (1993:40)

2.4.

Menurut Indirawati Zahid dan Mandian Shah Omar fonologi merupakan subdisiplin yang mengkaji bunyi bahasa iaitu, tentang fungsi perlakuan dan organisasi bunyi sahaja. Bunyi suatu bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem tersebut (Rujukan daripada Buku Linguistik Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu dan Buku Fonetik dan Fonologi: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu)

2.5.

Dengan itu bolehlah dirumuskan bahawa fonologi adalah ilmu kaji sistem bahasa bunyi yang mencakupi ciri-ciri bunyi, sifat dan cara keluarnya melalui sarana yang ada dalam sistem bunyi manusia itu sendiri.

3.0.

Definisi Fonetik

3.1.

Menurut Merriam Websters Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai the system of speech sounds of a language or grouf of languages.

3.2.

Daripada Kamus Oxford Advanced Learners Dictionary of Current English (1992:671) fonetik adalah the study of speech sounds and their production.

3.3.

Daripada kamus The World Book of Dictionary (1981:1566) mengatakan fonetik sebagai the science dealing with sounds made in speech and the art of pronounciation ..concerned with the production of these speech sounds by the articulating organs of the speaker, the sound waves in which thye result, and the auditory effect they produce on the hearer.

3.3.

Kamus Collins Shorter English Dictionary (1990:858) menjelaskan fonetik sebagaithe science that deals with pronunciation and the representation of the sounds of speech.

3.4.

Prof Emiritus Abdullah Hassan di dalam bukunya Linguistik Am Untuk Guru Bahasa (1993:40) meringkaskan sebagai fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya. Fonetik amnya adalah pengkajian terhadap unsur-unsur bahasa dalam bentuk bunyi

3.5.

Manakala di dalam Kamus Linguistik Harimurthi Kirdalaksana mendefinisikan fonetik sebagai ilmu yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa (1984: 51)

3.6.

Abdul Hamid Mahmood dan Nurfara Lo Abdullah (2007) fonetik adalah bunyi yang telah dihasilkan oleh alat artikulasi manusia yang digunakan dalam pertuturan.

3.7.

Fonetik boleh disimpulkan sebagai kajian terhadap organ pertuturan dan sifat bunyi bahasa itu sendiri yang membawa makna dan difahami. Ia berfungsi merumus, menghurai dan mengklasifikasikan bentuk bunyi dalam satu bahasa untuk menentukan peraturan dalam bentuk bunyi melalui tiga kaedah;; 3.7.1. Fonetik Artikulasi

Menurut Indirawati Zahid Dan Mardian Shah Omar, (Fonetik dan

Fonologi : Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu)

fonetik artikulasi ialah satu bidang yang mengkaji mengenai cara

kita menggunakan alat dan daerah artikulasi untuk bertutur. erujuk

kepada bagaimana bunyi bahasa terhasil daripada mekanisme

tubuh. Bermula daripada udara => paru-paru => pita suara yang

menghasilkan

nada

=>

rongga

tekak,

mulut,

hidung yang

menghasilkan

gema

=> ditambah

dengan

gangguan

atau

tambahan kepada alat artikulasi rongga mulut yang menghasilkan

lantunan

bunyi

berbeza

seperti

letupan,

letusan

atau

geseran. Contoh-contoh alat artikulasi ialah lidah, gigi, lelangit dan

sebagainya. (Lampiran 1)

3.7.2. Fungsi Alat Artikulasi

3.7.2.1.

Lidah

Lidah merupakan wadah artikulasi yang paling utama dan teraktif dalam proses pengeluaran bunyi bahasa. Ianya terbahagi kepada empat bahagian iaitu:3.7.2.1. (a) hujung lidah (b) tengah lidah (c) hadapan lidah (d) belakang lidah. Pengklasifikasian ini menjadikan lidah boleh membuat tafsiran untuk pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan, tengah dan belakang lidah berfungsi untuk mengeluarkan bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah pula adalah bahagian teraktif dan sangat fleksibel untuk digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat hadangan.

