You are on page 1of 19

PENGENALAN Kemahiran belajar sangat penting kepada semua manusia. Ia merupakan kemahiran seumur hidup.

kemahiran ini perlu dikembangkan kepada semua murid supaya mereka peka dengan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan. Dengan kemahiran ini juga, murid dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam proses belajar mereka dan seterusnya mereka boleh mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memperbaiki sesuatu kelemahan. Justeru, pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah perlu mengambil kira kebolehan dan minat murid yang pelbagai dan guru harus memberikan penekanan pada teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid mereka.

DEFINISI KEMAHIRAN BELAJAR

Pada umumnya, belajar ialah satu proses tindakan yang dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan suatu perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhan, sebagai hasil pengalaman individu itu sendiri dalam interaksi dengan persekitarannya. Selain itu, belajar juga merupakan satu proses yang melibatkan seseorang itu memproses maklumat yang diperoleh yang membawa kepada perubahan atau peningkatan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran. Ada maklumat yang penting sahaja yang akan masuk ke dalam minda dan terus tersimpan di dalam memori kita. Bagi pengalaman dan maklumat yang mustahak

dan penting, satu proses mental akan berlaku dan maklumat itu akan tersimpan di dalam minda kita.

Menurut Woolfolk, A.(2001), belajar boleh didefinisikan sebagai satu perubahan yang berlaku dari segi pengalaman dan tingkah laku seseorang secara tekal. Perubahan itu mungkin disengajakan atau tidak disengajakan. Perubahan yang berlaku di dalam kehidupan kita sama ada melalui kesedaran diri sendiri ataupun disedari oleh orang yang berada di sekitar kita dapat dikesan untuk mengesahkan pembelajaran itu telah berlaku perubahan.

Seterusnya, menurut kamus Inggeris-Melayu

Dewan (1992),perkataan

belajar diertikan sebagai memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran. Terdapat enam peringkat proses belajar. Peringkat pertama ialah adanya rangsangan-rangsangan. Peringkat kedua ialah pemilihan rangsangan yang sesuai oleh organ deria. Peringkat ketiga pula ialah pemikiran makna sesuatu rangsangan di dalam otak. Peringkat keempat ialah membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan. Peringkat seterusnya ialah mengamalkan dalam situasi yang sepadan dan peringkat terakhir ialah perubahan tingkah laku.

Perkara yang dipelajari itu adalah merupakan proses belajar. Ia adalah berkaitan dengan berlakunya perubahan dan meningkatnya pengetahuan, kepercayaan dan kemahiran dalam diri kita. Ia juga merupakan satu perubahan yang besar dan penting untuk diri kita ataupun perubahan yang sedikit dan

kurang memberi makna kepada diri kita. Perubahan tersebut boleh juga mempengaruhi dan mengubah hidup kita ataupun ia hanyalah merupakan suatu perkara yang boleh dilu[akan. Dapatlah dibuat kesimpulan bahawa belajar adalah merupakan pemprosesan maklumat yang membawa kepada perubahan pengetahuan, tingkah laku dan juga kemahiran kita.

JENIS-JENIS KEMAHIRAN BELAJAR

Kemahiran Mendengar dengan Cekap

Kemahiran mendengar ialah sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia. Mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengari. Kemahiran ini melibatkan perkara yang didengar daripada pelbagai teks seperti arahan, puisi, muzik, ucapan, lagu, berita, syarahan, pengumuman dan lakonan. Tujuan kemahiran ini ialah: untuk mendapatkan maklumat, fakta, data dan pengetahuan. Untuk menghayati keindahan bahasa dan muzik. Untuk mengetahui perkembangan semasa. Untuk mendengar penjelasan guru tentang sesuatu. Terdapat beberapa cara untuk mendengar dengan berkesan iaitu mendengar dengan teliti dan penuh perhatian. Cara seterusnya ialah mendengar dalam suasana yang tenang dan selesa. Di samping itu, terdapat juga beberapa cara untuk meningkatkan kemahiran mendengar. Antaranya ialah motivasikan siri untuk memberikan sepenuh perhatian kepada pembelajaran hari itu,

