You are on page 1of 11

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENGELASKAN JENIS MAKANAN MENGIKUT FUNGSINYA YANG BETUL MENGGUNAKAN STRATEGI YES, WE ARE.

Mohamad Azlan Bin Omar boyanbabun@gmail.com Abstrak


Penyelidikan tindakan ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran murid Tahun 2 dalam mengelaskan makanan mengikut kategori makanan yang betul menggunakan strategi Yes, we are. Kumpulan sasaran saya terdiri daripada tiga orang murid yang telah dipilih berdasarkan tinjauan yang telah saya buat. Pengumpulan data dibuat menerusi ujian pra dan pasca, nota lapangan dan soalan lisan. Hasil analisis ketiga-tiga instrumen menunjukkan peningkatan oleh ketiga-tiga subjek kajian dalam kemahiran mengelaskan makanan mengikut kategori makanan yang betul. Keputusan kajian yang dijalankan menunjukkan strategi Yes, we are terbukti efektif dalam meningkatkan kemahiran murid untuk mengelaskan makanan mengikut kategori makanan yang betul.

Zaliha binti Musa zytemys@yahoo.com

PENDAHULUAN Cikgu Azlan Di SK. Gemang, saya telah ditugaskan untuk mengajar subjek Sains iaitu di bawah tema Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2. Kelas ini terdiri daripada 21 orang murid yang berbeza latar belakang dan juga tahap kognitif. Tujuh orang daripada 21 orang murid ini masih lagi mengikuti kelas pemulihan. Masalah yang mereka hadapi ialah penguasaan kemahiran membaca dan menulis yang masih lemah. Dari apa yang saya perhatikan, kumpulan ini jugalah yang mengalami masalah dalam tema Dunia Sains dan Teknologi. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang Baru Semasa memperkenalkan tajuk Makanan, saya dapati murid-murid saya menghadapi kesukaran dalam mengelaskan makanan kepada kategori seperti yang terdapat di dalam buku sukatan iaitu makanan yang memberi tenaga, makanan yang membantu tumbesaran dan makanan yang membantu menjaga kesihatan. Pada awalnya, saya telah menggunakan kaedah kuliah untuk menerangkan topik tersebut. Saya dapati kaedah ini memang tidak bersesuaian dengan tahap pemikiran dan juga umur murid saya kerana murid-murid saya tidak dapat mengekalkan tumpuan mereka untuk jangka masa yang lama. Mereka hanya dapat menumpukan perhatian kepada apa yang saya katakan. Saya mengajar dengan mengambil kira keadaan yang paling ideal iaitu murid-murid saya dapat menerima apa yang saya ajar. Pada waktu itu, saya tidak mengambil kira yang murid-murid saya mungkin menghadapi masalah untuk memahami apa yang saya ajar. Kaedah kuliah ternyata tidak sesuai dengan murid-murid pada peringkat usia mereka iaitu lapan tahun. Saya berpendapat bahawa saya perlu menggunakan kaedah yang lebih bersesuaian dengan murid-murid Tahun 2. Saya telah memilih untuk menggunakan warna untuk dijadikan sebagai medium dalam membantu murid saya untuk mengelaskan makanan kepada kumpulan kumpulan yang telah dinyatakan iaitu makanan yang memberi tenaga, membantu tumbesaran dan juga menjaga kesihatan. Setiap kumpulan makanan ini dikaitkan dengan satu warna untuk memudahkan murid-murid saya mengingati makanan mana yang tergolong dalam kumpulan yang mana.

Walaupun begitu, saya dapati penggunaan warna kurang memberi impak kepada murid-murid saya, setelah merujuk kepada pensyarah pembimbing saya, saya telah memutuskan untuk menggunakan kaedah pengajaran secara induktif untuk tindakan kajian saya ini. Hal ini kerana, penggunaan warna dalam pengajaran saya hanya akan membantu mereka untuk menghafal kategori makanan sedangkan pengajaran secara induktif akan membantu mereka dalam membuat generalisasi sekaligus dapat meningkatkan kemahiran murid untuk mengelaskan makanan.