3.7.2.2.

Gigi

Ia bertindak sebagai penghasil bunyi tak aktif. Ia sentiasa digunakan sebagai penampan udara kerana posisinya yang statik. Bagaimanapun, daripada penampan udara inilah bunyi dihasilkan

3.7.2.3.

Bibir

Terletak di bahagian luar rongga mulut, ia terbentuk daripada otot-otot kenyal yang boleh di dibundar dan dibhamparkan. Fungsinya mengeluarkan bunyi yang

pelbagai. Sesuai dengan keududukannya sebagai sempadan paling luar daripada rongga mulut, ia berfungsi menjadi penghadang kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

3.7.2.4 . Gusi Gusi adalah bahagian kembung dan menurun dari gigi sehingga ke bahagian di dalam rongga mulut. Alat artikulasi ini berfungsi sebagai zon sebutan dengan bantuan hujung lidah yang bertindak sebagai penyekat. 3.7.2.5. Lelangit Lelangit terbahagi kepada dua bahagian iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit keras terletak di sempadan gusi di bahagian hadapan rongga mulut. Ia berfungsi seperti lif yang dapat diturunnaikkan untuk membuka atau menutup saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila ia dinaikkan rongga mulut terbuka dan udara dikeluarkan melalui rongga mulut. Apabila diturunkan, udara terpaksa keluar melalui rongga hidung kerana rongga mulut tertutup. Lelangit lembut pula terbentang dari sempadan lelangit keras hingga ke bahagian akhir mulut. dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. 3.7.2.6.Rongga Hidung Rongga hidung dipisahkan oleh lelangit dan terletak betul-betul di atas rongga mulut. Ia boleh dibuka dan ditutup tertakluk kepada situasi sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

3.7.2.7. Pita Suara

Ia berada di dalam ruang tenggorok (halkum) dan media penting dalam penghasilan bunyi. Bunyi terhasil apabila berlaku proses memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis tersebut. (Lihat Lampiran 2)

3.7.3.

Fonetik Akustik Ia adalah pemaparan sifat dan hakikat bunyi. Ia bersifat fizikal apabila gelombang bunyi ujaran yang keluar dari pita suara. Ia diukur menggunakan alat seperti spektogram dan osiloskop yang mengkaji nada, frekuensi dan amplitud. Ia bersifat getaran apabila berhubungkait dengan pita suara iaitu kekerapan membuka dan menutup fungsi frekuensinya.

3.7.4

Fonetik Auditori Lebih kepada aspek pendengaran terhadap bunyi-bunyi yang terhasil. Bagaimana cara bunyi ditanggap oleh telinga, menyalurkan maklumat ke otak dan memberi persepsi. Ia melibatkan kajian bersifat mujarab (tidak dapat dirasa dan kabur) dan sangat kompleks.

4.0.

Matlamat Akhir akhir bidang kedua-dua ilmu ini ialah mengenal, menentu dan

Matlamat

mengklasifikasikan sistem bunyi atau mengenalpasti dan menentukan huruf-huruf atau fonem-fonem tertentu untuk melahirkan sistem ejaan yang sistematik bagi Bahasa Melayu.

Pengenalan

Vokal ialah bunyi-bunyi yang bersuara. Dihasilkan daripada proses udara dari paruparu yang keluar secara berterusan dari rongga tekak dan rongga mulut sebebasnya tanpa sekatan. Ciri-ciri utamanya ialah kelantangan dan kepanjangan yang melebihi bunyi konsonan. Tiada bahasa yang tidak mempunyai vokal kerana vokal adalah penggerak utama bunyi di dalam suku kata.

Mengambil kira daripada definisi yang diberikan oleh beberapa tokoh bahasa dapatlah disimpulkan bahawa titik artikulasi dan titik artikulator adalah nadi utama di dalam penghasilan bunyi bahasa. Proses pengeluaran bunyi bahasa yang sistematik adalah banyak. Lidah dan bibir adalah elemen penting dalam melahirkan bunyi vokal.

