Вы находитесь на странице: 1из 68

BAB 1 MARDIYAH gementar saat berada di hadapan pintu pejabat yang tertera nama Muhammad Ammar Mukhriz bin

Datuk Zainal. Maklumlah itu adalah pejabat majikan baharunya selepas dia ditukarkan daripada Hotel Mutiara ke Hotel Saga yang merupakan hotel induk kepada Hotel Mutiara. Pertukaran dia diminta oleh Datuk Zainal sendiri kerana setiausaha anak lelakinya sudah berhenti kerja. Sepanjang berkhidmat untuk hotel milik Datuk Zainal, Mardiyah belum pernah lagi melihat wajah anak lelaki Datuk Zainal kerana menurut Soleha kawan sepejabatnya dulu, Ammar memang jarang menguruskan hotel- hotel bawahannya kerana Datuk Zainal ingin Ammar hanya menguruskan Hotel Saga. Hotel terbesar milik keluarga Datuk Zainal. Assalamualaikum salam dihulurkan sebelum tombol pintu dipulas perlahan. Mardiyah menjengukkan sedikit kepala apabila salam bersambut. Masuklah. Pelawa Ammar yang sedang duduk sambil mencatatkan sesuatu di atas kertas. Dengan tenang Mardiyah masuk dan duduk selepas dipelawa oleh tuan punya bilik. Sempat lagi dia memerhatikan keadaan bilik yang kemas dan rapi itu. Nampak cantik. Desis hati Mardiyah. Ainur Mardiyah binti Yasir. Awak setiausaha daripada Hotel Mutiara yang ditukarkan ke sini kan? tanya Ammar sambil memandang tepat pada wajah yang berada di hadapannya. Seorang gadis yang agak sopan pada pandangan Ammar, mungkin sebab gadis itu berbaju kurung dan bertudung. Wajahnya pun Ammar tidak nampak dengan jelas kerana gadis itu menunduk. Ya saya encik. Jawab Mardiyah lantas mendongak. Mardiyah terkedu apabila mata mereka bertentangan buat seketika sebelum Ammar mengalihkan pandangan ke tempat lain. Ternyata apa yang bermain di fikiran Mardiyah dahulu benar- benar salah berkenaan Ammar. Dia membayangkan Ammar seorang yang biasa- biasa mungkin juga boleh diketogerikan sebagai lelaki yang sivik ataupun nerd tetapi ternyata anggapannya salah sama sekali kerana yang berada di hadapannya ialah seorang yang kacak dengan kulitnya yang putih kemerahan dan rambutnya yang hitam keperangan saling tak tumpah seperti anak kacukan. Tetapi Datuk Zainal Melayu sejati. Saya nak tahu apa istimewanya awak sampaikan Datuk Zainal memilih awak untuk menjadi setiausaha saya? Soal Ammar menguji. Mata hazelnya difokuskan pada laman wajah Mardiyah. Bagi pihak Datuk Zainal saya tidak tahu apa istimewanya saya cuma yang saya rasa, saya seorang yang komited dengan kerja saya dan insyaALLAH saya akan setia bila bekerja. Ujar Mardiyah sambil tersenyum menampakkan lesung pipit di sebelah kanan pipinya. Ammar hanya tersenyum mendengar jawapan yang keluar daripada bibir mungil itu. Ternyata gadis yang tampak lembut itu rupanya pintar juga dalam berkata- kata.

Okey saya harap awak akan kotakan apa yang awak cakapkan jangan setakat cakap kosong. Saya nak awak tahu yang saya tak suka pekerja yang malas,lambat dan saya paling tak suka pekerja yang datang lewat ke pejabat. Memandangkan awak dah ada pengalaman, saya tak nak awak cuai bila jadi setiausaha saya kerana saya bukan seperti bos awak yang dulu. Saya harap awak faham. Ujar Ammar panjang lebar. Mardiyah mengangguk. Saya juga seorang yang sentiasa berpegang pada apa yang saya cakapkan tidak kira sama ada encik percaya atau tidak. Balas Mardiyah serius. Baiklah kalau begitu, awak boleh mulakan tugas awak sekarang.

HEY, what the hell! bunyi suara seorang gadis menjerit mengejutkan Ammar yang sedang membayar bil di kaunter tengah hari itu. Dia kenal dengan suara itu. Ya, itu suara Lydia kekasih hatinya. Kenapa agaknya? You ni buta ke tak nampak orang sampai habis baju I ni. Jerit Lydia pada gadis yang berada di hadapannya itu. Dia menguis-nguis baju blausnya yang terkena ais krim yang dipegang oleh gadis bertudung biru itu. Mendidih hatinya melihat wajah cuak gadis itu. Im sorry miss. Saya tak sengaja. Im really sorry. Pinta gadis itu dengan rendah diri. You ingat dengan sorry you tu boleh bersihkan baju I yang you dah kotorkan ke? herdik Lydia lagi tanpa perasaan belas apabila telah memalukan gadis itu di khalyak ramai. Saya tahu saya salah kan. Lydia, kenapa kecoh- kecoh ni? tanya Ammar menghampiri kekasih hatinya yang sedang meruap kepanasan. Sayang you tengoklah apa yang perempuan ini dah buat pada I, dia dah tumpahkan ais krim pada baju I. rengek Lydia pada Ammar yang turut memandang pada kotoran yang melekat pada baju Lydia. Miss, I think you should Ayat Ammar tidak bersambung apabila dia terpandangkan wajah gadis yang dikatakan oleh Lydia sebentar tadi dan ternyata gadis itu juga terkejut memandang ke arahnya. Diya, what are you doing here? tanya Ammar separuh terkejut. Honey, you kenal perempuan ni? Pintas Lydia sebelum sempat Mardiyah menjawab. Yes, shes my secretary. Encik Ammar, saya mintak maaf saya betul- betul tak sengaja tertumpahkan ais krim atas baju cik ni. Tadi saya nak elakkan dari terlanggar budak tu jadi secara tak sengaja ais krim itu tertumpah. Jelas Mardiyah dengan riak yang serba salah. Dia memang tidak sengaja tetapi perempuan yang dikenali sebagai Lydia itu sengaja ingin memperbesarkan masalah.

Awak tak buat salah pada saya tapi pada girlfriend saya and I think you should apologize on her not me. Jawab Ammar sedikit angkuh. Kalau diikutkan hati dia memang tidak mahu masuk campur dalam urusan remeh temeh seperti itu tetapi memandangkan perkara itu telah mengundang kemarahan kekasih hatinya maka dia secara tidak langsung terpaksa masuk campur. Tapi encik..saya dah.. Diya, Im your boss and I said now! Ammar menekankan perkataan now itu agar Mardiyah faham akan maksudnya. Mardiyah memandang ke kiri dan ke kanan. Ramai mata sedang memandang ke arah mereka bertiga. Hati Mardiyah mendongkol marah pada dua makhluk yang hanya mahu memalukannya. Tak guna punya bos ikut sangat cakap girlfriend dia yang demand lebih ni. Aku dah mintak maaf tadi tak cukup lagi ke? Rungut Mardiyah dalam hati. Apa yang awak tunggu lagi tu? nak kena saya ajarkan ke cara mintak maaf. Sinis Ammar sambil disambut dengan gelak dari Lydia yang amat menyakitkan hati. Saya minta maaf Cik Lydia. Ucap Mardiyah. Wajahnya dipalingkan ke tempat lain agar perasaan meluat dia terhadap dua insan ini tidak ketara sangat. Kalau I tak terima maaf you macam mana? soal Lydia seakan mencabar. Belum puas lagi dia membuli setiausaha teman lelakinya itu. Mardiyah menarik nafas panjang. Ini dah lebih. Dah masuk kes buli ni. Korang ingat aku ni lembik sangat ke hah? Tak mengapa Encik Ammar, akan aku buktikan yang aku takkan tunduk pada kerenah korang yang sengaja nak mengenakan aku. Cik Lydia yang camtik jelita, kalau cik tak nak maafkan saya. Ada saya kisah ke? Lantak ciklah yang penting saya dah minta maaf. Banyak pula cekadaknya. Balas Mardiyah berani. Jelas, Ammar terkejut mendengar kata- kata Mardiyah yang boleh tahan bisanya. Berubah kelat muka Lydia. Awak jangan nak kurang ajar Diya. Ammar memberi amaran. Melotot dia memandang wajah ayu milik Mardiyah yang selamba membalas pandangannya. Encik Ammar, kat pejabat encik bolehlah nak memerintah saya tapi ini dah luar waktu pejabat, saya dah minta maaf tapi girlfriend encik ni banyak songeh betul. Tak nak maafkan saya sudah saya tak kisah.Anyway, encik jagalah awek encik yang cantik ni ajarlah dia adabadab sopan sikit. Saya nak balik dulu. Assalamualaikum. Ujar Mardiyah selamba dan tanpa menoleh dia melangkah meninggalkan Ammar dan Lydia yang terkedu. Dalam hati Ammar terselit perasaan sakit hati kerana gadis itu seolah- olah telah mencabar ego lelakinya.

BAB 2

KENAPA dengan kau ni Diya? Aku tengok macam ada yang tak kena je sejak kau balik dari dari kerja tadi. Tanya Quraisya sewaktu Mardiyah melabuhkan duduk di sebelahnya. Mardiyah mengeluh berat. Entah apa yang melanda hatinya saat ini. Dia benar- benar tidak faham akan sikap Ammar yang seolah- olah ingin memusuhinya padahal baharu seminggu dia bekerja di situ. Boleh dikatakan apa yang dilakukan di pejabat itu tidak kena di mata majikkannya. Aku tak fahamlah dengan bos aku tu sejak aku kerja kat situ ada aje yang tak kena pada mata dia. Aku dah buat sebaik mungkin dengan kerja aku tapi dia pandang aku macam tak puas hati. Mungkin sejak aku cari gaduh dengan awek dia minggu lepas dia jadi benci kat aku. Luah Mardiyah. Laa..yang kau cari pasal dengan awek dia kenapa? Mestilah dia bengang. Cuba kau cerita macam mana kau boleh cari pasal dengan awek dia tu? tanya Quraisya seakan berminat dengan cerita Mardiyah. Mardiyah menarik nafas sebelum dia menceritakan kejadian di Restoren KFC minggu lepas. Kejadian yang mungkin menimbulkan sakit hati pada Ammar sehingga dia dilayan sebegitu oleh Ammar. Patutlah bos kau tak puas hati dengan kau dah kau cakap macam tu kat awek dia. Panaslah tu. Ada tak kau minta maaf dengan bos kau lepas kejadian itu? tanya Quraisya lagi. Dia mengelengkan kepala mendengar cerita Mardiyah. Entah apa kena dengan sahabat baiknya itu, dengan kekasih bos sendiri pun boleh cari gaduh. Diya, Diya Aku dah minta maaf banyak sekali masa kejadian, tapi dia banyak songeh sangat. Nak tunjuk lagak depan pakwe kesayangannya tu. Encik Ammar pun satu bukannya nak tegur sikap kurang ajar kekasihnya tu, malah dia turut sama buli aku. Sakit hati aku bila dia malukan aku macam tu. Luah Mardiyah tidak puas hati. Quraisya tersenyum mendengar cerita Mardiyah yang jelas tidak puas hati. Mardiyah yang terkenal dengan sikap lemah lembut boleh cari gaduh dengan teman wanita majikan sendiri. Memang sah ada yang tak kenalah tu. Quraisya dan Mardiyah telah berkawan bertahun lamanya. Segala perangai dan sikap Mardiyah berada di dalam poket Quraisya. Memanglah dia kurang ajar dengan kau, tapi kau tak patut cakap begitu dengan dia tambahan pula dia tu awek bos kau. Itu cari penyakit namanya. Balas Quraisya sambil menepuk peha teman baiknya. Aku peduli apa. Siapa suruh dia kurang ajar sangat dengan aku? Aku bukannya malaikat yang tak ada perasaan marah, aku manusia biasa yang ada rasa malu bila dia malukan aku depan orang ramai macam tu. luah Mardiyah. Okey, okey aku faham. Sebenarnya aku pun geram juga dengar cerita kau tadi. Mentangmentanglah dia cantik dia ingat semua orang akan sukakan dia. Daripada cerita kau, aku dapat agak yang bos kau sayang gila dekat awek dia tu kan? Siapa ek nama dia?tanya Quraisya cuba mengalih topik perbincangan.

Mardiyah mencebikkan bibir. Rambutnya yang panjang disikat dengan jari jemari runcing. Matanya pula difokuskan pada skrin televisyen. Nama dia Lydia Riyana. Memanglah dia cantik, modellah katakan. Model Hotel Saga. Kau tak nampak ke kalau dalam brochure Hotel Saga, muka dialah yang terpempan depan tu. Mungkin sebab kecantikkan dia yang buat Encik Ammar terpikat tapi sejauh mana sayangnya Encik Ammar pada Lydia, itu aku tak tahu. Balas Mardiyah memberi penerangan. Tapi kecantikan jika tak di warnai dengan budi bahasa yang elok tak cantik juga dipandang kan? Habis itu Encik Ammar itu pula macam mana orangnya? tanya Quraisya semakin berminat mendengar cerita tentang kehidupan baharu temannya itu. Mardiyah mengetuk dagunya. Macam mana apa maksud kau? Dari segi rupa dialah. Kau ni buat- buat tak tahu pula. Quraisya menyengih. Rupa dia boleh tahanlah. Ala- ala Lee Min Ho. Selamba Mardiyah menuturkan kata sambil menjeling ke arah Quraisya yang kelihatan telah terlopong. Sedikit lagi mesti ada juruterbang lalat yang terjunam ke dalam mulutnya itu. Dia tahu sahabatnya itu memang kipas mati keras Lee Min Ho sejak menonton cerita Korea Boys Over Flower yang ditayangkan di TV dan seminggu selepas itu, Quraisya sanggup membeli set DVD kerana tergila- gilakan wajah Lee Min Ho yang sememangnya makhluk Tuhan paling kacak. Wow, itu bukan tahap boleh tahan, tapi dah masuk taraf handsome tahap gaban. Untungnya kau Diya, dapat bos kacak macam tu. Kau tak cuba kenyit- kenyit kat dia ke? seloroh Quraisya. Kau gila? Aku bukan terdesak sangat sampai nak kenyit- kenyit mata bagai. Lagipun aku tak minat lelaki yang muka canggih sangat macam Encik Ammar tu. kalau boleh aku nak muka Melayu sejati macam Fizz Fairus ke, Aaron Aziz ke Amboi selera besar nak yang handsome- handsome juga. Lastly, Encik Ammar juga yang jadi laki kau baru haru- biru hidup kau. Tempelak Quraisya mematikan angan- angan Mardiyah untuk berdampingan dengan lelaki- lelaki kacak. Mati terus senyuman Mardiyah apabila nama majikannya di sebut. Eh, tolong sikit ek, minta selisih semua malaikat. Aku tak nak dan tak ingin dengan Encik Ammar tu. Tak ada dalam senarai tau Balas Mardiyah tidak mahu mengalah. Ya ke? Jangan cinta bilang benci, jangan sayang bilang marah sempat lagi Quraisya menyanyikan lagu Radja tetapi liriknya diterbalikkan. Memang hancur jadinya. Banyak kau punya bilang. Orang dah tak bilang sekarang, semuanya guna kalkulatorlah. Balas Mardiyah disambut dengan ketawa Quraisya yang berdekah- dekah. Kalahkan Cik Ponti saja

MARDIYAH menggaruakan kepalanya yang dilitupi tudung berwarna jingga. Dia pelik apabila melihat sejambak bunga ros berwarna merah berada di atas meja kerjanya. Puas di pandang ke kiri dan ke kanan mencari kelibat orang yang meletakkan bunga itu tetapi hampa. Semua orang sibuk dengan kerja masing- masing. Dia menarik sekeping kad yang terselit di celah bunga itu. Cantik tulisan tangan itu. Hai siaplah punya gerangan yang sanggup berhabis duit kasi aku bunga yang cantik ni. Desis hati Mardiyah. Kepada Ainur Mardiyah, Cantiknya nama awak secantik wajah awak. Sejak pertama kali saya melihat awak, hidup saya jadi tidak tenteram. Senyuman yang awak lemparkan amat menikam kalbu. Jika awak sudi, izinkan saya untuk mengenali diri awak dengan lebih mendalam lagi.

Daripada Yang ikhlas terhadap mu. Tiba- tiba kedengaran suara tawa Mardiyah yang meletus di kala waktu pejabat sedang sunyi. Semua kakitangan tercengang- cengang mendengar tawa Mardiyah yang kuat. Nampak lembut tapi bila ketawa mengalahkan anak jin Alfrit. Kau ni kenapa Diya? Gelak macam anak jin tercekik tulang je. Tanya Kak Izzah selaku kerani di pejabat itu. Mardiyah mengesat sisa air matanya yang bergenang di tubir mata. Bukan kerana sedih tapi kerana terlalu banyak ketawa. Dia berpaling ke arah Kak Izzah yang sedang memandang wajahnya. Buzy body betul. Kak Izzah tahu tak siapa yang hantar bunga ini pada saya? Tanya Mardiyah selepas tawanya reda. Kad kecil itu diletakkan di atas meja lantas jambangan bunga itu dicapainya. Tak tahu pula akak. Kenapa? Tak ada apa- apa kak. Cuma saya pelik, saya rasa saya ni cuma setiausaha je bukan penyanyi pun tapi ada juga yang minat nak bagi bunga dekat saya dah tu siap tulis kata- kata pujangga yang menyayat hati lagi. Gelilah saya Kak Izzah. Ujar Mardiyah.

Kak Izzah menghampiri Mardiyah yang ayu berbaju kurung moden. Dia juga pelik apabila melihat jambangan bunga di atas meja Mardiyah pagi tadi tetapi dia ingatkan kekasih atau tunang Mardiyah yang berikan. Akak nak tengok boleh? pinta Kak Izzah sopan. Mardiyah mengangguk dan memberikan kad tersebut pada Kak Izzah dan seperti jangkaan Mardiyah, Kak Izzah juga turut tergelak membaca coretan itu. Macam budak- budak sahaja pengirim itu. Akak rasakan pengirim ini baru belajar nak bercinta kot. Ayat dia mengalahkan ayat- ayat cinta. Pengarah cerita Ayat- Ayat Cinta pun tak pernah terfikir ayat bombastik macam ni. Ternyata kata- kata Kak Izzah mengeletek hati Mardiyah untuk ketawa. Serentak ketawa mereka pecah berderai. Kalau akak nak bunga ni akak ambillah. Saya tak nak. Ujar Mardiyah kemudiannya. Eh, tak naklah akak nanti terasa hati kekasih gelap Diya pula. Mardiyah tersengih. Lantas dia memberikan bungan tersebut kepada Kak Izzah. Sememangnya Mardiyah memang tidak suka menerima pemberian daripada orang yang tidak dikenalinya. Dia lebih rela memberikannya pada orang lain. Kak Izzah ni, saya tak ada kekasihlah. Gelap ke cerah ke memang saya tak ada. Jelas Mardiyah bersama senyuman yang mekar di bibir mungilnya. Kalau dah Diya cakap macam itu, Kak Izzah ambil jelah, lagipun bunga ni boleh Kak Izzah hiaskan dekat pantry. Apa yang bising- bising ni? kedengaran suara dari arah belakang mengejutkan Kak Izzah dan Mardiyah yang asyik bersembang. Serentak mereka berpaling. Kelihatan Ammar sedang berdiri sambil menjinjing briefcase di tangannya. Hari ini lelaki itu kelihatan segak dengan kemeja berwarna oren lembut dipadankan dengan seluar sleck berwarna hitam dan tie yang berbelang oren dan hitam. Saya tanya tak dengar ke? ulang Ammar sambil meninggikan sedikit volume suaranya. Tak ada apa- apa encik, ni hah Diya ni ada dapat bunga dari orang yang dia tak kenal. Siap hantar kad lagi. Jelas Kak Izzah sambil tersenyum. Ammar menjeling pada Mardiyah dan jambangan bunga itu silih berganti. Namun, Mardiyah yang menyedari jelingan itu hanya menayang muka selamba. Nak cakap yang aku tak layak dapat bungalah tu. bisik hati kecil Mardiyah. Oh itu rupanya kak, saya ingatkan apa. Mungkin orang yang kasi bunga tu sakit mental kot bagi bunga dekat salah orang. Saya rasa bunga secantik itu layak untuk orang cantik macam Kak Izzah je. Tempelak Ammar sambil tersenyum sinis. Wajah Mardiyah dipandang dengan persaan sebal.

Kak Izzah yang tidak mengesan sebarang apa- apa yang terjadi di antara Mardiyah dan Ammar hanya ketawa kecil mendengar gurauan Ammar di pagi yang mulia itu. Namun, pada Mardiyah yang cukup terasa dengan sindiran Ammar membuatkan telinganya berdesing. Dia sedar yang dia tidak mempunyai rupa yang cantik tapi itu bukan alasan untuk Ammar memperlekehkan dia. Bunga itu memang layak untuk Kak Izzah sebab itu saya berikan. Betul juga cakap Encik Ammar, orang cantik je yang layak dapat bunga bukan orang macam saya ni yang hanya layak untuk orang gila. Tapi Kak Izzah saya lebih rela dengan orang gila daripada dengan orang yang tak gila tapi sombong, bongkak dan riak dengan apa yang dimiliki. Balas Mardiyah. Senyuman sinis dilemparkan khas untuk Ammar yang perasan bagus mentanglah dia tuan punya syarikat, ikut suka je nak cakap apa ingat aku tak ada perasaan ke. Bebel Mardiyah dalam hati. Berubah terus wajah Ammar mendengar sindiran pedas yang sememangnya ditujukan untuk dirinya. Dia benar- benar tidak menyangka yang Mardiyah seberani itu melawannya. Sejak daripada peristiwa tempoh hari dia merasakan yang hatinya tidak menyukai Mardiyah namun dia tidak boleh berbuat apa- apa kerana kerja Mardiyah bagus dan tidak pernah mengecewakan. Kalau diikutkan hatinya yang membara ingin saja dia memecat Mardiyah namun dia masih terikat dengan kontrak. Apa- apa jelah, akak nak pergi sambung buat kerja dulu. Terima kasih Diya. Encik saya mintak diri dulu. Ucap Kak Izzah lantas berlalu meninggalkan dua insan yang sedang kepanasan menahan rasa amarah dalam diri. Sebaik sahaja Kak Izzah hilang dari pandangan mata, Mardiyah terus duduk di kerusinya dengan riak yang selamba tanpa sedikit pun mempedulikan Ammar yang masih berdiri di situ. Memang tak ada perasaan betul Mardiyah ini. Dengan sengaja dia menyibukkan diri dengan kerjanya yang tidak pernah surut. Kalau rasa nak kerja lama kat hotel ni better watch your mouth. Nasihat Ammar berbaur amaran. Tanpa menunggu lama dia menapak ke dalam biliknya. Dia malas hendak bertekak dengan perempuan yang seperti Mardiyah itu. Buang masanya sahaja. Mardiyah hanya mencebikkan bibir. Piiirraaaahh!!

BAB 3

BUNYI riuh rendah suara kanak- kanak bermain di rumah anak- anak yatim Nur Cahaya mengembirakan hati Mardiyah yang datang melawat petang itu. Sudah lama dia tidak datang menjenguk rumah itu kerana asyik sibuk dengan kerjanya yang takkan pernah habis pun. Rumah anak yatim itu memang sering dikunjungi oleh Mardiyah dan sepupunya Yusuf sejak mereka menuntut di universiti lagi. Setiap penghuni rumah Nur Cahaya ini mengenali Mardiyah dan Yusuf. Walaupun mereka tidak pernah tinggal di rumah anak- anak yatim namun mareka dapat merasai bagaimana jika kehilangan orang yang tersayang di waktu kita masih memerlukan kasih sayang seorang ibu dan bapa. Anak- anak di rumah ini puratanya anak yatim piatu dan tidak kurang juga anak yang dibuang keluarga. Sayu hati Mardiyah apabila memikirkkan nasib anak- anak yatim itu. Termenung jauh nampak. Tegur Umi Zaira. Dia ni memang pantang kalau ditinggalkan sendirian umi, memang jauhlah menung dia tu. Sampuk Yusuf diikuti tawa kecil dari Umi Zaira. Umi Zaira dan Yusuf melabuhkan punggung disebelah Mardiyah yang sudah tersengih kambing. Bunyi angin yang sepoi- sepoi bahasa membuatkan udara menjadi nyaman dan tenang. Sesungguhnya keadaan seperti ini membuatkan Mardiyah terkenangkan kampung halaman. Apa khabar agaknya ibu dan ayah? Soal hati kecilnya. Tengok itu umi, termenung lagi.agaknya umi bila Diya dah kahwin nanti suami kahwin lain pun dia tak sedar kalau sudah asyik termenung aje. Sambung Yusuf lagi. Mardiyah berpaling ke arah Yusuf yang asyik mengutuk dirinya sedari tadi. Dengan wajah yang sengaja dibengiskan dia mengangkat tangan kanannya yang sengaja dikepal. Kalau kau nak rasa penampar Jepun, kutuklah aku lagi. Eleh, dia cakap kat Diya umi, dia pun sama juga kalau termenung memang tak ingat dunia luar. Apatah lagi kalau ada Quraisya asyik je tenung muka Quraisya tu. Macamlah kita tak tahu. Tempelak Mardiyah membuatkan wajah Yuduf merona merah. Tembelang sudah pecah. Memang dia suka melihat wajah teman baik Mardiyah yang ayu itu namun dia tidak pernah menceritakan perasaannya pada sesiapa pun tetapi Mardiyah seolah- olah dapat membaca isi hatinya yang dipendam terlalu lama. Kau jangan nak merepek Diya. Mengarut je kau ni. Umi jangan percaya cakap Diya tu. Dalih Yusuf cuba menafikan kata- kata Mardiyah.

