Вы находитесь на странице: 1из 14

Nama : __________________________________ ____________ 011 Bahasa Melayu Kertas 1 2013 50 minit

Tarikh

BAHASA MELAYU Kertas 1 Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. 2. 3. 4. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 15 halaman bercetak

PanitiaBMSKNP Soalan 1 19 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1. Adam ___________ dua baldi air yang diambil dari sungai berhampiran. A menadah B menakung C menjunjung D menjinjing

2. Raja Muda Perak telah disandingkan di atas singgahsana yang cantik dan menarik semasa perkahwinan ______________. A dia B beta C beliau D baginda

3. Angela sedang ___________ di hospital kerana dia menghidapi demam panas. A dijaga B dipelihara C dirawat D dipelihara

4. ______________ Layang-layang Sedunia telah dijadikan acara tahunan dalam kalendar perlancongan Daerah Kapit.

A Permainan B Teater

Pesta

D Perayaan

5. Beberapa orang penunggang motosikal telah ditahan oleh pihak polis kerana telah terlibat dengan ____________ haram. A pertandingan B perlumbaan C D perlawanan perhimpunan

6. Impian Suzana untuk melanjutkan pelajarannya ke menara gading akhirnya __________ juga. A tertunai B termakbul C terlaksana

D tergapai

7. Grace terlewat sampai ke tempat kerja kerana tayar motosikalnya ___________ terkena paku. A pancit B kembung C D leper buncit

8. Marisa membaca buku ___________ menunggu ibunya datang menjemputnya pulang ke rumah. A setelah B sewaktu C sementara D sesudah

9. Siti Nurlaila telah menjemput saya ____________ majlis perkahwinannya pada minggu hadapan. A ke B kepada C di D dari

10. Pihak sekolah tidak membenarkan peniaga berniaga di ________ sekolah. A belakang B sudut C hadapan D penjuru

11. Pengemis itu dihalau oleh pemilik restoran tersebut kerana _______________ para pelanggannya. A B gangguan pengganggu C D terganggu mengganggu

12. Sungai Rajang telah _____________ sampah sarap oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. A cemar B cemari C D dicemari pencemaran

13. Adik menggunakan _____________nya untuk membalut lututnya yang luka akibat terjatuh. A tuala mandi B kain batik C sapu tangan

D kain tudung

14. Berbasikal secara ____________ akan mengundang bahaya kepada kita. A berhati-hati B berduyun-duyun C berpusu-pusu

D bersaing-saing

15. Syafiq muntah-muntah dan wajahnya ___________ akibat keracunan makanan. A hitam-legam B kusut-masai C pucat-lesi D lemah-longlai

16. Se_____________ gajah liar telah merosakkan pokok pisang di kebun Pak Noen. A B 17. gerombolan pasukan C D kawan angkatan

Pada musim menuai, petani meletakkan _________________ di tengah sawah untuk menghalau _______________. A C jaring- jaring reriang orang- orang beburung B D para- para pepatung bayang-bayang tetikus

18. Jika kita bersikap seperti ______________ kawan-kawan akan turut tidak mahu membantu kita. A B tangkai jering mata petai C D telinga lintah buta hati

19. Firdaus hidup dalam kemewahan dan mendapat kasih sayang yang sepenuhnya. Dia juga dilayan bagaikan __________________. A B gunting dalam lipatan menatang minyak yang penuh C D mendukung biawak hidup pinang dibelah dua

20. Alif terlelap di sofa sekembalinya dari tempat kerja. Pilih perkataan berlawanan bagi terlelap. A B terjaga terlena C D terkejut tersentak

21. Wagani membaling batu ke arah seekor angsa yang mahu mengejarnya. Pilih perkataan seerti bagi membaling. A membuang C melontar B mengambil D melantun

Soalan 22 23 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

22. I II

Adik dirawat sebagai pesakit luar di hospital kerana mengalami demam panas. Pendatang-pendatang luar itu telah ditangkap oleh pihak berkuasa dalam operasi secara besar-besaran.

III

Abang saya akan melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara.

IV

Penduduk luar bandar sering kali dianggap ketinggalan zaman dan berfikiran kolot.

A B

I dan III sahaja III dan IV sahaja

C D

I,II dan IV sahaja I,III dan IV sahaja

23. I

Buah mempelam itu telah masak ranum.

II

Kami sudah masak benar dengan perangainya yang panas baran.

