Вы находитесь на странице: 1из 8

Ringkasan artikel.

KONFLIK ISRAEL-PALESTIN (SIMONA SHARONI DAN MOHAMED ABU-NIMER)

Konflik Israel-palestin merupakan satu dimensi yang telah berada di dalam nadi politik timur tengah semenjak awal abad ke 20 lagi. Konflik ini berlaku berkisarkan pelbagai aspek politik. Konflik ini juga merupakan antara konflik yang menjadi tumpuan para sarjana akedemik. Hal ini juga merupakan suatu yang sangat kompleks dan rumit untuk dimengertikan oleh orang awam. Penulisan ini dihasilkan bagi memahami konflik Israel-palestin ini. Menariknya, penulisan ini di karang oleh dua orang sarjana yang mempunyai dua dekad pengalaman di dalam mengkaji tentang konflik ini.

Seringkali media mendedahkan tentang simetri yang palsu tentang konflik Israel-palestin ini. Kebiasaanya ianya didedahkan tentang dua kuasa yang bersaing untuk menuntut diatas satu wilayah yang sama. dari dahulu sehingga kini ianya Seperti suatu tafsiran yang kabur tentang hubungan kuasa diantara yahudi Israel dan palestin. Penulis menekan kan bahagian ini bukanlah untuk memihak kepada mana-mana bahagian akan tetapi, penulis berpendapat bahawa kejayaan sesebuah kuasa didalam konflik ini terletak kepada kekukuhan struktur dan kebolehan skop pengurusan untuk menyelesaikan hubungan kuasa ini.

Berbalik kepada pengakhiran penulisan ini akan berkisarkan tentang resolusi konflik ini bagi kedua-dua pihak berdasarkan kepada pengalaman penulis sendiri, seterusnya akan diteliti semua peristiwa yang telah menjadi titik permulaan di dalam sejarah konflik Israel-palestin ini. Pada permulaan akan dinyatakan secara jelas tentang kedua-dua parti yang terlibat iaitu yahudi Israel dan palestin. Kemudian akan diikuti dengan peristiwa yang menjadi pekara utama konflik ini dan akhir sekali ialah akan dinyatakan tentang peristiwa dahulu dan masa kini yang akan dikenalpasti dan di dalami bagi menyelesaikan konflik ini.

PARTI: Palestin dan yahudi Israel. Konflik israel palestin ini telah terbentuk di dalam kehidupan mereka sekurangkurangnya untuk tiga generasi. Kewujudan mereka ini dianggap sebagai sesuatu yang tidak dapat dipisahhkan dengan pembangunan politik yang berlaku. Konflik ini juga secara tidak langsung telah membentuk dua parti aatau dua pihak yang berlainan dan bertelagah. Dua pihak ini telah sering menjadi tumpuan dunia. Seterusnya terbentuknya Palestinian National Authority (PNA) manakala, pihak yahudi pula lebih dikenali sebagai israel dan Zionis.\

PALESTINIANS Palestinian merujuk kepada sesiapa yang menetap di tanah atau wilayah palestin dan memegang kerakyatan palestin termasuklah diaspora iaitu, penempatan-penempatan orang yahudi yang bukan di dalam komuniti mereka. (PLO) iaitu The palestin Liberation Organization telah bergerak sebagai satu pusat politik yang memperkukuhkan identity masyarakat palestin secara kolektif. Selain itu, apa yang perlu ditekankan disini ialah, tidak semua palestin adalah muslim. Namun begitu, pada awal pembangunan palestin memperlihatkan gerakan berterusan islam telah berlangsung didalam arena politik dan masyarakat palestin. Pada pertengahan 1900 palestin mengalami pengehadan dalam banyak aspek. Hal ini telah menyebabkan masyarakat palestin bersabar dan hanya menuruti keadaan yang berlaku disamping kegagalan dalam proses keamanan.

ISRAELIS Israelis adalah orang yang telah tinggal dan menetap di kawasan israel dan memegang status kerakyatan israel. Namun begitu di dalam penulisan konflik ini llebih ditekankan kepada israel yahudi atau yahudi yang menetap di israel. Didalam bidang politik terdapat dua aspek yang menjadi keutamaan iaitu mobilisasi masyarakat yahudi yang berpindah ke palestin dan keduanya

ialah penubuhan penempatan orang yahudi di palestin. Namun begitu, ianya bukanlah hanya tertakluk kepada yahudi dan bukan yahudi sahaja malahan ia juga melibatkan tentang etnik lain yang terdapat didalam populasi israel. Mereka mewakili kepada ketua-ketua kaum dan menubuhkan parti-parti kecil di dalam politik israel.contoh yang dapat di nyatakan ialah parti labor dan likud.

