Вы находитесь на странице: 1из 28

Bil.

82 (September 2012) (PERCUMA)

Malaysia - Norway
Meterai Perjanjian Rangka Kerja Pengawal Aturan Projek Akuakultur

Peluang Berniaga Produk Kosmetik Berasaskan Rumpai Laut Nasib Nelayan Dapat Pembelaan Pukat Buaya - Faedah dan Implikasi Teknologi Biosensor Hormon Kenal Pasti Jantina Arowana Emas Ternak Kerang Dalam Kolam Simen Dari Serbuk Kerang September 2012 Berita Perikanan 1

Isi Kandungan
Perutusan 2 Malaysia Norway Meterai Perjanjian Rangka Kerja Pengawal Aturan Projek Akuakultur 3 Peluang Berniaga Produk Kosmetik Berasaskan Rumpai Laut 4 Nasib Nelayan Dapat Pembelaan 5 10 Buku Perikanan Dilancar Di Karnival Citra Bahasa Di Alam Akua 6 Pukat Buaya Faedah dan Implikasi 7&8 Pukat Buaya Hapus Sumber Perikanan 9 Spesies Yu Dieksploitasi Secara Lestari 10 Hanim Peroleh Pendapatan Lumayan Dari Akuakultur 11 Perairan Sabah Paling Produktif 12 Masalah Nelayan Labuan Dapat Perhatian 12 Kerjasama Pantau Aktiviti Menuba Ikan Di Sungai 13 Sandy Pengusaha Jaya Ikan Ternakan Sangkar Sarawak 2012 13 Lensa Perikanan 14, 15,16 & 17 Peranti Penyisih Penyu (TED) Tidak Bebankan Nelayan 18 & 19 Penyu Karah Produk Ekopelancongan Melaka 19 Yang Di-Pertua Negeri Melaka Lawat Projek ZIA Sempang 20 Program Touch Point Perikanan Melaka 20 Ke Arah Perikanan Cemerlang 21 Peserta Azam Tani Ikuti Seminar Keselamatan Makanan 21 Spesies Baharu Ikan Gemian (Polydactylus luparensis) Ditemui Di Batang Lupar Sarawak 22 Spesies Baharu Pari-Raja Dwi-Tompok (Okamejei jensenae) Ditemui Di Perairan Sulu - Sulawesi 23 Teknologi Biosensor Hormon Kenal Pasti Jantina Arowana Emas 24 Ternak Kerang Dalam Kolam 25 Simen Dari Serbuk Kulit Kerang 26 Uji Minda Anda!! - Teka Silang Kata 27 Kartun - Ikan Oh! Ikan 28 Resipi Pilihan Tilapia Rendang Asam dan Ikan Patin Taucu 28

Perutusan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin dan inayat-Nya kita dapat menjalankan kerja-kerja dalam keadaan sihat dan selesa. Pembaca yang dihormati sekalian, Bajet 2013 telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Di Dewan Rakyat pada 28 September lalu yang menyediakan peruntukan sejumlah RM251.6 bilion bagi melaksanakan program dan projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara. Dari jumlah tersebut, sebanyak RM201.9 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan sejumlah RM49.7 bilion adalah untuk perbelanjaan pembangunan. Saya bersyukur kerana pihak Kerajaan terus memberi penekanan kepada sektor pertanian dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan negara dan memastikan kelestarian jaminan bekalan makanan. Untuk tujuan ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah diperuntukkan sebanyak RM5.8 bilion. Sebanyak RM30 juta untuk pembangunan program pertanian merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran, peningkatan pembekalan benih berkualiti, penstabilan harga melalui jualan terus dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan pertanian. Kerajaan juga menyediakan sebanyak RM75 juta bagi meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan. Pembaca yang dihormati sekalian, Kerajaan turut menghargai sumbangan para nelayan dan sentiasa memastikan kedudukan sosioekonomi golongan ini bertambah baik dan pendapatan mereka meningkat. Pada masa ini, Kerajaan memberi elaun bantuan sara hidup RM200 sebulan yang dapat memanfaatkan 55,000 nelayan berdaftar. Kerajaan juga menyediakan insentif pada kadar 10 sen hingga 20 sen sekilogram bagi menggalakkan nelayan mendaratkan hasil tangkapan di jeti-jeti berdaftar seluruh negara. Skim perlindungan insurans nelayan juga turut diperkenalkan dengan perlindungan maksimum RM100,000. Meneruskan hasrat ini, sejumlah RM230 juta telah diperuntukkan sebagai insentif tangkapan ikan dan bayaran elaun bantuan sara hidup nelayan. Sementara program pembangunan dan pembaikan rumah nelayan yang dimulakan pada tahun 2012 dengan peruntukan RM300 juta, terus dilaksanakan. Selain itu, kita juga perlu menyambut baik cadangan Kerajaan yang meneruskan program 1 AZAM atau Akhiri Zaman Miskin yang bertujuan menyediakan peluang menjana pendapatan kepada golongan berpendapatan rendah. Bagi Projek Azam Tani yang telah diperkenalkan pada tahun 2011, program ini telah berjaya mengeluarkan seramai 1,234 keluarga daripada garis kemiskinan dengan purata pendapatan meningkat di antara RM200 hingga RM2,000 sebulan, malah beberapa peserta telah berjaya memperoleh pendapatan melebihi RM10,000 sebulan. Untuk memperkasakan lagi usaha ini, sebanyak RM41 juta telah diperuntukkan bagi memberi manfaat kepada 6,730 peserta. Diharapkan supaya kakitangan yang terlibat dalam program Azam Tani mengambil tindakan untuk mengenal pasti golongan berpendapatan rendah yang boleh dimasukkan dalam program berkenaan. Manakala, peserta yang telah menyertainya, dapat terus dipantau dalam usaha mengeluarkan mereka dari garis kemiskinan. Pembaca yang dihormati sekalian, Kerajaan juga amat prihatin kepada pengusaha-pengusaha di bawah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan menyediakan dana sebanyak RM1 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS yang dikendalikan oleh SME Bank. Langkah ini memudahkan akses PKS untuk mendapat pembiayaan dan seterusnya memajukan perniagaan mereka. Ini selari dengan Pelan Induk PKS (2012 - 2020) yang telah dilancarkan yang bertindak sebagai game changer untuk mempercepatkan pertumbuhan PKS melalui inovasi dan produktiviti. Pelan induk ini melibatkan pelaksanaan 32 inisiatif termasuk enam Program Berimpak Tinggi dengan peruntukan RM30 juta. Dalam mempergiatkan Industri Halal, terutamanya membangunkan produk-produk halal berimpak tinggi untuk tujuan eksport, SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam telah menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta bagi membiayai modal kerja PKS terlibat. Pembaca yang dihormati sekalian, Saya berharap supaya penjaja dan peniaga kecil dalam bidang perikanan memanfaatkan cadangan Kerajaan yang memperuntukkan sebanyak RM16 juta untuk skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan had perlindungan maksimum sehingga RM5,000 jika berlaku kemudaratan diri, hilang upaya serta kematian. Saya juga berharap supaya pengusaha-pengusaha perikanan dapat mengambil peluang yang ditawarkan oleh pihak Kerajaan melalui Perbadanan Nasional Berhad (PNS) untuk program Business In Transformation bagi memodenkan perniagaan golongan penjaja dan peniaga kecil kepada standard yang lebih tinggi dan berdaya saing dengan menggunakan model licensing atau franchising. Program ini akan memberi bimbingan dan khidmat nasihat ke atas konsep perniagaan baharu seperti kedai bergerak, kiosk dan perniagaan atas talian. Untuk ini, PNS akan menyediakan kemudahan pinjaman kepada penjaja dan peniaga kecil sehingga RM25,000 bagi licensee dan RM500,000 kepada licensor. Sekian, wassalam.

