Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
1.0 Pendahuluan
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada lebih 200 kumpulan etnik. Antaranya ialah Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Iban dan lain-lain. Dengan penduduk yang pelbagai budaya ini, perpaduan etnik atau sebaliknya sentiasa menjadi agenda dalam pengurusan masyarakat dan pemerintahan negara ini. Oleh kerana wujudnya kepelbagaian budaya, agama dan bahasa dalam kalangan rakyat di negara ini, maka timbulah pelbagai masalah yang melibatkan hubungan etnik. Boleh dikatakan bahawa perkauman akan sentiasa menjadi batas pemisah antara rakyat pelbagai kaum. Keadaan ini seterusnya boleh melahirkan ketegangan dan konflik antara kaum dan seterusnya boleh menyebabkan berlakunya pertumpahan darah. Berdasarkan kepada peristiwa 13 Mei, beberapa perkara penting yang perlu dipandang serius dalam membina nagara bangsa yang bersatu padu. Dalam hal ini, ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik. Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yg mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik. Rakyat Malaysiayang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.
2.0 Cabaran hubungan etnik 2.1 Cabaran hubungan etnik dari aspek ekonomi
Salah satu cabaran hubungan etnik dalam aspek ekonomi ialah pemisahan fizikal. Pemisahan fizikal ini wujud kesan daripada dasar pecah dan perintah' yang diamalkan oleh penjajah British pada masa dahulu. Pemisahan fizikal ini menyebabkan menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang untuk berinteraksi dengan lebih kerap kerana tinggal di wilayah yang berbeza. Hal ini merenggangkan perhubungan perhubungan dan interaksi serta memperkuatkan lagi perasaan kekitaan dan etnosentrisme dalam kalangan anggota setiap etnik. Keadaan ini seterusnya akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan dalam kalangan ahli sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain. Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri dan masih menggunakan sukatan pelajaran yang diamalkan di negara asal mereka. Pelajar Melayu belajar di sekolah Melayudan menggunakan bahasa Melayu. Orang India pula bersekolah di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Manakala bagi pelajar Cina, mereka bersekolah di sekolah Cina dan menggunakan bahasa Mandarin. Keadaan ini menyebabkan interaksi sesama mereka hanya berkisar dalam kalangan etnik yang sama. Selain itu, kontrak sosial juga juga kerap dibangkitkan oleh sesetengah pihak. Kontrak sosial merupakan persetujuan yang dicapai semasa kemerdekaan dalam merangka perlembagaan. Antara isu yang sering ditimbulkan ialah kedudukan istimewa orang Melayu, kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, dan sebagainya. Sebarang isu atau kontrak sosial yang dibangkitkan boleh membawa kepada kerenggangan hubungn etnik di Malaysia.
Keadaan ini akan memberi kesan kepada hubungan etnik, intergrasi, perpaduan, mudah terjadinya konflik dan lebih parah lagi mengundang rusuhan kaum. Secara tidak langsung, keadaan ini akan memburukan lagi hubungan etnik di Malaysia.
