You are on page 1of 70

AKTA DADAH BERBAHAYA

(PERLUCUTAN HARTA) 1988

AKTA 340
MATLAMAT
z SUATU AKTA BAGI MEMBUAT PERUNTUKAN-
PERUNTUKAN BERIKUT :
1. KESALAHAN-KESALAHAN BERHUBUNG DGN
HARTA, PENYITAAN DAN PELUCUTHAKAN YANG
BERKAITAN DGN AKTIVITI LARANGAN DI BAWAH
ADB 1952
2. MANA-MANA UNDANG-UNDANG ASING YG
BERSAMAAN DGN PERUNTUKAN DAN KESALAHAN
DI BAWAH AKTA INI.
3. BANTUAN KPD NEGARA-NEGARA ASING
BERHUBUNG DGN DADAH BERBAHAYA DAN
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TERDAHULU
SEC.2
TAFSIRAN
AKTIVITI LARANGAN

Apa-apa perbuatan, aktiviti atau kelakuan yang berlaku


didalam atau diluar Malaysia.Menjadi suatu kesalahan
dibawah Seksyen 3 atau 4 akta ini atau dibawah
undang-undang asing atau kesalahan terjadual.

Sungguhpun tidak menjadi suatu kesalahan, tetapi


keadaan sedemikian yang boleh dipercayai akhirnya
menyebabkan atau membawa perlakuan suatu
kesalahan dibawah akta ini.
BADAN AWAM

z Kerajaan Malaysia
z Kerajaan Negeri
z Pihak Berkuasa Tempatan dan Berkanun Lain yang
menjalankan kuasamana-mana undang-undang bertulis.
z Jabatan, perkhidmatan atau perusahaan kerajaan Malaysia,
Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan atau Berkanun Lain atau
Organisasi, badan atau individu.
z Pihak berkuasa, Organisasi, badan atau individu dengan
nama atau jawatan yang dinyatakan oleh Menteri melalui
Warta Kerajaan.
BANK

• Bank Islam yang dilesenkan dibawah Akta Bank Islam


1983
• Bank yang dilesenkan dibawah Akta bank 1973
• Bank Saudagar
• Mana-mana orang yang menjalankan urusan Bank
dibawah undang-undang bertulis
• Syarikat Kewangan berlesen dibawah Akta Syarikat
Kewangan 1969
• Bank Simpanan Nasional yang ditubuhkan dibawah Akta
Bank Simpanan Nasional 1974
• Koperasi yang didaftarkan dibawah undang-undang
bertulis berkaitan dengan koperasi.
HARTA

Harta alih atau tidak alih dan termasuklah

9 Hak, kepentingan, hakmilik, tuntutan, hak dalam


tindakan, kuasa, keistimewaan, pada masa sekarang atau
hadapan dan samada terletak hak atau kepentingan
berhubungan dengan harta atau selainnya mempunyai nilai
terhadap harta tersebut.

9 Apa-apa dokumen pemindahakan yang disempurnakan bagi


pemindahakan, menyerahhakan, menguntukkan,
menyerahkan atau selainnya memindahkan atau
sambungan

melupuskan harta tak alih yang dipunyai atau dimiliki oleh


orang menyempurnakan dokumen pemindahakan atau
ke atas orang yang berhak mendapat hak kontigen,
samada seluruh kepentingan atau sebaliknya.

z Surat Cara Kewangan


z Surat Cara atau Sekuriti lain
z Perniagaan
z Harta ketara atau tak ketara lain
HARTA YANG MENYALAHI UNDANG

Harta di dalam atau di luar Malaysia

Keseluruhan atau sebahagian harta diperolehi atau didapati


daripada atau dengan jalan apa-apa aktiviti larangan yang
dijalankan oleh sesiapa selepas berbuat kuasanya akta ini.

Menjadi pendapatan, perolehan atau asset keseluruhan atau


sebahagian diperolehi atau didapati daripada atau dengan
jalan mana-mana harta yang dinyatakan dalam perenggan
(a).

Keseluruhan atau sebahagian harta yang diperolehi atau


didapati daripada atau dengan jalan mana-mana harta yang
dinyatakan dalam perenggan (a) atau (b)
sambungan

Keseluruhan atau sebahagian harta yang


boleh dikesan kepada atau boleh dikaitkan
dengan mana-mana harta yang dinyatakan
dalam perenggan (a), (b) atau (c)

Selepas mula berkuatkuasa akta ini,


digunakan atau telah digunakan untuk
membantu atau mempermudahkan apa-apa
aktiviti larangan
sambungan
Menjadi suatu kesalahan dibawah Sec.3, 4 atau
24(7), atau kesalahan terjadual yang dilakukan
selepas mula berkuatkuasa akta ini.

