Вы находитесь на странице: 1из 11

Kerana indahnye pelangi

Petang itu hujan lebat menyimbah bumi Shah Alam, Selangor, salah sebuah negeri yang terletak di selatan tanah air semenanjung Malaysia. Kedudukan yang strategik ini menjadikan Selangor negeri yang paling pesat, dek kerana jumlah penduduk yang ramai dan pembangunan yang tumbuh bak cendawan selepas hujan setiap tahun. Tidak hairanlah negeri ini agak panas berbanding negeri-negeri lain, kerana terjadinya pulau haba bandar. Sudah hampir setahun aku di negeri ini, menjadi penuntut di UiTM Shah Alam dalam program asasi kejuruteraan. Cuaca sejuk semasa hujan ini sememangnya dinikmati sebaiknya oleh semua penuntut. Ada yang sudah menarik selimut, bersedia untuk memejamkan mata, ada yang meneruskan 'study' namun tidak kurang pula yang mengambil kesempatan untuk duduk seorang diri sambil merenung ke arah hujan, memikirkan rahmat di sebalik hujan itu dan penciptanya. Subhanallah, sesungguhnya setiap yang diturunkan oleh Allah ada rahmat dan kebaikan di sebaliknya. Guruh yang berdentum dan kilat sabung-menyabung benar-benar menggangu konsentrasiku untuk belajar. Aku lantas menutup tingkap dan menurunkan langsir, bimbang sesuatu yang buruk berlaku. Aku kemudian duduk kembali di meja studyku dan beristighfar panjang, moga-moga hatiku ini tidak terlintas untuk memarahi Allah kerana menjadikan guruh dan kilat. Terus aku teringat akan kata-kata Heliza dalam filem Syurga Cinta... "Kadang-kadang Allah turunkan hujan, ditambah dengan guruh, siap dengan kilat lagi... kita tertanya-tanya Kemana perginya matahari? Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang indah" Aku tersenyum sendirian, kerana ungkapan inilah yang menjadikan aku disini hari ini. Aku punya kisah di sebalik kata-kata itu. Mungkin bagi orang lain, ungkapan ini nampak biasa, tapi bagiku ia besar maknanya. Ciptaan Allah yang begitu indah Hingga hari ini, tidak ada seorang saintis pun yang mampu menyaingi pelangi ciptaan Allah. Sesungguhnya, dari situ kita dapat lihat betapa Allah tuhan yang Agung dan Esa. Segala memori lalu masih segar dalam ingatanku. Kisah bermula semasa di alam sekolah menengah lagi.

Dengan izin Allah, berbekalkan keputusan UPSR yang cemerlang, aku ditawarkan ke salah sebuah SMKA di negeri utara tanah air. Pada mulanya aku agak terperanjat. "Adoiii... sekolah agama lah pulak... Confirm tudung labuh ni... parah-parah... "Aku mengharapkan agar ditawarkan ke salah sebuah sekolah berasrama penuh, kerana kakak sulungku juga bersekolah di sekolah berasrama penuh. Ummi dan abahku bertanya sama ada aku mahu masuk sekolah itu atau sebaliknya. Lidahku kelu untuk bersuara. Nak diikutkan hati, tidak sangat tetapi kalau tak dapat tawaran lain, tak ke malu dengan kawan-kawan yang dah dapat masuk asrama. Lantas aku menjawab "Macam ni lah ummi, abah... kak ngah nak tunggu sampai minggu depan... kalau tak dapat tawaran mana-mana jugak, kak ngah pergi sekolah tu. " Ummi dan abahku tersenyum, dan aku pula serabut memikirkan apa yang bakal berlaku. Benar seperti apa yang sering dikatakan, janji Allah tidak siapa yang bisa mengubahnya, walau sekuat mana kuasa sesorang itu. Sudah ditetapkan oleh Allah sejak azali, aku ditempatkan di sekolah agama tersebut. Selama 5 tahun berada di sekolah itu, aku diajar dengan pelbagai ilmu pengetahuan baru. Di sana, kami didedahkan dengan solat jemaah, usrah, tazkirah, majlis-majlis ilmu dan pelbagai lagi aktiviti keagamaan. Seperti salah satu ayat Al-Quran "Ingatlah sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." Aku benar-benar terkesan dengan ayat ini. Benar, aku sendiri akui aku bukanlah baik sangat sebelum ini, cuma aku bersyukur kerana dibesarkan dalam keluarga yang amat mementingkan agama dalam kehidupan. Justeru, mudah untuk aku terima semua yang berkaitan agama suci ini. Semakin lama mempelajari semua ini, aku sendiri dapat menyedari perubahan dalam diri. Hatiku menjadi sangat lembut, mudah tersentuh dengan apa sahaja dan yang paling aku syukuri hati ini juga yang kadang-kadang menangis memikirkan dosa-dosa lalu dalam solat-solat malamku. Syukran Ya Allah... Syukran... terima kasih kerana menganugerahi aku hati ini dan semoga kau lindungi dan pelihara hati ini dari terjerumus ke jalan-jalan yang tidak diredhai olehmu. Amin... Langit tak selalunya cerah Hidup tak selalunya indah, kerana hidup ini umpama roda. Ketika berada di atas, jangan terlalu bermegah kerana kita mungkin berada di bawah, dan ketika di bawah, percayalah suatu hari nanti kita boleh berada di atas.