memandang ke arah guru dan yang terakhir ialah menumpukan perhatian kepada apa yang diperkatakan, ditunjuk dan ditulis oleh orang yang menyampaikan maklumat. Kemahiran Membaca Kemahiran membaca ialah penting untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan dan fakta mengenai sesuatu perkara. Membaca ialah proses kompleks yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang dibaca. Biasanya terdapat empat gaya bacaan iaitu: Skimming (luncuran) Skimming ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai sesuatu bahan atau maklumat. Tujuannya ialah untuk mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen. Selain itu, ia bertujuan untuk mendapatkan pandangan umum mengenai dokumen dengan segera. Terdapat beberapa langkah untukmembuat skimming iaitu pertama membaca tajuk, pendahuluan dan rumusan bahan atau dokumen. Langkah kedua ialah membaca dengan menggunakan pergerakan mata yang cepat. Langkah ketiga pula ialah memberikan tumpuan sepenuhnya pada bahan yang dibaca. Imbasan (scanning) Imbasan ialah kemahiran membaca untun mendapatkan maklumat yang lebih mendalam daripada skimming. Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu persoalan. 4

Terdapat beberapa langkah untuk membuat imbasan. Langkah pertama ialah membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam. Langkah kedua ialah membaca kandungan bad dengan pantas sambil mencatatkan kata kunci dan konsep yang dinyatakan. Langkah ketiga pula ialah memberikan perhatian kepada rajah dan grafik yang ada. Bacaan Intensif Bacaan intensif ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci. Bacaan intensif memerlukan tumpuan, ketekunan dan masa yang lebih panjang untuk mendapat makna. Tujuannya adalah untuk mendapatkan semua maklumat dengan mendalam dan catatan perlu dibuat untuk mengumpulkan maklumat tersebut. Bacaan Laju Seseorang itu memerlukan kebolehan laju membaca dan kefahaman serentak membaca. Tujuannya adalah untuk menggunakan masa terhad dengan lebih produktif, menjimatkan masa dan memperoleh maklumat tambahan pada kadar yang cepat. Tip bacaan laju (speed reading): >> menumpukan perhatian pada pemikiran atau idea utama. Ini boleh dibuat dengan mambaca cepat seluruh buku, senarai bab, semua bahagian atau perenggan. >> pembaca laju boleh mengesan penjelasan isi utama dengan melihat tanda-tanda perbezaan seperti tulisan condong, bergaris, tebal, fakta yang bernombor atau fakta yang bersiri abjad. 5

>> atau >> >>

penjelasan isi utama boleh didapati daripada perkataan rangkai kata awalan ayat seperti pertama...,

sebaliknya..., contohnya... dan seumpamanya. penjelasan isi utama boleh didapati daripada bentuk mengingati sebanyak mungkin maklumat yang dibaca grafik seperti graf, jadual dan gambar rajah. dengan mengingat isi yang senang dahulu, membaca laju diikuti dengan catatan nota dan berfikir dengan cergas untuk memahami dan mengingati isi utama bahan yang dibaca. >> mengaplikasikan atau mengaitkan bacaan dengan pengalaman pembaca. Kemahiran Mencatat Nota Mencatat nota ialah aktiviti merekod fakta, maklumat dan isi penting daripada bahan yang dibaca, dilihat atau didengar.Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti semasa kuliah, ceramah, penerangan,temuduga, membaca buku atau bahan lain. Tujuan nota dicatat ialah untuk mencatat isi utama penting sebagai rujukan. Kemudian daripada isi penting boleh dikembangkan kepada fakta asas. Seterusnya, catatan nota dikumpulkan untuk keperluan rujukan tambahan masa depan. Ciri-ciri nota yang baik ialah mengandungi rangka kasar sahaja, terdiri daripada idea utama, dicatat dalam buku atau kertas catatan yang khas, catatan terang dan mudah dibaca, menggunakan kata kunci, ada lakaran dan grafik yang menyokong teks, catatan di sebelah kiri dan kanan NOTA sebagai nota dan maklumat tambahan, tanda bulat atau garisan dibuat pada isi penting dan nota disemak semula supaya tidak tertinggal idea penting.