Disebabkan oleh keadaan tetapi tidak terhad


kepada sifat, nilai, tempat letak atau
penemuannya atau pemerolehinya, boleh
dipercayai sebagai harta di perenggan (a), (b),
(c), (d), (e) atau (f).
PEGAWAI POLIS DITETAPKAN

™ Seorang pegawai polis berpangkat


PENGUASA atau lebih yang
ditetapkan secara bertulis dgn
nama/jawatan oleh Ketua Polis
Negara.
PEMBELI SUCI HATI DENGAN
BALASAN BERHARGA
¾ Penerima pindahan, pemegang serah hak,
gadaian, gadai janji, sandaran, amanah atau
pajakan bagi apa-apa harta yang didapati
dengan balasan berharga tanpa
memaklumkan bahawa harta tersebut :-

a) Harta yang menyalahi undang-undang


b) Keadaan harta jika siasatan munasabah telah
dijalankan, mungkin diketahui harta itu adalah
harta yang menyalahi undang-undang.
PEMEGANG

Termasuklah
• Berhubung dengan harta
• Orang yang menjadi pemunya
• Orang yang memiliki
• Orang yang menghuni
• Orang yang menjaga atau mengawal
• Orang yang mempunyai hak, kepentingan, hak
milik, tuntutan, kuasa, kewajipan atau obligasi lain
berkaitan dengan harta
10.SAUDARA
Berhuubungan dengan seseorang -
z Suami atau isteri
z Abang atau adik lelaki, kakak atau adik perempuan
orang itu
z Abang atau adik lelaki, kakak atau adik perempuan
kepada suami/isteri orang itu
z Orang yang mempunyai pertalian nasab langsung
keatas/kebawah dengan orang itu
z Orang yang mempunyai pertalian nasab langsung
keatas/kebawah dengan suami/isteri orang itu.
sambungan
z Suami/isteri kepada orang yang dinyatakan dalam perenggan
(b), (c), (d) atau (e)

z Sesiapa yang mempunyai pertalian nasab langsung dengan


orang yang disebutkan dalam perenggan (b) atau (c)

z Abang atau adik lelaki, kakak atau adik perempuan, isteri


kepada abang atau adik lelaki, suami kepada kakak atau adik
perempuan kepada mana-mana orang yang mempunyai
pertalian nasab langsung keatas orang itu atau dengan suami
atau isterinya.

z Sesiapa yang mempunyai pertalian nasab langsung kebawah


atau suami atau isteri, orang yang mempunyai pertalian
nasab langsung dengan orang yang disebutkan dalam
perenggan (h)
11. SEKUTU
(a) Sesiapa yang pernah atau sedang tinggal di
premis kediaman kepunyaan orang itu
(b) Sesiapa yang pernah menjadi atau menjadi ejen
atau penama kepada orang itu
(c) Sesiapa yang pernah atau sedang menguruskan
atau mempunyai akaun-akaun orang itu
(d) Firma perkongsian, ejen atau penama atau
pernah menjadi rakan perkongsian atau menjaga
atau mengawal perniagaan dan sebagainya
sambungan
(e) Perbadanan (Akta Syarikat 1965), ejen atau
penamanya pernah menjadi seorang pengarah atau
menjaga dan mengawal perniagaan atau hal
ehwalnya, orang itu bersama-sama dengan
ejen/penama yang mempunyai syer sejumlah nilai
tidak kurang 10% daripada jumlah modal terbitan
perbadanan tersebut

(f) Sesiapa yang pernah menjadi atau seorang pekongsi,


menjaga atau mengawal perniagaan/hal ehwal. Firma
perkongsian yang disebutkan dalam perenggan (d),
pada bila-bila masa pernah menjadi seorang pekongsi
dalam firma perkongsian itu.
sambungan
(g) Sesiapa yang pernah menjadi atau seorang
Pengarah, seorang menjaga atau mengawal
perniagaan/hal ehwal suatu perbadanan dalam
perenggan (f), pada bila-bila masa orang itu,
ejen, penama pernah menjadi Pengarah,
menjaga, mengawal perniagaan/hal ehwal
perbadanan yang mempunyai syer sejumlah nilai
tidak kurang 10% daripada jumlah modal terbitan
perbadanan itu
(h) Sesiapa yang pernah menjadi atau menjadi ejen
dalam firma perkongsian atau perbadanan yang
dinyatakan dalam perenggan (d) atau (e)
sambungan

(i) Sesiapa yang pernah atau menguruskan akaun-


akaun firma perkongsian, perbadanan yang
dinyatakan dalam perenggan (d) atau (e)
(j) Pemegang amanah, jika :
• Amanah telah diwujudkan oleh orang itu
• Jumlah nilai aset yang disumbangkan
kepada amanah pada bila-bila masa,
sebelum atau selepas diwujudkan
amanah, berjumlah sebanyak tidak
kurang daripada 20% jumlah aset
amanah tersebut
sambungan
(k) Sesiapa ada dalam miliknya harta kepunyaan
orang lain