Umi Zaira tergelak apabila melihat reaksi anak muda itu yang gelabah apabila nama Quraisya disebut. Umi Zaira turut perasan akan tingkah Yusuf yang agak berlainan apabila Quraisya ada bersama mereka. Mungkin benar juga kata Mardiyah, dalam hati ada cinta tapi tidak mahu mengakuinya. Kalau kamu dengan Isya pun apa salahnya? Umi setuju je lagipun kamu nampak serasi bersama. Balas Umi Zaira yang ternyata berpihak pada Mardiyah. Sempat lagi dia mengenyitkan mata pada Mardiyah yang sudah bertepuk tangan kegembiraan tidak ubah seperti keanak-anakkan. Umi! jerit Yusuf. Wajahnya masih tidak berubah daripada kemerahan. Hah! Padan muka kau!Mardiyah menjelirkan lidahnya pada Yusuf. Kau kan Yusuf mengancingkan giginya. Matanya melotot memandang wajah manis Mardiyah yang menayang muka tidak bersalah. Geram dibuatnya dengan sikap kebudakbudakkan Mardiyah. Umur sudah mencecah 25 tahun tapi perangainya itu langung tidak berubah sedikit pun sejak dari kecil lagi. Dah, dah jangan gaduh tak manis budak- budak tu pandang. Tegur Umi Zaira menghentikan pertelingkahan Yusuf dan Mardiyah. Umi Ziara mengelengkan kepala melihat keletah dua sepupu bertikam lidah. Umi Zaira bersyukur kerana masih ada anak muda yang mahu mencurahkan keringat menolong rumah anak- anak yatim yang diuruskan dia melebihi 10 tahun itu. Masih segar di ingatan Umi Zaira saat Mardiya, Yusuf dan Quraisya membuat lawatan di rumah Nur Cahaya beberapa tahun lepas bagi mengikuti program yang dianjurkan oleh universiti mereka. Namun pertemuan itu tidak berakhir di situ sahaja, selepas itu mereka datang semula untuk berkhidamat sebagai sukarelawan di rumah Nur Cahaya. Mulia sungguh hati mereka. Puji Umi Zaira di dalam hati. Umi, macam mana dengan dana rumah ini? Cukup ke? Tanya Mardiyah menyekat lamunan Umi Zaira yang telah jauh melayang. Serentak dia berpaling. Semuanya okey lagi. Datin Zarina masih sedia untuk memberi dana untuk rumah kita ini. Umi rasa bersyukur sebab masih ada orang yang sebaik Datin Zarina untuk menghulurkan bantuan. Tadi dia ada datang, tak terserempak dengan kamu ke? Soal Umi Zaira pula. Tak pula umi. Alhamdulillah umi ini semua rezeki adik- adik di sini. Walaupun kami masih ada ibu bapa tapi kami dapat rasakan keperitan apabila ditinggalkan orang yang tersayang. Balas Yusuf pula. Mardiyah hanya mengangguk. Umi jangan risau selagi kami masih terdaya, kami akan tolong umi dan adik- adik kat sini. Mereka semua itu keluarga kami juga. Tambah Mardiyah sambil mengenggam jari jemari Umi Zaira. Umi Zaira tersenyum dengan senang hati.

MAMA dari mana ni? tanya Ammar saat melihat kelibat Datin Zarina melintasi ruang tamu rumah banglo itu. Datin Zarina tersenyum lantas menuju ke arah anak lelaki sulungnya yang sedang menonton televisyen petang itu. walaupun masih penat tapi Datin Zarina tetap tersenyum memandang anak bujangnya yang kelihatan santai berseluar pendek dan berbaju t- shirt sambil berbaring di atas sofa. Dia melabuhkan duduk di hujung kaki Ammar. Mama baru balik dari rumah anak yatim. Kamu tak keluar ke hari ini? tanya Datin Zarina pula. Kebiasaannya Ammar jarang lekat di rumah kalau hari minggu begini, pasti ada sahaja rancangannya dengan buah hati pengarang jantung yang tercinta itu. Siapa lagi kalau bukan Lydia. Tak mama, Lydia outstation dia pergi Singapore ada fashion showkat sana so Am duduk rumah jelah hari ini. Lagipun bukan selalu Am dapat duduk rumah kan mama?lembut suara Ammar menyapa cuping telinga Datin Zarina. Bagi Datin Zarina walaupun usia Ammar sudah menginjak ke angka 27 tahun tapi sikap Ammar yang suka dimanja itu masih tidak berubah. Ammar akan tegas apabila bekerja sahaja tetapi bila di rumah dia suka bermanja dengan mamanya. Tetapi Datin Zarina risau akan hubungan Ammar dan Lydia yang kelihatan semakin intim. Bukan dia tidak setuju dengan pilihan Ammar tetapi apa yang dirisaukan Lydia itu seolaholah mengawal Ammar dalam segala hal. Kamu yakin ke yang Lydia boleh jadi isteri yang solehah bila kamu dah kahwin nanti. Tanya Datin Zarina tiba- tiba. Ammar tersentak. Pantas dia membetulkan duduk disebelah Datin Zarina. Bahu mama kesayangannya itu dipeluk mesra. Dia tahu Datin Zarina sayang padanya dan dia juga tahu Datin Zarina bimbang kerana dia masih belum berumah tangga lagi walau kalau diikutkan dia sudah layak untuk bergelar seorang suami dan mungkin seorang bapa namun apa yang dapat dilakukan oleh Ammar hanya berdoa menanti jodoh yang tidak kunjung tiba. Lydia? Entah dia tidak pasti sama ada Lydia itu jodohnya atau tidak kerana setiap kali dia ingin melamar gadis itu pasti ada yang menghalang. Kenapa mama tanya macam itu? Am bercinta dengan Lydia, tentulah Am akan kahwin dengan dia dan Am akan cuba membentuk dia jadi isteri yang solehah bila kami dah kahwin nanti. Ujar Ammar dengan lembut. Wajah mamanya yang bersih dipandang dengan penuh kasih sayang. Tapi mama macam tak berkenan je dengan Lydia tu. Bukan sebab pekerjaan dia tapi mama tak yakin dia boleh jaga kamu nanti. Tengoklah masa bercinta dia keluar ke sana ke mari dah tu ambil gambar dengan lelaki lain bukan main lagi. Mama tak sukalah menantu mama macam itu. Datin Zarina berterus terang dan ternyata berubah air wajah Ammar mendengar kritikan percuma tentang Lydia. Dia termenung seketika. Lydia tu cantik mama tak suka juga ke? Mama tak pandang seseorang itu dari kecantikkan dia tapi perangai dan tingkah laku dia dalam menjaga maruah sebagai seorang perempuan. Kalau ada rupa yang cantik, badan yang

cantik, takkan semua itu mahu ditunjukkan pada semua orang? Habis tu suami nanti nak tengok apa kalau semua dah didedahkan? Mama bukan tak suka dia jadi menantu mama tapi mama rasa dia macam tak layak untuk Am. Bagi mama kalau kamu nak pilih perempuan yang sesuai untuk dijadikan isteri kamu pilihlah kerana agamanya bukan kerana kecantikkan luaran yang dimilikinya. Mama rasa kamu faham apa yang mama maksudkan. Ujar Datin Zarina panjang lebar. Ammar mengeluh. Tapi Lydia itu Islamkan mama. Ammar cuba membela kekasih hatinya. Islam pada nama bukan pada amalannya. Pernah kamu tegur dia untuk tutup aurat dan pernah dia ikut cakap kamu dalam apa yang kamu cakapkan hmm.. duga Datin Zarina lagi. Ammar terdiam kerana apa yang dicakapkan oleh Datin Zarina semuanya ada kebenarannya.

DIYA, masuk bilik saya sekejap. Arah Ammar sewaktu melintasi meja Mardiyah pagi itu. Mardiyah hanya mengangguk dan mengekori langkah Ammar. Ada apa encik panggil saya? Tanya Mardiyah. Saya nak awak tempahkan dua bilik kat mana- mana hotel di Kuantan untuk minggu depan kerana kita ada mesyuarat di sana. Ujar Ammar. Fail-fail yang bertimbun di hadapannya diperiksa satu persatu. Mardiyah mengerut kening. Kita? Dua bilik? Macam pelik je bunyi itu. Apa maksud encik dengan kita? Ammar mengangkat wajah memandang tepat setiausahanya yang asyik menayang muka blurr bila dia memberi arahan. Entah sawan apa yang terkena pada setiausahanya itu sampaikan perkara yang semudah itu pun masih tidak dapat difahami. Takkan benda simple macam ni pun nak kena saya terangkan juga. Minggu depan saya ada meeting di Kuantan dan saya nak awak ikut saya, mungkin dalam tempoh dua hari meeting itu. Sebab itulah saya suruh awak tempahkan mana- mana hotel kat Kuantan. Faham? tekan Ammar lagi. Okey encik. Tapi meeting itu akan di adakan di mana? Tanya Mardiyah lagi. Dia mencatitkan sesuatu di dalam diari yang sememangnya dikhaskan untuk jadual Ammar. MS Garden. Jawab Ammar ringkas. Kalau begitu saya akan cuba cari hotel yang berdekatan, ujar Mardiyah. Awak buatlah apa yang awak rasa betul. Tapi saya tak nak sebarang masalah berlaku sebab meeting ini bersangkut paut dengan hotel kita. Tambah Ammar lagi. Kelihatan Mardiyah mengangguk-anggukkan kepala tanda faham dengan arahan yang diberikan oleh Ammar namun dia tidak menyedari yang Ammar sedang memerhatikan dirinya yang tercegat di hadapan meja. Apabila dia mengangkat wajah, mata mereka bertentangan buat seketika. Mardiyah pelik lantas menjongketkan keningnya. Anything else sir? Tanya Mardiyah. Ammar menundukkan wajahnya cuba membuang jauh debaran yang tiba- tiba menyapa hatinya saat mata mereka bertentangan. Ish, ini hanya mainan perasaan sahaja. Desis hati kecil Ammar. No, you can go now but remember pasal meeting itu. Ammar memberi ingatan. Alright sir tapi tadi Cik Lydia ada telefon, dia minta encik call dia balik. Beritahu Mardiyah.

Masih kedengaran jelas suara bongkak Lydia meminta dia menyampaikan pesanan pada Ammar. Sudahlah tanpa salam terus disemburnya Mardiyah nasiblah gadis itu masih dapat bersabar maklumlah waktu bekerja dia kena professional walaupun hati panas mendidih dengan kebiadapan Lydia tadi. Entah apa yang dipandang oleh Ammar pada Lydia pun Mardiyah tidak tahu, memang wajahnya cantik secantik Natasha Hudson mungkin kerana Lydia berdarah kacukan tetapi budi bahasa sebagai wanita Timur semuanya hancur. Mungkin juga Lydia seksi dan menarik perhatian kaum Adam bila memandang. Okey. Jawab Ammar. Mardiyah tersedar dari lamunannya. Apa yang okey encik? Tanyanya seperti orang kebingungan. Ammar mengerutkan dahi kerana dia bertambah pelik dengan perangai setiausahanya yang satu ini. Dia mengeluh berat. Payah betul dapat setiausaha yang otak mereng mecam ni. Okey awak boleh keluar. Ujar Ammar berbaur geram. Tanpa menunggu lama Mardiyah melangkah ke pintu dan Ammar kembali meneruskan kerjanya yang terbengkalai. TUMPANG tanya boleh? tegur satu suara. Oii mak kau! latah Mardiyah akibat terkejut ditegur secara tiba- tiba. Siapalah yang memang nak menempah maut untuk aku ni? Dia mengurut dada sambil membebel dalam hati. Dia berpaling selepas mendengar suara garau itu ketawa kecil. Kalau nak tumpang bayar la. Ingat sini teksi ke nak.. Kata- kata Mardiyah mati di situ. Dia terpaku melihat sebatang tubuh berdiri di hadapannya. Fahrin Ahmad ke ni? Dia meneliti lelaki yang sedang berdiri di hadapannya sekarang dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Wajah lelaki itu kelihatan persis Fahrin Ahmad cuma hidung lelaki itu lebih mancung. Nampak kacak dengan kemeja berwarna hitam menyerlahkan kulitnya yang putih bersih. Hello miss.. Lelaki itu mengayangkan tangannya di depan muka Mardiyah. Mengelamun ke apa gadis ini? Desis hati lelaki itu. Mardiyah tersedar lantas wajahnya dipalingkan ke arah lain kerana malu ditegur begitu. Merah wajahnya namun lelaki itu hanya tersenyum melihat tingkah Mardiyah yang tersipusipu. Maaf saya dah buat awak terperanjat. Saya cuma nak tanya awak ni tea lady yang baru ke? Tanya lelaki yang tidak diketahui nama itu dengan lembut. Wajah Mardiyah yang ayu dipandang dengan penuh minat. Sejujurnya dia belum pernah melihat Mardiyah di pejabat itu inilah baharu kali pertama. Mungkin selama dua minggu dia di Australia, Ammar mengambil pekerja baharu. Oh, maaf encik saya bukan tea lady tapi saya secretary Encik Ammar yang baru. Jelas Mardiyah sambil tersenyum menyerlahkan lesung pipitnya. Siapa lelaki ini? Tak pernah tengok pun. Lelaki itu terdiam sejenak. Patutlah tak pernah nampak rupanya pekerja baharu setiausaha Ammar pula itu. Hmm, nampak sopan santun je tidak seperti setiausaha Ammar yang terdahulu lebih seksi dan lebih cantik tapi kali ini gadis yang berada di hadapannya lebih tertutup dalam pemakaian. Nampaknya kurang sikitlah dosa dia kali ini. Lelaki itu menghampiri Mardiyah yang sedang kaku berdiri. Dia tersenyum. Oh saya ingatkan awak tea lady sebab saya tak pernah lihat awak sebelum ini. Nama saya Raqeem Muhaimin. Awak boleh panggil saya Raqeem je. Raqeem menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan Mardiyah namun dia terpaksa menjatuhkannya semula bila huluran tangannya tidak disambut hanya senyuman yang dihadiahkan.

Maaf saya tak boleh sambut salam awak. Nama saya Ainur Mardiyah, awak boleh panggil saya Diya je. Saya tak pernah tengok awak pun sebelum ini. Ujar Mardiyah cuba menghuraikan tanda tanya yang bermain di benaknya sedari tadi. Raqeem tersenyum. Mula berasa senang dengan sikap yang sopan itu. Saya ada urusan di Australia mungkin sebab itu awak tak nampak saya. Anyway nice to meet you. Raqeem tersenyum manis. Mardiyah membalas senyuman Raqeem seikhlas mungkin. Berdebar jantungnya melihat senyuman Raqeem yang menawan. Ish mamat ni lebih kacak dari Ammar, siapa dia ya? Lama- lama boleh jatuh cinta kalau setiap hari tengok muka dia. Hati kecil Mardiyah mula mengatal.

BAB 5 SEHARIAN dia berada di rumah anak yatim Nur Cahaya membuatkan hatinya tenang. Hari ini Mardiyah keseorangan kerana Yusuff tidak dapat menemani. Melihat anak- anak itu bermain membuatkan hati Mardiyah lapang. Seketika mereka menjerit sesama sendiri dan berlari- lari mengejar bola. Namun suara Umi Zaira kedengaran memecah kesunyian petang itu. Anak- anak pergi masuk. Mandi, sembahyang lepas itu berkumpul di meja makan. Kejap lagi Umi hidangkan makan malam. Laung Umi Zaira pada kanak- kanak yang sedang leka bermain. Mereka cepat- cepat berlari- lari anak menuju ke dalam rumah dua tingkat yang tersergam indah yang telah menjadi tempat tinggal mereka sejak kehilangan ibu dan bapa mereka. Umi Zaira menghampiri Mardiyah yang sedang termenung. Ditepuk bahu anak gadis itu bagi menyedarkan gadis itu ke alam realiti. Mardiyah melemparkan senyuman yang manis pada Umi Zaira yang dianggap seperti ibu sendiri. Jom masuk dah dekat Maghrib ni. Diya boleh bantu umi sediakan makan malam. Hari ini ada tetamu nak datang. Ajak Umi Zaira beserta senyuman. Siapa yang nak datang umi? Soal Mardiyah pula. Wajah umi yang tenang direnung dalam. Datin Zarina. dia tu peyumbang dana terbesar rumah ini. Dia nak sangat makan malam dengan anak- anak kat sini. Diya boleh bantu umi tak? tanya Umi Zaira pula. Mardiyah tersenyum lantas mengangguk. Apa sangatlah tenaga yang diperlukan untuk memasak makan malam jika dibandingkan dengan pahala yang diperolehi. Selepas segalanya siap dihidangkan, bunyi riuh rendah suara anak- anak kedengaran. Mardiyah pula sedang sibuk menghidangkan lauk pauk yang telah dimasak oleh umi. Semuanya enak-enak belaka membuatkan kecur air luir pada siapa yang melihat. Umi Zaira memang pandai memasak. Segala masakannya mengingatkan Mardiyah pada masakan ibunya yang berada di kampung. Assalamualaikum bunyi suara memberi salam mengejutkan mereka yang berada dalam rumah itu.

Tetamu kita dah sampai agaknya. Fatimah tolong bukakan pintu. Auntie Ina dah sampai tu. pinta Umi Zaira pada Fatimah yang sememangnya sedang berjalan menuju ke pintu utama. Mardiyah hanya mendiamkan diri menantikan kemunculan Datin Zarina yang diceritakan oleh Umi Zaira sebentar tadi. Sebelum ini dia belum pernah berjumpa dengan Datin Zarina. menurut Umi Zaira, Datin Zarina merupakan seorang yang baik hati walaupun bergelar seorang datin namun wanita itu tidak pernah meninggi diri dan selebih daripada itu Mardiyah tidak mahu mengambil tahu. Jemput masuk Datin. Pelawa Umi pada seorang wanita yang hampir sebaya dengan Umi Zaira tetapi masih kelihatan cantik dan anggun dengan selendang yang terikat kemas di kepala. Mardiyah melemparkan senyuman yang manis pada Datin Zarina. senyumannya berbalas. Oh nampaknya kita ada tetamu juga ya umi. Ujar Datin Zarina lembut. Datin ni saya kenalkan nama dia Ainur Mardiyah panggil Diya je. Dia ni dah biasa sangat datang rumah ni dah saya anggap macam anak sendiri. Biasanya dia datang bertiga tapi hari ini kawan- kawan dia yang lain tak dapat datang. Umi Zaira memperkenalkan Mardiyah pada Datin Zarina yang masih setia merenung wajah Mardiyah. Datin Zarina tersenyum manis pada Mardiyah. Manis budak ni, sejuk mata memandang. Detik hati kecil Datin Zarina. Mardiyah membalas senyuman Datin Zarina seikhlas mungkin. Tangannya dihulurkan untuk bersalaman dengan wanita itu. dikucup tangan itu penuh sopan santun membuatkan hati tua Datin Zarina terpaut akan kelembutan yang terukir di wajah anak gadis yang mungkin sebaya dengan anak lelakinya itu. Apa khabar datin? tanya Mardiyah sekadar berbasa basi. Khabar baik. Kamu? Alhamdulillah sihat. Mardiyah mempersilakan Datin Zarina untuk menjamu selera dengan anak- anak yang lain. Ternyata apa yang dikatakan oleh Umi Zaira adalah benar belaka kerana Datin Zarina memang bukan seorang yang sombong seperti kebanyakkan orang yang berpangkat. Lihat sahaja sewaktu mereka bertembung pandang wanita itu tidak kekok melemparkan senyuman. Tetapi ada sesuatu di wajah Datin Zarina membuatkan Mardiyah teringatkan seseorang. Tetapi siapa? Diya dah kahwin? soal Datin Zarina tiba- tiba. Mardiyah tersentak. Dia mengangkat muka memandang Datin Zarina yang masih menanti jawapan. Err..belum lagi datin. Belum ada jodoh kot. Jawab Mardiyah ramah.

Orang cantik macam Diya takkan tak jumpa jodoh lagi? Tanya Datin Zarina dengan nada bergurau. Mardiyah tersipu malu. Dia memandang Umi Zaira yang turut tersengih kepadanya. Tak adalah datin, saya bukan cantik pun sebab itu jodoh tak sampai lagi. Tiada siapa yang nakkan saya ni. Lelaki sekarang semua pilih perempuan yang cantik- cantik dan seksi. Perempuan macam saya ni cuma boleh jadikan pilihan terakhir je. Ujar Mardiyah petah. Sikap merendah diri tidak pernah hilang sejak bekas tunangannya lari mengikut perempuan yang lebih cantik dan seksi. Sejak daripada itu pintu hati Mardiyah sudah tertutup untuk memberi dan menerima cinta. Pada Mardiyah cinta hanya membuatkan jiwa dan hatinya sakit. Lebih baik sendirian daripada menanggung seksa. Masih segar di ingatan Mardiyah bekas tunangnya, Nizam melafazkan kata perpisahan di saat hari bahagia bakal menjelma. Hatinya sakit tidak terkata tetapi demi keluarga, Mardiyah cekalkan hati menghadapi semua itu. Kecantikkan bukan terletak pada paras rupa Diya. Kalau hati bersih, kecantikan itu akan terserlah. Macam kamu sekarang ini. Bukan ramai anak gadis yang mahu datang melawat rumah anak- anak yatim. Kebiasaannya mereka lebih suka menghabiskan masa dengan shopping dan berfoya- foya. Auntie bangga dengan kamu. Kata- kata Datin Zarina yang ikhlas itu mengembalikan Mardiyah ke dunia sebenar. Kenangan pahit tentang Nizam terkubur begitu sahaja. Eh tak adalah datin. Sejak zaman universiti lagi saya memang suka buat kerja komuniti ini. Saya rasa tenang dengan mereka ini. Walaupun saya masih mempunyai ibu dan ayah tapi saya dapat rasakan bagaimana kehilangan orang yang amat penting dalam hidup kita. Apabila saya rapat dengan mereka, saya sedar bahawa nikmat dah rahmat itu kurniaan daripada ALLAH. Kita harus bersyukur dengan apa yang diberikan sebelum ia ditarik balik. Ucap Mardiyah panjang lebar. Datin Zarina mengangguk kepala tanda bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh anak gadis bertudung biru itu. Selain wajahnya yang ayu, gadis ini mempunyai pemikiran yang matang dan cerdik. Bertuah pada siapa yang memiliki gadis ini. Diya memang begini datin, kalau bab bercakap memang petah tapi agak pemalu sikit. Celah Umi Zaira. Dia gembira melihat Datin Zarina dan Mardiyah berbual seperti kenalan lama. Ala umi jangan cakap macam tu, malu Diya. Mardiyah tersipu- sipu malu. Dia menundukkan wajah membuatkan Datin Zarina dan Umi Zaira tergelak. Lama Datin Zarina merenung wajah Mardiyah sebelum dia tersenyum sendirian.

BAB 6 HARI ini satu lagi jambangan bunga diterima Mardiyah dengan perkataan yang sama. Seingat Mardiyah dia tidak pernah melemparkan senyuman pada orang sewenang-wenangnya hingga membuatkan orang jatuh cinta dengan dia. Pelik betul dengan orang zaman sekarang, mudah benar jatuh cinta. Hai, termenung jauh nampak. Tegur satu suara mengejutkan Mardiyah yang leka memandang jambangan bunga itu. dia mengangkat muka. Eh. Datuk saya ingat siapa tadi? Datuk nak jumpa Encik Ammar ke?tanya Mardiyah lembut. Datuk Hasyim yang berdiri di hadapannya dipandang dengan senyuman. Datuk Hasyim merupakan salah satu pelanggan tetap Hotel Saga dan juga merupakan salah seorang pemegang saham di hotel ini. Disebabkan itulah Ammar selalu mengingat dia supaya melayan Datuk Hasyim dengan baik. Taklah saya nak jumpa dengan awak. Boleh? tanya Datuk Hasyim sekadar bergurau. Namun dalam hatinya hanya ALLAH yang tahu. Dia tersenyum penuh makna. Mardiyah membalas senyuman Datuk Hasyim dengan sekadarnya sahaja kerana daripada cara Datuk Hasyim bergurau dengannya selama ini seperti ada yang tak kena. Macam gatal pun ada tetapi Mardiyah cuba membuang semua prasangka buruk itu. Datuk ni bergurau pulak. Kalau datuk nak jumpa Encik Ammar dia ada dalam bilik. Ujar Mardiyah cuba menukar topik lain, dia mula tidak selesa dengan pandangan Datuk Hasyim yang galak itu. Saya serius Ainur, jom kita pergi lunch saya belanja awak. Pujuk Datuk Hasyim tidak berputus asa. Memang sejak kali pertama dia melihat Mardiyah pada kali pertama dia dapat rasakan hati dia terpaut pada senyuman gadis itu yang manis. Tapi agak payah untuk dia mendekati gadis ini kerana Mardiyah bukan gadis yang mudah termakan dengan pujukan ataupun kebendaan. Mardiyah mula rasa lain. Dia tersenyum hambar. Lelaki yang beristeri dua itu makin mendesak membuatkan Mardiyah berasa kurang senang. Dengan penuh sopan dia menolak namun Datuk Hasyim masih belum berputus asa. I akan belanja you dekat mana- mana tempat yang you mahu. You just name it. You temankan I ya. Pujuk Datuk Hasyim lagi. Bahasanya pun sudah bertukar membuatkan Mardiyah kegelian. Makin menjadi- jadi pulak orang tua ni. I think I cant datuk I mintak maaf. Mardiyah menolak.