Terdapat beberapa cara mencatat catatan,antaranya: i. ii. iii. iv. v. berikan perhatian pada maklumat yang didengari, dibaca dan dilihat. maklumat tersebut dipilih atau ditafsirkan sebelum dicatat. hanya fakta baru sahaja yang dicatatkan kerana ini merupakan pembelajaran baru. baca dan susun semula catatan. catatan nota boleh dibuat dalam bentuk grafik seperti anak panah, garisan, bulatan dan sebagainya. Kemahiran Menulis Kemahiran Menulis Cepat Menulis cepat boleh ditafsirkan sebagai kemahiran menulis dengan kepantasan yang tinggi dan tulisannya boleh dibaca oleh orang lain. Oleh itu, menulis cepat memerlukan unsur kelajuan menulis, tulisan yang boleh dibaca dan kandungannya difahami. Seseorang itu perlu mahir dalam kemahiran ini kerana banyak maklumat yang boleh dicatat dan menjimatkan masa.sebagai contoh di dalam peperiksaan masa terhad tetapi memerlukan banyak isi jawapan yang perlu ditulis. Pra-syarat menulis cepat ialah murid mempunyai banyak maklumat atau fakta dalam ingatannya semasa menjawab soalan peperiksaan. Selain itu, murid boleh mengingati kembali fakta atau maklumat dengan cepat. Seterusnya, murid menyediakan alat tulis yang sesuai seperti pen yang sepurna dan pensel yang tajam. Kemahiran ini perlu dilatih supaya dapat dipraktikkan. Salah satu latihan untuk menulis cepat ialah pilih satu topik untuk 7

dikarang kemudian peruntukkan masa untuk mengarang topik. Karangan itu perlu ditulis dalam masa yang ditentukan dan seterusnya minta rakan membaca karangan dan memberi maklum balas dari segi tulisan dan isi karangan. Akhir sekali ulang latihan dengan mempercepat masa menulis.

Kemahiran Mengingat Mengingat ialah proses lihat yang baik. Mengingat juga ialah satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadianyang telah berlaku selepas beberapa lama. Terdapat dua jenis ingatan. Jenis pertama ialah ingatan jangka pendek iaitu maklumat tersimpan sebentar sahaja dan jenis kedua ialah ingatan jangka panjang iaitu maklumat yang kekal dalam ingatan. pembelajaran yang berkaitan

dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria

Proses ingatan terbahagi kepada 3 langkah: Mendaftar maklumat hingga boleh dikekalkan dalam ingatan(encoding)

Menyimpan maklumat.

Mengingat kembali maklumat (decoding)

Terdapat beberapa cara mengingat: Mereka cerita. Mencipta irama atau lagu. Membuat catatan. Membuat lakonan. Membuat senarai semak. Mencipta akronim- contoh: HKL ( Hospital Kuala Lumpur ). Mencipta akrosikcontoh: MAGERAN ( Majlis Gerakan Negara ). Membuat rangkaian atau berlawanan- contoh: piringcawan. Melakar grafik dan ilustrasi- peta, graf dan peta minda. Mengingat secara kumpulan- terutama nombor Mengulang. Melatih tubi.