(l)Sesiapa yang berhutang dengan orang itu


SEC.3
PENGGUNAAN HARTA UNTUK
AKTIVITI YANG MENJADI
KESALAHAN-KESALAHAN TERTENTU
1. Sesiapa orang yang ada didalam atau diluar Malaysia
• Secara langsung atau tidak langsung bagi pihak
dirinya sendiri atau pihak orang lain
• Membuat atau menyebabkan dibuat urusniaga
berhubungan dengan harta atau dengan cara lain
menggunakan atau menyebabkan digunakan harta

(a) Dengan niat hendak menggalakkan, menguruskan,


mengasaskan atau menjalankan apa-apa perbuatan,
aktiviti atau kelakuan yang menjadi kesalahan
terjadual
sambungan
(b) Dengan niat hendak mempermudahkan atau
membantu dalam penggalakan, pengurusan,
pengasasan atau perjalanan perbuatan aktiviti atau
kelakuan yang dinyatakan dalam perenggan (a)

z KESALAHAN
Sesiapa yang dipertuduh atau disabitkan kesalahan
dibawah Seksyen 3(1)(a) dan Seksyen 3(1)(b) adalah
melakukan suatu kesalahan

z HUKUMAN
Penjara selama tempoh tidak kurang daripada 5
tahun dan tidak lebih 20 tahun
sambungan
2. Tidak menjadi kesalahan dibawah Seksyen 3(1), jika

(a) Perbuatan menjadi kesalahan dibawah Seksyen


3(1), jika dilakukan diluar Malaysia

(b) Perbuatan, aktiviti atau kelakuan yang dinyatakan


dibawah Seksyen 3(1)(a) atau (b) menjadi kesalahan
dibawah undang-undang asing dalam butiran 5 jadual
pertama akta ini

Rujukan Seksyen 3(1)(a)&(b) & (2)(a)&(b)


SEC.4
MENGURUSNIAGAKAN ATAU MENGGUNAKAN,
MEMEGANG, MENERIMA ATAU MENYEMBUNYIKAN
HARTA YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG

1.Mana-mana orang samada didalam atau diluar Malaysia

(a) Secara langsung atau tidak langsung

(b) Bagi pihak dirinya atau orang lain

(c) Membuat atau menyebabkan dibuat


urusniaga berhubungan dengan harta

(d) Selain menggunakan atau menyebabkan digunakan,


memegang, menerima atau menyembunyikan harta

(e) Dia mengetahui atau mempercayai bahawa harta itu


adalah harta yang menyalahi undang-undang
sambungan

KESALAHAN
ƒ Sesiapa yang dipertuduh dan disabitkan
dibawah Seksyen ini adalah melakukan
suatu kesalahan
HUKUMAN
ƒ Penjara selama tempoh tidak kurang 5 tahun
dan tidak lebih 20 tahun
sambungan
2. Jika harta yang menyalahi undang-undang
dibawah Seksyen 4(1) berhubung dengan
perbuatan, aktiviti atau kelakuan yang menjadi
suatu kesalahan dibawah Seksyen 2(2)(a)
(aktiviti larangan) akta ini

z Sesiapa yang dituduh melakukan kesalahan


dibawah Seksyen 4(1), adalah
bertanggungjawab terhadap orang telah
dipertuduh atas kesalahan dibawah Seksyen
2(2)(a) bagi takrifan “aktiviti larangan” tersebut
sambungan
3. Tidaklah menjadi suatu kesalahan dibawah Seksyen
4(1), jika

• Perbuatan atau kesalahan dibawah Seksyen 4(1)


dilakukan diluar Malaysia
• Perbuatan harta yang menyalahi undang-undang,
harta yang diperolehi atau didapati dengan jalan
perbuatan, aktiviti atau kelakuan yang menjadi
suatu kesalahan dibawah Seksyen 2(2)(a) “aktiviti
larangan” akta ini
Rujukan Seksyen 4(1)(2)(3)(a)(b)
SEC.5
PERLUCUTHAKAN HARTA APABILA DISABITKAN
ATAS HARTA KESALAHAN DIBAWAH SEKSYEN 3
ATAU SEKSYEN 4 AKTA INI

1. Jika sesiapa disabitkan kesalahan dibawah Seksyen 3 atau


Seksyen 4, maka mahkamah hendaklah melucuthakkan
segala harta tersebut

SYARAT
z Kenderaan yang telah digunakan untuk melakukan
kesalahan itu tidak boleh dilucuthakkan, jika dapat dibuktikan
oleh pemunya atau penjaga kenderaan kepada mahkamah
bahawa kenderaan tersebut digunakan tanpa izin pemunya
atau penjaga dan penggunaan tidak disebabkan apa-apa
pengabaian, keingkaran atau kurang hemat oleh pemunya
atau penjaga kenderaan tersebut
SEC.6
PERLUCUTHAKAN APABILA KESALAHAN DIBAWAH
SEKSYEN 3 ATAU 4 DAPAT DIBUKTIKAN OLEH
MAHKAMAH

