Вы находитесь на странице: 1из 18

MOTIVASI DAN PEMBELAJARAN

PENGENALAN Setiap kanak-kanak mempunyai tahap motivasi yang berbeza. Terdapat dua jenis motivasi asas iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik serta cara untuk merangsangkan motivasi tersebut. Selain itu, terdapat beberapa pendekatan terhadap motivasi yang dapat mengalih pelajar ke arah kejayaan dalam pembelajaran dan tingkah laku positif di dalam bilik darjah. DEFINISI MOTIVASI Menurut Choong Lean Keow yang bermaksud (2008), motivasi berasal daripada perkataan motif

menggerakkan. Ini bermakna motivasi ialah sesuatu yang

menggerakkan kita untuk mengambil sesuatu tindakan. Menurut Kimble et.al (1984), motivasi ialah proses yang terdapat dalam diri kita yang mencipta tujuan dan memberi tenaga bagi tingkahlaku seseorang. Motivasi berperanan sebagai daya penggerak yang ada dalam diri seseorang untuk melakukan sesuatu aktiviti bagi mencapai sesuatu tujuan. Menurut Saedah Siraj et. al (1996), motivasi adalah penggerak kepada kemahuan dan keinginan hendak berjaya ataupun hendak mencapai sesuatu. Menurut Wikipedia motivasi ialah proses untuk menggalakkan sesuatu tingkahlaku bagi mencapai matlamat-matlamat yang tertentu. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, motivasi adalah keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan. Motivasi juga bermaksud sesuatu yang membuat atau mendorong seseorang berusaha atau melakukan sesuatu dengan penuh minat.

KONSEP ASAS MOTIVASI Motivasi didefinisikan sebagai keadaan dalaman yang merangsang,

mengarah dan mengekalkan tingkah laku. Motivasi merupakan satu penggerak dari dalam hati seseorang untuk melakukan sesuatu tindakan demi mencapai matlamat. Hal ini bermaksud keinginan seseorang individu untuk menuju ke arah pencapaian dalam hidup. Secara ringkas motivasi ialah proses menghasilkan tenaga oleh keperluan yang diarahkan untuk mencapai sesuatu matlamat. Seseorang yang mempunyai motivasi bermakna ia telah memperoleh kekuatan untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam kehidupan. Punca motivasi adalah secara intrinsik atau ekstrinsik. Motivasi intrinsik merujuk kepada motivasi yang berkait dengan aktiviti yang merupakan ganjaran tersendiri. Motivasi ekstrinsik ialah motivasi yang direkacipta oleh faktor luaran seperti peneguhan dan dendaan. Motivasi dalam pembelajaran bermaksud menggalakkan pelajar belajar dengan dorongan tersendiri. Ia termasuk kegiatan membuat rujukan, menyelesaikan masalah pembelajaran, membuat catatan dan mengemukakan soalan sewaktu perbincangan di dalam bilik darjah.

JENIS MOTIVASI 1) MOTIVASI INTRINSIK Motivasi intrinsik ialah dorongan dan minat yang terdapat pada diri seseorang untuk melakukan sesuatu tanpa mengambil kira ganjarannya.Dengan itu, teknik motivasi intrinsik berkait dengan sifat semulajadi seseorang dengan unsur yang sedia ada dalam pembelajaran. Motivasi intrinsik berkait dengan aktiviti yang merupakan ganjaran dan berasal daripada gerakan dalaman. Sebagai contoh, saya gemar melukis dan berkarya. Saya mungkin tidak mahir dan tidak pernah mendapat mana-mana pengiktirafan,tetapi saya masih gemar dan berasa seronok melaksanakan kegemaran saya.