1.0

Definisi Bunyi Vokal

1.1.

Menurut Prof. Dr Abdul Hamid Mahmmod (1998:31) Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara yang tatakala dihasilkan udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Maksudnya bunyi-bunyi vokal dapat didengar dengan lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi konsonan.

1.2.

Sementara menurut Harimurthi Kirdalaksana (1983:177) mendefinisikan vokal adalah bunyi suara yang dihasilkan dengan getaran pita suara dan tanpa penyempitan dalam saluran suara di atas glottis. Satuan fonologi yan diwujudkan dalam lafaz tanpa geseran adalah vocal.

1.3.

Di dalam bukunya Outline of English Phonetics, Danel Jones mengatakan Vokal adalah bunyi bersuara yang tatakala dihasilkan udara dari paru-paru keluar berterusan tanpa mengalami sebarang gangguan, sekatan atau himpitan yang boleh menimbulkan bunyi geseran (Arbak Othman 1983:54)

1.4.

Charles F. Hockett dalam buku A Course in Modern Linguistic mendefinisikan vocal sebagai bunyi-bunyi bahasa yang tidak dicirikan oleh sebarang gangguann pada arus udara. (Arbak Othman 1983:54)

1.5.

Kamus Dewan (1998 :1341) menggariskan vocal sebagai vokal tulin, huruf hidup atau huruf saksi (a, e-taling, e-pepet, i, o, u)

2.0 2.1.

Jenis-Jenis Bunyi

Bunyi terbahagi kepada beberapa jenis seperti bunyi bahasa, bukan bunyi bahasa, bunyi bersuara dan bunyi tak bersuara. Bunyi bahasa adalah bunyi yang terdapat di dalam semua bahasa yang ada di dunia ini dan berfungsi serta memberi makna di dalam pertuturan. Bunyi bukan bahasa adalah bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia tetapi masih belum dianggap sebagai bunyi yang memberi makna seperti bunyi orang berdehem, bunyi siulan, tiruan kepada bunyi-bunyi binatang, sendawa atau batuk.

Bunyi bersuara berlaku apabila getaran terhasil semasa udara keluar melalui pita suara dan pita suara berkedudukan agak rapat. Bunyi tak bersuara terjadi apabila glotis berada di dalam keadaan renggang atau terluka. Apabila dilalui udara, tidak berlaku getaran.

2.2.

Bunyi Vokal

Bunyi vokal dihasilkan apabila udara keluar daripada rongga mulut dengan bebas tanpa sekatan atau himpitan. Ia juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, situasi rongga mulut dan bentuk bibir. Terdapat lapan jenis huruf vokal yang ada di dalam bahasa Melayu.

2.2.1. Figura Kedudukan Vokal-Vokal

2.2.2. Penghasilan Bunyi Vokal Vokal Depan Sempit (i) Untuk menghasilkan bunyi vokal ini,, bahagian hadapan lidah dinaikkan hingga hampir menyentuh lelangit keras, dan bahagian hujungnya pula didekatkan pada gusi. Rongga hidung ditutup dengan menggunakan lelangit lembut yang diangkat. Udara yang datang dari paru-paru melalui rongga mulut dan menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan. Halangan, sekatan dan himpitan itu boleh menghasilkan geseran. Pada masa yang sama bibir berada di dalam keadaan yang terhampat.

Awal Ikan Ibu

Tengah Bila Tiba

Akhir Tali Padi

Vokal Depan Separuh Sempit (e) Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin sehingga mencecah gusi.Rongga bibir berada di dalam keadaan terhampar. Awal Enak Elok Tengah Teleng Leher Akhir Tauge Tempe

Vokal Depan Separuh Luas atau lapang []. Bagi menghasilkan vokal ini depan lidah direndahkan sepertiga dari kedudukannya yang asal bagi vokal ( e ). Posisi alat pertuturan adalah sama seperti semasa mengeluarkan bunyi vokal (i) dan (e). Awal Esa Enak Tengah Belek Belok Akhir Tauge Tempe

