Вы находитесь на странице: 1из 15

32,000 Utusan

graduan

masih

menganggur Malaysia-30/06/2010

KUALA LUMPUR 29 Jun - Seramai 32,000 graduan gagal mendapatkan pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian dari institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, statistik Kementerian Pengajian Tinggi itu menunjukkan graduan wanita lebih ramai gagal mendapat pekerjaan iaitu sebanyak 21,760 berbanding lelaki seramai 10,240 orang. "Antara sebab graduan gagal mendapat pekerjaan adalah kerana bidang kelulusan mereka kurang mendapat permintaan daripada pihak majikan," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini. Beliau menjawab soalan William Leong Jee Keen (PKR-Selayang) yang mahu kerajaan menyatakan jumlah graduan menganggur, peratusan mereka mengikut jantina, kumpulan pendapatan keluarga rendah dan jumlah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta sebab mereka tidak diambil bekerja serta cadangan untuk mengatasi masalah itu. Subramaniam berkata, Kementerian Pengajian Tinggi telah meluluskan pembiayaan untuk pinjaman PTPTN kepada 1.5 juta pelajar dengan jumlah RM32.62 bilion sehingga 30 April lalu. Dalam pada itu katanya, trend pengambilan pekerja masa kini yang tidak menumpukan perhatian kepada kelulusan calon semata-mata boleh membantu mengatasi masalah pengangguran di kalangan graduan di negara ini.

JAWATAN KOSONG KERAJAAN (INFO KERJAYA & PENDIDIKAN)

Untuk menerima Iklan Jawatan Kosong Sektor Kerajaan Terkini terus ke e-mail anda, sila masukkan e-mail anda di bawah dan klik "Join Now!" -> GROUP MY KERJAYA
Subscribe to mykerjaya

Masukkan email anda

Powered by us.groups.yahoo.com

* SENARAI JAWATAN KOSONG SEKTOR KERAJAAN * SENARAI JAWATAN KOSONG SEKTOR SWASTA

Home Latihan Skim Latihan 1Malaysia Untuk Siswazah Menganggur Dilancar 1 Jun 2011

Skim Latihan 1Malaysia Untuk Siswazah Menganggur Dilancar 1 Jun 2011


Posted by Mohd Adha Mohd Zain on Wednesday, June 1, 2011 Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Skim Latihan 1Malaysia (SLIM) yang akan dilancar oleh beliau esok akan membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah di negara ini. Perdana Menteri berkata berdasarkan program itu, siswazah akan diberi latihan dan bimbingan di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Mereka yang terpilih akan dibimbing selama setahun, dan selepas itu, dibenarkan mencari kerja lain atau diserapkan oleh syarikat berkenaan, katanya pada jamuan tengah hari sempena Forum Tindakan Belia di sini Selasa. "Kumpulan pertama 3,000 siswazah akan diambil secara beransur-ansur, dan ini bagi menentukan bahawa kita mempunyai bilangan siswazah menganggur yang paling minimum," kata Najib. Skim Latihan 1Malaysia dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia. Najib juga berkata Sidang Kemuncak Belia Negara dan Forum Tindakan Belia merupakan satu wadah berguna dan berkesan bagi golongan muda menyatakan pendapat dan pandangan serta bagi kerajaan dan sektor korporat mendengar cadangan mereka. "Ia membolehkan remaja di Malaysia memberikan impak kepada masyarakat. "Anda mahu satu platform menyuarakan pendapat kepada pembuat dasar tertinggi (Perdana Menteri)...tuan-tuan dan puan-puan, anda berjaya mendapatnya," kata beliau sambil diberi tepukan gemuruh oleh lebih 350 pemimpin belia yang hadir.

Najib berkata sidang kemuncak dan forum berkenaan adalah kaedah baru bagi mewujudkan peluang bagi menarik penyertaan lebih banyak belia. Pada acara itu, Najib yang juga Menteri Kewangan, melancarkan Dana Makro myHarapan, yang menyediakan geran kepada belia ke arah membolehkan mereka dipertimbangkan menerima Dana Belia 1Malaysia bagi golongan muda menggunakan bakat dan tenaga mereka untuk kemajuan beliia selain menyelesaikan isu-isu sosial. myHarapan adalah sebuah yayasan amanah yang menyokong belia dan projek-projek belia yang menyumbang kepada kemajuan sosio ekonomi negara. Mengenai Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya hujung minggu lepas, Perdana Menteri berkata beliau telah melawat beberapa ruang pameran dan menyertai pelbagai aktiviti bersama belia. "Malah, lutut saya terseliuh tetapi yang memberi saya semangat ialah melihat anak-anak muda kita begitu bertenaga dan dinamik," katanya.

SL1M
Kebolehpasaran graduan merupakan isu yang tak pernah kunjung senja. Kegagalan graduan mendapatkan pekerjaan walaupun memiliki segulung ijazah menimbulkan tanda tanya. Banyak pihak tampil cuba menawarkan penyelesaian agar graduan kita yang beribu jumlahnya saban tahun lebih mudah mendapat pekerjaan. Bagaimanapun dalam isu ini, kita tidak boleh menyalahkan pihak majikan atau industri kerana sememangnya majikan perlu berhati-hati memilih pekerja yang benar-benar layak memandangkan kelulusan akademik belum tentu menjamin mutu kerja yang tinggi.