CARA UNTUK MERANGSANG MOTIVASI INTRINSIK Antara cara yang sesuai untuk mendorong pelajar secara intinsik ialah : a) Rangsangkan pelajar untuk cari pengetahuan b) Gunakan strategi-strategi seperti kejutan, keraguan dan konflik untuk mengekalkan naluri ingin tahu c) Gunakan pelbagai persembahan medium seperti demonstrasi dan main peranan d) Minta pelajar tentukan matlamat sendiri e) Adakan permainan dan simulasi

Pada kebiasaannya, pelajar yang bermotivasi secara intrinsik akan melaksanakan aktiviti atau tugasan kerana penglibatannya membawa keseronokan, membantu mereka memahirkan diri kerana dianggap penting serta mereka menganggap perlakuan mereka merupakan satu tindakan yang murni. Mereka melakukan aktiviti secara sukarela dan oleh demikian mereka akan melibatkan diri dalam pembelajaran bermakna. Secara tidak langsung, prestasi mereka berada pada tahap yang lebih tinggi berbanding mereka yang hanya inginkan ganjaran luaran. Maka motivasi intrinsik menekankan kepada galakan untuk kebebasan belajar berasaskan minat dan keseronokan belajar. Kaedah ini akan membawa kesan pembelajaran yang lebih berkekalan di mana pelajar akan terus belajar tanpa paksaan walaupun belum diajar oleh guru.

MOTIVASI EKSTRINSIK

1. Motivasi ekstrinsik ialah pengerak yang mendorong individu untuk melakukan sesuatu kerana inginkan ganjaran nyata yang disediakan. 2. Ianya direka cipta oleh faktor luaran iaitu perlukan galakan atau tarikan yang berpunca daripada persekitaran. 3. Murid yang memerlukan motivasi ekstrisik ialah murid yang tidak berminat dalam sesuatu aktiviti tetapi lebih berminat kepada kuntungan yang diperolehi daripadanya.

4. Motivasi ekstrisik dijalankan diawal pembelajaran iaitu semasa fasa set induksi. 5. Ianya berkait rapat dengan pendapat tentang peneguhan. 6. Peneguhan diberi untuk i. ii. iii. Menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi Memuaskan kehendak individu Mengurangkan tekanan serta merangsangkan otak.

7. Peneguhan terdiri daripada dua iaitu i. Peneguhan Positif Peristiwa yang menyebabkan kemajuan dalam pembelajaran atau perubahan kelakuan yang positif. Ianya dalam bentuk ganjaran

ii.

Peneguhan Negatif Pengukuh yang tidak menyebabkan kemajuan dalam pembelajaran. Ianya dalam bentuk dendaan Biasanya tidak digalakkan dilakukan kepada murid-murid .

8. Contoh ganjaran yang boleh diberikan kepada murid ialah i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Pujian Hadiah Markah Gred Wang Pengikhtirafan (sijil) Penghargaan

9. Contoh dendaan pula ialah i. ii. iii. iv. v. vi. Memberi kerja tambahan Deraan fizikal Mengadakan kelas tambahan Sindiran Marah Leteran

10. Semasa dalam bilik darjah guru mesti tahu jenis pengukuh yang hendak diberikan dan sekerap mana patut diberikan. 11. Pengukuh yang boleh diberikan dengan kerap ialah pujian,sokongan atau pujukan. 12. Contoh peneguhan positif ialah: Pujian yang diberikan oleh guru kepada seseorang murid kerana kerjanya yang baik akan menyebabkan daya usaha murid itu meningkat. 13. Kesan motivasi ekstrinsik ialah: i. ii. iii. Dapat mengekalkan tingkahlaku secara berterusan. Dapat meningkatkan daya usaha murid. Pemberian pengukuh mengenepikan kebolehan mereka untuk menyelesaikan tugas yang diberi atas kerelaan dan kesanggupan masing-masing.
PENDEKATAN MOTIVASI

Pendekatan Behavioris Motivasi Ekstrinsik Skinner Pendekatan Humanistik Teori Keperluan Maslow Carls Roger Penerimaan Positif Tanpa Syarat

Pendekatan Kognitif Teori Attribution Teori Expentensy X Value Vroom Pendekatan Sosiobudaya