Vokal Depan Luas ( a) Bagi mengeluarkan bunyi vokal ini, kedudukan hadapan lidah hendaklah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit lembut berada di dalam keadaan terangkat rapat ke belakang tekak serta menutup rongga hidung. Kedudukan alat pertuturan lain sama juga seperti menghasilkan vokal (i), dan (e). Awal Awan Tengah Kadar Akhir Siapa

Anak

Beras

Nama

Vokal Belakang Sempit (u) Bunyi vokal ini terhasil apabila belakang lidah diangkat setinggi mungkin tetapi tidak menghalang ruang aliran udara, manakala bibir dibundarkan. Awal ubat ular Tengah bulat sudu Akhir Batu Palu

Vokal Separuh Sempit ( o ) Untuk menghasilkannya, belakang lidah diturunkan 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dan yang paling rendah. Bibir pula berada di dalam keadaan bundar.

Awal Orang Otak

Tengah Tolong Bohong

Akhir Pidato Koko

Vokal Belakang Separuh Luas atau lapang [] Bagi menghasilkan bunyi vokal ini, belakang lidah diturunkan sehingga 1/3 daripada kedudukan separuh sempit dan bentuk bibir hendaklah dibundarkan. Awal Orang Oleh Tengah Borong Bolot Akhir Soto Teko

Vokal Tengah [] Lidah diletakkan seperti biasa di lantai rongga mulut tetapi bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit dan rongga munlut berada di dalam keadaan sederhana luas. .

Awal Emak Empat

Tengah Penat Tenat

Akhir Sosialisme Behaviurisme

3.0

Definisi Bunyi Konsonan

Bunyi Konsonan adalah bunyi selain daripada bunyi vokal. Ia terjadi apabila berlaku gangguan atau halangan oleh alat artikluasi terhadap udara yang datang dari paruparu. Konsonan terbahagi kepada dua iaitu:

3.1.

Konsonan Bersuara

Terhasil ketika tekanan udara keluar dari paru-paru menggetarkan pita suara

3.2.

Konsonan Tidak Bersuara

Konsonan yang dihasilkan oleh udara daripada paru-paru tidak menggetarkan pita suara.

3.3. Jenis-jenis Konsonan

Di dalam Bahasa Melayu cuma terdapat dua variasi konsonan iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli adalah konsonan sedia ada yang digunakan dan dituturkan oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang adaptasi oleh

penutur. Manakala konsonan pinjaman adalah konsonan yang telah diubahsuai dari perkataan pinjaman oleh penutur. Jenis- jenis konsonan di dalam Bahasa Melayu ialah:-

a)

Dua konsonan letupan dua bibir bersuara ( b ) dan tidak bersuara ( p ).

Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [p] 1. a) Kedudukan untuk dua

Bunyi konsonan [b] bibir a) Cara membunyikan sama seperti

- dirapatkan

membuat membunyikan konsonan [p]. yang

sekatan penuh pada arus udara berbeza ialah: dari paru-paru ke rongga mulut. 2. b) Kedudukan lelangit b) Pita suara rapat

lembut c) Arus udara dari paru-paru keluar rongga mulut

-dinaikkan ke belakang atau ke melalui dinding rongga tekak

untuk DENGAN mengetarkan pita suara. yang dihasilkan ialah

membuat sekatan udara dari paru- d) Bunyi paru ke rongga hidung c) Pita suara - renggang.

letupan dua bibir bersuara [b].

4.

d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut

TANPA menggetarkan pita suara. 5. e) Sekatan pada dua bibir

dilepaskan serta- merta. f) Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p].