Isu kajian Topik makanan dan khasiatnya mengkehendaki murid untuk mengetahui dalam kategori manakah makanan tersebut berada iaitu sama ada memberi tenaga, membantu tumbesaran atau membantu menjaga kesihatan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011). Sebelum berupaya untuk mengelaskan makanan kepada kumpulan kumpulan makanan yang telah saya nyatakan tadi murid terlebih dahulu perlu mengetahui apakah khasiat makanan. Pada 10 Februari 2012, saya telah memasuki kelas tahun 2 untuk mengajar topik makanan dan khasiatnya. Pada mulanya saya beranggapan bahawa topik ini mudah untuk diajar dan tanggapan awal saya nampak seperti betul. Apabila saya menyoal murid, mereka dapat menjawab soalan saya dengan betul. Contoh soalan yang saya kemukakan sangat mudah iaitu saya hanya menanyakan satu-satu makanan tersebut sepatutnya tergolong dalam kumpulan apa. Untuk menentukan keberkesanan penyampaian P&P saya, saya telah menyediakan lembaran kerja untuk dilengkapkan oleh murid murid. Soalan soalan di dalam lembaran kerja yang saya berikan sangat ringkas di mana saya hanya memerlukan murid murid untuk mengisi petak kosong dengan kumpulan makanan bagi contoh makanan yang telah saya sediakan. Pada 2 Mac 2012, saya telah memasuki kelas tahun 2 untuk mengajar topik yang sama. Saya sengaja memilih untuk menjarakkan masa pengajaran untuk melihat sama ada murid murid saya masih ingat apa yang telah saya ajar berkaitan topik itu. Untuk sesi P&P kali ini, saya telah mencuba untuk mengaplikasikan apa yang telah saya rancang sebelumnya iaitu menggunakan warna untuk mengaitkan contoh makanan dengan kumpulan makanan yang betul. Saya perhatikan cara ini menarik minat pelajar kerana mereka tidak sahaja mendengar penerangan cikgu, tetapi turut diberi peluang untuk turut serta dalam sesi p&p. Saya turut menyediakan lembaran kerja untuk menilai ingatan murid tentang apa yang telah mereka pelajari. Setelah menyemak lembaran kerja tersebut, saya dapat mengesan tiga orang pelajar yang masih lagi tdak dapat mengelaskan makanan mengikut kumpulan makanan yang sepatutnya sedangkan murid murid lain telah menunjukkan peningkatan. Saya mula tertanya tanya apakah masalah yang mereka hadapi. Adakah pendekatan yang saya gunakan tidak sesuai dengan tahap kognitif mereka? Adakah kaedah yang saya gunakan kurang menarik minat mereka sehingga mereka tidak memberikan tumpuan? Oleh itu, saya telah nekad untuk meneroka untuk menentukan sama ada masalah ini betul betul wujud dalam kalangan murid saya. TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH Kelas tahun 2 mempunyai 21 orang murid tetapi saya telah memutuskan untuk memilih tiga orang murid sebagai subjek kajian kerana tujuh orang murid mengalami masalah pembelajaran iaitu belum menguasai kemahiran membaca dan menulis. Saya mula mengesan isu yang dihadapi oleh murid saya semasa menyemak latihan di dalam buku aktiviti mereka. Latihan ini telah mereka lakukan sebelum saya mengambil alih kelas mereka. Saya dapati terdapat murid-murid yang tidak berupaya untuk mengelaskan makanan kepada kategori makanan yang betul. Setelah mengesan isu tersebut, langkah pertama yang saya ambil untuk mengesahkan lagi kewujudan isu tersebut di dalam kelas saya adalah dengan memberikan lembaran kerja (Lampiran 1) kepada kelas Tahun 2 pada 10.02.2012. Tujuan lembaran kerja tersebut adalah untuk mengesan sama ada murid-murid saya mampu untuk mengelaskan jenis makanan mengikut kategori makanan yang betul. Saya tidak mengambil kira data yang telah diperoleh dari murid-murid kelas pemulihan atas beberapa sebab. Pertama, mereka tidak dapat menulis dengan baik menyebabkan mereka menyalin sahaja apa yang mereka lihat pada lembaran kerja yang saya berikan. Kedua, dua daripada mereka hanya meniru jawapan rakan sekelas yang lain. Ketiga, ada juga yang menyuruh rakan mereka untuk menulis jawapan bagi mereka. Jadi, saya telah memutuskan untuk mengenepikan mereka daripada menjadi subjek kajian saya. Pada masa yang sama, saya turut bertanyakan lima orang murid secara rawak soalan-soalan yang berkaitan dengan topik makanan dan khasiatnya. Semasa saya menyoal mereka di dalam kelas:

Mereka dapat memberikan jawapan yang betul apabila saya meminta mereka untuk mengelaskan makanan kepada kategori seperti memberi tenaga, membantu tumbesaran dan menjaga kesihatan (Nota Lapangan, 10/02/2012)
Walaupun dapat menjawab soalan, tetapi apabila menyemak lembaran kerja yang telah mereka siapkan, saya dapati empat daripada 14 orang murid saya iaitu Maxlin, Nurmala, Julius dan Alvin menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan dengan betul. Jadual 1 menunjukkan skor yang diperoleh oleh 14 orang murid saya untuk lembaran kerja yang telah saya berikan pada hari tersebut. Murid-murid yang mendapat skor 4/6 dan ke atas dikelaskan sebagai lulus. Murid-murid yang mendapat kurang daripada skor tersebut pula saya masukkan ke dalam kumpulan pemerhatian. Berdasarkan keputusan yang diperoleh, saya telah mengambil keputusan untuk menggugurkan 10 orang daripada kajian saya kerana mereka jelas sudah dapat mengelaskan makanan mengikut kategorinya yang betul. Bagi Alvin pula, saya turut menggugurkan dia daripada kajian kerana masih lagi menunjukkan ciri-ciri murid kelas pemulihan seperti kesukaran mengeja, membaca dan juga menulis.