Editorial
Penasihat Hj. Ahmad Azahari Ahmad Ketua Editorial Zaki Haji Mokri Sidang Redaksi Pengurusan Maklumat : Nor Khalilah Zainuddin, Mohd Fakhrudin Yasok & Mohd Nor Effendi Aziz Pengembangan : Kasim Tawe Akuakultur : Azura Markus Biosekuriti : Norashikin Daliyana & Hamidon Ahmad Pelesenan & PS : Mohamad Hafiz Mushidi Shakori Perlindungan Sumber : Wan Nurul Shuhada Wan Ibrahim Pembangunan & PKT : Azimah Jumatli Kejuruteraan : Sumawati Amad Bugis Sumber Manusia : Zam Zam Sarifan Penyelidikan : Nor Hadzirah Ramli DPPSPM : Wahidah Mohd Arshaad Inst. Perikanan Malaysia : Mohd Faizal Mat Ahan Koresponden Kedah: Anuar Omar, Perlis: Masoffi Ab. Karim, Pulau Pinang: Thanaletchumy Chandrasegar, Perak: Norul Fahezah Salehhuddin, Selangor: Fazlan Abd. Ghani, Melaka: Mohd. Azam Jusoh, Negeri Sembilan: Khanisah Mujin, Johor: Nur Afifah A. Rahman, Pahang: Mohamed Semail, Terengganu: Muslihah Abdul Rahaman, Kelantan: Shadiah Mohamad, Labuan: Nazrul Azman Mat Rahim, Sarawak: Nata Bakar, Sabah: Sairin Samin Jurufoto Nor Yubas Sahari Yaacob, Abdul Razak Mohamad Edaran Abdul Razak Mat Aini Reka Bentuk dan Percetakan Sasyaz Holdings Sdn. Bhd. (219275-V)

2 Berita Perikanan September 2012

(DATO AHAMAD SABKI BIN MAHMOOD) Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia Putrajaya

Putrajaya: Perjanjian dan Kontrak Kerjasama Rangka Kerja Pengawal Aturan Projek Akuakultur Di Malaysia telah dimeterai antara Malaysia dan Norway di Ibu Pejabat Perikanan Putrajaya. Norway diwakili oleh Agensi Kerjasama Pembangunan Norway (Norad), manakala Malaysia diwakili oleh Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Perjanjian berkenaan adalah untuk membangunkan projek akuakultur yang mampan di perairan Malaysia berasaskan tadbir urus yang baik di kawasan yang terpilih bagi memastikan perairan Malaysia dimanfaatkan secara optimum dan lestari. YB Datuk Seri Noh bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang menyaksikan perjanjian tersebut berkata, Kerajaan Malaysia dan Norway telah mengadakan kerjasama erat dalam bidang teknologi perikanan sejak sekian lama yang bermula dengan bidang perikanan tangkapan dan penternakan ikan dalam

Meterai Perjanjian Rangka Kerja Pengawal Aturan Projek Akuakultur


Oleh: Cawangan Komunikasi Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya

Malaysia - Norway

YB Datuk Seri Noh bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia menyaksikan Perjanjian dan Kontrak Kerjasama Rangka Kerja Pengawal Aturan Projek Akuakultur Di Malaysia di Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya.

Norway diwakili oleh Agensi Kerjasama Pembangunan Norway (Norad), manakala Malaysia diwakili oleh Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

sangkar di laut terbuka. Selain itu, projek penternakan ikan tilapia dalam sangkar di Tasik Temenggor, Perak turut dijalankan pada tahun 2007 yang menggunakan sangkar berteknologi baharu dan juga spesies tilapia yang berkualiti. Perjanjian yang ditandatangani hari ini merangkumi empat aktiviti utama iaitu kerja sama pengawal aturan perladangan akuakultur, pembangunan modal insan, meningkatkan pengetahuan dalam teknologi akuakultur di kalangan rakyat Malaysia serta mengadakan mesyuarat tahunan bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan projek. Peruntukan untuk membiayai aktivitiaktiviti ini akan dibiayai secara bersama iaitu Malaysia memperuntukkan sebanyak RM3.275 juta, manakala Norway akan memperuntukkan sebanyak RM3.253 juta. Keseluruhan peruntukan ini akan digunakan untuk membiayai pelaksanaan projek yang bermula dari tahun 2012 hingga 2015.

Lawatan delegasi Norway ke projek penternakan ikan tilapia dalam kolam milik Syarikat PKPS Farmart Sdn. Bhd. di Rawang, Selangor pada Mac 2010.

