Вы находитесь на странице: 1из 10

ULASAN UJIAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGENEGARAAN Satu ujian telah dijalankan bagi subjek pendidikan sivik dan

kewargenegaraan yang merangkumi 2 tema terawal iaitu tema sayangi diri dan juga tema sayangi keluarga, solan telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A iaitu soalan berbentuk Objektif dan bahagian B yang berbentuk subjektif. Seramai 5 orang pelajar dari kelas empat Intan telah dipilih secara rawak untuk menjawab soalan ini. Didalam bahagian A terdapat empat pilihan jawapan iaitu A, B , C, dan D yang telah disediakan dan pelajar dikehendakai untuk membulatkan atau menanda jawapan yang betul Bahagian A 1 . Kekuatan diri terdiri daripada berikut, kecuali A) jujur B) pandai C) peramah D) bercakap bohong Untuk soalan yang pertama hanya seorang pelajar daripada 5 orang berjaya menjawab dengan betul, ini kerana, murid tidak faham dengan soalan dimana diletakkan perkataan kecuali oleh itu murid keliru dan telah memilih jawapan yang salah

2. Apakah yang kamu faham dengan memajukan diri? A) Belajar selama 18 jam sehari. B )Tidak memberi tumpuan ketika guru mengajar. C) Mengembangkan diri dalam bidang yang diceburi. D) Hanya belajar menjelang hari peperiksaan. Soalan ini hanya seorang pelajar yang berjaya menjawab dengan betul kerana soalan ini mempunyai jawapan yang mengelirukan pelajar 3 . Jika mengalami kegagalan, kita tidak harus putus asa. Sikap begini menunjukkan kita seorang yang

A) rajin B) tabah C) malas D) Berkeyakinan Pada soalan kali ini terdapat 2 orang pelajar yang mendapat jawapan yang betul, soalan ini mempunyai soaln aras kesukaran yang sederhana, oleh kerana pelajar yang menjawab soalan ini adalah dari kelas tercorot, mereka masih belum dapat memahami soalan.

4.Soalan berikut berdasarkan pernyataan di bawah. Malik sering gagal dalam peperiksaan. Dia berusaha memperbaiki diri. Dia menumpukan perhatian dalam kelas ketika guru mengajar dan bertanya manamana bahagian yang tidak difahami. Dia juga rajin mengulang kaji dan membuat rujukan di perpustakaan. Akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan. Apakah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan sikap Malik ini? A) Air dicincang takkan putus B) Mencurah air di daun keladi C) Rajin dan usaha tangga kejayaan D) Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit Soalan ini hanya 2 orang pelajar yang berjaya menjawab dengan betul, ini kerana pelajar mungkin apa yang soalan inginkan tetapi tidak berapa faham maksud peribahasa yang diberikan

5 . Robert pandai mengurus diri ketika hendak ke sekolah. Dia akan mandi sebelum ke sekolah. Rambutnya disisir rapi. Sikap seperti ini menunjukkan dia seorang yang A ) rajin B ) bijak C ) berdikari D ) bermegah-megah

Soalan ini, 3 orang pelajar berjaya menjawab dengan betul, ini kerana mereka telah belajar topik ini dan sudah dapat membezakan maksud jawapan yang disediakan

6. Pilih usaha memperbaiki kelemahan diri yang betul. I Sering mengantuk di dalam kelas rajin bersenam dan tidur awal. II Tulisan buruk dan sukar dibaca sering berlatih menulis pada setiap hari. III Badan berbau busuk kerap menukar baju. IV Keputusan peperiksaan kurang memuaskan duduk berborak dengan rakan-rakan. A ) I dan II B ) II dan III C ) III dan IV D ) I dan IV Soaln ini hanya 2 orang pelajar yang berjaya menjawab dengan betul, ini kerana bentuk soalan ini yang masih baru kepada pelajar dimana pelajar perlu mencari beberapa jawapan yang betul dan ini megelirukan pelajar.

7. Contoh menjaga kebersihan diri ialah seperti berikut kecuali ? A ) Menggosok gigi B ) Menyikat rambut C ) Berpakaian kotor D ) memotong kuku yang panjang Soalan ini tiada seorang pelajar pun yang berjaya menjawab dengan betul, ini kerana seperti soalan yang pertma, soalan ini mempunyai perkataan kecuali dan murid masih belum faham apa maksud perkataan kecuali.

8. Ayah dan ibu kepada ibu dan bapa kamu dipanggil sebagai? A ) kakak dan abang

B ) Pakcik dan Makcik C) Paklong dan Maklong D ) Datuk dan nenek Soalan ini juga tiada pelajar yang berjaya menjawab dengan betul, murid mungkin masih belum diajar oleh guru berkaitan dengan topik ini.