PENDEKATAN BEHAVIORIS 1.Menurut pandangan ahli behavioris, i. Motivasi ialah perubahan tingkahlaku akibat interaksi pengalaman seseorang dengan persekitaran. ii. Manusia akan Mengulangi tingkahlaku jika diberi peneguhan. Memberhentikan tingkahlaku jika diberi dendaan

iii. Bersifat Ekstrinsik

MOTIVASI EKSTRINSIK SKINNER 1. Skinner menggunakan pengukuh yang dikategorikan kepada GANJARAN dan INSENTIF GANJARAN = Objek atau peristiwa yang diberi akibat kelihatan atau manisfestasi sesuatu tingkah laku yang diingini. INSENTIF = Sesuatu objek atau peristiwa yang menggalakkan atau tidak menggalakkan tingkah laku yang tidak diingini. (berupa kebendaan atau tidak)

2. Memberi peneguhan positif iaitu memberi ganjaran kepada perlakuan yang ditunjukkan supaya perlakuan itu diulangi dan diperkuatkan. 3. Merupakan salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Contohnya ,kata pujian,beri senyuman,menepuk bahu,beri hadiah Contoh: Tingkah laku Murid kemukakan Soalan yang baik Kesan/akibat Guru memuji murid Tingkah laku masa hadapan Murid kemukakan lebih banyak soalan yg baik.

4. Peneguhan negatif ialah rangsangan yang tidak selesa atau menyakitkan selepas tingkah laku ditunjukkan. 5. Ia dilaksanakan walaupun tanpa kerelaan seseorang individu itu. Contoh: Tingkah laku Murid tidak menyiapkan tugasan tepat pd waktunya Kesan/akibat Guru menegur murid Tingkah laku masa hadapan Murid menyiapkan tugasan yg seterusnya tepat pd waktunya.

6. Dendaan dapat melemahkan tingkah laku yang tidak diingini 7. Dendaan memberi kesan negatif yang membawa kepada pengurangan tingkahlaku. 8. Ada dua jenis dendaan i. Dendaan persembahan - tidak libatkan fizikal,tetapi dapat menakutkan murid. - contoh : beri kerja tambahan ii. Dendaan penyingkiran - penyingkiran rangsangan - Contoh: tidak membenarkan menonton televisyen

9. Tujuannya ialah atas dasar untuk mengubah kelakuan murid kearah yang lebih positif. 10. Murid mesti tahu sebab dihukum supaya dia tahu akan kesalahan yang telah dilakukan. 11. Mesti tekal (sama rata) iaitu sekiranya kesalahan diakukan dalam sekumpulan murid maka dendaan yang diberi mestilah sama rata. 12. Dendaan yang diberi boleh menyebabkan gangguan emosi kepada murid. 13. Denda yang berterusan boleh membentuk tingkah laku negatif seperti merendah diri,pengasingan diri,dan lain-lain. 14. Berdasarkan Prinsip Premack pula ia dikaitkan dengan aktiviti yang kurang diminati dengan yang diminati Contoh dlm p&p : - selepas belajar matematik murid bermain komputer berkaitan dengan matematik 15. Pelupusan pula berlaku apabila tidak diberi peneguhan ianya akan lupus dengan sendirinya Contoh : - murid yang kerap menjawab dengan betul sekiranya tidak diberi ganjaran,tidak akan menjawab lagi selepas itu. 16. Aplikasi kepada guru i. Guru akan menulis objektif untuk perlakuan yang boleh diukur atau diperhatikan pada akhir p&p. ii. Guru tak perlu ambil tahu apa yang muridnya telah tahu atau mengambil kira apakah perubahan yang mungkin berlaku dalam minda muridnya semasa pengajaran iii. Guru mengatur strategi dengan memberi ganjaran kepada murid yang menunjukkan tingkahlaku yang dikehendaki iv. Guru menekankan kepada apa yang murid boleh lakukan bukannya kefahaman murid