Projek penternakan ikan tilapia Syarikat Trapia Malaysia Sdn. Bhd. hasil kerjasama antara syarikat swasta Malaysia dengan Genomar Norway di Tasik Temenggor, Perak yang dimulakan pada tahun 2007. September 2012 Berita Perikanan 3

YH Dato Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan Ir. Dr. Mohamad Jamil bin Sulaiman, Naib Presiden Bahagian Reka Bentuk dan Kejuruteraan SIRIM Berhad melihat produk kosmetik yang dihasilkan.

Peluang Berniaga Produk Kosmetik


Berasaskan Rumpai Laut
Oleh: Cawangan Komunikasi Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya

Rumpai laut dari jenis Kappaphycus alvarezii.

Putrajaya: Rumpai laut bukan sahaja boleh diproses untuk dijadikan makanan, malah ia kini boleh dijadikan produk kosmetik. Dengan kepakaran saintis daripada Program Kosmetik dan Hasilan Semula Jadi SIRIM Berhad, sebanyak 12 produk kosmetik telah berjaya dihasilkan. Produk-produk yang dihasilkan terdiri daripada lima jenis produk penjagaan kulit, empat jenis produk penjagaan diri, dua jenis penjagaan kulit lelaki dan satu produk ubat gigi. Produk-produk dihasilkan di loji kosmetik SIRIM Berhad yang bertaraf GMP (Amalan Pengilangan Yang Baik) dan mendapat Sijil Halal daripada JAKIM. Rumpai laut yang digunakan untuk menghasilkan produk-produk berkenaan adalah dari jenis Kappaphycus alvarezii yang dikulltur di Semporna, Sabah. Kajian saintifik

menunjukkan ekstrak rumpai laut mampu bertindak sebagai agen pencerahan kulit semula jadi yang menghalang aktiviti enzim tyrosinase dari menghasilkan melanin di dalam lapisan kulit, di samping melindungi kulit daripada sinaran ultra lembayung serta aktiviti antioksida yang mampu melawan radikal bebas. Sehubungan itu, untuk mempromosi produkproduk berkenaan untuk tujuan pemasaran, Majlis Padanan dan Pengkomersialan Produk Kosmetik Berasaskan Ekstrak Rumpai Laut anjuran bersama antara Jabatan Perikanan Malaysia dengan SIRIM Berhad telah berlangsung di Putrajaya. Objektif majlis ini adalah bagi memberi ruang kepada usahawan kosmetik tempatan untuk mengenali dengan lebih dekat produk daripada ekstrak rumpai laut serta membuka peluang-peluang baharu kepada mereka

untuk memasarkan produk berkenaan hingga ke peringkat antarabangsa. Majlis dirasmikan oleh YH Dato Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan turut dihadiri oleh Ir. Dr. Mohamad Jamil bin Sulaiman, Naib Presiden Bahagian Reka Bentuk dan Kejuruteraan SIRIM Berhad. Jabatan Perikanan Malaysia dan SIRIM Berhad telah mengadakan kerjasama dalam Program Pembangunan Industri Rumpai Laut Negara sejak tahun 2009. Sebanyak enam buah projek pembangunan berbentuk huluan dan hiliran telah dibangunkan untuk meningkatkan pengeluaran rumpai laut serta meningkatkan nilai tambah produk di sepanjang rantaian nilai serta mewujudkan industri-industri sokongan berasaskan rumpai laut bagi usahawan tempatan.

Produk kosmetik rumpai laut berjenama Sea Bloom. 4 Berita Perikanan September 2012

Produk kosmetik rumpai laut berjenama Ocean Beau.

Penyampaian cek Program Perumahan Nelayan untuk 148 nelayan di Parlimen Sungai Petani.

Nelayan berinteraksi dengan YB Dato Wira Mohd. Johari bin Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

YB Dato Wira Mohd. Johari bin Baharum, menyampaikan lesen sampan kepada nelayan.

Nasib Nelayan Dapat Pembelaan


Oleh: Omar Saad Jabatan Perikanan Negeri Kedah

Yan, Kedah: Nasib nelayan negara ini terus mendapat pembelaan pihak Kerajaan sebagai menghargai sumbangan mereka dan memastikan mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa. Perkara ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dalam Bajet 2013 yang dibentangkan pada September lalu di mana Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah diperuntukkan sebanyak RM5.8 bilion yang sebahagiannya akan digunakan untuk Pemberian Elaun Sara Hidup Nelayan di samping memberi Insurans Perlindungan Berkelompok sebanyak RM100,000. Dengan bajet yang begitu besar ini menunjukkan bahawa Kerajaan begitu prihatin dan mengambil berat terhadap kebajikan nelayan serta ingin melihat kehidupan mereka terbela dan sumbangan mereka diiktiraf oleh Kerajaan.

Bagi merealisasikan perkara ini, satu Majlis Penyerahan Lesen Sampan dan Jaket Keselamatan Kepada Nelayan telah diadakan di Yan, Kedah yang dirasmikan oleh YB Dato Wira Mohd. Johari bin Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Hadir sama ialah YBrs. Encik Teo Siong Wan, Pengarah Perikanan Negeri Kedah dan YBrs. Encik Ahmad Rudin bin Hussin, Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Kedah. YB Dato Wira Mohd. Johari berkata, Jabatan Perikanan Malaysia telah meluluskan lesen sampan baharu sebanyak 896 buah bagi seluruh negeri Kedah iaitu 332 buah untuk daerah Langkawi, 281 buah untuk kawasan Kedah Utara dan 317 buah untuk kawasan Kedah Selatan termasuk daerah Yan. Dalam majlis berkenaan, seramai 134 nelayan pantai (nelayan Zon A) yang menggunakan peralatan pukat