9. Bagaimanakah cara untuk membantu ahli keluarga yang mengelamai keadaan seperti di atas? A ) Melawatnya B ) Mentertawakannya C ) Mengajaknya bermain D ) meminta pertolongan darinya Semua pelajar berjayaa menjawab soalan ini dengan betul,ini kerana aras kesukaran bagi jsoalan ini adalah rendah dan selain itu juga dengan adanya gambar, ia memudahkan lagi pelajar.

10. Mengapakah kebersihan dan keceriaan rumah perlu dijaga? A ) Supaya tidak dimasuki pencuri B ) Dapat berlagak dengan jiran sebelah C ) Selesa dan menarik D ) Mendapat pujian Soalan ini hanya terdapat 2 orang pelajar yang berjaya menjawab dengan betul, ini kerana jawapan yang disediakan adalah terlalu fleksibel, dan menyukarkan pelajar untuk memilih jawpan yang paling tepat.

11. Gambar diatas menunjukkan perlakuan. A ) Menghormati B ) Bersikap kurang ajar C ) Undang-undang D ) Membuli Soalan ini berjaya dijawab oleh hamper semua pelajar iaitu seramai empat orang pelajar berjaya menjawab dengan betul, soalan ini juga mempunyai aras kesukaran yang rendah dan gambar yang disediakan memudahkan lagi pelajar menjawab soalan

12. Bapa kamu mempunyai seorang kakak bernama Amalina , apakah hubungan kamu dengan dengan Amalina? A ) Sepupu B ) Adik C ) Ibu saudara D ) Nenek Soalan ini hanya dapat dijawab dengan betul oleh seoarang pelajar, ini kerana mereka mungkin masih belum diajar mengenai topik ini.walaupun aras kesukaran soalan ini adalah rendah

13. Makanan yang seimbang ialah makanan yang A ) Mengandungi banyak lemak B ) Sedap C ) mempunyai banyak khasiat D ) Murah Soalan ini berjaya dijawab oleh 3 orang pelajar, soalan ini memerlukan pelajar untuk memahami cirri-ciri makanan yang berkhasiat, mungkin terdapat pelajar yang belum faham mengenai cirri-ciri makan berkhasiat dan telah menjawab soalan yang salah

14. Apa yang perlu kita lakukan untuk memastikan badan sentiasa sihat A ) Banyak menonton television B ) Banyakkan tidur pada waktu petang C ) Sentiasa bersenam D ) Makan dengan gelojoh Soalan ini berjaya dijawab dengan betul oleh semua pelajar, ini kerana soalan ini aras kesukarannya ialah sederhana dan murid dapat memilih jawapan yang betul berdasarkan pengalaman dan juga berfikiran secara kritis.

15. Apakah peranan bapa dalam sebuah keluarga? A ) Menjadi pemimpin dan ketua keluarga B ) Menyeksa kelurga C ) Menyusahkan kelurga D ) Memusnahkan imej keluarga Bagi soalan ini seramai 3 orang pelajar yang berjaya menjawab dengan betul, aras kesukaran bagi seoalan ini adalah rendah dan kemungkinan pelajar yang telah tersilap membaca ataupun tersilap tanda jawapan yang salah

16. Apakah peranan ibu dalam sesebuah keluarga? A ) Memberi kasih sayang kepada anak-anak B ) Duduk sahaja C ) Tidur sahaja D ) Makan sahaja Soalan ini berjaya dijawab dibetul oleh empat orang pelajar, ini kerana soalan ini mempunyai aras kesukaran yang rendah, selain itu juga berdasarkan pengalaman pelajar di rumah, mereka dapat melihat sendiri apa tugasan yang telah ibu mereka lakukan.

17. Antara yang berikut, pengucapan manakah berinteraksidengan orang yang lebih tua? A ) Pak cik, boleh saya tolong? B ) Ah, menyusahkan sahaja! C ) Eh, itu bukan tugas saya! D ) Tak perlulah pakcik nak tunjuk kuat

sangat

sesuai

apabila

Soalan ini berjaya dijawab dengan betul oleh semua pelajar, ini menunjukkan mereka berjaya dalam mengaplikasikan apa yang telah diajar oleh guru mereka. Pengalam murid serta nilai yang diterapkan oleh guru juga membantu pelajar dalam menjawab soalan berbentuk seperti ini

19. Berikut adalah manfaat menggunakan ucapan bersopan, kecuali A ) Dihina oleh orang lain. B ) Disukai oleh rakan-rakan. C ) Dihormati oleh orang lain. D ) Menunjukkan adab sopan sesuatu kaum. Soalan ini hanya dapat dijawab dengan betul oleh seorang pelajar, ini jelas menunjukkan bahawa pelajar yang telah diuji ini telah keliru apabila melibatkan soalan yang mempunyai kecuali

20. Apakah tujuan kita melakukan aktiviti di dalam gambar ? A ) Untuk bergembira. B ) Untuk kelihatan muda.

C ) Untuk menghilangkan peluh. D ) Untuk menjaga kesihatan diri. Soalan ini berjaya dijawab dengan betul oleh 3 oarang pelajar, ini kerana terdapat dua jawapan yang sesuai iaitu jawapan A dengan D namun jawapan yang paling tepat diambil kira,