Bagaimanapun kerajaan sentiasa prihatin dengan permasalahan yang dihadapi para graduan. Lantaran itu, kerajaan melancarkan program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) bagi meningkatkan kebolehpasaran atau keupayaan graduan mendapatkan pekerjaan bermula tahun ini. Di bawah skim itu, siswazah yang tidak mendapat kerja dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian berpeluang menerima latihan

dengan syarikat milik kerajaan(GLC) selama setahun. Selain didedahkan dengan kemahiran insaniah, siswazah berkenaan turut menerima latihan dalam kerja akan dibantu untuk mencari kerja tetap selepas tamat latihan. dan

Hakikatnya skim latihan untuk graduan bukanlah perkara baru. Pendekatan itu pernah diperkenalkan kerajaan pada tahun 1980an. Skim latihan itu antara langkah terbaik dalam menangani masalah pengangguran siswazah. Dengan itu graduan akan dapat didedahkan dengan elemen-elemen seperti kemahiran berkomunikasi, keupayaan berfikir secara kritis, kemampuan menyelesaikan masalah, keserasian kerja berpasukan, semangat kerja berorganisasi serta meningkatkan keyakinan dalam diri mereka. Sudah tentu kita mengharapkan dengan latihan yang diberi, graduan dapat memperkukuhkan nilai diri dan dapat memberi nilai tambah kepada syarikat yang akan mereka bekerja nanti.

Bagaimanapun disebalik usaha kerajaan dengan mewujudkan skim latihan itu, graduan juga perlu berusaha sendiri dalam menyiapkan diri untuk menempatkan diri dalam dunia pekerjaan. Mereka perlu bertanyakan kepada diri sendiri adakah mereka memiliki ciri penakluk untuk disesuaikan dengan tuntutan semasa. Untuk menjadi graduan penakluk, mereka perlu menyiapkan diri dengan ciri-ciri yang diperlukan oleh majikan, selain memiliki kelulusan akademik membanggakan. Ini kerana dalam persaingan mendapatkan kerja, kelulusan akademik bukan lagi menjadi kriteria utama sebaliknya ia hanya sebahagian daripada pakej keseluruhan yang diperlukan.

Apa pun Skim latihan 1 Malaysia sudah tentu membawa harapan baru kepada graduan yang menganggur. Bagaimanapun graduan perlu ingat dalam zaman penuh

cabaran dan perlumbaan untuk berjaya, sebenarnya tiada tempat untuk graduan yang terus bermimpi. Mereka perlu berusaha menambah nilai dalam diri sendiri untuk berjaya menempatkan diri dalam dunia pekerjaan yang penuh persaingan dan cabaran. KUALA LUMPUR: Kehadiran hampir 300,000 pengunjung ke karnival kerjaya BN Youth Jobs membuktikan bahawa anak muda terutama di kalangan graduan mengalami masalah pengangguran dan pekerjaan yang serius. Kadar pengangguran ini sudah cukup membuktikan bahawa generasi muda masih dalam krisis pekerjaan. Maka tidak hairan kehadiran yang ramai ke karnival ini menuntut tindakan yang lebih tegas menyelesaikan masalah pengangguran, kata Pengarah Biro Mahasiswa Angkatan Muda Malaysia, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli. Menurutnya, berdasarkan jawapan parlimen dan kenyataan akhbar oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk S Subramaniam pada Jun 2010 dan statistik perangkaan Jun lalu menyatakan kadar pengangguran di tahap 3.7 peratus atau sekitar 426,600 yang masih menganggur. Saifullah berkata, penganjuran karnival kerjaya semata-mata tidak mampu menyelesaikan masalah graduan menganggur dan taraf pekerjaan graduan yang lebih rendah berbanding tahap pendidikan mereka. Menurutnya, kesungguhan untuk menyelesaikan masalah tersebut melibatkan langkah kerajaan mengurus ekonomi dan tatakelola yang baik bagi memperbanyakkan peluang pekerjaan samada dalam sektor kerajaan mahupun swasta. Dasar kerajaan Barisan Nasional yang boros, mengkayakan syarikat kroni dengan projek mega dan masalah rasuah yang melebar dalam pentadbiran kerajaan menjadikan Negara muflis dan akhirnya dana bagi membaiyai peluang-peluang pekerjaan di kurangkan diperingkat kerajaan dan pelabur tidak berminat melabur akibat rasuah dan dasar ekonomi yang berat sebelah, ujarnya. Justeru itu, Biro Mahasiswa AMK menegaskan bahawa masalah pengangguran di kalangan generasi muda dan graduan adalah masalah utama yang perlu dipandang seriuskerana penganjuran karnival kerjaya semata-mata tidak mampu menyelesaikan masalah itu dalam jangka masa panjang. Dasar ekonomi yang lebih adil, menghapus rasuah adalah merupakan prinsip penting bagi membanyakkan peluang pekerjaan dalam Negara, ujar beliau. KEMENTERIAN Pengajian Tinggi (KPT) amat berharap satu hari nanti, dasar mewajibkan pelajar mengikuti latihan industri seperti yang ada sekarang diiringi dengan dasar mewajibkan industri menyediakan tempat latihan untuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) seperti di negara maju. Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) misalnya boleh menerajui usaha ini sebelum diperluas kepada industri lain.

