Вы находитесь на странице: 1из 15

Pengenalan Anatomi merupakan satu kajian terhadap binaan tubuh badan manusia, susunan organ-organ, struktur-struktur badan dan

perkaitan antara setiap struktur tersebut. Asal-usul perkataan anatomi adalah daripada perkataan Yunani di mana ana bermaksud asingkan manakala tome bermaksud memotong. Menurut Martini dan Bartholomew (2007) anatomi merupakan suatu bidang berkaitan dengan binaan tubuh, bahagian-bahagian, susunan, organ dan

perhubungan antara satu dengan yang lain. Anatomi juga boleh dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini mula dikaji sejak 2300 tahun dahulu dan masih berkembang sehingga kini

Manakala Fisiologi pula merupakan satu kajian tentang fungsi struktur tubuh badan dan cara struktur badan menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mengekalkan

keseimbangan tubuh badan. Tubuh badan terdiri daripada unsur-unsur dan sebatian-sebatian kimia. Sebatian-sebatian kimia ini berasal dari bahan-bahan organ contohnya protein, lemak dan karbohidrat, dan bahan-bahan bukan organ. Selain itu, dalam Anatomi dan Fisiologi merangkumi sistem- sistem badan manusia seperti sistem urinari, sistem integumentari, sistem rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem endokrina, sistem darah dan jantung, sistem limfatik, sistem respirasi, sistem penghadaman, pemakanan dan metabolisme.

Objektif Melalui tugasan Anatomi dan Fisiologi PJM3106 kita dapat : I. II. Mengetahui konsep, sejarah dan perkembangan Anatomi dan Fisiologi Memberi penerangan umum menjurus kepada aspek Anatomi dan Fisiologi seperti otot, tulang, sendi, aksi pergerakan, satah pergerakan, dan sistem tuas. III. Mengamalkan aktiviti fizikal dan memahami kesannya terhadap kehidupan dan kesihatan diri. IV. V. Memahami dan mengaplikasikan prinsip dan kaedah latihan. Memahami dan mengamalkan prinsip asas keselamatan dan mengurangkan risiko kecederaan sukan.

Apek Anatomi dan Fisiologi Otot Menurut Ramlah Mamat dan TayMoh Niat, dalam buku penulisan mereka iaitu Anatomi dan Fisiologi, otot adalah tisu perantara berfiber yang kuat memberi sokongan pada sendi. Ia juga dalam bentuk tendon dan ligament. Otot adalah satu medium yang berfungsi untuk menggerakkan bahagian-bahagian tubuh badan secara langsung atau tidak langsung. Terdapat sekitar 40% berat dari tubuh kita adalah otot dan tubuh manusia memiliki lebih dari 700 otot rangka menurut buku Fundamental of Anatomy dan Phisiology. Otot manusia terdiri daripada sel-sel yang boleh mengecut yang disebut gentian otot. Terdapat tiga jenis otot iaitu: 1. Otot licin 2. Otot kardiak 3. Otot rangka

Seperti yang kita sedia maklum terdapat lebih 600 otot berada dalam badan kita dan terbahagi kepada dua bahagian otot iaitu otot aksial dan apendikular. Otot aksial merupakan otot yang selari dengan tulang belakang atau vertebra manakala otot apendikular pula merupakan otot yang berada di luar dari badan iaitu kaki dan tangan. Selain itu, otot juga mempunyai bentuknya sendiri iaitu selari, convergent, bulat, pennate yang terbahagi kepada tiga iaitu unipennate, bipennate, dan multipennate. Oleh itu, kita patut sedar bahawa otot-otot kita ini merupakan anugerah terhebat yang diberikan oleh Tuhan, dan kita perlu menjaga dan melatihnya sebaik yang mungkin.

Fungsi Otot

i.

Menghasilkan pergerakan

Penguncupan otot rangka menghasilkan pergerakan seperti berjalan dan menulis.

ii.

Mengekalkan postur

Otot memberi bentuk pada manusia menyokong tubuh badan dan mengekalkan postur.

iii.

Menstabilkan sendi

Selain menarik tulang-tulang untuk menghasilkan pergerakan, otot-otot juga membantu menstabilkan sendi-sendi rangka.

iv.

Menghasilkan haba Sel-sel badan menghasilkan haba sebagai aktiviti sampingan otot. Haba penting bagi mengekalkan suhu normal badan. Otot rangka menghasilkan kebanyakan haba pada badan memandangkan 40% jisim badan terdiri daripada otot rangka.

Lekatan Otot Menurut Buku Teks Sains Sukan Tinkatan 4, setiap otot rangka dilekatkan pada sekurang-kurangnya dua tempat di tulang atau tisu-tisu penghubung yang lain. Terdapat dua tempat lekatan otot iaitu proksimal dan distal. i. Proksimal Bermaksud lekatan otot pada tulang yang hampir dengan tubuh badan. Tempat pelekatan otot pada tulang yang kurang bergerak. Dikenali sebagai origin.

ii.

Distal Bermaksud lekatan otot pada tulang yang jauh dari tubuh badan. Tempat pelekatan otot pada tulang yang boleh bergerak. Dikenali sebagai insertion.

