Вы находитесь на странице: 1из 5

RANCANGAN PENGAJARAN SEMESTER

Oleh Cikgu Isa

Contoh sebahagian daripada rancangan pengajaran semester (RPS) yang disediakan ini adalah sebagai panduan sahaja. Rancangan ini boleh diubah suai agar lebih menepati keperluan setempat dan semasa. Yang penting unsur-unsur yang terdapat dalam contoh ini perlu ada. Unsur pertama ialah unit dan minggu. Unit dapat diambil sepenuhnya atau berdasarkan buku teks. Minggu ditetapkan oleh guru sendiri. Satu unit lazimnya dilaksanakan satu hingga dua minggu sahaja. Unsur kedua ialah tema dan tajuk. Seperti unit, tema dan tajuk juga dapat diambil sepenuhnya atau diubah suai daripada buku teks dan buku aktiviti. Tema lazimnya satu sahaja dan sebaik-baiknya diikuti dengan subtema. Contohnya, tema alam sekitar diikuti dengan subtema kebersihan. Tajuk pula boleh satu atau lebih daripada satu--bergantung pada pelbagai faktor seperti peruntukan masa, kemudahan sumber, kebolehan murid dan kecekapan guru. Yang penting tajuk itu hendaklah berdasarkan tema yang sama. Unsur ketiga ialah hasil pembelajaran (HP) dan huraian hasil pembelajaran (HHP) berdasarkan aras yang dapat dipetik sepenuhnya daripada Huraian Sukatan Pelajaran dan disesuaikan juga dengan cadangan HP dan HHP yang terdapat dalam buku teks. Sebaik-baiknya setiap unit mengandungi kemahiran mendengar dan/atau kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Tidak menjadi masalah sekiranya lajur HP dipisahkan daripada lajur HHP. Unsur keempat ialah cadangan aktiviti. Perkataan cadangan sengaja digunakan seperti yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran. Hal ini bermaksud aktiviti yang dicadangkan itu boleh diubah suai seperti digugurkan, ditambah atau digantikan dengan aktiviti yang hampir sama. Penulisan aktiviti itu juga bersifat umum dan dapat dipecahkan kepada beberapa aktiviti kecil. Aktiviti boleh diambil dan disesuaikan atau dirumuskan daripada cadangan aktiviti yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran, buku teks dan buku aktiviti. Yang penting, setiap aktiviti hendaklah berupa penjelasan kemahiran bagi aras yang berkenaan. Tiada ketetapan tentang jumlah aktiviti. Namun, sebagai panduan, sekurang-kurangnya satu aktiviti dapat dibina daripada satu aras kemahiran. Purata enam aktiviti bagi satu minggu dianggap memadai. Unsur kelima ialah sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Sistem bahasa bukan sahaja mesti diajarkan pada setiap minggu malah pada setiap kali pengajaran. Oleh itu, dua atau lebih sistem bahasa wajarlah dicatat dalam lajur yang berkenaan untuk setiap minggu. Bagi pengisian kurikulum, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah (KBT) mestilah dirancang untuk setiap minggu. Bagi KBT pula, kemahiran berfikir juga hendaklah dirancang untuk setiap minggu. Sebaik-baiknya dirancangkan empat pengisian kurikulum dalam seminggu. Selain nilai murni dan kemahiran berfikir, dua lagi pengisian kurikulum lagi dapat dipilih atas kebijaksanaan guru asalkan sesuai dengan aktiviti yang disediakan. Subtajuk pengisian kurikulum di bawah KBT dianggap satu pengisian kurikulum. Jika suka, lajur sistem bahasa boleh dipisahkan daripada lajur pengisian kurikulum. Contoh Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester Bahasa Melayu, Tahun 3 (Sebahagian sahaja)
Unit dan Minggu Unit 1 Minggu 1 Tema/Tajuk Hasil Pembelajaran dan Huraian Hasil Pembelajaran 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai. Aras 1 i. Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai. Aras 2 i. Menggunakan kata panggilan yang sesuai. Cadangan Aktiviti 1. Berbual tentang pengalaman membersihkan rumah dan sekolah. 2. Melakukan simulasi perbualan yang menggunakan kata panggilan. Sistem Bahasa dan Pengisian Kurikulum Sistem Bahasa Kata adjektif Kata ganti nama Kosa kata Pengisian Kurikulum Nilai Kebersihan fizikal dan mental Kerjasama Semangat