Seiring dengan Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, dasar mahupun penganjuran program kebolehdapatan dan kebolehpasaran graduan adalah selari dengan pendekatan kerajaan untuk mendahulukan rakyat. Bagi 2009 saja, seramai 30,290 orang atau 43.3 peratus daripada graduan IPT menyertai sektor swasta, sekali gus menjadikan sektor terbabit sebagai penerima terbesar bakat IPT dalam negara. Perkembangan ini pastinya seiring dengan harapan Perdana Menteri melihat sektor swasta menjadi peneraju utama ekonomi negara selaras dengan Model Baru Ekonomi (MBE). Isu kebolehdapatan pekerjaan (graduate employment) di kalangan graduan adalah satu cabaran yang diberi perhatian berat oleh kerajaan dan kementerian khususnya. Setiap tahun dianggarkan 200,000 daripada keseluruhan 923,000 pelajar di pelbagai peringkat pengajian dan bidang dari IPT seluruh negara akan menamatkan pengajian mereka. Daripada jumlah itu, 72,000 atau 36 peratus adalah graduan lelaki dan 128,000 pula atau 64 peratus, graduan perempuan. Kita juga memiliki statistik bahawa 418,000 rakyat Malaysia yang menganggur pada 2009 dan daripada jumlah itu, seramai 41,514 atau 9.93 peratus adalah graduan baru dan 22,640 atau 5.14 peratus terdiri daripada graduan yang memiliki ijazah pertama. Perkembangan ini juga memperkukuhkan iltizam kementerian untuk meneruskan penganjuran Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan atau K3G kelima baru-baru ini. Karnival yang dilaksanakan sejak 2006 itu adalah antara usaha kementerian membantu graduan mendapat maklumat mengenai kerjaya dan keusahawanan di bawah satu bumbung. Untuk Karnival K3G tahun ini, sebanyak hampir 500 syarikat daripada pelbagai agensi kerajaan, GLC, MNC, dan PKS turut terbabit dengan lebih 15,800 jawatan kosong ditawarkan. Apa yang menarik, ada empat syarikat mengeluarkan surat tawaran kerja serta-merta kepada seramai 23 graduan pada majlis pelancaran 15 Mei lalu. Tidak dapat dinafikan bahawa persaingan untuk mendapat pekerjaan di kalangan graduan hari ini semakin sengit dan kompetitif. Maka untuk berdepan dengan soal ini, kementerian mengambil langkah memastikan setiap graduan memiliki kebolehpasaran (graduate employability) yang tinggi. Matlamat kebolehpasaran ini meliputi usaha bagi membina upaya graduan agar berjaya untuk mendapat pekerjaan, mengekalkan pekerjaan dan meningkatkan kerjaya mereka, sekali gus memiliki nilai dan ciri-ciri yang dikehendaki industri, sejajar dengan keperluan abad ke-21. Bagi memantap dan meningkatkan keberkesanan usaha ini secara strategik, kementerian melancarkan Dasar Latihan Industri dan Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT baru-baru ini. Melalui Dasar Latihan Industri IPT, ia mewajibkan pelajar menghadiri latihan industri sebelum mereka menamatkan pengajian bagi memberi pendedahan dan membiasakan diri mereka ke alam pekerjaan. Selain itu, Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT pula bertujuan melahirkan usahawan atau graduan yang bekerja sendiri. Kewujudan usahawan di kalangan graduan yang berilmu dan

berkemahiran tinggi ini pastinya menyumbang kepada usaha merancakkan pertumbuhan ekonomi negara. Melalui Unit Keusahawanan di kementerian dan di IPT sendiri, sistem pengajian tinggi kini dinilai semula bagi menggalakkan kewujudan usahawan daripada kalangan graduan. Di sini juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang meluluskan peruntukan RM20 juta bagi pembangunan keusahawanan di IPT. KPT mengakui, cabaran melahirkan usahawan graduan ini adalah tinggi. Pada 2009, misalnya hanya 1.5 peratus graduan mengambil laluan kerjaya sebagai usahawan berbanding dengan United Kingdom yang mencatatkan seramai 13 peratus. Dasar keusahawanan ini juga meliputi usaha untuk menerap nilai, budaya dan pemikiran usahawan seperti inovatif, kemampuan menyelesaikan masalah, berdaya maju, berdaya tahan, berdaya saing dan semangat kerja berpasukan di kalangan graduan. Dengan memiliki ciri-ciri ini, diharapkan graduan walaupun sebagai pekerja, akan mampu menjayakan syarikat untuk berdepan sebarang cabaran dan persaingan, seterusnya membolehkan syarikat terus kekal dan maju. Saya percaya bahawa KPT sudah menyediakan landasan tepat untuk menguruskan isu kebolehdapatan dan kebolehpasaran graduan. Malah dalam hal ini, pihak kementerian menetapkan masa selama setahun sebagai tempoh penyerapan bagi graduan memperoleh pekerjaan selepas tamat belajar. Dengan mengambil kira tempoh penyerapan ini, Kajian Pengesanan Graduan yang dibuat kementerian pada 2009 menunjukkan dalam tempoh tiga bulan selepas menamatkan pengajian, seramai 81,744 atau 52.7 peratus graduan mendapat pekerjaan berbanding 41,514 atau 26.7 peratus graduan baru yang masih belum bekerja. Daripada kajian itu juga, menunjukkan berlakunya penurunan jumlah pengangguran dalam masa setahun selepas menamatkan pengajian bagi graduan di negara kita. Di negara lain seperti Australia, tempoh penyerapan kerja graduan mereka memakan masa sehingga dua tahun. Saya percaya, melalui program seumpama ini, rata-rata graduan akan mendapat manfaat terutama dalam situasi persaingan mendapatkan pekerjaan yang semakin sengit dan kompetitif masa kini. Ia juga sekali gus akan menerus dan mengekalkan peranan IPT untuk membekalkan bakat terbaik bagi kepentingan strategik negara terutama untuk mencapai matlamat ekonomi negara berstatus maju berteraskan MBE.

sewajarnya oleh pihak pentadbiran Universiti di bawah pengawasan Timbalan Naib Canselor (Akademik). Beberapa langkah penting telah diambil bagi memastikan setiap tenaga pengajar di Universiti ini memahami dan mendapat pengetahuan tentang kemahiran employability bagi memastikan penerap annya dapat dilaksanakan. Begitu juga dengan unit ko-kurikulum yang telah mengadakan bengekel-bengkel khusus tentang kemahiran employability bagi memastikan para jurulatihnya dapat menerapkan kemahiran tersebut dalam setiap program yang diajar.