Akan tetapi fitrah manusia biasa, mahukan yang baik dan indah belaka. Semakin kita mendekatkan diri kepada Allah, semakin banyak ujian dan dugaan yang datang, untuk menguji sejauh mana keimanan dan kebergantungan kita kepada Allah. Kata orang, ujian itu sebenarnya tanda kecintaan Allah kepada kita. Tahun 2009 adalah tahun yang amat penting bagiku dan juga rakan-rakan sebayaku. Tahun ini, kami akan menjalani satu peperiksaan yang bakal menentukan hidup kami, iaitu SPM. Tahun ini juga menjadi titik-tolak pengislahan sebenar kepada diriku. Dugaan pertama datang ketika keputusan peperiksaan percubaan SPM diumumkan. Aku merasakan seperti ada yang tidak kena. Hatiku gundah gulana, resah memikirkan apakah keputusan peperiksaanku. Biarpun hanya peperiksaan percubaan, ia amat penting kerana soalan-soalan merangkumi semua topik tingkatan 4 dan tingkatan 5. Justeru, aku anggap ia seperti SPM sebenar. Ketika keputusan dipaparkan, aku lihat dari jauh rakan-rakan ku berebut-rebut mencari nama dan melihat keputusan. Lantas sahabat baikku, Izzah Hanani mengajakku melihat keputusan. "Eh Ira, hari ni result keluar kan. Jom kita pergi tengok nak. Izzah rasa dah ramai yang tau result diorang. Kita je belum tau. Jomla.." Aku berhenti menulis dan memasukkan pen yang dari tadi rancak bergerak untuk menulis nota syariah islamiah di dalam 'pensel case' biru kesayanganku. Kalau diikutkan hati, entah mengapa agak berat untuk aku pergi namun memikirkan sahabat baikku sejak tingkatan satu itu beriya-iya mengajak, aku gagahkan jua kaki ini. Kami bersahabat sejak tingkatan satu. Ketika di tingkatan 3, Alhamdullillah kami berdua berjaya mendapat 9A dalam PMR dan diletakkan di kelas yang sama juga di tingkatan empat. Ketika dalam perjalanan melihat result, sahabatku bertanya; "Kenapa ngan Ira hari ini, senyap je... selalu dia yang banyak mulut... time result plak selalu dia orang yang semangat... hari ni monyok je" Aku tersenyum kelat. Tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Sebetulnya fikiranku kosong. "Entahlah Izzah, hati ni rase tak sedap je... takut dapat result teruk... hari tu jawab macam tak yakin jew... " "Oh... itu sebabnya monyok je... takpelah Ira... Ira dah buat yang terbaik... dah usaha dan doa... sekarang tinggal tawakkal je... apa pun keputusan Ira, anggaplah ia yang terbaik dari Allah... kerana Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya... ingat tu..." lantas memeluk bahuku dari belakang. Begitulah indahnya berukhwah, andai diikhlaskan kerana Allah. Pasti Allah menghadiahkan kita seseorang yang dapat membuat kita tersenyum ketika dalam kesedihan.

Ketika dalam perjalanan itu, kami berselisih dengan Ayu, rakan kami dari kelas 5 Al-Khawarizmi, yang juga roommateku. Nampak tersenyum-senyum bahagia je Ayu tu. Mesti result ok, fikirku. "Ayu, dah tengok result ke?"Izzah memulakan bicara, sekadar menyapa kerana kami bukanlah rapat sangat. "Dah... korang belum ke? aku dapat 8A... no dalam form no 7... saiful pun dapat 8A, no dalam form no 5... beza sikit je... yahoo!!sukanya aku... tu lah, sekarang terbukti kan... walaupun korang sibuk-sibuk nasihat kat kita orang yang couple-couple ni, result kita orang maintain tau... lepas ni kan ira, bolehla kau cakap kat kawan-kawan BADAR (Badan Dakwah Dan Rohani) ko tu... tak yah sibuk-sibuk nak nasihat dan cegah-cegah maksiat ni... buang masa... terbukti couple ni taklah salah seperti yang korang suka hebohkan tu... silap hari bulan, lepas ni ahli-ahli badani yang jadi 'hot couple' kat sini... haha..." Ayu ketawa besar lantas melangkah meninggalkan kami. Aku tunduk dan beristighfar panjang atas tuduhan yang dilemparkan. Benar kata orang, rambut sama hitam, hati lain-lain. Meskipun bersekolah di sekolah yang ada tertulis A (SMKA), tidak semua penuntut akhlaknya "A". Kerap kali dihidangkan dengan tazkirah dan perkongsian ilmu yang membincangkan azab Allah akan sesiapa yang melakukan larangannya, namun sebahagian dari kami masih tegar malah tanpa segan silu ber 'couple', berkirim surat dan lain-lain yang membawa kepada zina hati. Nauzubillah, semoga aku terlindung dari golongan itu. Izzah yang menyedari perubahan air muka di wajahku terus memujuk. "Alah... biarlah Ayu tu nak cakap apa... macam la Ira tak tahu mulut dia memang laser... sabar je... Allah sayang tau orang yang sabar... tak baik kalau Ira simpan dendam... nanti ada titik hitam dalam hati... jom cepat kita pergi tengok... masa rehat tinggal 10 minit je lagi ni... kejap lagi time fizik... Teacher Haniza tu kang, kalau masuk lambat... tahu-tahu jela... silap-silap belajar kat luar kelas kita hari ini..." Aku tersenyum mendengar kata-kata Afiqah. Aku tersentak dan terus terduduk di atas kerusi batu yang diletakkan berhampiran dengan papan kenyataan peperiksaan itu. Apa? 5A je aku dapat? Astaghfirullah... biar betul ni... Ya Allah, hebatnya ujian kau kali ini... berilah aku kekuatan... Sesampainya kami di sana, kawan-kawanku masih ramai. Dengan bersesak-sesak, aku berusaha mencari nama ku. Aku mencari namaku di helaian pertama di penjuru kanan, yang memaparkan nama pelajar-pelajar dari no 1 hingga no 20... kira 'top20' dalam form lah... Hah! nama aku tak de? Biar betul ni, tak kan tercicir kot. Selalu nama aku dalam senarai top 10, paling tidak top 20. Kenapa kali ni tak de? Dalam helaian itu, dapat aku lihat nama Izzah berada di tempat ke-3 dengan 10A... Oh, tahniah sahabatku... macam mana pulak ngan aku? Aku terus melihat ke helaian seterusnya di sebelah dan aku terkejut melihat namaku berada di atas sekali, bermakna aku dapat no 21 dalam form!! Ketika itu, hanya Allah sahaja yang tahu perasaanku. Seolah-olah aku mahu menjerit sekuat hati. Mahu menangis dan meraung sepuasnya... Biar semua orang tahu betapa kecewanya aku dengan result itu.