Ciri-ciri Proses Belajar

Terdapat lima ciri berlakunya proses belajar. Ciri pertama ialah perubahan yang berlaku secara sengaja. Semasa kita belajar, kita sedar terjadinya perubahanperubahan di dalam diri kita. Contohnya, kita sedar bahawa pengetahuan dan kecekapan kita semakin bertambah. Kedudukan markah kita di dalam kelas adalah pada tahap sederhana pada awal proses pembelajaran tetapi selepas melakukan beberapa kaedah belajar yang baik dan berkesan maka terdapat peningkatan di dalam markah ujian kita walaupun pada kadar yang rendah. Ciri yang kedua ialah berlaku perubahan secara berterusan dan tetap dalam proses belajar. Hasil dari belajar, kita akan merasakan adanya perubahan di dalam diri kita dari segi pengetahuan, tingkah laku, kemahiran, perasaan dan seumpamanya. Contohnya, kita telah dapat mengeja dengan betul perkataanperkataan yang dahulu kita tidak pasti bagaimana ejaan yang betul. Secara tidak langsung, kita tidak akan melakukan kesilapan yang kita lakukan sebelum ini. Ciri yang ketiga pula ialah berlaku perubahan bersifat aktif dan positif. Peningkatan dan perubahan dari segi kecekapan akan berlaku di dalam diri kita hasil daripada proses belajar. Peningkatan perubahan berlaku apabila adanya unsur baharu di dalam mendapatkan maklumat dan kemahiran. Contohnya, kita tidak tahu cara menggunakan komputer sebelum ini, selepas melalui proses belajar yang betul dan berkesan maka berlaku peningkatan perubahan yang positif. Kita telah berani untuk menggunakan komputer dengan yakin dan akhirnya kita akan mahir untuk menggunakannya. Ciri yang keempat, perubahan bermatlamat dan terarah yang berlaku

dalamproses belajar. Proses belajar berlaku apabila berlaku perubahan tingkah laku di dalam diri kita. Untuk memudahkan perubahan tingkah laku terjadi maka

10

belajar

perlu

ada

matlamat

dan

terarah.

Contohnya,

dalam

sesuatu

pembelajaran kita harus menyatakan matlamat yang perlu dicapai pada akhir sesuatu pembelajaran itu. Apabila berlkaunya tingkah laku yang dikehendaki hasil dari matlamat dan arah yang telah ditentukan maka berlakulah proses belajar yang lebih berkesan. Ciri yang terakhir pula ialah berlakunya perubahan tingkah laku secara holistik. Proses belajar dikatakan telah berlaku di dalam dirikita apabilaberlakunya perubahan yang holistik atau secara keseluruhan. Perubahan tingkah laku di dalam diri kita secara holistik membawa pengertian bahawa kita telah mengalami proses belajar apabila kita telah dapat menguasai perkara yang telah kita pelajarisecara keseluruhan dari segi pemikiran, perasaan, kepercayaan dan tingkah laku kita. Contohnya kita telah belajar bagaimana untuk lulus di dalam peperiksaan akan mengubah cara kita berfikir, cara belajar dan sikap kita akan mengikut ke arah tingkah laku dan sikap orang yang berjaya. Gaya Pembelajaran

Gaya pembelajaran ialah cara mempelajari sesuatu mengikut kecenderungan Individu. Terdapat pelbagai teori dan model gaya pembelajaran. Untuk mengatasi masalah belajar yang sering dihadapi sangat mustahak untuk kita mengetahui gaya belajar kita. Selepas mengenalpasti gaya belajar, kita perlu menggunakan beberapa strategi untuk melengkapkan cara dan gaya belajar yang lebih berkesan. Pada asasnya terdapat tiga model gaya pembelajaran yang dibincangkan iaitu: Gaya VAK ( Visual, Auditouri, Kinestetik) Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn Model Cara Belajar Empat Matriks

