Вы находитесь на странице: 1из 24

Cyber politics dapat didefinisikan sebagai ruang maya bagi masyarakat bebas untuk memperdebatkan sesuatu isu (politik

khususnya ) mahupun memperkembangkan sesuatu ideologi yang diperjuangkan dengan lebih telus tanpa sebarang tekanan daripada state. Masyarakat

pada hari ini amat bebas mengakses pelbagai maklumat daripada


internet dan tidak lagi bergantung hanya kepada akhbar, peti televisyen mahupun radio hasil ledakan gelombang ICT.

Kewujudan virtual space (ruang maya) mampu membongkar segala kebenaran atau
kebenaran atau kesahihan sesuatu maklumat kerana arus media perdana pada hari pada hari ini dilihat amat tersekat dalam menyampaikan berita-beritanya kerana

kerana terdapat pelbagai sekatan demi kepentingan segelintir individu.

Penyebaran

maklumat

yang

dan

dipengaruhi

oleh

pihak-pihak

tertentu

menyebabkan penyebaran maklumat sebenar tersebut tidak dapat sampai kepada kepada khalayak atau audience. Oleh yang demikian akibat terlalu banyak tapisan, tapisan, ruang maya yang menyediakan pelbagai laman web serta blog dilihat dilihat mampu menjadi kaunter perolehan segala maklumat yang diperlukan oleh diperlukan oleh masyarakat.

Media Malaysia yang berat sebelah, sudah tidak lagi mampu untuk membutakan mata rakyat. Peranan blog-blog dan media alternatif seperti Malaysia Today, MalaysiaKini, dan Harakah Daily dalam membongkar satu demi satu kepincangan PM dan BN dalam mentadbir negara terbukti apabila semua pengundi di bandar (yang punya akses

meluas kepada internet), menyokong pembangkang.

Definisi blog
Wikipedia , ensiklopedia internet menakrifkan blog sebagai laman web yang memuatkan bahan-bahan berbentuk jurnal oleh individu atau kumpulan. Blog lazimnya memuatkan ulasan atau berita mengenai tajuk-tajuk tertentu seperti politik, ekonomi,alam sekitar,berita tempatan, senarai peristiwa dan diari peribadi. Sebuah blog lazimnya mempunyai ciri-ciri teknikal seperti teks, gambar serta jaringan dengan blog-blog lain. Penyelenggaraan blog atau blogging adalah fenomena baru yang dicetuskan dan menjadi praktikal hasil daripada perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mulai awal tahun 1990an. Kegiatan blogging ini dikatakan bermula sekitar tahun1994.

Malaysia ada 500,000 laman blog- Utusan Online KUALA LUMPUR 1 April Sedar atau tidak, tetapi Malaysia adalah antara negara yang memiliki pengendali laman blog yang tertinggi di dunia selepas Kesatuan Eropah dan Indonesia. Malaysia dianggar memiliki hampir 500,000 blog yang aktif dikendalikan oleh pelbagai pihak atas tujuan berlainan.

Pensyarah Jabatan Media Universiti Malaya, Dr. Abu Hassan Hasbullah berkata, ini menjadikan penggunaan blog sebagai sangat berkuasa dalam mempengaruhi pemikiran rakyat negara ini terutama mengenai politik. Katanya, blog kini mempunyai jangkauan penyebaran maklumat sangat berkesan memandangkan jumlah pengguna Internet yang melayari web dan blog adalah sangat ramai setiap hari.

Kajian pihak kami mendapati 70 peratus keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu dipengaruhi oleh maklumat yang dipaparkan dalam blog, Kerajaan mengambil pendirian tidak mempedulikan maklumat dalam blog sebelum pilihan raya tetapi pembangkang bertindak sebaliknya. Beliau berkata, pemimpin kerajaan kini juga boleh menggunakan blog untuk berkempen tetapi mereka perlu ingat bahawa masa sehingga 10 tahun diperlukan bagi membolehkan sesuatu blog itu mula dikenali ramai.