Pada mulanya hanya beberapa titik air mataku gugur, namun ketika melihat Izzzah melangkah gembira ke arahku, mutiara jernih yang aku tahan-tahan sejak dari tadi turun lebat membasahi pipiku. Oh sahabatku, seandainya kau tahu perasaanku ketika ini... "Ira, Izzah dah tengok result kita dua. Ira sabar ye, mungkin bukan rezeki Ira kali ini... "ucap Izzah tenang "tapi kenapa Ira, Izzah??... kenapa Ira... kenapa bukan orang lain, kenapa? Apa salah Ira? Apa dosa Ira? Cakap Izzah, cakap..." "Ira, ingat Allah, tak baik Ira macam ni. Seolah-olah Ira tak redha dengan apa yang Allah bagi. Kan semua ni datang dari Allah, siapalah kita untuk mempertikaikannya. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Ira kena sabar dan kuat" "Memang Ira tak redha, memang Ira marah, marah sangat-sangat, Izzah cakap senangla. Izzah dapat result ok, sesiapa yang dapat result ok memang akan cakap macam tu!!!!!!" Aku menjerit sekuat hati, melepaskan perasaan yang dari tadi terbuku. Aku tidak menghiraukan lagi rakan-rakan kami yang melihat aku menjerit. Pasti mereka terkejut, tidak pernah melihat aku dalam keadaan sebegitu. Aku berlari pergi membawa diri sambil menangis, kemana harus aku membawa diri, aku sendiri pun tidak tahu, biarlah... biarlah apa orang nak kata... biarlah kaki ini yang menentukan arah langkahku... Cuma dalam fikiranku, ada satu tempat yang terlintas. Tempat yang menjadi penenang hati buat setiap insan. Tempat yang menjadi rumah kedua selain asrama kepada pelajar di sini, untuk menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Aku pasti, aku pasti akan ke situ, lantas mempercepatkan langkah sambil mengelap air mata yang masih lagi turun. Izzah yang aku tinggalkan terpinga-pinga, melangkah longlai masuk ke dalam kelas. Bukan tidak mahu memujuk, tapi melihat aku dalam keadaan begitu, dia lebih matang dalam membuat keputusan. Moga-moga kau dapat tenangkan diri sahabatku, doanya untukku. "Ok kelas, saya mintak maaf. Hari ni saya tak dapat mengajar sebab ada mesyuarat dengan pengetua tentang rumusan peperiksaan percubaan kamu semua. Saya nak nanti Zulhilmi, pergi meja saya dan ambil 'worksheet'. Saya dah siapkan, ada 25 soalan semuanya merangkumi topiktopik tingkatan lima. Dan saya nak, kerja tersebut mesti dihantar atas meja saya apabila masa saya tamat. Jelas kan arahan saya?" "Bermakna kamu semua tak boleh keluar dari kelas dan mesti siapkan kerja yang diberi. Kalau boleh buat sendiri dan jangan tiru kawan, kerana dari situ kamu dapat tahu kelemahan kamu dimana. Kelas berikutnya saya akan bincang soalan-soalan yang tak dapat dijawab." "Faham semua? saya tak nak lepas mesyuarat nanti saya dengar ada cikgu-cikgu yang komplen kelas 5 Al-Farabi bising. Kamu kelas yang terbaik, mesti tunjukkan peribadi yang elok juga, saya keluar dulu" tegas kata-kata yang dituturkan oleh cikgu fizik yang kami panggil Teacher Haniza itu. Di sebalik ketegasannya itu, dia seorang yang yang sangat penyayang. Berkat ketegasannya juga, keputusan fizik kelas kami tidak pernah mengecewakan.

Di masjid, aku duduk menyandar di dinding sambil memeluk kaki. Meskipun sudah berhenti menangis, aku belum bersedia untuk ke kelas, di tambah pula dengan mata yang bengkak dan muka yang merah. Di saat keseorangan sebegini, bermacam perkara bermain di fikiranku. Aku pantas mengingat kembali peristiwa yang berlaku. Yang pasti, aku mendapat result yang teruk hari ini. Ya Allah, besarnya ujian yang kau berikan hari ini. Apakah dosaku Ya Allah? Aku study, aku solat, aku doa, aku hormati guru malah aku tidak pernah terlibat dengan couple-couple, serba- serbi aku jaga. Apa lagi yang tidak cukup? Aku bermonolog sendirian. "Benar kau sudah study, doa, solat... tapi mungkin Allah belum kabulkan permintaan mu. Sabarlah.. dia akan makbulkan, cuma masanya belum tiba. Dia mahu kau terus berdoa dan meminta daripadanya. Sesungguhnya Allah rindu untuk mendengar rintihan hambaNya. Dugaan ini untuk mendekatkan diri kau dengannnya" suara imanku berbicara. "Ahh... lagi-lagi usaha, balik-balik doa, bosanlah kalau macam ni, kau dah buat semua tu, sepatutnya kau dapat ganjaran yang setimpal!.." syaitan mula membisikkan kata-kata hasutan "Astaghfirullahalazim... tak baik kau marah sebegini, andai kau marah, pada siapa kau marah? pada Allah bukan? layakkah kita untuk memarahiNya, sedangkan Dia yang mencipta dan memberi nikmat kepada kita? Setiap yang datang itu dari Allah, sepatutnya kau bersyukur, bukan mengeluh sebegini. Masih ada kawan-kawan yang lain dapat result lagi teruk dari kau, tapi mereka sabar dan redha" Iman masih cuba memujuk. "Alah... kau tu je yang kononnya baik sangat... solat jemaah, join usrah, hormat guru, tak nak couple-couple, bukan apa sangat pun... cuba kau lihat kawan-kawan kau yang lain, couple juga tapi result lagi gempak dari kau... kalau betul Allah sayangkan kau, Dia tak bagilah ujian macam ni, sedarlah sikit... " "Jangan terpedaya dengan kata-kata syaitan itu. Kuatkan iman, ingat apa yang kau pelajari dan dengar dalam tazkirah-tazkirah . Ujian yang datang mungkin sebagai teguran lembut dari Allah. Mungkin cara study salah, dan mungkin juga ada kesalahan-kesalahan kecil yang kau abaikan... Allah mahu kau muhasabah diri... Andai tak diberi ujian begini, kau tidak akan sedar, kau akan rasa kau selalunya betul sedangkan tidak... kerana kau hanya insan biasa yang lemah, kau bukan seperti nabi yang maksum!!" "Tapi Allah sendiri dan janji dengan firmannya.. berdoalah kepadaku, nescaya akan ku perkenankan doamu... Hah, Allah sendiri dah janji tapi tak bagi pun. Allah dah memungkiri janji kepada kau!! Allah tak adil! buat apa lagi kau ikut perintahnya, Dia tak pedulikan kau lah..."syaitan belum mahu mengalah. "MasyaAllah, sekali lagi jangan kau marah pada tuhan, mengucap... beristighfar... Yaa... Allah memang sudah berfirman akan memperkenankan doamu... namun kau harus ingat, Allah juga ada 99 sifat mulia. Dia tuhan Yang Maha Mengetahui dan Yang Memberi Rezeki.. Kaji pula firman Allah dalam surah Al-baqarah ayat 284-286. Antara firmannya:"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala( dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa(dari kejahatan) yang dikerjakannya..." Allah mengetahui yang kau boleh memikulnya... Yakinlah, jangan kau berputus asa.. Ini baru dugaan yang kecil...