11

Contohnya, jika kita cenderung untuk belajar dengan menggunakan visual, kita boleh memanfaatkan pengurusan grafik, contengan nota, penggunaan pen highlighter semasa kita mentelaah buku. Warna dan kepelbagaian grafik itu akan menambah seronok dan konsentrasi kita untuk membaca dan mentelaah. Berikut diterangkan secara ringkas dan praktikal setiap gaya belajar: Gaya Belajar Visual (penglihatan) Murid belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan dalam buku, di papan hitam atau paparan komputer. Gunakan bahan-bahan visual seperti gambar-gambar, cartacarta,peta, graf, gambar rajah, jadual dan seumpamanya. Dapatkan sudut pandangan yang jelas terhadap guru apabila guru kita menyampaikan sesuatu dengan perhatikan pergerakan fizikalnya, bahasa badannya dan ekspresi wajahnya. Gunakan warna untuk menandakan perkara-perkara utama dan penting di dalam bacaan kita. Ambil nota dan minta guru menyediakan edaran atau sediakan nota yang menarik. Visualkan idea kita dalam bentuk gambaran Tuliskan cerita dan buat gambaran terhadap cerita tersebut. Gunakan multimedia untuk menggambarkan sesuatu idea; gunakan komputer, video dan filem jalur. Belajar di tempat yang senyap jauh dari gangguan bunyi yang bising. Baca buku-buku yang ada ilustrasi atau gambar-gambar.

12

Buat gambaran mental terhadap maklumat yang diterima untuk membantu ingatan kita. Gaya Belajar Audiotori (pendengaran) Murid Auditori belajar dengan mendengar perkatan yang disebut dan juga arahan lisan. Libatkan diri di dalam perbincangan kumpulan atau perbincangan kelas. Bentuk kumpulan perbincangan terdiri daripada beberapa orang (3-5 orang). Jangan terlalu ramai. Buat ucapan dan persembahan. Gunakan pita rakaman semasa kuliah atau semasa perbincangan dijalankan.rakaman boleh juga digunakan di dalam kelas semasa guru mengajar tetapi perlu mendapat keizinan terlebih dahulu daripada guru berkaitan. Bacakan teks secara kuat agar didengari oleh diri sendiri. Gunakan irama-irama tertentu untuk mengukuhkan ingatan. Gunakan teknik mnemonik uktuk membantu kita mengingat sesuatu Bincangkan idea kita secara lisan bersama rakan-rakan. Bercakap kepada seseorang sementara mereka menuliskan idea-idea yang kita keluarkan. Gunakan analogi-analogi yang berbentuk lisan, cerita dan penerangan. Gaya Belajar Kinestatik (pergerakan)

13

Murid kinestetik belajar dengan baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah. Pastikan kita berehat seketika selepas kita belajar pada masa yang agak panjang. Contohnya setiap 45 minit bacaan kita perlu berhenti rehat selama lebih kurang 5 minit. Dalam masa 3 jam, kita boleh berhenti rehat sebanyak 3 atau 4 kali. Bergerak dan beraktiviti ketika kita membaca.Contohnya, kita boleh membaca buku sementara menunggu bas atau sementara menunggu guru masuk ke dalam kelas.kita juga boleh berfikir semasa kita sedang mandi,makan atau hampir ingin melelapkan mata untuk tidur. Kita juga boleh membaca sambil berdiri, berjalan, berbaring, menonton televesyen atau seumpamanya. Kita juga boleh mengunyah gula-gula getah atau semasa kita makan. Kita boleh menggunakan pen berwarna terang untuk menandakan fakta-fakta penting pada buku. Contengkan pada buku nota, papan hitam, kertas, dalam komputer dan seumpamanya. Hiasi meja tempat kita belajar dengan poster-poster dan formula-formula. Kita juga boleh mendengar muzik yang ringan belajar. Kita boleh membaca secara skimming untuk mandapatkan idea awal sebelum kita membaca secara lebih terperinci. Model Cara Belajar Dr. Rita Dunn dan Kenneth Dunn semasa

