Вы находитесь на странице: 1из 25

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga, sahabat-sahabatnya serta pengikut-pengikutnya sepanjang zaman hingga ke akhir zaman. Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurnia-NYA, saya dapat menyiapkan serta menyempurnakan penulisan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) ini. Semasa saya menyiapkan buku ini, pelbagai sumber rujukan telah saya ambil baik sebagai contoh daripada buku-buku ilmiah termasuk buku TITAS penulisan daripada Ustaz Rabbani sendiri dan juga daripada laman sesawang. Semua ini hanyalah bertujuan untuk mempelbagaikan sumber terutamanya sumber utama. Penulisan kerja kursus ini sangat penting pada diri saya selain ia merupakan satu tugasan atau kewajipan yang mesti dilaksanakan, ia juga secara tidak langsung mendedahkan saya dalam dunia ilmu pendidikan Sirah sekolah rendah. Bagi saya kerja kursus ini juga dapat melatih saya untuk lebih teliti dalam mencari bahan rujukan. Tidak lupa di sini saya ingin mengucapkan seribu penghargaan terutamanya kepada Ustaz Mohd Nor bin Jusoh di atas bantuannya sepanjang menyiapkan tugasan ini. Dan tidak lupa juga kepada kedua ibu serta rakan-rakan yang tidak pernah jemu untuk menghulurkan bantuan dan buah fikiran serta nasihat yang tidak putus-putus. Akhir sekali, dengan keterbatasan ilmu serta pengalaman yang saya miliki, saya mengalu-alukan teguran dan kritikan membina jika terdapat sebarang khilaf atau kekurangan di dalam tugasan ini. Mudah-mudahan Allah SWT memberkati dan mengurniakan keredhaan sepenuhnya terhadap usaha saya dalam menyiapkan tugasan ini.

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN KONSEP SIRAH PERBEZAAN SIRAH, SEJARAH DAN TARIKH SUMBER SIRAH 1. AL-QURAN 2. AS-SUNNAH 3. TOKOH SIRAH

............ . . .

PENGERTIAN STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK 1. PENDEKATAN 2. KAEDAH 3. TEKNIK 4. STRATEGI

..

RANCANGAN PENGEJARAN HARIAN

PENDAHULUAN

Pendidikan sirah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri seseorang. Ia merupakan inti kepada ikhtibar dalam sanubari seseorang muslim. Seseorang yang tidak mengetahui atau mengabaikan sirah menyebabkan hati mereka tidak terpaut ke arah islam. Hal ini sedemikian kerana, mereka tidak mengetahui sejarah kemunculan islam dan perjalanan agama islam yang berliku menyebabkan mereka ini tidak menghargai anugerah oleh Allah yang paling besar ke atas umat manusia iaitu agama Islam. Dengan asas pendidikan dan penghayatan sirah yang kuat serta jelas maka terlahirlah generasi islam yang teguh jiwa-jiwa mereka daripada aspek Aqidah, Ibadah dan Akhlak sepertimana yang dianjurkan oleh agama islam itu sendiri. Antara peristiwa yang boleh dijadikan ikhtibar kepada umat islam daripada peristiwa-peristiwa penting dalam sirah islam adalah seperti kelahiran jjunjungan besar Nabi Muhammad SAW, Perjanjian Aqabah pertama, perjanjian aqabah kedua, peristiwa Hijrah, peperangan menentang tentera kafir, perjanjian hudaibiyah,pembukaan kota mekah dan kewafatan Rasulullah SAW. Selain itu, perjuangan oleh para sahabat yang mempunyai hati yang ikhlas terhadap islam seperti kisah Bilal bin Rabah tidak berganjak imannya walaupun diseksa dan ditindih dengan batu besar di tengah padang pasir yang panas terik. Demikian juga keluarga Amar bin Yasir tetap teguh iman mereka walau berhadapan dengan ancaman maut, juga boleh dijadikan semangat kepada umat islam menghargai agama islam. Secara umumnya, sirah dan sejarah islam digunakan untuk memantapkan akidah itu sebenarnya telah lahir seiring dengan perutusan nabi dan dakwah baginda serta seiring dengan perkembangan dan kemunculan agama Islam itu sendiri. Untuk itu,setiap rasul, nabi, serta ulama yang meneruskan tugas rasul bertugas untuk memantapkan dan menetapkan akidah. Keadaan dan tingkat pegangan akidah seseorang itu tidak sama, di mana ada yang kukuh, lemah dan sederhana dan lain-lain lagi. Hal ini amatlah penting untuk diterapkan dalam diri pelajar-pelajar sekolah rendah

kerana meluntur buluh biarlah daripada rebungnya. Dengan kata lain, dengan pengetahuan sirah yang mendalam maka lahirlah generasi-generasi muda islam yang tahu, faham dan mengamalkan kehidupan islam yang sebenarnya. Secara tidak lansung masalah-masalah sosial yang berlaku pada zaman kini dapat dibendung dengan kukuhnya iman dijiwa umat islam. Penguasaan penulisan Rancangan Pengajaran Harian bagi guru pelatih amatlah membantu kerana ianya menjadikan panduan semasa proses penyampaian ilmu didalam kelas. Penerapan penulisan RPH didalam tugasan KKBI ini menjadikan kami ( guru pelatih pengajian islam) lebih peka akan kepentingannya dan cara-cara penghasilan RPH yang berkesan. Dari sini kita nampak dengan jelas bahawa pendidikan sirah amat penting dalam jiwa setiap insan muslim agar mereka dapat mempertahan iman dan agama Islam lebih-lebih lagi di zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran dalam segenap penjuru terutamanya internet dan teknologi maklumat yang berkembang dengan begitu pesat sekali.