Terdapat tujuh atribiut kemahiran employability (Generik) yang diberi penekanan di Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor ialah: * Communication Skills * Team working * Problem Solving * Adaptability * Lifelong Learning * Self-Esteem * Ethics & Integrity Bagi memastikan kemahiran ini dapat diterapkan secara bersepadu, kolej-kolej kediaman pelajar juga mempunyai peranan dalam merialsasikan hasrat Universiti ini.Sehubungan dengan itu pihak HEP di bawah pengurusan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar telah mengingatkan para pengetua-pengetua dan felo-felo kolej agar dapat menerapkan kemahiran-kemahiran Employbality (Soft Skills) melalui aktivitiaktiviti yang dilaksanakan di peringkat kolej-kolej kediaman.

4.0 Kaedah Penerapan


Terdapat beberapa cara atau kaedah yang boleh digunapakai untuk felo-felo kolej kediaman menerapkan kemahiran employability kepada para pelajar di kolej sama ada secara langsung atau tidak langsung. Secara Langung atau formal, kemahiran employability boleh diterapkan melalui akti viti-aktiviti seperti; 4.1 Kursus-kursus * Kursus kepimpinan JKM * Kemahiran generik * Kursus motivasi * Kemahiran kaunseling 4.2 Bengkel-bengkel * Bengkel kerjaya * Bengkel Akademik 4.3 Pengucapan awam 4.4 Program khidmat masyarakat 4.5 Program khidmat pendidikan 4.6 Ceramah-ceramah agama dan moral * Taksirah * Kuliah subuh * Ceramah moral 4.7 Pidato 4.8 Forum 4.9 Gotong royong 4.10 Sukan dan permainan 4.11 Kempen-kempen * Kempen anti dadah * Kempen pencegahan kebakaran * Kempen amalan berdisplin * Kempen berbudi bahasa Dalam program-program tersebut pelajar digalakkan menyediakan kertas-kertas kerja, membuat perancangan dan belanjawan yang kemudiaannya disemak dan diberi teguran serta bimbingan oleh pihak pentadbiran kolej dan juga felo-felo. Ini merupakan bimbingan dan penerapan yang dibuat secara langsung oleh pihak kolej terhadap para pelajar. Manakalah bagi kaedah penerapan secara tidak langsung atau informal pula para pelajar kolej digalakkan berhubung dengan orang luar dan mengamalkan budaya hidup sihat yang dapat diterima oleh masyarakat dengan mematuhi peraturan-peraturan dan displin yang telah ditetapkan. Disamping itu pelajar

juga digalakkan berintraksi antara satu sama lain.

5.0 Penutup
Kemahiran employability adalah merupakan kemahiran bukan te knikal yang sangat penting dalam pembangunan diri dan sahsiah pelajar dan berguna untuk melahirkan insan yang mempunyai ketrampilan diri dan berdaya saing dalam kehidupan.Dalam aspek pembangunan diri para pelajar di kolej aspek kemahiran employability ini harus diberi perhatian yang sewajarnya selaras dengan wawasan negara bagi melahirkan Insane yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Rujukan 1. Gainer (1988). ASTD Update: Basic Skills. Alexandria, VA: American Society for Training and Development. (ERIC No.ED 291 882). 2. Lankard, B.A. (1994). Employerss Expectations of vocational education. Columbus. OH: The National Center for Research in Vocational Education, The Ohio State University. (ERIC Document Reproduction Service No. ED 376 237). 3. Overtoom (2000) Employability Skills: An Update. Eric Digest The Conference Board of Canada (1996). Employability Skills Profile: The Critical Skills Required of the Canadian Workforce. The Corporate Council on Education, a program of the National Business and Education Center. Ottawa Ontario. 4. Yahya Buntat (2004) Integrasi Kemahiran Employability Dalam Program Pendidikan Vokasional Pertanian dan Industri Di