III Masak ibu memang sedap dan sukar ditandingi oleh kami. IV Pastikan kita minum air yang telah dimasak.

A B

I dan III sahaja III dan IV sahaja

C D

I,II dan III sahaja I,II dan IV sahaja

24. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah. Mayat mangsa pembunuhan kejam itu dihantar ke hospital untuk dibedah siasat. A B C D Bilakah kejadian pembunuhan itu berlaku? Di manakah kejadian pembunuhan itu berlaku? Ke manakah mayat mangsa pembunuhan kejam itu dihantar? Siapakah yang terlibat melakukan pembunuhan kejam itu?

25. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah. Bilakah Peperiksaan Akhir Tahun akan diadakan? A Akhir tahun ini peperiksaan akan ditetapkan. B Peperiksaan Akhir Tahun akan ditunda sehingga akhir bulan. C Peperiksaan Akhir Tahun akan diadakan pada minggu hadapan. D Semua murid perlu menduduki Peperiksaan Akhir Tahun. Soalan 26 27 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

26. Encik Robert dan keluarganya sedang mengemaskan barang-barang kerana mereka akan berpindah ke rumah baharu. A Encik Robert menyuruh keluarganya mengemaskan barang-barang mereka.

B C D

Mereka sibuk mengemaskan barang-barang Encik Robert kerana mereka akan berpindah. Barang-barang sibuk mengemaskan Encik Robert dan keluarganya untuk berpindah ke rumah baharu. Keluarga Encik Robert akan berpindah ke rumah baharu, oleh itu mereka sibuk mengemas barang-barang.

27. Ayah pergi ke kedai untuk membeli barang-barang dapur yang dipesan oleh ibu. A B C D Ibu memesan barang-barang keperluan dapur kepada ayah. Ayah membeli barang-barang dapur yang dipesan oleh ibu di kedai. Ibu membeli barang-barang di kedai yang dipesan oleh ayah. Ibu berpesan kepada ayah supaya membeli barang-barang keperluan dapur.

Soalan 28 30 Pilih ayat yang betul.

28. A B C

Semua ayam-ayam peliharaannya ditempatkan di dalam reban. Kesungguhannya belajar membuahkan hasil cemerlang Kemalangan jalan raya yang berlaku adalah disebabkan oleh kecuaian para pemandu.

Ayahnya masih rawat di hospital kerana diserang sakit jantung.

29.

I II III IV

Air itu diambil dari telaga. Laporan mesyuarat itu telah diserahkan kepada guru besar. Kebakaran di rumah itu berpunca daripada sepuntung lilin. Di waktu senja, jalan menuju ke kampung itu masih sibuk.

A I dan II B II dan IV

C I dan III D III dan IV

30. I Joshua dan Francis memanjat pokok rambutan. II Adik menangis bila anak patungnya hilang. III Kasut yang berjenama itu diperbuat daripada kulit. IV Kakak telah membeli enam biji sudu kristal di Nilai 3. A I dan II B I dan III C II dan III D II dan IV

Soalan 31 35 Baca petikan e-mel di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Daripada : Surianiisa@gmail.com Kepada : Yusriman@yahoo.com Perkara : Persediaan Menghadapi UPSR Kepada sahabatku yang berada di Lahad datu, Sabah. Apa khabar? Semoga saudara sekeluarga sihat sejahtera. Bagaimanakah persiapan saudara untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal menjelang pada September nanti? Untuk pengetahuan saudara, saya telah membuat beberapa persediaan untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Saudara, Antara persediaan yang saya lakukan termasuklah mengulangkaji pelajaran pada waktu malam. Saya mula membuat persediaan tersebut sejak dua bulan yang lalu. Saya belajar dari pukul 8.00 malam hingga pukul 9.00 malam pada setiap hari berdasarkan jadual yang disediakan. Semasa belajar di dalam kelas pula, saya akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru. Sekiranya ada perkara