Beberapa orang murid kelihatan sukar untuk menjawab soalan-soalan di mana mereka perlu mengelaskan makanan kepada kategori yang betul di dalam lembaran kerja yang saya berikan (Nota Lapangan, 10/02/2012) Jadual 1 :
Makanan dan kategorinya serta skor murid

Skor 1/6 2/6 4/6 5/6 6/6 Jumlah

Bilangan murid 3 1 1 2 7 14

Nama murid Maxlin, Julius, Alvin Nurmala Loretha Emylia, Clarissa Anjeli, Julian, Floxy, Mia, Wilfred, Felicitas, Claudia

Apabila saya menyoal Julius mengapa dia mengelaskan ayam di bawah memberi tenaga Di rumah bila saya lapar cikgu, kalau makan ayam terus saya rasa bertenaga, boleh lari -lari. Sebab itu saya jawab ayam itu memberi tenaga (Nota Lapangan, 10/02/2012)

Jadual 2 pula menunjukkan jawapan yang diberi oleh ketiga-tiga murid yang mendapat skor 3/6 dan ke bawah

Jadual 2 :
Makanan dan kategorinya mengikut jawapan yang diberikan oleh tiga orang murid yang mendapat skor 3/6 dan ke bawah Soalan 3(telur) 4 Membantu (kangkung) tumbesaran Menjaga kesihatan X X / Membantu Memberi tumbesaran tenaga X X X Nasi Telur Ayam 2(roti) Memberi tenaga / X Membantu tumbesaran

Nama

1 (nasi) Memberi tenaga X Menjaga kesihatan /

5(ayam) 6(epal) Membantu Menjaga tumbesaran kesihatan X Memberi tenaga X Apel X Menjaga kesihatan X Membantu tumbesaran X Memberi tenaga X Memberi tenaga

Julius Maxlin Nurmala

X Menjaga kesihatan Nota : x ( jawapan salah yang diberikan murid ) /

Daripada jadual 2, dapat dilihat jawapan ketiga-tiga subjek salah dalam mengelaskan epal kepada kategori makanannya yang betul iaitu makanan menjaga kesihatan. Nurmala dan Maxlin telah mengelaskan epal sebagai makanan memberi tenaga manakala Julius pula mengelaskan epal di bawah kategori makanan membantu tumbesaran. Daripada jadual 2 juga dapat dilihat, bagi soalan 3 dan 5, ketiga-tiga subjek kajian tidak dapat mengelaskan makanan tersebut kepada kategorinya yang betul iaitu makanan membantu tumbesaran. Selain itu, kesemua tiga pelajar tidak dapat mengelaskan makanan pada soalan 6 (epal) kepada kategorinya yang betul iaitu makanan menjaga kesihatan. Julius dan Maxlin hanya dapat menjawab satu soalan dengan betul iaitu soalan 4 bagi Julius dan soalan 1 bagi Maxlin. Bagi Maxlin, semua soalan lain tidak dijawab mengikut pilihan jawapan yang saya telah sediakan. Pada 02.03.2012, saya telah memberikan satu lagi lembaran kerja (Lampiran 2) untuk meningkatkan kesahan penemuan saya. Jadual 3 menunjukkan skor murid-murid untuk lembaran kerja kedua yang saya edarkan.

Jadual 3:
Makanan dan kategorinya serta skor murid

Skor 1/5 2/5 3/5 4/5 5/5

Julius, Alvin Nurmala, Maxlin Felicitas Emylia, Clarissa, Mia, Wilfred, Julian, Claudia, Floxy, Anjeli Loretha tidak hadir pada hari tersebut.
Berdasarkan Jadual 3, jelas bahawa murid-murid yang mendapat skor rendah semasa kali pertama saya memberi lembaran kerja dahulu iaitu Julius, Maxlin dan Nurmala masih gagal untuk mengelaskan makanan mengikut kategorinya yang betul. Julius hanya mendapat skor 2/5 manakala Nurmala dan Maxlin masing-

Bilangan murid 0 2 2 1 8

Nama murid
-

masing mendapat skor 3/5. Saya memilih untuk menggunakan contoh makanan yang sama bagi lembaran kerja kedua ini. Saya hanya mengubah bentuk soalan. Jika dahulu lembaran kerja saya berbentuk isi tempat kosong, untuk lembaran kerja kedua ini, saya menggunakan soalan berbentuk padanan. Cara ini dapat membantu saya untuk mengesan sejauh mana murid saya dapat mengelaskan makanan dan kategorinya yang betul.