Tema Alam Sekitar: Kebersihan Tajuk Sekolahku Rumahku

1.4 Menyatakan permintaan secara berterus terang dan meyakinkan dengan menggunakan intonasi dan unsur paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan. Aras 1 (i) Memilih dan menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk menyatakan sesuatu permintaan. 7.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat dan gaya bahasa yang terdapat dalam teks sastera dan bukan sastera. Aras 1 i. Mengecam perkataan, istilah dan ayat dalam karya prosa dan puisi yang dibaca. 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Aras 1 i. Membina ayat tunggal berdasarkan pelbagai bahan rangsangan yang diberi.

3. Menceritakan persekitaran sekolah selepas lawatan. 4. Main peranan situasi yang berkaitan dengan gotong-royong. 5. Mengecam kata adjektif, kata ganti nama dan kosa kata istilah dalam bahan yang dibaca. 6. Membina ayat tunggal dengan menggunakan perkataan/bahan rangsangan yang diberikan.

bermasyarakat Kemahiran Berfikir Membandingkan dan membezakan Ilmu Kepentingan menjaga alam sekitar kita Kajian Masa Depan Ramalan akibat bersih dan kotor. Pembelajaran Kontekstual Menghubung kait pengalaman dengan isi pelajaran

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Rancangan pengajaran harian (RPH) ini dicipta berdasarkan contoh yang dikemukakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Untuk keperluan praktikum, sedikit ubah suaian telah dilakukan. Antaranya ialah lajur khas untuk langkah dan masa diwujudkan dan ruangan refleksi diadakan. Seperti yang telah dijelaskan di bawah subtajuk sistem bahasa dan pengisian kurikulum, demi keberkesanan latihan, sekurang-kurangnya satu aspek sistem bahasa dan empat aspek pengisian kurikulum mesti diajarkan atau diserapkan dalam setiap sesi pengajaran. Bagi elemen pengisian kurikulum, nilai dan kemahiran berfikir mesti ada dalam setiap sesi pengajaran. Dua aspek lagi boleh dipilih sendiri oleh guru pelatih dengan syarat satu daripadanya hendaklah daripada kumpulan kemahiran bernilai tambah. Unsur terpenting dalam RPH ialah penulisan objektif. Secara luaran, kepentingannya nyata kerana dalam borang penilaian praktikum, objektif (yang diistilahkan dengan hasil pembelajaran) dinilai dua kali, iaitu dari segi perancangan dan dari segi pencapaiannya. Namun, yang lebih penting ialah maksud sebenar objektif, iaitu menentukan tahap kejayaan atau kegagalan sesuatu sesi pengajaran. Hal ini berkaitan dengan teknik penulisannya dan pelaksanaannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran sebenar. Dari segi teknik penulisan, penggunaan senarai semak di bawah dijangka dapat membantu guru pelatih untuk menentukan kejituan sesuatu objektif. Namun, jika objektif itu hanya dapat dilaksanakan sebahagian sahaja atau tidak dapat dilaksanakan sama sekali, pastilah hasilnya bagai nasi mentah atau hampa sama sekali. Kalau mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang, apalah maknanya hidup ini. Kalau bahagia dicari, derita menjelma; kalau syurga diingini, neraka kesudahannya, kecundanglah jawapannya. Oleh hal yang demikian, pastikan objektif yang ditulis itu dapat dilaksanakan.
1. 2. 3. 4. Perlakuan jelas Ada syarat untuk mencapai perlakuan Ada kriteria penilaian objektif atau pencapaian minimum yang diharapkan (min, Objektif selaras dengan kemahiran atau hasil pembelajaran Semakan

5. 6. 7. 8.