yang tidak saya fahami, saya akan segera bertanya kepada guru supaya tidak ketinggalan. Saya mengikuti kelas tuisyen dua kali seminggu pada hujung minggu juga. Saya amat berterima kasih kepada ibu dan ayah yang banyak melabur demi memastikan kejayaa saya. Saya berazam akan belajar dengan sungguh-sungguh demi memenuhi harapan mereka. Selain itu, jika berkelapangan saya akan berkunjung ke perpustakaan awam untuk meminjam buku-buku rujkan tambahan. Kadang-kadang, saya akan berbincang dengan rakan-rakan mengenai topic-topik yang agak sukar difahami. Akhir sekali, saya tidak lupa untuk memanjatkan doa setiap kali selepas solat agar hati saya tenang dan mudah memahami pelajaran. Demikianlah antara persediaan saya yntuk menghadapi peperiksaan UPSR. Semoga kita sama-sama dapat menjawab soalan dengan mudah dalam peperiksaan nanti. Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan buat kali ini. Akhir sekali, sambutlah salam mesra daripada saya buat saudara. Surianisa Bolhi, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. 31 Peruntukan masa yang digunakan oleh penulis dalam seminggu untuk mengulang kaji pelajaran di rumah ialah sebanyak A B C D tiga jam lima jam enam jam tujuh jam

32 Penerima e-mel tinggal di .. A Kapit, Sarawak. B Lahad Datu, Sabah. C Sabak Bernam, Selangor. D Bukit Bintang, Kuala Lumpur. 33 Jika penulis tidak memahami sesuatu topik, penulis akan. A bertanya dengan guru yang mengajar B meminjam buku rujukan di perpustakaan C menumpukan perhatian terhadap pengajaran

D berbincang dengan rakan dalam kumpulan tertentu 34 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan e-mel tersebut. A Rakan penulis ialah teman sekelasnya B Penerima e-mel merupakan calon UPSR. C Bersolat dan berdoa adalah antara amalan penulis D Penulis berusaha dengan tekun untuk mencapai kejayaan dalam UPSR.

35 Rangkai kata menumpukan sepenuh perhatian dalam petikan bermaksud A rajin B fokus C yakin D bersemangat

Soalan 36-40 Baca pengumuman berikutnya. di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang

BULAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN NEGARA TAHUN 2013 Anjuran Kelab Setia, Sekolah Kebangsaan Nuri, Johol, Negeri Sembilan Darul Khusus. PERTANDINGAN MENDEKLAMASI SAJAK Terbuka kepada semua murid Tahun 4, 5 dan 6 Tarikh : 17 Ogos 2013(Sabtu) Tempat : Bilik Tayangan, Sekolah Kebangsaan Nuri, Masa : 2.30 petang.

Syarat-syarat Pertandingan

1. Sajak mestilah yang dicipta sendiri. 2. Sajak mestilah bertemakan Semanagat Cinta akan Tanah Air 3. Penyertaan secara individu sahaja. Hadiah 1.Wang tunai kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga. 2.Johan akan mendeklamasikan saja di perhimpunan khas sekolah sempena sambutan Hari Kebangsaan. 3. Johan dan Naib Johan akan mewakili sekolah ke pertandingan peringkat daerah. Pelajar yang berminat menyertai pertandingan ini boleh mendapatkan borang penyertaan daripada Nora Shamsuddin (Kelas 6 Waja). Borang penyertaan hendaklah dihantar kepada Puan Jasmin pada 8 Ogos 2013 sebelum pukul 12.30 tengah hari.

36 Ganjaran yang akan diterima oleh johan pertandingan tersebut ialah A Mewakili daerah dalam pertandingan mendeklamasikan sajak B Dilantik menjadi Ketua Pengawas C Hadiah dalam bentuk wang tunai D Mendeklamasikan sajak dalam perhimpunan 37 Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk A menggilap bakat di kalangan murid B menyambut Bulan Kemerdekaan Negara C mencari murid yang akan mewakili sekolah D melatih murid menyampaikan sajak dengan baik 38 Semua murid berikut dibenarkan menyertai pertandingan tersebut kecuali A Mona Lisa dari kelas 3 Jingga B Karim dari kelas 4 Kuning C Jatim dari kelas 5 Ungu D Suwaibah dari kelas 6 Merah 39 Antara berikut, judul sajak yang manakah tidak boleh menyertai pertandingan di atas ? A Negaraku yang Tercinta B Pahlawan Kemerdekaan C Cintailah Bahasa Kebangsaan D Menghayati Erti Kemerdekaan 40 Siapakah yang bertanggungjawab pertandingan tersebut? A Puan Jasmin BNora Shamsuddin C Setiausaha Kelab Hari Kebangsaan D Pengerusi Kelab Setia Kemerdekaan mengedarkan borang penyertaan

SOALAN TAMAT

Вам также может понравиться