Вы находитесь на странице: 1из 9

EDU 3103: MURID DAN ALAM BELAJAR BAHAGIAN B (40 markah) Soalan 1 : a) Jelaskan konsep gaya pembelajaran b) Huraikan

tiga ciri gaya pembelajaran independent dan dependent

Soalan 2 : a) Nyatakan dua ciri main b) Jelaskan tiga kepentingan bermain

Soalan 3 : a) Nyatakan empat aspek perbezaan murid b) Huraikan jawapan anda di 3(a)

Soalan 4 : a) Huraikan empat cara guru untuk meningkatkan motivasi murid b) Jelaskan tiga strategi p&p untuk memotivasikan murid dalam bilik darjah

BAHAGIAN C (40 markah) Soalan 1. a) Jelaskan lima ciri yang dimiliki oleh individu mengikut teori Abraham Maslow b) Huraikan lima implikasi teori kontruktivisme dalam P&P

Soalan 2 : a) Jelaskan lima perbezaan antara strategi berpusatkan guru dan strategi berpusatkan murid. b) Huraikan lima kelebihan kaedah belajar sumbangsaran.

Soalan 3 : a) Huraikan lima cirri-ciri bilik darjah yang kondusif b) Huraikan lima implikasi model pengajaran inkuiri dalam P&P

JAWAPAN BAHAGIAN C Jawab dua soalan sahaja. 1. (a) Mengikut Maslow, individu mempunyai potensi untuk mengambil inisiatif sendiri dengan tujuan mendapat kepuasan dalam hierarki yang lebih tinggi. Huraikan lima ciri individu yang dinyatakan di atas.

JAWAPAN: (i) Boleh memahami hakikat yang sebenar (ii) Boleh menerima realiti diri, orang lain dan alam semula jadi (iii) Boleh mengikut aliran semasa tetapi tidak kehilangan jati diri (ii) Mempunyai falsafah hidup dan moral sendiri (iii) Mempunyai minat yang meluas terhadap pelbagai aktiviti sosial. (iv) Mempunyai rakan karib dan suka menolong orang lain. (v) Mengamalkan demokrasi dan suka berjenaka. b) Mengikut Teori Konstruktivisme, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling mempengaruhi antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Pada pandangan anda apakah implikasi Teori Konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran.

JAWAPAN: (i) Peranan guru hanya sebagai penolong, pemudahcara dan perancang, sedangkan murid memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran. (ii) Kaedah pengajaran yang sesuai ialah kaedah koperatif dan kolaboratif. (iii) Pengalaman dan kesediaan murid adalah faktor penting yang mempengaruhi proses pemerolehan ilmu. (iv) Keutamaan pembelajaran adalah ditumpukan kepada hasil pemerolehan (v) Kaedah penilaian yang sesuai adalah berbentuk formatif. (vi) Lain-lain jawapan yang munasabah 2 (a) Jelaskan perbezaan strategi pemusatan guru dan strategi pemusatan murid.

JAWAPAN: Pemusatan guru Pemusatan murid mengarah proses pembelajaran berupaya mengawal hak murid untuk menerima maklumat murid diibarat bekas kosong pengajaran utamakan murid-murid sederhana pencapaian semua murid berkembang kadar yang sama setiap murid ada gaya pembelajaran tersendiri pembelajaran proses aktif dan dinamik demi kepentingan murid murid membina makna masing-masing melalui percakapan, penulisan, bacaan dll murid bukan bekas kosong tapi ada persepsi tersendiri pembelajaran lebih bermakna, berkesan dan sesuai dengan minat

2 (b) Huraikan apakah tujuan anda menggunakan kaedah sumbangsaran. (10 markah)

JAWAPAN: menarik perhatian murid terhadap sesuatu topik khusus memberi peluang menjana idea berkaitan sesuatu topik menerima idea orang lain menghormati perbezaan individu menggalakkan untuk sedia tanggung risiko dalam kongsi idea sumbangan idea dihargai berfikir luar biasa 3. Ciri-ciri iklim bilik darjah yang kondusif. (10 markah)

JAWAPAN (i) Hubungan yang saling hormat-menghormati di antara guru dengan muridmuridnya. (ii) Kesukarelaan murid-murid menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah. (iii) Perasaan kekitaan yang timbul di antara murid-murid dan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia. (iv) Kewujudan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai. (v) Iklim bilik darjah yang baik adalah iklim bilik darjah yang terbuka dan akan menggalakkan pelajar bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid dengan guru, serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti bilik darjah. Guru pula gembira bekerja dalam keadaan mesra dan sempurna. (vi) Iklim bilik darjah yang dikatakan kondusif adalah sebuah bilik darjah yang dikelolakan dengan baik, yang elok dipandang dan yang teratur susunannya. Keadaan ini akan memberi kesan cita rasa, semangat, kesejahteraan, dan bahagia kepada murid-murid yang menggunakannya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. (vii) Di dalam bilik darjah, berbagai-bagai jenis interaksi boleh diwujudkan oleh guru untuk menambahkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Jenis interaksi ini yang diwujudkan biasanya berkait rapat dengan objektif pelajaran, pendekatan dan strategi pengajaran yang digunakan.

