Вы находитесь на странице: 1из 15

NAMA NO. MATRIK NO.KP KUMPULAN KOD & M.

PELAJARAN NAMA PENSYARAH

: : : : : :

KHAIRUL NIZA BINTI ISMAIL


IPG/KPT/PPG/2011/SN/W0004/005

740624-08-6206 SAINS 1 WAJ3105 LITERASI NOMBOR EN. ABRAHAM JOSEPH MICHEAL TUGASAN LITERASI NOMBOR

PERKARA

Jawab semua soalan berikut secara ringkas.


1. Berikan definisi penyelesaian masalah?

Penyelesaian masalah ialah mencari penyelesaian masalah yang tiada penyelesaian semerta atau mencari penyelesaian masalah yang sukar diselesaikan atau mengatasi halangan dalam menyelesaikan masalah atau mencari matlamat yang diinginkan dengan menggunakan kaedah yang sesuai.

2. Apakah maksud heuristik? Heuristik ialah satu cara berfikir untuk melihat dan menyelesaikan sesuatu masalah dari pelbagai aspek dengan meneroka konsep matematik untuk menyelesaikannya.

3. Senaraikan langkah-langkah dalam kaedah penyelesaian masalah Polya. Langkah-langkah dalam kaedah penyelesaian masalah Polya adalah seperti berikut: 1. Memahami masalah 2. Merancang strategi 3. Melaksanakan strategi 4. Menyemak semula

4. Apakah ciri-ciri satu masalah yang baik? Ciri-ciri masalah yang baik ialah masalah yang mampu mencabar dan memupuk minat pelajar. Masalah yang diberikan tidaklah terlalu sukar tetapi memberi peluang kepada pelajar menyelesaikannya dengan pelbagai cara. Masalah yang diajukan adalah relevan dengan topik matematik yang diajar disamping berkait rapat dengan pengalaman hidup pelajar itu sendiri.

5. Apakah beza antara masalah rutin dan bukan rutin? Masalah rutin ialah masalah yang hanya memerlukan beberapa prosedur seperti aritmetik untuk mencari penyelesaian manakala masalah bukan rutin pula ialah jika sesuatu masalah itu tidak boleh diselesaikan mengikut kaedah pengiraan biasa. Dengan erti kata lain, masalah bukan rutin ini memerlukan pelajar meneroka cara penyelesaian yang lebih mendalam untuk menyelesaikan masalah tersebut.

6. Senaraikan strategi-strategi yang adalah dalam penyelesaian masalah.


Berikut adalah strategi-strategi yang digunakan : 1. Teka dan uji 2. Mengurus maklumat dalam carta, jadual atau graf 3. Mencari pola 4. Memudahkan masalah 5. Simulasi/ melakonkan 6. Melukis gambarajah 7. Bekerja secara songsang

7. Gunakan strategi melukis gambarajah untuk selesai masalah ini. Empat orang sahabat berlumba-lumba di antara mereka. Matt tamat 7 saat depan Ziggy. Bailey menamatkan 3 saat belakang Sam. Ziggy menamatkan 5 saat belakang Bailey. Apakah susunan kedudukan empat sekawan ini?

Penyelesaian:

7 saat ZIGGY MATT

5 saat ZIGGY BAILEY

2 saat MATT

3 saat BAILEY SAM

ZIGGY

BAILEY

MATT

SAM

1.Matt tamat 7 saat depan Ziggy bermakna Matt mendahului Ziggy 2. Ziggy 5 saat belakang Bailey bermakna Bailey mendahului Ziggy dan di belakang Matt. 3.Bailey menamatkan 3 saat belakang Sam bermakna Sam mendahului Matt, Bailey dan Ziggy.

Jawapan : Tempat pertama SAM, diikuti MATT, BAILEY dan ZIGGY.

8. Perhatikan contoh penyelesaian masalah mengikut kaedah Polya. Gunakan kaedah Polya untuk selesaikan masalah berikut dengan menerangkan secara langkah demi langkah.

Masalah 8
Enam belas (16) pencungkil gigi disusun seperti gambarajah di bawah. Keluarkan hanya empat(4) batang supaya empat (4) segi tiga sama yang kongruen tertinggal.

Penyelesaian :
Pertama : Memahami masalah Bentukkan hanya empat (4) segitiga sama saiznya dengan cuma mengeluarkan empat (4) sahaja pencungkil gigi. Segitiga sama yang dibentuk perlulah segitiga sama saiz yang lengkap (cukup sifatnya).

Kedua : Merancang strategi

Membuat eksperimen dan guna kaedah cubajaya Cuba berulang kali

Ketiga : Melaksanakan strategi 4 batang pencungkil gigi yang perlu dikeluarkan hanya pada bahagian dalam susunan sahaja. Tidak dinyatakan syarat yang menghendakkan 4 segitiga yang terbentuk mesti sama besar tetapi 4 segitiga sama yang kongruen sahaja.

Bentuk yang terhasil ialah:

Keempat : Menyemak semula Soalan dibaca semula Menjawab soalan yang dikemukakan Jawapan yang munasabah

Вам также может понравиться