Definisi Sirah Memahami pengertian sirah itu sendiri akan sedikit sebanyak memberikan kesedaran ke atas diri kita sendiri mengenai betapa pentingnya mengetahui sirah kehidupan junjungan besar kita, nabi Muhammad S.A.W. Dalam ilmu Islam, setiap perkataan tidak kira kata nama mahupun perbuatan akan memberi dua cabang maksud iaitu dari segi bahasa dan istilah. Sebagai contoh, pengertian sirah itu sendiri

membawa dua maksud yang berbeza walaupun hampir sama maknanya. Menerusi pembacaan, menurut Ibnu Mandzur dalam kitab Lisanul Arab menyatakan bahawa As Sirah menurut bahasa bermaksud kebiasaan, jalan, cara dan tingkah laku. Menurut istilah umum pula, ianya membawa maksud perincian hidup seseorang atau sejarah hidup seseorang. Para ulama pula bersepakat menyatakan bahawa apa yang dimaksudkan dengan as-Sirah an-Nabawiyah ialah rakaman sejarah hidup Rasulullah S.A.W yang komprehensif dan kini sudah menjadi satu nama atau istilah daripada disiplin ilmu yang tersendiri. Ada juga dalam kalangan ulama ahli sejarah terdahulu memakai istilah Ilmu peperangan dan Sejarah sebagai kata nama yang mengantikan perkataan sirah. Pada dasarnya sirah memperbahaskan 3 keadaan utama iaitu : 1. Sejarah kehidupan Rasulullah S.A.W sejak tanda-tanda kenabian (sejak lahir) sampai wafatnya. 2. 3. Sejarah kehidupan para sahabat yang beriman dan berjihad bersama beliau. Sejarah penyebaran cahaya Islam yang dimulai turunnya Al Alaq di Gua Hira sampai berduyun-duyun umat manusia di Jazirah Arab memasuki Islam. Maka, dapatlah disimpulkan bahawa sirah dalam konteks kehidupan Rasulullah S.A.W bermaksud perincian perjalan hidup Rasulullah S.A.W itu sendiri bermula dari baginda dikandung oleh ibunda baginda sehingga saat kewafatan baginda S.A.W. Kata kunci yang boleh dipegang ialah pengajian sirah bukan sahaja mengkaji peristiwa dan mengabaikan pengajaran yang terdapat di dalamnya, sebaliknya pengajian ini lebih kepada meletakkannya sebagai asas dan panduan dalam hidup.

Perbezaan antara Sirah, sejarah dan tarikh Sirah dan Sejarah Sirah merupakan suatu kajian yang berkisar tentang perjalanan kehidupan insan mulia Nabi Muhammad SAW. Berlainan pula halnya dengan sejarah, dari segi makna dan definisi bahasa ianya tidak jauh beza dengan definisi sirah yang baru dijelaskan sebentar tadi iaitu peristiwa penting yang sudah berlaku pada masa lampau yang dapat dijadikan iktibar dan pedoman untuk masa akan datang. Namun, dari segi definisi

istilahnya, sejarah dan sirah dapat difahami dengan makna yang berbeza. Ini kerana, sejarah merangkumi sesuatu yang umum dan tidak dispesifikasikan kepada seseorang individu yang terlibat sebagaimana halnya dengan sirah.
SIRAH Saraha bermaksud perjalanan hidup Kajian tertumpu kepada perjalanan dan kisah hidup Nabi Muhammad SAW. Kajian juga menekankan sifat peribadi dan akhlak junjungan mulia Nabi Muhammad SAW serta cara baginda menjalani kehidupan seharian yang boleh diteladani Al-Quran, as-Sunnah SUMBER KAJIAN Khusus mengenai kajian seseorang individu iaitu Rasulullah SAW Tidak boleh berubah kerana terdapat peristiwa yang telah tercatat di dalam al-Quran dan asSunnah KEDUDUKAN FAKTA Fakta boleh berubah dengan adanya sumber ataupun bukti yang lebih awal atau jelas dari sumber sebelumnya SIFAT Umum mengenai peristiwaperistiwa penting masa lampau BIDANG KAJIAN ASPEK DEFINISI SEJARAH Syajarah ataupun syajaratun bermaksud pokok Kajian mengenai peristiwaperistiwa yang dianggap penting yang berlaku pada masa lampau. Lebih berfokuskan kepada perkembangan peradaban ataupun tamadun sesuatu zaman yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran Primer, Sekunder, Lisan