Jadual 4:
Makanan dan kategorinya mengikut jawapan yang diberikan oleh tiga orang murid yang mendapat skor 3/5 dan ke bawah Soalan 3(ayam) Membantu tumbesaran X Memberi tenaga /

Nama Julius Maxlin

1 (roti) Memberi tenaga X Membantu tumbesaran /

2(kangkung) Menjaga kesihatan /

Nurmala /

X Membantu tumbesaran

X Menjaga kesihatan

4 (telur) Membantu tumbesaran X Tiada jawapan X Memberi tenaga /

5(nasi) Memberi tenaga /

X Membantu tumbesaran /

Daripada jadual 4, Nurmala dan Julius menjawab salah bagi soalan 3 iaitu mengelaskan ayam kepada kategori makanannya yang betul. Ayam tergolong di dalam kategori makanan membantu tumbesaran tetapi Nurmala menjawab menjaga kesihatan manakala Julius menjawab memberi tenaga. Maxlin pula menjawab soalan 3 dengan betul tetapi menjawab soalan 5 dengan salah iaitu nasi yang sepatutnya dikategorikan sebagai makanan memberi tenaga tetapi, Maxlin menjawab makanan membantu tumbesaran. Untuk soalan 4 pula, Julius dan Maxlin telah memberikan jawapan yang salah. Telur sepatutnya dikelaskan di bawan membantu tumbesaran tetapi Maxlin telah menjawab member tenaga manakala Julius pula tidak memberikan jawapan. Julius juga telah menjawab soalan satu dengan salah. Contoh makanan yang diberikan pada soalan satu adalah roti dan sepatutnya dikelaskan di bawah member tenaga, tetapi Julius telah menjawab membantu tumbesaran. Data dalam Jadual 4 telah disokong oleh nota lapangan saya, apa yang dapat saya perhatikan, masih terdapat murid (Maxlin) yang masih menghadapi masalah untuk mengelaskan makanan (nasi dipadankan dengan membantu tumbesaran adalah salah, sepatutnya memberi tenaga) (dipetik dari refleksi p&p 02.03.2012) Objektif kajian Objektif kajian tindakan saya ialah untuk meningkatkan kemahiran murid mengelaskan jenis makanan mengikut kategori yang betul iaitu makanan memberi tenaga, membantu tumbesaran dan menjaga kesihatan menggunakan strategi Yes, we are. KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran saya adalah tiga orang murid dari Tahun 2. Mereka ialah Nurmala, Julius dan Maxlin. Ketiga - tiga mereka sudah boleh membaca dan menulis walaupun agak perlahan jika dibandingkan dengan rakan sekelas yang lain. Apa yang menarik mengenai kumpulan sasaran ini ialah kesediaan mereka untuk terlibat dalam perbincangan kelas yang saya adakan. Mereka juga suka untuk menjawab soalan-soalan yang saya berikan walaupun kadang kala jawapan mereka tidak kena mengena dengan soalan. Mereka juga akan menyiapkan lembaran kerja yang saya edarkan.

STRATEGI Strategi yang digunakan Yes we are merupakan strategi yang dirangka berdasarkan pengajaran secara induktif. Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat -maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Dalam penggunaan kaedah induktif ini, guru akan memulakan pengajarannya dengan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Berdasarkan kepada contoh-contoh yang diberikan, murid-murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan. (Mok Soon Sang, 2010, m.s.285) Secara ringkasnya, pendekatan induktif memerlukan murid-murid untuk mengetahui contoh-contoh spesifik bagi membolehkan mereka untuk membuat generalisasi. Terdapat beberapa jenis pendekatan induktif yang boleh digunakan, tetapi saya telah memilih untuk membimbing murid saya membuat generalisasi daripada contoh-contoh khusus yang telah saya berikan. Dengan cara ini, murid-murid saya akan dapat membina kefahaman sendiri dan membantu mereka untuk menguasai kemahiran mengelaskan makanan mengikut kategorinya yang betul. Hilda Taba (1971) turut menyatakan yang murid-murid membuat generalisasi hanya setelah data atau maklumat disusun. Oleh itu, penting untuk saya memberikan contoh spesifik yang dapat subjek kajian kaitkan antara satu sama lain supaya mereka dapat mencari persamaan atau ciri sepunya contoh-contoh tersebut sebelum mereka dapat membuat generalisasi berhubung dengan makanan tersebut. Langkah-langkah Pelaksanaan Tindakan Saya telah memilih tiga pendekatan dalam usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh subjek kajian. Ketiga-tiga langkah adalah seperti berikut: 1. Memberikan gambar contoh-contoh makanan kepada murid. 2. Menyuruh murid-murid mengelaskan gambar tersebut mengikut ciri sepunya. 3. Membimbing murid-murid untuk mengelaskan contoh-contoh makanan kepada kategori yang betul berdasarkan ciri sepunya. Dalam melaksanakan ketiga-tiga langkah ini, saya telah mengambil makanan yang biasa didapati setiap hari. Saya berpendapat dengan menggunakan contoh-contoh yang mereka sudah biasa akan membantu mereka untuk lebih memahami konsep kategori makanan yang betul dan seterusnya mengaitkannya dengan contoh makanan lain yang mempunyai ciri-ciri yang hampir serupa dengan contoh makanan yang saya beri pada mulanya. Berikut merupakan penjelasan bagi setiap langkah yang terlibat dalam pelaksanaan strategi tindakan yang saya laksanakan:

Memberikan gambar contoh-contoh makanan kepada murid. Menyuruh murid-murid mengelaskan makanan mengikut ciri sepunya. Membimbing murid untuk mengelaskan contoh-contoh makanan kepada kategori yang betul berdasarkan ciri sepunya.
Rajah 3: Pelan perlaksanaan strategi bagi intervensi yang telah dilaksanakan