14

Model ini yang lebih dikenali sebagai Model Dunn & Dunn membahagikan cara belajar kepada lima suasana. a) Persekitaran. Kita seharusnya belajar di dalam suasana yang tenang dan aman. Kita suka kepada kedinginan dan suasana nyaman. Kita juga selesa jika ada muzik yang lembut yang menjadi latar belakang semasa belajar. Kita juga memerlukan bilik yang cerah dan terang. Kita juga tidak bermasalah untuk belajar di luar kawasan bangunan. Secara umumnya, kita bebas memilih suasana dan tempat yang paling selesa untuk mentelaah buku. b) Emosi. Kita seharusnya mempunyai satu dorongan yang kuat untuk belajar. Kita perlu dicabar dan dirangsang untuk mendapatkan minat untuk belajar. Dorongan mungkin berupa luaran ataupun dalaman. Emosi perlu sentiasa dirangsang untuk mendapatkan dorongan belajar. Kata-kata perangsang merupakan nadi penggerak untuk kita belajar. c) Sosiologikal. pelajar seharusnya mempunyai ramai rakan sokongan untuk belajar. Sesetengah pelajar kurang selesa untuk belajar sendirian dan ada juga pelajar yang tidak begitu berminat untuk belajar secara berkumpulan. Pelajar sebenarnya perlu mendengar pandangan dan pendapat orang lain tentang sesuatu perkara yang mereka kurang fahami. Di samping itu, rakan-rakan juga memerlakan pendapat dan pandangan kita. Perkara penting di sini ialah orang lain merupakan faktor penting untuk kita belajar. Tanpa mereka kita akan menjadi hambar dan minat belajar kita akan cepat hilang.

15

d) Fizikal. Orang dalam kalangan ini tidak boleh duduk sahaja semasa belajar. Untuk mendapatkan ilmu dengan lebih berkesan, pelajar memerlukan aktiviti dan pergerakan yang banyak. Semasa kita belajar. Kita mungkin akan melukis sesuatu, bangun mengambil air dan seumpamanya. Semasa menbaca kita mungkin membuka tingkap, membuka radio dan mundar-mandir di dalam rumah sehinggakan orang tidak menyangka bahawa kita sedang tekun belajar. Kita mungkin kelihatan seolah-olah Pelajar kurang seharusnya berdisiplin belajar tetapi dengan hakikatnya itulah cara suasana kita belajar. e) Psikologikal. menggunakan segala potensi yang ada di dalam diri kita. Terdapat kepelbagaian cara dan gaya mendapatkan maklumat dari pembelajaran kita. Kita belajar secara keseluruhan dan bersifat global. Kita menganalisis sesuatu dengan tekun dan membuat reflektif terhadap apa yang kita pelajari. Kita juga menggunakan kemampuan kedua-dua otak kiri dan kanan untuk mendapatkan maklumat. Kita membaca bermula dari yang asas perkara kepada yang lebih kompleks. Hasil dari kita baca bukan sahaja dapat yang

memperkayakan minda kita malah ia dapat menjadikan kita seorang yang lebih yakin dari segi luaran dan dalaman jiwa kita. Model Cara Belajar Empat Matriks Model ini telah dibina oleh Dr Bernice McCarthy. Beliau telah membahagiakan cara belajar kepada empat golongan pelajar:

16

a) Imaginatif. Golongan ini seharusnya mengamati maklumat secara konkrit dan memproses maklumat secara imaginasi dan berbentuk visual. Kita selesa dengan pengalaman yang berdasarkan kepada bahan-bahan yang konkrit. Kita sering mengeluarkan idea dan mudah berinteraksi dengan persekitaran. Kita belajar dengan menggunakan deria rasa dan deria dengar. Kita bertimbang rasa dan bolih bekerja serta sukakan hubungan yang harmonis dengan orang lain. Kita suka mencipta benda yang baru dan banyak soalansoalan mengapa dalam pemikiran kita. b) Analitikal. maklumat dan Golongan yang ini seharusnya abstrak membuat suka dan mengamati memproses berbentuk Kita sering