Lupakah engkau, semasa zaman rasulAllah dahulu, lebih hebat ujian yang ditempuh oleh nabi kita dan sahabat-sahabat... kemiskinan, kematian keluarga, sahabat di medan perang... tapi mereka tidak kecewa, tidak resah... malah redha dengan ketentuan Allah, hingga sebahagian dari mereka telah pun dijanjikan masuk syurga... " Aku tersentak ketika mendengar suara seseorang yang cukup aku kenali memberi salam. "Assalamualaikum... Izzah dah agak Ira kat sini" katanya lembut sambil menyusun langkah kearahku. "Waalaikumsalam... Teacher tak masuk kelas ke?" soalan pertamaku kepada Afiqah... "Tak, cikgu-cikgu ada mesyuarat, tapi teacher ada tinggalkan kerja dan mesti dihantar hari ni... jomla kita balik kelas, nanti Ira tak sempat nak siapkan kerja tu. Ira ok kan? Izzah yakin kawan baik Izzah ni kuat orangnya." "Entahlah Izzah... kadang-kadang Ira rasa Allah tak sayang kat Ira... Dia tak bagi apa yang Ira nak... Buat apa Ira study lagi, study bagai nak pecah kepala, tengok-tengok result dapat 5A je..." Entah kenapa, kata-kata itu lancar sahaja keluar dari mulutku. "Ira, sekali lagi Izzah cakap... Ira kena redha, memang susah untuk capai redha ni, tapi usahalah kearah itu. Mungkin hari ni rezeki Izzah, esok lusa siapa tahu rezeki Ira pulak... bumi Allah ni luas Ira, rezeki ada di mana-mana... Yakinlah dengan janji Allah, ingat prinsip hidup kita." "Put our trust to allah and remember.. allah always be our side" Serentak kami menyebut pegangan hidup kami bersama. Kata-kata inilah yang banyak menjadi pendorong kejayaan aku dan Izzah hingga hari ini. "Hah... macam tulah orang yang kuat... kuat melawan tipu daya syaitan... kuat juga melawan hawa nafsunya... bukan sekadar kuat fizikal, tapi yang lebih penting kuat untuk bangun setelah jatuh. Dah, jom cepat. " "Hah... padan muka kau syaitan... hari ni seorang anak adam tak berjaya kau hasuti..." Aku berkata sendirian... Aku menadah tangan tanda kesyukuran kepada Allah, menganugerahi aku seorang sahabat yang bukan sahaja cantik, bijak, malah membantu aku mencari semula cahaya disebalik kegelapan. "Kalau Izzah tak datang tadi, mesti aku dah ikut cakap syaitan untuk terus 'stay' kat masjid dan ponteng kelas. Syukur Alhamdulillah... " Malam itu seperti malam-malam rabu yang biasa, jadual aktiviti masjid adalah ceramah agama. Dalam organisasi BADAR, aku dilantik menjadi timbalan ketua biro lajnah masjid. Semua yang berkaitan masjid dibawah tanggungjawabku seperti kebersihan, keceriaan, peralatan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di masjid, termasuk ceramah. Malam itu, aku berasa tidak sedap badan. Maklumlah, sudah seharian aku menangis. Namun, amanah harus dijalankan. Dengan bantuan Izzah, aku memanggil Hafiza, AJK di bawahku untuk memberi pesanan.

"Hari ni akak tak berapa sihat la. Fiza 'handle' masjid ye. Panggil semua pelajar berkumpul dan rapat kehadapan... Pastikan mereka tidak bising semasa ceramah. Pesan pada mereka, sesiapa yang bising akak akan panggil untuk bagi kesimpulan dari ceramah ustaz masa perhimpunan ahad nanti. " "Oh... itu kerja senang je... selalu nampak akak je handle, teringin jugak berada depan semua pelajar... Hehe... Akak jangan risau, Fiza akan buat dengan baik" "Terima kasih" ucapku ringkas. Ceramah dari Ustaz Zukilan, salah seorang ustaz yang mengajar subjek Pendidikan Al-Quran dan Sunnah di sekolahku merupakan antara ceramah yang digemari oleh kami pelajar-pelajar kerana cara penyampaiannya yang menarik dan bersahaja. Sebelum menunggu ustaz datang, aku menoleh ke arah belakang, meninjau keadaan pelajar puteri. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik dan terurus. Hampir separuh dari mereka memegang pen dan kertas, bersedia untuk mencatat isi-isi penting dari ceramah ustaz. Pastinya mereka tidak mahu dipanggil untuk memberi ulasan. Aku tersenyum. Nampaknya Fiza menjalankan tanggungjawab yang aku berikan dengan baik. "Assalamualaikum anak-anak sekalian..."Ustaz Zukilan memulakan bicara. "Waalaikumsalam ustaz..." kami ramai-ramai menjawab salam yang diberikan, kerana semua orang tahu menjawab salam itu wajib hukumnya. "Alhamdulillah, dengan limpah dan kurnianya kita dapat bertemu seperti malam-malam rabu yang lepas. Hari ni ustaz nak membincangkan tajuk yang ustaz rasa, sangat menarik. Tajuknya adalah 'Qada' dan Qadar dari Allah, sejauh manakah kita beriman dengannya?" Aku begitu terkejut dengan tajuk yang dibincangkan malam ini lantas terus menoleh dan memegang tangan Izzah. Sebolehnya aku mahu keluar sahaja dari masjid. Dia yang memahami keadaan diriku, mengeratkan genggaman dan mengusap-usap belakang tubuhku. Mengapa mesti tajuk ini? Seolah-olah ada kaitannya dengan apa yang berlaku dalam hidupku hari ini. "Hah... ustaz pasti setiap orang pasti diuji oleh Allah kan... Cuma bentuk ujian yang diterima oleh setiap insan itu tidak sama. Dan masa seseorang menerima ujian itu juga tidak sama. Kita mugkin lebih dari segi ini, tetapi kurang pula pada bahagian lain. Kalau kita kekurangan dalam sesuatu, jangan rasa lemah, kerana Allah telah menjadikan kita dengan sebaik-baik penciptaan. Pastinya kita boleh memperbaiki diri untuk menjadi orang yang berjaya... InsyaAllah... Ketika kita ditimpa ujian, jangan kita mengeluh kerana ujian itu boleh bertukar menjadi rahmat seandainya kita redha menerimanya." "Ustaz bagi satu contoh, katakanlah kamu 'plan' nak keluar dengan kawan-kawan masa cuti penggal nanti... Kira plan yang habis-habisan la... nak shopping, tengok wayang, main bowling dan macam-macam lagi la... Last-last masa hari yang dijanjikan tu kamu tak dapat pergi sebab hujan lebat... kamu mesti rasa sedih, frust, kecewa dan marah. Kiranya ini ujian untuk kamu la... tapi, sebenarnya kamu tak sedar di sebalik hujan itu ada rahmatnya."