(b) Berdasarkan Model Inkuiri, huraikan lima implikasi pengajaran dan pembelajaran berkesan di bilik darjah.

(i) Menggalakkan murid terlibat secara aktif. (ii) Murid tidak menakul secara logikal sahaja. (iii) Penerokaan terhadap maklumat. (iv) Membina keyakinan dan minat murid untuk membuat interpretasi sendiri terhadap fakta yang diajarkan. (v) Menggalakkan murid menjalankan aktiviti kaji selidik secara berdikari. (vi) Membentuk pemikiran positif murid dengan cara penerokaan saintifik. (vii) Murid mampu meningkatkan celik akal dalam aktiviti.

ULANGKAJI EDU3103 - ESEI ( SET 1 ) 1. Cikgu Anita guru yang percaya bahawa pembelajaran berkesan seharusnya berpusatkan murid. Beliau sering mengaplikasikan Teori Pembelajaran Kognitif dan Konstruktivisme bagi mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. (a) Jelaskan lima prinsip pembelajaran Teori Konstruktivisme yang perlu diambil kira oleh Cikgu Anita. (b) Huraikan mana-mana lima daripada lapan peringkat proses pembelajaran Gagne yang Cikgu Anita perlu usahakan untuk memastikan keberkesanan pembelajaran murid-muridnya.

2. Model Pengajaran Sosial menekankan pembelajaran melalui interaksi dan kerjasama secara produktif dalam kalangan murid. (a) Jelaskan empat prinsip Pembelajaran Koperatif dalam Model Pembelajaran Sosial. (b) Huraikan empat implikasi Model Pembelajaran Sosial terhadap pengajaran dan pembelajaran. 3. Motivasi berkaitan dengan Pendekatan Behavioris dan Kognitif boleh dikategorikan kepada jenis ekstrinsik atau intrinsik. (a) Jelaskan lima perbezaan di antara motivasi ekstrinsik dengan motivasi intrinsik. (b) Huraikan lima cara yang sesuai untuk guru mewujudkan motivasi intrinsik dalam kalangan murid-muridnya.

CADANGAN JAWAPAN ESEI EDU3103 1(a) Prinsip pembelajaran teori konstruktivisme yang perlu diambil kira oleh Cikgu Anita. - Pembelajaran berpusatkan pelajar. - Pengetahuan bermakna dibina pelajar. - Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu. - Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. - Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman. - Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri.

- Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka. - Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru. - Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar. - Guru berperanan sebagai fasilitator.

(b) Lapan peringkat proses pembelajaran Gagne yang Cikgu Anita perlu usahakan untuk memastikan keberkesanan pembelajaran murid-muridnya : Peringkat I - Motivasi Peringkat II - Memberi perhatian Peringkat III & IV - Perolehan dan Ingatan Peringkat V - Ingat kembali dan retrieval Peringkat VI - Generalisasi Peringkat VII - Prestasi Peringkat VIII - Maklum Balas dan Peneguhan

2. (a) Prinsip-prinsip Pembelajaran Koperatif dalam Model Pembelajaran Sosial Kebergantungan positif kejayaan individu dikaitkan dengan kejayaan ahli kumpulan. Perhubungan rapat, saling memenuhi dan bantu membantu. Akauntabiliti individu setiap ahli bertanggungjawab terhadap tugas masingmasing untuk pencapaian matlamat kumpulan. Interaksi serentak penglibatan aktif dan bersemuka. Penglibatan seimbang penyertaan semua pelajar mempunyai peluang yang sama untuk mengambil bahagian dan menyumbang secara bersama. Pembelajaran berstruktur berbagai-bagai cara interaksi antara individu dalam kumpulan.

b) Implikasi Model Pembelajaran Sosial dalam pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran berlaku melalui pemerhatian dan peniruan model dan program terbaik untuk dicontohi. Contoh aktiviti main peranan dan simulasi. Kukuhkan tingkah laku yang hendak dijadikan tiruan puji pelajar, pelajar lain akan bermotivasi untuk mencontohinya. Contoh pelajar terbaik akademik. Guna rol model contoh cara pertuturan, pakaian, ketepatan masa. Pastikan setiap pelajar dapat melihat model dengan jelas tegaskan perlakuan yang hendak ditiru atau dikukuhkan. Ulang dan tegaskan langkah yang penting beritahu sebab dan kewajarannya. Contoh video fire drill. Paparkan hasil kerja terbaik untuk membolehkan pelajar terus berusaha dan merangsang pelajar lain. Contoh sampel kerja kursus. Kendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara kumpulan. Guna kaedah yang memerlukan kerjasama dan interaksi sosial seperti pembelajaran koperatif.