SEKATAN KE ATAS PALESTIN DAN ZIONIST MODEN. Pekara utama yang menjadi titik tolak kepada konflik termasuklah munculnya zionis pada permulaan perpindahan yahudi dan penyelesaian palestin pada tahun 1880. Kemunculan zionis pada abad ini telah menyebabkan eropah memberi respon untuk menaikkan semangat nasionalisme dan anti-semitisme. Namun begitu, bagi palestin dan kebanyakkan yang lain pula memandang pergerakan masuk zionis ini sebagai sesuatu ideology yang eksklusif satu pembohongan di bawah pergerakan koloni yang bertanggungjawab di dalam perampasan dan eksploitasi daripada penduduk peribumi.

Penafsiran yang berbeza tentang punca utama di dalam pembohongan palestin dan yahudi ini tidak hanya pada perbezaan pandangan kedua belah pihak sahaja malahan ianya berbalik kepada konflik sebenar. Berdasarkan kepada pandangan pihak yahudi, ialah memastikan

kembalinya orang yahudi ke tanah israel, sepertimana yang telah dijanjikan oleh tuhan mereka melalui Abraham. Namun begitu, pada pendapat palestin pula, konflik yang berlaku diantara palestin dan israel adalah satu fenomena baru yang bukannya asli daripada kitab injil, tetapi ianya hanyalah ideology zionis semata-mata dan ianya juga hanya dasar yang menggalakkan penjajahan di palestin dan penduduk diseluruh dunia yang lain.

Banyak pihak yang menganggap bahawa Palestine ialah tanah yang tiada penduduk dan penduduk yang tiada tanah. sepertimana yang telah disuarakan oleh Zionist bahawa penduduk ini mempunyai penduduk asal yang mencari kemerdekaan semenjak pemerintahan uthman lagi. Selain itu, sejak awal lagi telah diketahui bahawa palestin sentiasa berada di posisi yang

menguntungkan. Berikutan daripada pergolakan yang berlaku diantara zionis dan Palestinian telah mengundang kepada berlakunya konfrantasi kekerasan. Hal ini telah menyebabkan

penglibatan banyak pihak bagi menghentikan pergolakan yang berlaku. Namun begitu, hal ini berterusan sehingga perang dunia kedua. Dimana, berlakunya pembunuhan beramai-ramai oleh pihak nazi. Seterusnya, berlakunya pembahagian tanah Palestine melalui united nation 181. Namun begitu, pada pandangan masyarakat Palestine, pembahagian ini adalah pembahagian yang haram iaitu tidak rasmi dan diiktiraf. Berdasarkan daripada sejarah palestin dan israel juga, mereka lebih memilih untuk berperang. Yahudi merujuk perang adalah kebesan dan tanda memenuhi aspirasi nasional mereka terhadap negaranya iaitu israel. Rentetan daripada peristiwa ini menyebabkan palestin terjejas teruk dalam pelbagai aspek social, ekonomi dan politik.

KONFLIK ANTARABANGSA. Di dalam catatan pergolakkan daripada tahun kemunculan israel, kebiasaanya dibahagikan kepada tiga peringkat. Kesukaran dalam menguruskan wilayah dan kelemahan pemimpin politik telah memaksa mereka untuk menumpang di Negara jiran iaitu arab Saudi.dalam masa yang sama ketika palestin dibahagikan mengikut kawasan yahudi, yahudi mula membangunkan penempatan yang bercorakkan barat ditengah-tengah tanah arab.

Pada perang tahun 1967, atau lebih dikenali sebagai the six day war, juga merupakan antara titik tolak kepada konflik ini. Ianya secara dramatic telah mengubah peta timur tengah di asia barat. Israel telah telah berperang membela diri menegaskan untuk menduduki wilayah ini dengan mengemukakan bukti2 dan alasan mereka. Namun begitu, menjelang 19 june, wilayahwilayah berkenaan telah mula di kembaikan kepada kedudukan asalnya. Di dalam six days war ini, yahudi menyelesaikan konstruksi dengan menegaskan perjuangan terhadap peranng ini selama enam bulan dan menerima sokongan daripada pihak kerajaan.

Perang 1972 juga merupakan salah satu daripada penyebab berlakunya sejarah konflik diantara palestin dan israel. Perang terakhir ini memberi kesan kepada israel dan pejuang arab.