Melalui jadual perbandingan di atas, dapatlah dilihat bahawa sirah dan sejarah terdapat perbzaannya yang tersendiri melalui aspek-aspek tertentu. Perbezaan pertama yang dapat dilihat secara jelas ialah dari segi definisi kedua perkataan iaitu sirah dan sejarah yang mempunyai maksud yang berbeza meskipun hampir sama. Sirah ditegaskan sekali lagi secara khususnya mengkaji tentang latar belakang kehidupan ataupun biografi Rasulullah SAW manakala sejarah hanya meneliti dan mengkaji peristiwa-peristiwa yang dianggap penting dan bermakna. Oleh yang

demikian, dapat dilihat bahawa pengkhususan bidang kajian dalam dua aspek ini dapat dibezakan dan difahami. Selain itu, perbezaan antara dua aspek ini juga dapat dilihat dengan jelas melalui kajian bidang. Ini kerana, sirah lebih spesifik dan tertumpu kepada penceritaan dan kajian mengenai cara dan latar belakang kehidupan peribadi Rasulullah SAW bermula dari awal kelahirannya sehingga kewafatan baginda serta perjalanan dakwah Baginda untuk menyebarkan Islam yang tercinta. Sejarah pula

mencatatkan peristiwa-peristiwa penting yang bermakna melalui bukti-bukti dan rujukan yang kukuh. Sejarah juga lebih memfokuskan kepada perkembangan sesbuah tamadun dan keruntuhannya serta perkara-perkara yang boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada masyarakat lain. Terdapat juga perbezaan antara keduanya dari segi sumber kajian iaitu sirah diambil daripada sumber al-Quran yang tenyata benar, hadis-hadis yang sahih dan juga kitab-kitab sirah karangan tokoh-tokoh sejarawan Islam yang terkenal. Sejarah pula lebih mengambil sumber berdasarkan sumber primer iaitu peninggalan bahan-bahan sejarah dahulu contohnya seperti dokumen-dokumen, artifak dan sebagainya. Ia juga menggunakan sumber sekunder iaitu sumber berdasarkan hasil penyelidikan dan kajian tokoh-tokoh sejarawan lama yang mengkaji sesuatu peristiwa tersebut. Selain itu,

sejarah juga mengambil sumber kajian berdasarkan sumber lisan daripada orang-orang yang mengetahui dengan jelas dan mempunyai pengalaman dan pandangan sendiri berkaitan dengan peristiwa sejarah yang hendak dikaji.

Dari segi aspek kedudukan fakta, sirah merupakan sebuah catatan yang benar dan sahih kerana ia merupakan perkara yang telah dinyatakan di dalam al-Quran dan tidak mungkin berubah dan ditokok tambah. Hal ini jelas membuktikan bahawa amat sukar untuk membuat penyelewengan terhadap sirah kerana rujukan yang diambil adalah berdasarkan sumber yang kukuh seperti al-Quran dan as-Sunah. Berlainan pula dengan sejarah, ia boleh berubah mengikut masa. Ini bermaksud, apabila terdapat sesuatu bukti ataupun sumber yang lebih benar dan tepat daripada sumber dan bukti yang digunakan sebelumnya, maka fakta sejarah tersebut boleh diubah mengikut bukti dan penemuan kebenaran yang baru.

Tarikh Tarikh dari aspek bahasa adalah sejarah masa lalu. Manakala secara istilah menurut sumber yang diambil dari penjelasan Imam as-Sakhawi, tarikh digunakan untuk membatasi peristiwa-peristiwa pada suatu masa dari aspek penentuan dan waktu terjadinya. Oleh itu, perkataan tarikh ini menunjukkan bahawa ia lebih umum

penggunaannya dibandingkan dengan kata sirah. Hal ini sedemikian kerana perkataan sirah lebih sering digunakan untuk menjelaskan kehidupan Rasulullah SAW. Yang bermula daripada hari kelahiran sehingga Baginda wafat. Manakala tarikh, ini merangkumi skop kajian yang lebih luas, adakalanya tarikh digunakan untuk membahas tarikh tasyri Islam iaitu sejarah hukum Islam, tarikh sejarah fikih Islam, atau tarikh sejarah Mazhab-mazhab dalam Islam, tarikh sejarah Para Khalifah dan pelbagai tarikh yang berkaitan dengan sejarah islam. Antara perbezaan lain ialah,hampir seluruh sirah ditulis dengan mencantumkan sanadnya. Hal ini bermula ketika pada Abad Kedua Hijrah kebanyakkan ulama mengumpulkan khabar tentang sirah Rasulullah SAW. sebahagian digabungkan dengan sebahagian yang lain. Pembukuan dilakukan dengan metod periwayatan, dengan menyebut nama perawi dan orang yang meriwayatkan, sama sebagaimana periwayatan yang dilakukan dalam hadis. Oleh karena itu, para ulama hadis dan para