Kesukaran objektif sesuai dengan aras hasil pembelajaran Objektif sesuai dengan kemampuan pelajar Objektif berkemungkinan dicapai dalam tempoh masa yang diperuntukkan Perancangan untuk mencapai objektif jelas dalam langkah penyampaian

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu, Tahun 3 Tarikh/Hari: Masa: Tahun: Mata Pelajaran: Unit: Aras: Tema: Tajuk: xx-xx-2006 60 minit 3 Bahasa Melayu 1 1 Alam Sekitar: Kebersihan Sekolahku Rumahku

Hasil Pembelajaran (Fokus Utama) Fokus Utama 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai. Aras 1 Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai. 1.4 Menyatakan permintaan secara berterus terang dan meyakinkan dengan menggunakan intonasi dan unsur paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan. Aras 1 (i) Memilih dan menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk menyatakan sesuatu permintaan. 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Aras 1 (i) Membina ayat tunggal berdasarkan pelbagai bahan rangsangan yang diberi. Hasil Pembelajaran (Fokus Sampingan) 7.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat dan gaya bahasa yang terdapat dalam teks sastera dan bukan sastera. Aras 1 Mengecam perkataan, istilah dan ayat dalam karya prosa dan puisi yang dibaca. Objektif Eksplisit Sebelum pelajaran ini berakhir 1. Secara berpasangan atau bertiga pelajar berbual tentang kebersihan sekolah di hadapan kelas dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua ayat tunggal yang sesuai dengan situasi. (Hasil Pembelajaran 1.1) 2. Pasangan daripada setiap kumpulan dapat melakonkan situasi anak meminta kebenaran daripada ibu bapa untuk menyertai gotong-royong di sekolah dengan menggunakan sekurangkurangnya dua ayat tunggal. (Hasil Pembelajaran 1.4) 3. Setiap murid dapat menulis sekurang-kurangnya empat ayat tunggal dalam borang pengurusan grafik tentang keadaan bersih dan kotor tiga tempat di kawasan sekolah. (Hasil Pembelajaran 8.2) Objektif Afektif: (a) Murid mengamalkan kebersihan mental dan fizikal, iaitu kebersihan tempat tinggal dan kebersihan persekitaran. (b) Murid mengamalkan kesopanan berbahasa semasa berbual. Pengetahuan Sedia: (a) Murid pernah terlibat dengan program kebersihan dalam komuniti sendiri atau telah mendapat maklumat ini melalui media massa. (b) Murid telah mempelajari kata nama. (c) Murid telah mempelajari ayat tunggal. Bahan Bantu Belajar: Teks Sekolahku Indah, gambar digital (kawasan rumah dan kawasan sekolah yang bersih dan kotor), rakaman dialog Cikgu Normah dengan Wahida, lembaran kerja. Sistem Bahasa: (a) Morfologi: kata adjektif seperti bersih, kemas, segar, kotor, busuk, dan cemar.

(b) Sintaksis: ayat tunggal (c) Sebutan dan intonasi: kesantunan berbahasa untuk menyatakan permintaan. (d) Kosa kata: malaria, jangkitan, virus, taun. Pengisian Kurikulum: 1. Nilai: (9) Kebersihan mental dan fizikal: kebersihan diri, kebersihan persekitaran dan kebersihan perlakuan (kesantunan semasa berbual) 2. Kemahiran Berfikir: (a) Membandingkan dan membezakan: sekolah-sekolah yang bersih dengan yang kotor. (b) Mencirikan kawasan kampung/taman perumahan dari segi kebersihan. 3. Ilmu: (a) Sains: Kepentingan menjaga kebersihan untuk mengelak merebaknya penyakit. (b) Agama/Moral: Mengamalkan kebersihan kerana kebersihan adalah sebahagian daripada iman. 4. Kemahiran Masa Depan: Pelajar dapat membuat ramalan akibat bersih dan kotor.
Langkah dan Masa Induksi Set 3 minit Huraian Hasil Pembelajaran dan Kandungan 1. Kepentingan membuang sampah secara teratur. 2. Penggunaan tong sampah. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1. Murid memerhatikan tong sampah yang bertulis Gunakan Saya yang dibawa oleh guru. 2. Murid menonton video pemandangan sampah di luar tong sampah. 3. Murid menjawab soalan guru. o Di manakah kamu perlu membuang sampah? o Apakah keburukan jika sampah tidak dimasukkan dengan baik ke dalam tong sampah? o Jika kelas kamu kotor dan berbau, apakah perasaan kamu? 4. Guru mengaitkan aktiviti ini dengan tajuk pelajaran. Langkah 1 15 minit 1.1 Aras 1: Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai. Keadaan bersih dan kotor: rumah sendiri. Latihan menyatakan pengalaman sebagai asas berbual. 1. Guru bersoal jawab dengan murid berpandukan gambar digital. 2. Dua orang murid menceritakan pengalaman mereka membersihkan kawasan dalam rumah seperti bilik sendiri. 3. Dua orang murid lagi menceritakan pengalaman mereka membersihkan kawasan luar rumah seperti halaman rumah dan longkang. 4. Secara berpasangan atau bertiga, pelajar berbual tentang kebersihan rumah masingmasing. Langkah 2 13 minit 1.1 Aras 1: Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai. 7.2 Aras 1: Mengecam perkataan, istilah dan ayat dalam karya prosa dan puisi yang dibaca. Keadaan bersih dan kotor: kawasan 1. Membaca dialog Wahida dengan Shanti. 2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang kata adjektif yang terdapat dalam teks. 3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang keadaan sekolah, terutamanya dari segi kebersihan. 4. Beberapa orang murid o BBB: LCD, gambar digital bilik/kawasan rumah bersih dan kotor. o Nilai: Kebersihan tempat tinggal dan persekitaran, bertanggungjawab dan rajin Catatan* o BBB: Tong sampah, LCD, video o Nilai: Peka terhadap kebersihan persekitaran o Jika ada sampah di dalam kelas, murid diminta mengutip dan membuangnya ke dalam tong sampah