Perang ini teah dilancarkan oleh Egypt dan Syria. Namun begitu atas bantuan military daripada pihak amerika syarikat, perang ini berpihak kepada israel. Akibbatnya bagi pengakhiran bagi perang 1967 ini lebih-lebih lagi selepas perang 1973, palestin mencari kemerdekaan mereka melalui perlawanan pembanguanan bagi ketua pemimpin dari PLO. Pemilihan Yasser Arafat sebagai ketua organisasi ini pada tahun 1969 telah muncul sebagai satu individu yang penting di dalam gerakan membela diri dan wilayah palestin. Pada waktu ini, palestin mula bergerak untuk menuntut kemerdekaan daripada kebanyakkan badan antarabangsa termasuklah UN dan organisasi yang berkaitan dengannya.

Perang sivil 1970 di Jordan yang sering diwartakan dengan kekejaman konfrantasi diantara palestin dan regim Jordan. Adalah sesuatu yang melemahkan gerakan palstin dalam usaha menguatkan gerakan kebangsaan diluar kawasan palestin. Berlakunya peristiwa berdarah dimana, perang ini sangat menjejaskan keadaan di Jordan dengan berlakunya pembunuhan ribuan rakyat palestin dan Jordan. Hal ini telah mengeruhkan hubungan antara pemimpin palestin dan regim Jordan. Hal ini juga telah menghancurkan infrasturktur military dan politik yang telah memperkenalkan PLO di Jordan. rentetan daripada peristiwa ini, PLO mula bertapak di lubnan. Dalam masa yang sama pergerakan palestin ini telah mula berkembang. Ia memperkukuhkan lagi organisasai ini dan telah berkesan kepada west bank. Akan tetapi kehadiran likud di dalam kuasa 1977, israel mula bergerak kearah golongan yang maju tetapi mudah di kawal.

Berdasarkan kepada kemenangan yang tidak terduga oleh parti luar sayap kanan iaitu parti likud pada tahun 1977 telah membawa kepada penyebab konflik sementara arab-israel. Beberapa bulan selepa likud berkuasa, pemimpin egypt terkejut dengan kerajaan israel. Sepertimana yang lainnya dunia arab dan penduduk antarabangsa apabila beliau datang pertama kali ke arab untuk mengunjung jurusalem. Terdapat juga beberapa peristiwa yang berkait dan munculnya gerakan secara aman di dalam konflik ini. Dan aman kini telah tercapai meskipun ianya tidak cukup untuk menjamin pembangunan, nsmun israel dan Egypt telah menandatangani keamanan secara rasmi.

Camp David Accord telah dilihat sebagai satu signifikasi di dalam sejarah konflik palestin-israel kerana bermasalah dari segi peradaban di mana telah di maklumkan bahawa dimensi palestin daripada konflik arab-israel. Hal ini kerana munculnya amerika syarikat yang mengakui dirinya adalah pengasas keamanan sedangkan amerika syarikat yang telah bersekongkol dengan israel dan member sokongan dan bantuan dalam pelbagai aspek. Camp Accord ini juga memperkenalkan suatu kertas kerja yang telah di kemukan iaitu a framework for peace in the middle east namun begitu, formulasi yang diberikan adalah kabur dan gagal menyatakan bahawa PLO sebagai wakil rakyat palestin yang rasmi dan perunding parti. Seccara jelasnya, Dokumen ini sememangya memprovokasikan reaksi negative palestin. Camp David Accord secara keseluruhannya memberikan banyak kesan negative kepada banyak pihak termasuklah israel itu sendiri. Pada ketika ini, economi palestin berada di dalam nasib israel itu sendiri. Pada masa ini juga, PLO mula membaca isyarat di sebalik segala agenda yang berlaku.

Invansi israel terhadap lubnan pada tahun 1982 sememangnya meninggalkan kesan yang sangat ketara di dalam konflik israel-palestin. Kerajaan israel bersetuju untuk mengancam kedudukan politik PLO dan ketenteraan yang berasas di lubnan. Namun begitu, usaha israel bukan sahaja gagal malahan telah mengalami kerumitan kerana palestin mempunyai sokongan yang kuat daripada Negara arab. Hal ini telah memalukan pihak kerajaan israel dan telah menjadi peristiwa perang yang paling kontroversi. Secara rasminya, matlamat israel adaalah untuk mengusir penapakan tentera palestin keluar dari kawasan utara Galilee dan juga ingin menyingkirkan politik dan ketenteraan PLO. Pada tahun 1982, berikutan daripada pembunuhan besyir Gemayel, presiden baru lubnan telah kembali ke Beirut dan melawat keseluruh tempat yang menjadi mangse keadaan kepada konflik ini, sememangnya sangat menyedihkan apabila terdapat ribuan wanita dan kanak-kanak yang terbunuh, ribuan pelarian di kem-kem refugee. Israel yang sering mengeluarkan dasar-dasar keamanan bagi mengukuhkan kebenaran mereka akhirnya telah menjadi persoalan kepada rakyat israel itu sendiri terhadap kerajaan mereka. Pada ketika ini, berlakunya protes dan demostrasi pada semua peringkat umur dan golongan yang menyuarakan anti perang. Rakyat israel telah mendesak kerajaannya untuk mengeluarkan tenteranya keluar dari kawasan lubnan.