penelitinya dapat mengetahui taraf berita sirah yang sahih, yang dhaif, atau yang maudo (tertolak), melalui penelitian mereka atas para perawi dan sanadnya. Oleh itu, riwayat tentang kehidupan dan diri Nabi saw.yang terbukti sahihlah yang dapat dijadikan sebagai rujukan. Sebab, sirah adalah sebahagian dari as-Sunnah, yang tidak boleh diambil kecuali jika ia terbukti merupakan riwayat yang sahih. Oleh karena itu, sirah lebih menyakinkan atau utama daripada tarikh, karena sirah adanya sanad. Manakala tarikh, sebahagiannya ada yang ditulis dengan mencantumkan sanadnya seperti Tarikh Al-Khulafa yang dikarang oleh Imam As-Suyuti atau Tarikh Tasyri. Pengarang kitab-kitab ini menyebutkan nama perawinya sepertimana yang dilakukan dalam kitab hadis dan kitab sirah. Ada pula kitab tarikh yang tidak mencantumkan sanadnya seperti Tarikh Umam wa al-Mulk (Sejarah Bangsa-bangsa dan Para Raja), Tarikh Fiqh al-Islam (Sejarah Fikh Islam), atau Tarikh Falsafi Islam (Sejarah Filsafat Islam) dan lain-lain tarikh

Sumber-sumber sirah menurut al-quran, sunnah dan tokoh Pengajian sirah tidak sama dengan pengajian sejarah. Objkektif utama

pengajian sirah adalah untuk menjadikan Nabi saw sebagai model dan contoh kepada umatnya. Oleh itu sumber pengajiannya pastinya adalah yang terbaik dan dan tanpa keraguan. Para ulama menggariskan sumber-sumber berikut dalam pengajian sirah.

1.

Al-Quran Al Quran merupakan sandaran utama dalam memahami ciri-ciri umum mengenai

kehidupan Rasulullah S.A.W. Ianya juga merupakan rujukan utama untuk memahami sifat-sifat umum Rasulullah S.A.W dan mengenal tahap-tahap umum dari sirah yang mulia ini. Al-Quran mengunakan dua pendekatan dalam mengemukakan sirah Rasulullah S.A.W iaitu dengan mengemukakan sebahagian kejadian dari kehidupan dan sirahnya seperti ayat-ayat yang menjelaskan tentang perang badar, perang uhud serta ayat-ayat yang mengisahkan perkahwinan dengan Zainab binti Jahsyi. Kedua mengomentarikan peristiwa-peristiwa yang terjadi untuk menjawab masalah-masalah yang timbul, mengungkapkan masalah yang belum jelas atau nasihat yang terkandung di dalamnya. Semua itu berkaitan dengan salah satu aspek dari sirahnya. Tetapi perbicaraan alQuran tentang semua itu disampaikan secara umum dan terputus-putus serta penyajian secara global.

2.

Al-Hadith Rasulullah S.A.W Kitab-kitab yang ditulis para Muhaddithin yang terkenal kebenaran dan amanah

mereka. Hadith merupakan rujukan kedua yang terkandung dalam kitab-kitab hadis yang muktabar walaupun pada permulaannya belum tersusun secara urutan dan sistematik kerana pada kebanyakan ulamak hadis menyusun kitab mereka berdasarkan bab-bab feqah.

Antara keistimewaan sumber kedua ini ialah bahawa sebahagian besarnya isi riwayatnya dengan sanad yang shahih yang bersambung dengan Rasulullah S.A.W seperti peristiwa haji al-Wada yang diriwayatkan secara terperinci. Antara buku rujukan terbaik dalam kategori ini ialah buku Asas fi Sunnah oleh Said Hawa yang mana beliau telah menyusun hadis-hadis dan membahagikannya mengikut urutan masa hayat Rasulullah dari kitab-kitab hadis yang muktabar. Dalam sirah tersendiri terdapat ramai kalangan orang-orang mukmin dari kalangan para sahabat yang menjadi penyair untuk mempertahankan Rasulullah S.A.W daripada cercaan dan tomahan penyair Musyrikin. Ini menjadikan sumber daripada zaman Rasulullah S.A.W merangkumi aspek keseluruhan iaitu berkaitan juga perihal kebangkitan sahabat-sahabat menegakkan agama Islam daripada tomahan para musyrikin Mekah dan membantu Rasulullah S.A.W dalam menyebarkan agama yang benar ini. Kita boleh melihat dalam sirah kenabian, berapa ramai lahirnya muslim sejati dalam kalangan sahabat. Mereka tidak gentar walaupun sedikit dalam berdakwah dan menyatakan agama islam ini agama yang benar. Sejarah membuktikan bahawa betapa dasyatnya ancaman daripada puak-puak kafir quraisy terhadap umat islam di Mekah khususnya. Sebagai contoh, Bilal R.A telah diseksa dengan pelbagai seksaan antaranya dijemur di atas padang pasir yang panas terik dengan di letakkan batu yang besar di atas dada. Keperitan itu tidak dapat dibayangkan dengan minda kasar manusia kerana kedasyatan penderitaan yang perlu ditanggung oleh Bilal, tetapi tidak sekali pun Bilal berpaling daripada kebenaran agama islam walaupun sedikit. Pelbagai sirah dan sejarah yang berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W boleh dijadikan ikhtibar yang perlu disemaikan dalam diri umat islam supaya mereka menghargai nilai islam yang sebenar.