Dia berpura-pura sibuk. Segala kertas yang telah tersusun dengan rapi disusun sekali lagi oleh Mardiyah. Nak berlakonlah katakan. Jambangan bunga yang tadinya di dalam genggaman dibuang ke dalam tong sampa tanpa perasaan bersalah. Datuk Hasyim tersentak melihat Mardiyah dengan selamba membuang jambangan bunga yang cantik itu. Kenapa you buang bunga itu Ainur. Mardiyah hanya menjongketkan bahu. Satu lagi perkara yang dia tidak berkenan dengan Datuk Hasyim ini ialah lelaki itu suka sangat memanggil namanya Ainur walaupun berpuluh kali dia mengatakan dia lebih selesa jika dipanggil Mardiyah. Entah buang tabiat apa entah. Saya tak mintak orang bagi bunga pada saya lagipun saya tak minat bunga warna merah. Jiwang sangat. Satu lagi saya tak tahu siapa pengirimnya jadi saya tak boleh terima pemberian daripada orang yang saya tak kenal. Ucap Mardiyah. Dia pelik Datuk Hasyim masih lagi berdiri tegak di hadapannya. Tak penat ke? Kalau diikutkan Datuk Hasyim tidaklah seburuk mana rupanya Cuma perangai playboy Datuk Hasyim menjengkelkan Mardiyah. Walaupun sudah berusia dan hampir sebaya dengan ayah Mardiyah, Datuk Hasyim masih lagi mahu merenyam dengan anak- anak dara yang cantik. Tapi takkanlah aku masuk carta juga? Hati Mardiyah berbisik. Datuk nak jumpa Encik Ammar ke tak ni? soal Mardiyah sekali lagi itupun dengan perasaan malas. I dah cakap I nak jumpa you. Nak ajak you lunch dengan I. bolehlah? Mardiyah mengelengkan kepala. Entah bahasa apa lagi yang dia mahu gunakan untuk fahamkan orang tua yang kemaruk mahu makan tengah hari dengan dia ini. Nak cakap puasa, baharu sekejap tadi dia mengunyah gula- gula itu pun di hadapan Datuk Hasyim. Apa alasan nak bagi ni?

I RASA Mardiyah tak boleh keluar dengan datuk sebab dia adadate dengan I. bunyi suara daripada arah belakang itu menyentakkan dua insan yang sedang kebingungan dengan alasan yang tersendiri. Mardiyah dan Datuk Hasyim berpaling serentak. Mardiyah melongo memandang empunya suara manakala Datuk Hasyim diterpa perasaan marah kerana acara mengurat Mardiyah diganggu oleh Raqeem yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka. Betul tak Diya kita kan dah janji nak keluar lunch hari ini. Takkan awak dah lupa? tanya Raqeem sambil mengenyitkan matanya yang menawan. Jelas Mardiyah kebingungan. Lama dia merenung Raqeem yang tersenyum penuh makna sambil menjeling ke arah Datuk Hasyim. Daripada jelingan itu Mardiyah dapat rasakan yang Raqeem cuba menyatakan sesuatu. Lama Mardiyah terdiam sebelum mengangguk tanda faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh lelaki tinggi lampai itu.

Oh, betullah hampir saya terlupa. Maaf datuk semalam saya ada janji dengan Encik Raqeem nak lunch sama so saya mintak maaf sangat- sangat sebab tak dapat nak penuhi permintaan datuk. Mardiyah memohon maaf dengan muka sengaja disedihkan. Namun di dalam hati hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa gembiranya dia kerana Raqeem datang tepat pada masanya. Macam dalam drama pula. Muka Datuk Hasyim berubah seratus peratus. Dia masih ragu dengan apa yang diucapkan oleh gadis itu kerana mungkin gadis itu hanya mahu melepaskan diri. Tapi tidak mengapa kali ini dia akan melepaskan gadis yang mampu mencuri hatinya itu. mungkin sekarang bukan masa yang sesuai untuk dia menakluki Mardiyah tapi percayalah suatu hari nanti dia akan jadikan Mardiyah isterinya yang ketiga sama ada dengan cara baik ataupun kotor. Datuk Hasyim tersenyum penuh makna. Okeylah kalau you dah cakap macam itu. I tak paksa tapi lain kali you mesti temankan I tau Ainur. Sambung Datuk Hasyim lagi. InsyaALLAH datuk. Balas Mardiyah hambar. Tanpa berlengah Datuk Hasyim beredar dari situ kerana dia tahu tiada guna dia terus merayu jika Raqeem ada di situ. Mardiyah menghantar kelibat Datuk Hasyim dengan pandangan matanya. Sebelum mata bundarnya dialihkan pada laman wajah Raqeem yang sedang berdiri di hadapannya. Dia menguntumkan senyuman yang manis saat melihat bibir lelaki itu tersenyum kepadanya. Terima kasih sebab encik selamatkan saya tadi. Kalau tidak saya tak tahu nak bagi alasan apa kat datuk tu. ujar Mardiyah berterima kasih. Raqeem hanya tersenyum. Itu memang tugasnya bagi menyelamatkan gadis sebaik Mardiyah daripada menjadi mangsa kepada lelaki hidung belang seperti Datuk Hasyim itu. Bukan Raqeem tidak tahu muslihat sebenar Datuk Hasyim cuba mendekati Mardiyah hanyalah untuk mempermainkan mana- mana wanita yang dapat dijeratnya. Namun Raqeem yakin Mardiyah bukan seperti perempuan yang mudah dipergunakan. Sama- sama, saya cuma tak suka cara Datuk Hasyim yang naktackle semua perempuan cantik kat ofis ni. Saya dah lama kerja dekat sini, dah faham benar dengan sikap datuk tu. dia ada banyak cara untuk mendapatkan apa yang dia mahukan. Lebih baik awak hati-hati. pesan Raqeem lagi. Mardiyah terdiam sejenak. Perempuan cantik? Tapi aku bukanlah cantik mana pun. Itu yang memeningkan kepala Mardiyah. Tapi encik satu saja yang saya confuse, saya bukan cantik sangat pun sampaikan Datuk Hasyim boleh nak tackle saya. Ramai lagi perempuan yang cantik kat hotel ini. Jawab Mardiyah lurus.

Memang sejak dari dahulu Mardiyah tidak pernah merasakan dirinya cantik walaupun ramai yang mengatakannya sebegitu. Disebabkan itulah dia pelik bila Raqeem mengatakan Datuk Hasyim cuba menguratnya. Kadangkala kita tak tahu bahawa diri kita ini ada kelebihan yang mungkin boleh menawan hati orang lain. Sebab itulah kita kena kenal diri kita sendiri. Jangan terlampau merendah diri nanti orang akan pijak kepala kita. Nasihat Raqeem sambil tersenyum. Direnungnya wajah Mardiyah yang kelihatan polos itu. mungkin masih kebingungan dengan apa yang diucapkan tadi. Mardiyah mengetuk-ngetuk dagunya. Apa kelebihan aku agaknya? Gumam Mardiyah sendirian. Tapi saya rasa saya tiada apa-apa kelebihan pun. Balas Mardiyah lagi. Memang betulbetul lurus perempuan ini. Dengan senyuman yang manis sudah cukup untuk menambat hati orang dan awak ada senyuman itu. Kalau saya ditempat Datuk Hasyim, saya pun terpikat. Ucap Raqeem. Mardiyah terkedu. BAB 7 MARDIYAH menarik nafas lega apabila laporan yang di minta oleh Ammar siap sepenuhnya. Masih kedengaran suara Ammar yang tegas meminta supaya dia menyiapkan laporan minit mesyuarat itu secepat mungkin dan perlu dihantar pada lelaki itu sebelum tengah malam. Saya tak kira macam mana awak nak siapkan laporan itu, apa yang saya tahu saya nak laporan itu awak hantar ke bilik saya sebelum tengah malam ini, arahan Ammar bagai terngiang di telinga Mardiyah membuatkannya mencebik benci. Dia ingat aku ni robot agaknya nak kena buat itu dan ini dengan cepat. Dahlah tak ada printer macam mana aku nak print report ni. Kalau aku tulis tangan nanti dia cakap tulisan aku tak cantik. Cerewet betul mamat tu. Ah, aku hantar guna pen drive ni jelah. Kalau dia nak ke tak nak ke lantak dia, bebel Mardiyah sendirian. Lantas, dia menarik pen drive tersebut dan menutup komputer ribanya. Beberapa dokumen lagi dicapai untuk diserahkan kepada Ammar. Buat seketika dia menjeling ke arah jam yang berada di pergelangan tangan. Sudah hampir pukul 11 malam. Entah tidur ke belum majikannya itu. Mardiyah berdiri di hadapan pintu bilik Ammar. Dia berasa serba salah untuk mengetuk pintu tersebut memandangkan hari sudah lewat malam dia risau jika kedatangannya menganggu waktu lelaki itu. Tapi dia jugak yang nak aku hantar laporan ini, bisik hatinya. Lalu Mardiyah cekalkan hati untuk mengetuk pintu bilik yang berwarna coklat itu. Nafas ditarik sedalamnya apabila tiada jawapan dari dalam bilik Ammar. Ke mana pula dia ni

pergi? Hatinya tertanya. Lantas sekali lagi Mardiyah mengetuk pintu namun hampa. Tiada jawapan. Tanpa berfikir panjang Mardiyah memulas tombol pintu yang tidak berkunci. Dengan rasa berdebar dia melangkah masuk ke dalam bilik tersebut walaupun di satu sudut yang lain hatinya rasa gelisah. Pintu itu dibiarkan terbuka sedikit. Mardiyah memandang ke kiri dan kanan namun kelibat Ammar tidak kelihatan. Assalamualaikum. Encik Am kat mana? laung Mardiyah agak kuat cuba mencari bayan g Ammar di balkoni tetapi batang hidung pun tiada. Serentak Mardiyah berpaling namun alangkah terkejutnya dia apabila melihat Ammar yang berdiri di hadapannya dengan hanya memakai tuala menutupi tubuhnya. Dengan pantas Mardiyah menutup mata dan berpaling membelakangkan lelaki itu. Jantungnya berdebar tidak menentu. Siapa suruh kau masuk bilik aku hah? soal Ammar sedikit garang. Dia mengelap rambutnya dengan menggunakan tuala yang dibalut pada tubuhnya yang sasa. Sasa..ya dah ketuk bilik encik banyak kali tapi encik tak jawab. Saya hanya nak hantar laporan minit mesyuarat yang encik mintak dan profil syarikat yang encik saya minta carikan tu. Saya tak tahu yang encik tengah mandi, ujar Mardiyah sedikit tergagap. Dia cuba meredakan debaran di dalam dada. Melihat keadaan Ammar separuh siap cukup membuatkan dia gelisah. Ammar hanya merengus. Dia memandang gadis bertudung hitam itu dari atas ke bawah. Mananya laporan tu? tanya Ammar. Err, tapi terlebih dulu saya nak mintak maaf sebab saya tak sempat nak print jadi laporan tu saya ada savekan dalam pen drive ni. Saya harap encik tak kisah, Mardiyah cuba memberanikan diri untuk berdiri berhadapan dengan Ammar. Namun, pandangannya ditundukkan ke lantai cuma tangannya sahaja yang menghulurkan pen drive dan juga beberapa helai dokumen. Ammar menyambut huluran tersebut. Buat seketika dia menjeling pada Mardiyah yang sedang menundukkan wajah. Dia tersenyum dalam hati. Pasti gadis itu malu melihat keadaannya yang tidak berbaju hanya tuala membaluti tubuhnya. Itulah datang masa aku tengah mandi, padam muka kau. Detik hati Ammar. Selepas membelek dokumen tersebut Ammar mendongak memandang wajah Mardiyah yang masih lagi tertunduk. Lantas dia meletakkan dokumen tersebut di atas katil. Semuanya okey, laporan tu aku check kemudian. Sekarang dah tak ada apa-apa you can go now, ucap Ammar sambil berpeluk tubuh. Mardiyah menarik nafas lega. Dia tersenyum nipis lantas mengorak langkah untuk keluar daripada bilik itu. Sewaktu dia ingin memulas tombol pintu kedengaran suara asing memberi

salam. Mardiyah berpandangan dengan Ammar yang kelihatan cuak. Dia menelan air liur. Siapa?

ASSALAMUALAIKUM kedengaran suara lelaki memberi salam luar daripada bilik Ammar. Dengan jantung yang berdegup kencang, Ammar menarik lengan Mardiyah lantas membuka pintu dan saat pintu itu terkuak, kelihatan lima orang lelaki berkopiah putih berdiri di hadapan Ammar yang sedang berdiri kaku. Mindanya tidak dapat mentafsir apa yang sedang berlaku. Waalaikummusalam. Ada apa encik? tanya Ammar gugup. Berpeluh dahinya menahan rasa gementar. Sedangkan Mardiyah hanya diam kaku di belakang Ammar. Maaf encik kerana menganggu, kami dari JAIP ingin membuat pemeriksaan dalam bilik ini. Mana tahu kalau- kalau ada perkara yang tak elok berlaku. Boleh kami masuk? tanya pegawai agama yang bernama Ustaz Khairi itu dengan sopan selepas menunjukkan kad kuasa yang berada di tangannya. Ammar serba salah. Bukan kerana dia bersalah tetapi di dalam biliknya sekarang ada seorang gadis yang bukan muhrimnya dan itu boleh menimbulkan syak kepada pegawai agama itu. Ammar buntu. Saya rasa encik tak perlulah buat pemeriksaan sebab tiada apa yang mencurigakan pun di sini. Jelas Ammar cuba membuat alasan. Dia risau jika tertangkap memang hancur hidupnya. Ustaz Khairi tersenyum. Dia mula mengesyaki sesuatu kerana daripada butir bicara anak muda ini nampak sangat cuba melindungi sesuatu. Dah nama pun pemeriksaan encik, jadi dah jadi tugas kami untuk membuat pemeriksaan. Semua bilik kami dah check dan sekarang giliran bilik encik pula. Sila beri kerjasama dengan kami atau encik ada sembunyikan sesuatu. Ustaz Khairi menduga. Namun, Ammar berkeras untuk tidak membenarkan Ustaz Khairi dan anak buahnya masuk. Tidak dapat tidak Ustaz Khairi terpaksa merempuh Ammar yang berdiri bagi di muka pintu bagi menghalang Ustaz Khairi. Dia melakukan semua itu kerana terpaksa bagi menyelamatkan keadaan tapi ternyata keadaan menjadi lebih buruk bila Ustaz Khairi melihat Mardiyah yang berdiri di belakang Ammar. Siapa perempuan ini? Isteri kamukah? tanya Ustaz Khairi sinis. Ammar terperangkap. Dia menjatuhkan muka akibat malu kerana rahsianya sudah pecah. Saya tanya perempuan ini isteri kamu atau bukan? Ustaz Khairi mengulang pertanyaannya buat kali kedua tapi kali ini kedengaran lebih serius.

Lambat- lambat Ammar mengelengkan kepalanya. Dia tidak tahu harus di mana lagi hendak dia letakkan mukanya. Malu hanya ALLAH yang tahu. Bukan encik. Dia setiausaha saya. Jawab Ammar lemah. Jadi ini yang kamu cuba sembunyikan dari saya. Kamu dah buat kesalahan yang paling berat kamu tahu tak? Berdua-duaan tanpa ikatan boleh menimbulkan syak. Kamu ingat dia setiausaha kamu, kamu boleh buat dia macam bini. Kamu tahu tak zina itu hukumnya dosa besar? Apa kamu tak takut pada ALLAH? Ustaz Khairi mula berceramah. Dia mengelengkan kepala melihat pasangan muda itu yang sedang tertunduk. Matanya beralih pada gadis bertudung hitam yang berdiri di belakang pemuda itu. Kelihatan gadis itu menangis. Tak guna kamu menangis kalau kesalahan itu datang dari kamu sendiri. Sia- sia kamu menutup aurat kalau maruah diri tak boleh nak dijaga. Kalau dah kemaruk sangat kenapa tak kahwin je. Sambung Ustaz Khairi lagi. Panas juga hatinya melihat umat Islam sekarang mengambil remeh soal agama. Bersekedudukan tanpa ikatan yang sah sudah menjadi trend masyarakat pada zaman moden ini. Sudah lupakah pada azab yang dijanjikan oleh ALLAH jika bergelumang dengan maksiat ini. Sungguh Ustaz Khairi tidak akan memaafkan pada sesiapa yang tertangkap jika melakukan maksiat terutama sekali berkhalwat seperti yang berlaku kepada pasangan muda ini. Tapi encik saya dengan dia tak buat apa-apa pun. Saya boleh jelaskan apa yang berlaku sekarang ini tapi tolong jangan tuduh kami buat perkara yang tak senonoh itu. Rayu Mardiyah. Air matanya sudah lebat membasahi pipi. Dia tidak sanggup mendengar tuduhan yang keluar daripada mulut Ustaz Khairi. Ustaz Khairi memandang anak buahnya yang lain. Mereka merupakan saksi pada malam itu. pembantu Ustaz Khairi mengangguk memberi tanda supaya Ustaz Khairi membenarkan gadis itu membuat penjelasan sebelum sebarang tindakan diambil. Baiklah apa alasan kamu? tanya Ustaz Khairi. Suaranya kembali mendatar. Kami tak bersalah encik dan saya datang ke bilik majikan saya atas urusan kerja. Saya cuma hantarkan laporan itu sahaja. Saya dan dia tak buat perkara seperti yang encik sebutkan itu. jelas Mardiyah bersungguh-sungguh. Dia berharap dengan penjelasannya itu segalanya akan selesai. Ustaz Khairi tersenyum sinis. Sedikit pun kata- kata gadis itu tidak boleh dipercayai. Sudah hampir berbelas tahun dia bekerja di jabatan agama dan lebih beribu alasan yang dia terima dan alasan yang digunakan oleh gadis itu bukan alasan yang baharu. Awak ada saksi? Pertanyaan itu tidak mampu dijawab oleh Mardiyah mahu pun Ammar. Mereka diam membisu.

Dengan keadaan encik ini yang separuh siap dan keadaan awak yang yang tidak mampu mengemukakan saksi atas alasan awak tadi, saya boleh simpulkan yang awak berdua bersalah kerana berdua- duaan dalam bilik yang sunyi tanpa ikatan yang sah dengan keadaan yang mencurigakan. Sila berikan kad pengenalan dan ikut kami ke balai. Putus Ustaz Khairi. Ternyata kata- kata itu umpama halilintar buat kedua-dua insan itu. Ammar tergamam manakala Mardiyah hanya mampu menangis dia atas kesalahan yang tidak pernah dia lakukan. Tiada apa yang boleh dia lakukan untuk membela diri lagi. Dia memandang Ammar yang memandangnya dengan pandangan yang sarat dengan kebencian. Ini semua salah kau. Kau yang harus bertanggungjawab! bisik Ammar dengan nada yang kasar. Bahasanya sudah bertukar dengan serta merta. Mardiyah terkedu saat itu. kesalahan itu diletak atas bahunya. Apa yang harus dikatakan pada ayah dan ibunya nanti?

BAB 8 SAYA minta maaf datuk, tak ada apa- apa yang boleh saya lakukan lagi. memang anak datuk bersalah kerana berdua- duaan dalam bilik tanpa ada mahram yang boleh dijadikan saksi. Alasan yang diberikan juga tidak boleh diterima akal. Memang datuk cakap mereka ke situ atas urusan kerja tapi itu tidak bermakna mereka boleh berdua-duaan hingga boleh mendatangkn fitnah dan syak. Ujar Ustaz Khairi memberi penjelasan pada Datuk Zainal dan Datin Zarina. Datuk Zainal mengeluh. Sementara Datin Zarina tidak kering air mata mengenangkan apa yang berlaku pada anak sulungnya itu. Satu kenyataan yang tidak dapat diterima apabila anak yang menjadi kebanggaannya telah ditangkap basah dengan seorang gadis yang dikenalinya. Sungguh Datin Zarina malu untuk berhadapan dengan masyarakat nanti apatah lagi dengan kawan- kawannya bila mendapat tahu Ammar ditangkap basah. Saya malu ustaz, saya tak sangka anak saya akan buat perkara itu. Saya tak tahu apa lagi yang boleh saya lakukan saat ini. Saya pun tak tahu nak cakap apa. Selama ini Mardiyah tak pernah buat perkara yang tak senonoh seperti ini. Saya kenal benar dengan anak saudara saya tu. nak cakap dengan lelaki pun dia malu- malu itu yang saya tak percaya dengan apa yang berlaku. Sampuk Pak Din, bapa saudara Mardiyah. Pak Din tidak menyangka panggilan yang diterima lewat malam itu mendatangkan bala buat keluarga adiknya. Selepas menerima telefon daripada Kamariah yang mengatakan bahawa anak saudaranya telah ditangkap basah dengan majikannya di Kuantan. Dengan tergopoh gapah dia memandu dari Kuala Terengganu ke Kuantan. Dia terpaksa menjadi wakil Yasir selaku ayah Mardiyah kerana adiknya itu diserang sakit jantung sebaik sahaja mendapat berita ini. Entah apa nasib adiknya sekarang.

Hanya satu yang saya dapat cadangkan di sini untuk menutup malu keluarga datuk dan Encik Din sekarang ini. Tapi saya tidak tahu sama ada cadangan ini akan diterima oleh anakanak encik atau tak.. Ustaz Khairi bersuara mematikan lamunan Pak Din. Apa dia ustaz? Kami akan lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan maruah keluarga kami. Pak Din membalas sambil Datuk Zainal mengiyakan. Ustaz Khairi tersenyum.

NO way papa, Am tak setuju dengan apa yang papa cakapkan itu. Am tak nak kahwin dengan dia. Am tak bersalah! tegas Ammar. Dia berpeluk tubuh. Dia tidak akan sesekali menerima cadangan papanya supaya mengahwini Mardiyah bagi menutup aib yang telah dilakukannya. What the hell? Cuit dia pun tidak, takkan aku nak kena kahwin pulak. Batin Ammar menjerit. Mardiyah tidak berkata apa- apa dia hanya diam di samping Pak Din namun air matanya tidak berhenti mengalir saat melihat mama Ammar. Dia tidak sangka Datin Zarina yang dikenalinya minggu lepas di rumah Nur Cahaya adalah mama kepada Ammar. Terasa ingin pengsan dengan kejutan yang diterimanya saat itu. terasa tebal mukanya saat berhadapan dengan wanita yang dihormati olehnya itu. Am, papa minta sangat dengan kamu sekarang ini tolong ketepikan ego kamu itu dan fikir pasal keluarga kita. Pasal nama baik papa dan mama. Papa tak sangka kamu boleh buat kerja kotor ni dan sekarang papa nak kamu bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Tegas Datuk Zainal. Datuk Zainal tahu jika dia tidak bertegas dengan anaknya itu, Ammar tidak akan mengikuti kata- katanya kerana Ammar memang seorang yang keras kepala dan kadang- kadang dia akan lakukan hanya mengikut kata hati sahaja tanpa memikir baik buruknya. Bilik itu sunyi sepi. Tiada siapa yang bersuara. Masing- masing hanya mendiamkan diri. Ammar semakin tertekan dengan permintaan Datuk Zainal yang dianggap keterlaluan. Jika dia bernikah dengan Mardiyah, apa yang hendak dijawab pada Lydia nanti. Pada rakan perniagaan yang lain. Ini semua salah Mardiyah, jika gadis itu tidak datang ke biliknya pasti semua ini tidak akan terjadi. Dia benci Mardiyah. Benci sebenci-bencinya. Saya merayu pada awak Ammar tolong nikahi Mardiyah. Saya tak mahu dia dijadikan bahan cacian nanti. Memang saya marah atas apa yang dia lakukan ini kerana perbuatannya ini telah memalukan kami sekeluarga tapi tolong jangan tambahkan malu kami dengan membiarkan perkara ini tidak diselesaikan. Saya tahu Ammar sekeluarga orang berada, tidak ada orang yang berani bercakap- cakap pasal apa yang berlaku ini tapi bagi kami orang yang hidup dengan serba kekurangan apa yang penting bagi kami adalah maruah dan harga diri. Saya tak minta banyak Cuma tolong nikahi Mardiyah hari ini juga. Pinta Pak Din penuh diplomasi. Jika diikutkan hatinya yang mendidih dengan sikap Ammar yang mengambil remeh soal maruah, memang teruk dia belasah anak muda itu namun kekerasan tidak membawa ke mana.