Contoh perkataan:

Huruf Konsonan [p] Konsonan [b]

Awal Palu

Tengah Lapik

Akhir Atap

Batek

Rabun

Adab

b) )

Dua konsonan letupan gusi tidak bersuara ( t ) dan konsonan letupan gusi bersuara ( d

Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [t] 1. a) Kedudukan hujung

Bunyi konsonan [d] lidah - a) Cara membunyikan konsonan sama membunyikan konsonan [t].

dinaikkan rapat ke gusi untuk seperti

membuat sekatan penuh pada yang berbeza ialah: arus udara. 2. b) Lelangit lembut dan anak tekak b) Pita suara - rapat. dinaikkan ke belakang atau ke c) Arus udara dari paru-paru keluar dinding rongga tekak untuk melalui rongga mulut

menutup arus udara ke rongga DENGAN menggetarkan pita suara. hidung. 3. 4. c) Pita suara - renggang. d) Arus keluar udara melalui dari paru-paru mulut d)Bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi bersuara [d].

rongga

TANPA menggetarkan pita suara m 5. e) Sekatan yang dibuat oleh

hujung lidah dan gusi dilepaskan serta-merta. 6. f) Bunyi yang dihasilkan ialah

letupan gusi tidak bersuara [t].

Contoh perkataan:

Huruf Konsonan [t] Konsonan [d]

Awal Takut Dalam

Tengah Batas Tanduk

Akhir Padat Abad

c)

Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara ( g ) dan tidak bersuara ( k ) Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [k]

Bunyi konsonan [g]

1. a) Kedudukan belakang lidah a)Cara membunyikan konsonan sama dirapatkan ke lelangit lembut seperti membunyikan konsonan [k]. yang untuk membuat sekatan penuh berbeza ialah: pada arus udara . 2. Lelangit lembut dan b) Pita suara dirapatkan . anak c) Arus udara dari paru-paru yang keluar rongga mulut DENGAN

tekak dirapatkan ke rongga melalui tekak bagi menyekat

arus mengetarkan pita suara.

udara dari paru-paru ke rongga d) Bunyi yang dihasilkan ialah letupan hidung. b) b) Pita suara -renggang 4. c) Arus udara keluar dari paruparu melaui rongga mulut pita lelangit lembut bersuara [g].

TANPA suara. d) dibuat

menggetarkan

Sekatan udara yang belakang lidah

oleh

dilepaskan serta merta. 6. e)Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k].

Contoh perkataan: Huruf Konsonan [k] Konsonan [g] Awal Kala Garam Tengah Makan Pagar Akhir Tamak Dialog

. d) Satu konsonan hentian glotis. ( ? )

Cara membunyikannya:

i.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung ii. Pita suara dirapatkan sepenuhnya

iii.

Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat di belakang rapatan pita suara.

iv.

Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara

Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan berikut:

Awal Anak Ikan

Tengah Saat Rakyat

Akhir Lemak Budak

e)

Dua konsonan letusan bersuara [] dan lelangit keras tidak bersuara [].

Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [] 1. a) rapat Kedudukan ke hadapan keras pada

Bunyi konsonan [] lidah a) Cara membunyikan konsonan

lelengit sekatan

untuk sama seperti membunyikan konsonan arus []. yang berbeza ialah: b) Pita suara dirapatkan.

membuat udara. 2.

Lelangit lembut dan anak tekak c)Arus udara dari paru-paru keluar dinaikkan ke belakang atau ke melalui dinding rongga tekak rongga mulut DENGAN

untuk menggetarkan pita suara.

membuat sekatan terhadap arus d)Bunyi yang dihasilkan ialah letusan udara dari paru-paru ke rongga lelangit keras gusi bersuara [] hidung. 3. 4. b) Pita suara direnggangkan. c)Arus melalui udara rongga dari mulut paru-paru TANPA

menggetarkan pita suara. 5. d) Udara yang tersekat oleh

hadapan lidah di lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan. 6. e) Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras gusi tidak bersuara [].

Contoh perkataan: Huruf Konsonan [] Konsonan [] Awal Cara Jala Tengah Laci Kanji Akhir Koc Kolej

f).

Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s)

i. ii.

Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. iii. Pita suara di renggangkan.

iv. v.

Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut TANPA menggetarkan pita suara Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [s].

Contoh perkataan: Awal Silap Satu Tengah Lasak Lesu Akhir Pedas Lemas

g) i. ii.