Berikut merupakan gambar rajah otot-otot dalam badan manusia:Bahagian hadapan Bahagian belakang

Tulang Rangka manusia disokong oleh struktur seperti ligamen, tendon, otot, dan organ manusia yang lain menurut Anne Waugh dan Allison Grant dalam buku penulisan mereka Anatomy and Physiology in Health and Illness,. Sejumlah 206 tulang membentuk sistem rangka manusia dewasa. Nama-nama tulang mengikut tempatnya. Dalam pergerakan tulang bekerjasama dengan otot dalam mengerakkan anggota dengan bantuan tendon. Tulang bertindak sebagai tuas dalam pergerakan badan dan anggota yang terlibat.

Struktur tulang dalam tubuh badan manusia

Tulang-tulang boleh diklasifikasikan berdasarkan kepada empat bentuknya. Jenis tulang Tulang panjang Penerangan Tulang-tulang dalam kumpulan ini secara umumnya lebih panjang, lebar dan berfungsi sebagai tuas. Kebanyakan daripada tulangtulang mampat. panjang Contoh: adalah Tulang tulang-tulang pada tangan

(humerus, radius, ulna, metakarpal dan falanges) dan kaki (femur, tibia, fibula, metatarsal, falangus) kecuali pergelangan tangan dan pergelangan kaki. Tulang pendek Secara umumnya tulang-tulang pendek

berbentuk kiub dan didapati di ruang-ruang yang tertutup. Tulang-tulang ini berperanan memindahkan berongga. pergelangan daya. Contoh tangan Tulang-tulang : ini

Tulang-tulang (karpal) dan

pergelangan kaki (tarsal). Tulang leper/pipih Tulang-tulang ini berbentuk pipih, nipis dan melengkung. Tulang-tulang ini berfungsi

sebagai tempat pelekatan otot-otot dan melindungi organ-organ di bawahnya.

Contoh : Tulang-tulang kranium, rusuk dan sternum. Tulang tak sama bentuk Tulang-tulang tak sama bentuk berfungsi sebagai artikulasi. Contoh : tulang-tulang vertebra (servikel, torasik, lumbar, sekrum dan koksiks) dan tulang telinga tengah (stapes, inkus, maleus) tempat pelekatan otot atau

Sendi Sendi ini diselaputi oleh membran sinovial yang merembeskan cecair synovial bagi melicinkan pergerakan sendi untuk membantu memelihara kartilej dan

mengurangkan kesan geseran antara dua tulang. Jenis sendi membenarkan pergerakan berlaku secara bebas antara tulang-tulang. Fungsi utama sendi: Membolehkan tulang bergerak Memegang tulang bersama Jenis sendi dan kedudukannya: Sendi SENDI PANGSI -Putaran kepala Kedudukan radius pada sendi

radioulnaproksimal - Tulang axis / atlas SENDI LESUNG SENDI ENGSEL -Sendi bahu , Sendi Pinggul -Sendi interfalanks dan sendi di antara tulang

humerus dan tulang ulna. SENDI ELIPSOIDAL SENDI PELANA SENDI SATAH -Sendi di antara trapezium dan metakarpus ibu jari. -Sendi diantara tulang karpus tangan. -Putaran kepala radius pada sendi radioulnaproksimal -Putaran kepala radius pada sendi radioulnaproksimal.

Aksi pergerakan

Terdapat dua jenis posisi dalam pergerakan iaitu kedudukan biasa dan kedudukan anatomi. Kedudukan biasa iaitu berdiri lurus atau tegak dan tangan rapat ke sisi badan. Kedudukan anatomi iaitu berdiri lurus atau tegak dan tapak tangan menghala ke hadapan. Kaki kanan dan kiri pula terbuka menghala ke luar.

Kedudukan biasa dan kedudukan Anatomi

Jenis pergerakan

Gliding movement Pergerakan sendi termudah.

Putaran Mengikut lengkuk bulatan mengelilingi satu putaran. Contoh,

Bersudut

Pergerakan yang lurus tetapi masih bersudut. Contoh, fleksi, ekstensi, aduksi, abduksi, sirkumduksi, dorsifleksi dan pantarfleksi.

Flexsion

Estension

Flexsion

Khusus

Pergerakan yang tiada had sepertisupinasi-pronasi, inversi-eversi, protraksi-retraksi, elevasi-depresi dan opposition.

Satah pergerakan

Satah sagital adalah satah yang membahagikan badan kepada bahagian


kanan dan kiri.

Satah koronal (frontal) membahagikan badan kepada bahagian anterior


and posterior iaitu pergerakan depan dan belakang.

Satah transvers adalah pembahagian badan kepada superior dan inferior.


Ia juga dikenali sebagai cross section.

Tuas

Tuas merupakan suatu struktur tegar yang bergerak pada satu titik tetap. Tuas terdiri daripada: Fulkrum (fulkrum ialah tempat paksi) Beban (beban ialah rintangan yang bertindak) Daya (daya ialah daya luar yang bertindak ke atas struktur tegar) Tuas dapat di bahagikan kepada tiga iaitu 1. Tuas kelas pertama 2. Tuas kelas kedua 3. Tuas kelas ketiga

Tuas kelas pertama

Fulkrum terletak antara daya dengan beban. Contoh tuas kelas pertama ialah pukulan dalam badminton, tukul besi, gunting, playar, jongkang-jongket.

Tuas kelas kedua

Beban terletak antara fulkrum dan daya. Contoh tuas kelas kedua ialah lonjakan menggunakan lombol, kereta sorong dan pembuka tudung botol.

Tuas kelas ketiga

Daya terletak antara beban dan fulkrum. Contoh tuas kelas ketiga ialah menolak bola

hoki, joran pancing, penyepit ais dan penyapu.

Вам также может понравиться