tradisional menerima lesen sampan iaitu seramai 49 nelayan dari daerah Yan (termasuk peserta e-kasih di bawah Program Azam Tani seramai 12 orang), 45 orang dari Kuala Muda dan 40 orang nelayan dari Tg. Dawai. Nelayan yang menerima lesen sampan secara automatik layak menerima Bantuan Sara Hidup Nelayan sebanyak RM200 sebulan setiap orang dan juga layak mendapat subsidi minyak. Pengiraan subsidi minyak sebulan ialah: 20 hari x 40 liter (sehari) = 800 liter (sebulan) atau RM520 sebulan. Perkiraan ini diambil dari harga minyak RM1.90/liter di mana nelayan hanya membayar RM1.25/liter, manakala Kerajaan membayar subsidi sebanyak RM0.65/liter. Selain itu, nelayan juga layak mendapat Subsidi Galakan Hasil Tangkapan iaitu RM0.10/kg. x 100 kg. sehari x 20 hari (sebulan) berjumlah RM200 sebulan. Jumlah kesemua bantuan dan subsidi Kerajaan kepada nelayan ialah sebanyak RM920 sebulan untuk setiap nelayan. Jumlah keseluruhan nelayan di negeri Kedah ialah seramai 11,158 orang. Ini bermakna Kerajaan mengeluarkan wang sebanyak RM10.2 juta bagi negeri Kedah sahaja untuk bantuan kepada nelayan. Dalam Program Touch Point Jabatan Perikanan Negeri Kedah pula seramai 286 orang nelayan layak mendapat bantuan jaket keselamatan yang berjumlah RM65,780. Pada majlis ini juga seramai 150 nelayan daerah Yan dan Kedah Utara menerima jaket keselamatan untuk digunakan semasa kerjakerja menangkap ikan di laut. Bagi menjamin keselamatan nelayan, Jabatan Perikanan Malaysia telah memasukkan syarat dan spesifikasi peralatan keselamatan yang perlu dipatuhi di dalam lesen sampan di bawah Peraturan-peraturan (Kelautan) (Pelesenan Vesel Penangkapan Ikan Tempatan) Akta Perikanan 1985. Di bawah Skim Bantuan Perumahan Nelayan pula pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah menyiapkan pembaikan 32 buah rumah nelayan dalam daerah Yan melalui Fasa I bernilai RM320,000. Sementara dalam FASA II pula, terdapat 48 buah rumah yang bernilai RM480,000 sedang diperbaik pulih. Sementara itu, sebanyak 25 buah rumah lagi dalam proses kelulusan yang menelan belanja keseluruhan sebanyak RM1 juta.
September 2012 Berita Perikanan 5

10 Buku Perikanan Dilancar


Di Karnival Citra Bahasa Di Alam Akua
Oleh: Nor Hadzirah Ramli Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung, Pulau Pinang

Batu Maung, Pulau Pinang: Karnival Citra Bahasa di Alam Akua anjuran Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato Seri Utama Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang di Batu Maung pada Mei 2012 lalu. Karnival ini merupakan kerjasama di antara Jabatan Perikanan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Tujuan utama diadakan karnival ini ialah bagi meraikan kejayaan penerbitan buku-buku ilmiah yang ditulis oleh pegawai-pegawai penyelidik dan kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia hasil bimbingan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebanyak 10 buah buku telah berjaya diterbitkan, antaranya ialah: Panduan Memilih Ikan Segar oleh Hamdan Jaafar, Bah Piyan Tan dan Yusri Atan. Pembiakan dan Penternakan Siakap oleh Nik Daud Nik Sin. Pengeluaran Benih Ikan Tilapia oleh Ahmad Fuad Ahmad. Pembiakan dan Penternakan Kerapu Harimau oleh Ahmad Daud Om. Buku-buku yang telah d i l a n c a r k a n o l e h Tu a n Ya n g Terutama Tun Dato Seri Utama Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas ini, boleh dibeli di Dewan Bahasa dan Pustaka. Turut hadir dalam majlis perasmian ialah YH Dato Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan Dr. Haji Awang Sarian, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tuan Yang Terutama Tun Dato Seri Utama Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang melancarkan buku Panduan Memilih Ikan Segar hasil tulisan Encik Hamdan Jaafar.

YH Dato Ahamad Sabki bin Mahmood dalam ucapan alu-aluan berkata, ini merupakan kejayaan besar dan signifikan bagi penulispenulis daripada Jabatan Perikanan Malaysia terutamanya dari bidang penyelidikan Perikanan. Karnival Citra Bahasa di Alam Akua ini ternyata berilmu dan bermaklumat serta membuktikan bahawa Bahasa Melayu juga dapat meningkatkan kemajuan dalam bidang saintifik perikanan. Beliau juga mengalu-

Gerai jualan dan pameran buku Jabatan Perikanan Malaysia.

Antara buku-buku yang dihasilkan oleh penulis-penulis Jabatan Perikanan Malaysia hasil kerjasama dengan DBP.

alukan peranan bidang penyelidikan dengan mengadakan pameran-pameran pencapaian hasil penyelidikan perikanan untuk tatapan masyarakat umum. Karnival ini juga sedikit sebanyak dapat memperkenalkan Institut Penyelidikan Perikanan atau sekarang dikenali sebagai FRI Batu Maung secara meluas kepada masyarakat umum terutamanya mengenai kejayaan hasil-hasil penyelidikan termasuk dalam bidang akuakultur, perikanan tangkapan serta penghasilan produk-produk perikanan. Hala tuju penyelidikan perikanan terkini tertumpu ke arah mengkomersialkan hasil-hasil penyelidikan kepada pengusaha-pengusaha untuk dikomersialkan, contohnya penghasilan ikan kerapu hibrid di FRI Tanjung Demong, Terengganu, penternakan tiram triploid oleh FRI Pulau Sayak dan lain-lain. Inovasi hasil-hasil penyelidikan yang menggunakan teknologi baharu ini, dapat menarik minat pengusahapengusaha untuk mengusahakannya. Karnival ini turut diisi dengan pameran ikan kelisa emas dan perak, udang kara air tawar, kerapu hibrid, tiram dan siput manis, ikan tuna sejuk beku, tumbuhan akuatik dan spesimen awet dugong. Selain pameran, karnival turut dimeriahkan dengan peraduan mewarna, khidmat nasihat bahasa, penulisan khat, cabutan nombor bertuah dan lain-lain. Kehadiran pengunjung seramai lebih kurang 2,000 orang termasuk pelajar-pelajar IPT dan penuntut sekolah dapat memenuhi matlamat karnival ini.