Memberikan gambar contoh-contoh makanan kepada murid. Pengajaran semula keseluruhan topik kepada seluruh kelas tidak wajar dijalankan kerana subjek kajian saya hanya terdiri daripada tiga orang. Oleh itu, saya telah mengadakan perjumpaan selama 30 minit selepas tamat waktu sekolah. Saya telah mengdakan perjumpaan sebegini sekurang-kurangnya sekali seminggu. Sebagai permulaan, saya telah menunjukkan gambar-gambar makanan kepada murid-murid. Gambar-gambar ditunjukkan satu demi satu bagi menarik minat murid-murid. Gambar yang ditunjukkan terdiri daripada gambar sayur-sayuran dan buah-buahan, produk tenusu iaitu susu, hasil ladang seperti daging lembu dan juga hasil laut seperti ikan. Saya sengaja menggunakan gambar ini sahaja tanpa meletakkan distraktor seperti gambar gula-gula bagi mengelakkan subjek kajian daripada menjadi keliru sekaligus mengelakkan Kemudian, saya meminta murid untuk menamakan makanan di dalam gambar tersebut. Hal ini bertujuan untuk memastikan yang murid-murid saya sudah mempunyai pengetahuan sedia ada tentang makanan. Menyuruh murid-murid mengelaskan makanan mengikut ciri sepunya. Selepas aktiviti tersebut, saya telah menyuruh mereka untuk mengelaskan contoh makanan yang telah diberikan mengikut ciri sepunya. Murid-murid mengelaskan makanan mengikut ciri sepunya dengan menggunting gambar-gambar tersebut dan melekatkan gambar-gambar tersebut pada sekeping kertas yang telah mereka bahagikan kepada tiga. Saya juga menyoal mereka mengapa mereka mengumpulkan gambar tersebut dalam kumpulan yang sama. Membimbing murid untuk mengelaskan contoh-contoh makanan kepada kategori yang betul berdasarkan ciri sepunya. Mok Soon Sang (2010) menyatakan, guru tidak harus memberi keterangan atau menghuraikan isi pelajaran yang berkaitan dengan kesimpulan. Sebaliknya, murid-murid haruslah dibimbing oleh guru untuk membuat kesimpulan mereka sendiri berdasarkan contoh yang telah diberi. Oleh itu, pada peringkat ketiga ini, saya telah membimbing mereka untuk mencari persamaan di antara gambar-gambar tersebut dan seterusnya membuat kesimpulan tentang sifat dan juga ciri makanan tersebut supaya dapat mereka kelaskan mengikut kategori makanan yang betul. Dalam menjalankan kajian tindakan ini, saya akan menggunakan tiga instrumen khusus tujuan pengumpulan data. Instrumen-instrumen ini merupakan : 1. Ujian Pra dan Ujian Pasca 2. Nota lapangan 3. Soalan Lisan Ujian Pra dan Ujian Pasca Ujian pra dan ujian pasca merupakan satu set soalan untuk menentukan sama ada sama ada subjek kajian boleh mengelaskan makanan mengikut kategori makanan yang betul. Ujian Pra memerlukan subjek kajian untuk mengelaskan 15 jenis makanan kepada tiga kategori yang betul. Ujian Pasca juga menggunakan set soalan yang sama. Skor yang diperoleh subjek kajian pada Ujian Pasca akan dijadualkan dan seterusnya dibandingkan dengan skor yang diperoleh subjek kajian pada Ujian Pasca. Perbandingan skor kedua-dua ujian tersebut bertujuan untuk melihat sama ada terdapat peningkatan kemampuan murid sebelum strategi dilaksanankan dan selepas strategi dilaksanakan. Nota Kajian Lapangan Semasa proses implimentasi strategi ini, saya telah membuat catatan untuk nota kajian lapangan. Catatan ini bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan serta kekurangan dalam perlaksanaan strategi tersebut supaya saya dapat memperbaiki strategi ini. Soalan Lisan Saya juga telah mengemukan soalan secara lisan untuk melihat sejauh mana subjek kajian dapat menyatakan dengan tepat kategori makanan bagi contoh-contoh makanan yang akan saya berikan. Ujian Lisan ini juga akan dijalankan untuk menyokong serta mengesahkan dapatan yang saya peroleh sepanjang strategi dijalankan. Setiap temubual yang saya adakan akan direkodkan dan seterusnya ditranskripkan bagi