3.

Tokoh-tokoh Islam Kesedaran dan keinginan untuk menulis Sirah Nabi S.A.W mula muncul dan

dilaksanakan oleh beberapa orang sahabat seperti Urwah Ibn Zubair, Wahab Ibn Munabbih, Syurhabil Ibn Saad, dan Syihab az-Zuhri. Bagaimanapun, sebahagian besar penulisan mereka tidak sampai kepada kita kecuali sebahagian yang diriwayatkan oleh Imam ath-Thabari dan beberapa bab yang dikarang oleh Wahab Ibn Munabbih yang tersimpan di kota Haidelberg, Jerman. Para peneliti sejarah bersepakat bahawa kitab Maghazi karangan Ibnu Ishaq tentang sirah Rasulullah S.A.W merupakan penulisan yang paling dipercayai pada zamannya walaupun kitab karangannya itu tidak sampai kepada kita pada hari ini. Selepas lebih dari 50 tahun kitab Maghazi diterhasil, muncul pula Abu Muhammad Abdul Malik yang dikenal sebagai Ibn Hisyam menyusun sirah Rasulullah S.A.W. Ibnu Khalkan, seorang hakim di Kota Damaskus, Syria berkata, Ibnu Hisyam adalah orang yang mengumpulkan sirah Rasulullah S.A.W dari kitab Maghazi karya Ibnu Ishaq. Kemudian ia meringkas dan merangkumnya. masyarakat dan dikenali dengan Sirah Ibn Hisyam. Selain dalam kitab-kitab sirah, riwayat yang menceritakan kehidupan Rasulullah S.A.W juga terdapat dalam kitab hadith. Contohnya, dalam Shahih al-Bukhari terdapat kitab Al-Maghazi, sebuah kitab yang berisi cerita perang pada masa Rasulullah S.A.W. Dalam Shahih Muslim pula, terdapat kitab Al-Jihad dan kitab As-Siar. Manakala kitabkitab hadith seperti kitab Ashab as-Sunnan iaitu kitab sunan Abu Dawud, at-Tirmidzi, an-Nasai, dan Ibn Majah, mempunyai beberapa hadis sahih, hasan , dan juga dhaif mengenai kehidupan Rasulullah S.A.W. Bahkan Imam at-Tirmidzi menulis sebuah kitab yang dinamakan sebagai kitab Asy-Syamail al-Muhammadiyyah, yang mempunyai hadith-hadith yang menjelaskan sifat, ciri-ciri fizikal, perilaku, peribadatan, dan perkara lain yang berkaitan dengan diri Rasulullah S.A.W. Inilah kitab yang berada dalam

Pendekatan, kaedah dan teknik Pendidikan Sirah

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kita pasti menemui istilah seperti pendekatan, kaedah dan teknik. Ketiga-tiga konsep ini mempunyai perkaitan dan ianya saling lengkap-melengkap antara satu sama lain dan dengan inilah ianya sering mendatangkan kekeliruan di kalangan guru-guru sekolah samada guru pelajaran agama mahupun guru pelajaran yang lain. Ada dua perkataan yang hampir-hampir sama maksudnya dengan kaedah dan ia memang tergolong dalam kaedah juga, iaitu teknik dan pendekatan. Mok Soon Seng (1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran. Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Jadi ia

merupakan satu set teori yang sistematik. Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992). Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. kaedah mengajar dalam

Mengikut Azman Wan Chik (1987)

teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik. Sekiranya seorang guru Pendidikan Islam mengajar pelajar menghafaz Al-

Qur`an dengan mendengar bacaan dalam pita kaset, maka ini dikatakan teknik. Ketiga-tiga ini kerap menjadi perbalahan dan perbincangan kerana sifatnya yang cair dan saling bertimbal balik. Untuk tujuan kefahaman, dihuraikan ketiga-tiga konsep ini terlebih dahulu.

1. Pendekatan Pendekatan wujud berasaskan tangapan-tangapan yang berhubung dengan falsafah pendidikan itu sendiri. Pendekatan merupakan perhuraian sifat mata pelajaran yang diajar. Pendekatan juga ialah satu pandangan , pendapat, falsafah, pengajaran tetapi hanya boleh dibuktikan dengan mutlak sahaja.