6 Berita Perikanan September 2012

Pukat Buaya
Faedah dan Implikasi
Oleh: Rosidi Ali Pusat Penyelidikan Perikanan (FRI) Kg. Acheh, Sitiawan, Perak

Pukat Buaya dilaporkan mula digunakan di Kedah dan Pulau Pinang pada awal tahun 2006. Disebabkan kecekapan yang tinggi, penggunaan pukat ini telah mula berkembang ke beberapa negeri lain di pantai barat dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun, penggunaannya telah menimbulkan bantahan daripada nelayannelayan pantai kerana pengusahanya cenderung menceroboh perairan pantai (Zon A) untuk mendapat hasil tangkapan yang lebih banyak. Pengusaha-pengusaha bot pukat tunda Zon B yang bersaiz kecil <25 GRT, pukat jerut dan juga peralatan-peralatan menangkap ikan lain mendakwa hasil tangkapan mereka telah menurun, berpunca dari operasi pukat buaya yang semakin meluas. Sebagai langkah permulaan kerajaan telah melaksanakan pendekatan berhatihati (precautionary approach) dalam menangani permasalahan ini. Dari segi teknikal, pukat buaya adalah sejenis pukat tunda satu bot. Komponen asas dan kaedah operasinya sama seperti pukat tunda biasa, iaitu terdiri daripada sebidang pukat yang berbentuk kon yang ditunda oleh sebuah vesel berenjin dalam. Kebiasaannya vesel yang digunakan untuk menunda pukat ini bersaiz 30 GRT dan ke atas. Vesel yang kecil tidak mampu menunda pukat ini kerana saiznya yang besar. Pukat buaya diberi nama kerana pembukaan mulutnya yang lebar dan tinggi. Ada juga yang menamakannya pukat boya kerana pukat ini

YB Dato Wira Mohd Johari Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia diberi penerangan mengenai pukat buaya di FRI Kg. Acheh.

menggunakan bilangan pelampung yang banyak untuk meninggikan pembukaannya. Komponen dan aksesori utama peralatan ini seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah 1. Sama seperti pukat tunda biasa, komponen utamanya ialah pukat dan bot, manakala aksesori utamanya adalah tali tunda, papan tunda (papan kepak), tali tekang dan tali sapu. Perbezaan di antara pukat buaya dengan pukat tunda biasa ialah pada bahagian sayap dan sebahagian daripada bahagian hadapan pukat. Kajian oleh Jabatan Perikanan Malaysia mendapati sayap dan bahagian hadapan pukat menggunakan bahan jaring yang bersaiz mata

yang lebih besar sehingga ada yang melebihi 10 meter. Bahan jaring yang bersaiz mata besar ini tiada dalam pasaran tempatan dan ia dihasilkan sendiri oleh pembuat pukat yang menggunakan tali PE (Polyethylene) atau PP (Polypropylene) yang bergaris pusat 4mm - 6mm. Di samping itu, pukat ini juga menggunakan bilangan pelampung yang banyak iaitu antara 60 hingga 80 unit yang bergaris pusat antara 21cm - 24cm. Jabatan Perikanan Malaysia telah memeriksa spesifikasi bahagian/komponen utama untuk tiga bidang pukat buaya seperti ditunjukkan di dalam Jadual 1 dan reka bentuknya seperti di dalam gambar rajah 2.

Jadual 1: Pukat buaya yang diperiksa oleh Jabatan Perikanan.

Bil. Bahagian/komponen pukat 1. Panjang keseluruhan pukat 2. Panjang tali kajar atas 3. Saiz mata bahan jaring sayap 4. Bilangan pelampung

Pukat I (Kedah) 102.5m 72m 10.4m 73 unit ( 21cm)

Pukat 2 (Kedah) 122.8m 118m 9.1m 68 unit ( 21cm)

Pukat 3 (P. Pinang) 99 m 60.6m 10.2m 80 unit ( 24cm)

Pukat Bot Tali Tunda Tali Kekang Kajar Atas Kajar Atas Tali Sapu Sayap

Pelampung

Papan Tunda

Keroncong

Rajah 1: Komponen utama pukat buaya.

Penggunaan bahan jaring yang bersaiz mata besar mengurangkan daya rintangan pukat dan ini boleh memberikan beberapa pilihan faedah di antaranya ialah:i. Boleh menjimatkan penggunaan bahan api, sekiranya pukat yang digunakan mempunyai saiz yang sama dengan pukat tunda biasa dan ditunda pada kelajuan yang sama. Oleh itu produktiviti akan meningkat, atau, ii. Pukat boleh ditunda dengan lebih laju sekiranya pukat yang digunakan mempunyai saiz yang sama dengan pukat tunda biasa. Oleh itu kecekapan akan meningkat, atau,
September 2012 Berita Perikanan 7

iii. Boleh menunda pukat yang lebih besar pada kelajuan menunda yang sama dengan pukat tunda biasa. Oleh itu kapasiti tangkapannya meningkat. Kebiasaannya, pengusaha memilih pertengahan di antara pilihan faedah yang kedua dan yang ketiga, iaitu menggunakan pukat yang lebih besar dan menunda dengan lebih laju. Ditambah lagi dengan penggunaan bilangan pelampung yang banyak, meninggikan pembukaan menegak mulut (bahagian hadapan) pukat sehingga melebihi 10 meter. Di samping menangkap ikan demersal, pukat yang mempunyai bukaan menegak yang tinggi dan ditunda dengan laju menjadikan pukat buaya juga berupaya menangkap ikan pelagik kecil seperti kembong dan ikan semi-pelagik yang berenang laju seperti tenggiri. Di Pahang, pukat buaya dilaporkan banyak mendaratkan ikan layaran.

Sebuah vesel nelayan yang menggunakan pukat buaya diperiksa.