PENDEKATAN HUMANISTIK

1. Menurut Abraham H Maslow, Seseorang individu akan memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan sekunder. 2. Keperluan asas keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan penghargaan kendiri 3. Keperluan Sekunder kognitif dan estetik

4. Apabila keperluan akan sesuatu peringkat dipenuhi, keperluan pada peringkat yang lebih tinggi pula akan timbul.

5. Manusia mempunyai enam peringkat keperluan yang disusun mengikut hierarki = Hierarki keperluan Maslow.

Penghakian Diri Penghormatan Diri Kasih Sayang Keselamatan Fisiologikal

Peringkat Keperluan Diri Dalam teori Maslow, pada peringkat keperluan untuk diri yang rendah apa yang diperlukan ialah keperluan asas bagi diri sendiri seperti makanan, minuman dan tempat perlindungan. Saedah Siraj et.al (1996), menjelaskan murid-murid yang mendapat kurang makanan tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran mereka.

Peringkat Keperluan Keselamatan

Saedah Siraj et.al (1996) mengupas bahawa, bagi keperluan keselamatan, semasa kanak-kanak sakit, mereka perlukan jagaan ibu bapa yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka pada keseluruhannya. Di dalam kelas pula, murid-murid perlukan keselamatan dalam bentuk disiplin dan disiplin ini akan diajar kepada mereka bagi menanamkan sifat berdisiplin dalam diri mereka.

Peringkat Keperluan Penghormatan Diri Menurut Saedah Siraj et.al (1996) lagi, tiap-tiap orang memerlukan penilaian yang tinggi dan stabil tentang diri mereka. Bagi membolehkan perkara ini berlaku, seseorang itu perlu

menghormati dirinya sendiri dan juga dihargai oleh orang lain. Keperluan ini dapat dipenuhi apabila seseorang itu mempunyai keyakinan diri, kebebasan dan juga pengikhtirafan, perhatian serta penilaian dari orang lain. Peringkat Keperluan Penghakikian Diri

Penghakikian diri bermaksud apa yang seseorang itu boleh jadi, ia mesti jadi, iaitu potensi yang dilahirkan. Seseorang itu perlu memuaskan keperluan pada peringkat bawah sebelum sampai ke peringkat ini. Menurut Saedah Siraj et.al (1996), apabila sampai ke peringkat penghakikian diri, seseorang itu telah menjadi seorang yang sihat dan ingin mencapai potensinya dengan sepenuhnya. Oleh

sebab seseorang itu mesti jadi apa yang ia boleh jadi, maka ia akan berlatih dengan sendiri tanpa apa-apa paksaan.

Di sekolah, pemilihan aktiviti oleh murid, rancangan belajar yang bebas dan bimbingan kaunseling telah memberikan peluang kepada pelajar untuk mencapai penghakikian diri.

Konsep-konsep Asas Teori Maslow Teori Maslow merupakan teori motivasi intrinsik Perkaitan antara motivasi di antara hierarki keperluan: Semakin tinggi hierarki, semakin kurang orang yang mampu mencapai kepuasan dalam peringkat itu

Implikasi konsep keperluan dalam amalan bilik darjah Keberkesanan aktiviti P&P dalam bilik darjah bergantung kepada setakat mana hierarki keperluan-keperluan dapat dipenuhi. Langkah-langkah berikut perlu dipertimbangkan

o Memastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi o Menjadikan suasana bilik darjah kondusif dengan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar mereka seronok, gembira, harmonis dan selamat melibatkan diri dalamnya. o Bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang. o Memupuk nilai penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar serta membari motivasi dan peneguuhan yang sesuai supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran o Merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar dengan tujuan meningaktkan keupayaan mereka, dan seterusnya

meningkatkan peluang memenuhi keperluan penyuburan mereka, iaitu

memperolehi ilmu pengetahuan , menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi.