2. Kaedah Merupakan suatu perancangan yang teratur secara keseluruhan untuk memperoleh objektif pengajaran. Kaedah juga ialah satu prosedur melakukan sesuatu berasaskan tangapan-tangapan asas yang dibina melalui pendekatan. Oleh itu, hanya satu pendekatan memungkinkan lahirnya beberapa kaedah pengajaran. Pelbagai jenis kaedah telah terbina kerana demi mencari kesesuaian masyarakat islam yang majmuk.

3. Teknik Teknik harus dilihat dalam konteksnya denga kaedah yang digunakan. Semua perkara yang kita lakukan perlulah ada teknik yang tersendiri tidak kiralah membaca, mengira atupun mengaji. Apa yang paling penting ialah pemilihan sesuatu teknik mestilah berasaskan sesuatu kaedah yang digunakan sesuatu pendekatan.

Pendekatan Mengikut pendapat Ahmad Mohd Salleh dalam Pendidikan Islam,

Falsafah,Pedagogi dan Metadologi pendekatan ialah wujud berasaskan tanggapantanggapan yang berhubung dengan Falsafah agama dan pengajaran serta pengajian agama itu sendiri.Ia menghuraikan sifat mata pelajaran yang diajar. Ia menyatakan suatu pendapat,falsafah atau suatu pengajaran tetapi tidak semestinya boleh dibuktikan secara mutlak. Umpamanya dalam sebarang pengajaran,kita membuat beberapa tanggapan asas dan asas-asas inilah yang menjadi prinsip amalan bilik darjah. Mendekatkan sesuatu dalam bidang pendidikan dinamakan pendekatan. Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan satu pandangan atau pendapat tentang hakikat satu matlamat pelajaran. Ia bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dengan adanya pendekatan guru dapat membuat tanggapan asas yang akan dijadikan prinsip amalan bilik darjah. Menurut pendapat Gestalt kita mempelajari sesuatu situasi itu secara keseluruhan dan kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu pandangan atau sebagai teori pembelajaran,maka kita boleh menjadikannya sebagai satu pendekatan dalam sesuatu pengajaran. Ini membawa maksud sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan mengamati keseluruhannya terlebih dahulu dan kemudian dikaji bahagian-bahagiannya. Menurut pendapat Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set

andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsure aksiomatik. Melalui pebdapt ibi dapatlah kita merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model, prinsip atau teori pembelajaran, contohnya : a) konkrit kepada abstrak b) mudah kepada kompleks c) keseluruhan kepada bahagian

d) umum kepada spesifik (deduktif) e) spesifik kepada umum (induktif) f) dekat kepada jauh g) diketahui kepada belum diketahui

Pendekatan merupakan kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Pendekatan ini bolehlah dirumuskan sebagai satu teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya.

Pendekatan Induktif Mengikut pendapat Ee Ah Meng (Pedagogi ii, Pelaksanaan Pengajaran)

mengemukakan pengertian iaitu akna cara mendekati sesuatu.Dalam konteks bilik darjah,pendekatan merujuk kepada cara bagaimana objektif-objektif jangka masa panjang dapat dicapai dalam satu-satu mata pelajaran. Biasanya berasaskan teori. Melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi iaitu murid tidak diajar seuatu bahan pengajaran secara langsung, mereka hanya diberitahu berhubung hal-hal berkaitan dengan pelajaran tersebut. Seterusnya mereka digalakkan mencari, meneliti dan mempelajarinya sendiri serta mengemukakan satu rumusan hasil daripada kajian-kajian yang telah dilakukan. Konsep 1. Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan hukum. 2. Memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman 3. Membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh-contoh tertentu 4. Cuba untuk mendapatkan kesimpulan melalui satu urutan/susunan pemikiran 5. Membuat andaian munasabah daripada spesifik (khusus) kepada umum

Ciri-ciri 1. Matlamatnya ialah pembentukan kebiasaan 2. Guna pengantaraan deria untuk dapatkan pengetahuan 3. Perlu kekerapan pengulangan dalam pelbagai konteks untuk kuasai sesuatu kemahiran 4. Tekankan pengajaran berbentuk konkrit 5. Beri peluang kepada murid belajar di bawah bimbingan guru 6. Penglibatan murid secara aktif ditekankan 7. Wujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan 8. Bimbingan dan bantuan guru diperlukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran

Pendekatan Deduktif Takrif Suatu penagajaran yang dimulakan dengan melihat hukum-hukum atau mempelajari peraturan-peraturan tertentu dan akan diaplikasikan menjadi suatu fakta. Dalam pembelajaran di bilik darjah, murid akan dihadapkan dengan suatu masalah. Kemudian mereka akan memilih prinsip, peraturan, kesimpulan atau generalisasi yang sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah. Setiap jalan penyelesaian masalah yang dibuat oleh murid mestilah betul kerana ia akan dirujuk kepada guru pada akhir sesi pembelajaran. Konsep 1. Pelajari sesuatu berdasarkan hokum 2. Satu produksi fakta untuk membuktikan satu pernyataan umum 3. Menganalisa fakta yang membentuk generalisasi 4. Membuat satu penghuraian daripada umum kepada yng khusus