Rajah 2: Reka bentuk sebidang pukat buaya yang diperoleh di Kuala Kedah. 8 Berita Perikanan September 2012

Nelayan pantai sering membuat bantahan ke atas nelayan yang menggunakan pukat buaya kerana kerap menceroboh kawasan perairan pantai (Zon A). Dakwaan ini mempunyai asas yang kukuh memandangkan hasil kajian mendapati kadar tangkapannya adalah lima kali lebih tinggi di Zon A berbanding di Zon B. Kadar tangkapan yang berlipat ganda tinggi di Zon A ini sudah tentu mendorong pengusaha yang kurang bertanggungjawab menceroboh ke zon larangan berkenaan. Pencerobohan pukat buaya ke Zon A menimbulkan beberapa implikasi negatif. Ia yang biasanya dioperasikan pada waktu malam berkemungkinan besar merempuh perkakas-perkakas nelayan tradisi yang banyak beroperasi di Zon A dan menyebabkan kerosakan. Pencerobohan pukat buaya yang bukaannya tinggi ke Zon A yang cetek juga membahayakan keselamatan vesel-vesel kecil dan nelayan di atasnya. Vesel kecil boleh tersangkut pada kajar atas pukat buaya yang hampir timbul di permukaan dan boleh menyebabkannya karam diseret pukat yang sedang ditunda laju. Pencerobohannya yang cekap di Zon A yang kaya dengan anak-anak ikan juga boleh menjejaskan kemampanan sumber perikanan. Walaupun beroperasi di Zon B, pukat yang besar dengan bukaan menegak yang tinggi yang ditunda dengan laju, mempunyai kecekapan dan kapasiti tangkapan yang lebih untuk menangkap ikan demersal, ikan pelagik dan ikan semi-pelagik. Ini memberikan saingan kepada perkakasperkakas lain yang menyasarkan ikan jenis yang sama di zon berkenaan. Namun, pukat buaya boleh menjadi satu inovasi yang berfaedah sekiranya diusahakan secara berhemah dan bertanggungjawab. Sangat wajar sekiranya ia digunakan bagi meningkatkan produktiviti melalui penjimatan penggunaan bahan api. Walau bagaimanapun, disebabkan sifat rakus dan kurang bertanggungjawab di kalangan pengusahanya, kerajaan melalui Jabatan Perikanan Malaysia terpaksa merangka beberapa peraturan bagi mengekang penggunaannya khususnya bagi menghalang pencerobohannya ke zon A. Pendekatan berhati-hati (precautionary approach) dengan mengehadkan saiz mata maksimum bahan jaring untuk pukat tunda Zon B tidak melebihi lima meter, telah dilaksanakan sebagai langkah permulaan. Tindakan awal difokuskan ke atas vesel pukat tunda di Zon B yang banyak menggunakan pukat buaya dan beroperasi hampir dengan Zon A. Pelaksanaan peraturan-peraturan lain sedang dipertimbangkan bagi menjamin kehidupan nelayan dan kemapanan sumber perikanan.

Pukat Buaya
Oleh: Hj. Saad Selayman Jabatan Perikanan Negeri Kedah

Hapus Sumber Perikanan

Kuala Kedah, Kedah: Jabatan Perikanan Negeri Kedah telah mengadakan Majlis Interaksi dan Sesi Taklimat Mengenai Pukat Tunda (Pukat Buaya) dan Peralatan Keselamatan Di atas Vesel Penangkapan Ikan yang telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Rosli Yahaya, Penyelaras Parlimen Kuala Kedah. Tujuan program ini adalah untuk memberi kesedaran dan penerangan tentang penggunaan pukat tunda yang diubah suai menjadi Pukat Buaya oleh nelayan Zon B serta kepentingan menjaga keselamatan di laut. Turut hadir ialah Pengarah Perikanan Negeri Kedah, En. Teo Siong Wan. Dalam ucapannya beliau berkata, kajian terhadap pukat buaya telah dibuat oleh Institut Penyelidikan Perikanan Pulau Pinang yang menunjukkan bahawa penggunaannya tidak mesra sumber kerana ia dapat mengaut semua anak-anak ikan komersial seperti bawal, kerapu, tenggiri, jenahak termasuk juga anak ikan pelagik seperti kembung, selayang dan sebagainya. Justeru, semua nelayan perlu bertanggungjawab menjaga sumber perikanan supaya tidak pupus demi masa depan mereka dan juga untuk generasi akan datang. Jabatan Perikanan Negeri Kedah telah menerima banyak aduan daripada nelayan tradisional dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang begitu kecewa akibat pencerobohan nelayan pukat buaya ini di kawasan Zon A yang telah mendatangkan banyak masalah kepada mereka. Oleh itu, Jabatan Perikanan telah mengkaji dan meneliti untuk mengambil tindakan supaya penggunaan pukat buaya ini diharamkan penggunaannya. Jabatan Perikanan juga telah mengehadkan saiz mata pukat supaya tidak melebihi lima meter dan panjang tali kajar atas tidak melebihi 40 meter. Jabatan Perikanan Negeri Kedah akan terus memantau dan mengawal penggunaan pukat buaya supaya penggunaannya tidak menjejaskan sumber perikanan serta tidak mengganggu kepentingan nelayan-nelayan lain. Majlis penerangan juga akan terus diadakan bagi menimbulkan rasa tanggungjawab kepada semua nelayan terutamanya nelayan zon B terhadap pemuliharaan sumber perikanan serta hukuman yang akan dikenakan jika disabitkan kesalahan. Surat Pekeliling akan dihantar

Pengarah Perikanan Negeri Kedah, En. Teo Siong Wan memberikan ucapan.

Kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia memeriksa sebidang pukat buaya di Kuala Kedah.

Dengan menggunakan pukat buaya, anak-anak ikan turut tertangkap dan dijadikan ikan baja.

Demo flare tangan iaitu isyarat kecemasan ketika di laut.

Model pukat buaya yang dipamerkan di FRI Kg. Acheh, Manjung, Perak.