"Mungkin seandainya Allah tak turunkan hujan, kamu akan pergi dan memandu dalam keadaan laju. Akibatnya terlibat dengan kemalangan. Nah... itulah rahmatnya, Allah sayangkan kamu dan mahu memanjangkan nyawa kamu... tidakkah kamu sedar?" "Namun kondisi kita hari ini jauh berbeza dengan konsep islam yang sebenarnya. Setiap ujian yang datang, manusia akan mula menyalahkan orang lain. Kadang-kadang yang lebih dahsyat menyalahkan Allah." Ingat firman Allah yang berbunyi, "Mungkin sesuatu yang kamu rasa baik bagimu adalah buruk di sisi Allah dan sesuatu yang buruk bagimu adalah baik di sisi Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui" Oleh itu, kita kena anggap ujian yang Allah bagi pada diri kita ni sebab dia sayang dekat kita. Dia nak hambanya tak terpesong jauh, kembali mengingati diriNya. Sepatutnya kita seronok bila dapat ujian, tandanya Allah masih ingat dekat kita walaupun kita dah banyak buat dosa. "terang Ustaz Zukilan panjang lebar. Kata-kata ustaz membuatkan aku berfikir kembali dan timbul rasa penyesalan. "Tak sepatutnya aku marah atas apa yang berlaku... aku kena redha dan muhasahabah diri... Ya Allah... aku bertaubat kepadamu... ampunkan dosa hambaMu ini... " Selasai ceramah ustaz, kami solat isya' berjemaah. Itulah uniknya bersekolah di sekolah yang mementingkan aspek agama dalam kehidupan seharian. Di sebelah pagi, kami berusaha bersunguh-sungguh mencari ilmu duniawi, sebelah malamnya mula diisi dengan pelbagai aktiviti kerohanian untuk memperoleh ilmu akhirat. Barulah stabil kedua-duanya, selain membantu pelajar-pelajar di sini mencapai kejayaan yang sebenar dalam hidup. Malam itu aku solat sunat taubat. Memohon bersungguh-sungguh kepada Allah agar diampunkan dosa, kerana siang tadi aku mengeluarkan kata-kata yang boleh membawa syirik kepada Allah. Itulah hebatnya godaan syaitan, andai iman tidak kuat untuk melawannya, entah kemana diri ini dibawa ke jalan yang sesat. Dua bulan berlalu, aku tinggalkan kesedihan atas keputusan peperiksaan percubaanku dan bangun menjadi insan yang lebih kuat. Aku gandakan usaha dan doa, moga Allah permudahkan segala urusan. Hari ini hari bersejarah dalam hidup aku dan rakan-rakan. Persiapan sudah rapi, senjata sudah diangkat, tunggu masa untuk digunakan. Kami melangkah masuk menuju medan perang yang sebenar, iaitu Dewan Saidina Ali. Dewan yang menjadi tempat untuk kami berjuang, juga dewan yang menjadi saksi atas kejayaan cemerlang pelajar-pelajar ketika keputusan diumumkan. Kami menjawab dengan sehabis baik, berbekalkan ilmu yang diperoleh selama 5 tahun. Kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang belajar 5 tahun disini, biarlah pulang membawa berita gembira. InsyaAllah. Selasai peperiksaan selama 2 minggu, kami pulang ke rumah masing-masing. Sebelum berpisah, kami mengadakan salam ukhwah yang begitu sinonim disini. Kami berpelukan, memohon maaf dan berterima kasih sesama sendiri.

Selama 5 tahun tinggal di bawah satu bumbung, pastinya banyak kenangan pahit dan manis yang tidak akan kami lupakan. Aku dan Izzah sempat bertukar hadiah, memandangkan dia akan berpindah ke Rawang atas urusan kerja ayahnya. Aku menangis, tidak sanggup berpisah dengan sahabat yang sudah aku anggap seperti ahli keluarga sendiri. Dalam suasana begitu, Izzah sempat membuat lawak dengan mengatakan dia berpindah di dalam Malaysia sahaja, bukan ke luar negara. Masa berlalu begitu pantas. Cuti 3 bulan selepas peperiksaan SPM sudah tamat. Tibalah masa yang dinanti-nantikan, iaitu keputusan peperiksaan SPM. Pagi itu, aku bersiap untuk ke sekolah. Jantung di dada berdegup kencang, sehinggakan malam sebelumnya aku sukar melelapkan mata. Izzah sudah ada di salah sebuah rumah kawan kami. Jika dia bertolak dari Rawang pagi itu, mungkin dia tak sempat untuk berjumpa dengan aku dan kawan-kawan yang lain. Aku menutup perlahan pintu kereta setelah sampai. Debaran di dada masih terasa. "Ummi, kak ngah nak baliklah. Takut lah ummi" "Lah, kan dah sampai ni. Tak nak tengok result pulak. Apapun yang terjadi, ingat itu yang terbaik dari Allah. Cepatla, nanti tak sempat jumpa kawan-kawan. " "Macam mana kalau result tak ok?Ummi marah kak ngah tak?" "Ya Allah budak sorang ni. Banyak sangat tanya. Ummi tak marah, kak ngah dah usaha dan doa. Result tu tetap kena ambil, walau jauh mana kak ngah nak lari sekalipun. Jom ummi temankan masuk dewan" Di dewan, aku dapat lihat pelbagai reaksi. Ada sahabat-sahabat ku yang ketawa gembira, ada yang sedang menelefon dan ada juga yang sedang berpelukan dengan ibu bapa mereka sambil menangis. Menangis? Gembira atu duka? "Alamak, macam mana pulak dengan aku nih." Dari jauh, aku lihat guru kelasku, Puan Azliza melambai tangan kearahku. Aku menyusun langkah kearah beliau. Sesampainya di sana, aku dipersilakan duduk. "Cikgu, result saya ok tak?" aku tak dapat lagi membendung rasa ingin tahu. "Agak-agak kamu macam mana?" itu jawapannya. Aduh cikgu ni, main teka-teki pulak. Aku dah la nak terkencing ni, jantung pulak rasa nak tercabut. "Kalau saya, apapun result saya, saya terima dengan redha. "jawabku ringkas, sekadar menghilangkan perasaan gemuruh. Guruku tergelak kecil, lantas meletakkan sebuah fail dihapanku. "Bukalah, result kamu ada dalam fail tu. " Aku memandang guruku dan kemudian menoleh kearah ummi disebelahku. Ummi tersenyum dan mengangguk perlahan. "Bismillahirrahmanirrahim... . dengan tangan kanan, aku membuka perlahan fail merah itu. Serentak itu juga, guruku berkata;

