Вы находитесь на странице: 1из 8

Kaunseling ialah satu proses menolong tetapi bukan merupakan aktiviti memberi nasihat .

Dalam proses menolong , seorang kaunselor akan membina satu perhubungan yang profesional dengan klien dan membimbingnya supaya menjadi lebih faham tentang dirinya. Klien menjadi lebih sedar tentang kelebihan dan kekurangannya , kebolehan , kemampuan dan keupayaannya . Klien akan dibimbing supaya menjadi lebih peka tentang interaksi dan tindakbalasnya dengan orang lain dan suasana yang mempengaruhi hidupnya. Dengan kesedaran ini klien dapat memahami realiti hidupnya lalu boleh membuat rancangan untuk masa depannya. PENDAHULUAN Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling mula diperkenalkan di dalam sistem persekolahan kita pada tahun 1960an. Selama ini perkhidmatan ini lebih menitik beratkan bimbingan kerjaya dan pelajaran. Untuk memberi perkhidmatan bimbingan kerjaya dan pelajaran di sekolah -sekolah kursus pendedahan selama seminggu diadakan dari masa ke semasa oleh Bahagian Sekolah untuk guruguru yang menjalankan tugas-tugas bimbingan.

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanan Dasar Pelajaran(1979) menegaskan tentang pentingnya perkhidmatan bimbingan dipertingkatkan lagi di sekolah-sekolah seperti dinyatakan dalam Perakuan 79. `Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan panduan kerjaya sahaja`. Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak tahun 1969 lagi untuk memberi latihan kepada guru-guru yang menjalankan kegiatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah mereka. Beberapa jenis kursus telah diperkenalkan, di antaranya ialah:

a.

Mulai tahun 1969 guru-guru bimbingan diberi peluang menghadiri kursus

pendedahan bimbingan dan kaunseling anjuran Kementerian Pendidkkan selama seminggu dalam masa cuti penggal persekolahan. Kursus ini dijalankan sehingga tahun 1982. b. Mulai tahun 1980 Maktab Perguruan Ilmu Khas memperkenalkan kursus

khas selama setahun bagi guru-guru bimbingan untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling. c. Mulai tahun 1980 juga Universiti Kebangsaan Malaysia memperkenalkan

Kursus Diploma Kaunseling selama dua semester bagi guru-guru bimbingan yang berijazah. d. Mulai tahun 1982 Universiti Pertanian Malaysia mula memperkenalkan

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling selama 4 tahun . Keutamaan diberi kepada guru-guru yang mempunyai Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kauseling serta berpengalaman mengajar selama 5 tahun. e. Mulai tahun 1982 juga , Bahagian Pendidikan guru mula memperkenalkan

Kursus Dalan Cuti(KDC) bagi guru-guru bimbingan selama 7 atau 8 minggu semasa cuti penggal persekolahan. Beberapa pusat KDC telah diwujudkan bagi menjayakan rancangan tersebut. f. Mulai tahun 1984, Maktab Perguruan Ilmu Khas mula meperkenalkan kursus

khas selama 6 bulan bagi guru-guru bimbingan yang sudah menghadiri kursus KDC dan lulus pangkat cemerlang untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingandan Kaunseling. g. Mulai tahun 1987 Institut Peguruan Sultan Idris Tanjung Malim memulakan

KUrsus Diploma Bimbingan dan Kaunseling setahun bagi guru-guru bukan siswazah.

h.

Mulai tahun 1988, kursus Kejurulatihan Program Pembimbing Rakan

Sebaya dimulakan oleh Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Kursus ini ialah selama tiga bulan termasuk praktikum. i. Mulai tahun 1989 kursus Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling,

Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur dipindahkan ke Institut Perguruan Darul Aman, Jitra Kedah.

BIDANG

TUGAS

GURU

DALAM

PERKHIDMATAN

BIMBINGAN

DAN

KAUNSELIN Tugas-tugas yang dijalankan adalah berdasarkan kepada 10 jenis khidmat utama program bimbingan yang dijalankan di sekolah. Penerangan tugas yang disenaraikan seperti yang berikut ini bukan mengikut keutamaan. Keutamaan tugas bergantung kepada keadaan dan keperluan pelajar, sekolah dan komuniti di mana program bimbingan itu diadakan.

Tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling 1. Inventori Individu Dan Rekod a. Mengendalikan fail bimbingan untuk setiap orang pelajar b. Bertanggung jawab mengumpul dan merekodkan butiran-butiran berkait dengan penilaian dan pentafsiran minat pelajar. c. Mengawas perangkaan dan corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk tujuan kaunseling. d. Menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod pelajar. e. Memberi maklumat objektif mengenai pencapaian, kemajuan dan prestasi pembelajaran pelajar bermasalah untuk tujuan pemulihan.

f. Menjalankan dan memberi pentafsiran atau kaji selidik yang difikirkan perlu atau berguna untuk membantu perkembangan diri pelajar. 2. Perkhidmatan Pengumpulan dan Memberi Maklumat. a. Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional, latihan dan pelajaran kepada pelajar, misalnya, melalui risalah-risalah, buku-buku kecil, poster, hari kerjaya, pameran kerjaya dan buletin sekolah. b. Menambah dan mengemaskinikan fail-fail maklumat kerjaya, peluang latihan, pelajaran, sosial dan peribadi. c. Memberi maklumat dan penerangan tentang pentingnya mengisi borang permohonan dengan tepat. d. Mengelola lawatan terancang kerjaya atau pelajaran ke kilang perusahaan atau tempat pekerjaan lain. e. Memberi maklumat mengenai kerjaya dan lain-lain pertolongan yang diperlukan oleh guru-guru dan anggota masyarakat. f. Menyebar maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah, AIDS, bahaya merokok dan inhalen.

3. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kelompok a. Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang boleh menggalakkan perkembangan konsep kendiri, vokasional, kognitif-afektif, psikososial, fizikal-seksual dan moral agama pelajar. b. Mengadakan bimbingan dan kaunseling kelompok atau bimbingan dan kaunseling tunjuk ajar mengenai sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu kelompok tertentu, misalnya masalah disiplin, masalah peribadi, masalah sosial dan lain-lain topik seperti yang dicadangkan oleh pelajarpelajar dari semasa ke semasa.

c. Membantu pelajar memilih mata pelajaran elektif untuk peperiksaan, SPM, SPMV dan STPM. d. Menubuh dan melatih pasukan Pembimbing Rakan Sebaya dan menyelia aktiviti mereka. 4. Perkhidmatan Kaunseling a. Kaunseling dengan pelajar secara individu atau kelompok mengenai: Pencapaian akademik yang tidak memuaskan. Rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang lain. Kerjaya, pelajaran dan peribadi. Tidak turut serta dalam aktiviti ko-kurikulum. Masalah disiplin seperti ponteng, budaya peleseran, mrokok, bertumbuk dan menggunakan dadah dan bahan inhalen. b. Kaunseling keluarga. Ini boleh diadakan jika perlu dan jika guru kaunseling boleh mengendalikannya. c. Kaunseling tunjuk ajar -- Guru bimbingan dan kaunseling mengadakan kelas untuk mengajar perkara-perkara berkait dengan penilaian kendiri, penjelasan nilai, kemahiran-kemahiran berkomunikasi, menghadapi masalah, membuat keputusan dan menghindar diri dari tercebur dalam penggunaan dadah dan inhalen. 5. Perkhidmatan Mencegah Penggunaan Dadah dan Inhalen a. Mengadakan bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau kaunseling tunjuk ajar dalam menanam dan memupuk sikap dan memberi nilai membenci dadah dan inhalen. b. Memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan bantuan pemulihan dan rawatan.

c. Membuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada kementerian atau jabatan Pendidikan Negeri tentang program pencegahan dadah diperingkat sekolah. 6. Perkhidmatan Konsultasi dan Rujukan a. Membantu bekas pelajar sekolah berkenaan dalam hal berkait dengan soal peribadi, kerjaya, pelajaran dan sebagainya apabila diminta. b. Membantu pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan mendalam mengenai program bimbingan di sekolah. c. Membantu ibu bapa atau penjaga dalam hal berkait dengan kebajikan pelajar. d. Berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan bimbingan di sekolah. e. Merancang bersama dengan guru-guru tentang cara yang paling berkesan sekali untuk mengawasi kemajuan pelajar. f. Mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes seperti penagihan dadah kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor, pakar kanak-kanak, pakar jiwa, pegawai kebajikan dan sebagainya.

7. Perkhidmatan Penyelarasan Resos a. Penyelaras bagi aktiviti-aktiviti berhubung dengan kebajikan pelajar di antara sekolah dengan agensi lain. b. Menjadi punca rujukan dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum. c. Penyelaras bagi penglibatan majikan, agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah. d. Merancang dan menjadi penyelaras dalam usaha untuk memperkenalkan lagi aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi-agensi dan komuniti setempat.

8. Perkhidmatan Konferens Dengan Ibu Bapa a. Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama

mengawasi kemajuan pelajar terutamanya dalam pelajaran. b. Mengubungi ibu bapa atau penjaga apabila kemajuan pelajar tidak memuaskan. c. Menjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa pelajar baru. d. Bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga dalam mewujudkan disiplin di kalangan pelajar. e. Mengadakan kaunseling keluarga jika dikenal pasti bahawa masalah yang dihadapi pelajar berpunca daripada keluarga. 9. Sistem Fail, Rekod dan Dokumentasi a. Sebagai urusetia kepada jawatankuasa penyelaras aktiviti bimbingan dan kaunseling, seorang guru bimbingan dan kaunseling juga hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran di bilik bimbingan dan kaunseling, mengadakan sistem fail, menyimpan rekod, perhubungan awam, surat menyurat, pengelolaan unit bimbingan, pengendalian bahan bercetak, penyediaan laporan aktiviti dan tugas lain yang diarah oleh jawatankuasa Penyelaras Aktiviti, Pengetua, Pegawai Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian.

Вам также может понравиться