Pak Long, kalau Encik Ammar tak bersetuju tak payahlah paksa. Diya tak kisah kalau Diya tak kahwin pun, Diya sanggup bayar denda itu pak long. Diya sanggup pergi jauh dari keluarga kita asalkan ayah dan ibu tidak dicaci. Ujar Mardiyah lemah. Air matanya sudah tidak henti- henti mengalir. Dia bertambah hiba bila mendapat tahu ayahnya tengah sakit tenat akibat terkejut dengan apa yang berlaku. Memang perkara yang berlaku ini memberi impak yang besar pada keluarga mereka tambahan lagi ayah Mardiyah merupakan bilal di kampungnya. Tentu ayahnya malu besar bila mendapat tahu anak gadis yang disayanginya di tangkap basah di tengah malam. Ya memang kau yang patut bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Aku tak ingin nak nikah dengan perempuan macam kau ni. Kau tahu tak? Ammar bersuara tiba- tiba menyentakkan mereka yang berada di situ. Datin Zarina terkejut dengan bahasa yang digunakan anaknya itu. sungguh kasar. Tidak seperti selalunya. Am, kenapa cakap macam itu. Kalau kamu menyalahkan Diya pun tiada gunanya juga sebab perkara ini dah berlaku. Mahu atau tidak kamu mesti bertanggungjawab. Anggap sahaja ini pengorbanan yang kamu lakukan untuk keluarga kita. Datin Zarina mula bersuara. Dia perlu menyedarkan anak lelakinya itu supaya tidak terus hanyut dengan perasaan benci pada Mardiyah. Ammar perlu bersikap matang dan rasional. Tapi mama Am tetap tak mahu kahwin dengan dia. Am tak nak perjudikan hidup Am dengan hidup dengan perempuan ni. Ammar tetap dengan pendiriannya. Dia memandang wajah Mardiyah yang tertunduk. Rasa benci makin meresap ke dalam jiwanya saat melihat wajah sendu gadis itu. rasa ingin dibunuh sahaja wanita yang telah menghancurkan masa depannya itu. Am, mama tak nak dengar apa-apa alasan lagi daripada kamu. Keputusan mama muktamad kamu harus kahwin dengan Mardiyah malam ini juga. Tolong buang sifat pentingkan diri kamu itu dan cuba fikirkan maruah keluarga kita. Ini bukan perkara kecil tapi ia melibatkan maruah dan harga diri kita. Ucap Datin Zarina. Dia tidak akan memberikan Ammar peluang untuk lari dari tanggungjawab lagi. Pak Din dan Datuk Zainal sekadar menjadi pemerhati Datin Zarina dan Ammar. Ammar mengeluh berat. Dia tiada pilihan tetapi itu bukan beerti dia kalah pada pujukan Datin Zarina kerana dia ada agenda dia yang tersendiri.

AM dah gila ke? Am tahu tak apa yang Am buat ni akan mengeruhkan lagi keadaan. Datin Zarina gelisah dengan keputusan Ammar yang dianggap gila. Mama nak Am kahwin dengan perempuan ni, Am dah kahwin. Sekarang Am tak nak tinggal dengan dia ataupun tengok muka dia dalam rumah kita. Am menyampah dengan

perempuan yang dah hancurkan hidup Am ni, jawab Ammar selamba tanpa sedikit pun memandang wajah Mardiyah yang basah dengan air mata. Mardiyah menangis teresak- esak. Sungguh pilu hatinya bila hidupnya diperkotak- katikkan oleh lelaki itu. Dia sendiri tidak redha dengan pernikahan itu tetapi dia tidak berdaya untuk merubah apa yang telah tersurat untuknya. Hanya kepada ALLAH dia meletakkan segala harapan bila takdir telah mempermainkan hidupnya. Astaghfirullah al azim Am, cuba bawak mengucap. Ingat ALLAH nak, ingat ALLAH. Kamu harus terima takdir hidup kamu dengan redha. Diya dah jadi isteri kamu dan dia harus sentiasa berada di sisi kamu, Suara Datin Zarina lembut. Dia akan cuba sedaya mungkin bagi menghalang Ammar daripada melakukan perkara yang buka- bukan. Kalau kamu benci pada Diya, kamu lepaskan dia, sambung Datin Zarina tiba- tiba membuatkan Ammar berpaling memandang mamanya. Satu senyuman sinis dilemparkan. Tanpa membalas percakapan Datin Zarina, Ammar menapak ke hadapan Mardiyah. Direnung wajah gadis yang amat dibenci itu sedalamnya. Dia harus membalas segala perbuatan gadis itu. Dia tidak akan memberikan gadis itu hidup dengan bahagia. Aku nak kau tahu yang aku amat benci pada kau dan aku tak mahu kau jadi sebahagian daripada hidup aku tapi aku takkan lepaskan kau. Melihat penderitaan kau adalah keutamaan aku sekarang. Aku nak kau rasa apa yang aku rasa perempuan tak guna. Kalau kau fikir kau boleh perangkap aku dengan idea bodoh kau tu, kau silap besar. Kau terimalah padahnya! Tajam kata- kata Ammar menusuk jantung Mardiyah menambah luka di hari Mardiyah yang ternyata terluka. Air mata sudah tidak dapat ditahan lagi. Dia tidak dapat membalas kata- kata Ammar yang cukup tajam bagaikan belati membelah sanubarinya. Lidahnya bagaikan kelu. Am, apa yang merepekkan ni, terimalah kenyataan nak. Kalau kamu terus bersikap seperti ini masalah takkan selesai, pujuk Datin Zarina Keputusan Am muktamad mama. Kalau mama boleh terima perempuan ni tapi tidak Am. Am takkan ceraikan dia tapi itu tidak bermakna Am akan terima dia sebagai isteri Am. Dia dah hancurkan hidup Am dan Am takkan sesekali memaafkan dia. Am harap mama rahsiakan perkahwinan ni daripada sesiapa pun terutama Lydia. Kalau ada siapa yang tahu, mama tahulah nasib perempuan tak guna ni,ugut Ammar. Ammar sudah membuat kata putus. Tanpa menunggu lama dia beredar dari situ dengan hati yang membengkak. Dia benci perempuan itu. cukup benci. Baiklah Am mama terima. Ucap Datin Zarina walaupun kelibat anaknya telah hilang daripada pandangan. Datin Zarina mengangkat wajah Mardiyah yang basah dengan air mata. Dia tersenyum dalam kepayahan kerana yang nyata dia juga turut mengalirkan air mata melihat penderitaan yang diciptakan oleh anaknya pada gadis lurus seperti Mardiyah. Dia menyeka air mata gadis itu yang tidak pernah henti- henti mengalir.

Diya jangan risau mama ada. Jangan ambil hati dengan kata- kata Ammar dia tengah marah tu. Bila semua dah reda mama pasti dia akan terima Diya Pujuk Datin Zarina. Mardiyah cuba menenangkan dirinya sendiri tetapi panggilan daripada Pak Din mengejutkan Mardiyah yang sedang hanyut dengan perasaan sedihnya. Diya, kita kena balik sekarang, ayah kamu..ayah kamu.. Pak Din tidak dapat meneruskan ayatnya. Terasa berat untuk menyampaikan berita itu kepada anak saudaranya itu. Kenapa dengan ayah pak long? Kenapa? tanya Mardiyah gelisah. Pak Din memejamkan mata cuba mencari kekuatan agar dapat menjelaskan perkara itu pada Mardiyah. Ayah kamu dah.. Apa pak long? Jangan buat Diya tertanya- tanya begini. Gesa Mardiyah dengan air mata yang merembes laju. Ayah kamu dah tak ada Diya, ayah kamu dah meninggal! Ternyata kata- kata Pak Din tadi membuatkan dunia Mardiyah jadi gelap gelita. Dia dapat rasakan hanya dia seorang yang berada di situ. Dunia bagaikan berhenti berputar bila mengetahui bahawa ayah kesayangannya telah dijemput Ilahi. Terbayang- bayang wajah tua si ayah yang menanti kepulangannya di muka pintu. Tetapi tiba- tiba wajah itu semakin menghilang dan menghilang. Ayah! jerit Mardiyah sebelum dia jatuh terjelepok di lantai. BAB 9 KEDENGARAN sayup- sayup alunan surah Yassin kedengaran bergema disegenap ruang rumah papan milik keluarga Mardiyah. Sungguh sayu detik itu sesayu hati Mardiyah yang melihat jasad kaku milik Yasir terbaring tanpa gerak. Tepat pukul dua pagi tadi ayahnya telah menghembuskan nafas terakhir di pangkuan ibunya yang tercinta. Tiada apa yang dapat diucapkan lagi oleh Mardiyah. Lidahnya bagaikan kelu manakala mulutnya sudah terkunci untuk mengucapkan patah perkataan. Perginya Yasir seakan telah membawa segala semangatnya yang selama ini kukuh di dalam diri. Perlahan- lahan Mardiyah menghampiri jasad ayahnya yang terbujur kaku. Kain batik yang digunakan untuk menutupi keseluruhan wajah Yasir ditarik dengan tangan yang gementar. Dia melihat wajah ayahnya yang bersih seakan sedang tersenyum kepadanya. Sungguh hatinya pilu di saat ini. Mutiara jernih yang tidak pernah surut diseka dengan jari jemarinya. Dia memegang tangan ayahnya yang sejuk menandakan bahawa di dalam tubuh itu sudah tiada roh. Ayah, maafkan Diya. Diya tahu ayah malu dengan apa yang terjadi tapi percayalah pada Diya ayah, Diya tidak buat perbuatan terkutuk tu. Diya masih ingat pesan ayah supaya

menjaga kehormatan walaupun di mana Diya berada tapi kali ini Diya telah malukan ayah dengan kesalahan yang Diya tak pernah lakukan. Maafkan Diya ayah. Ayah tentu kecewa dengan Diya. Mardiyah berbisik di telinga Yasir. Dia berharap agar ayahnya mendengar apa yang dikatakan tetapi itu amat mustahil. Tiba- tiba bahunya disentuh seseorang membuatkan Mardiyah tersentak lantas tersedar dari lautan sendunya. Dia berpaling dan kelihatan Mak Zainab tersenyum kepadanya. Tetapi dia tidak dapat membalas senyuman itu kerana dia dapat rasakan bibirnya lumpuh untuk menghadiahkan senyuman walaupun seulas. Sudahlah Diya jangan menangis lagi. biarlah ayah kamu pergi dengan tenang. Jangan meratapi lagi segala yang terjadi ini, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Ayah kamu ada pesan kat Mak Long, dia cakap dia dah maafkan semua kesalahan kamu. Dia tak nak kamu terus dihantui rasa bersalah dengan apa yang berlaku. Ujar Mak Zainab sambil mengosok kepala Mardiyah yang sedang tertunduk. Tapi Mak Long, Diya tetap bersalah pada ayah. Diya yang menyebabkan ayah meninggal. Ini semua salah Diya, salah Diya! bentak Mardiyah. Dia benar- benar tertekan dengan apa yang berlaku. Jiwanya terseksa dengan ujian yang ditimpakan ke atasnya. Mak Zainab meraih Mardiyah ke dalam pelukan. Tumpah simpati pada gadis malang ini. Dia mencari kelibat Kamariah yang sepatutnya menenangkan anak gadisnya itu tetapi sampai sekarang Kamariah tidak kelihatan mungkin sibuk menguruskan urusan pengembumian Yasir. Jangan cakap begitu Diya, ALLAH takkan turunkan ujian yang tidak dapat ditanggung oleh hambaNYA. Oleh itu, kamu kena bersabar dan banyak mendekatkan diri dengan ALLAH. Hanya Dia tempat untuk kamu memohon petunjuk atas apa yang berlaku. Nasihat Mak Zainab lembut. Dia tahu dalam keadaan tertekan begini, Mardiyah perlu diberikan kata semangat dan dorongan agar semangat gadis itu pulih. Mungkin apa yang berlaku ini merupakan trauma bagi Mardiyah. Mardiyah diam tidak terkata kerana apa yang diucapkan oleh Mak Zainab ada kebenarannya namun hati kecil miliknya tidak dapat menahan kesedihan yang seakan bermaharajalela. Keriuhan di dalam rumah itu dengan kedatangan tetamu untuk memberi penghormatan terakhir buat Yasir langsung tidak memberi kesan pada Mardiyah. Dia lebih suka melayani perasaannya sendiri.

JASAD Yasir akhirnya selamat disemadikan dengan tenang. Saat talkin dibacakan, air mata Mardiyah tidak henti- henti mengalir. Sesekali dia ada terfikir kenapa bukan dia yang dijemput Ilahi kenapa mesti ayahnya kerana ibu dan adik- adiknya lebih memerlukan Yasir daripada dirinya. Dia memandang sepi tanah kubur yang masih merah dan berair kerana ditimpa hujan saat ini. Dia tidak peduli baju kurungnya basah lencun dek terkena hujan yang lebat. Mardiyah masih setia memegang batu nisan ayahnya yang telah selamat dikebumikan. Walaupun Aisya

Humaira mengajak dia pulang tapi Mardiyah berdegil untuk menunggu di kubur yang sunyi sepi itu. Air mata yang sentiasa menjadi temannya kini tidak lagi mengalir. Bengkak matanya sudah tidak dipedulikan lagi. Dia lelah untuk menghadapi segala dugaan ini seorang diri tanpa ayah tersayang di sisi dan apa yang membuatkan Mardiyah lebih terkilan, Kamariah lansung tidak menegurnya apatah lagi memberi kata- kata perangsang untuknya. Dia tahu ibunya masih memarahinya begitu juga dengan adik- adiknya tapi dia tidak mampu mengubah kebenaran itu. Jika dia mampu memutarkan semula keadaan ingin sahaja dia memadamkan apa yang berlaku antara dia dan Ammar. Ayah, kenapa ayah pergi cepat sangat. Diya seperti terasa yang ayah ada dekat dengan Diya. Diya tak dapat tanggung ini semua seorang diri ayah. Maafkan Diya kerana tak mampu jadi anak yang boleh ayah banggakan. Diya bunuh ayah dengan perbuatan Diya sendiri. Diya takkan maafkan diri Diya ayah. Kalaulah ayah dengar, Diya nak minta ampun dengan ayah, Diya telah lukakan hati ayah. Ucap Mardiyah dengan sendu sedannya. Hari makin gelap namun Mardiyah masih setia menanti di tanah perkuburan itu. tiada siapa yang menemaninya hanya bunyi hujan dan unggas yang kedengaran. Semua itu bukan halangan bagi Mardiyah untuk terus tetap di situ dan berharap agar ayahnya kembali kepadanya. Lama dia merenung tanah kubur yang ditaburi kelopak bunga mawar berwarna merah. Dia mengenggam tanah itu dan serentak air matanya menitis dengan laju. Sayang, baliklah anakku. Teruskan hidupmu jangan kau seksa dirimu dengan meratapi pemergiaan ayahmu ini. Ayah akan sentiasa bersamamu walaupun kita tidak boleh bersatu seperti dahulu lagi. tapi ketahuilah ayah telah memaafkan atas semua kesalahan yang telah kamu lakukan sejak kamu kecil hinggalah sekarang. Baliklah anakku, ibu dan adikmu masih memerlukanmu. Ayah akan sentiasa berada di dalam hatimu. Sayup-sayup kedengaran suara Yasir membisik ke telinga Mardiyah membuatkan Mardiyah tersentak. Dia berpaling ke kiri dan kanan tetapi wajah ayahnya tidak ditemui hanya hembusan bayu yang lembut menyapa pipinya. Ayah, jangan pergi! Ayah! jeritnya. Diya! panggil satu suara. Mardiyah tersedar. Rupa- rupanya dia terlelap di tepi batu nisan ayahnya. Namun suara itu tetap terpahat kukuh di dalam hatinya. Dia termenung sejenak sebelum mendongak. Kelihatan Yusuf datang dengan membawa payung untuk dirinya. Jom balik dah dekat nak Maghrib ni. Semua orang risaukan kau. Mak kau suruh aku cari kau. Ucap Yusuf. Dia tersenyum namun senyuman dia tidak berbalas. Mardiyah berdiri. Dengan tidak mengendahkan huluran payung daripada Yusuf, Mardiyah melangkah pergi namun langkahnya terhenti bila dia teringatkan sesuatu. Kau boleh tolong aku tak Yus? tanya Mardiyah tiba- tiba.

Dahi Yusuf berkerut namun dia gagahi juga untuk mengangguk. Sepupunya itu sudah tidak seperti dahulu. Keceriaan yang sering mewarnai wajah yang manis itu telah hilang akibat satu peristiwa pahit. Apa dia? Kalau aku mampu aku akan tolong. Jawabnya sambil mendekati Mardiyah. Aku yakin mak kau pasti ceritakan apa yang berlaku pada aku kan? Jadi aku harap demi persahabatan dan hubungan keluarga kita aku harap kau dapat rahsiakan perkara ini daripada Quraisya. Aku tak nak dia tahu yang aku dah bernikah dengan Encik Ammar. Jika dia tahu pun, biarlah itu daripada mulut aku sendiri dan aku harap kau boleh rahsia perkara ini daripada sesiapa pun. Boleh Yus? tanya Mardiyah meminta kepastian. Yusuf tersenyum. Dia mengenggam kedua bahu Mardiyah. Wajah sepupunya yang suram dipandang dengan belas kasihan. Dia akan lakukan apa sahaja asalkan sepupunya itu kembali tersenyum. Untuk kau aku sanggup buat apa saja. Kalau kau perlukan tempat untuk meluahkan masalah aku akan ada di sisi kau. Pasal kau dengan Ammar aku janji tiada siapa pun yang akan tahu perkara ini. Janji Yusuf sambil mengangkat kelima jarinya seperti orang berikrar. Mardiyah menyeka air matanya. Akhirnya dia tersenyum pahit. Ini baharu permulaan untuk kisah di dalam hidupnya.

IBU jangan buat macam ni kesian kak long ibu. Rayu Aisya Humaira bila Kamariah mengambil semua pakaian Mardiyah yang berlipat kemas dalam almari dan dimasukkan ke dalam beg. Tangan Aisya pantas menarik tangan tua ibunya bagi menghalang Kamariah dari mengambil semua barang- barang kakaknya itu. Dia tahu Kamariah amat tertekan selepas kematian Yasir tetapi itu bukan alasan untuk menyingkirkan Mardiyah daripada hidup mereka. Selama ini hanya Mardiyah tempat mereka menyandarkan harapan tapi kini harapan itu hancur lebur selepas kakak sulungnya ditangkap basah. Ini pengajaran buat kak long kau. Dia dah conteng arang ke muka kita mana lagi ibu nak letak muka dengan orang kampung kalau mereka tahu kak long kau kena tangkap khalwat. Kau takkan faham hati seorang ibu. Rintih Kamariah dengan tangisan yang tidak tertahan. Kamariah menolak tangan Aisya Humaira yang menghalang kerjanya. Dia rasakan inilah jalan terbaik untuk Mardiyah. Anaknya itu perlu keluar daripada kampung sebelum menjadi buah mulut orang lain. Dia tahu cerita- cerita yang tidak elok seperti ini pasti akan cepat tersebar apatah lagi arwah suaminya merupakan bilal di kampung dan juga ahli masjid pasti orang kampung akan mempertikaikan cara mereka mendidik Mardiyah. Sesungguhnya dia malu untuk menghadapi semua itu. Tapi ibu, kak long tak semestinya bersalah. Mungkin ada orang yang nak aniaya kak long. Rifqie mula bersuara.

Dia yakin seratus peratus bahawa kakanya tidak bersalah. Dia kenal dengan Mardiyah, kakaknya tidak akan melakukan perkara yang akan memalukan keluarga mereka. Aisya pun rasa apa yang Iqie rasa ibu. Kak long tak bersalah. Sampuk Aisya. Sama ada kak long kau bersalah atau tidak bukan kau orang yang putuskan. Kalau dia tak bersalah dia takkan kahwin dengan lelaki itu. Entah apa yang dia buat kat KL sana kita tak tahu. Kau orang tahu tak yang kakak kau dah nikah sekarang ini dia dah ada suami biarlah suami dia yang menjaganya. Tegas Kamariah lagi. dia terduduk di atas tilam bilik anak sulungnya itu. Satu persatu wajah anak- anaknya dipandang. Sayu hatinya bila Aisya dan Rifqie bermati- matian membela Mardiyah. Memang jauh di dasar hati kecilnya dia percaya Mardiyah tidak bersalah tetapi untuk mengelakkan anak gadisnya menjadi bahan umpatan orang kampung, lebih baik Mardiyah keluar daripada kampung itu. Dia tidak sanggup melihat wajah duka Mardiyah saat jasad Yasir dikafankan. Terasa luluh hati seorang ibu apabila anaknya itu menangis bagaikan anak kecil memohon kemaafan daripada jasad yang tidak bernyawa. Tapi ibu Tiada tapi- tapi lagi keputusan ibu muktamad kak long kena keluar dari kampung ni malam ini juga. Ibu tak nak tengok pembunuh ayah kau ada dalam rumah ini. Bentak Kamriah. Tersentak Rifqie dan Aisya apabila ibu mereka mengatakan Mardiyah pembunuh ayah mereka. Apa perasaan kak longnya jika mendengar kata- kata itu. Memang Diya anak yang tak berguna ibu Diya dah malukan keluarga kita tapi itu bukan kehendak Diya. Diya tak nak pun kahwin dengan lelaki itu tapi Diya terpaksa ibu. Diya terpaksa. Diya tahu apa yang berlaku ini mengecewakan ibu tapi percayalah dalam hati Diya tidak pernah terdetik pun nak lakukan perbuatan sumbang itu. Diya masih waras dan Diya masih ingat ajaran yang ayah dan ibu ajarkan pada Diya. Ucap Mardiyah tiba- tiba. Dia sudah mendengar segala butir pembicaraan ibu dan adik- adiknya sebentar tadi. Nasib baik Yusuf sudah pulang jika tidak pasti lelaki itu juga turut mendengar apa yang ibunya ucapkan sebentar tadi. Aisya dan Rifqie tersentak begitu juga dengan Kamariah. Mereka yakin Mardiyah sudah mendengar perbualan mereka. Kamariah berdiri tegak menghampiri Mardiyah yang berdiri di muka pintu bilik itu. wajah anak kesayangannya dipandang. Terdapat sendu di mata bundar itu. Ibu merayu pada kau Diya. Tolong tinggalkan rumah dan kampung ini. Ibu rasa dah tak ada gunanya kau berada di sini kerna perbuatan kau akan jadi buah mulut orang je. Ibu bukan nak menghalau kau tapi untuk kebaikan kita sekeluarga lebih baik kau keluar daripada rumah ini. Ibu tak nak tengok muka kau lagi. Kamariah menyusun kesepuluh jarinya di hadapan Mardiyah seolah- olah merayu pada anak gadis itu. walaupun kedengaran lembut di telinga Mardiyah namun kata- kata tersebut seperti

belati yang merobek jantung Mardiyah. Hancur luluh hatinya apabila terus terang ibu yang disayanginya membuang dia dari hidup. Mardiyah mencapai tangan ibunya. Dikucup tangan itu dengan syahdu. Mungkin ini kali terakhir dia mengucup tangan yang telah melahirkan dan membesarkan dia. Demi kebahagian ibu dan adik- adiknya, Mardiyah mengalah dia akan menghilangkan diri daripada pandangan mereka. Itu tekadnya. Dia tidak mahu ibunya berasa malu kerana telah melahirkan dirinya. Suatu hari nanti dia akan buktikan yang dia masih punya harga diri. Baiklah ibu, kalau itu yang ibu mahukan Diya akan pergi dari sini tapi izinkan Diya untuk memeluk ibu dan adik- adik buat kali terakhir sebab dia takut dia kempunan pulak nak peluk ibu nanti.Ujar Mardiyah sebak. Air mata yang ingin menitis di tahan agar tidak kelihatan lemah di mata Aisya dan Rifqie. Aisya menangis teresak- esak mendengar kata- kata kakak kesayanganya itu. begitu juga denga Rifqie yang turut mengalirkan air mata menangisi perpisahan keluarga mereka yang akan berlaku sekejap lagi. Tanpa berlengah Aisya dan Rifqie menerpa ke arah Mardiyah dah memeluk kakaknya dengan erat. Air mata mereka tumpah di bahu Mardiyah yang membalas pelukan adik-adiknya. Walaupun kak long tak ada tapi kak long tetap sayangkan kamu semua. Kak long akan doakan kejayaan kamu. Ingat Iqie kamu SPM tahun ini, buat elok-elok lepas itu sambung belajar tau. Kamu pun sama Aisya belajar rajin- rajin dan jaga ibu baik- baik. Kak long tak dapat bersama dengan korang lagi tapi jangan lupakan kak long tau. Ucap Mardiyah bersama tangisan. Air mata Aisya dan Rifqie diseka dengan jemari runcingnya. Dia melepaskan pelukan dan melangkah ke arah Kamariah yang turut mengalirkan air mata. Dia faham perasaan ibunya di saat ini dan dia yakin sepenuh hati apa yang dilakukan oleh ibunya ini pasti ada kebaikannya. Mardiyah memeluk tubuh Kamariah yang kaku. Wanita separuh umur itu tidak membalas pelukan Mardiyah, mungkin masih marah namun Mardiyah tidak sedikit pun berkecil hati. dia mengucup pipi ibunya yang dibasahi dengan air mata buat kali terakhir. Maafkan Diya ibu. Jika ditakdirkan Diya dijemput untuk berjumpa dengan ayah nanti tanpa sempat bertemu dengan ibu, maafkan segala dosa Diya dari Diya kecil hinggalah Diya besar. Halal air susu, makan dan minum yang telah ibu berikan pada Diya selama ini. Diya nak ibu tahu yang Diya sangat sayang pada keluarga kita dan Diya akan pulang jika ibu yang menjemput Diya. Sambung Mardiyah lagi. Dia melepaskan pelukan selepas tiada balasan daripada Kamariah. Dengan titisan air mata yang tidak henti- henti Mardiyah mencapai beg sandang yang telah berisi barang- barang dan melangkah keluar daripada rumah yang banyak menyimpan memori sewaktu dia kecil. Jeritan daripada Aisya dan Rifqie yang memanggil namanya tidak diendahkan. Sedikitpun dia tidak berpaling. Mardiyah cuba mencekalkan hatinya agar dapat mengharungi dugaan ini seorang diri kerana dia yakin suatu hari nanti keluarga mereka pasti akan bersatu semula.