3.0 Peranan kerajaan dalam meningkatkan hubungan etnik 3.1 Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 telah membuka mata pelbagai pihak tentang pentingnya usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan dalam mengurus perbezaan serta sensitiviti yang terdapat dalam sesebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. Berikutan peristiwa tersebut, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan. Pada 1 Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintah MAGERAN telah diwujudkan bagi menanggani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di negara kita pada waktu itu (Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional,2006). Selepas pembubaran MAGERAN, Majlis Penasihat Perpaduan Negara telah ditubuhkan iaitu pada 23 Februari 1971. tanggungjawab bagi memupuk dan memelihara perpaduan antara kaum di negara ini terus diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Perpaduan Negara. Antara 1990-2004, Jabatan Perpaduan Negara telah diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan nama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Bermula daripada kemerdekaan sehingga kini, kerajaan telah merangka dan memberi penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang sosioekonomi yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta integrasi nasional. Dasar-dasar yang dimaksudkan termasuklah Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru. Dasar-dasar tersebut telah diperkukuh lagi dengan memperkenal Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan. Bagi mengurangkan tindak tanduk politik yang boleh memecahbelahkan rakyat, usaha telah diambil untuk membentuk Barisan Nasional. Sebagai tindakan susulan dalam memperlengkap dan memperkukuh usaha pembentukan bangsa Malaysia., beberapa dasar lain telah dibentuk. Antaranya ialah Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wawasan Negara dan Dasar sosial Negara. Pendirian kerajaan telah menegaskan lagi dalam pernyataan Wawasan 2020. JPNIN melalui Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional 2005-2010, telah merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional iaitu: 1. Strategi Politik: Persefahaman 2. Strategi Ekonomi 3. Strategi Pendidikan 4. Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan 5. Strategi Agama 6. Strategi Kebudayaan 7. Strategi Integrasi Wilayah 8. Stategi Keselamatan
9. Strategi Pembangunan Kawasan 10. Strategi Penggunaan Tenaga Manusia 11. Strategi Media Massa 12. Strategi Kesukanan 13. Strategi Pemasyarakatan Perpaduan 14. Strategi Pertubuhan Sukarela 15. Strategi Penyelidikan dan Penerbitan Bahan Bacaan 16. Strategi Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik 17. Strategi Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN) 18. Strategi Program dan Aktiviti Perpaduan 19. Strategi-strategi lain: -Mewujudkan latihan dalam bidang komunikasi antara budaya -Mewujudkan pengauditan dasar-dasar kerajaan -Menghasilkan satu etika mengenai hak dan tanggungjawab kemanusiaan untuk rakyat Malaysia -Penerbitan bahan bacaan secara meluas mengenai kaum-kaum di Malaysia.
kalangan pelajar yang terdiri daripada palbagai kaum. Sekolah kebangsaan merupakan aliran utama pendidikan untuk semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum. Bagi memupuk semangat perpaduan dan keyakinan terhadap sistem sekolah satu aliran, sekolah kebangsaan perlu dijadikan lebih menarik untuk menarik minat orang bukan Melayu. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, bagi menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan, kualiti pengajaran di sekolah kebangsaan akan diperingkatkan dengan 100 peratus guru di sekolah menengah dan 25 peratus guru di sekolah rendah akan mempunyai kelayakan ijazah pertama menjelang tahun 2010. Semangat perpaduan dalam kalangan pelajar bukan sahaja perlu dipupuk oleh pihak sekolah tetapi juga institusi pendidikan tinggi. Antara langkah yang boleh dijalankan adalah seperti berikut, iaitu: 1. Tidak mengetepikan proses penguasaan bahasa ibunda masing-masing dengan memperkenalkan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil. 2. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan interaksi antara golongan etnik. 3. Mengadakan lebih banyak aktiviti antara golongan etnik 4. Mengadakan program interaksi antara sekolah dan memasukkan unsur-unsur interaksi etnik dalam kurikulum serta meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan golongan etnik lain.
Sehingga Mei 2006 sebanyak 3228 kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan di seluruh negara. Jawatankuasa Rukun Tetangga ini telah menganjurkan pelbagai aktiviti dalam komuniti mereka. Dari bulan Januari hingga Mei 2006, Jawatankuasa Rukun Tetangga di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36029 aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan pada peringkat akar umbi antara pemimpin dengan rakyat dan antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya (Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional).