memudahkan saya untuk membuat analisis. Saya akan meneliti keputusan Ujian Lisan tersebut untuk melihat perbezaan pada respon pelajar sebelum dan selepas saya melaksanakan strategi ke atas subjek kajian. Semasa menjalani praktikum fasa kedua di Sk. Gemang, saya telah diberikan tugas untuk mengajar Dunia Sains dan Teknologi tahun 2. Dalam mengajar topik makanan dan khasiatnya, saya telah mengesan terdapat tiga daripada murid saya yang menghadapi kesukaran dalam mengelaskan makanan mengikut kategori makanan yang betul. Oleh itu, saya telah mengambil keputusan untuk menjalankan kajian tindakan saya berasaskan isu ni dengna menjadikan ketiga orang murid tadi sebagai subjek kajian saya. Ketiga-tiga subjek merupakan murid yang sudah menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Saya mengesan wujudnya isu ini semasa memasuki kelas pada 10.02.2012 dalam P&P yang menyentuh tentang topik makanan dan khasiatnya. Pada mulanya saya beranggapan topik ini mudah untuk diajar. Tetapi semasa menyemak lembaran kerja, barulah saya dapati terdapat murid yang tidak dapat menguasai topik tersebut. Untuk mengukuhkan lagi penemuan tersebut, saya telah memasuki kelas sekali lagi pada 02.03.2012 untuk mengajar topik yang sama. Saya dapati ketiga-tiga murid yang telah saya perhatikan sebelum ini masih juga tidak dapat menunjukkan penguasaan yang memuaskan untuk topik makanan dan khasiatnya. Saya turut mengadakan temubual bersama ketiga orang murid tersebut untuk menilai sejauh mana keseriusan masalah mereka dalam topik ini. Temu bual tersebut ternyata menunjukkan yang ketiga-tiga mereka sememangnya harus menerima bantuan intervensi untuk membantu mereka dalam topik itu. Oleh itu, saya telah merangka serta melaksanakan strategi yang berlandaskan pengajaran secara induktif ke atas subjek kajian saya bagi meningkatkan kemahiran mereka untuk mengelaskan makanan mengikut kategori makanan yang betul. Strategi ini saya namakan Yes we are. Peningkatan Kemahiran Murid Mengelaskan Makanan Mengikut Kategori yang Betul. Langkah awal yang saya ambil dalam penyelidikan tindakan saya adalah dengan memberi Ujian Pra kepada subjek kajian saya sebelum melaksanakan intervensi. Saya juga memberikan Soalan Lisan kepada subjek kajian untuk mengukuhkan lagi dapatan saya. Selain itu, saya juga membuat catatan nota lapangan bagi memudahkan saya melihat sejauh mana keberkesanan intervensi yang saya laksanakan. Intervensi yang saya rangka telah saya jalankan sehari setiap minggu selama empat minggu pada tarikh 4, 11, 18 dan 25 April 2012. Setiap sesi pula mengambil masa selama setengah jam. Setelah meneliti data yang diperoleh daripada instrumen itu tadi, saya dapati ketiga-tiga subjek kajian menunjukkan peningkatan dalam penguasaan kemahiran mengelaskan makanan mengikut kategori yang betul. Peningkatan dalam penguasaan dapat diperhatikan daripada peningkatan peratus markah Ujian Pra dan Ujian Pasca. Jadual 6 : Keputusan Ujian Pra dan Pasca bagi Subjek Kajian

No 1 2 3

Ujian Pra Pasca Markah Peratus % Markah Peratus % Julius 5/15 33 12/15 80 Maxlin 5/15 33 13/15 87 Nurmala 3/15 20 10/15 67 Nama

Kenaikan % 47 54 47

Daripada jadual di atas, jelas sekali sebelum intervensi dilaksanakan, ketiga-tiga subjek tidak mampu untuk menjawab soalan dengan baik malah tidak mencapai markah 50%. Hal ini menunjukkan penguasaan mereka yang lemah ke atas topik makanan dan khasiatnya. Walau bagaimanapun, markah mereka untuk Ujian Pasca amat memberansangkan dengan ketiga-tiga menunjukkan peningkatan secara purata 50%. Walaupun tiada seorang pun yang mendapat markah penuh bagi Ujian Pasca tersebut, peningkatan secara purata sebanyak

50% dalam markah ujian mereka jelas menunjukkan mereka sudah dapat menguasai kemahiran mengelaskan makanan berdasarkan ciri sepunya contoh-contoh makanan yang diberikan. Selain itu, saya telah menjalankan Ujian Lisan sebelum dan juga selepas intervensi dijalankan. Ujian Lisan yang telah saya sediakan mengandungi soalan-soalan mudah sahaja di mana subjek kajian hanya dikehendaki untuk menyatakan kategori makanan bagi setiap contoh makanan yang saya telah nyatakan. Jadual 7 : Respon subjek terhadap soalan lisan sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan

Soalan Lisan Nama Julius Contoh Epal Nasi Telur Epal Nasi Telur Epal Nasi Telur Pra Kategori (jawapan subjek) Tumbesaran Tenaga Tumbesaran Tumbesaran Tumbesaran Kesihatan Tumbesaran Tenaga Tenaga
Betul atau Salah Salah Betul Betul Salah Salah Salah Salah Betul Salah

Contoh Epal Nasi Telur Epal Nasi Telur Epal Nasi Telur

Pasca Kategori (jawapan subjek) Kesihatan Tenaga Tumbesaran Kesihatan Tumbesaran Tumbesaran Kesihatan Tenaga Tumbesaran