1. Jika dapat dibuktikan dan mahkamah berpuas hati, suatu


kesalahan dibawah Seksyen 3 atau Seksyen 4 dilakukan
mengikut akta ini

z TINDAKAN
Mahkamah hendaklah membuat suatu perintah
melucuthakan segala harta yang menjadi kesalahan atau
digunakan untuk melakukan kesalahan, walaupun tiada
seseorang disabitkan atas kesalahan itu

z SYARAT
Proviso kepada Seksyen 5 akta ini hendaklah dipakai
berhubungan perintah perlucuthakan dibawah Seksyen ini
SEC.7
ORANG-ORANG YANG BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN
DIBAWAH BAHAGIAN INI

1(a). Orang yang boleh dikenakan perlucuthakan harta

(i) Sesiapa yang disabitkan dengan muktamad


suatu kesalahan dibawah seksyen 3,
Seksyen 4 atau Seksyen 24(7) akta ini

Dibawah undang-undang asing yang


bersamaan atau Seksyen akta ini atau
kesalahan terjadual akta ini
dikuatkuasakan
sambungan
(ii) Ditahan atau telah ditahan selepas
berkuatkuasa akta ini menurut perintah
tahanan atau sekatan dibawah mana-mana
undang-undang, berkaitan aktiviti atau
terlibat pengedaran dadah berbahaya

z SYARAT
Aktiviti yang menjadi alasan penahanan itu
berlaku selepas mula berkuatkuasa akta ini
sambungan
(iii) Memegang, menyembunyikan, menerima,
menggunakan, menyebabkan atau membenarkan
digunakan dan orang itu mengetahui atau ada sebab
mempercayai sebagai harta yang menyalahi undang-
undang dibawah akta ini
(b) Setiap saudara kepada orang yang dinyatakan
dibawah Seksyen 7(1)(a)(i)(ii) dan (iii)
(c) Setiap sekuriti kepada orang yang dinyatakan dibawah
Seksyen 7(1)(a)(i)(ii) dan (iii)
sambungan
(d) Mana-mana pemegang samada atau tidak seorang saudara
yang dinyatakan dibawah Seksyen 7(2)(b) atau seorang sekutu
dibawah Seksyen 7(2)(c) (kemudian disebut pemegang
sekarang) apa-apa harta yang dipegang oleh seseorang
dibawah Seksyen 7(1)(a), melainkan jika pemegang tersebut
memegang harta itu selepas orang yang disebut dibawah
Seksyen 7(1)(a) tetapi belum pernah

(e)Jika orang yang dinyatakan dibawah Seksyen 7(1)(a)(b)(c) dan


(d) sudah mati, maka wakil dirinya atau tidak ada, orang yang
mempunyai kepentingan terhadap harta pusaka simati,
Mahkamah Seksyen atas permohonan Pendakwa Raya
memberi peluang kepada sesiapa untuk didengar perkara itu di
Mahkamah Seksyen berkenaan
sambungan
2.Jika seseorang dianggap saudara, sekutu atau pemegang
dibawah Seksyen 7(1)(b)(c) atau (d) berhubungan orang
yang dinyatakan dibawah Seksyen 7(1)(a) adalah
menjadi orang kenaan

3. Tiada prosiding terhadap orang kenaan, jika pendakwaan


kerana kesalahan dibawah Seksyen 3 atau Seksyen 4
akta ini atau kesalahan dalam jadual pertama (Butiran
1,2,3 atau 4) belum selesai dimana-mana mahkamah di
Malaysia. Jika belum selesai di Mahkamah Tingi terhadap
pendakwaan, maka boleh ditangguhkan prosiding
berkenaan dalam bidang kuasa asal atau kuasa rayuan
muktamad
sambungan
4(a) Jika prosiding di Mahkamah Tinggi terhadap orang kenaan
dilarang dimulakan atau ditangguhkan dibawah Seksyen 7(3)
dan tidak boleh :-

z Menjejaskan penyitaan terdahulu apa-apa harta

z Menjejas Perintah oleh Pendakwa Raya


z Menjejas Perjalanan kuasa di Bahagian IV akta ini oleh
Pegawai Polis atau Pendakwa Raya
z Berbangkit daripada orang itu menjadi orang kenaan dan
hendaklah terus kekal berkuatkuasa/berkesan semasa
pendakwaan sehingga selesai prosiding dengan muktamad
di Bahagian ini
sambungan

4(b) Menghalang Pegawai Polis atau


Pendakwa Raya daripada menjalankan
kuasa masing-masing dibawah
Bahagian IV akta ini yang dibangkitkan
oleh orang yang menjadi kenaan
tersebut
SEC.15
KUASA MENANGKAP DAN
MENAHAN.
z PENANGKAPAN, PENYIASATAN DAN PENYITAAN.