"Tahniah, kamu dapat 7A. Walaupun tak dapat straight A, itu dah cukup bagus dan cikgu bangga dengan pencapaian kamu. Untuk pengetahuan, kamu juga antara pelajar cemerlang sekolah. Saat itu, tak dapat aku gambarkan perasaan ini. Ummi terus memelukku lantas mengucapkan tahniah. Aku pula tidak henti-henti mengucapkan syukur dalam hati. Alhamdulillah Ya Allah, terima kasih atas nikmatmu hari ini. Selesai bersalaman dengan guru kelasku, aku pergi mencari rakan-rakan ku. Guruku juga memberitahu bahawa Izzah memperoleh straight A, 12A. Tahniah sahabatku. Di suatu sudut, aku nampak Izzah dan rakan-rakanlain. Kami berpelukan, mengucapkan tahniah sesama sendiri. Kami berbual seketika, menunggu rakan-rakan yang lain sambil bercerita arah tujuan selepas ini. Masing-masing dengan pilihan mereka. Ada yang nak sambung form 6, ada yang nak apply maktab dan tidak kurang juga yang mahu terus dalam bidang sains. Dalam perjalanan pulang, hujan lebat turun. Hujan rahmat, fikirku. Tanganku pula tidak hentihenti membalas SMS yang dikirimkan rakan-rakan dan juga menjawab panggilan dari saudaramara. Meraka juga ingin berkongsi kegembiraan yang aku peroleh. Seperti selalu, selepas habis hujan, aku akan menuggu pelangi muncul. Aku bertuah hari itu, aku berpeluang melihat pelangi. Pelangi yang begitu indah. Subhanallah. Hari ini juga aku dapat pelangi yang baik, iaitu keputusan exam SPM. Benar lah disebalik ujian, ada hikmahnya. Di sebalik hujan, ada pelanginya. Aku suka kau pelangi! Aku tersedar ketika telefon bimbitku berbunyi mengalunkan lagu SegenggamTabah dari kumpulan UNIC. "Eh, bukan no Malaysia ni... Izzah Hanani!!!" Hanya itu yang terlintas difikiranku... Sudah lama dia tidak menelefon, kerana itu aku tidak 'save'kan nombornya. Selama ini, kami hanya berhubungan di Facebook atau YM. Selepas keputusan SPM diumumkan, dia ditawarkan melanjutkan pelajaran ke negara timur tengah dalam bidang kejuruteraan. Selepas membuat persediaan selam 3 bulan di INTEC Shah Alam, dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar... Pada hari pemergiannya ke sana, aku tidak dapat menghantar ke KLIA kerana terikat dengan peperiksaan, cuma dia sempat menelefon beberapa jam sebelum pergi. Katanya "Ingat, pelangi itu indah, ia pasti akan muncul, lebih indah jika kita sabar menunggunya." Kerana Indahnya Pelangi..

Вам также может понравиться

  • Setelah Usai
    Setelah Usai
    От Everand
    Setelah Usai
    Рейтинг: 5 из 5 звезд
    5/5 (1)
  • Kerana Indahnya Pelangi
    Kerana Indahnya Pelangi
    Документ19 страниц
    Kerana Indahnya Pelangi
    Mohamad Aswad Mohd Saad
    Оценок пока нет
  • Kerana Indahnya Pelangi
    Kerana Indahnya Pelangi
    Документ15 страниц
    Kerana Indahnya Pelangi
    Siti Fatimah
    Оценок пока нет
  • Wahai Muridku
    Wahai Muridku
    Документ8 страниц
    Wahai Muridku
    Santi Ariyanti
    Оценок пока нет
  • Ucapan Perpisahan
    Ucapan Perpisahan
    Документ6 страниц
    Ucapan Perpisahan
    MohdYusriAwangHasim
    Оценок пока нет
  • Embun Pagi Masih Menetes Diantara Celah Dedaunan Pagi Ini
    Embun Pagi Masih Menetes Diantara Celah Dedaunan Pagi Ini
    Документ5 страниц
    Embun Pagi Masih Menetes Diantara Celah Dedaunan Pagi Ini
    Pipo Angsyarullah
    Оценок пока нет
  • Lomba
    Lomba
    Документ5 страниц
    Lomba
    Anonymous ZZcyT7WG
    Оценок пока нет
  • Sepucuk Suratku Untukmu
    Sepucuk Suratku Untukmu
    Документ3 страницы
    Sepucuk Suratku Untukmu
    Anita Putri Pratama
    Оценок пока нет
  • Nurul Hikmah
    Nurul Hikmah
    Документ5 страниц
    Nurul Hikmah
    Muhammad Fauzi
    Оценок пока нет
  • 5 Cerpen Kritikan Sastera.1
    5 Cerpen Kritikan Sastera.1
    Документ49 страниц
    5 Cerpen Kritikan Sastera.1
    Alonzo Castaneda
    Оценок пока нет
  • Kem Motivasi
    Kem Motivasi
    Документ12 страниц
    Kem Motivasi
    Sal Aleevia
    Оценок пока нет
  • Ucapan Hari Perpisahan
    Ucapan Hari Perpisahan
    Документ3 страницы
    Ucapan Hari Perpisahan
    idashafiza5338
    Оценок пока нет
  • Ketika Allah Memilihmu Untukku
    Ketika Allah Memilihmu Untukku
    Документ5 страниц
    Ketika Allah Memilihmu Untukku
    Uswatun Hasanah
    Оценок пока нет
  • JODOH IMPIAN Final
    JODOH IMPIAN Final
    Документ140 страниц
    JODOH IMPIAN Final
    Rubianto Ardy
    Оценок пока нет
  • Novel Kehidupan Randi Faldi
    Novel Kehidupan Randi Faldi
    Документ22 страницы
    Novel Kehidupan Randi Faldi
    emil aidin
    Оценок пока нет
  • Aku Cikgu Pai
    Aku Cikgu Pai
    Документ9 страниц
    Aku Cikgu Pai
    power5293
    50% (2)
  • Retirement Speech Sample
    Retirement Speech Sample
    Документ5 страниц
    Retirement Speech Sample
    Fatin Nabilah Binti Zainal Abidin
    Оценок пока нет
  • Aku Dan Lupus Part 2
    Aku Dan Lupus Part 2
    Документ5 страниц