PEMBERONTAKAN PALESTIN 1987. Pemberontakan yang menyerlah dan memberi kesan ialah kekalahan pada disember 1987. Apabila kereta kebal tentera dan barisan kereta yang ditumpangi oleh pekerja palestin dan militant yang bertahan di tebing barat dan semenanjung gaza musnah. Peristiwa ini bukanlah satu kemalangan tetapi ianya merupakan lakonan yang telah dirancang oleh pihak israel. Walaupun kemalangan ini seringkali dipandang sebagai permulaan pemberontakan, tetapi ramai penganalisa bersetuju bahawa ianya sebenarnya berpunca daripada tekanan, kesempitan dan penyeksaan yang di alami. Maksud perkataan arab intifada ialah mematikan pergolakan. Bagi penduduk palestin, perkataan ini merupakan symbol bukan hanya tekad untuk menggoncang israel tetapi kekecewaan mereka didalam rela paksa terhadap UN dan USA serta tanah arab dalam penentuan nasib Negara mereka. Mobilisasi yang terjadi di palestin tidak terhad hanya pada ruang lingkupnya sahaja malahan merangkumi bahagian pertubuhan dan semua aspek. Di bahagian lain Palestinian-israel pula, kerajaan israel telah ditangkap secara mengejut kerana mencuba untuk mempengaruhi orang awam untuk melancarkan pemberontakan dan kempen bagi menebus semula maruah israel di mata dunia. Dalam masa yang sama, intifada telah menyebabkan berlakunya pertukaran kuasa hubungan di antara israel dan palestin. Walaupun strateginya tetap sama, iaitu berpihak kepada israel, namun begitu, palestin mempunyai ketinggian moral. Pertama kali dalam sejarah dunia meneggunakan analogi david versus goliath.iaitu, yang tertindas bertekad untuk menang melawan semua rintangan. Akan tetapi, rakyat palestin sedar kehendak untuk memenuhi aspirasi mereka untuk mempertahankan hak sendiri, mereka memerlukan politik, social dan ekonomi sendiri tetapi mereka perlu bergantung kepada keadaan israel. Di dalam hal ini, palestin telah bersetuju atas lima prinsip utama iaitu agrikultur, pendidikan, simpanan makanan, kesihatan dan keselamatan. Melalui lima kommuniti utama ini, rakyat palestin mula melihat masa depan Negara palestin atau sekurang-kurangnya demokrasi sementara yang dapat dikecapi. Pada dua tahun pertama intifada, secara amnya ianya memperlihatkan rakyat palestin sememangya berubah sositif secara drastic. Pembangunan nasional telah memberikan sokongan kepada semangat kesetiaan dan pengorbanan dan berharap diplomatic sentiasa berada di pihak

kebenaran. Dalam masa yang sama, penganalisa turut bersetuju bahawa intifada menjadikan palestin berusaha keras dan memperjuangkan hak daripada pihak palestin di semenanjung gaza dan tebing barat. Pada tahun 1988, Yasser Arafat iaitu presiden PLO tekah mengisytiharkan dua kawasan yang bergolak ini bebas. Bahagian yang palin utama sekali di dalam peristiwa ini adalah kerajaan israel tidak mengendahkan deklarasi 1988. Kerajaannya juga telah diprotest dan di kritik hebat sepertimana peristiwa yang berlaku pada tahun 1982. Pada ketika ini, palestin bergerak secara bebas untuk melakukan pelbagai pekara dalam pembangunan negaranya dibawah pimpinan PLO yang telah Berjaya melalui permberontakan yang telah dijalankan. Namun begitu, meskipun gerakan kearah keamanan semakin menuju kejayaan namun begitu, pada lewat 1990 an konflik palestin-israel telah selesai didalam keadaan yang suram dan sebagai sesuatu isu yang mnjadi perhatian dunia dan dihalakan kepada krisis di Gulf.

Вам также может понравиться