Ibu, maafkan anakmu yang telah mengecewakanmu. Tapi ketahuilah ibu, yang anakmu ini tidak akan pernah melupakan segala jasa dan pengorbanan yang telah kau berikan dalam kau mendidik anakmu ini. Suatu hari nanti anakmu pasti akan pulang, pasti.. rintih hati kecil Mardiyah. Setelah semuanya selesai Mardiyah memecut kereta Myvi putihnya dengan laju membelah kepekatan malam menuju ke destinasi yang tidak diketahuinya. Dia pergi membawa hati yang lara. Dia pergi bersama dengan kelukaan hati yang dalam. Tanpa Mardiyah sedari kepergiaannya itu dihantar oleh sepasang mata redup yang tidak henti mengalirkan air mata tuanya. Maafkan ibu anakku, ibu terpaksa melakukan semua ini untuk kebaikanmu. Andai suatu hari nanti semuanya pulih, ibu pasti akan menjemputmu kerana sayangnya ibu kepadamu tidak akan pernah pudar walaupun nafas ibu terhenti. Moga ALLAH merahmatimu walau di mana kamu berada kerana doa ibu selalu untukmu anakku. Hati kecil itu berbisik dalam kesedihan. Kesedihan yang menyaksikan terputusnya kasih yang tidak tahu bilakah akan menyatu.

BAB 10 DIYA kau okey ke? tanya Quraisya pada malam itu. Sejak Mardiyah pulang daripada kampung, gadis itu jarang bercakap dengannya. Sepatah ditanya, sepatah yang dijawab. Quraisya faham akan penderitaan yang dilalui oleh Mardiyah tetapi gadis itu kelihatan begitu teruk dan tidak bermaya. Hari- harinya dihabiskan dengan menangis meratapi kematian ayahnya. Sewaktu di kampung Mardiyah dulu Quraisya dapat merasakan kesedihan yang melanda jiwa temannya itu apabila gadis itu tidak henti-henti menangis di hadapan jasad Yasir yang kaku. Mardiyah yang sedang mengunyah roti hanya tersenyum hambar. Sudah hilang senyum di wajahnya, sudah hilang seri di wajahnya. Mardiyah kini hanya menjadi patung yang bernyawa. Tiada lagi ketawa dan tiada lagi air mata hanya yang ada seorang gadis yang tanpa perasaan. Aku okey je. Macam biasa. Jawab Mardiyah acuh tak acuh. Kesedihan yang ditanggungnya meragut semua kegembiraannya. Apa yang mampu diharapkan agar ALLAH mengalihkan mendung yang merajai hatinya. Aku tengok kau dah lain Diya, dah tak macam dulu. Aku macam tak kenal kau sekarang ini. Bila kau sorang kau menangis kau tahu tak kalau menangis selautan sekalipun ayah kau takkan kembali. Cukuplah kau doakan dia supaya ditempatkan di antara orang yang beriman. Ucap Quraisya cuba menyedarkan Mardiyah ke dunia sebenar.

Mardiyah diam. Dia tidak mengulas apa- apa hanya matanya yang menahan air mata daripada menitis. Hatinya sebak mendengar ucapan daripada sahabat baiknya itu. Quraisya tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi pada Mardiyah dan dia tidak mahu Quraisya tahu tentang apa yang berlaku sebenarnya. Biarlah dia menyimpannya sendiri kerana semua orang boleh bercakap tapi yang menanggungnya hanya ALLAH yang dapat membantu. Aku tahu kematian ayah kau telah bagi impak yang besar untuk diri kau tapi cuba kau fikir anak- anak yatim yang tinggal kat rumah Nur Cahaya itu, ada di antara mereka yang tak sempat jumpa ayah mereka. Sekurang- kurangnya kau masih ada ibu dan adik- adik kau yang menyayangi kau. Sambung Quraisya lagi bila tiada jawapan daripada Mardiyah. Ya memang aku masih ada ibu dan adik- adik tetapi mereka semua telah buang aku dari hidup mereka. Ke mana lagi harus aku tuju untuk aku mengadu nasib dan menumpang kasih? Ibu aku sendiri meragui kesucian diriku dan menganggap aku sebagai penyebab kematian ayah aku. Ke mana harus aku membawa hati aku yang lara ini? Ke mana? jerit hati kecil Mardiyah. Tanpa Mardiyah sedari setitis air matanya gugur ke bumi. Dia meraup wajahnya yang kusut. Sedaya mungkin dia cuba lindungkan wajahnya daripada pandangan Quraisya tetapi Quraisya lebih pantas menangkap apa yang terjadi pada sahabat baiknya itu. Quraisya menghampiri Mardiyah yang sedang duduk sambil memeluk lutut di atas sofa di ruang tamu rumah sewa mereka itu. Mata wanita itu difokuskan pada televisyen tapi Quraisya tahu fikiran gadis itu melayang entah ke mana. Aku tahu kau menangis Diya. Menangislah sepuasnya kerana hanya kau yang tahu apa yang kau tanggung tapi aku harap hari ini sahaja kau menitiskan air mata. Aku nak kau kembalikan Mardiyah yang aku kenal dulu. Mardiyah yang sentiasa menghadapi dugaan dengan senyuman. Ujar Quraisya. Bahu temannya itu dipegang. Wajah Mardiyah yang basah dek air mata direnung dengan penuh simpati. Terasa tubir matanya turut panas menanti air yang akan menitis bila- bila masa. Mardiyah mengelengkan kepalanya. Dia tidak mampu lagi untuk tersenyum jika apa yang dilaluinya amat berat untuk dia tanggung. Aku tak mampu Isya. Aku tak kuat. Ujar Mardiyah perlahan. Air matanya merembes laju. Quraisya mengenggam jari jemari Mardiyah yang dingin. dia tersenyum manis. Dia tahu Mardiyah seorang gadis yang kuat dan mampu menghadapi segala rintangan ini. Jika temannya itu memerlukan sokongan, dia akan sentiasa ada untuk gadis itu. Aku tahu kau mampu Diya, aku akan sentiasa berada di sisi kau sebab aku nak jadi sahabat kau di waktu kau senang mahu pun susah. Jadikan ibu dan adik- adik kau penguat hidup kau kerana mungkin ALLAH sedang menguji sejauh mana keimanan kau terhadapNya dengan mengambil ayah kau. Ingat Diya, ibu bapa dan keluarga hanya pinjaman buat kita. Bila tiba masanya ia akan ditari balik oleh Penciptanya. Aku harap sangat kau tak mudah putus asa dengan cubaan yang ALLAH berikan kepada kau ini. Kita selalu menghabiskan masa dengan meratapi kesedihan sampaikan kita terlupa bahawa pintu kebahagiaan selalu terbuka pada siapa yang mencarinya. Walau apa yang terjadi, hidup

mesti diteruskan Diya. Aku tahu kau dah biasa dengar ayat itu tapi itulah lumrahnya. Ucap Quraisya panjang lebar. Sempat lagi dia berseloroh dengan Mardiyah. Mardiyah tersenyum. lama dia berfikir tentang apa yang diutarakan oleh Quraisya itu. segala yang diucapkan ada benarnya. Sudah terlalu lama dia meratapi kematian ayahnya, sekarang sudah tiba masa untuk dia menjadi anak yang solehah dengan mendoakan kesejahteraan ayanhya di sana. Dia menarik nafas sedalam- dalamnya sebelum dihembus dengan perlahan. Ya, hidup mesti diteruskan. Dia akan buktikan pada Kamariah yang dia bukan pembunuh ayahnya dan dia masih punya harga diri. Dia akan lakukan apa sahaja untuk bersatu dengan keluarganya. Itu tekad Mardiyah. I know you can face it beb. You are the strong girl that I know. Quraisya tidak henti- henti memberi kata- kata perangsang. Bila dia melihat ada riak yang positif dari Mardiyah, Quraisya tersenyum lebar. Mardiyah membalas pandangan Quraisya. Sisa air mata yang masih menitis diseka dengan telapak tangannya. Selamat tinggal air mata, aku tak nak menangis lagi. guman hatinya. terima kasih Isya sebab ada untuk aku. Aku betul- betul lost bila ayah aku meninggal. Aku tak dapat terima kenyataan bila dia pergi tanpa sempat aku memohon maaf. Tapi kau telah sedarkan aku bahawa setiap yang hidup pasti merasai mati kerana itu janji ALLAH dan janji ALLAH itu pasti. Mardiyah mula berkata- kata. Bagaikan mendapat semangat baharu, Mardiyah tersenyum manis. Tubuh Quraisya didakap erat dan itu cukup mengembirakan hati Quraisya. Mardiyah sudah kembali. Quarisya menepuk-nepuk belakang Mardiyah. Dia menangis kegembiraan. Akhirnya Mardiyah tersedar dari dunia ciptaannya. Welcome back my friend!

USAI solat Isyak Mardiyah duduk termenung di atas katil sambil melipat telekung dan sejadahnya. Rasa tenang menyapa bila tanggungjawab lima waktunya telah terlaksana. Dia dapat rasakan semangat baharu telah bertiup di dalam dirinya untuk menjadi lebih kuat. Tibatiba dia teringat, hari ini sudah masuk seminggu dia tidak bekerja dan hari ini juga tempoh cutinya tamat dan esok merupakan hari pertama dia bekerja setelah pulih daripada trauma yang mencengkam kuat jiwanya. Hal ini bermakna esok dia akan bertemu dengan Ammar yang kini sudah menjadi suaminya walaupun taraf itu tidak pernah diakui oleh lelaki sombong itu. Sebenarnya dia sendiri lupa Ammar telah menjadi suaminya. Apa reaksi lelaki itu nanti bila bertemu dengannya? Apa yang pasti lelaki itu cukup membenci dirinya kerana itu dapat dilihat dari sinar mata Ammar pada malam mereka ditangkap basah.

Namun perkara itu tidak menjadi kudis buat Mardiyah kerana dia bukan kisah sangat dengan kehadiran Ammar. Dia tetap keseorangan walaupun telah bersuami dan biarlah status dirinya sebagai isteri Ammar menjadi rahsia mereka sekeluarga. Diya, ada orang nak jumpa kau. Terjengul wajah Quraisya di sebalik pintu biliknya. Siapa? tanya Mardiyah spontan. Entahlah tapi yang nyata lelaki yang nak jumpa dengan kau ni handsome gila kalah Lee Min Ho aku. Ujar Quraisya sambil tersengih seperti kerang busuk. Mardiyah mengerutkan dahi. Lelaki? Lelaki mana pula ni? Kau jemput dia masuk tak? soal Mardiyah lagi. Quraisya mengeleng. Dia tak nak masuk dia cakap dia tunggu kau dalam kereta dan dia nak jumpa kau sekarang. Ucap Quraisya sebelum berlalu. Mardiyah mengeluh. Siapalah yang nak jumpa aku malam- malam ni tak boleh tunggu esok gamaknya. Bebel dia sendirian. Selepas mencapai tudung dia melangkah menuju keluar. Dia mengamati kereta BMW berwarna putih yang terparkir elok di hadapan rumahnya. Rasanya mcam pernah kenal kereta itu tetapi pemandunya tidak kelihatan. Dengan rasa sangsi Mardiyah mengetuk cermin kereta yang hitam pekat itu. Setelah cermin kereta itu diturunkan, Mardiyah tergamam melihat tuan punya kereta tersebut. Sudah seminggu dia tidak bertemu dengan lelaki itu dan sekarang lelaki itu muncul di hadapannya tanpa diseru. Masuk!Arah Ammar. Tanpa banyak bicara Mardiyah menuruti arahan Ammar walaupun hatinya berat untuk melangkah ke dalam kereta mewah itu kerana pasti ada yang tidak kena. Kenapa encik nak jumpa saya? tanya Mardiyah lembut. Dia berpaling ke sisi. Memang benar kata Quraisya sebentar tadi, lelaki itu memang kacak pada malam ini. Dengan cermin mata hitam yang tersangkut di hidung mancungnya cukup menyerlahkan ketampanan Ammar yang santai berbaju t- shirt dan berseluar jeans. Sempat lagi Mardiyah meneliti penampilan lelaki itu. Aku datang jumpa kau ni bukan suka- suka tapi aku nak cakap sikit dengan kau pasal kita. Ammar memulakan bicara. nada suaranya kedengaran tegas dan tiada segaris senyuman pun di bibirnya.

Mardiyah terdiam. Dia tahu Ammar masih benci dan marahkannya tapi yang dia dapat lakukan jika takdir telah tersurat begitu. Bukan dia yang merancang apa yang berlaku tapi ALLAH yang menetapkan semua itu. Aku nak bagi amaran pada kau, aku tak nak ada sesiapa pun tahu yang kita sudah bernikah dengan erti kata lain aku tak nak orang sekeliling tahu status sebenar kau. Kalau ada sesiapa tahu, kau tunggulah untung nasib hidup kau. Ini amaran untuk kali terakhir. Aku nak kau tahu yang aku memang tak ingin beristerikan kau. Perempuan macam kau tak sesuai jadi isteri aku. Sampai bila- bila aku takkan terima kau dalam hidup aku dan jangan pernah kau harap untuk aku terima kau sebab aku dah ada kekasih hati yang jauh lebih cantik daripada kau Ujar Ammar tanpa sedikit pun memandang wajah Mardiyah. Bagi Ammar itu keputusan terbaik yang dia lakukan bagi memastikan yang Mardiyah tidak menganggu hidupnya. Walaupun telah di nasihati oleh mamanya untuk menerima Mardiyah namun Ammar tetap berdegil untuk tidak menerima Mardiyah dalam hidupnya. Pada Ammar kehadiran Mardiyah hanya memusnahkan masa depan yang ingin dia bina bersama dengan Lydia. Mardiyah diam tidak berkata. Rasa sebak mula menerjah ke kamar hatinya yang sayu. Baharu semalam semangatnya pulih dan kini lelaki itu datang membawa kesedihan dalam dirinya. Mardiyah sedar yang dia memang tidak akan pernah ada dalam hati Ammar dan dia tidak pernah berharap yang Ammar menerimanya tapi tidak bolehkah lelaki itu menghormati perasaannya. Kalau dah itu keputusan encik apa saya boleh buat. Saya sedar siapa diri saya di mata encik. Jawab Mardiyah lirih. Ammar tersenyum sinis. Dasar perempuan,kalau ikutkan hati memang sekarang juga dia hendak lepaskan Mardiyah namun bila terfikirkan Datin Zarina dia membatalkan hasrat itu. lagipun gadis itu telah bersetuju untuk merahsiakan pernikahan mereka daripada pengetahuan umum. Dan satu lagi, jangan kau cuba-cuba nak dekat dengan famili aku terutama mama aku. Aku tak suka perempuan kotor macam kau ini dekat dengan keluarga aku. Sambung Ammar dengan kasar. Dia langsung tidak mempedulikan perasaan Mardiyah yang telah terguris bila dipanggil perempuan kotor. Mardiyah tersentak dengan apa yang diucapkan oleh lelaki itu. terasa seperti kesabaran dia dicabar dan maruahnya di hina. Mardiyah tidak kisah jika Ammar tidak mahu menerima dirinya sebagai isteri tetapi dia rasa cukup terhina bila dilabel sebagai perempuam kotor. Setitik air matanya gugur. Pedih, sungguh pedih. Saya tahu saya hina di mata encik but please jangan panggil saya macam itu. Saya bukan seperti yang encik katakan. Bantah Mardiyah. Wajah Ammar ditentang berani. Ammar tersenyum sinis. Muak dia mendengar suara Mardiyah walaupun suara itu cukup lembut.

Itu kenyataannya memang kau perempuan tak guna! Sebab kau hidup aku musnah. Aku benci kau. bentak Ammar. Mardiyah terkedu saat itu. dengan hati yang sakit Mardiyah keluar daripada kereta itu. dia tak sanggup lagi untuk mendengar tohmahan dan cacian daripada lelaki yang sepatutnya membela nasibnya. Ammar melepaskan keluhan. Dia puas dapat menyakitkan hati gadis itu. BAB 11 MARDIYAH semakin bingung dengan sikap Ammar yang memusuhinya hampir setiap waktu. Apa sahaja yang dilakukannya semua kelihatan tidak betul di mata Ammar. Maklumlah orang sudah benci, kalau sudah benci buatlah baik sekalipun tetap dibenci. Kadang- kadang hal remeh- temeh pun lelaki itu akan besarkan. Apa nak buat dia hanya pekerja dan Ammar adalah majikannya. Am ada? sergah satu suara mengejutkan Mardiyah. Dia mengangkat muka. Kelihatan Lydia sedang berdiri di hadapannya dengan riak sombong. Naik menyampah pula Mardiyah menengoknya. Jika tidak difikirkan gadis itu teman wanita Ammar memang sudah lama dia bagi ceramah percuma. Sudahlah pakaiannya mengalahkan Lady Gaga, rambutnya pula perang mengalahkan air bateri yang berkarat. Entah apa yang dipandang oleh Ammar pun Mardiyah tidak tahu. Memang kalau daripada segi rupa memang gadis di hadapannya ini cukup cantik dan sempurna. Hoi, I tanya ni, Am ada ke tak? Yang duk termenung tu kenapa? Kerja malas tahu nak termenung je makan gaji buta ke you ni? lancang mulut Lydia berkata- kata. Memang tak sayang mulut agaknya minah ni. Sekali aku tempeleng bisu 40 hari. Mardiyah merungut di dalam hati. tanpa dia sedar dia tersenyum sendirian. Yang you senyum sorang- sorang tu kenapa? Dah gila? tambah Lydia lagi dengan nada yang geram. Dia memandang Mardiyah yang ringkas berbaju kurung riau berwarna hitam dipadankan dengan tudung yang turut berwarna hitam. Pada Lydia, Mardiyah memang ketinggalan zaman. Langsung tidak pandai berfesyen. Memang nampak kekampungan dan tidak sesuai untuk menjadi setiausaha Ammar. Bukan aku yang gila tapi kau. Desis Mardiyah perlahan cukup untuk dia seorang sahaja yang mendengar. Apa you cakap? tanya Lydia. Dia terasa seperti mendengar Mardiyah berkata sesuatu tetapi tidak jelas. Mardiyah mengeleng lantas dia tersengih cuba menutup malu.

Mana ada Cik Lydia. Cik nak jumpa Encik Am ke? Ada buatappointment tak? tanya Mardiyah selamba. Anak mata hitamnya difokuskan tepat pada wajah jelita Lydia. What? Appointment? You tahu tak I ni siapa? balas Lydia dengan bongkaknya. Dia mengetap bibir tanda geram dengan setiausaha Ammar yang mengada-ngada ini. Tahu. Cik Lydia la. Jawab Mardiyah ringkas. Sempat lagi dia menayangkan muka tidak bersalah walaupun muka Lydia sudah merah menahan marah. I ni girlfriend Ammar dan I boleh jumpa Ammar bila- bila masa yang I suka tanpa perlu appointment you tak tahu ke?bentak Lydia. Siapa cakap? Masa saya kerja dulu, Encik Ammar ada cakap kalau sesiapa nak jumpa dia kena buat appointment dulu. So saya hanya menjalankan tugas. Mardiyah tersenyum hingga menampakkan lesung pipit di pipinya. Dia tidak akan bertolak ansur jika sudah melibatkan tugasnya lagipun perkara itu telah diperintahkan oleh Ammar dan dia hanya menurut. What the hell? I nak cakap dengan Ammar sekarang dan I akan pastikan yang Ammar akan uruskan you! marah Lydia. Belum sempat Mardiyah membalas kata- kata Lydia, Ammar keluar daripada biliknya dengan wajah yang serius. Huh, Ammar mana pernah tak serius, asyik mencuka saja kerjanya. Bebel Mardiyah dalam hati. Lydia tersenyum lebar. Heronya telah datang lantas tanpa menunggu lama dia mendapatkan Ammar yang memang setia menanti di muka pintu biliknya. Lengan sasa lelaki itu dipegang kejap hingga menimbulkan rasa meluat dalam diri Mardiyah melihat kemanjaan Lydia yang berlebihan. Apa yang berlaku ni? tanya Ammar. Matanya memandang tepat pada Mardiyah. Mesti perempuan ni buat kecoh lagi. Sayang, you tengoklah secretary you ni. I nak jumpa you pun dia tak bagi. Dia suruh I buat appointment dengan you dulu. I bukannyacustomer you nak kena buat appointment. Sakit hati I tau. Adu Lydia sambik kepalanya meluik lentok di bahu Ammar. Mardiyah cuba menahan rasa melihat drama satu episode yang dilakonkan oleh Lydia di hadapannya. Rasa nak termuntah pun ada tapi dia tetap bertenang walaupun dia dapat melihat bunga- bunga api di wajah Ammar. Mardiyah, betul ke apa yang Lydia bagi tahu? soal Ammar dengan nada yang marah. Perlahan- lahan Mardiyah menganggukkan kepala. Dia tertunduk kerana tidak dapat menentang pandangan mata Ammar yang tajam. Memang sejak dia mula bekerja lagi dia tidak dapat menentang mata Ammar dengan jangka masa yang lama. Dia sendiri tidak tahu kenapa.

Apasal kau ni lembab sangat? Lydia ni kekasih aku takkan itu aku nak ingatkan banyak kali. Siapa kau nak halang dia dari jumpa dengan aku hah?keras suara Ammar kedengaran walaupun nada yang perlahan. Hati Mardiyah tersentuh. Dia cukup terhiris dengan kata- kata Ammar. Lelaki itu telah merendahkan dia di hadapan Lydia sehinggakan wanita itu tersenyum kemenangan. Memang dia ni lembab sayang. Yang you ambik dia kerja kenapa? Dahlah kampung. Lydia menambah untuk mencukupkan rasa meluat di dalam hati Mardiyah. Ammar hanya mendiamkan diri tetapi dia masih menunggu jawapan daripada Mardiyah. Hatinya begitu sakit melihat wajah lembut Mardiyah. Memang dia sengaja mencari pasal dengan Mardiyah kerana dia mahu menambah kebencian pada gadis itu yang sememangnya di bencinya. Saya hanya ikut arahan encik je. Encik pernah cakap yang encik takkan layan orang yang tak buat appointment. Saya hanya menjalankan kerja saya. Jawab Mardiyah tergagapgagap. Dia tahu hari ini dia akan menjadi mangsa kemarahan lelaki itu. Lydia tersenyum puas. Dia tahu Ammar pasti menyebelahinya kerana lelaki itu mencintainya walaupun selama mereka bercinta Ammar tidak pernah mengungkapkan kata- kata keramat yang diharapkan. Tetapi itu Lydia tidak peduli janji Ammar menjadi miliknya dan dia tidak akan lepaskan lelaki kacak itu pada perempuan lain. Kerja kepala otak kau! Kau tahu Lydia kekasih aku yang kau tahan dia dari jumpa aku kenapa? Mulai hari ini kalau dia nak jumpa aku, kau tak payah nak minta appointment kau bawa je jumpa aku. Takkan semua itu aku nak ajar. Belajar dah tinggi tapi lembab tahap budak tadika lebih baik tak payah jadi secretary kalau benda ni nak kena ajar. Tengking Ammar lantang. Beberapa pasang mata memandang ke arah mereka. Mardiyah malu, sangat malu apabila ditengking di depan kakitangan lain. Terasa seperti dirinya tidak berharga. Dadanya mula terasa sebak. Dia menundukkan wajah. Saya mintak maaf encik. Ujar Mardiyah perlahan. Tiada guna dia bertegang urat dengan Ammar kerana lelaki itu lebih berkuasa ke atasnya. Jika dia melawan, silap hari bulan dia akan kehilangan kerja. Dia tidak mahu kehilangan kerja ini kerana hanya inilah punca pendapatannya. Ammar mendengus. Suara Mardiyah yang lembut tidak mampu mengusir perasaan marah yang bertandang dalam hatinya sejak peristiwa malam itu. Dia tidak akan sesekali memaafkan Mardiyah tentang apa yang berlaku walaupun bukan kesalahan gadis itu seratus peratus. Kau ingat dengan kata maaf boleh selesai semua perkara. Dengar sini Mardiyah aku tak nak kau ulang kesilapan kau ini dan jika perkara ini berlaku lagi, nahas kau. Ammar memberi amaran. Jari tulunjuknya diluruskan tepat ke muka Mardiyah.