Globalisasi dan kemajuan teknologi yang pesat dalam tempoh RRJP3 akan meningkatkan permintaan terhadap tenaga buruh yang berkualiti, iaitu berpengetahuan luas dan mendalam serta mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi. Di samping itu, mereka perlu mempunyai kemampuan menggunakan teknologi dan bahan baru secara optimum serta menggabungkan daya cipta dan inovasi secara berkesan. Bagi tujuan ini, adalah perlu membangunkan tenaga buruh yang mempunyai kelayakan akademik dan teknikal yang tinggi, kepelbagaian kemahiran dan pengetahuan menggunakan ICT serta nilai-nilai dan etika kerja yang positif. Bagi memenuhi keperluan tersebut, sistem pendidikan dan latihan akan diorientasikan semula dan industri perlu mempergiatkan latihan semula pekerja mereka bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan daya cipta supaya sepadan dengan kemajuan teknologi pengeluaran dan perkhidmatan. Pembentukan Kecemerlangan Dalam Sistem Pendidikan 6.27 Keutamaan yang tinggi akan terus diberi kepada pendidikan dengan meningkatkan pelaburan memandangkan ia adalah penting bagi membangunkan kemampuan untuk mencipta, menyesuai dan menyebar pengetahuan baru. Pendidikan asas yang kukuh adalah teras bagi melahirkan tenaga buruh yang sihat, berkemahiran dan pintar yang membolehkan negara bersaing dengan jayanya di pasaran dunia. Strategi akan dilaksana untuk menjadikan sekolah sebagai tapak memupuk pemikiran kreatif dan kemahiran belajar yang penting bagi keperluan tenaga manusia pada masa hadapan. Kesesakan sekolah di bandar seperti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan nisbah kelas kepada bilik darjah 1:0.63 akan dikurangkan menerusi pemindahan sekolah sedia ada dan penambahan bilik darjah dan sekolah. Nisbah kelas kepada bilik darjah, iaitu 1:0.90 bagi sekolah rendah dan 1:0.83 bagi sekolah menengah dijangka mencapai sasaran 1:1 pada tahun 2010. 6.28 Kurikulum sekolah akan dikaji semula untuk memupuk kemahiran berfikir dan menjana daya cipta serta pembelajaran kendiri di kalangan pelajar khususnya di peringkat rendah dan menengah. Ia akan sentiasa dikemas kini bagi memasukkan aspek pengetahuan dan teknologi baru serta kaedah yang inovatif dalam pengajaran Sains dan Matematik. Di samping itu, tahap penguasaan yang tinggi dalam Bahasa Malaysia di kalangan pelajar akan dikekalkan manakala kecekapan dalam bahasa Inggeris akan dipertingkatkan. Pada masa yang sama, mereka juga akan digalak mempelajari bahasa

lain bagi membolehkan mereka mendapat dan menyumbang kepada pengetahuan dunia. Untuk melahirkan bilangan seniman dalam seni persembahan dan kebudayaan, langkah akan diambil untuk mencungkil dan memupuk bakat yang berpotensi di peringkat sekolah. Kurikulum dan aktiviti ko-kurikulum juga akan menyediakan peluang kepada pelajar untuk cemerlang dalam bidang seni. Guru akan dilatih dan kemudahan akan disediakan dengan secukupnya bagi mengisi keperluan ini. Di samping itu, sekolah akan digalak memupuk bakat pelajar dengan menyertai pertandingan dalam pelbagai aspek kesenian di peringkat kebangsaan. Memandangkan ICT merupakan alat penting bagi membantu memperolehi pengetahuan baru, sekolah akan dilengkapi dengan kemudahan untuk membolehkan lebih banyak mata pelajaran diajar menggunakan teknologi interaktif multimedia dan pengajaran menerusi laman web. Sebahagian besar sekolah termasuk sekolah di luar bandar dan di kawasan terpencil akan dihubungkan menerusi Intranet dan Internet menjelang tahun 2010. Bagi memastikan kurikulum sentiasa sesuai dengan keperluan industri, satu mekanisme akan dibentuk untuk menjalin hubungan antara sekolah dan industri dan memasukkan komponen pembelajaran yang berasaskan kerja. Industri akan digalak untuk menerima pelajar sekolah menengah atas dan kolej untuk menyertai latihan penempatan atau praktikal semasa cuti sekolah dan kolej. 6.29 Bilangan pelajar aliran sains yang layak masuk ke universiti masih lagi rendah. Masalah ini akan ditangani dengan mempergiatkan penggunaan kaedah pembelajaran kontekstual, menaik taraf kemudahan pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kualiti dan bilangan guru serta melaksanakan langkah untuk mendorong pelajar memasuki aliran sains. Di peringkat sekolah rendah, pengajaran mata pelajaran sains akan diajar pada tahap yang lebih awal. 6.30 Aliran semasa menunjukkan masih terdapat jurang prestasi antara pelajar sekolah bandar dan luar bandar walaupun usaha telah diambil untuk menambah dan memperbaiki kemudahan pendidikan. Keutamaan akan terus diberi bagi menyediakan kemudahan sewajarnya untuk membolehkan lebih ramai penduduk luar bandar mendapat peluang pendidikan yang berkualiti. Di samping itu, penyediaan pakej insentif khas untuk mengekalkan guru serta kakitangan sekolah di kawasan terpencil dan sukar dihubungi dijangka boleh memperbaiki prestasi pelajar di kawasan tersebut. Bagi memastikan sekolah di kawasan berkenaan dapat menikmati faedah daripada ICT bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran, teknologi komputer mudah alih tanpa wayar akan digunakan. 6.31 Perluasan dan penambahan kemudahan pendidikan yang pesat terutamanya di peringkat tertiari serta pemanjangan tempoh persekolahan kepada 11 tahun telah meningkatkan pencapaian pendidikan penduduk dan tenaga buruh. Pada tahun 2000, peratusan penduduk yang menamatkan pendidikan tertiari adalah 14.0 peratus manakala yang menamatkan pendidikan menengah adalah 58.8 peratus, iaitu satu peningkatan jika dibandingkan dengan pencapaian di awal tempoh RRJP2. Bagi memenuhi keperluan tenaga manusia dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, peratusan penduduk dan tenaga buruh yang lebih besar perlu mencapai tahap pendidikan yang lebih tinggi terutamanya di peringkat pendidikan tertiari. Langkah akan diambil untuk memperbaiki kadar peralihan pelajar daripada peringkat menengah rendah ke menengah tinggi serta kadar terus bersekolah dan tamat persekolahan di peringkat menengah tinggi supaya kadar penyertaan di peringkat pendidikan tertiari dapat dipertingkatkan. Oleh itu, penekanan akan terus diberi bagi meningkatkan kapasiti pendidikan tertiari supaya enrolmen bagi kumpulan umur 17-23 tahun mencapai 40.0 peratus dan sekurangkurangnya 35.0 peratus daripada tenaga buruh mempunyai pendidikan tertiari menjelang akhir tempoh RRJP3. Penubuhan universiti awam yang baru dan penambahan kapasiti institusi sedia ada akan menyediakan tempat tambahan bagi menampung