    Aku Dan Lupus Part 2
    Firman Na'k Taliwank
    Оценок пока нет
  • Myra Muny - Pengalaman Interview Biasiswa Sime Darby
    Myra Muny - Pengalaman Interview Biasiswa Sime Darby
    Документ6 страниц
    Myra Muny - Pengalaman Interview Biasiswa Sime Darby
    Amirul Asyraf
    Оценок пока нет
  • Karangan Jenis Cerita
    Karangan Jenis Cerita
    Документ7 страниц
    Karangan Jenis Cerita
    jieanismei
    100% (2)
  • Jilbabku, Inspirasiku
    Jilbabku, Inspirasiku
    Документ28 страниц
    Jilbabku, Inspirasiku
    rasihr
    Оценок пока нет
  • Risna - TK - Risna Ina
    Risna - TK - Risna Ina
    Документ10 страниц
    Risna - TK - Risna Ina
    Hisbul Hisbul
    Оценок пока нет
  • Cerpen Sahabat
    Cerpen Sahabat
    Документ120 страниц
    Cerpen Sahabat
    Syazmin Khairuddin
    Оценок пока нет
  • Aku Guru Bertuah
    Aku Guru Bertuah
    Документ28 страниц
    Aku Guru Bertuah
    Izzah Khayreen
    Оценок пока нет
  • Ranjau Kehidupan
    Ranjau Kehidupan
    Документ5 страниц
    Ranjau Kehidupan
    Eisya Abdullah
    Оценок пока нет
  • Teks Pidato 2020
    Teks Pidato 2020
    Документ7 страниц
    Teks Pidato 2020
    Nana Murdiana
    Оценок пока нет
  • Jodoh Impian Finish
    Jodoh Impian Finish
    Документ91 страница
    Jodoh Impian Finish
    Rubianto Ardy
    Оценок пока нет
  • Jodoh Impian Finish
    Jodoh Impian Finish
    Документ91 страница
    Jodoh Impian Finish
    Rubianto Ardy
    Оценок пока нет
  • Cerpen
    Cerpen
    Документ22 страницы
    Cerpen
    camayz04
    Оценок пока нет
  • 6 Pidato Singkat
    6 Pidato Singkat
    Документ8 страниц
    6 Pidato Singkat
    wallky Amri
    Оценок пока нет
  • IMPIAN DALAM USAHA DAN DOA - Uly Eka Saputri - REVISI PERTAMA
    IMPIAN DALAM USAHA DAN DOA - Uly Eka Saputri - REVISI PERTAMA
    Документ4 страницы
    IMPIAN DALAM USAHA DAN DOA - Uly Eka Saputri - REVISI PERTAMA
    Deni Denol
    Оценок пока нет
  • Akademi Paradigta
    Akademi Paradigta
    Документ21 страница
    Akademi Paradigta
    ervinaradakbaru
    Оценок пока нет
  • Terima Kasih Guru
    Terima Kasih Guru
    Документ5 страниц
    Terima Kasih Guru
    Noor Emilia
    100% (2)
  • Bismillah Novel
    Bismillah Novel
    Документ6 страниц
    Bismillah Novel
    Fathan Kariman
    Оценок пока нет
  • Cerpen
    Cerpen
    Документ17 страниц
    Cerpen
    Indriana Hasma
    Оценок пока нет
  • Ya Allah Mama Papa
    Ya Allah Mama Papa
    Документ4 страницы
    Ya Allah Mama Papa
    Deby Novita
    Оценок пока нет
  • SayyedaZahra NOVEL
    SayyedaZahra NOVEL
    Документ3 страницы
    SayyedaZahra NOVEL
    sayyeda zahra
    Оценок пока нет
  • Bismillahirrohmannirohim Pidato
    Bismillahirrohmannirohim Pidato
    Документ3 страницы
    Bismillahirrohmannirohim Pidato
    Utek Sengkuni
    Оценок пока нет
  • PUISI - 40 Judul
    PUISI - 40 Judul
    Документ38 страниц
    PUISI - 40 Judul
    SD 01 TANAHBAYA
    Оценок пока нет
  • Usrah :' (
    Usrah :' (
    Документ4 страницы
    Usrah :' (
    Syahirah Zulkipli
    Оценок пока нет
  • Pidato & Puisi Perpisahan
    Pidato & Puisi Perpisahan
    Документ5 страниц
    Pidato & Puisi Perpisahan
    sarisafitri
    Оценок пока нет
  • Renungan Guru
    Renungan Guru
    Документ2 страницы
    Renungan Guru
    Chaerul Anwar
    Оценок пока нет
  • Ceramah Agama Remaja Di Masa Modern
    Ceramah Agama Remaja Di Masa Modern
    Документ14 страниц
    Ceramah Agama Remaja Di Masa Modern
    Nurul Suci
    Оценок пока нет
  • Perbahasan
    Perbahasan
    Документ29 страниц
    Perbahasan
    AlQawiyy
    Оценок пока нет
  • Aku Boleh Cemerlang
    Aku Boleh Cemerlang
    Документ8 страниц
    Aku Boleh Cemerlang
    Ishraq Amani Abdullah
    Оценок пока нет
  • Assignment 1
    Assignment 1
    Документ5 страниц
    Assignment 1
    Siti Khadijatulrraadiah Roslan
    Оценок пока нет
  • Contoh Pidato Perpisahan Kelas 6 SD
    Contoh Pidato Perpisahan Kelas 6 SD
    Документ3 страницы
    Contoh Pidato Perpisahan Kelas 6 SD
    Ladyluck aha
    Оценок пока нет
  • 30HBC-Ingga Afrianti - Palembang - Inggaafr1400
    30HBC-Ingga Afrianti - Palembang - Inggaafr1400
    Документ30 страниц
    30HBC-Ingga Afrianti - Palembang - Inggaafr1400
    Ingga Afrianti
    Оценок пока нет
  • KITA Rasa Diwaktu Salah
    KITA Rasa Diwaktu Salah
    Документ234 страницы
    KITA Rasa Diwaktu Salah
    Frederic Chopin
    Оценок пока нет
  • Kata Perpisahan
    Kata Perpisahan
    Документ3 страницы
    Kata Perpisahan
    Fitri Lestari
    Оценок пока нет
  • Contoh Puisi Karangan Sendiri
    Contoh Puisi Karangan Sendiri
    Документ3 страницы
    Contoh Puisi Karangan Sendiri
    Nuri Annisa
    Оценок пока нет
  • Assalamualaikum WBTH
    Assalamualaikum WBTH
    Документ2 страницы
    Assalamualaikum WBTH
    Mohd Nizan Md Isa
    Оценок пока нет
  • Kepada Allah Ku Pasrahkan Diri Ini
    Kepada Allah Ku Pasrahkan Diri Ini
    Документ3 страницы
    Kepada Allah Ku Pasrahkan Diri Ini
    labukka
    Оценок пока нет
  • Kesan Dan Pesan Terbaru
    Kesan Dan Pesan Terbaru
    Документ2 страницы
    Kesan Dan Pesan Terbaru
