You are on page 1of 15

Cara Pengurusan Aktiviti Yang Sesuai Untuk Murid Pintar Cerdas

PENSYARAH PEMBIMBING: EN. KAMARUL BAHRIN BIN MOHD RAZI DIPERSEMBAHKAN OLEH: MOHD HAFIZ BIN SUHAILI MUHAMMAD AZIM BIN MD RAHIM MOHD NAZREEN ADZHA BIN MAZLAN

Definisi Pelajar Pintar Cerdas


Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat mengenai konsep
pelajar pintar cerdas ini. Stanford Binet (1916), orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai The Stanford-Binet Test telah memberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk

kepada

keupayaan

individu

memahami,

membuat

pertimbangan dan penaakulan dengan baik.

Lewis Terman (1916), pula memberi definisi


pintar Di cerdas sebagai seseorang yang

berkebolehan untuk berfikir secara abstrak.


samping itu, Marland (1972), telah

mengemukakan satu definisi pelajar pintar


cerdas yang diterima pakai oleh Jabatan

Pendidikan Negara, Amerika Syarikat pada


tahun 1972.

Memandangkan kanak-kanak pintar cerdas mempunyai

kemahiran belajar yang berlainan daripada kanak-kanak biasa


maka para pendidik perlu merangka satu program pendidikan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini.

Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982),

program pendidikan kanak-kanak pintar cerdas ini terbahagi


kepada tiga bentuk umum iaitu pengayaan, percepatan dan pengelompokan.

Murid diberi kebebasan atau ruang untuk mempelajari bidang

yang diminati.
Satu sudut yang lengkap dengan pelbagai bahan pengayaan disediakan di bilik darjah. Maklumat-maklumat pengayaan seperti apa yang menarik dalam bidang tersebut , dari mana boleh mendapatkan

maklumat tambahan, apakah isu-isu semasa dalam bidang ini,


disediakan.

Selain daripada majalah, pampflet dan buku-buku, guru juga perlu mengadakan aktiviti lawatan, ceramah, tayangan video dan sebagainya sebagai aktiviti pendedahan.

Latihan Berkelompok
Ini merupakan program latihan bagi meluaskan skim pemikiran kanak-kanak. Antara aktiviti latihan ini termasuklah pemikiran kritis, penyelesaian masalah, kaedah projek dan inkuiri-penemuan. Mereka diberi latihan dan bimbingan khusus untuk menyelidik masalah sebenar.

Aktiviti ini menggunakan teknik inkuiri-penemuan iaitu kanakkanak pintar cerdas tadi bermula dengan pembentukan sesuatu masalah, memahami masalah yang dibentuk, menyediakan pelan tindakan, menjalankan rancangan

penyelidikan, membuat laporan dan membuat refleksi untuk membina skim penghayatan yang mantap.

Program Percepatan
Ini bermaksud kurikulum yang diajar kepada kanak-kanak pintar cerdas itu

dihabiskan dengan cepat.


Ada beberapa cara untuk melaksanakan program ini seperti kanak-kanak yang lebih muda memasuki tahun satu persekolahan, melangkaui kelas,

melangkaui sebahagian daripada masa kelas untuk mengikuti mata


pelajaran tertentu dalam kelas yang lebih tinggi (mengikut minat dan perkembangan intelek) dan memendekkan tempoh pengajaran seperti

kurikulum setahun diajar dalam tempoh 6 bulan dan lebihan masa iti
digunakan untuk mempelajari kurikulum yang lebih tinggi.

Program Pengelompokan
Program ini menentukan bahawa kanak-kanak dalam kategori pintar cerdas ini dikumpulkan dalam satu kelas dan diberi bimbingan yang sesuai oleh guru yang terlatih. Program pengelompokan ini memerlukan satu penilaian yang standard untuk menentukan tahap kanak-kanak pintar cerdas. Langkah ini juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak

pintar cerdas untuk menikmati pembelajaran yang lebih


sempurna.

Komputer dan Kanak-kanak Pintar Cerdas


Geoffrey Jones dalam artikelnya bertajuk, Personal Computers Help Gifted Students Work Smart telah menggariskan kebolehan-kebolehan komputer dalam

memenuhi keperluan belajar kanak-kanak pintar cerdas. Antaranya ialah : Teknologi komputer yang fleksibel akan memudahkan gaya

pembelajaran dan minat individu untuk berinteraksi dengan


gambar, perkataan, nombor atau sebarang medium yang memberi keselesaan kepada pelajar.

Struktur pengalaman yang direka oleh guru-guru terlatih akan

membantu pelajar untuk membina kekuatan dan mengatasi


kelemahan-kelemahan mereka. Word Processors dapat memperbaiki penulisan dan pengolahan idea-idea. Program-

program komputer yang berkaitan dengan data statistik boleh


membantu pelajar menyelesaikan pelbagai soalan yang mencabar minda mereka. Pelajar-pelajar akan bertambah yakin membina pelbagai skills mereka.

Komputer juga boleh digunakan untuk menyaingi kehendak


pelajar. Komputer dapat bersabar dan menguasai pada satu-satu idea untuk jangka masa yang panjang. Komputer juga boleh melakukan kerja-kerja yang kompleks apabila para pelajar telah bersedia untuk menggunakannya. Apabila para pelajar telah menerima sesuatu tanggungjawab dan menguasai penggunaan komputer, mereka akan bekerja dengan lebih cekap. Komputer berkhidmat untuk masyarakat.

Semakin

baik

pemahaman

pelajar

tentang

proses

pembelajaran, mereka akan dapat menggunakan teknologi ini dengan cekap.

Masyarakat belajar daripada masyarakat. Maklumat dan idea daripada masyarakat luar boleh didapati dari komputer. Para pelajar akan dapat dihubungkan melalui software, papan buletin atau perbincangan dan projek kumpulan. Para pelajar

akan lebih terdedah kepada golongan masyarakat yang


berilmu dan bijak menerusi teknologi komputer ini.

Kesimpulan

Kanak-kanak pintar cerdas adalah satu anugerah yang diberikan


oleh Allah kepada makhluk-Nya. Peranan ibu bapa, pendidik, dan masyarakat amat diperlukan untuk membentuk kanak-kanak pintar

cerdas ini menjadi satu aset yang paling berharga dalam


masyarakat. Kepintaran dan kecerdasan kanak-kanak ini bukan hanya dibangunkan dari aspek intelek semata-mata malah

pembangunan akhlak atau spiritual amatlah dipentingkan. Tidak


hairan kepada kita sekiranya ada kanak-kanak pintar cerdas ini yang hanya menjadi penjual rokok di tepi jalan atau penebar roti canai

kerana masalah kemiskinan atau mungkin disebabkan oleh


ketidakprihatinan masyarakat pada kebolehan yang ada pada kanak-kanak tadi.