Demonstrasi - Kapten Raja Nordin menunjukkan cara-cara memakai jaket keselamatan yang betul.

kepada semua pemilik vesel pukat tunda zon B untuk mengenakan syarat tambahan kepada lesen mereka iaitu Saiz mata pukat tidak boleh melebihi lima meter di mana-mana bahagian pukat dan panjang tali kajar atas tidak boleh melebihi 40 meter. Majlis turut diisi dengan ceramah yang disampaikan oleh En. Saufi Afandi Talib dan En. Mohd Azhar Mohd. Zin dari Bahagian Pelesenan dan Pengurusan Sumber, Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya serta Pn. Mazidah Abdul Hamid dari Cawangan Perundangan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya. Turut memberi ceramah ialah

Kapten Raja Nordin Basir dari Institut Perikanan Chendering, Kuala Terengganu yang memberi penerangan tentang tatacara keselamatan di laut mengikut Prosedur Pelayaran (Rule of the Road) yang menekankan penggunaan peralatan seperti jaket keselamatan, alat pemadam api, bot keselamatan, pelampung keselamatan, cara-cara memadam kebakaran dan cara meminta bantuan jika berlaku kecemasan di laut. Ceramah beliau disertai demonstrasi penggunaan asap semasa kecemasan di laut, demo flare tangan serta penggunaan bot keselamatan yang dapat menampung seramai 12 orang nelayan.
September 2012 Berita Perikanan 9

Spesies Yu

Dieksploitasi Secara Lestari


Oleh: Hj. Ahmad Ali Departemen Penyelidikan dan Pengurusan Sumber Perikanan Marin (DPPSPM), Terengganu

enyelidik perikanan telah menjalankan kajian dan membuktikan bahawa aktiviti shark finning tidak wujud di Malaysia. Shark finning ialah aktiviti di mana nelayan hanya mengambil sirip ikan yu sahaja dan membuang badannya ke laut di tempat ikan tersebut ditangkap atau sebaik sahaja sirip-siripnya dipotong. Aktiviti shark fisheries pula ialah kerja-kerja memproses ikan yu untuk dijual seperti memotong sirip dan badannya di jeti. Kedua-dua istilah ini telah mendatangkan kekeliruan sehingga ada pihak yang mendakwa wujud aktiviti shark finning terutamanya di Sabah menyebabkan kerajaan negeri mencadangkan supaya tangkapan ikan yu diharamkan sepenuhnya pada awal tahun 2009. Pihak berkenaan mendakwa aktiviti shark finning oleh nelayan di Pulau Mabul dan Kapalai telah menyebabkan bilangan spesies yu merosot antara 96 hingga 98 peratus dan kurang daripada 10 spesies yu sahaja yang masih terdapat di Sabah. Walau bagaimanapun, Jabatan Perikanan Malaysia telah menyangkal dakwaan tersebut kerana situasi yang berlaku di Sabah adalah sebaliknya iaitu hanya wujud aktiviti shark fisheries di mana semua ikan yu yang ditangkap nelayan akan dibawa balik ke pangkalan dalam keadaan

lengkap dengan sirip. Daging ikan yu mempunyai pasaran yang baik dan dijual secara segar atau kering dengan harga antara RM2 hingga RM8 sekilogram mengikut spesies. Ikan yu hidup dijual dengan harga lebih daripada RM20/kg. Justeru, tidak mungkin nelayan akan membuang daging ikan yu selepas memotong siripnya sedangkan harganya boleh mencecah RM60 seekor. Selain daging ikan yu, tulang, kulit dan rahangnya juga mendapat permintaan untuk tujuan perubatan dan aksesori. Pelan Tindakan Kebangsaan Pengurusan Ikan Yu Malaysia (NPOA-Shark) juga menekankan supaya semua bahagian badan ikan yu tidak boleh dibazirkan dan perlu diberi penambahbaikan untuk meningkatkan nilai di pasaran. Bagi memastikan sumber ikan yu dieksploitasi secara lestari, Jabatan Perikanan Malaysia tidak pernah meluluskan lesen vesel yang khusus untuk menangkap ikan yu dan telah mengharamkan pukat pari sejak tahun 1990. Oleh itu, ikan yu dan pari yang bersaiz besar tidak akan dapat ditangkap dalam jumlah yang banyak. Bagi meningkatkan sumber perikanan termasuk ikan yu dalam perairan negara, Jabatan Perikanan Malaysia telah membina sebanyak 115 tapak tukun tiruan di kawasan yang kurang daripada lima batu nautika

Ikan yu kepak hitam spesies Carcharhinus sorrah adalah antara ikan yu paling dominan di Malaysia dan hampir terancam (Near threatened).

Salah sebuah buku yang dihasilkan Jabatan Perikanan Malaysia untuk mengenali spesies ikan yu.

Kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia mengikuti kursus mengenali spesies ikan yu dan pari.

Daging ikan yu sedang dijemur untuk dijadikan ikan masin.

Rahang ikan yu yang dijual sebagai aksesori dengan harga sehingga RM200 setipa satu. 10 Berita Perikanan September 2012

Kulit ikan yu yang boleh digunakan untuk makanan dan membuat aksesori seperti bag dan tali pinggang.

dari pantai. Penubuhan Taman Laut juga memberi impak yang positif kepada meningkatkan sumber ikan yu. Kawasan berkenaan menjadi lokasi untuk beranak dan bertelur seperti yang berlaku di Pulau Payar, Kedah yang berjaya menarik ramai pelancong asing. Mengikut statistik Jabatan Perikanan Malaysia tahun 2011, jumlah pendaratan ikan yu ialah sebanyak 5,975 tan metrik dan ikan pari sebanyak 13,021 tan metrik iaitu tidak pernah melebihi 1% daripada jumlah keseluruhan hasil pendaratan ikan laut sejak dahulu lagi. Ini menunjukkan bahawa ikan yu dan pari bukanlah spesies utama yang diburu oleh para nelayan. Mengikut maklumat SEAFDRC tahun 2012, jumlah spesies ikan yu yang ditemui dalam perairan Malaysia ialah 63 spesies (47 spesies di Sabah). Mengikut IUCN (International Union Conservation for Nature), daripada 63 spesies yu ini, hanya tiga spesies sahaja tergolong dalam kategori terancam kepada kepupusan (endangered) iaitu dua spesies yu tanduk (Sphyrna lewini dan Sphyrna mokarran) dan yu Borneo ( Carcharhinus borneensis). Walaupun disenaraikan sebagai terancam, namun kedua-dua spesies yu tanduk ini masih boleh ditemui di pusat-pusat pendaratan di Malaysia. Selain tiga spesies berkenaan, sebanyak 31 spesies disenaraikan sebagai berisiko rendah, manakala sembilan spesies belum dianalisis kerana data tidak mencukupi dan 12 spesies lagi belum dievaluasi. Jabatan Perikanan Malaysia akan sentiasa merekodkan ikan yu dan pari yang ditangkap bagi mendapatkan maklumat mengenai status sumber. Kursus taksonomi ikan yu dan pari turut dijalankan sejak tahun 2003. Jabatan Perikanan melalui SEAFDEC juga telah menerbitkan empat buah buku panduan mengenai ikan yu dan pari dan akan terus menguruskan sumber perikanan negara secara sistematik berdasarkan maklumat saintifik bagi memastikan sumber perikanan terus mampan untuk generasi yang akan datang.