Yang menguatkan lagi kredibiliti laman web dan blog ialah


wujudnya fenomena di mana semakin ramai bekas editor dan wartawan yang mengendalikan blog sendiri. Mereka ini termasuklah yang bersara atau dibersarakan seperti Datuk A. Kadir Jasin, Ahiruddin Attan (Rockybru), Ruhanie Ahmad, Marina

Mahathir, Nuraina Abdul Samad, Syed Imran Alsagoff dan Zaharah


Othman (yang menetap di London). Semua mereka ini pernah bertugas dengan The New Straits Times melainkan Syed Imran seorang bekas wartawan Bernama.

Blog yg menjadi pilihan

KLpos.com - Apa Siapa Mengapa :: Suara Umat Melayu

http://klpos.com/klpos Powered by Joomla! Generated: 4 April, 2008, 07:02

1.Blog ahli politik-pembangkang.


Bagi kerajaan, blog-blog seperti ini diadakan untuk menghentam kerajaan dari semasa ke semasa. Antara penulis blog daripada pemimpin pembangkang ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Husam Musa dan Lim Kit Siang.

2. Blog news portal.


Blog ini menyiarkan berita-berita terkini sama ada yang dihasilkan oleh

pasukan editorial pengendali blog atau pun surat pembaca.


Antaranya ialah MalaysiaKini, MalaysiaToday, MalaysiaAktif, AgendaDaily, KMU dan KLPos.

Blog Malaysiakini diusahakan oleh bekas wartawan, Steven Gan manakala


MalaysiaToday oleh RajaKamaruddin Petra (RPK) manakala Malaysia Aktif diusahakan oleh kumpulan yang ingin mengutarakan isu terkini yang turut menghentam kerajaan dan parti BN. AgendaDaily diusahakan oleh bekas wartawan Utusan Malaysia, Rosli Ismail dan dibantu oleh Datuk Badrulhisham Aziz dan Hanafiah Man. KMU diusahakan oleh kumpulan yang menyokong UMNO dan KLPos oleh Helmi Mohd.

RPK mengambil artikel yang ditulis oleh penulis blog lain untuk disiarkan
dalam MT. Begitu juga KLPos. AgendaDaily pulamempunyai senarai kolumnis seperti Datuk A Kadir Jasin dan Datuk Ruhanie Ahmad.

3. Blog penulis tempatan di luar negara.


Antara penulis blog yang berada di luar negara ialah M Bakri Musa, Dr Azly Rahman (yang disaman oleh UUM berikutan penulisannya), Susan Loone, Zaharah Othman menerusi blognya, Kak Teh dan bekas wartawan TV3, Tengku ElidaBustaman yang kini berada di Jakarta. Selain itu, ada juga penulis blog rakyat Malaysia di Korea, Berlin, London dan Jepun.

4. Blog pemerhati politik.


Mengemukakan pandangan mengikut pengalaman mereka dalam kerajaan atau swasta. Ada juga penulis politik yang mengusahakan blog mereka

bagi memberi pandangan mengenai perkembangan terbaru pemimpin dan


parti politik tempatan. Antaranya Sayuti Omar dan Datuk Kamal Amir.

5. Blog penulis yang menggunakan nama samaran.


Blog ini diusahakan oleh kumpulan yang mahu merahsiakan identiti mereka bagi memudahkan mereka memberi komen yang "pedas" atau sensitif untuk tatapan pembaca. Ada juga penulis blog yang menggunakan nama samaran tetapi diketahui ramai seperti Sang Kelambai yang dikendalikan oleh Zaharin Mohd Yassin, ahli UMNO yang dipecat.