    novia
    Оценок пока нет
  • Istiqamah FTK PGMI
    Istiqamah FTK PGMI
    Документ7 страниц
    Istiqamah FTK PGMI
    noorahim wenny
    Оценок пока нет
  • Cerpen Ade
    Cerpen Ade
    Документ8 страниц
    Cerpen Ade
    Roni
    Оценок пока нет
  • Cerpen Mengalir Bagai Air
    Cerpen Mengalir Bagai Air
    Документ12 страниц
    Cerpen Mengalir Bagai Air
    Halimatus Sa'diyah
    Оценок пока нет
  • Kumpulan Sketsa
    Kumpulan Sketsa
    Документ174 страницы
    Kumpulan Sketsa
    Delfira Suecita
    Оценок пока нет
  • Tugas Adab
    Tugas Adab
    Документ2 страницы
    Tugas Adab
    Abnaul Khairaat Modern
    Оценок пока нет
  • Kultum
    Kultum
    Документ2 страницы
    Kultum
    pfs fauzan
    Оценок пока нет
  • T Test
    T Test
    Документ2 страницы
    T Test
    Siti Nuratikah
    Оценок пока нет
  • V Ok Asional
    V Ok Asional
    Документ3 страницы
    V Ok Asional
    Fairos Fairuz
    Оценок пока нет
  • Jenis - Jenis Penyakit Burung Puyuh Dan Cara Pencegahanya - Peternakhebat
    Jenis - Jenis Penyakit Burung Puyuh Dan Cara Pencegahanya - Peternakhebat
    Документ4 страницы
    Jenis - Jenis Penyakit Burung Puyuh Dan Cara Pencegahanya - Peternakhebat
    Siti Nuratikah
    Оценок пока нет
  • Kesan Haba Terhadap Makanan
    Kesan Haba Terhadap Makanan
    Документ15 страниц
    Kesan Haba Terhadap Makanan
    Siti Nuratikah
    100% (1)
  • Kafe Zawara Coffee - Usahawan - Utusan Online
    Kafe Zawara Coffee - Usahawan - Utusan Online
    Документ6 страниц
    Kafe Zawara Coffee - Usahawan - Utusan Online
    Siti Nuratikah
    Оценок пока нет
  • Soalan Perbincangan Litar Siri-Selari
    Soalan Perbincangan Litar Siri-Selari
    Документ2 страницы
    Soalan Perbincangan Litar Siri-Selari
    Siti Nuratikah
    Оценок пока нет
  • Surat Rasmi Xpat DTG Kelas
    Surat Rasmi Xpat DTG Kelas
    Документ1 страница
    Surat Rasmi Xpat DTG Kelas
    Siti Nuratikah
    100% (1)
  • RPH Puteri
    RPH Puteri
    Документ1 страница
    RPH Puteri
    Siti Nuratikah
    Оценок пока нет
  • Surat Tambah Jam Kredit
    Surat Tambah Jam Kredit
    Документ1 страница
    Surat Tambah Jam Kredit
    Siti Nuratikah
    Оценок пока нет
  • Cabaran Mendidik
    Cabaran Mendidik
    Документ6 страниц
    Cabaran Mendidik
    Siti Nuratikah
    Оценок пока нет
  • Jenis-Jenis Aksesori
    Jenis-Jenis Aksesori
    Документ9 страниц
    Jenis-Jenis Aksesori
    Siti Nuratikah
    Оценок пока нет
  • Latihan Industri Kesan Terhadap Politeknik Dan Pelajar
    Latihan Industri Kesan Terhadap Politeknik Dan Pelajar
    Документ18 страниц
    Latihan Industri Kesan Terhadap Politeknik Dan Pelajar
    ariff05
    78% (9)
  • Tokoh
    Tokoh
    Документ17 страниц
    Tokoh
    Siti Nuratikah
    100% (1)
  • Zulhilmi Haron - GURU - MENDIDIK at MENGAJAR - PDF
    Zulhilmi Haron - GURU - MENDIDIK at MENGAJAR - PDF
    Документ5 страниц
    Zulhilmi Haron - GURU - MENDIDIK at MENGAJAR - PDF
    Siti Nuratikah
    Оценок пока нет
  • Kisah Cinta Kopi Masin
    Kisah Cinta Kopi Masin
    Документ2 страницы
    Kisah Cinta Kopi Masin
    Siti Nuratikah
    Оценок пока нет
  • Ujian Pembakaran Fabrik
    Ujian Pembakaran Fabrik
    Документ2 страницы
    Ujian Pembakaran Fabrik
    Siti Nuratikah
    Оценок пока нет
  • Beza Cinta
    Beza Cinta
    Документ1 страница
    Beza Cinta
    Siti Nuratikah
    Оценок пока нет
  • Amali 1
    Amali 1
    Документ14 страниц
    Amali 1
    norhafizah80
    100% (1)
  • Simbol Label Jagaan Tekstil
    Simbol Label Jagaan Tekstil
    Документ10 страниц
    Simbol Label Jagaan Tekstil
    Siti Nuratikah
    Оценок пока нет
  • Doa Kejayaan Anak
    Doa Kejayaan Anak
    Документ7 страниц
    Doa Kejayaan Anak
    Zubaidah Abd Ghani
    Оценок пока нет
  • Salahkah Bila Berubah
    Salahkah Bila Berubah
    Документ3 страницы
    Salahkah Bila Berubah
    Siti Nuratikah
    Оценок пока нет
  • 40 Kes Lelaki Tidak Layak Menjadi Suami
    40 Kes Lelaki Tidak Layak Menjadi Suami
    Документ4 страницы
    40 Kes Lelaki Tidak Layak Menjadi Suami
    Siti Nuratikah
    Оценок пока нет
  • Calon Imamku
    Calon Imamku
    Документ4 страницы
    Calon Imamku
    Siti Nuratikah
    Оценок пока нет
  • Lempar Cakera
    Lempar Cakera
    Документ2 страницы
    Lempar Cakera
    Siti Nuratikah
    Оценок пока нет
  • Mengenali Pereka Fesyen Muslimah Hana Tajima Simpson - One Fine Day@Wanville
    Mengenali Pereka Fesyen Muslimah Hana Tajima Simpson - One Fine Day@Wanville
    Документ6 страниц
    Mengenali Pereka Fesyen Muslimah Hana Tajima Simpson - One Fine Day@Wanville
    Siti Nuratikah
    Оценок пока нет
  • Bile Kite Minat Seseorang
    Bile Kite Minat Seseorang
    Документ2 страницы
    Bile Kite Minat Seseorang
    Siti Nuratikah
    Оценок пока нет
  • 40 Kes Lelaki Tidak Layak Menjadi Suami
    40 Kes Lelaki Tidak Layak Menjadi Suami
    Документ4 страницы
    40 Kes Lelaki Tidak Layak Menjadi Suami
    Siti Nuratikah
    Оценок пока нет
  • Tujuh Perempuan Bertanya
    Tujuh Perempuan Bertanya
    Документ5 страниц
    Tujuh Perempuan Bertanya
    Siti Nuratikah
    Оценок пока нет