Satu konsonan getaran bersuara ( r ). Hujung lidah dikenakan pada gusi.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. iii. Pita suara dirapatkan.

iv.

Arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak DENGAN menggetarkan pita suara

v.

Arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti pada perkataan berikut: Awal Rapat Rugi Tengah Tiram Seram Akhir Sabar Lebar

h) i. ii.

Satu konsonan gusi bersuara [I]: Hujung lidah dikenakan pada gusi.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. iii. Pita suara dirapatkan

iv.

Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara v. Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Lagu Lipat

Tengah Tilam Kelam

Akhir Tebal Kekal

i)

Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, , n )

Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]: i. ii. Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. iii. Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung. iv. v.. Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran. Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Macam Murah

Tengah Teman Lumba

Akhir Ketam Badam

Konsonan sengau gusi bersuara [n] i. Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara. ii. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan l aluan arus

udara dari paru-paru ke rongga hidung. iii. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung iv. Arus udara dilepaskan perlahan-lahan

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti pada perkataan berikut:

Awal Naga Nilam

Tengah Tanah Panah

Akhir Taman Laman

Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [] cara membunyikannya:

i. ii.

Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari paru-paru masuk ke rongga hidung. iii. Pita suara dirapatkan dan digetarkan

iv.

Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung. v. Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut

dilepaskan pelahan-perlahan.

Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut bersuara [] seperti yang berikut:

Awal Ngilu Ngeri

Tengah Bingka Rangkap

Akhir Lalang Tulang

Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [ .] Cara membunyikannya:

i.

Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara

ii. memberikan rongga hidung iii. iv.

Lelangit

lembut

dan

anak

tekak

diturunkan

untuk

laluan arus udara yang terkeluar dari paru-paru ke

Pita suara dirapatkan dan digetarkan Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke

rongga hidung v. Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara ( )seperti perkataan yang berikut:

Awal Nyaris Nyala

Tengah Banyak Senyap

Akhir -

j) i. ii. iii.

konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w]: Bibir di bundarkan. Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.

Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara udara dari paru-paru ke rongga hidung iv. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut

v.

Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal tengah [w].

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Waris Wajar

Tengah Kawan Lawan

Akhir Takraw -

k)

Satu konsonan separuh keras bersuara [j]. Cara membunyikannya:

i. ii. Iii

Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi. Bibir di hamparkan.

Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari paruparu ke rongga hidung. iv. Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan

untuk membunyikan vokal [j]. v. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh vokal lelangit keras bersuara [j]

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j] seperti pada perkataan berikut:

Awal Yakin Yuran

Tengah Tayang Payah

Akhir -

3.4.

Penghasilan Konsonan

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah sebutan yang melibatkan alat-alat artikulasi seperti jadual di bawah

Daerah sebutan Cara sebutan Letupan Letusan Sengau Pb M Td N S R L bibir Gigi-gusi Lelangit keras Cj (ny) Y Lelangit lembut Kg (ng) H Glottis

Geseran Getaran Sisian -

Separuh W vokal

Bagaimanapun, hanya sepuluh sahaja huruf konsonan terdapat dalam sistem bunyi konsonan Bahasa Melayu pada awal, tengah dan akhir perkataan, iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, r dan l. konsonan b, d, g, c dan jbab, had, koc dan kolej. Huruf konsonan ny, w dan y tidak kedapatan pada akhir perkataan. Ia hanya berada pada akhir perkataan dalam perkataan- perkataan pinjaman.

Pengenalan Pada 1972, Menteri Pelajaran Malaysia, Tun Hussein Onn dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Mashuri telah menandatangani satu pernyataan

bersama. Peryataan bersama itu mengandungi kesepakatan untuk melaksanakan asas yang dipersetujui tentang Ejaan Baru dan Ejaan Yang Disempurnakan. Pada 16 Ogos 1972 termaktublah sistem ejaan Rumi di dalam isitilah Bahasa Melayu Malaysia iaitu sistem ejaan latin bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Ia juga dirujuk sebagai Ejaan Rumi Bersama (ERB).