Kontekstual: Menyatakan pengalaman sebagai asas untuk berbual.

o BBB: Teks Sekolahku Indah, o Sistem Bahasa: Kata Adjektif o Nilai: Kesedaran tentang pentingnya kebersihan sekolah o Pengelolaan: berpasangan o Pencapaian objektif

sekolah. Kata Adjektif: gembira, cantik, subur, indah, dan ceria.

menceritakan keadaan sekolah, terutamanya dari segi kebersihan, di hadapan kelas. 5. Secara berpasangan atau bertiga, murid berbual tentang kebersihan sekolah. 1. Mendengar rakaman dialog antara Cikgu Normah dengan Wahida tanpa merujuk teks. 2. Guru dan murid berbincang tentang lembaran kerja. 3. Aktiviti kumpulan: kumpulan 4-5 orang murid berbincang tentang cara meminta kebenaran daripada ibu bapa untuk menyertai gotong-royong. 4. Main peranan: pasangan setiap kumpulan melakonkan cara meminta kebenaran daripada ibu bapa untuk menyertai gotong-royong. 1. Setiap murid menulis sekurangkurangnya empat ayat tunggal dalam borang pengurusan grafik tentang keadaan bersih dan kotor tiga tempat di kawasan sekolah. 2. Aktiviti pengayaan untuk kumpulan yang siap awal dan aktiviti pemulihan untuk pelajar yang telah dikenal pasti lebih awal. 1. Berpandukan situasi yang dinyatakan oleh guru, murid membuat ramalan akibat bersih dan kotor. 2. Guru merumuskan kandungan pelajaran hari ini.

Langkah 3 15 minit

1.1 Aras 1: Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai. 1.4 Aras 1 (i) Memilih dan menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk menyatakan sesuatu permintaan. Bergotong-royong menjaga kebersihan sekolah Kosa kata: (umum) kuman, jangkitan; (istilah) taun, virus. Menulis 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Aras 1 i. Membina ayat tunggal berdasarkan pelbagai bahan rangsangan yang diberi.

o BBB: Rakaman dialog

o Sistem bahasa:
Kosa kata o Teknik: Main peranan o Nilai: Kesantunan semasa bercakap dengan ibu bapa o Kecerdasan pelbagai: Verballinguistik o Pencapaian objektif 2 o BBB: Lembaran 1 dan gambar digital o Nilai: Kebersihan tempat tinggal, kerjasama o KB: Membanding beza keadaan bersih dengan kotor o Pencapaian objektif 3 o BBB: Gambar digital situasi bersih dan kotor o KMD: Meramalkan akibat sesuatu situasi

Langkah 4 10 minit

Penutup 3 minit

Kebersihan persekitaran.

Pengayaan: Lembaran Kerja 2. Pemulihan: Lembaran Kerja 3. Catatan/Refleksi:

Вам также может понравиться