permintaan terhadap pendidikan tinggi yang dijangka meningkat dalam tempoh RRJP3. Di samping itu, universiti dan kolej swasta perlu meningkatkan kapasiti sedia ada bagi melengkapi universiti awam dalam menyediakan pendidikan tertiari. 6.32 Universiti bukan sahaja berfungsi melahirkan tenaga kerja pada masa hadapan tetapi juga menjadi pusat bagi menghasilkan modal intelektual dan pengetahuan baru. Ini bergantung kepada kemampuan universiti tersebut melahirkan sekumpulan penyelidik yang berkaliber tinggi dan terlibat secara aktif dalam P&P serta menjalankan aktiviti penyelidikan yang mempunyai daya maju komersil. Bilangan graduan yang mempunyai ijazah lanjutan dari universiti tempatan akan ditingkatkan kepada 25.0 peratus daripada jumlah graduan menjelang tahun 2010. Dalam hubungan ini, beberapa universiti awam sedia ada akan disusun semula untuk dijadikan universiti penyelidikan dengan memberi tumpuan kepada program ijazah lanjutan. Tumpuan yang lebih diberikan kepada bidang S&T memandangkan terdapatnya keperluan mendesak untuk meningkatkan penawaran tenaga manusia dalam bidang ini. Kurikulum dan program ijazah di universiti juga akan dikaji semula bagi memastikan ia berorientasikan pasaran, mengambil kira jangkaan arah aliran pada masa hadapan dan memudahkan penyerapan teknologi baru. Bagi memastikan aktiviti penyelidikan sentiasa bersesuaian dan responsif kepada keperluan industri, universiti akan digalak untuk menjalin kerjasama dan usahasama yang rapat dengan industri dalam menjalankan penyelidikan serta menyediakan latihan kepada pelajar. Universiti akan digalak untuk menubuhkan lebih banyak pusat kecemerlangan dalam bidang khusus bagi membangun dan melaksanakan aktiviti P&P. Satu mekanisme penyelarasan aktiviti P&P akan dibentuk bagi membolehkan perkongsian maklumat dan meningkatkan aktiviti P&P di kalangan institusi pendidikan tinggi. 6.33 Sektor swasta akan digalak untuk meningkatkan penglibatan mereka dalam menyediakan pendidikan di peringkat tertiari bagi menampung dan melengkapkan usaha Kerajaan serta menjadi pemangkin bagi membangunkan sektor pendidikan dan latihan sebagai sebuah industri dan sumber pendapatan tukaran asing. Perluasan institusi pendidikan swasta merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat pendidikan serantau. Institusi swasta, antara lain, akan digalak untuk menaik taraf kemudahan sedia ada dan membina kampus yang bertujuan khusus merangkumi kemudahan akademik dan riadah. Insentif akan diberi kepada institusi swasta yang menawarkan kursus dalam bidang teknikal dan perubatan. Langkah lain termasuk melonggarkan peraturan imigresen dan meningkatkan fleksibiliti dalam pengambilan tenaga pengajar asing bagi memudahkan perluasan dan penubuhan institusi swasta yang baru. Untuk memastikan sektor swasta menyediakan pendidikan yang berkualiti, fungsi kawal selia badan-badan yang berkaitan akan diperkukuhkan. Peraturan berhubung dengan pendidikan swasta akan sentiasa dikaji semula bagi melindungi kepentingan pengguna dan memastikan pembangunan industri pendidikan swasta yang progresif. Pembangunan Profesion Perguruan 6.34 Kerjaya perguruan akan menjadi satu profesion yang semakin mencabar memandangkan generasi muda akan membesar dengan pengharapan dan nilai yang berbeza. Para guru dan pendidik bukan sahaja dikehendaki menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi juga dipertanggungjawabkan untuk membentuk keperibadian dan tingkah laku pelajar. Selain daripada kemahiran mengajar, penekanan juga akan diberikan kepada penerapan etika dan nilai moral ke dalam program latihan perguruan. Oleh itu, usaha yang berterusan perlu diambil untuk menarik lepasan sekolah dan siswazah yang berkelayakan dan berminat untuk menjadikan bidang perguruan sebagai kerjaya. Memandangkan peranan guru adalah penting, lebih ramai guru sekolah rendah