Prinsip 1. Strategi penyoalan hendaklah diadakan supaya guru dapat menolong muridmurid membentuk konsep dan seterusnya membuat generalisasi yang dikehendaki 2. Mencuba dan menguji kemahiran intelektual murid 3. Pengajaran yang terancang dan kepelbagaian aktiviti yang digunakan dapat menarik minat murid 4. Guru perlu menyediakan alat Bantu yang sesuai 5. Bimbingan dan bantuan diperlukan sepanjang proses pengajaran dan

pembelajaran Ciri-ciri 1. Pembelajaran mementingkan pengetahuan yang akan diperolehi oleh murid 2. Pendekatan ini menggunakan pengantara fikiran untuk mendapatkan ilmu 3. Penyusunan isi mestilah dimulakan daripada keseluruhan kepada yang lebih kompleks
4.

Pembelajaran kefahaman lebih kekal daripada hafalan.

Kaedah Mengikut pendapat Ahmad Mohd Salleh, kaedah ialah suatu perancangan yang sisitematik secara keseluruhan untuk menyampaikan bahan pengajaran.Ia merupakan satu prosedur melakukan sesuatu berasaskan tanggapan-tanggapan asas yang dibina melalui pendekatan. Dengan itu sesuatu pendekatan,memugkinkan beberapa kaedah berbagai-bagai faktor mempengaruhi persembahan bahan secara sisitematik

umpamanya jenis pelajaran. Dengan itu,berbagai-bagaikardah harus diwujudkan untuk memenuhi keperluan pelbagai golongan tadi. Mengikut pendapat Ee Ah Meng, kaedah ialah suatu ciri tindakan guru yang sistematik serta berurutan dan bertujuan mencapai objektif spesifik,iaitu jangka pendek sesuatu pelajaran.Ia juga membawa implikasi penyusunan,oleh itu,kaedah mengajar bererti cara mendekati sesuatu objektif dengan langkah-langkah yang tersusun dan teratur. Kaedah adalah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur,kemas dan sistematik.Ia merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu pelajaran. Dalam menerangkan sesuatu prosedur pengajaran dan pembelajaran,guru-guru boleh menggunakan kaedah yang sesuai,terutama kaedah-kaedah yang dapat memenuhi keperluan murid-murid.Oleh itu guru-guru sepatutnya dapat merancang prosedur.Mereka perlu dapat menggambarkan dengan jelas dalam fikiran mereka ciriciri fikiran atau sifat-sifat sejati kaedah berkenaan. Perancangan prosedur tersebut boleh dilakukan melalui cara-cara berikut : 1. Kenal pasti terlebih dahulu apa yang akan digunakan. 2. Tetapkan bahan yang hendak disampaikan,mengikut peruntukan masa yang diperlukan. 3. Tetapkan langkah-langkah mengikut aktiviti yang akan diperkenalkan.

Oleh Perrott (1986) menerangkan semua aktiviti itu dalam tiga istilah yang lebih mendasar, iaitu: 1. Planning 2. Implementation 3. Evaluation Tiga perkara ini dan juga langkah-langkah yang dikemukakan sebelum ini merupakan asas pengajaran yang berkesan, di samping pengetahuan yang patut ada pada guru. Langkah-langkah ini disusun demikian rupa untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran sesuatu yang menarik dan berkesan. Ini yang dikatakan pengajaran yang berkesan. Pengajaran dan pembelajaran yang baik, menarik dan berkesan tidak dapat diwujudkan jika tidak memenuhi kriteria tertentu seperti yang dibincangkan di atas. Guru yang mampu menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ini ialah guru yang didikasi, mempunyai wawasan yang jelas dan mengajar dengan penuh semangat untuk mencapai objektif yang terancang dengan langkah-langkah yang tersusun dengan menggunakan BBM yang menarik dan dengan pergerakannya yang cukup lincah. Inilah dia guru yang efektif . Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu: 1. Tujuan am 2. Objektif pelajar 3. Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti. 4. tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran. 5. Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar

Kaedah pengajaran dalam padagogi Islam Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah: 1. kaedah mestilah secucuk dengan tujuan dan matlamat pelajaran 2. kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai. 3. kaedah juga haruslah sesuai dang tabiat (nature) pelajaran yang diajar. 4. kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar. 5. kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru. 6. mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedaan bekenaan. 7. kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada. An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik Antara kaedah pengajaran dalam padagogi islam ialah 1. bermain 2. bercerita 3. tunjukcara 4. simulasi 5. perbincangan 6. sumbangsaran 7. projek 8. kuiz 9. kaedah pandang dengar 10. hafalan

