Вы находитесь на странице: 1из 1

CETAKAN TAMADUN BARAT Selepas kemunculan seni cetakan di China, seni cetakan di Barat mula berkembang.

Pada abad ke-14 Masihi, industri cetakan mono telah berkembang di negara Barat. Pada ketika itu, cetakan digunakan bagi tujuan propaganda, pendidikan dan bahan keagamaan. Warna mula digunakan pada abad ke-15. Bermula dengan cetakan pakaian seawal kurun 60-an. Kelewatan teknologi kertas di negara Timur menyebabkan cetakan kertas lebih lewat diperkenalkan. Pada tahun 1511, kertas mula diperkenalkan di Jativa, Sepanyol. Cetakan kayu yang pertama dicetak di atas kertas adalah di German seawal abad ke-15. Goresan dihidupkan oleh pelukis Belanda pada kurun ke-17 dan Rembrant telah membuat cetakan pertamanya pada tahun 1626. Beliau lebih cenderung menghasilkan cetakan sendiri berbanding kepada teknik cetakan professional. Beberapa daripada cetakannya memaklumkan teknik cetakan mengalir tetapi melalui pengalaman dan ujikaji, dia mengasah dan membentuk kemahirannya, lalu menjadi mahir dan kreatif dalam seni cetakan. PENGENALAN CETAKAN Di Malaysia cetakan dihasilkan dengan menggunakan pelbagai teknik dan media. Antara media yang biasa digunakan ialah lino, syelek, lekar dan media campuran. Manakala teknik yang biasa digunakan adalah seperti teknik timbulan, kolagraf dan cetakan saring. Cetakan juga boleh didefinisikan sebagai proses menekan huruf atau gambar di atas kertas, kain atau bahan-bahan lain. Perkara yang paling jelas yang dapat dilihat pada sesuatu cetakan ialah kesan yang dipindahkan adalah seperti bayangan asli pada cermin. Tidak dinafikan bahawa seni cetak merupakan salah satu media seni lukis yang popular di kalangan pelukis serata dunia. Kebanyakan pelukis memilih untuk mengukir atau mengguris kepingan logam ataupun menuris blok kayu mereka sendiri kerana ingin mengalami rasa intim serta kegembiraan yang tercetus menerusi proses fizikal seni cetakan itu. Pengalaman serta kemahiran yang tinggi diperlukan bagi memastikan impresi yang optimum diperolehi menerusi plat cetakan. Keupayaan ini akan membolehkan para pelukis menggunakan sepenuhnya potensi sesuatu media dalam mencipta karya-karya seni cetak yang bermutu, tidak tercacat akan kelemahan teknik. Seni cetak merupakan suatu lanjutan kecekapan pelukis dalam menampilkan disiplin-disiplin yang berbeza. Seperti catan ataupun bentuk-bentuk kesenian lain, seni cetak asli menyalurkan ekspresi individu pelukis, emosi serta kematangan estetik. Di samping itu, seni cetak merangkumi pelbagai sudut persepsi di dalam proses penghasilannya. Seperti catan, seni cetak juga memberi ruang yang terkawal serta kelonggaran dalam proses penciptaannya. Sesuatu karya seni itu dianggap asli jika ia bukan reproduksi ofset daripada karya-karya catan cat minyak, cat air mahupun akrilik. Cetakan disini membawa maksud kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada permukaan blok atau plat. Biasanya permukaan blok diukir sehingga imej terjadi pada blok sebelum dipindahkan ke atas kertas, kain atau bahan lain untuk menghasilkan cetakan. Blok yang sama dapat menghasilkan beberapa keping karya yang sama. Cetakan yang berulang kali ini disebut edisi atau siri. Cetakan juga merupakan proses menghasilkan karya atau imej yang sama berulang kali. Dalam aktiviti ini, semua karya cetakan dalam sesuatu edisi dianggap karya asli.