Вы находитесь на странице: 1из 10

EDU3106 BUDAYA & PEMBELAJARAN

PEMBINAAN NEGARA BANGSA


DISEDIAKAN OLEH : NURUL AFATEN 5PISMP KS

Konsep negara
Negara (atau negeri) ialah entiti politik dan geopolitik Negara adalah satu sistem politik yang mengandungi penduduk di dalam sesebuah wilayah yang ditadbir oleh pihak tertentu (Miriam Budiardjo,1981) Negara adalah satu jentera atau agensi yang memiliki kuasa tertentu bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal rakyat bagi pihak rakyat (R. H. Soltao,1977) Negara merupakan unit politik yang mempunyai kedaulatan, tanggungjawab & kuasa dalam menjalankan pentadbiran sendiri.

Konsep bangsa
Bangsa ialah entiti budaya dan/atau etnik Bangsa merujuk kepada kumpulan anggota masyarakat yang mendiami satu ruang wilayah yang mempunyai sempadan dan satu kerajaan yang sama serta mentaati satu undang-undang yang sama. Kumpulan besar yang ahlinya mempunyai kepercayaan terikat atas asas perkongsian identiti sebagai suatu kumpulan manusia atau masyarakat yang terikat dengan persamaan hubungan sejarah,kebudayaan dan nenek moyang yang sama. Kesimpulannya, bangsa boleh merangkumi beberapa kumpulan ras atau etnik yang disatukan dibawah satu sistem pemerintahan dan perundangan serta mempunyai tanggungjawab yang sama untuk mematuhi perlembagaan bangsa itu

Konsep negara bangsa


satu konsep atau bentuk kenegaraan yang memperoleh pengesahan politiknya dengan menjadi sebuah entiti berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah (unit) wilayah yang berdaulat.

Istilah negara bangsa menandakan bahawa kedua-duanya (negara dan bangsa) sebagai sama, dan ini membezakannya dengan bentuk kenegaraan yang lain, yang telah wujud sebelumnya.

Jika berjaya dilaksanakan, ia menandakan bahawa rakyatnya berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai.

Merujuk kepada sebuah negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh ikatan primordial yang sempit seperti kaum, keturunan, agama, bahasa, budaya dan sebagainya yang boleh membawa kepada perpecahan.

Rakyat di negara itu mempunyai keyakinan serta kepercayaan yang tinggi kepada sistem pemerintahan dan undang-undang yang dilaksanakan.

Pembentukkan satu negara bangsa dianggap penting dan menjadi prasyarat kepada kemajuan sesebuah negara.

Istilah-istilah perpaduan negara, keharmonian, tolak ansur perlu difahami dan diterapkan kedlmamalan dan kehiduan rakyat.

Negara

Perlembagaan

Ciri-ciri negara bangsa


Kerajaan

Bangsa

Negara
Negara ialah wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintah

institusi pemerintahan yang tersusun

bertanggungjawab membuat dan melaksanakan keputusan politik menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan Contoh: Malaysia [terdiri daripada PTM, Sabah dan Sarawak]

Bangsa

Bangsa merupakan sekumpulan manusia mendiami sesebuah wilayah

Mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian dan pengalaman sejarah

Kerajaan
Kerajaan ialah institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara membuat, mentafsirkan dan melaksanakan dasar

pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat

Perlembagaan
Perlembagaan adalah peraturan tertinggi sama ada bertulis atau tidak bertulis

Menjadi rujukan dan panduan bagi mentadbir dan memerintah sesebuah negara

Memberi jaminan perlindungan kepada rakyat

Вам также может понравиться