maklumat tersebut secara reflektif. Kita suka kepada teori hipotesis. perkara andaian-andaian Kebanyakkan berdasarkan maklumat yang kita perolehi. Kita juga suka kepada yang berbentuk fakta. pandangan dan corak pemikiran kita berdasarkan kepada pembacaan kita yang mendalam melalui penulisan orang yang pakar. Kita sering menganalisis maklumat yang diperolehi dan berkebolehan untuk membina konsep dan membina model. Soalan yang selalu berada di pemikiran kita ialah apakah. c) Praktikal. Golongan ini seharusnya mempunyai minat untuk mengamati maklumat yang abstrak dan memprosesnya secara aktif. Kita suka belajar sesuatu untuk mencari kegunaannya dan yang dapat memberi manfaat. Kita suka melakukan ujikaji untuk melihat hasilyang memberi faedah kepada manusia. Kita juga sering menggunakan pemikiran rasional untuk mencari sebab dan akibat sesuatu perkara. Kita suka kepada maklumat , orang dan perkara-perkara yang praktikal. Kita tidak mempercayai sesuatu gagasan

17

yang belum dapat dibuktikan. Sebab itulah kita tidak berminat dengan teori dan hipotesis. Jika kita mendapat sesuatu idea, perkara utama yang dilakukan ialah mempraktikkannya. Persoalan yang penting di dalam pemikiran kita ialah bagaimana. d) Dinamik. Golongan ini seharusnya suka mengamati maklumat yang konkrit dan memprosesnya secara aktif. Kita tidak suka sesuatu perkara yang berulang-ulang dan rutin. Kita suka sesuatu yang baru dan suka berkongsi pelbagai idea dengan pelajar lain. Sifat kepelbagaian dan sifat ingin tahu juga tinggi. Kita sanggup menerima risiko dan boleh menyesuaikan diri dengan sesiapa sahaja. Kita belajar dengan membuat percubaan dan dengan cara inkuiri. Cuba jaya merupakan kaedah yang sering kita gunakan untuk melakukan sesuatu perkara. Persoalan yang penting di dalam diri kita ialah apa yang dapat saya sumbangkan.

KEBERKESANAN GAYA BELAJAR

Beberapa orang pelajar berasakan bahawa mereka telah belajar dengan betul dan sistematik sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan semester satu. Tetapi apabila keputusan peperiksaan tersebut diumumkan, pencapaian dalam sebahagian besar mata pelajaran adalah tidak seperti yang diharapkan. Persoalannya, apakah yang membezakan antara pelajar yang sama umur, sama kelas dan sama bahan bacaan dan rujukan tetapi mendapati rakan yang lain mendapat gred yang lebih tinggi atau lebih rendah di dalam kelas yang sama? Mengapakah ini terjadi?

Namun, seorang pengkaji telah mencuba mencari jawapan kepada persoalan ini. Vollmeyer dan Rheinberg (2000) menyatakan bahawa salah satu

18

sebab yang munasabah terdapatnya dua perbezaan dua individu pelajar adalah disebabkan pelajar yang lebih cemerlang bermula dengan strategi belajar yang baik dan tahu bagaimana mencari keperluan untuk menjawab soalan dan berpotensi untuk memberikan jawapan yang tepat. Mungkin pelajar tersebut tidak menggunakan kemahiran yang

bersesuaian dengan dirinya. Seseorang itu boleh mengetahui gaya belajar yang bersesuian dengan diri mereka dengan melakukan ujian untuk menilai cara belajar yang bersesuaian dengan diri kita. Ujian yang dilakukan perlu dijawab dengan jujur untuk mendapat gambaran kecenderungan gaya belajar kita. Ujian ini boleh dilakukan dengan bantuan kaunselor. Oleh itu, seseorang perlu tahu gaya belajar yang bersesuaian dengan diri agar mendatangkan keputusan yang cemerlang dalam pembelajaran. Dari sini, dapatlah disimpulkan bahawa kejayaan seseorang dalam pembelajaran banyak bergantung kepada bagaimana kita merancang usaha untuk berjaya dan dapat melaksanakan usaha itu dengan cekap dan mahir. Perkataan mahir memang sengaja digunakan kerana kemahiran merupakan asas kepada kejayaan setiap bidang yang diceburi. Seseorang yang mahir di dalam sesuatu bidang dikatakan mempunyai kelayakan dan kemahiran dalam sesuatu bidang itu.

19