CARLS ROGER DAN PENERIMAAN POSITIF TANPA SYARAT

1. Menurut Mook Soon Sang (2008), Carls Roger telah mengasaskan pendekatan pemusatan perorangan yang menekankan

kecenderungan manusia ke arah penyempurnaan kendiri. 2. Roger juga telah mensyorkan supaya kecenderungan ini

berorientasikan pertumbuhan kendiri, autonomi (hak sendiri) dan kebebasan berbanding dengan kawalan kuasa-kuasa luaran. 3. Dengan kata lain, walaupun kecenderungan ini bersifat semula jadi, akan tetapi pengalaman dan interaksi dengan orang lain boleh memupuk atau menghalang pertumbuhan dan perkembangan autonomi murid-murid. 4. Antara pengalaman yang amat penting ialah penerimaan positif tanpa syarat, iaitu kepercayaan kita bahawa orang lain haruslah diterima secara holistik walaupun mempunyai kekurangan

kekurangan tertentu dari segi tingkah laku mereka. 5. Oleh itu, seorang pendidik hendaklah percaya bahawa semua murid mempunyai potensi masing-masing yang boleh dipupuk dan dikembangkan ke tahap maksimum.

PENDEKATAN KOGNITIF Teori Attribution 1. Menurut Weiner (1974) dalam Saedah Siraj et.al (1996), kejayaan atau kegagalan disebabkan oleh 4 perkara: kebolehan, usaha, nasib dan, kesukaran tugas pembelajaran

2. Menurut Saedah Hj Siraj (1996), individu mengaitkan : kejayaan dengan kebolehan. kegagalan disebabkan oleh kekurangan dalam usaha. kejayaan mereka disebabkan oleh nasib . kegagalan disebabkab kebolehan mereka yang lemah.

Individu yang bermotivasi tinggi beranggapan; kejayaan disebabkan oleh kebolehan mereka manakala kegagalan mereka adalah disebabkan oleh usaha yang kurang.

Individu yang rendah motivasi menganggap: Kegagalan mereka disebabkab oleh kelemahan mereka.

3. Keempat-empat sebab yang dinyatakan ini boleh dikategorikan sebagai sebab luaran iaitu sesuatu dari luar diri dan sebab dalaman iaitu berpunca dari dalam diri seseorang.

4. Kebolehan dan usaha ialah sebab-sebab dalaman manakala nasib dan kesukaran tugasan ialah sebab-sebab luaran.

5. Menurut Choong Lean Keow (2008), kategori ini dinamakan sebagai dimensi lokus yang mana ia merujuk kepada lokasi di mana penyebab itu berada sama ada dari dalaman atau luaran seseorang individu itu.

6. Saedah Siraj et.al (1996) :sebab-sebab, boleh dikawal dan tidak boleh dikawal. Hanya usaha yang dianggap sebab yang boleh dikawal. Kebolehan dianggap sebagai satu sifat semula jadi atau diperoleh pada peringkat awal dalam kehidupan seseorang. Begitu juga dengan nasib dan kesukaran tugasan yakni sebab-sebab ini tidak dapat dikawal oleh pelajar.

Attribute LOKUS Kebolehan

Dimensi Teori Attribution Weiner STABILITI Stabil (tidak boleh berubah) Tidak stabil (boleh berubah) Tidak stabil (boleh berubah) Stabil (tidak boleh berubah) KAWALAN Luar kawalan muridmurid Berada dalam kawalan murid-murid Luar kawalan muridmurid Luar kawalan muridmurid

Berada di dalam muridmurid Berada di dalam muridmurid Berada di luar muridmurid Berada di luar muridmurid

Usaha

Nasib

Aras kesukaran tugasan yang diberi

Kesimpulannya melalui teori ini, guru boleh membantu pelajar mengenal kaitan antara usaha dan kebolehan terutama sekali hakikat bahawa kebolehan bermula dan berkembang lebih dahulu dari usaha.