1. Setiap kesalahan dibawah akta ini adalah kesalahan boleh


tangkap bagi maksud Kanun Prosedur Jenayah

2. Pegawai Polis boleh menangkap tanpa waran


(a) Sesiapa yang munasabah disyaki telah
melakukan atau melakukan suatu kesalahan
dibawah akta ini
(b)Sesiapa yang munasabah dipercayai orang kenaan dibawah
Seksyen 7(1)(a)

(c)Tanpa menjejaskan Seksyen 15(2)(h) mana-mana orang,


Pendakwa Raya bercadang hendak membuat permohonan
dibawah Seksyen 8 dan memberitahu cadangan secara bertulis
kepada Pegawai Polis
sambungan
3. Jika seseorang yang ditangkap dibawah Seksyen
15(2)
• Sedang menjalani hukuman penjara
• Berada dalam tahanan pencegahan
• Berada dalam jagaan yang sah
TINDAKAN
• Perintah bertulis oleh Pegawai Kanan Polis dibawa kehadapan
seorang Pegawai Kanan Polis lain bagi maksud penyiasatan
dan boleh ditangkap dibawah Seksyen 15(2)
• Ditahan dalam jagaan polis selama tempoh tidak melebihi 14
hari
• Hendaklah disifatkan terus menjalani tempoh pemenjaraan atau
tahanan (mana yang berkenaan)
sambungan
s

4.Seseorang yang ditangkap dibawah Seksyen 15(2)


hendaklah dimaklumkan bahawa dia ditangkap kecuali
dibawah Seksyen 15(3)
z TINDAKAN
Hendaklah dalam masa 24 jam membawa orang itu
kehadapan Majistret dan tidak boleh ditahan tanpa
perintah daripada Majistret

5. Majistret boleh membuat perintah untuk menahan dalam


jagaan polis dibawah Seksyen 15(4) selama tempoh tidak
melebihi 14 hari bagi maksud penyiasatan oleh pihak
polis
SEC.16
KUASA MASUK , MENGGELEDAH,
MEMERIKSA DAN MENYITA.

1. Seseorang Pegawai Kanan Polis ada sebab yang


munasabah dan mengesaki didalam atau diluar
premis
• Menyembunyikan atau menyimpan apa-
apa harta lucuthakan
• Sesuatu kesalahan dilakukan dibawah akta ini
• Apa-apa buku atau dokumen berhubung
dengan urusniaga didalam atau luar Malaysia
• Apa-apa harta yang boleh disita atau
dilucuthakan
sambungan
z TINDAKAN
a) Masuk kedalam premis, menggeledah danmenyita serta
menahan apa-apa harta, buku atau dokumen
b) Memeriksa sesiapa orang yang berada didalam atau di
premis, bagi maksud pemeriksaan, menahan dan
memindahkan kesuatu tempat yang perlu untuk kemudahan
pemeriksaan itu
c) Menangkap sesiapa yang berada didalam atau dipremis
dalam miliknya dijumpai harta yang boleh disita, dilucuthakan
atau dipercayai menyembunyikan atau menyimpan harta itu
d) Menyita dan menahan buku atau dokumen yang dijumpai
didalam dipremis atau pada orang itu
e) Memecah buku, memeriksa dan menggeledah artikel atau
bekas
f) Memberhentikan, menggeledah dan menahan kenderaan
sambungan
2. Pegawai Kanan Polis, jika perlu bertindak seperti
berikut :-
a. Memecah buka, pintu atau tingkap luar atau dalam premis
untuk masuk kedalam premis
b. Dengan paksa masuk kedalam premis dan tiap-tiap
bahagiannya
c. Mengalih dengan menggunakan kenderaan apa-apa
galangan terhadap kemasukan, penggeledahan atau
pemeriksaan, penyitaan dan pemindahan yang diberikan
kuasa untuk melaksanakannya
d. Menahan tiap-tiap orang yang dijumpai didalam atau
dipremis sekeluarga – premis itu telah selesai digeledah

• PEMERIKSAAN
Boleh dijalankan pada bila-bila masa (siang atau malam)
sambungan

3. Peruntukan Seksyen 16(1) dan (2) tidak


terpakai berhubung pemeriksaan buku-
buku jurubank di sesuatu bank

Rujukan seksyen 16(1)(2)(3)


SEC.17
PEMERIKSAAN KE ATAS
SESEORANG
1. Seseorang Pegawai Kanan Polis boleh memeriksa atau
menyebabkan diperiksa keatas mana-mana orang
dengan alasan mempercayai bahawa

z Ada harta yang boleh disita atau dilucuthakan


z Apa-apa artikel untuk maksud penyiasatan
z Boleh menahan orang itu selama tempoh pemeriksaan
dijalankan tetapi tidak melebihi 24 jam
z Boleh memindahkan orang itu kesuatu tempat yang
perlu untuk kemudahan pemeriksaan
sambungan