Betul atau Salah Betul Betul Betul Betul Salah Betul Betul Betul Betul

Maxlin

Nurmala

Jadual menunjukkan selepas intervensi, Julius dan Nurmala berjaya menjawab kesemua soalan lisan dengan betul manakala Maxlin pula berjaya menjawab dua daripada tiga soalan dengan betul. Ini menunjukkan peningkatan oleh ketiga-tiga subjek di mana sebelum intervensi Julius berjaya menjawab dua soalan dengan betul, Nurmala hanya berjaya menjawab satu soalan dengan betul manakala Maxlin tidak berjaya menjawab satu soalan pun dengan betul. Peningkatan dalam jumlah soalan lisan yang berjaya dijawab dengan betul ditambah dengan hasil analisis Ujian Pra dan Pasca menunjukkan strategi yang saya rangka sememangnya berupaya meningkatkan kemahiran murid-murid untuk mengelaskan makanan mengikut kategori yang betul. Menerusi catatan yang telah saya buat untuk nota lapangan, saya telah melihat perubahan dalam kesediaan subjek kajian untuk menguasai topik yang dipelajari sepanjang proses intervensi berlangsung.

Jadual 8 : Jadual analisis nota lapangan sepanjang intervensi dilaksanakan Perkara Pelaksanaan Intervensi 1 2 3 4
X / /

Catatan
Murid menghadapi kesukaran untuk berbuat demikian pada asalnya tetapi kemudiannya mampu untuk mengelaskan makanan mengikut ciri sepunya Subjek menunjukkan minat dalam membincangkan ciri sepunya makanan bersama guru. Keiga-tiga subjek sudah menunjukkan mereka mampu mengelaskan makanan tanpa bantuan guru

1. Murid mengelaskan contoh X makanan mengikut ciri sepunya

2. Murid bersama dengan guru X membincangkan ciri sepunya yang terdapat pada makanan. 3. Murid berupaya mengelaskan X makanan mengikut kategori yang betul tanpa bimbingan guru

Daripada jadual, dapat dilihat subjek kajian mula menunjukkan kefahaman tentang topik bermula dari minggu ketiga perlaksanaan intervensi dan pada minggu keempat sudah mampu untuk mengelaskan makanan mengikut kategori makanan yang betul tanpa sebarang bantuan daripada saya. Hal ini menunjukkan peningkatan daripada minggu pertama intervensi di mana mereka masih lagi menghadapi kesukaran mengelaskan makanan mengikut ciri sepunya sekaligus menghalang mereka untuk mengelaskan makanan mengikut kumpulan makanan yang betul. REFLEKSI Perlaksanaan Kajian Tindakan ini telah mengajar saya banyak perkara. Perkara-perkara yang sebelum ini tidak pernah saya impikan dapat dipelajari. Kajian Tindakan ini telah membuka mata serta minda saya akan kekurangan saya yang baharu sahaja ingin menceburi profesion keguruan ini. Apa yang ingin saya maksudkan di sini adalah bagaimana saya sebagai seorang guru harus bersikap terbuka dalam menerima kekurangan cara kita dalam usaha kita untuk membantu murid-murid kita. Kepentingan murid-murid haruslah diberikan keutamaan termasuklah mengaku kekurangan kita sendiri. Dapatlah dikatakan yang Kajian Tindakan ini telah menjadikan saya seorang yang berfikiran rasional dan lebih terbuka dalam menerima kritikan orang lain selagi kritikan itu membawa kesan positif kepada pengajaran kita dan boleh dimanfaatkan untuk kebaikan murid-murid kita. Dari segi akademikya, Kajian Tindakan telah mengajar saya bagaimana hendak melakukan kajian dengan betul, terutama sekali dari segi perlaksanaan dan juga dalam proses pengumpulan data. Sebelum ini, saya hanya belajar menerusi apa yang tertulis di dalam buku dan tidak berpeluang untuk mempraktikkannya di dunia sebenar. Oleh itu, saya tidak tahu apakah apa yang saya belajar selama ini mempunyai sebarang kepentingan untuk perkembangan profesionalisme saya sebagai bakal guru. Namun, setelah berpeluang mempraktikkan di dunia sebenar, saya dapati, apa yang saya jalankan ini walaupun di mata sesetengah pihak hanyalah kecil dan tidak membawa sebarang signifikan kepada sesiapa merupakan satu asas bagi saya untuk menyediakan diri saya menghadapi isu-isu yang berkemungkinan wujud di sekolah saya bakal ditempatkan kelak. Ini juga merupakan satu langkah penting bagi saya untuk memperkasakan diri dengan ilmu-ilmu yang berkaitan untuk menghadapi profesion keguruan yang kita sudah sedia maklum amat mencabar. Bebanan kerja ditambah pula dengan isu-isu sebegini haruslah dihadapi dengan sempurna bagi mengelakkan guru daripada memilih untuk mengambil tindakan yang salah yang akhirnya bukan sekadar menjejaskan kepentingan murid bahkan juga mencalarkan nama baik guru itu sendiri. Memandangkan hanya saya sahaja yang membuat Kajian Tindakan yang menyentuh topik Tahun 2, saya tidak dapat mengatakan dengan pasti adakah isu yang saya pilih ini berlaku di sekolah-sekolah lain. Tetapi, saya boleh katakan jika isu ini timbul di mana-mana sekolah kelak, sekurang-kurangnya saya sudah mempunyai pengetahuan asas bagaimana untuk menangani isu ini dengan cara yang paling sesuai. Saya juga menyedari betapa pentingnya bagi seorang guru untuk membuat penilaian ke atas setiap tindakan yang dilakukan. Penilaian berterusan perlulah dilakukan dari masa ke masa bagi memastikan setiap tindakan kita itu relevan dengan keadaan masa dan bukan sekadar membazir tenaga, masa serta wang sahaja tanpa menampakkan sebarang hasil yang boleh dimanfaatkan sebarang pihak. Saya juga belajar yang kita boleh mencari lebih daripada satu jalan penyelesaian. Sebagai contoh, saya membimbing subjek kajian untuk membuat generalisasi daripada contoh-contoh yang diberikan. Tetapi, satu lagi cara adalah dengan mengelaskan contoh yang tidak mempunyai ciri sepunya dengan contoh lain yang diberikan. Cara ini melatih kita untuk menjadi lebih peka terhadap sebarang kejanggalan yang mungkin timbul dalam satu kumpulan contoh yang telah disediakan (Dr. John Langrehr, 2003). Saya berasa cukup bersyukur kerana telah diberi kesempatan untuk menjalankan Kajian Tindakan yang mana telah menjadikan saya seorang yang lebih bersedia untuk menempuh hidup sebagai seorang guru. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Sememangnya wujud kepincangan dalam perlaksanaan Kajian Tindakan saya ini. Akan tetapi, kelemahankelemahan ini boleh diatasi bagi memantapkan lagi kajian yang akan dibuat pada masa akan datang. Pertama sekali, saya menyedari kekurangan tinjauan literatur di dalam penulisan saya. Harus diingat, tinjauan literatur bukan sekadar berfungsi untuk mengukuhkan hujah sahaja tetapi juga berfungsi