PENDEKATAN MOTIVASI SOSIAL BUDAYA. Hasil gabungan antara pendekatan behavirisme dan pendekatan kognitivisme. Pendekatan ini mengambil kira penekanan ahli behaviorisme iaitu Albert Bandura ke atas kesan atau hasil sesuatu tingkahlaku dan minat ahli kognitif ke atas impak hasil daripada kepercayaan serta harapan murid itu. Pendekatan ini juga mementingkan penglibatan manusia dalam aktiviti atau bertingkah laku agar dapat mengekalkan identiti dan hubungan interpersonal dalam suatu masyarakat.

Mengikut teori pembelajaran sosial Bandura : Menyarankan betapa pentingnya pemerhatian, peniruan dan peneguhan vikarious. Peneguhan vikarious ialah keadaan apabila murid mengharapkan peneguhan yang sama jika memerhatikan orang lain mendapat ganjaran hasil dari tingkah laku mereka. Murid kagumi guru guru jadi model belajar bersungguh-sungguh. Kesimpulannya, peneguhan vikarious dan peneguhan langsung amat penting dalam meningkatkan efikasi kendiri (satu keyakinan yang mendorong individu untuk melakukan dan mencapai sesuatu) murid terhadap sesuatu tugas dan seterusnya akan membawa ke peringkat motivasi yang lebih tinggi. Kepercayaan efikasi kendiri akan merangsang pencapaian murid dan seterusnya mempengaruhi pilihannya terhadap tindakan yang akan diambil selanjutnya. Oleh itu, murid lebih cenderung untuk memilih tugasan dan aktiviti yang mereka rasa kompeten dan yakin. Semakin tinggi efikasi kendiri murid, semakin tekun dan berusaha seseorang murid itu. Seseorang murid yang mempunyai kompetensi peribadi yang tinggi akan menghadapi tugasan atau soalan-soalan yang diajukan dengan tenang. Kepercayaan efikasi kendiri turut mempengaruhi pola pemikiran dan reaksi emosi murid. Ini kerana efikasi kendiri akan membantu menenangkan murid apabila menghadapi tugas atau masalah yang sukar. Individu yang mempunyai efikasi kendiri rendah seperti percaya bahawa sesuatu perkara atau soalan lebih sukar daripada sebenarnya dan kepercayaan ini akan menyebabkan wujudnya kebimbangan, stress, kemurungan serta jalan penyelesaian yang sempit untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Komuniti pembelajaran memotivasikan murid kerana mereka merupakan

sekumpulan manusia yang saling berkongsi, bertindak secara koperatif dan

kolaboratif, mempunyai matlamat yang dikongsi bersama serta saling membantu dalam proses belajar. Dalam komuniti pembelajaran, murid-murid perlu diberi peluang untuk meluahkan perasaan dan pandangan , mengeluarkan idea, saling membantu.Jika mereka tidak berminat dan tiada matlamat yang ingin dicapai, guru hanya memberi motivasi dan dorongan yang termampu sahaja. Kadang-kala terdapat juga murid yang mempunyai matlamat yang salah iaitu inginkan ganjaran yang ditawarkan oleh guru semata-mata dan kebiasaannya tindakan ini hanya untuk dirinya sendiri sahaja. .Aspek yang terakhir ialah konsep kerjasama yang mana memerlukan murid-murid berusaha bersama-sama untuk mendapat kejayaan yang diingini. Sebagai murid yang berada dalam komuniti pembelajaran yang sama, rakan sekelas yang berjaya perlu memberi kerjasama yang baik untuk membantu rakan yang lemah dan bermasalah agar sama-sama berjaya di dalam peperiksaa Kesimpulannya, pendekatan sosiobudaya adalah berkaitan konsep identiti dan identiti pula berpunca daripada penglibatan dalam komuniti pembelajaran yang berada di persekitarannya. Jika baik kedua-duanya, maka masalah murid yang tidak mempunyai motivasi dapat ditangani dengan baik. Oleh itu murid perlu dimotivasikan untuk belajar nilai serta amalan kumpulan, komuniti dan masyarakat di mana murid tersebut berada agar dapat mengekalkan identitinya yang sebenar.

Вам также может понравиться