Mardiyah hanya mengangguk lemah. Hatinya cukup terluka dengan layanan Ammar yang kasar dengannya. Bahasa yang digunakan oleh lelaki itu cukup mengambarkan bahawa dia cukup membenci diri Mardiyah. Sudahlah sayang tak payahlah you layan perempuan lembab ni. I datang nak jumpa you ni . I miss you hard. Bisik Lydia manja sambil mengesel-geselkan badannya pada Ammar. Memang cukup gedik. Ammar menjarakkan sedikit tubuhnya daripada Lydia. Dia tidak suka Lydia bermanja sampai begitu sekali. Ammar risau jika ada gossip liar yang akan tercetus di pejabat itu jika ada yang melihat Lydia berkelakuan sedemikian. Kali ni aku maafkan kau. Ucap Ammar. Dia menarik tangan Lydia menuju ke biliknya tapi langkahnya terhenti bila dia teringatkan sesuatu. Apa yang tercegat kat situ lagi? Pergi buat air untuk Lydia. Arah Ammar keras. Mardiyah hanya mengangguk tanpa mengeluarkan sepatah kata. Dia mengelap air mata yang menitis tanpa dia sedar lantas langkahnya dihayunkan menuju ke pantri. Tanpa dia sedari insiden tadi diperhatikan oleh seseorang.

PINTU bilik diketuk sebelum dia melangkah masuk. Mardiyah kelihatan sudah dapat menenangkan diri selepas kejadian tadi dan kini dia berada di bilik Ammar dengan menatang dulang yang berisi air minuman untuk kekasih tercinta suaminya. Here you come perempuan kampung. Sinis Lydia. Dia menyilangkan kakinya yang putih gebu sambil memandang tepat pada Mardiyah. Sekarang ini Ammar tiada dan tiba masanya untuk dia mengenakan Mardiyah yang amat menyakitkan hatinya. Kalau I jadi you kan, dah lama I berhenti kerja dari sini. Buat apa kalau terus kerja kalau bos sendiri tak suka. Entah- entah you tak nak berhenti sebab you dah sangkut dengan boyfriend I tu. I tahuboy I tu kacak orangnya tapi sorry lah dia tak layan orang kampung macam you ni. Sindir Lydia lagi dengan muka bangga. Mardiyah hanya mencebikkan bibirnya. Menyampah dengan kata- kata Lydia yang mengadangada. Macamlah aku nak sangat kat boykau tu. Kalaulah kau tahu yang boy kesayangan kau tu laki aku tentu kau terjun bangunan hotel ni. Jawab Mardiyah tetapi hanya di dalam hati. Lydia sakit hati kerana tiada balasan daripada Mardiyah. Dia harus mencari jalan lain untuk mengerjakan Mardiyah. Saat itu dia ternampak Mardiyah sedang menatang dulang yang berisi air yang panas dan serta merta dia mendapat idea jahatnya. Sewaktu Mardiyah melangkah menuju dekat dengan Lydia untuk meletakkan dulang tersebut, dengan pantas kaki Lydia menahan kaki Mardiyah hingga membuatkan langkah

gadis itu tersandung. Habis tumpah air teh o suam yang dibawa Mardiyah tumpah mengenai lengan gadis itu. tetapi sedikit sebanyak air itu terpercik juga pada Lydia. Mardiyah mengaduh kesakitan, nasib baik air itu hanya suam bukan panas tapi walaupun suam, ia turut memberi kesan merah pada tangan Mardiyah. Dia tahu memang Lydia yang memetis kaki dia sebentar tadi tapi dia masih bersabar. Aduh sakitnya. Adu Mardiyah sambil memegang tangannya yang merah. Dia cuba untuk bangun tapi keadaan sudah terlambat. Saat itu juga Ammar masuk ke dalam biliknya dan melihat insiden itu. terkedu dia bila melihat Lydia sedang mengerang kesakitan sambil memegang betisnya seperti sedang menyembunyikan sesuatu. Di satu sudut yang berdekatan dengan Lydia pula, kelihatan Mardiyah sedang mengemas cawan yang berselerakan di lantai. Whats going on? tempik Ammar pada Mardiyah. Mardiyah tersentak. Lydia mendongak. Yes! Kali ini dia menang lagi. Aduh, honey sakitnya kaki I, kaki I dah melecur. Ini semua pasal perempuan ini yang sengaja tumpahkan air atas kaki I. nampak sangat dia berdendam dengan I sayang. Adu Lydia sambil berpura- pura menangis. Tapi dalam hati dia tergelak besar melihat wajah cuak Mardiyah. Memang hebat betul lakonan Lydia kali ini. Mardiyah terkejut. Dia berpaling memandang Lydia yang tidak jauh darinya. Ternyata wanita itu hanya tersenyum jahat. Dia berpaling semula ke arah Ammar dan mengelengkan kepala. Bibirnya terketar- ketar kerana cuba menjelaskan sesuatu. Apa alasan kau pula kali ini? tengking Ammar. Suaranya seperti halilintar menusuk ke telinga Mardiyah. Dia mendapatkan Lydia yang sedang mengongoi kesakitan. dibeleknya kaki wanita itu yang terdedah. Memang terdapat kesan merah tapi tidaklah seteruk mana. You okey ke? Tanya Ammar lembut. Lydia mengangguk sambil menjeling pada Mardiyah yang diam terkaku. Dia puas, tapi belum puas sepenuhnya. Kaki I sakit sayang, I takut tak boleh jalan pulak. Nanti macam mana I nak catwalk? Ini semua setiausaha you punya pasal. I nak dia lap kaki I sekarang! bentak Lydia. Dia menarik-narik tangan Ammar seperti budak kecil meminta coklat. Dia akan pastikan rancangan jahatnya akan tercapai kerana telah lama dia sakit hati dengan Mardiyah sejak insiden di restoran KFC tempoh hari. Mardiyah terkesima dengan permintaan Lydia yang dianggap sangat keterlaluan. Dia tidak akan sesekali tunduk pada perempuan jahat seperti Lydia. Dia berharap agar Ammar tidak menuruti kemahuan teman wanitanya yang sawan tahap kronik itu.

Tetapi harapan dia hanya tinggal harapan apabila dengan suara yang lantang Ammar memaksa Mardiyah untuk mengelap kaki Lydia yang terkena percikan air teh itu. alah bukan banyak mana pun, boleh lap sendiri cuma Lydia sengaja hendak mencari pasal. Kau dengar tak apa yang dia cakap? Aku nak kau bersihkan kakigirlfriend aku sekarang! arah Ammar tegas. Mardiyah hanya berteleku di situ. Dia mengelengkan kepala. Kau jangan nak degil Diya, aku cakap sekarang! tengking Ammar tidak berpuas hati. Lydia pula hanya tersenyum bangga. Saya tak nak. Lagipun bukan kesalahan saya. Cik Lydia yang sengaja petis kaki saya sampai terjatuh. Bukan salah saya. Tegas Mardiyah sambil tertunduk. Dia berdiri dan cuba untuk melangkah keluar daripada bilik yang menyesakkan dada itu tapi dengan pantas pergelangan tangannya disambar oleh Ammar dengan kasarnya membuatkan Mardiyah memejamkan mata menahan kesakitan. Kau jangan nak lari. Salah kau tetap salah kau. Aku nak kau ikut cakap Lydia sekarang! Aku tak nak dengar alasan yang merapu daripada kau dan jangan nak melawan aku. Tegas Ammar lagi. dia mula naik berang dengan perangai Mardiyah yang suka melawan. Tangan Mardiyah dicengkam kemas. Jika gadis itu mengelengkan kepala dia akan menguatkan lagi cengkamannya. Kau nak ikut atau tak? tanya Ammar sambil mencengkam pergelangan tangan isterinya. Mardiyah menahan rasa sakit yang mula menjalar ke segenap sanubarinya. Setitik demi setitik air matanya gugur ke bumi bagi menahan rasa pedih yang menikam hingga ke lubuk hati. Sakit tangannya kerana melecur di tambah pula dengan cengkaman tangan sasa Ammar cukup membuatkan Mardiyah menitiskan air mata. Tak nak. Jika encik paksa saya sekalipun saya takkan ikuti kemahuan kekasih encik ini. Bantah Mardiyah. Dia tidak akan sesekali mengalah bila harga diri dia menjadi pertaruhan. Biarlah lelaki itu menyeksa dia sekali pun dia tidak akan kalah. Ammar mengetap bibir. Geram kerana gadis itu sudah pandai membantah. Tanpa perasaan dia menguatkan lagi cengkaman itu sehinggakan Mardiyah mengaduh kesakitan. dia cuba melepaskan genggaman tangan Ammar yang kemas namun apalah sangat tenaga yang dia ada. Lepaskan saya encik, atau saya akan adukan perkara ini pada datuk. Ugut Mardiyah. Kau ingat papa aku akan layan perempuan macam kau ni? balas Ammar pula. Dia seakan terlupa bahawa Lydia sedang menonton sandiwara mereka. Saya tetap pekerja encik dan saya ada hak. Jawab Mardiyah.

Hak? Jangan nak berangan. Aku takkan lepaskan tangan kau sebelum kau buat apa yang Lydia mahu. Tengking Ammar. Anak mata coklatnya menikam tepat anak mata Mardiyah yang berair menahan kesakitan. dahi gadis itu juga turut berlapis- lapis. Jauh di dalam hati Ammar dia turut tersentuh melihat air mata gadis itu namun, egonya tetap menghalang rasa kemanusiaan itu. dia benci pada Mardiyah dan dia akan pastikan gadis itu merana. Lebih baik saya mati daripada ikut cakap kekasih encik yang gila ini! bentak Mardiyah sambil menarik tangannya sepenuh tenaga yang dikumpulkan. Ammar terkesima mendengar bentakkan yang keluar daripada bibir mungil itu. terasa seperti egonya dicabar oleh gadis itu. ini baharu kali pertama pekerja berani melawannya dan dia tidak akan tinggal diam. Berombak dada bidangnya menahan rasa marah yang meruap- ruap. Kurang ajar! tempik Ammar seraya menghayunkan tangannya untuk menampar Mardiyah namun ada suara yang menghalang. Ammar! Apa yang kau nak buat tu? Datuk Zainal menjerit di muka pintu bilik yang separuh terdedah. Hasrat Ammar terhenti. Dia berpaling. Papa! sejak bila pula papa ada dalam ofis ini. Soal Ammar dalam hati. Mardiyah menangis dan mendapatkan Datuk Zainal. Dia berdiri di belakang Datuk Zainal bagi mendapat perlindungan. Dia takut dengan Ammar yang hampir sahaja memukulnya. Tak malu ke angkat tangan pada perempuan? tanya Datuk Zainal lagi. tapi kali ini suaranya sudah mula mengendur. Dia memandang wajah menantunya dengan simpati sebelum matanya tuntas pada laman wajah Ammar yang tegang. Perempuan ini kurang ajar. Am kena ajar dia sikit. Balas Ammar. Bukan cara ini nak mengajar. Ini bukan mengajar tapi mendera namanya. Papa takkan benarkan kamu menyakiti Mardiyah sebab nak bela kekasih kamu. Ucap Datuk Zainal membela Mardiyah. Tapi pa, dia dah melampau. Ammar bersuara. Papa tak nak dengar apa- apa alasan lagi. jumpa papa di ofis dan awak Cik Lydia.. Lydia berdiri. Dia memandang wajah Datuk Zainal dengan berani. Dia tidak menyangka yang Datuk Zainal akan campur tangan. Saya rasa lebih baik Cik Lydia balik dahulu sebab kalau nak bercinta bukan di sini tempatnya. Sambung Datuk Zainal sinis. Lydia terkulat-kulat kerana diperli oleh Datuk Zainal.

Diya kamu boleh keluar sekarang. Tiada sesiapa yang boleh ganggu kamu lagi. ujar Datuk Zainal lembut. Dia tersenyum manis pada menantu rahsianya itu. kesian dia melihat wajah polos itu yang basah dengan air mata. Baik datuk.

MARDIYAH menangis teresak- esak di pantry sambil memegang pergelangan tangannya yang sudah merah. Sakit tidak terkata hanya Tuhan yang tahu. Sampai hati Ammar memperlakukan dirinya hingga begitu rupa. Salahnya bukan besar sangat cuma Lydia yang membesarkan perkara itu. Ternyata Ammar memang tidak boleh menerima dirinya walhal dia telah menurut kata lelaki itu yang mahu pernikahan mereka dirahsiakan. Jika inilah seksaan yang bakal diterimanya selama bergelar isteri lelaki itu, lebih baik dia berpisah sahaja. Diya, awak okey?tegur satu suara mengejutkan Mardiyah yang sedang melayan perasaan. Mardiyah berpaling. Kelihatan Raqeem berdiri di muka pintu sambil tersenyum manis meyerlahkan ketampanan semula jadinya. Mardiyah membalas senyuman Raqeem dengan ikhlas walaupun dia terasa hambar. Saya okey je. Balas Mardiyah. Tapi kenapa saya tengok muka awak sedih je. Tanya Raqeem menghampiri Mardiyah yang sedang berdiri di tepi singki sambil memegang pergelangan tangannya. Mesti ada sesuatu yang tidak kena. Tak ada apa-apa encik saya okey je. Raqeem tersenyum. dia tahu Mardiyah sedang menyembunyikan sesuatu. Tak payah berencik dengan saya, panggil nama je. Saya rasa selesa kalau awak panggil saya macam awak panggil kawan- kawan awak. Rasa lebih dekat. Raqeem memulakan bicara. Sememangnya dia suka dengan Mardiyah. Dia cuba mendekatkan diri dengan Mardiyah tetapi gadis itu seakan tidak mengerti bahasa yang dia cuba sampaikan tetapi itu tidak mematahkan semangat Raqeem untuk mendekati Mardiyah. kenapa dengan tangan awak? Sakit ke? Saya tengok muka awak berkerut semacam je. Tegur Raqeem sambil anak matanya memandang tangan Mardiyah. Mardiyah mengeluh. Tangan saya melecur sikit sebab tertumpahkan air tadi. Tapi tak teruk mana pun. Balas Mardiyah. Dia membalas pandangan Raqeem yang tampak risau. Tak teruk apanya. Tengok habis merah tangan awak ni. Nasib baik sikit saje kalau melecur satu badan bagaimana? Siapa yang susah? Saya juga yang susah.

Mardiyah terkedu. Raqeem begitu mengambil berat terhadap dirinya membuatkan hati kecilnya tersentuh. Baharu pertama kali dia rasa dihargai oleh seseorang. Raqeem menuju ke kabinet. Dia mencari sesuatu. Sesuatu yang boleh dijadikan ubat untuk memulihkan tangan Mardiyah yang melecur. Satu persatu laci kebinet di buka. Awak cari apa tu? tanya Mardiyah pelik. Ubatlah. Tangan awak kan melecur. Tak boleh dibiarkan macam itu sahaja. Ujar Raqeem sambil menruskan pencariannya. Mardiyah hanya membiarkan lelaki itu meneruskan pencariannya. Akhirnya Raqeem menemui ubat yang di carinya. Dia tersenyum ke arahnya. Tunjuk tangan. Pinta Raqeem. Mardiyah hanya mengikut. Tangannya ditunjuk kepada Raqeem. Lelaki itu cuba menyapu ubat di tangan gadis itu namun pantas di halang oleh Mardiyah. Dia menarik kembali tangannya. Kenapa Diya? Tanya Raqeem pelik. Mata Mardiyah direnung. Mardiyah mengeleng. Saya boleh sapu ubat ini sendiri. Terima kasih sebab awak nak tolong saya. Ujar Mardiyah lembut. Dia tidak mahu mengambil kesempatan atas kebaikan Raqeem terhadapnya lagipun kesan melecur itu bukan kritikal sangat. Dia mencapai ubat daripada tangan Raqeem dan melumurkan ke seluruh tangannya yang memerah. Berkerut dahinya menahan pedih tapi di hadapan Raqeem, Mardiyah berlagak tenang. Raqeem tidak menghalang kerana dia tahu Mardiyah masih segan dengan dirinya. Tapi Raqeem tidak akan berputus asa untuk menarik perhatian gadis pemalu itu. Dia mengambil kesempatan memerhati wajah gadis bertudung hitam di hadapannya sekarang. Memang Mardiyah tidak secantik kawan- kawan wanitanya yang lain tetapi ada sesuatu pada wajah Mardiyah yang menarik perhatian Raqeem. Mungkin mata gadis itu yang bundar sesuai dengan alis matanya yang sedikit lebat. Hidungnya yang sederhana mancung memang padan dengan bibir gadis itu yang mungil. Namun, apa yang menarik lagi pada Mardiyah adalah lesung pipit yang menghiasi pipi kanan gadis itu. Jika diikutkan, gadis bertudung dan bertutup seperti Mardiyah ini tidak pernah dipandang oleh Raqeem suatu ketika dahulu kerana bagi Raqeem gadis seperti ini berfikiran kolot namun selepas bertemu dan berkawan dengan Mardiyah segala persepsi dia sudah bertukar kerana dia tahu jika dia ingin berumah tangga, gadis seperti Mardiyah yang akan di pilih. Dah siap pun. Awak tak pergi makan ke? tanya Mardiyah lantas mendongak memandang wajah Raqeem.

Namun, jantungnya seakan berlari pantas apabila anak mata mereka bertembung. Mardiyah berdebar, Raqeem terkelu. Dia tertangkap kerana terlalu lama merenung wajah gadis itu. Kenapa pandang saya begitu? Tanya Mardiyah selamba. Dia cuba meredakan debaran di dalam hatinya. Raqeem melarikan pandangan ke tempat lain. Dia malu kerana ditegur oleh Mardiyah. Itulah asyik sangat pandang anak dara orang, kan dah kantoi. Bisik hati kecilnya. Saja je tengok muka awak yang manis ni. Kalau saya balik rumah nanti tak boleh tengok pulak. Ujarnya memberi alasan. Hah? Mardiyah bingung. Berkelip- kelip matanya memandang Raqeem yang sudah tersenyum simpul. Mardiyah masih tidak mengerti apa yang cuba disampaikan oleh Raqeem. Memang Mardiyah seorang yang lurus. Tak ada apa- apalah. Saya pergi dulu. See you later. Ucap Raqeem sambil mengenyitkan mata dan melemparkan senyuman yang menggoda. Mardiyah menelan air liur yang terasa pahit di kerongkong. Dia terasa seperti di awangawangan. Lelaki itu seakan menggodanya. Mardiyah mengurut dadanya yang berdebar- debar namun akhirnya dia tersenyum sendirian. Apa sudah jadi ini?

BAB 12 AMMAR bersendirian di apartmentnya malam ini. Kebiasaannya Lydia selau datang melepak di situ sambil berbual- bual kosong dengan Ammar. Tetapi sejak peristiwa dia dicekup oleh pihak berkuasa, dia sudah tidak berani untuk menjemput Lydia ke apartmentnya. Dia lebih senang berjumpa dengan kekasih hatinya itu di luar daripada di apartment. Ammar merenung kosong siling rumahnya itu. dia benar- benar serabut saat ini apatah bila memikirkan apa yang berlaku di pejabatnya tengah hari tadi. Rasa sakit hati pada Mardiyah tidak pernah hilang walaupun gadis polos situ tidak melakukan apa kesalahan kepadanya. Apa yang berlaku di pejabat tadi hanyalah untuk memuaskan hati dia sahaja. Sebenarnya Ammar sengaja ingin menyeksa Mardiyah kerana jika gadis itu terseksa dia dapat rasakan sakit hatinya terbalas. Oleh itu, dia jadikan Lydia sebagai alasan untuk menyeksa isterinya itu. jika difikir dengan fikran yang waras, perbuatan Ammar memang tidak patut tetapi api kemarahan yang marak dalam dirinya tidak boleh padam setiap kali dia memandang wajah manis itu. Ammar mengeluh. Sampai bila sandiwara ini akan berakhir. Sampai bila dia harus menyembunyikan pernikahan ini daripada pengetahuan Lydia dan orang lain. Setakat ini hanya keluarga dia dan Mardiyah yang mengetahui wujudnya pernikahan itu. dia mahu kisah dia dan Mardiyah ditamatkan dengan segera tapi bagaimana? Setiap kali dia ingin

melepaskan Mardiyah, dia teringat pada Datin Zarina yang pernah merayu padanya agar tidak melepaskan gadis itu. Dia memejamkan mata buat seketika. Wajah Mardiyah terlayar ke ruang mindanya membuatkan Ammar teringat perbualan dia dengan Datuk Zainal siang tadi.

PAPA tahu kamu benci sangat dengan Diya but please jangan buat macam tu lagi. dia ada perasaan juga Am. Ujar Datuk Zainal. Wajah Ammar yang sedang duduk di atas sofa di pandang. Nasib baik dia datang tepat pada waktunya, jika tidak memang tangan sasa Ammar hinggap di pipi Mardiyah. Dia yang melawan Am papa. Memang patut Am tampar perempuan macam itu. perempuan murah! ucap Ammar penuh kebencian. Panasnya masih lagi beruap- ruap. Datuk Zainal mengelengkan kepalanya yang separuh beruban. Semakin tertekan dengan sikap Ammar yang sangat membenci Mardiyah padahal gadis malang itu sudah sah menjadi isterinya dua minggu yang lalu. Am, tak baik cakap dia begitu. Walaupun kamu benci dia disebabkan peristiwa itu, jangan kamu menghukum dia sampai macam ini sekali. Dia juga manusia biasa. Kemarahan yang kamu tanamkan untuk Diya tidak akan bawa kamu ke mana- mana. Ingat nak, kemaafan itu dendam yang cukup indah. Nasihat Datuk Zainal sambil menepuk lengan Ammar. Ammar mencebik. Hatinya tidak dapat menerima sebarang nasihat yang berkaitan dengan Mardiyah. Dia benci dan itu keputusannya. Am takkan maafkan dia pa. Am benci dia dan Am akan pastikan yang dia hidup merana. Ucap Ammar penuh perasaan. Datuk Zainal terkedu. Betul ke ini anak lelaki yang dia didik selama 27 tahun dengan penuh ilmu agama? Ammar seakan tidak redha dengan takdirnya. Am, jangan terlampau membenci Mardiyah, dia itu isteri Am.. Am tak ada isteri. Dia bukan isteri Am. Pintas Ammar dengan tegas. Tangannya disilangkan. Astaghfirullah al azim, cuba bawak mengucap Am, kamu jangan cuba menentang apa yang telah ditetapkan untuk kamu. Mungkin Mardiyah jodoh terbaik yang telah ditetapkan oleh ALLAH untuk kamu. Jika ikutkan hati papa, memang papa marah dengan apa yang berlaku dalam keluarga kita tapi papa tahu semua yang berlaku ini ada sebab dan hikmahnya. Papa percaya yang kamu tidak akan melakukan perkara yang akan merosakan hidup orang lain sebab itulah papa anggap apa yang jadi pada kamu hanya kemalangan. Kalau papa boleh terima ini dengan hati yang terbuka, kenapa kamu tak boleh terima Mardiyah dalam hidup kamu? tanya Datuk Zainal serius. Dia mahu tahu alasan anak sulunngnya itu.

Mata Ammar direnung dalam. Anak mata coklat itu sememangnya sarat dengan kebencian bila nama Mardiyah disebut. Tapi hati Am sakit pa, sakit sangat bila tengok muka dia. Memang Am tahu Am dengan dia tak bersalah tapi jika pada malam itu dia tak datang kat bilik Am, Am tak kena cekup dengan dia. Luah Ammar. Wajah Datuk Zainal dipandang. Dia meraup rambut kebelakang. Dia benar- benar tertekan sekarang ini. Cuba Am fikir bukankah Am yang mintak supaya Diya hantarkan laporan itu dalam bilik kamu. Maknanya dia dah buat apa yang kamu arahkan dan kamu tidak boleh terus- terusan menyalahkan dia dan membenci dia hingga memberi kesan pada prestasi kerja kamu. Am sendiri jelas dengan apa yang berlaku pada malam itu kan? Balas Datuk Zainal pula cuba menyedarkan Ammar. Ammar terdiam. Hanya tangannya yang bergerak memintal tali lehernya yang telah ditanggalkan. Papa nak kamu tahu sesuatu, ayah Diya dah meninggal dunia pada malam kamu kena tangkap. Sekarang ini Diya dah jadi anak yatim dan sebagai suami sepatutnya kamu membela nasib dia bukan mengabaikan dia sampai begini. Kamu tahu kan apa hukumnya tidak menunaikan tanggungjawab kamu sebagai suami? Berdosa Am apatah lagi bila kamu biarkan isteri kamu bergaul bebas dengan lelaki yang bukan muhrim dia. Sambung Datuk Zainal selepas tiada balasan daripada Ammar. Dia yakin sedikit sebanyak Ammar termakan juga dengan kata- katanya. Cuma cepat atau lambat yang menentukannya. Ammar sedikit terkejut bila mengetahui Mardiyah sudah kehilangan ayah. Baharu sekarang dia tahu. Patutlah gadis itu tidak datang kerja selama seminggu rupa-rupa ayahnya meninggal. Timbul sedikit rasa simpati dalam diri Ammar namun cepat- cepat dikikis. Am takkan bertanggungjawab papa. Am tak rela dia jadi isteri Am, bila sampai masanya nanti Am akan ceraikan dia. Selepas itu Am akan kahwin dengan Lydia. Ucap Ammar selamba tanpa menghiraukan air muka papanya yang berubah. Kamu nak kahwin dengan Lydia? Kamu dah fikir masak- masak ke? tanya Datuk Zainal. Of course papa. Hubungan Am dengan Lydia dah nak masuk tiga tahun takkan Am nak siasiakan macam itu je. Jawab Ammar. Kali ini dia benar- benar serius tapi kenapa di dalam hatinya seperti tidak yakin dengan apa yang dituturkan. Namun rasa itu hilang dengan sendirinya. Betul kamu cintakan Lydia? Tanya Datuk Zainal sambil memandang tepat ke mata hazel milik anaknya itu. mata yang diwarisi daripada isterinya Datin Zarina. Ammar mengangguk. Datuk Zainal tersenyum sinis. Dia tahu Ammar memang tidak berani untuk mengakui cintanya pada Lydia kerana setahu Datuk Zainal, Ammar akan pasti kelu bila ditanya soal cinta.