2. Pemeriksaan dibawah Seksyen 16 dan


Seksyen 17 boleh meliputi pemeriksaan
perubatan oleh Pegawai Perubatan terhadap
tubuh badan orang itu

3. SEKATAN
z Seseorang perempuan hendaklah diperiksa
oleh seorang perempuan lain
SEC.18
GALANGAN TERHADAP PEMERIKSAAN
DAN PENGGELEDAHAN
(a) Enggan memberikan akses premis kepada pegawai
yang diberi kuasa masuk atau menggeledah atau tidak
mematuhi arahan supaya dirinya diperiksa
(b) Menyerang, menghalang atau melambat-lambatkan
pegawai masuk atau dalam melaksanakan tugas yang
dipertanggungkan atau kuasa dibawah akta ini
(c) Tidak mematuhi tuntutan yang sah daripada Pegawai
Polis dalam melaksanakan tugas dibawah akta ini
(d) Enggan atau abai memberikan maklumat yang
dikehendaki oleh pihak berkuasa
(e) Tidak mengemukakan atau menyembunyikan apa-apa
harta, dokumen, buku ada alas an bahawa kesalahan
telah dilakukan atau boleh disita dibawah aktiviti
sambungan
(f) Menyelamatkan atau menyebabkan diselamatkan
benda yang wajar disita
(g) Memberi mana-mana pegawai atau mengatakan
maklumat sebenar diketahuinya atau dipercayai palsu
(h) Sebelum atau selepas penyitaan, memecah atau
memusnahkan apa-apa bagi mengelakkan disita atau
boleh didapati untuk siasatan
z KESALAHAN
Sesiapa yang melakukan dibawah Seksyen 18,
hukuman boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau
penjara selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau
kedua-duanya

Rujukan seksyen 18(a-h)


SEC.21
KUASA – KUASA KHAS
PENYIASATAN

1. Pendakwa Raya, jika berpuas hati bahawa


penyiasatan perlu dijalankan ke atas
kesalahan di bawah seksyen 3, seksyen 4
atau Seksyen 24(7) atau maksud prosedur di
bawah Bahagian III akta ini, boleh melalui
perintah bertulis membenarkan Pegawai
Kanan Polis menjalankan penyiasatan
mengikut cara atau kaedah yang dinyatakan
dalam perintah tersebut
sambungan

2. Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan Seksyen


21(1), perintah itu membenarkan disiasat, diperiksa dan
diambil salinan-salinan, buku jurubank, akaun bank,
akaun syer, akaun belian, akaun perbelanjaan atau
akaun lain
• Membenarkan diperiksa peti simpanan selamat dalam
bank institusi kewangan, syarikat, firma, persatuan,
pertubuhan dan badan lain
• Handaklah mempunyai kuasa yang cukup untuk
mendedahkan atau mengemukakan oleh mana-mana
orang segala meklumat, akaun, dokumen artikel yang
dikehendaki oleh pegawai yang dibenarkan menyiasat
perkara tersebut
sambungan

3. KESALAHAN
• Mana-mana orang dengan sengaja tidak atau enggan
mendedahkan maklumat atau mengemukakan akaun,
dokumen dan artikel kepada pegawai yang
dibenarkan menjalankan siasat adalah melakukan
suatu kesalahan di bawah akta ini (Seksyen 21(3))

• HUKUMAN
Penjara selama tempoh tidak melebihi 1 tahun,
denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya
sambungan

4. Jika sesiapa mendedahkan apa-apa


maklumat atau mengemukakan akaun,
dokumen atau artikel kepada orang yang
dibenarkan (Pegawai Kanan Polis), maka
orang yang mula disebut orang lain bagi
pihaknya akan dikenakan pendakwaan atau
prosiding menurut kuasa undang-undang
atau kuasa kontrak, perjanjian atau perkiraan
samada nyata atau tersirat atau sebaliknya
Rujukan Seksyen 21(i)(2)(3)(4)
SEC.28
PENYITAAN HARTA TAK ALIH
1. KUASA
z Seorang Pegawai Kanan Polis berpangkat ASP
atau lebih tinggi. Jika disyaki harta tak alih adalah
berlaku suatu kesalahan atau yang menyalahi
undang-undang dibawah akta ini boleh disita
• PELAKSANAAN PENYITAAN
(a) Pegawai Kanan Polis berpangkat ASP atau lebih
tinggi akan mengeluarkan NOTIS penyitaan dan
menerangkan butir-butir harta tak alih serta
melarang segala urusniaga harta berkenaan
sambungan
(b) Jika praktik, salinan NOTIS ditampalkan ditempat
yang mudah dilihat pada harta tak alih itu

