Вы находитесь на странице: 1из 2

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI AKTIVITI 10: AKU DAN DIA NAMA : XXX IC NO : 920426-12-6359 KELAS : PPISMP-F3D TARIKH : 24 OGOS

2011. PERHUBUNGAN MENGIKUT KEUTAMAAN 1. IBU BAPA Ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dalam perhubungan saya. Hal ini demikian kerana saya berkongsi segala suka dan duka dengan ibu bapa saya. Selain itu, saya juga bergantung kepada mereka untuk meneruskan pengajian saya serta mereka yang sanggup membesarkan saya dengan baik. Saya meletakkan ibu bapa sebagai orang yang paling penting dalam hidup saya. Oleh itu, saya ingin membahagiakan ibu bapa saya sebelum saya membahagiakan orang lain.

2. ADIK-BERADIK Perhubungan saya dengan adik-beradik saya berada di tempat yang kedua kerana kakak saya merupakan orang yang paling penting selepas ibu bapa. Kakak saya merupakan satu-satunya adik-berdik saya. Oleh itu, saya amat menghargai dia. Saya juga amat rapat dengannya dan dia banyak membantu saya dalam pelajaran selain memberikan bantuan kewangan untuk saya belajar.

3. LAIN-LAIN (TEMAN ISTIMEWA) Bagi saya teman istimewa itu merupakan orang yang paling rapat selepas adik-beradik saya kerana saya sering berhubung dengannya. Saya banyak meluahkan masalah kepadanya dan dia banyak memberikan sokongan moral serta amat memahami perasaan saya. Saya tidak mahu kehilagan teman

istimewa seperti itu kerana rakan untuk ketawa beribu, namun kawan untuk menangis sukar untuk dicari.

4. RAKAN Rakan merupakan orang yang keempat dalam perhubungan saya. Walaupun saya suka menghiburkan rakan-rakan saya, namun saya meletakkan rakan pada keempat penting kerana rakan juga yang akan mempengaruhi saya melakukan sesuatu yang tidak baik dan kadang-kadang rakan saya tidak menghormati saya selain kurang memberi sokongan apabila saya

menghadapi masalah.

5. GURU Guru merupakan individu yang penting dalam pelajaran saya. Namun, dari segi perhubungan saya dengan guru, saya kurang rapat dengan mereka berbanding yang lain. Kadang kala, perhubungan saya dengan guru sekadar di bilik kuliah sahaja. saya kurang rapat degan mereka.

6. KELUARGA Saya belum mendirikan rumah tangga. Oleh itu, tidak ada perhubungan saya dengan mereka.

Вам также может понравиться