Papa nak dengar sendiri dari mulut kamu. Cakap yang kamu cintakan Lydia. P inta Datuk Zainal sekadar menguji. Apa papa ni. Betullah Am cin ayat Ammar tergantung. Dia menelan luir beberapa kali. Dia cuba untuk mengulangi kata- kata itu tapi lidahnya seperti beku. Kenapa ya? Papa dah agak kamu pasti tak dapat mengungkapkann ya sebab papa yakin Lydia bukan cinta sejati kamu. Ujar Datuk Zainal tersenyum. Dia yakin jodoh Ammar bukan Lydia. Mungkin orang lain dan tak mustahil orang lain itu adalah Mardiyah. Tak papa. Am yakin dia akan jadi isteri Am. Tutur Ammar bersungguh- sungguh. Baiklah kalau macam itu cakap pada papa yang kamu cintakan dia. Uji Datuk Zainal lagi. Namun, lidah Ammar tetap tidak boleh menyebut perkataan itu. Dia buntu.

AMMAR tersedar daripada lamunan bila laungan azan Isyak sudah berkumandang di masjid berhampiran dengan apartmentnya. Dia meraup muka yang kelesuan. Dia mengeluh seketika bila pertanyaan Datuk Zainal menerjah ruang fikirannya. Betul ke aku cintakan Lydia? tanya Ammar pada diri sendiri. Namun soalan itu tidak dapat dijawab oleh dirinya sendiri. Ammar masih keliru dengan perasaannya sendiri. Hampir tiga tahun dia berpacaran dengan Lydia tapi belum pernah sekali pun dia melafazkan kata cinta buat wanita itu. Sehinggakan Lydia sendiri marah dengan sikap Ammar itu yang dianggap tidak romantik. Tapi Ammar bukan peduli semua itu kerana baginya dia berpacaran dengan Lydia kerana tidak mahu mamanya terus mendesak untuk dia mendirikan rumah tangga dengan perempuan yang dipilih oleh mamanya. Dengan kehadiran Lydia, Datin Zarina tidak lagi banyak soal. Itu sahaja yang difikirkan oleh Ammar tetapi kali ini dia benar- benar terperangkap apabila terpaksa menikahi Mardiyah. Wanita yang tidak pernah dibayangkan untuk menjadi suri hidupnya. Ammar mengeluh lagi. akhirnya dia bingkas dan menuju ke biliknya untuk bersolat. BAB 13 DIYA, masuk bilik aku sekejap! lantang suara Ammar kedengaran di telefon. Dia menghempaskan gagang telefon. Helaian kertas di hadapannya dibelek dengan kasar. Wajahnya masam mencuka. Tidak lama kemudian pintu biliknya terkuak dan muncul Mardiyah yang berbaju kurung riau berjalan menghampiri mejanya. Wajah gadis itu ditenung tajam bagai ingin ditelan gadis itu

hidup- hidup. Ammar cuba menahan amukan dalam dadanya yang cukup sakit hati melihat wajah Mardiyah. Ada apa encik? tanya Mardiyah perlahan. Ada apa kau tanya aku? Kau ni dah berapa lama bekerja? Takkan taip surat ni banyak sangat typing error? Kau ni belajar ke tak belajar?! tengking Ammar kuat membuatkan Mardiyah tersentak. Dia menelan air liur yang terasa berpasir. Mardiyah menunduk cuba menahan air mata daripada mengalir. Dia harus kuat dalam menghadapi Ammar yang akan cuba mencari kesalahannya. Saya mintak maaf encik. Mungkin saya tak perasan masa menaip tu, balas Mardiyah. Mintak maaf? Kau ingat dengan maaf kau tu boleh betulkan balik kesalahan kau ni. Eh, Diya kau ni nak makan gaji buta je ke? Kalau tak pandai nak buat kerja jangan bekerja. Kalau aku cakap kau bodoh kau marah tapi itulah hakikatnya! tutur Ammar agak kasar. Saya mintak maaf sekali lagi. Saya janji perkara ni takkan berulang lagi, Mardiyah memohon maaf. Namun, Ammar bertambah galak menyakiti hati Mardiyah. Kau memang perempuan yang tak guna. Tahu nak menyusahkan orang je! tengking Ammar tanpa belas. Dia seronok melihat wajah sunggul Mardiyah. Dia puas dapat menyakiti gadis itu. Tanpa di duga- duga Ammar merenyuk kertas tersebut dan melemparkannya tepat ke muka Mardiyah. Dia tersenyum sinis. Kau ambik surat tu dan taip elok- elok. Kalau sekali lagi aku jumpa kesilapan yang sama aku nak kau taip surat tu berpuluh kali. Ada setiausaha pun tak guna! maki Ammar lagi tanpa sedikit pun mempedulikan perasaan Mardiyah yang terluka. Mardiyah terpempan dengan perbuatan kasar Ammar namun dia hanya mendiamkan diri. Tanpa berlengah dia mengutip kembali surat tersebut dan berlalu keluar dari bilik Ammar bersama titisan air mata yang tidak henti mengalir mengubati rasa hati yang terluka kerana di hina sebegitu rupa oleh lelaki yang bergelar suami.

YUSUF dan Quraisya memandang jam di tangan berulang kali. Sudah masuk kali ke 10 dia memandang jam tapi kelibat Mardiyah tidak juga muncul. Mereka sudah sejam menunggu Mardiyah di rumah Nur Cahaya untuk menyambut hari lahir salah seorang anak yatim penghuni rumah itu. Hai, manalah Diya ni? Kita suruh beli kek bukan pergi buat kek. Keluh Quraisya sambil kepalanya dijenguk ke luar pagar. Yusuf hanya tersenyum melihat tingkah Quraisya yang risau dengan Mardiyah.

Tak payahlah awak risau sangat, kejap lagi sampailah Diya tu. tegur Yusuf bila melihat Quraisya mundar mandir di hadapannya. Saya bukan risau kat Diya, tapi saya risau kalau kek tu lambat sampai nanti Syifa tahulah kita nak buat surprise party dekat dia. Balas Quraisya. Yusuf mengelengkan kepala. Ingatkan risaukan Mardiyah rupa- rupanya risaukan kek itu. ada- ada saja Quraisya ini. Tidak lama selepas itu kelihatan kereta Myvi milik Mardiyah berhenti di hadapan rumah itu. Quraisya menjerit kegembiraan. Dia sudah tidak peduli dengan jelingan Yusuf yang memandangnya dengan pandangan terkejut. Arh, lantaklah. Aku mintak maaf sangat Yus, Isya aku lambat sikit sebab jalan jam tadi. Kau tahulah petang- petang macam ini memang payah sikit nak keluar. Tutur Mardiyah memohon maaf. Padahal Mardiyah dia lambat kerana terpaksa melayan kerenah Ammar yang tak sudahsudah mencari pasal dengannya. Nasib baik dia dapat menyiapkan segala kerja yang lelaki itu arahkan jika tidak memang Mardiyah tidak dapat bersama dengan Yusuf dan Quraisya petang ini. Kek yang dipegang dihulurkan pada Quraisya yang sedang tersenyum padanya. Aku tak kisah Diya tapi kawan baik kau ni dah macam cicak kena lastik dah aku tengok sebab risaukan kek yang tak sampai. Ujar Yusuf sambil mengenakan Quraisya, Quraisya membuntangkan matanya pada Yusuf yang sudah ketawa mengekek. Risaukan kek? Habis aku ni kau tak risaulah ya Isya? tanya Mardiyah berpura- pura merajuk padahal dalam hati dia turut tergelak melihat wajah gelabah Quraisya. Eh mana ada Diya. Yus ni saja nak kenakan aku. Balas Quraisya. Mardiyah tergelak diikuti dengan Yusuf. Memang Mardiyah dan Yusuf suka menyakat Quraisya kerana gadis itu cepat sangat gelabah bila digertak. Kenapa korang gelak? Aku ada salah cakap ke? soal Quraisya lurus. Tak ada apa- apalah. Jomlah kita masuk mesti umi tengah tunggu kita. Syifa dah balik tuisyen belum? tanya Mardiyah lagi. Aku rasa tak lagi. tadi umi cakap Syifa balik mungkin dalam pukul enam kot. Sekarang baru pukul 5.30. Jawab Yusuf yang berdiri di sebelah Quraisya. Eh ada setengah jam lagi kita nak prepare jomlah masuk. Ajak Quraisya pula. Quraisya memang begitu agak kelam kabut lain pula dengan Mardiyah yang agak tenang jika menguruskan sesuatu. Belum sempat mereka melangkah, kedengaran suara wanita memberi salam dari arah belakang. Siapa pula tu? tanya Mardiyah di dalam hati. serentak dia berpaling.

Waalaikummusalam jawab Mardiyah lambat- lambat apabila melihat wanita yang berdiri di hadapannya kini adalah orang yang sepatutnya dihindari. Datin suara Mardiyah bagaikan tersekat di kerongkong. Peristiwa malam itu kembali terlayar di ruang fikiran. Datin Zarina yang telah menenangkan dirinya apabila di hina dan dicemuh oleh Ammar. Datin Zarina melayan dirinya seperti anak sendiri padahal Ammar tidak pernah menerima dirinya dalam hidup. Kesanggupan Datin Zarina berada di sisinya membuatkan Mardiyah mula menyayangi wanita itu. Dia tidak akan lupa semua itu tetapi Ammar juga telah memberi amaran agar dia menjauhkan diri daripada Datin Zarina. Siapa tu Diya? Bisik Quraisya kebingungan. Belum pernah dia melihat wanita yang anggun berbaju kurung ini. Nampak seperti orang berada. Inilah Datin Zarina. penyumbang dana untuk rumah ini. Mardiyah turut berbisik. Kenyataan Mardiyah membuatkan Quraisya diam membisu. Diya apa khabar? tanya Datin Zarina ramah. Dia menghulurkan tangan pada Mardiyah. Salamnya bersambut begitu juga dengan kawan Mardiyah. Ini pasti Quraisya dan Yusuf kan? Umi Zaira banyak bercerita tentang kamu semua. Auntie bersyukur sebab masih ada anak muda yang mahu mengambil berat dengan anak- anak yatim ini. Ujar Datin Zarina sambil tersenyum tanpa menunggu jawapan daripada Mardiyah. Yusuf dan Quraisya hanya tersenyum ramah. Sudah menjadi kewajiban bagi dirinya untuk menolong anak- anak yang memerlukan pertolongan. Sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi ini untuk saling bantu membantu sesama insan yang memerlukan pertolongan. Kami sebagai manusia biasa turut berbangga dengan datin sebab jarang ada golongan yang berada macam datin ini mahu memberi pertolongan tanpa dihebah- hebahkan. Ucap Yusuf pula dengan penuh kagum. Quraisya mengangguk-angguk hanya Mardiyah yang diam membisu. Tidak ada apa yang perlu dihebahkan. Amal yang kita buat tak perlu dicanangkan ke semua orang nanti berkatnya tidak dapat. Betul tak Diya? tanya Datin Zarina. dia sengaja menyebut nama Mardiyah agar gadis manis itu berbicara dengannya kerana sejak dia datang Mardiyah langsung tidak mengeluarkan suara. Mardiyah hanya melemparkan senyuman hambar. Tiada apa yang perlu dikatakan lagi. Melihat wajah Datin Zarina membuatkan Mardiyah teringat pada Ammar yang selalu menyakitkan hatinya. Selepas berbual- bual kosong, mereka mula mengorak langkah menuju ke dalam rumah. Jam sudah hampir pukul enam sekejap lagi Syifa akan pulang. Quraisya dan Yusuf terlebih dahulu meninggalkan Mardiyah dan Datin Zarina.

Diya tunggu dulu. Halang Datin Zarina bila melihat Mardiyah mula mengatur langkah. Langkah Mardiyah terhenti. Dia berpaling menghadap Datin Zarina yang mendekatinya. Tangannya ditarik oleh wanita yang hampir sebaya dengan ibunya itu. Tiba- tiba dia teringatkan Kamariah yang hampir sebulan tidak dihubungi. Kenapa Diya cuba melarikan dari mama? tanya Datin Zarina membuatkan Mardiyah tersentak. Mama? Telinga aku tak salah dengar ke? Mama? Maaf datin saya tak faham dengan bahasa yang datin gunakan. Ujar Mardiyah sedikit pelik. Dahinya berlapis-lapis. Diya kan menantu mama. Tak salah kalau Diya panggil mama pun. Datin Zarina tersenyum manis. Dia faham jika Mardiyah keliru tetapi dia tidak salahkan Mardiyah jika kehadiran dia tidak diterima. Gadis itu telah banyak terluka dengan layanan anak lelakinya. Tapi datin saya bukan menantu pilihan datin. Saya tak layak untuk jadi isteri atau menantu pada datin. Biarlah perkara ini tetap menjadi rahsia kerana saya tak mahu Encik Ammar marahkan saya sebab dekat dengan datin. Ujar Mardiyah. Wajah Datin Zarina yang sentiasa tersenyum itu dipandang. Senyuman itu nampak ikhlas dan penuh ketenangan. Tiada siapa yang boleh halang Diya dari jadi menatu mama. Kalau mama boleh terima Diya kenapa tidak Ammar? Dia kena belajar untuk menerima hakikat yang Diya sudah jadi isterinya yang sah. Kalau Diya fikir mama tak terima Diya sebab malam itu, Diya silap sebab mama kenal Diya sebelum malam itu. jadi bagi mama, Diya seorang perempuan yang baik dan boleh mengubah Ammar. Ucap Datin Zarina bersungguh- sungguh. Dia yakin lambat laun Ammar akan terima Mardiyah sebagai isteri walaupun akan memakan masa sebab sememangnya hati Datin Zarina sudah terpaut dengan budi bahasa Mardiyah sejak kali pertama dia berjumpa dengan gadis lurus ini dan Datin Zarina akan pastikan yang hanya Mardiyah yang akan menjadi menantunya. Saya mintak maaf datin. Encik Ammar tidak pernah terima saya dalam hidupn ya dan saya mintak sangat dengan datin jangan pernah paksa Encik Ammar untuk terima saya sebab cinta dia bukan untuk saya tapi cinta dan hatinya hanya untuk Lydia. Lagipun telah lama saya tutup pintu hati saya untuk lelaki. Apa yang nyata untuk hubungan saya dan Encik Ammar akan berakhir dengan perpisahan. Balas Mardiyah. Dia tertunduk kerana tidak mampu menentang mata Datin Zarina yang penuh mengharap. Mama takkan paksa kamu untuk panggil mama, mama. Mama juga takkan paksa Ammar untuk terima kamu tapi mama tak boleh ubah takdir yang telah menjodohkan kamu dengan Ammar. Mama yakin suatu hari nanti Ammar akan terima kamu dan mama akan pastikan hanya kamu yang akan jadi menantu mama dan bukannya Lydia. Datin Zarina berkata tegas. Mardiyah memejamkan mata sejenak. Dia terharu dengan penerimaan Datin Mardiyah terhadap dirinya tetapi dia juga tidak boleh melawan kata- kata Ammar kerana jika dia

melawan, padah yang dia akan dapat. Ya ALLAH bantulah hambaMu ini. Jerit batin Mardiyah.

BAB 14

BUNYI deringan telefon di atas meja mengejutkan Mardiyah yang sedang leka menyemak dokumen yang perlu di hantar pada Ammar sebelum mesyuarat petang ini. Dia mengangkat muka lantas mencapai gagang telefon yang tidak henti berdering cukup membingitkan telinga Mardiyah. Hello, good morning Hotel Saga here, can I help you? tanya Mardiyah sopan. Diya aku ni.. suara itu kedengaran tidak bermaya. Mardiyah mengerutkan dahi. Siapa pula yang nama aku ni? Tanya dia kebingungan. Sorry, siapa yang bercakap? tanya Mardiyah lagi. lembab betul Mardiyah ini. Suara itu terbatuk- batuk sebelum bercakap. Ini akulah Ammar. Kenapa lambat sangat kau jawab telefon? Aku tak masuk je terus kau tak buat kerja gitu? Marah Ammar dengan suara yang serak. Mardiyah mengigit bibir. Macam mana dia boleh tidak cam dengan suara Ammar. Sekarang tak pasal- pasal dia kena marah. Saya mintak maaf encik, saya tak cam suara encik. Mardiyah memohon maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan. Alah takkan itu pun Ammar nak marah. Ah sudahlah. Semua kerja kau buat lembab. Bebel Ammar cukup menguris hati Mardiyah yang telah lama terhiris. Aku tak masuk ofis hari ini. Batalkan semua appointment dan mesyuarat aku pada hari ini, aku tak mahu diganggu. Tutur Ammar selepas tiada jawapan daripada Mardiyah. Baiklah Encik Ammar, tetapi kenapa encik tak masuk hari ini? tanya Mardiyah sekadar ingin tahu. Nanti senang hendak dijawab jika ada yang menanya. Aku tak sihat. Jawab Ammar sebelum meletakkan gagang telefon. Mardiyah tersentak. Dia belum habis cakap lagi Ammar sudah letak telefon. Nampak sangat tidak lelaki itu tidak suka mendengar suaranya. Mardiyah mencebik, ingat aku nak tahu sangat gamaknya. Dengus Mardiyah geram.

Tidak lama selepas itu telefonnya berdering lagi. Mardiyah menjeling. Mesti Ammar lagi. dia mengeluh berat. Gagang di angkat dengan penuh rasa malas. Ya Encik Ammar ada apa- apa yang saya tolong lagi. tanya Mardiyah serkap jarang. Diya ini bukan Am, ini papa. Suara itu kedengaran lain di telinga Mardiyah. Papa? tanya Mardiyah pelik. Buat kesekian kalinya dahi Mardiyah berkedut seribu. Datuk Zainal tergelak. Nampak sangat Mardiyah tidak kenal dengan dirinya. Ini Datuk Zainal, kenal tak? soal Datuk Zainal selepas tawanya reda. Mardiyah gigit bibir. Oppss, terlebih sudah. Maaf Datuk saya tak cam suara datuk. Sekali lagi Mardiyah memohon maaf bila dia tidak mengenal suara Datuk Zainal. Tak mengapa. Am ada call Diya tak? tanya Datuk Zainal. Mardiyah terdiam sejenak. Ada datuk. Encik Ammar cakap dia tak masuk ofis hari ini sebab dia tidak sihat. Jawab Mardiyah jujur. Papa tahu dia tak masuk hari ini tapi papa nak minta tolong dengan Diya boleh tak? suara Datuk Zainal kedengaran lembut di pelupuk telinga Mardiyah. Tetapi dia agak kekok dengan bahasa Datuk Zainal yang membahasakan dirinya dengan panggilan papa. InsyaALLAH datuk. Apa yang saya boleh bantu? tanya Mardiyah lembut. Boleh tak Diya pergi ke apartment Am, dia demam panas tu tapi tak ada yang jaga dia kat sana. Mama tak sempat nak pergi sana lagi. papa pula ada mesyuarat kejap lagi. boleh tak Diya tolong jengukkan Ammar? pinta Datuk Zainal penuh mengharap. Sebenarnya dalam hati dia berharap dengan cara begini, Ammar dan Mardiyah dapat dirapatkan. Walaupun peluangnya agak tipis dengan sikap Ammar yang dingin terhadap Mardiyah namun belum cuba belum tahu. Mardiyah berfikir sejenak. Perlukah dia berhadapan dengan Ammar lagi? Tapi saya tak tahu alamat apartment Encik Ammar, datuk. Tak apa nanti papa bagi alamat.

KESELURUHAN badan Ammar mengigil menahan suhu badannya yang tidak menentu. Sekejap panas sekejap sejuk. Dia mula berpeluh bila badannya terasa panas. Kesejukkan yang

melampau pula membuatkan Ammar mengigil. Selimut yang tebal membaluti tubuhnya tidak membantu menghilangkan kesejukkan yang melanda. Dia sendiri tidak tahu bagaimana boleh diserang demam secara tiba- tiba. Mungkin juga kerana semalam dia terkena hujan sewaktu pergi melawat tapak projek di Selayang kerana kebiasaannya dia memang payah untuk dihinggapi penyakit terutama sekali demam panas seperti ini. Ammar mengosok tengkuknya yang terasa perit. Sesekali dia terbatuk- batuk kerana menahan rasa yang seolah- olah mengaru-garu di anak tekaknya. Ammar bangkit dari pembaringan di atas sofa. Dia terasa haus tetapi kepalanya berdenyut membuatkan Ammar terbaring semula di sofa. Serentak wajah Datin Zarina melayar ke ruang mata. Saat ini dia amat memerlukan Datin Zarina di sisi. Mama.. serunya. Berair air mata Ammar menahan rasa sakit menerjah ke dalam dirinya. Assalamualaikum.. bunyi suara wanita memberi salam. Waalaikumusalam. Mama.. panggil Ammar tidak bermaya. Pintu terkuak dari luar. Wajah Mardiyah terjengul di muka pintu membuatkan Ammar mengeluh. Bukan mama rupanya. Bisik hati Ammar. Dia menarik selimut menutupi keseluruhan tubuhnya. Kenapa dengan encik? tanya Mardiyah seakan terkejut bila melihat Ammar berbungkus walhal matahari telah tegak berdiri di atas kepala. Dia menghampiri Ammar yang sedang terbaring lesu di sofa. Wajah itu kelihatan pucat dan tidak bermaya tidak seperti kebiasaannya. Kau jangan menyibuk boleh tak? Dengus Ammar. Papa encik yang minta saya ke mari sebab mama encik ada urusan. Saya tak tahu pula encik demam teruk begini. Ujar Mardiyah sedikit risau. Dia meraba dahi Ammar yang sedikit berpeluh. Dia langsung tidak mempedulikan bebelan daripada Ammar yang tidak jelas di telinga Mardiyah. Ya ALLAH panasnya. Awak demam panas ni. Jom saya bawak awak ke klinik. Ajak Mardiyah namun gelengan daripada Ammar membuatkannya terdiam. Kenapa encik tak nak pergi klinik pula? Nanti makin teruk pula demam encik ini. Ammar mengetap bibir. Aku dah tak sihat, dia pula banyak cakap. Aku tak mahu pergi klinik. Jangan paksa aku. Marah Ammar dengan suara yang tersekatsekat.

Dia dapat rasakan seluruh tubuhnya dingin dan sejuk seperti air batu. Badannya mula menggigil. Tidak dapat tidak Ammar bangkit lantas memeluk tubuh Mardiyah sedang duduk di sampingnya. Kebiasaanya jika dia demam memang Datin Zarina yang dipeluknya tetapi kini yang ada hanya Mardiyah jadi terpaksalah dia jadikan Mardiyah galang gantinya. Mardiyah terkedu dengan tindakan Ammar yang tiba- tiba. Lelaki itu memeluknya dengan erat. Dia betul- betul terkesima. Laju sahaja jantungnya berdegup kerana inilah kali pertama ada lelaki yang memperlakukan dia sebegitu. Encik tak apa- apa? tanya Mardiyah lembut. Dia cuba meleraikan pelukan daripada Ammar namun lelaki itu tidak mahu melepaskan tubuhnya. Aku tak larat. Aku sejuk sangat ni. Ucap Ammar separuh berbisik. Suaranya begitu dekat di telinga Mardiyah hingga membuatkan Mardiyah tidak keruan. Kita pergi jumpa doktor ya? ujar Mardiyah cuba memujuk. Ammar mengeleng. Matanya terpejam rapat dan dia masih tidak melepaskan pelukan terhadap isterinya itu. Kehangatan tubuh isterinya seolah-olah memadamkan rasa dingin yang membaluti diri Ammar sebentar tadi dan dia dapat rasakan ketenangan mula meresap ke dalam dirinya saat mencium haruman segar yang terbit dari helaian rambut Mardiyah yang ditutupi dengan tudung. Inilah kali pertama dia berasa begitu dekat dengan Mardiyah, orang yang dibencinya namun jauh di dalam hatinya dia merasa cukup tenang bila memeluk tubuh genit itu. Kalau begitu, encik baring dahulu biar saya ambilkan ubat. Mardiyah menolak sedikit tubuh Ammar dan membaringkan lelaki itu semula selepas agak lama dia membiarkan tubuhnya dipeluk oleh Ammar. Dia benar- benar tidak selesa dengan keadaan itu. Ammar hanya menurut kerana dalam keadaan begini dia tidak mampu membantah. Aku haus. Adu Ammar. Lantas Mardiyah melangkah ke dapur untuk mengambil air. Tidak lupa juga dia mengambil semangkuk air dan tuala untuk diletakkan di dahi Ammar. Nampak gayanya terpaksalah dia menjaga Ammar untuk hari ini sementara menunggu kedatangan Datin Zarina. Mardiyah menyuakan gelas ke bibir Ammar yang nampak pucat. Timbul rasa simpati dalam dirinya bila melihat wajah tidak bermaya Ammar. Selepas Ammar selesai meneguk air, Mardiyah meletakkan tuala yang telah dibasahkan di atas dahi Ammar. Dia lakukan semua itu semata- mata ingin mengurangkan rasa panas di badan Ammar. Lama dia merenung wajah Ammar yang sedang memejamkan mata. Buat pertama kalinya dia berada begitu dekat dengan Ammar. Itupun kerana lelaki itu sakit jika tidak memang teruk dia menjadi bahan makian lelaki itu. Encik Am, saya pergi ke dapur sekejap ye nak tengok apa yang boleh di masak untuk encik. Encik makan ke belum? tanya Mardiyah lembut.