memberikan satu platform kepada seorang penyelidik untuk merujuk sekiranya menemui sebarang jalan buntu kerana bahan-bahan literatur ini merupakan hasil kajian penyelidik terdahulu. Namun, kita harus bijak memilih bahan literatur kerana bukan semua bahan literatur relevan dengan situasi semasa. Seterusnya, untuk melaksanakan Kajian Tindakan ini di masa yang akan datang, bagi menunjukkan gambaran yang lebih menyeluruh, saya akan memperbanyakkan contoh-contoh makanan bagi membolehkan murid-murid membuat generalisasi yang lebih tepat tentang ciri sepunya makanan sekaligus membolehkan mereka untuk mengelaskan makanan mengikut kategori yang betul. Hal ini kerana, antara kesilapan umum yang sering dibuat semasa membuat generalisasi adalah membuat satu generalisasi berdasarkan bilangan contoh yang kecil sahaja (Poh Swee Hiang, 2005). Selain itu, saya seharusnya membuat tinjauan masalah yang lebih menyeluruh. Dengan cara ini barulah saya kan dapat untuk meneliti apakah isu sebenar yang wujud dalam pengajaran sesuatu topik. Membuat tinjauan masalah yang kurang menyeluruh hanya akan membuatkan seorang penyelidik itu lebih cenderung untuk membuat tanggapan sahaja daripada mencari apakah isu sebenar. Oleh itu, pada masa akan datang, saya akan menghalusi lagi tinjauan masalah agar saya tidak membuat tanggapan secara membuta tuli tanpa mengetahui apakah isu sebenar yang berlaku dalam kelas tersebut. Akhir sekali, pengumpulan data yang dilakukan haruslah lebih sistematik supaya sebarang kesangsian ke atas data yang kita peroleh dapat dihapuskan. Hal ini amat penting bagi memastikan kesahihan setiap data kita tidak dipersoalkan dan dapat mengukuhkan lagi dapatan kita. Oleh itu, di masa akan datang, saya akan memastikan setiap data yang yang saya diperoleh akan direkod dengan sistematik dan teliti agar dapat ditriangulasi dengan sempurna bagi mengukuhkan lagi dapatan saya.

Rujukan

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2011). Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia Langrehr, J. (2003). Teaching Children Thinking Skills. Kuala Lumpur: TC Publishing Sdn. Bhd. Md. Arris bin Haji Abu Yamin, Suwaibatullaslamiah binti Jalaludin, Alias bin Puteh (2011). Dunia Sains Dan Teknologi Tahun Dua, Sekolah Kebangsaan: Buku Teks. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Mok Soon Sang. (2010). Psikologi Pendikan dan Pedagogi: Murid dan Alam Belajar. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Steenari, V. V. (2002). Visuospatial and Color Working Memory in Normal School-Aged Children as Revealed by Functional Magnetic Resonance Imaging. Helsinki: Proc. Intl. Soc. Mag. Reson. Poh Swee Hiang. (2005). Kemahiran Berfikir: Kurikulum Kursus Persediaan Program Sarjana Muda Pendidikan. SUbang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Taba, H., Durkin, M. C., Fraenkel, J. R., & NcNaughton, A. H. (1971). A teacher's handbook to elementary social studies: An inductive approach (2nd ed.). Reading: Addison-Wesley