Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
Penaakulan merupakan asas penting untuk memahami matematik dengan lebih berkesan dan menjadikan pengertian tentang matematik lebih bermakna. Perkembangan penaakulan matematik berkait rapat dengan perkembangan intelek dan komunikasi murid.
Elemen penaakulan dalam P&P mengelakkan murid dari menganggap matematik sebagai hanya satu set prosedur atau algoritma yang perlu diikuti bagi mendapatkan penyelesaian tanpa memahami konsep matematik yang sebenarnya.
JENIS-JENIS PENAAKULAN
Deduktif Induktif Abduktif Analogikal Gerak-hati (common-sense) Tak-monoton (non-monotic)
DEFINISI ANALISIS
Analisis pula dikaitkan dengan pemecahan sesuatu konsep kepada komponen-komponen kecil dan penggunaan algoritma dalam penyelesaian atau pembelajaran sesuatu konsep matematik. Analisis ini juga merupakan komponen penting dalam pembelajaran matematik selain membuat penaakulan, mensintesis, membuat generalisasi dan sebagainya ( Zimmermann & Cunningham, 1991)
Penekanan terhadap aspek analisis ini telah diserapkan dalam sukatan pelajaran matematik KBSM. Analisis ditekankan melalui definisi, prosedurprosedur pembelajaran sesuatu konsep atau langkah kerja yang betul dalam penyelesaian masalah.
DEFINISI GENERALISASI
Generalisasi adalah penyimpulan daripada yang khusus kepada yang umum. Generalisasi yang tersedia dapat menjadi dasar penelitian di mana sifatnya sederhana sudah dibuktikan oleh peneliti sebelumnya dan merupakan sejarah yang diterima. Generalisasi itu dapat dipakai sebagai hipotesis deskriptif iaitu sebagai dugaan sementara. Biasanya ia hanya berupa generalisasi konseptual. Meskipun demikian, penggunaan generalisasi yang bagaimanapun sederhananya harus dibatasi supaya sejarah tetap empiris.
DEFINISI GENERALISASI
Generalisasi adalah membuat kesimpulan terhadap populasi berdasarkan sampel. Tujuan generalisasi ini adalah untuk memberi peluang mendapat gambaran/kesimpulan sesuatu fenomena.
DEFINISI JUSTIFIKASI
Justifikasi boleh didefinisikan sebagai menjelaskan atau menentukan Dalam matematik, istilah justifikasi ini bermaksud sesuatu cara untuk membuktikan kesahihan tuntutan menggunakan kaedah yang diterima pembuktiannya.
PENYELESAIAN
PENAAKULAN Langkah 1: Memahami masalah Maklumat yang diberikan, Luas = 120 cm2. Luas = panjang x lebar.
ANALISIS
Langkah 2: Merancang penyelesaian Untuk menyelesaikan masalah, cuba cari semua nilai panjang dan lebar yang mana hasil darabnya ialah 120
GENERALISASI Langkah 3: Melaksanakan penyelesaian Bina satu jadual panjang dan lebar seperti berikut :
LEBAR 2 3 4 5 6 8 10
PANJANG PERIMETER
60 124
40 86
30 68
24 58
20 52
15 46
12 44
JUSTIFIKASI
Langkah 4: Menyemak semula Semak jawapan anda untuk memastikan bahawa jawapan anda betul Panjang = 12, Lebar = 10. Luas = 12 x 10 Perimeter = 2 (12 + 10) = 4