CONTOH-CONTOH BLOG

Lain- lain
Ahmad Zaki Yamani Angkatan Muda Keadilan Malaysia Anwar Ibrahim Club (AIC) Anwar Ibrahim Official Website Badrul Hisham Shaharin BERSIH Din Merican Dr. Xavier Jayakumar Foundation For The Future Fuziah Salleh Khalid Jaafar Laman M@rhaen Malaysia Today Malaysiakini Parti Keadilan Rakyat Prof KS Jomo Rustam A Sani Suara Keadilan Online Syed Shahir Syed Mohamud Wanita KeADILan Malaysia

anwaribrahimblog.com
Kenyataan Anwar Ibrahim berkaitan kes Raja Petra Kamaruddin
Saya mengecam tekanan terbaru dari pihak kerajaan dan polis terhadap pengendali laman Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin. Tindakan ke atas Raja Petra ini bermula dengan laporan polis dan disusuli oleh ucapan-ucapan mengkritik pengendali blog oleh beberapa pimpinan UMNO termasuk Dato Seri Najib Tun Razak. Ini merupakan siri terbaru tekanan terhadap pengendali laman web dan blog selepas penahanan setiausaha saya Nathaniel Tan baru-baru ini.

Saya menyeru agar pihak polis menggunakan masa mereka untuk menyiasat dakwaan rasuah melibatkan pelbagai pimpinan kerajaan yang disiarkan di Malaysia Today dan membanteras jenayah yang sudah menjadi-jadi. Sudah begitu banyak laporan yang dibuat terhadap pimpinan kerajaan dahulu dan sekarang yang tidak disiasat langsung, tetapi laporan terhadap pengendali laman web mendapat tindakan segera polis. Rakyat Malaysia memerlukan pemimpin yang bersifat terbuka dan memandang ke hadapan, bukannya yang masih terikut-ikut dengan budaya politik lama dan tidak dapat menerima realiti teknologi hari ini. Ketika pemimpin UMNO hebat menuntut pengendali blog untuk bertanggungjawab di atas penulisan mereka, saya menyeru pemimpin UMNO dan polis agar jangan lupa amanah mereka kepada rakyat.

Kerajaan mengambil langkah- langkah sebegini diambil adalah untuk memberi amaran kepada blogger lain supaya berhati- hati mengeluarkan kenyataan serta akibat yang bakal dikenakan jika terus menentang kerajaan. Raja Petra Kamaruddin telah disaman lebih kurang 7 juta kerana didakwa membuat fitnah keatas pihak UUM. Tindakan undang-undang perlu diambil ke atas penulis blog yang menyebarkan laporan berbentuk fitnah di laman blog mereka, kata Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. Katanya penulis blog sebegitu tidak pernah memikirkan sensitiviti orang lain. "Tidak ada undang-undang di alam siber kecuali undang-undang rimba. Jadi tindakan harus diambil supaya 'monyet-monyet' lain takut dan mengambil iktibar daripadanya,-KJ

Bahasanya kurang manis. Monyet. Melanjutkan logik dan istilah Khairy, elok kita bertanya : Bagaimana pula dengan 'monyet' yang bergayut di laman web rasmi Perdana Menteri? Sudahkah Khairy menemui mereka?

husammusa.com
Penulis James Wong menarik perhatian kita terhadap satu tulisan berbau perkauman yang disiarkan di laman web rasmi Perdana Menteri sejak November 2005. Antara petikan rencana itu ialah; Kita sekarang telah banyak di Pulau Pinang dan ini markas kita , kita mesti kerjasama dgn orang kita di Singapura, supaya satu hari Pulau pinang boleh jadi milik kita secara yang tak disedari, banyak anak-anak didik kita telah diserapkan dalam kerajaan Tempatan, walaupun dalam kerajaan negeri maseh dimonopoli oleh orang Melayu.