11. syarahan 12. dialog 13. soal jawab 14. perdebatan 15. resitasi 16. pengembaraan/ lawatan 17. halaqah 18. induktif 19. perbandingan 20. imlak 21. pemahaman 22. ulangan 23. latih tubi 24. penyelesaian masalah. 25. Inkuiri Dan banyak lagi kaedah yang boleh digunakan sebagai modul pengajaran dan pelajaran islam. Ada juga diantara kaedah-kaedah ini, digunakan semasa zaman Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW lagi, dan diwarisi kepada zaman khalifah sehingga la sampai ke hari ini. Ini merupakan salah satu kehebatan Islam yang mana ianya diterima dan tidak lapuk ditelan zaman. Guru haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum memasuki kelas. Ini

termasuklah strategi pengajaran yang merangkumi isi kandungan, objektif yang hendak dicapai, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian, BBM yang sesuai dan penilaian yang akan dijalankan. Satu yang perlu diingatkan ialah tentang pendidikan Islam atau penerapan nilai Islam. Ini juga harus dirancang dengan saksama. Iaitu apa yang hendak dipesan kepada pelajar, apa nasihat yang akan diberi, apa nilai yang hendak ditonjokan supaya pelajar ikut dan contohi dan sebagainya. Guru harus sedar bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam bukan sahaja untuk lulus peperiksaan, tetapi untuk menjadi seorang Islam yang beramal dengan ajaran Islam dengan cara yang betul.

Jadi, penekanannnya ialah penghayatan Islam, bukannya peperiksaan. Kalau guru mengajar terlalu terikat dengan orientasi peperiksaan, guru hanya berjaya menyampaikan ilmu Islam, tetapi gagal memberi pendidikan Islam, iaitu gagal mendidik anak-anak untuk menjadi orang Islam bagi memikul tugasnya sebagai hamba dan khalifah Allah

Teknik
Murujuk kepada pendapat Ahmad Mohd Salleh, teknik ialah apa yang kita lihat di dalam bilik darjah. Sesuatu teknik harus dilihat dalam konteks dengan kaedah yang digunakan.Umpamanya menggunakan makmal bahasa untuk mengajar bahasa arab adalah suatu teknik begitu juga membaca,menjawab dan sebagainya,yang penting ialah pemilihan mestilah berasaskan sesuatu kaedah yang berlandaskan sesuatu pendekatan pada akhirnya keberkesanan sesuatu teknik yang digunakan bergantung atas asas-asas pengkaedahan dan pendekatan yang kukuh,mantap dan boleh dipercayai. Merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung di dalam sesuatu kaedah. Teknik merangkumi aktiviti,pelaksanaan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran Teknik adalah unsur terkecil dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, ia terkandung dalam sesuatu kaedah. Ia merangkumi aktiviti, pelakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran. Teknik ialah cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran. Contohnya dalam kaedah permainan, pelbagai teknik digunakan untuk menjadikan permainan itu bermakna dan menyeronokkan. Seseorang guru mestilah pandai menggunakan teknik supaya murid lebih berminat dan timbul motivasi untuk belajar. Dalam setiap pengajaran sememangnya terdapat pelbagai cara dan teknik yang boleh digunakan, namun begitu tiada satu teknik pun yang dianggap sesuai dan dapat digunakan untuk semua keadaan atau terbaik untuk semua sesi pengajaran. Teknik yang digunakan hendaklah bergantung kepada umur dan berdasarkan kepada minat murid serta bahan pengajaran yang hendak disampaikan. Teknik pengajaran dan pembelajaran ini mempunyai beberapa objektif, antaranya ialah 1. Untuk menyampaikan bahan pengajarandengan cara yang boleh menarik minat murid-murid dan untuk mengekalkan perhatian serta mencungkil rasa ingin tahu mereka. 2. Untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif-objektif pengajaran yang dipelajari dengan mudah dan berkesan.

Teknik pengajaran bagi mata pelajaran akhlak islamiah mempunyai perbezaan dengan pengajaran agama yang lain kerana ianya lebih menumpukan kepada perbincangan dan pemahaman. Teknik yang biasa digunakan bagi pelajaran akhlak islamiah adalah seperti berikut : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Teknik bercerita Teknik berbincang Teknik penyelesaian masalah Teknik sumbangsaran Teknik tunjuk cara Teknik main peranan Teknik bersoal jawab

Setiap teknik-teknik ini punya kelemahan dan kebaikan, namun untuk memilih yang benar-benar terbaik adalah sukar untuk seseorang guru kerana minat murid adalah berbeza antara satu sama lain. Jadi untuk menjamin keberkesanan sesuatu teknik hendaklah ianya sesuai dengan isi pelajaran dan ianya mampu untuk dilaksanakan oleh murid. Selain itu keberkesanan sesuatu teknik yang digunakan juga bergantung atas asas-asas pengkaedahan dan pendekatan yang kukuh, mantap dan boleh dipercayai. Oleh yang demikian teknik pengajaran boleh ditakrifkan sebagai kemahiran guru dalam mengelola dan menjalankan langkah-langkah dalam aktiviti pengajaran. Ia menekankan kepada aspek bagaimana menggunakan sumber-sumber pengajaran serta menimbang langkah-langkah pengajaran.

Вам также может понравиться