Вы находитесь на странице: 1из 2

KANG KA HENG vs NG MOOI TEE; YEOH AH HOON

Law Reform Act: Sek. 53(1), 54(1), 58(3) (b) FAKTA KES: Pempetisyen (suami) telah mengemukakan suatu petisyen perceraian bertarikh 4/12/1999 atas alasan perkahwinannya dengan responden telah berpecah belah dan dia dapati bahawa dia tidak boleh lagi tinggal dengan responden. Pihak responden telah memfailkan jawapan kepada petisyen tersebut dan menyatakan bahawa punca kepada kepecahbelahan perkahwinan mereka adalah tidak benar. Beliau menegaskan bahawa punca kepada kepecahbelahan tersebut adalah kerana pempetisyen telah menjalinkan hubungan zina dengan Yeon Ah Hoon (YAH) sejak Januari 1999. Pihak responden telah meminda jawapan kepada petisyen tersebut dengan memasukkan YAH sebagai pihak di dalam prosiding dan menuntut kerugian daripadanya. Pempetisyen mengakui mempunyai hubungan penzinaan dengan YAH dan seorang bayi telah lahir hasil perhubungan tersebut pada 14 April 2000. Walau bagaimanapun, pempetisyen menafikan punca kepecahbelahan perkahwinannya adalah kerana hubungannya dengan YAH. Pada hari pendengaran kes, petisyen tersebut telah selesai dan suatu persetujuan telah direkodkan dan hanya tuntutan kerosakan responden ke atas YAH yang perlu diteruskan.

HELD: 1) Suatu dakwaan penzinaan perlu dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati melebihi keraguan munasabah. 2) Mahkamah telah berpuashati melebihi keraguan munasabah bahawa punca kepecahbelahan perkahwinan tersebut adalah disebabkan hubungan penzinaan pempetisyen dengan YAH ketika perkahwinannya dengan responden masih wujud. Oleh itu responden berhak untuk menuntut kerugian daripada YAH.

3) Walaupun responden tidak mengambil inisiatif untuk memfailkan perceraian, tiada bukti yang menyatakan bahawa beliau membenarkan atau menerima perbuatan penzinaa suaminya yang akan menyekat tuntutan kerugiannya. 4) Responden telah mengalami kerugian dari segi kewangan dan berhak untuk kerugian sebagai akibat daripada perbuatan penzinaa YAH dengan suaminya yang telah mengakibatkan kepecahbelahan perkahwinan mereka. 5) Di bawah LRA, kerugian akan diberikan atas prinsip pampasan bukan teladan atau hukuman. Sek 58 (3) (b) LRA memperuntukkan bahawa mahkamah mempunyai budi bicara untuk memberikan apa-apa gantirugi yang difikirkannya patut, walau bagaimanapun ianya tidak boleh melibatkan eleman teladan atau hukuman. 6) Kerugian responden dinilai atas asas RM750 sebulan untuk 27 bulan, iaitu dari Januari 1999 hingga Mac 2000 yang berjumlah RM 20,150.

KEPUTUSAN: Kerugian bernilai RM 20,150 ke atas YAH; pempetisyen bayar kos prosiding.

Вам также может понравиться