kepentingan perpaduan kaum. Justeru, bahagian hal ehwal pelajar sewajarnya menggalakkan para mahasiswa menganggotai kelab perpaduan atau Kelab Rukun Negara dengan memberi beberapa keistimewaan seperti pengecualian kredit dan sebagainya. Pihak university juga perlulah memberi sokongan terhadap aktiviti yang dijalankan baik dari segi material mahupun khidmat nasihat. Aktiviti kokurikulum merupakan bidang pembelajaran yang menekankan pemupukan dan perkembangan diri individu melalui psikomotor, kognitif dan efektif. Justeru, aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan seperti program sukan, kelab, persatuan, pameran, ceramah dan pelbagai lagi haruslah dipergiat dan dipertingkat lagi dalam kalangan mahasiswa pelbagai kaum. Di luar sistem akademik, para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan dan badan beruniform. Hal ini akan memberi pengalaman yang sangat berharga dalam memahami bagaimana kehidupan rakyat Malaysia. Manakala aktiviti perpaduan dan khidmat masyarakat mempunyai peranan yang penting dalam menggalakan penyertaan dan pengalaman bersama antara kaum. Oleh itu, galakan kepada aktiviti seperti ini perlu diberikan dengan kerjasama rapat pihak kerajaan dan sektor swasta. Para pelajar juga perlu ditugaskan dalam projek-projek perkhidmatan masyarakat seperti operasi khidmat masyarakat, mahasiswa balik kampung dan sebagainya. Para pensyarah juga perlu diterap dan didedahkan dengan sikap perpaduan antara kaum yang positif. Para pensyarah mestilah diberi pendedahan kepada kursus seperti sosiologi perhubungan kaum atau hubungan etnik untuk menerapkan nilai-nilai yang penting dalam kalangan pelajar bagi memupuk keharmonian kaum. Sesungguhnya para pensyarah mempunyai peranan yang besar sebagai agen penyebar perpaduan dan keharmonian dalam negara pelbagai kaum ini. Mereka merupakan agen integrasi dan perpaduan yang memainkan peranan penting dalam menggalakkan lebih banyak interaksi melalui tugasan dan projek akademik.
Disebabkan sains dan teknologi ini begitu memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara, maka aspek ini amat penting dalam meningkat hubungan etnik rakyat Malaysia. Hal ini kerana apabila pembangunan ekonomi negara itu berkembang pesat di samping kestabilan politik, akan mampu menarik lebih ramai pelabur sama ada dari dalam atau luar negara untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara. Hal ini seterusnya memberi peluang pekerjaan kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira golongan etnik. Kesannya, taraf hidup rakyat akan meningkat, jurang ekonomi negara dapat diseimbangkan dan ini mampu mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Malaysia.
6.0 Kesimpulan
Hubungan etnik merupakan perkara yang sangat penting bagi masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk. Hubungan etnik ini akan melahirkan masyarakat Malaysia yang harmonis, saling bekerjasama dan bersefahaman dan sentiasa menghayati perjanjian sosial yang telah dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi. Usaha-usaha perlu diambil secara berterusan bagi memastikan hubungn etnik di Malaysia sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Usaha-usaha ini adalah melibatkan peranan kerajaan, masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan. Apa yang penting dalam memastikan hubungan etnik sentiasa dalam keadaan baik, segala usaha ini perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat. Kepelbagaian budaya dalam negara Malaysia seharusnya tidak menimbulkan masalah perkauman. Setiap kaum ataupun etnik perlu tahu dan memainkn peranan mereka dalam memastikan konflik perkauman seperti peristiwa 13 Mei berulang semula. Perpaduan kaum ini amatlah penting bagi menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020. Sehubungan dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Oleh itu, segala kerjasama semua pihak seperti kerajaan, masyarakat dan pertubuhan badan bukan kerajaan amatlah diperlukan untuk meningkatkan hubungan etnik di nagara Malaysia.
Bibliografi
Ishak Saat (2001). Malaysia 1945-2000. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd: Kuala Lumpur Shamsul Amri Baharuddin (2007). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Universiti Teknologi Mara. http://agy7500.blogspot.com/2009/08/siri-225-pelbagai-soalan.html http://www.scribd.com/doc/18265935/Perayaan-Rumah-Terbuka-Malaysia