Begitu juga halnya dengan isu skandal rasuah Oil-for-food , yg turut mengaitkan Allahyarham Endon. Berikut merupakan komen yg dihantar oleh pengunjung blog tersebut

JAGJIVAN RAM Sat 29 Oct 2005, 13:49 by JAGJIVAN RAM TAKZIAH: Pak Lah in-law involved with bribery in Iraq. Malaysia needs help to clear its name as the biggest bribe-giver related to the UN Oilfor-Food programme in Iraq. Mastek Sdn Bhd and the duo related to the company, namely Faek Ahmad Shareef and Noor Asiah Dato' Mahmood (Endon Mahmood sister ?). Mastek Sdn Bhd with the following

information: Senior Executive: MRS. NOOR ASIAH DATO` MAHMOOD


(President/Director) Address: SUITE 3 & 3A, LEVEL 2, BLOCK 3B, PLAZA SENTRAL, JLN. STESEN SENTRAL 5, KUALA LUMPUR

SENTRAL, 50470 KUALA LUMPUR Tel: 03 - 22748008 Fax: 03 22739008 Incorporation Date: 21 Sep 1979 ROC No: 50717A Matrade Registration No: 3383 Business Activities: Crude Oil and Petrochemicals & Sawn Timber

Tulisan mengaitkan skandal rasuah Oil-for-food tersiar sejak kematian Allahyarham Endon.
Tulisan Dr. Ng Seng ternyata amat perkauman bentuknya. Macammana tulisan seperti ini dibiarkan tergantung di laman web Perdana Menteri sendiri sekian lama? Jika Ketua Penerangan UMNO Malaysia terbaca artikel ini, adakah beliau akan membuat laporan polis ke atas Perdana Menteri kerana menyiarkan tulisan berbau perkauman di laman rasmi Perdana Menteri? Perdana Menteri sudah tentu tidak menulis rencana ini. Beliau juga tidak mengendalikan laman tersebut. Beliau tidak bertanggungjawab pun terhadap penyiaran rencana ini. Kerana itu beliau tidak harus diambil tindakan. Tetapi mengapa pula tindakan perlu diambil ke atas blogger lain kerana ada komen liar, Semoga ini menyedarkan Perdana Menteri dan juak-juak beliau yang sedang bersiap menyerang blogger, supaya berfikir lebih waras dan matang. Dunia cyber memerlukan paradigma baru. husammusa.com-

LANGKAH MENGATASI
Daftarkan laman blog
Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin menyuarakan sokongan terhadap cadangan untuk mendaftarkan laman blog terutama yang bersifat politik. Beliau berkata, jika media arus perdana tertakluk kepada pendaftaran, pemantauan dan undang-undang tertentu, tidak ada sebab kenapa pengendali blog boleh dikecualikan. Kita mesti tahu siapa mereka, jadi mesti ada undang-undang yang akan menyebabkan mereka kita kenali, katanya kepada pemberita di sini. Beliau bagaimanapun menjelaskan, keperluan untuk mendaftarkan blog yang memuatkan hiburan atau komentar sosial mungkin tidaklah sebegitu besar sebagaimana blog yang didorong oleh politik.

Menurut Menteri Penerangan Malaysia, Singapura mempunyai


mekanisma pendaftaran bagi blog yang secara konsisten memuatkan tulisan politik.

Katanya, Singapura juga mempunyai rangka kerja pelesenan secara kelas untuk mengawalselia media baru termasuk juga blog dan menaklukkan mereka kepada kod etika tertentu di bawah kawal seliaan Lembaga Pembangunan Media (MDA).

AHMAD Shabery Cheek (Menteri Penerangan)

Kesimpulan
Ternyata kerajaan malaysia sehingga kini masih belum dapat menerima kritikan serta pandangan- pandangan rakyat

terutamanya pihak pembangkang. Negara yang mendakwa


sebagai negara demokrasi bukan sahaja mengongkong kebebasan rakyat untuk bersuara, malah cuba untuk menyekat blog- blog daripada terus memberi tekanan kepada kerajaan.

Pengaruh yang dibawa oleh blog- blog ini adalah sangat kuat. Di Malaysia, kedudukan cyber politik ini semakin mendapat tempat di hati rakyat. Bagi rakyat, media altenatif ini lebih telus dan benar berbanding dengan aliran arus media perdana yang ditunjangi oleh kerajaan.

Вам также может понравиться