(c)Menyampaikan satu salinan NOTIS

• Pentadbir tanah atau Pendaftar Hakmilik di Malaysia


Barat
• Pendaftar Hakmilik atau pemungut Hasil Tanah di Sabah
• Pendaftar Hakmilik atau Pengarah Tanah/Ukur di
Sarawak
• Dimana-mana kawasan harta tak alih terletak
sambungan
2. Notis penyitaan yang dinyatakan dibawah Seksyen 28(1), pihak
berkenaan hendaklah mengendorskan terma-terma notis tersebut
pada dokumen hakmilik (Harta tak alih) dalam daftar di pejabat
tersebut

3. KUATKUASA LARANGAN
z Jika pengendorsan NOTIS penyitaan dibuat di bawah Seksyen 28(2),
hendaklah dikuatkuasa melarang segala urusniaga harta tak alih
(boleh didaftarkan) samada sebelum/selepas pengeluaran polis atau
pengendorsan tersebut

4. TIDAK TERPAKAI
z Peruntukan Seksyen 28(3) tidaklah terpakai bagi sesuatu urusniaga
yang dilaksanakan oleh seorang Pegawai Awam bagi pihak kerajaan
Malaysia, Negeri PBT atau Badan Berkanun lain mengikut akta ini

Rujukan Seksyen 28(1)(2)(3)(4)


SEC.31
PERLEPASAN HARTA YANG DISITA

1. Jika harta disita dibawah akta ini, seorang


Pegawai Polis yang ditetapkankan akan
melaksanakan penyitaan harta
• Boleh melepaskan harta kepada sesiapa yang
diputuskan hak menurut undang-undang, jika berpuas
hati bahawa harta tersebut tidak dilucuthakan dibawah
akta ini atau ADB 1952
• Tidak ada prosiding atau pendakwaan dibawah akta
ini/undang-undang lain kepada pegawai menjalankan
penyitaan pihak kerajaan oleh sesiapa, jika pelepasan
harta dilaksanakan dengan suci hati
sambungan

2. Suatu rekod bertulis perlepasan harta


dibuat dibawah Seksyen 31(1),
hendaklah dibuat oleh pegawai
tersebut dan menghantar salinan rekod
kepada Pendakwa Raya dan Ketua
Polis Negara dalam masa 7 hari
selepas perlepasan itu
Rujukan Seksyen 31(1)(2)
SEC.35
ANGGAPAN MENGENAI ORANG KENAAN
DAN HARTA YANG
MENYALAHI UNDANG-UNDANG

z Jika apa-apa prosiding dibawah akta ini


terhadap mana-mana orang atau
harta,mahkamah akan menganggap
• Orang kenaan
• Harta yang menyalahi undang-undang
Rujukan Seksyen 35
SEKSYEN 38.
PERLINDUNGAN BAGI PEMBERI
MAKLUMAT.
1. Tiada saksi dalam prosiding dibawah akta ini
berkewajipan
(a)Mendedahkan nama dan alamat
pemberi maklumat sesuatu kesalahan
atau kesalahn terjadual dibawah akta ini

• Berhubungan dengan prosiding di Bahagian III akta ini


• Berhubungan dengan atau membawa
penahanandibawah peruntukan Ordinan Darurat
(ketenteraman Awam dan mencegah jenayah) 1959
atau ADB (langkah-langkah pencegahan khas) 1985
sambungan

2. Jika apa-apa buku, dokumen atau kertas


yang menjadi keterangan atau boleh
diperiksa yang mengandungi maklumat
pemberi maklumat, mahkamah hendaklah
menyembunyikan segala catatan atau
dipadamkan untuk melindungi pemberi
maklumat tersebut

Rujukan Seksyen 38(1)(2)


SEC.41
KUASA PEGAWAI POLIS DIBAWAH UNDANG-UNDANG
LAIN YANG BERHUBUNGAN DENGAN PROSEDUR
JENAYAH

1. Peruntukan akta ini, berhubungan dengan


kuasa-kuasa Pegawai Polis sebagai
tambahan kepada kuasa dibawah undang-
undang lain mengenai Prosedur Jenayah
dalam penguatkuasaan akta inI
2. Tertaluk dibawah Seksyen 41(1), kuasa-
kuasa Pegawai Polis berhubung kesalahan-
kesalahan boleh tangkap hendaklah dipakai
dibawah Bahagian III akta ini

Rujukan Seksyen 41(1)(2)


SEC.45
PENYAMPAIAN PROSES ATAU
DOKUMEN
z Seorang Pegawai Kanan Polis, dengan arahan pihak
berkuasa Malaysia boleh menyampaikan proses atau
dokumen oleh mana-mana Pegawai Polis yang kepada
mana-mana orang atau Badan di Malaysia yang
dikeluarkan pihak berkuasa atau Mahkamah Negara
Asing
z Kandungan proses atau dokumen itu menyebabkan
orang atau badan dikenakan penalti atau kemudaratan
termasuklah penyitaan atau perlucuthakan harta di
Malaysia atas perintah pihak berkuasa atau Mahkamah
Negara Asing