Ammar hanya mengelengkan kepala. Dia tiada daya untuk bercakap. Baiklah kalau begitu encik rehat dahulu nanti saya datang balik.

ENCIK Ammar, makanan dah siap. Encik bangun sekejap saya suapkan bubur ini. Mardiyah mengerakkan tubuh Ammar yang sedang lena tidur. Mata Ammar yang tadinya terpejam kini terbuka dengan perlahan- lahan. Bunyi suara gemersik itu menganggu tidurnya. Saat matanya terbuka, terpampan wajah Mardiyah yang manis bertudung di hadapannya. Gadis itu tersenyum namun dia tidak membalas. Kau masak apa? Tanya Ammar perlahan. Bubur je. Encik makanlah dahulu buat alas perut. Nanti encik kena makan ubat pula. Ujar Mardiyah. Dia menyuakan sudu ke mulut Ammar namun ditolak oleh tangan Ammar. Kenapa encik? tanya Mardiyah kehairanan. Aku tak nak makan. Tekak aku sakit. Jawab Ammar. Wajah Mardiyah dipandang. Baharu kali ini dia dapat menatap wajah Mardiyah lama. Hmm,boleh tahan. Tapi kalau encik tak makan, nanti perut masuk angin sakit lain pula yang datang. Encik makan sikit je ye. Pujuk Mardiyah penuh kelembutan. Dia menyuakan bubur itu buat kali kedua. Kali ini Ammar menurut. Baharu sahaja beberapa sudu bubur ditelan, Ammar dapat rasakan tekaknya mual. Perutnya pula seakan menolak bubur yang disuapkan padanya. Bukan kerana masakan Mardiyah yang tidak sedap tetapi tekaknya yang berasa pahit. Dia cuba berdiri untuk ke dapur tetapi dia terjatuh semula ke sofa kerana kepalanya mula berpinar- pinar. Seksaan apakah ini? Mardiyah meletakkan mangkuk di atas meja lantas tangan Ammar ditarik dan diletakkan ke atas bahunya manakala tangan kirinya memeluk pinggang Ammar. Dia terpaksa lakukan semua itu semata- mata ingin menolong suaminya itu. dengan bersusah payah dia memapah Ammar menuju ke dapur. Saat itu Ammar terkelu. Dia tidak tahu apa yang hendak diucapkan bila dengan rela hati gadis itu menolongnya walaupun dia tahu gadis itu malu bila terpaksa memapah tubuh sasanya. Ammar merenung wajah Mardiyah yang kemerahan. Sampai sahaja di singki, Ammar memuntahkan segala isi makanan yang di makannya sebentar tadi. Sakit tekaknya memang tidak terkata namun dia tidak dapat mengelak. Mardiyah pula masih setia di sisi Ammar sambil mengurut tengkuk suaminya agar lelaki itu rasa selesa.

Awak dah okey? tanya Mardiyah bila dia melihat Ammar sudah berdiri sambil memegang kepalanya. Kepalanya digeleng laju. Tolong bawak aku ke bilik. Aku nak rehat kepala aku sakit sangat. Tutur Ammar lemah. Suaranya kedengaran tidak bermaya. Mardiyah mengangguk. Sekali lagi tubuh Ammar dipapah ke bilik. Dia membaringkan Ammar dan menyelimuti tubuh lelaki itu dengan selimut tebal agar lelaki itu selesa. Sebelum lelaki itu memejamkan mata sempat lagi dia memberikan ubat agar demam lelaki itu kebah sedikit nanti. Ammar hanya memerhatikan setiap tindak tanduk Mardiyah dengan rasa yang bercampur. Antara benci, keliru dan terharu telah bercampur membuatkan kepala Ammar bertambah pusing. Bila dia mengadu sakit kepala, Mardiyah akan terus memicit kepalanya tanpa disuruh. Hati Ammar benar- benar tersentuh dengan layanan Mardiyah yang baik. Sungguh saat ini Ammar keliru. Adakah aku telah salah menilai gadis ini? BAB 15 LEWAT petang itu Ammar terjaga daripada lenanya yang panjang. Dia memandang siling biliknya yang agak sunyi ketika itu. kemudian mata hazelnya beralih pada jam yang terletak di atas meja sisi. Jam sudah menunjukkan pukul lima petang. Agak lama juga dia tidur selepas menelan ubat yang diberikan Mardiyah pagi tadi. Ammar meraup wajahnya yang kelesuan. Dia berpaling ke kiri dan sedikit terkejut bila melihat Mardiyah tertidur di sampingnya sambil wajahnya ditekup ke tilam. Timbul rasa terharu dalam diri Ammar apabila gadis itu sanggup menjaganya sampai tertidur di tempat duduknya sendiri. Apa yang membuat kau sanggup menjaga aku sampai begini sekali? tanya hati Ammar. Namun soalan itu tiada jawapan. Perlahan- lahan tangannya diangkat. Dia cuba untuk menyentuh kepala isterinya yang sedang tertunduk. Namun belum sempat tangan itu menyentuh ubun- ubun Mardiyah, suara hatinya menghalang. Bukankah kau membenci Mardiyah? Kenapa kau mahu menyentuhnya? Dahulu pernah kau kata yang kau takkan sentuh orang yang kau tak cinta. Suara itu membantah perbuatan Ammar menyebabkan perbuatan Ammar terhenti seketika. Dia menjatuhkan tangannya semula. Ammar termenung sejenak. Cuba menafsir apa yang berlaku pada dirinya ketika itu. Tibatiba dia mengelengkan kepalanya beberapa kali. Tak, aku tak boleh tewas dengan kebaikan yang dipamerkan oleh gadis ini. Mungkin dia sengaja melakukan semua ini untuk menarik perhatian aku padanya. Aku benci dia dan tak mungkin perasaan itu akan berubah.benaknya berkata- kata.

Ammar cuba menepis semua kata hati yang berpihak kepada Mardiyah. Dia hanya menjunjung egonya yang menyuruh dia untuk terus membenci isterinya itu walhal dalam hati kecilnya berkata lain.

ASSALAMUALAIKUM. Satu suara kedengaran mengejutkan Ammar yang sedang termenung jauh. Dia tahu itu suara mamanya. Waalaikummusalam. Mama Am kat dalam bilik. Jerit Ammar kuat. Ternyata suara jeritan Ammar membuatkan Mardiyah terjaga. Dia mengosok- gosok matanya yang sedikit berpinar. Eh, aku kat mana ni? Tanya dia kebingungan. Kepalanya yang bertudung digarukan walaupun tidak gatal. Eh, Diya pun ada. Bila sampai? tanya Datin Zarina bila melihat Mardiyah berada di dalam bilik anak lelakinya itu. Sejak pagi tadi datin, Datuk Zainal yang suruh saya datang menjenguk Encik Ammar sementara tunggu datin. Jelas Mardiyah. Dia tidak mahu Datin Zarina memikir perkara yang bukan- bukan bila melihat dia berada di situ. Oh tak mengapa. Mama senang kalau kamu yang jaga Am. Senang sikit kerja mama sebab Am ni kalau demam memang tak nak pergi klinik. Kadang- kadang nak makan ubat pun payah. Ujar Datin Zarina sambil menjeling pada anak kesayangannya itu. Mama.. Ammar bersuara bagi menghalang Datin Zarina daripada menceritakan tabiatnya yang payah untuk ke klinik pada Mardiyah. Mardiyah tersenyum. memang dia sudah dapat mengagak bila lelaki itu bermati- matian tidak mahu ke klinik bila di ajak sebentar tadi. Kenapa? Kamu takut Diya tahu yang kamu ni malas nak ke klinik bila sakit. Rela kamu demam berminggu- minggu asalkan kamu tak nampak muka klinik kan. Lepas itu manjanya bukan main lagi dengan mama kan? ucap Datin Zarina lagi sambil tergelak kecil melihat wajah Ammar yang sudah merah menahan malu. Mama sudahlah. Am tak sihat ni,mama cerita yang bukan- bukan pula. Sungut Ammar sambil mengerling sedikit pada Mardiyah. Gadis itu hanya tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya. Ammar terpana seketika kerana baharu pertama kali dia melihat Mardiyah tersenyum semanis itu. Betullah apa yang mama cakap kan? Diya berhak untuk tahu dia kan sudah jadi isteri kamu. Datin Zarina sengaja menekankan perkataan isteri agar Ammar sedar yang gadis di hadapannya sekarang adalah isterinya yang sah. Mardiyah terdiam dan menunduk begitu juga Ammar.

Emm, memandangkan datin dah sampai, saya minta diri dahulu. Saya risau takut - takut Quraisya cari saya pula nanti. Mardiyah mengubah topik. Dia bingkas bangun daripada tempat duduknya. Eh tunggu dahulu Diya. Boleh tak kalau kamu tolong hidangkan makanan yang mama bawa ini untuk Am. Nanti sejuk tak sedap pula. Pinta Datin Zarina seraya menghulurkan mangkut tingkat pada Mardiyah. Mardiyah menyambut huluran daripada Datin Zarina dan beredar ke dapur meninggalkan Ammar dan Datin Zarina di bilik yang mewah itu. Sejak bila mama bahasakan diri mama dengan Mardiyah mama? tanya Ammar sedikit pelik. Memang dia perasan yang mamanya membahasakan dirinya mama dengan Mardiyah. Sedangkan dia tidak suka jika Datin Zarina rapat dengan Mardiyah. Sejak dia jadi menantu mama. Kenapa kamu tak suka ke? soal Datin Zarina pula. Wajah Ammar yang sedang terbaring dipandang. Memang Am tak suka. Am tak pernah terima dia dalam hidup Am tapi kenapa mama senang je terima dia sebagai menantu. Am tak suka macam ni mama. Luah Ammar. Datin Zarina tersenyum nipis. Mama tak paksa kamu untuk terima Diya tapi kamu tak boleh paksa mama untuk tidak terima dia dalam keluarga kita. Mama kenal Diya sebelum kamu berdua bernikah dan mama cukup suka dengan budi bahasa dia dan mama rasa dia yang paling sesuai untuk jadi menantu mama. Jawab Datin Zarina ringkas. Sememangnya itu yang dirasakan saat ini. Memang Mardiyah sesuai untuk menjadi isteri kepada anaknya itu. Itu tidak bermakna Am sesuai dengan dia ma. Am tak suka dia dan Am tak boleh terima dia dalam hidup Am. Am rasa tak lama lagi Am akan lepaskan dia. Tutur Ammar perlahan. Dia berharap agar Datin Zarina faham dengan kemahuannya yang tidak mahu Mardiyah sebagai teman hidup apatah lagi sebagai isteri. Kadangkala dalam hidup kita, kita tidak akan dapat apa yang kita suka tetapi kita dapat apa yang kita benci kerana kadang- kadang apa yang kita benci itu adalah yang terbaik buat kita. Sebab ALLAH akan memberikan apa yang kita perlukan bukan apa yang kita inginkan. Mama harap Am faham maksud mama. Nasihat Datin Zarina. Mungkin Diya jodoh kamu.. sambung Datin Zarina lagi sambil mengusap kepala anak lelakinya itu. Ammar mengelengkan kepala. Menidakkan kata Datin Zarina.

I dont think so mama. Dia bukan type Am dan Am akan pastikan yang dia tidak akan jadi isteri Am untuk jangka masa yang lama.. Encik jangan risau saya takkan ambil masa lama untuk jadi isteri encik. Cuma saya perlu sedikit waktu untuk kembali semangat saya sebelum saya tinggalkan kehidupan encik. Saya minta agar encik bagi saya tempoh tiga bulan untuk bekerja di hotel encik dan selepas itu saya berjanji akan keluar daripada kehidupan encik. Boleh? sampuk Mardiyah tiba- tiba. Luluh hatinya bila mendengar perbualan Ammar dan Datin Zarina. begitu kecil dia di mata Ammar malah lebih kecil daripada semut merah. Dia tidak pernah direndahkan sebegini rupa. Hancurnya hati hanya ALLAH yang tahu. Buat kedua kalinya hati Mardiyah bagai disiat- siat dengan kata- kata Ammar. Tetapi dia sedikit pun tidak menyalahkan Ammar kerana dia tahu lelaki itu hanya mahu berterus terang dengan Datin Zarina. Ammar terkelu begitu juga dengan Datin Zarina. masing- masing terdiam. Saya tahu kehadiran saya hanya menyusahkan hidup datin dan encik. Tapi saya t ak mintak semua itu. saya tak mintak untuk jadi isteri encik sebab saya sedar siapa saya di mata encik. Tapi percayalah saya akan pergi daripada hidup encik tiga bulan dari sekarang. Saya janji. Saya sudah tak nak susahkan hidup sesiapa lagi. ucap Mardiyah tenang. Walaupun kedengaran mendatar tetapi rasa sebak turut menyelubungi perasaan Mardiyah sekarang ini. Dia memandang Datin Zarina dan Ammar silih berganti. Dia masih menunggu jawapan daripada Ammar yang hanya mendiamkan diri. Baiklah kalau itu yang kau mahu. Aku takkan halang lagipun kau dan aku bukan ada hubungan dan kau tak penting pun dalam hidup aku. Jawab Ammar selamba. Am kenapa cakap macam ni? Datin Zarina menyampuk. Keadaan anak dan menantunya semakin teruk dan dia harus melakukan sesuatu untuk menolong mereka. Dah itu yang dia nak mama takkan Am nak halang. Ujar Ammar lagi. Mardiyah hanya menundukkan wajah. Dia menghampiri Datin Zarina dan menghulurkan tangan untuk bersalaman. Saya minta diri dulu datin dan terima kasih atas peluang yang encik berikan pada saya. Ucap Mardiyah sebelum melangkah pergi. Sebaik sahaja dia berpaling membelakangi Datin Zarina dan Ammar, setitis air matanya menitis ke bumi. Ya, aku ada tiga bulan lagi untuk menamatkan semua ini.

BAB 16 MATA Ammar melilau- lilau mencari kelibat Mardiyah yang tidak kelihatan sedari tadi. Jam sudah masuk pukul 9.10 minit namun batang hidung Mardiyah langsung tidak kelihatan

hingga menimbulkan rasa bengang dalam diri Ammar. Dia memang pantang jika ada kakitangan yang datang lewat ke pejabat kerana dia seorang yang menepati waktu. Memang Mardiyah sengaja cari pasal dengan dia. Tambahan pula sekarang ini demamnya masih belum pulih sepenuhnya namun digagahi juga untuk ke pejabat kerana dia bosan duduk terperuk di rumah mamanya. Ammar menghampiri meja Kak Izzah yang sedang khusyuk dengan kerjanya. Kak Izzah ada nampak Mardiyah tak? Kenapa dia tak datang lagi dah pukul berapa ni? tanya Ammar sopan. Kak Izzah mendongak memandang wajah kacak milik Ammar. Saya tak tahulah encik. Dia tak ada call saya pun selalunya kalau ada apa- apa dia akan inform saya dahulu. Terang Kak Izzah. Dia dapat rasakan gunung berapi Ammar akan meletus pada Mardiyah pagi ini. Melihat air muka Ammar yang garang itu pun, Kak Izzah tahu yang Ammar sedang memendam kemarahan. Kak Izzah pun pelik kenapa Ammar suka sangat memarahi Mardiyah. Kadangkadang tanpa sebab gadis genit itu di maki. Cuma sejak Ammar demam dan tidak datang ke pejabat, Kak Izzah tidak lagi mendengar cacian lelaki itu untuk Mardiyah. Tapi apa yang pelik lagi sikap Ammar dingin hanya dengan Mardiyah tetapi dengan staf yang lain Ammar sentiasa bermanis muka. Kalau dia dah sampai, suruh dia jumpa saya immediately. Ujar Ammar tegas. Dia mengetap bibir tanda geram. Kak Izzah tersedar dari lamunan dengan pantas mengangguk. Baiklah encik nanti saya akan sampaikan tapi itu pun Diya dah sampai tapi dengan Encik Raqeem.. kata- kata Kak Izzah mati di situ bilat melihat Mardiyah yang anggun berjubah labuh berjalan seiringan dengan Raqeem. Salah seorang pegawai di hotel itu. Dia kehairanan. Ammar berpaling bila mendengar kata- kata Kak Izzah dan memang sah Mardiyah sedang berjalan bersama Raqeem. Hatinya mula terasa sesuatu bila melihat Mardiyah tersenyum pada Raqeem. Dia hanya menunggu Mardiyah sampai di hadapannya akan di sembur habishabisan. Saya mintak maaf encik sebab terlewat. Kereta saya rosak. Ujar Mardiyah sewaktu sampai di hadapan Ammar yang sudah menunggunya sedari tadi. Raqeem hanya berdiri di belakang Mardiyah selaku saksi kejadian. Kau tahu sekarang ini pukul berapa? Jam kau rosak ke? tanya Ammar cukup sinis. Dia memandang Mardiyah dan Raqeem silih berganti. Mardiyah menelan air luir. Dia tahu dia akan dimarahi tetapi janganlah di hadapan Raqeem dan Kak Izzah. Dia malu.

Saya tahu saya lambat sebab itulah saya nak mintak maaf. Kereta saya rosak dan terpaksa masuk workshop jadi sebab itulah saya tumpang Raqeem. I mean Encik Raqeem. Mardiyah memperbetulkan bahasanya. Dia tidak mahu Ammar tahu yang dia dan Raqeem bersahabat baik dan dia tidak mahu Ammar menuduh dia mengambil kesempatan pada Raqeem pula. Ada aku kisah dengan kereta kau. Aku tak mahu tahu masalah kau yang aku nak tahu aku tak nak pekerja aku datang lewat faham! tengking Ammar memecah gegendang telinga Mardiyah. Mardiyah menikus. Apa yang ditakutkan sudah terjadi. Am, come on janganlah tengking- tengking macam ini. Memang kereta Diya rosak aku saksinya. Dia yang call aku tadi minta aku ambilkan dia. Kau jangan berkasar sangat lagipun ini kali pertama Diya datang lambat. Ucap Raqeem membela Mardiyah. Ini bukan urusan kau Qeem, dia pekerja aku dan aku berhak mengajar dia. Ucap Ammar dengan nada marah. Berombak- ombak dadanya menahan rasa amarah. Tapi ini bukan cara yang betul nak mengajar Am, dia tak salah. Dia tak sengaja. Kau tak boleh nak hukum dia dengan kesalahan yang tak disengajakan. Terang Raqeem. Dia menentang wajah Ammar yang tampak kemerahan. Sebagai pegawai sumber manusia dia ada hak untuk menegur Ammar jika berlaku ketidakadilan terhadap kakitangan bawahan walaupun Ammar adalah ketua mereka. Ammar terdiam. Hatinya benar- benar sakit bila Raqeem membela Mardiyah. Pasti mereka ada hubungan. Ammar mula rasa curiga. Dia mendengus marah. Kali ini aku beri kau peluang tapi ingat sekali lagi kau lambat. You are fired! tegas Ammar lantas berlalu ke biliknya dengan perasaan sebal. Mardiyah hanya tertunduk dengan perasaan bercampur baur. Ammar memang tidak pernah berubah walau selautan kebaikan yang ditaburkan Ammar tidak pernah mengambil pusing apatah lagi mengambil berat. Mardiyah mula merasa yang hiba. Mutiara jernih mula bertakung di kelopak mata. Diya saya harap awak tak berkecil hati dengan sikap Am itu. dia memang tegas kalau soal kerja tapi secara peribadi dia seorang yang baik. Saya kenal dia dah lama dah masak sangat dengan perangainya itu. pujuk Raqeem bila melihat wajah Mardiyah yang murung. Raqeem faham mesti Mardiyah terluka dengan sikap Ammar yang terlampau tegas dalam bekerja hingga membuatkan hati gadis pujaannya itu berkecil hati. Namun, Raqeem akan cuba sedaya mungkin untuk mengembalikan keceriaan di wajah Mardiyah. Tak mengapa Qeem, saya dah terbiasa dengan sikap Encik Ammar begitu. Saya tak terasa hati pun. Awak jangan risau. Ucap Mardiyah. Dia cuba menyembunyikan air mata yang hampir menitis.

Mardiyah tersenyum pada Raqeem. Dia tidak mahu Raqeem susah hati dengan perangai Ammar yang tidak pernah baik dengannya. Dia juga tidak mahu Raqeem tahu tentang hubungan dia dan Ammar. Biarlah perkara itu terus menjadi rahsia sampai semuanya selesai. Kalau awak dah cakap macam itu saya rasa lega sikit. Saya ni tak boleh tengok awak masam- masam tau nanti lesung pipit awak tu tak nampak. Ujar Raqeem bergurau membuatkan Mardiyah tersenyum. Mardiyah menundukkan wajah bila Raqeem merenungnya. Berdebar jantung dibuatnya. Awak ni.. Mardiyah tersipu- sipu. Raqeem hanya tersenyum. Okeylah awak sambung kerja awak. Nanti tengah hari kita launchsama. Baiklah.

AMMAR mendongak bila pintu terkuak. Kelihatan Mardiyah sedang menatang dulang yang berisi secawan air yang pasti untuk dirinya. Hari ini gadis itu kelihatan ayu dengan jubah labuh berwarna biru dan dipadankan dengan tudung berwarna biru lembut. Lama Ammar merenung figura isterinya sebelum dia mengalihkan pandangan ke tempat lain. Encik ni airnya dan ubat. Mardiyah meletakkan cawan dan penadol di hadapan Ammar. Ammar mengangkat kening. Sejak bila pula aku minta ubat? Dia tertanya- tanya. Aku tak mintak ubat pun. Balas Ammar sambil memandang tepat pada Mardiyah. Saya tahu. Tapi encik tak sihat lagi jadi encik kenalah makan ubat ni. Ujar Mardiyah lembut. Pandangan Ammar di balas tetapi tidak lama. Dengan pantas wajahnya ditundukkan. Ammar terpana. Baharu pertama kali ada seseorang yang begitu ambil berat tentang dirinya. Hati lelakinya tersentuh. Kalau aku tak nak? duga Ammar. Nanti encik tak sihat. Jawab Mardiyah. Dia tersenyum. Ammar cuba menahan diri dari tersenyum. wajahnya terus- terusan di masamkan. Letak je kat situ nanti aku makan. Anyway malam besok mama aku ajak kau makan malam kat rumah. Ucap Ammar tiba- tiba. Dia menundukkan wajah untuk memeriksa fail- fail yang perlu dihantarkan pada Datuk Zainal petang nanti.

Saya tak boleh datang encik sebab saya ada janji dengan Encik Raqeem. Jawab Mardiyah serba salah. Memang dia sudah berjanji dengan Raqeem untuk ke rumah Nur Cahaya malam esok kerana Raqeem yang beria- ria untuk mengikut Mardiyah ke sana. Ammar tersentak bila nama Raqeem meniti di bibir gadis itu. serentak dia mengangkat muka menatap wajah Mardiyah yang manis. Penting sangat ke date kau dengan Raqeem itu? tanya Ammar cuba menyembunyikan getar di sebalik suaranya yang tenang. Tak penting sangat tapi saya dah janji. Ammar mendengus. Memang sah mereka ada hubungan. Bisik hati Ammar. Aku tak nak cakap banyak dengan kau. Kalau kau rasa mama lebih penting daripada Raqeem esok kau datang tapi kalau kau rasa buah hati kau tu lebih penting, apa aku boleh buat. Aku tak kisah kalau kau tak nak datang sebab bukan aku yang beria- ria tapi mama. Bagi aku kau ada atau tak, tak ada bezanya. Ujar Ammar. Mardiyah menunduk. Dia tahu dia tidak penting dalam hidup lelaki itu tapi itu tidak mendatangkan masalah pun pada Mardiyah. Dia lebih suka jika begini. Saya tahu saya kehadiran saya tidak ada maknanya dalam hidup encik. Saya tak kisah. InsyaALLAH kalau saya tak ada halangan saya datang esok. Encik tolong sampaikan salam saya pada Datin Zarina. balas Mardiyah. Ammar hanya diam. Dia malas mahu bercakap banyak lagipun dia tak kuasa nak layan perempuan macam Mardiyah. Kalau tak ada apa- apa kau boleh keluar sekarang. Muak pulak aku tengok muka kau lamalama. Ammar terus- terusan menyakiti hati Mardiyah yang sememangnya sudah terluka dan tidak mungkin akan pulih kembali. Tanpa menunggu lama Mardiyah melangkah keluar daripada bilik yang hanya membuatkan hatinya sakit. Dia berdoa kepada Tuhan agar suatu hari nanti Ammar akan tersedar daripada keangkuhannya dan lebih menghormati orang lain.

Вам также может понравиться