Perbezaan-perbezaan antara EYD dan ejaan sebelumnya adalah:

'Tj' menjadi 'c': 'Dj' menjadi 'j': 'J' menjadi 'y': 'Nj' menjadi 'ny': 'Sj' menjadi 'sy': 'Ch' menjadi 'kh':

tjutji cuci djarak jarak sajang sayang njamuk nyamuk sjarat syarat achir akhir

awalan 'di-' dan kata depan 'di' dibezakan penulisannya. Kata depan 'di' pada contoh "di rumah", "di sawah", penulisannya dipisahkan dengan ruang, sementara 'di-' pada dikira, dibuat ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya.

1.0.

Keselarasan Vokal

Pengertian Keselarasan Vokal daripada Zaaba (1961) ialah kesesuaian dua vokal yang membetuk dua suku kata pada kata dasar. Pasangan itu adalah:-

1.1. 1.2.

Huruf vokal pada suka kata pra akhir Huruf vokal pada suku kata pra akhir tertutup

Siti Hajar Abdul Aziz, PHD (2008) menakrifkan prinsip keselarasan vokal ialah: 1.3. Berlaku di antara dua huruf vokal pada kata dasar imbuhan tidak mempengaruhinya : Ke-bo-le-han; ke-cen-derung-an

1.4. 1.5.

Kata dasar diakhiri dengan suka kata terutup

Berlaku pada kata dasar yang mempunyai tiga suku kata atau lebih. Prinsip ini diaplikasi Cuma pada suku kata terakhir iaitu pasangan suku kata pra akhir dengan suka kata tertutup: Cen-de-rung Di dalam Bahasa Malaysia, ada enam bunyi vokal.huruf-huruf yang melambangkannya ialah a, e, e,i, o, dan uHuruf e ditulis dua kali kerana huruf itu melambang dua bunyi vokal yang berlainan :

1.6. 1.7.

e pepet : e seperti dalam perkataan e-mak e taling : e seperti dalam perkataan e-sok

2.0.

Prinsip Hukum Keselarasan Vokal (KV)

Prinsip ini terpakai apabila "huruf vokal yang membentuk sesuatu sesuatu perkataan (yang berakhirkan suku kata tertutup) mestilah daripada pasangan yang telah ditetapkan" Di dalam Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia terdapat 18 pasang huruf vokal yang telah ditetapkan. Pola keselarasan Bil Suku Kata Praakhir - Suku kata Tertutup a a a a i u a i u a e taling o o a u a e taling o a i u Asah, balak, halaman Alih, balik, sumbangsih Asuh, datuk, lembayung Emas, kelam, tembelang Lebih, betik, sembelih Telur, tempuh, temenggung Alak, dewan, belerang Leceh, gelek, selekeh Esok, telor, selekoh Ingat, kilang, selinap Intip, sisih, belimbing Riuh, tidur, tembeliung Otak, borang, sekolah Oleh, boleh, celoteh Obor, borong, kelompok Ubat, tumpang, ketupat Usik, kuih, gerusih Untuk, tunduk, tengkujuh contoh

e pepet e pepet e pepet e taling -

e taling e taling i i i o o o u u u

Daripada 18 pola itu, terdapat pula 8 pola yang berubah daripada sistem ejaan lama. Perubahan ini menggariskan bahawa huruf vokal i atau u digunakan pada suku kata akhir tertutup sekiranya suku kata praakhir menggunakan huruf vokal a,e pepet,i atau u seperti yang berikut: Bil Ejaan Lama Pola 1 2 3 4 5 6 7 8 a-e taling a-o Contoh Aleh Batok Ejaan Baru Pola a-i a-u e-i e-u i-i i-u u-i u-u Contoh Alih Batuk Lebih tempuh Pilih Tidur usik untung

e pepet-e taling Lebeh e pepet-o i-e taling i-o u-e taling u-o Tempoh Pileh Tidor Usek Untong

Perkataan yang terlibat biasanya mempunyai huruf konsonan yang berakhir dengan h,k,ng dan r.