dijangka memperolehi ijazah dan sebahagiannya mungkin memiliki ijazah sarjana serta kelayakan dalam bidang psikologi kanak-kanak dalam tempoh RRJP3. Ini adalah bagi memastikan guru mempunyai tahap kecekapan mengajar yang tinggi kerana sekolah rendah menyediakan asas bagi membentuk keupayaan belajar dan penyerapan pengetahuan di kalangan pelajar. 6.35 Selain daripada menarik minat siswazah menceburi profesion perguruan, guru yang sedang berkhidmat akan digalak untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang-bidang kritikal dan diperlukan. Pakej gaji dan kenaikan pangkat serta syaratsyarat perkhidmatan yang lebih baik akan ditawarkan kepada guru berkenaan. Semua guru akan diperlengkapkan dengan pengetahuan IT untuk membolehkan mereka mengikuti kursus serta merekabentuk bahan-bahan pengajaran dengan menggunakan ICT. Sehubungan dengan ini, program latihan untuk meningkatkan kemahiran ICT di kalangan guru diperluas dan dipercepatkan. Penggalakan Pembelajaran Sepanjang Hayat 6.36 Pembelajaran sepanjang hayat akan menjadi semakin penting dalam ekonomi berasaskan pengetahuan di mana pengetahuan dan kemahiran perlu sentiasa diperbaharui dan dipertingkatkan. Kemahiran dan kepakaran baru adalah perlu bagi meningkatkan keupayaan mendapat pekerjaan dan produktiviti. Langkah akan diambil untuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan semua rakyat khususnya mereka yang tidak mempunyai pendidikan asas yang kukuh. Pembelajaran sepanjang hayat akan menyediakan peluang kepada mereka untuk menyambung pendidikan di luar sistem persekolahan atau di tempat kerja serta belajar mengikut keupayaan mereka. 6.37 Kerajaan akan memulakan usaha untuk menggalak dan melaksanakan program pembelajaran sepanjang hayat. Peluang mengikuti kursus latihan dan program pendidikan yang mampu dibiayai akan disediakan melalui Internet atau media ICT lain supaya rakyat mendapat peluang untuk memperolehi kecekapan dan kelayakan baru bagi kemajuan kerjaya mereka. Lebih banyak kiosk IT dan pusat siber akan dibina oleh Kerajaan terutamanya di luar bandar bagi meningkatkan peluang mendapat pendidikan dan latihan. Di samping itu, penubuhan kolej komuniti dan universiti terbuka serta pendidikan jarak jauh akan menyediakan satu lagi saluran bagi rakyat melanjutkan pendidikan di peringkat tertiari serta meningkatkan kemahiran dan kelayakan mereka. Ia juga akan membolehkan mereka yang telah meninggalkan sistem persekolahan kerana memasuki pasaran buruh berpeluang untuk terus mendapatkan pendidikan dan latihan. Institusi kewangan juga akan digalak untuk menyediakan pinjaman mudah kepada pekerja untuk meneruskan pendidikan mereka. Majikan akan digalak untuk mempromosi pembelajaran sepanjang hayat melalui program latihan dan latihan semula bagi melengkapkan pekerja mereka dengan kemahiran dan pengetahuan baru supaya mereka sentiasa dapat memenuhi keperluan kemajuan teknologi. Pelaksanaan Pendekatan Baru Dalam Latihan dan Latihan Semula 6.38 Pelaburan yang semakin meningkat dalam industri berintensif modal dan berasaskan pengetahuan akan meningkatkan permintaan terhadap tenaga manusia berkemahiran tinggi memandangkan penggunaan teknologi baru akan mewujudkan lebih banyak pekerjaan yang memerlukan kemahiran tinggi. Sehubungan dengan ini, latihan dan latihan semula yang merupakan elemen kritikal yang akan melengkapkan tenaga kerja pada masa hadapan dengan kemahiran yang bersesuaian dan membantu tenaga kerja sedia ada untuk menyesuaikan diri dengan ekonomi berasaskan pengetahuan akan terus diberi keutamaan dalam tempoh RRJP3.

6.39 Lebih banyak pelaburan dalam pembangunan tenaga manusia akan diperuntukkan terutamanya dalam latihan dan latihan semula untuk meningkatkan daya saing Malaysia di pasaran antarabangsa. Sehubungan dengan ini, kemampuan dan keupayaan sistem penyampaian latihan akan diperkukuhkan lagi bagi menambah bilangan tenaga manusia mahir dan berkualiti. Institusi latihan kemahiran baru akan dibina dan kapasiti pengambilan pelajar institusi sedia ada akan dipertingkatkan di semua tahap latihan. Di samping itu, institusi latihan awam akan digalak untuk menjalankan program latihan secara sambilan khususnya dalam teknologi baru. Melalui pelaksanaan program ini, institusi latihan akan dapat mengoptimumkan penggunaan peralatan dan kemudahan latihan dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan bilangan tenaga manusia mahir. Ia juga akan mewujudkan peluang kepada tenaga kerja meningkatkan kemahiran dan meneruskan pembelajaran. Pusat latihan kemahiran lanjutan akan dinaik taraf menjadi pusat kecemerlangan. Selain daripada menambah dan mempertingkatkan kemudahan, pusat tersebut akan menubuhkan unit perundingan bagi menyediakan khidmat nasihat dan ujian produk kepada industri. Ini akan meningkatkan kualiti dan keberkesanan kos latihan di samping menyediakan sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana. 6.40 Perubahan teknologi yang pesat dalam tempoh RRJP3 akan memberi kesan kepada cara pengurusan kerja dan meningkatkan permintaan terhadap tenaga manusia yang mempunyai pelbagai kemahiran dengan asas akademik yang kukuh, berpengetahuan dan mempunyai kemahiran mengendalikan tugas dengan cekap. Dalam hal ini, institusi latihan kemahiran akan memberi penekanan kepada membangunkan kecekapan sosial dan pembelajaran serta memperkukuhkan asas akademik pelatih dalam Matematik, Sains dan bahasa Inggeris. Untuk meningkatkan lagi kualiti latihan kemahiran, pembangunan Standard Kemahiran Kebangsaan (SKK) mengenai pekerjaan yang berasaskan kepada tugas atau pekerjaan akan disusun semula ke arah proses kerja selaras dengan perubahan keperluan majikan. Di samping itu, SKK akan dibangunkan untuk latihan kemahiran dalam bidang yang berkaitan dengan pertanian. 6.41 Penggunaan pendekatan dual training melalui skim perantisan akan ditingkatkan dalam tempoh RRJP3. Bagi tujuan ini, lebih banyak institusi latihan akan digalak mengguna pakai pendekatan ini bersama-sama dengan industri untuk meningkatkan keberkesanan program latihan mereka. Pendekatan ini merupakan gabungan penyediaan latihan di tempat kerja dan institusi latihan. Tumpuan adalah terhadap latihan praktikal di tempat kerja manakala institusi latihan menyediakan asas teori. Pelajar lepasan sekolah yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia boleh dilatih menjadi pekerja mahir yang berkelayakan dan dapat memenuhi keperluan industri kerana mereka juga telah didedahkan kepada suasana kerja yang sebenar. Memandangkan pelatih menggunakan dua pertiga daripada masa mereka di tempat kerja, tahap penggunaan kemudahan latihan akan menjadi lebih rendah dan seterusnya mengurangkan perbelanjaan ke atas infrastruktur. Usaha akan diambil untuk menyusun semula program latihan di semua institusi latihan awam supaya menggunakan pendekatan tersebut yang berorientasikan pasaran dan responsif kepada perubahan teknologi dan industri. Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan akan diperkukuh untuk mempertingkatkan kemampuannya supaya dapat mengenal pasti jenis kandungan dan piawaian latihan serta meningkatkan kerjasama antara firma dengan institusi latihan. Di samping itu, skim latihan perantisan di bawah Majlis Pembangunan Sumber Manusia (MPSM) akan diperluaskan lagi bagi merangkumi bidang kursus seperti elektronik perindustrian dan kejuruteraan komputer. 6.42 Jenis dan tahap program latihan dan kursus yang dilaksanakan oleh institusi latihan awam akan dikaji semula secara berkala bagi memastikan ia selaras dengan perubahan