Rujukan Seksyen 45
SEC.49
PEMERIKSAAN ORANG ATAU
PENGGELEDAHAN PREMIS

1. Seorang Pegawai Kanan Polis, boleh dengan


arahan pihak berkuasa Malaysia, memeriksa
atau menggeledah
• Mana-mana orang atau premis yang dinyatakan oleh
Kerajaan Asing atau Pihak Berkuasa Asing dalam
permintaan di bawah Seksyen 43 akta ini

• Mana-mana orang atau premis yang disyaki atau


perlu atau suai manfaat berhubungan dengan
permintaan tersebut
sambungan
z Peruntukan di bawah Seksyen 49(1)
seseorang Pegawai Kanan Polis hendaklah
mempunyai dan boleh menjalankan kuasa
di bawah Seksyen 16 atau Seksyen 17 dan
Seksyen 18 dan Seksyen 19 terpakai
berkaitan dengan pemeriksaan atau
penggeledahan tersebut

Rujukan Seksyen 49(1)(2)


SEC.56
PERCUBAAN PERSUBAHATAN DAN
KOMPLOT JENAYAH YANG
BOLEH DIHUKUM SEBAGAI KESALAHAN
1. (a)Cuba melakukan kesalahan di bawah akta ini atau undang-
undang asing yang bersamaan

(b)Melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan


untuk melakukan atau membantu perlakuan kesalahan
dibawah akta ini atau undang-undang Negara Asing

(c) Bersubahat atau terlibat dalam komplot jenayah (dalam


kanun keseksaan) atau kesalahan dibawah akta ini atau
undang-undang asing yang bersamaan atau tidak kesalahan
dilakukan berikutan dengan komplot itu

z KESALAHAN
Perbuatan dibawah Seksyen 56(1)(a)(b)(c) adalah
melakukan kesalahan dan boleh dihukum di bawah
peruntukan kesalahan itu
sambungan
z Peruntukan akta ini hendaklah dibaca
sebagai termasuklah sebutan suatu
kesalahan di bawah Seksyen 56(1)
berhubungan dengan kesalahan di
bawah peruntukan tertentu itu
Rujukan seksyen 56(1)(2)
SEC.59
PENYAMPAIAN NOTIS ATAU
PERINTAH

1. Notis atau perintah yang dikeluarkan


dibawah akta ini, jika dikehendaki
disampaikan kepada orang sebenar
• Menyerahkan sendiri notis atau perintah
• Menyerahkan notis atau perintah kepada
orang dewasa di tempat kediaman,
pekerjaan atau perniagaan yang akhir
• Menghantarkan notis atau perintah melalui
pos berdaftar kepada orang itu
sambungan
• Jika seorang Pegawai Polis, hendaklah
direkod secara bertulis bahawa
notis/perintah tidak dapat disampaikan
mengikut Seksyen 59(1)(a)(b) dan (c)
• Menampilkan notis atau perintah di tempat
yang mudah dilihat, premis atau tempat tinggal
akhir
• Menyiarkan notis/perintah dalam akhbar yang
diedarkan di kawasan-kawasan tertentu
sambungan
2.Notis atau perintah yang dikeluarkan
atau dibuat di bawah akta ini ke atas
perbadapan, diserahkan kepada
perkhidmatan, ejen atau pegawai
perbadanan itu
RUMUSAN

z Akta ini menjelaskan peruntukan mengenai


harta, penyitaan dan perlucuthakan berkaitan
dengan aktiviti Dadah Berbahaya yang
dilakukan di dalam atau di luar Malaysia

z Disamping itu, akta ini memberi peruntukan


kuasa khas kepada pegawai yang
dipertanggungjawabkan melaksanakan tugas
penguatkuasaan di bawah Akta Dadah
Berbahaya 1952 dan akta-akta yang
berkaitan
Lampiran A
KESALAHAN TERJADUAL DALAM JADUAL PERTAMA AKTA INI
BUTIRAN KESALAHAN

Suatu kesalahan di bawah Seksyen 6B(1) dan boleh dihukum di bawah


1.
Seksyen 6B(3) Akta Dadah Berbahaya 1952
Suatu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1) dan boleh dihukum di bawah
2.
39B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952
Suatu persubahatan untuk melakukan atau percubaan untuk
melakukan atau percubaan sebagai persediaan untuk melakukan atau
3. membantu perlakuan suatu kesalahan yang dinyatakan di bawah
butiran 1 dan 2, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 33 yang dibaca
bersama dengan Seksyen 6B(3) dan 39B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952
Suatu kesalahan di bawah Seksyen 34 APB 1952 berhubung dengan
4.
kesalahan di bawah butiran 1 dan 2
Apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang asing yang
5. bersamaan dengan peruntukan bagi suatu kesalahan yang dinyatakan
di bawah butiran 1, 2, 3 atau 4