Bagaimanapun bagi pola yang statik seiring sistem ejaan lama, huruf vokal e taling atau o pada suku kata akhir tertutup digunakan jika suku kata praakhir menggunakan huruf vokal e taling atau o juga. Contoh: Bil 1 2 3 4 Pola e taling-e taling e taling-o o-e taling o-o Contoh Perkataan leceh,gelek,teleng,selekeh tempoh,belok,telor,selekoh oleh,boleh,ponteng,celoteh pokok,boron,kelompok,seloroh

3.0.

Kekecualian Keselarasan Vokal

Hukum keselarasan vokal dilaksanakan kepada perkataan daripada bahasa Melayu. Bagaimanapun kekecualian keselarasan vokal hanya melibatkan kata pinjaman daripada bahasa Jawa dan Inggeris. Ramidah Hj Sabran (1985) berlaku pada kata asing pinjaman seperti Jawa/Nusantara dan Bahasa Inggeris. Jadual di bawah menunjukkan kekecualian keselarasan vokal;POLA KESELARASAN Bil Suku Kata Praakhir - Suku kata Tertutup a a e taling o e taling o e taling o e taling o e pepet e taling u e pepet e pepet i u e pepet e pepet lumer demdem, pepet iseng artikel, filem fosil, hipokrit bonus, forum skuter meter KATA PINJAMAN JAWA aneh, kaget, pamer calon, lapor, perabot gembleng bendok, jempol imlek ijon, pilon tulen, ulet bunglon, lelucon pakem gabenor, interkom simen, tiket diftong, transistor subjek, dokumen kupon, konduktor teater hipotesis, objektif petroleum, spektrum KATA PINJAMAN INGGERIS kabaret, panel atom, faktor

e pepet e pepet i i u u a o -

e taling e pepet i o o u -

e taling -

e pepet

oktober

4.0. Kesimpulan Pengetahuan mengenai ejaan dan keselarasan vokal harus dikuasai oleh pelajar dan penutur Bahasa Melayu untuk mengelakkan kesalahan tatabahasa yang akan merosakkan integriti Bahasa Melayu itu sendiri. Para guru seharusnya menghafal kemahiran ini secara tuntas agar kefahaman penuh dapat disalurkan kepada para pelajar dan seterusnya memartabatkan Bahasa Melayu itu.

LAMPIRAN 1 Contoh-contoh alat artikulasi

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah

11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis Pita suara Rongga tekak Rongga Hidung Rongga mulut Rahang Tenggorok

Lampiran 2 Gambarajah Pita Suara

Bibliografi http://insanpelarianmencarikepastian.blogspot.com/2012/03/fonetik-dan-fonologibm.html http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm http://www.youblisher.com/p/444965-Modul-UPSI/ http://erynnsyah.blogspot.com/ http://pjjmatematik.blogspot.com/2011/05/kajian-fonetik-dan-fonologi.html http://bkree66.blogspot.com/2011/01/perbezaan-fonetik-dan-fonologi-fonologi.html www.tutor.com.my STPM Bahasa Melayu http://pengajian-ipg.blogspot.com/search/label/FONOLOGI http://abubakar69.blogspot.com/2010/01/fonetik-penghasilan-bunyi-bahasa-melayu.html http://www.scribd.com/doc/13416756/Fonetik-Dan-Fonologi-Vokal http://www.scribd.com/doc/98361999/Hbml1203-Pengenaln-Fonetik-Dan-Fonologi-BmKwn-Abg-Moktar-1 witra.blogspot.com http://www.scribd.com/doc/44132491/Keselarasan-Vokal http://amirgassi.blogspot.com/2010/09/sistem-keselarasan-vokal.html http://pengajian-ipg.blogspot.com/2011/02/pola-keselarasan-vokal.html

Posted by MONALITA MANSOR at 01:13

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: Titisan Ilmu No comments:

Вам также может понравиться