teknologi serta meningkatkan keberkesanan kos. Institusi latihan awam juga akan memperkukuhkan sistem penyampaian mereka dengan menggunakan ICT termasuk sistem pembelajaran melalui laman web. Pelaksanaan pembelajaran melalui laman web adalah kritikal memandangkan institusi latihan awam mengalami kekurangan tenaga pengajar. Ia juga akan meningkatkan keberkesanan kos latihan dalam jangka panjang. Pembelajaran melalui laman web turut menjadi alat yang berkesan bagi pembelajaran sepanjang hayat dan menyediakan persekitaran pembelajaran mengikut keupayaan diri. 6.43 Langkah juga akan diambil untuk meningkatkan penawaran tenaga pengajar yang berkelayakan bagi mencapai nisbah tenaga pengajar kepada pelajar, iaitu 1:17. Institusi latihan awam terutamanya pusat latihan lanjutan akan menjalankan program latihan tenaga pengajar untuk melengkapi program di Pusat Latihan Tenaga Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST). Bagi menarik dan mengekalkan tenaga pengajar berpengalaman di institusi latihan awam, skim perkhidmatan bagi tenaga pengajar di institusi tersebut akan dikaji semula, antara lain, bagi memastikan prospek kenaikan pangkat dan kerjaya yang lebih baik, peluang yang lebih luas untuk mengikuti latihan dan syarat perkhidmatan yang lebih fleksibel. Insentif khas juga akan disediakan bagi menarik dan mengekalkan tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman bekerja dengan industri. 6.44 Pembangunan teknologi dan penyusunan semula industri akan menjadikan pekerja berkemahiran rendah tidak lagi diperlukan dan ini akan mengakibatkan berlakunya pengangguran struktur. Bagi mengurangkan kesan pengangguran struktur, satu program latihan semula yang bersesuaian dan mekanisme perlaksanaannya akan dibangunkan. Usaha untuk menjalinkan kerjasama melalui perkongsian bijak antara Kerajaan dan sektor swasta akan digalakkan. Penyertaan sektor swasta secara meluas akan digalak untuk menyediakan latihan dalam kemahiran baru dan teknologi termaju.

Mereka yang berjaya melanjutkan pengajian dalam program ijazah akan menerima pengiktirafan ijazah dari Universiti of Hertfordshire. Sekolah kejururawatannya, perbidanan dan kerja sosialnya adalah salah satu yang terbesar di UK," katanya dalam satu kenyataan. Perjanjian persefahaman yang dimeterai antara Universiti of Hertfordshire dengan Pusat Perubatan Sime Darby di Subang Jaya ini dilihat dapat membuka peluang barn kepada mahasiswa. Sementara itu, Ketua Eksekutif Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Sime Darby, Shanaz Mawji berkata, program ini dibentuk untuk meningkatkan tahap profesionalisme pelajar yang bekerja dalam pelbagai keadaan. "Hasrat utama Ijazah Kejurin-awatan Kontemporari ini adalah untuk melahirkan para pelajar yang mahir dan berpengetahuan luas dalam bidang ini, menunjukkan kemahiran analisis yang cemerlang dan mempamerkan keberkesanan penjagaan terhadap pesakit. "Program ini akan menggabungkan dua bidang unik yang akan menjadi kelebihan kepada pelajar dalam kerjaya

mereka. Dengan gabungan teori dan latihan profesional, kami akan memastikan pelajar yang tamat dari kolej ini pulang dengan pengetahuan dan disiplin yang tinggi," katanya. Penyampaian dalam kursus ijazah ini dan tugasan akan ditaksirkan oleh kakitangan fakulti Universiti of Hertfordshire. Malah, segala program adalah bersesuaian dengan kehendak dan keperluan industri. Kolej ini juga mempunyai rekod akadernik yang cemerlang dengan pencapaian konsisten sebanyak 98 peratus lulus sejak 15 tahun lalu dalam Pendaftaran Peperiksaan yang dikendalikan oleh Lernbaga Kejururawatan Malaysia.

Вам также может понравиться