3. (a) Perbezaan motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik Motivasi ekstrinsik penggerak yang mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu kerana inginkan ganjaran nyata yang disediakan dan motivasi intrinsik motivasi dalaman wujud dalam diri menggerakkan untuk melakukan sesuatu kerana percaya tindakan itu betul atau baik. Motivasi ekstrinsik merupakan motivasi diberi oleh pihak lain (luaran) tetapi motivasi intrinsik merupakan usaha kendiri (dalaman). Bentuk motivasi ekstrinsik lebih bersifat materialistik seperti wang, pangkat, makanan, hadiah tetapi motivasi intrinsik lebih bersifat kepuasan kendiri seperti minat, impian, kepercayaan, prinsip hidup, nilai dan pegangan agama. Motivasi intrinsik lebih mudah diusahakan dalam kalangan orang dewasa tetapi kanak-kanak lebih memerlukan motivasi ekstrinsik.

(b) Cara-cara mewujudkan motivasi intrinsik. Peluang nikmati kejayaan Perkembangan minat Penghayatan kata-kata motivasi Kesedaran melalui tayangan cerita berunsur motivasi Sentuhan melalui lagu berunsur motivasi Ajaran agama Penyertaan kem motivasi Pegangan prinsip hidup Penetapan matlamat sendiri Bangkitkan naluri ingin tahu Amalan nilai murni

ULANGKAJI EDU3103 - ESEI ( SET 2 ) 1. Cikgu Fatimah seorang guru berpengalaman yang baru bertukar dari kawasan luar bandar ke bandar. Beliau mengamalkan aktiviti kumpulan, banyak menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar dan aktiviti . Namum begitu, pelajarnya kurang responsif dan tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran dan pembelajarannya. (a) Berdasarkan situasi di atas, kenalpasti sebab-sebab mengapa keadaan begini ? (sintesis) (b) Sebagai rakan sejawat, bagaimana anda dapat membantu Cikgu Fatimah meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut? (penilaian)

2. SK Sungai Wang merupakan sebuah sekolah berprestasi tinggi. Baru-baru ini muridnya kurang bermotivasi untuk belajar. (a) Sebagai guru kelas Tahun 6, bagaimana anda dapat memotivasikan mereka

demi mengekalkan prestasi sekolah ke arah yang lebih cemerlang dalam UPSR? (aplikasi) (b) Berdasarkan Teori Thorndike, huraikan implikasi motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran? (analisis)

3. Apabila guru menunjukkan sebiji bola besi dan sebiji bola plastik yang sama saiz dan berat di kelas Tahun 1, murid-murid memberi respons bola besi lebih berat. (a) Berikan sebab berlakunya keadaan sedemikian berdasarkan Teori Pembelajaran kognitif Jean Piaget? (sintesis) (b) Jika anda adalah guru tersebut, bagaimana anda membantu murid-muridnya mencapai perkembangan yang optimum? (Penilaian)

CADANGAN JAWAPAN ESEI EDU3103 1. Cikgu Fatimah seorang guru berpengalaman yang baru bertukar dari kawasan luar bandar ke bandar. Beliau mengamalkan aktiviti kumpulan, banyak menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar dan aktiviti . Namum begitu, pelajarnya kurang responsif dan tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran dan pembelajarannya.

(a) Berdasarkan situasi di atas, kenalpasti sebab-sebab mengapa keadaan begini ? Jawapan: i. Bahan tidak selaras dengan keperluan pelajar. ii. Terlalu banyak aktiviti dan bahan dijalankan serentak iii. Gaya kepimpinan guru yang tidak menarik iv. Pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru v. Tidak mengambil kira perbezaan individu. vii. Aktiviti yang tidak setimpal dengan pengetahuan sedia ada murid viii. Tiada pemeringkatan isi secara teratur ix. Guru baru yang kurang pengalaman.