Bahagian B (subjektif) Didalam bahagian ini telah dibahagikan kepada empat jenis soalan iaitu yang pertama pelajar perlu tandakan (/) pada penyataan yang betul dan (X) pada penyataan yang salah, soalan yang kedua pula memerlukan pelajar mengisi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai yamg telah disediakan. Bentuk soalan yang ketiga ialah murid perlu memadankan perlakuan yang dinyatakan dengan kekuatan diri. Manakala bentuk soalan yang terakhir pula, murid dikehendaki menulis cara menjaga kebersihan diri berdasarkan gambar-gambar yang ditunjukkan.

1.Tandakan (/) Pada penyataan yang betul dan (X) pada penyataan yang salah

- Minuman bergas bagus untuk kesihatan

Jawapan bagi soalan ini adalah (X) dan seramai tiga orang pelajar telah memberikan jawapan yang betul, terdapat ramai pelajar yang mendapat jawapan yang betul kerana aras kesukaran soalan ini adalah rendah selain itu juga pelajar belajar dari ibubapa mereka bahawa minuman bergas adalah tidak elok untuk kesihatan

- Aiman sentiasa memukul adiknya semasa bermain

Jawapan bagi soalan ini adalah ( X ) dan seramai empat orang pelajar telah memberikan yang betul, ini menunjukkan bahawa murid telah faham mengenai apa nilai murni yang telah guru tetapkan, dimana memukul adik adalah sesuatu yang salah

- Shahrul sudah tidak mahu belajar kerana merasakan dirinya sudah pandai ( )

Jawapan bagi soalan ini adalah (X), dan kelima-lima pelajar memberikan jawapan yang betul, ini kerana soalan mempunyai aras kesukaran yang rendah disamping bentuk soalan yang lebih kepada kemahiran berfikir dan meggunakan logik.

- Ariff selalu menolong ibunya membasuh baju

Jawapan bagi soalan ini ialah ( / ) dan kesemua pelajar memberikan jawapan yang tepat, ini kerana kerana soalan ini juga mempunyai aras kesukaran yang rendah disamping bentuk soalan yang lebih kepada kemahiran berfikir dan meggunakan logik.

- Zahid sentiasa datang lewat ke sekolah

Jawapan bagi soalan ini ialah ( X ) dan kesemua pelajar memberikan jawapan yang tepat, ini kerana kerana soalan ini juga mempunyai aras kesukaran yang rendah disamping bentuk soalan yang lebih kepada kemahiran berfikir dan meggunakan logik.

2. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

-Murid yang baik akan guru Jawapan telah disediakan bagi soalan ini dan pelajar perlu memilih jawapan yang paling tepat, seramai empat orang pelajar telah berjaya memberikan jawapan yang betul. Ini kerana pelajar telah diajar dan diterapkan dengan nilai supaya menghormati guru

- Bagi memastikan badan kita sentiasa sihat kita hendaklah setiap hari Soalan ini berjaya dijawab dengan betul oleh seramai empat orang, ini kerana soalan ini dobawah aras pengetahuan dan pengetahuan sedia ada pelajar telah membantu pelajar dalam menjawab soalan ini dengan betul

- Makanan yang berkhasiat .. kita daripada penyakit

Soalan ini telah berjaya dijawab dengan betul oleh seramai empat orang pelajar, sam seperti soalan sebelum ini, soalan ini dibawah aras pengetahuan dan pengetahuan sedia ada pelajar telah membantu pelajar dalam menjawab soalan ini dengan betul

- Jangan sekali-kali perasaan ibu dan ayah. Walaupun soalan ini adalah dibawah aras pengetahuan, tetapi kesemua pelajar telah memberikan jawapan yang slah kerana pelajar masih belum memahami kosa kata perasaan yang terdapat dalam soalan dan ia telah mengelirukan pelajar semasa memberikan jawapan.

-Kita perlulah sentiasa..untuk berjaya Soalan ini berjaya dijawab dengan betul oleh empat orang pelajar, pelajar telah diajar dan memahami dengan baik nilai-nilai yang telah guru terapkan semasa mengajar topik ini.

3. Padankan perlakuan yang berikut dengan kekuatan diri.

Secara keseluruhannya, hanya seorang pelajar yang berjaya menjawab soalan bagi bahagian B (3) ini, kebanyakkan soalan bagi bahagian ini adalah berada dibawah aras kesukaran tahap sederhana, namun begitu soalan ini tidak dapat dijawab dengan betul oleh majoriti pelajar kerana jawapan bagi soalan ini adalah fleksibal dan jawapan yang disediakan hamper boleh digunakan untuk semua soalan, dan hasil dari pemerikasaan menunjukkan bahawa pelajar tidak dapat memberikan jawapan yang paling tepat.

Вам также может понравиться