(b) Sebagai rakan sejawat, bagaimana anda dapat membantu Cikgu Fatimah meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut? Jawapan: i. Pengajaran dan pembelajaran perlu berpusatkan murid ii. Memastikan bahan yang disediakan setimpal dengan pengetahuan sedia ada, minat, kebolehan dan potensi murid. iii. Memastikan tidak terlalu banyak aktiviti dan bahan dalam sesuatu masa. iv. Memastikan bahan dan aktiviti yang bermakna sahaja dilaksanakan. v. Menyediakan bahan yang menarik minat dan mampu merangsang pembelajaran. vii. Gaya kepimpinan guru yang lebih demokratik agar senang didekati murid. viii. Pemeringkatan isi dilakukan secara sistematik

ix. Mengaitkan pengetahuan sedia ada murid dengan kemahiran baru yang diajar. x. Setiasa memberikan dorongan dan motivasi kepada murid. 2. SK Sungai Wang merupakan sebuah sekolah berprestasi tinggi. Baru-baru ini muridnya kurang bermotivasi untuk belajar.

(a) Sebagai guru kelas tahun enam, bagaimana anda dapat memotivasikan mereka demi mengekalkan prestasi sekolah ke arah yang lebih cemerlang dalam UPSR? Jawapan: i. Membantu pelajar memahami objektif sesuatu pelajaran dengan jelas. ii. Menggalakkan penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran iii. Menyediakan suasana bilik darjah yang mesra pengguna, teratur, dan kemas akan mendorong pengajaran dan pembelajaran. iv. Mengelakkan tekanan yang boleh menimbulkan kekeliruan. Kekeliruan boleh menurunkan motivasi. v. Membimbing pelajar menetapkan matlamat yang jelas dan realistik. vi. Memberikan ganjaran yang sesuai dengan minat dan kehendak murid. vii. Mengadakan kursus-kursus atau ceramah motivasi kepada murid-murid yang kurang motivasi. viii. Memberikan pujian dan galakan dengan konsisten.

(b) Berdasarkan Teori Thorndike, huraikan implikasi motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran? Jawapan : i. Untuk meningkatkan kesediaan murid belajar, guru harus menggunakan motivasi yang sesuai. ii. Mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerakbalas murid dengan mengadakan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan. iii. Ganjaran atau peneguhan perlu diberikan kepada murid apabila respon atau gerakbalas yang betul diberikan. iv. Memberikan peluang kepada murid untuk menikmati kejayaan dalam pembelajaran mereka. v. Maklumbalas yang diberi dengan kerap, secepat mungkin, spesifik akan menghasilkan gerakbalas yang lebih tepat. vi. Hukum kesan menekankan bahawa ganjaran merupakan satu alat yang mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerakbalas.

3. Apabila guru menunjukkan sebiji bola besi dan sebiji bola plastik yang sama saiz dan berat di kelas Tahun 1, murid-murid memberi respons bola besi lebih berat. (a) Berikan sebab berlakunya keadaan sedemikian berdasarkan Teori Pembelajaran kognitif Jean Piaget? Jawapan:

i. Perbezaan Individu - Pengalaman, latar belakang, kebolehan, kecerdasan. ii. Kanak-kanak masih belum matang untuk membezakan transformasi yang berlaku antara besi dengan plastik. iii. Perkembangan pemikiran logik murid tersebut belum bersedia dan tidak nyata. iv. Kanak-kanak masih menumpukan perhatian hanya pada satu ciri objek dan tidak dapat menimbangkan semua ciri-ciri objek ketika menyelesaikan masalah secara logik. v. Pengekalan isipadu belum dapat dikuasai. vi. Konsep ruang, kelajuan, masa dan sebab musabab belum dapat dikuasai. vii. Murid boleh menyelesaikan masalah yang konkrit tetapi belum mampu untuk menyelesaikan masalah yang abstrak

(b) Jika anda adalah guru tersebut, bagaimana anda membantu murid-muridnya mencapai perkembangan yang optimum? Jawapan : i. Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dengan mengambilkira aspek aspek kebolehan, pengetahuan sedia ada, minat, potensi dan bakat. ii. Pemeringkatan isi pelajaran secara sistematik konkrit ke abstrak, senang ke susah, dan daripada tahu ke belum tahu. iii. Mempelbagaikan kedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran seperti kaedah bermain, bercerita, dan kaedah demontrasi. iv. Kaitkan pengetahuan sedia ada murid dengan pengetahuan baru murid. v. Penglibatn murid secara aktif mealui kaedah-kaedah seperti inkuiri penemuan, Pengetauan secara langsung. vi. Wujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif

Вам также может понравиться