Encik Hanim bin Hj. Raduan.

Tilapia merupakan spesies ternakan utama.

Hanim Peroleh Pendapatan Lumayan Dari Akuakultur

Sistem nyah bau dicipta untuk mengurangkan bau lumpur pada ikan air tawar yang diternak.

indakan yang diambil untuk bertukar profesion dari jawatan Pembantu Tadbir di Jabatan Perdana Menteri bagi menceburi bidang akuakultur pada tahun 1988, sesungguhnya berbaloi bagi Encik Hanim bin Hj. Raduan, 44, yang berasal dari Semenyih, Selangor. Bapa kepada lima orang anak ini kini merupakan usahawan akuakultur yang menghasilkan secara purata 348 tan metrik ikan dengan pendapatan sebanyak RM435,000 setahun. Selain mengusahakan aktiviti penternakan ikan, usahawan yang berkelulusan Diploma Perniagaan ini turut mengusahakan tanaman durian dan getah seluas hampir 15 hektar di Kg. Sg. Jelok. Sebelum menceburi bidang akuakultur, Encik Hanim mengikuti Kursus Penternakan Ikan Air Tawar pada tahun 1987, Kursus Pembuatan Makanan Berasaskan Ikan setahun kemudian dan Kursus Pembenihan Ikan pada tahun 2002 anjuran Jabatan Perikanan Malaysia. Ilmu yang diperolehinya dimanfaatkan dengan mengusahakan penternakan ikan tilapia merah dalam kolam serta pembenihan dan asuhan ikan air tawar di kawasan seluas lebih 21 hektar yang dibelinya di Semenyih, Selangor. Pada masa yang sama, aktiviti pertanian lain seperti penternakan kambing yang dimulakan pada tahun 2010, turut diusahakan di samping aktiviti bukan pertanian lain seperti perniagaan restoran, kilang makanan kambing dan kraf yang menjana pendapatan tambahan. Aktiviti akuakultur dimulakan pada tahun 2011 dengan modal sebanyak RM500,000 untuk membina empat buah kolam. Beliau kini memiliki 15 buah kolam yang melibatkan kawasan seluas 14.42 hektar. Ia termasuk kolam pancing, takungan dan rawatan dengan kos pelaburan sebanyak RM1.6 juta. Bagi menghadapi harga pasaran ikan tilapia yang tidak menentu, beliau mempelbagaikan spesies ternakan dengan menternak ikan kap rumput, kap kepala besar, haruan, baung, jelawat dan lampam jawa. Kini, beliau mempunyai enam buah kolam ikan tilapia merah, dua buah kolam ikan rohu, dua buah kolam untuk ternakan polikultur dan tiga buah kolam memancing yang dibuka kepada orang ramai secara berbayar. Ikan ternakannya diberi makanan pelet dan makanan tambahan seperti jagung dan soya yang

Oleh: Cawangan Komunikasi Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya

kaya dengan kandungan protein bagi menjamin kualiti dan tumbesarannya. Ladang ternakannya juga telah diakreditasikan dengan Sijil Amalan Akuakultur Baik (SAAB) kerana mengamalkan kaedah yang mesra alam dan mematuhi standard keselamatan makanan Justeru, tidak hairanlah kadar hidup ikan ternakannya mencapai 90%. Ikan ternakannya dapat dipasarkan setelah mencapai saiz antara 0.7 - 3.5 kg/ekor. Secara purata, ladang akuakultur Encik Hanim mampu menghasilkan 29 tan metrik ikan air tawar sebulan. Ikan tilapia merah hidup dijual dengan harga RM15 sekilogram. Manakala spesies-spesies lain seperti kap rumput, kap kepala besar, lampam jawa, haruan, baung dan jelawat dijual dengan harga antara RM12 hingga RM40 sekilogram.

Ikan jelawat menjadi spesies ternakan sampingan.

Encik Hanim memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM50,000 sebulan dari hasil restoran.

Hasil ternakan dipasarkan secara insitu iaitu pelanggan datang sendiri ke ladangnya. Restoran dan kolam pancingnya juga berhampiran antara satu sama lain yang senang dikunjungi orang ramai. Encik Hanim mempunyai dua buah lori untuk pengangkutan di dalam ladang dan pemasaran hasil. Selain itu, Encik Hanim turut mencipta inovasi reka bentuk kolam yang memudahkan penuaian hasil. Sebagai contoh, beliau membina kolam takungan dan rawatan yang dimasukkan ikan sebagai penunjuk (indicator) bagi memastikan punca air ke kolam tidak dicemari dan air buangan dirawat sebelum dialirkan ke perairan umum.

Ladangnya juga dilengkapi dengan kemudahan jalan ladang, bekalan elektrik serta dihiasi landskap seperti pokok kelapa, mangga dan buluh. Operasi ladangnya juga turut melibatkan dua peserta contract farming. Jumlah pendapatan kasar Encik Hanim dari hasil usaha perikanan dan restoran ialah RM525,000 sebulan. Sementara itu, beliau juga memperoleh pendapatan sampingan dari hasil pertanian dan kraf sebanyak RM56,000 sebulan. Ini menjadikan jumlah pendapatan Encik Hanim secara keseluruhan ialah sebanyak RM581,000 sebulan. Encik Hanim masih bercita-cita untuk memperbesarkan lagi projek perikanannya dengan menambah bilangan kolam pembenihan di Kg. Orang Asli, Kachau dan bercadang untuk memperluaskan lagi rangkaian pemasaran ikan air tawar ke bandarbandar utama di seluruh Malaysia dan Singapura. Selain itu, di bidang bukan perikanan, beliau ingin membangunkan chalet dan membuka cawangan restorannya di Bandar Bangi 2. Walaupun sibuk dengan aktiviti perikanan dan pertanian, Encik Hanim masih boleh meluangkan masanya untuk aktiviti sosial. Beliau dilantik sebagai Naib Presiden Kelab Rekreasi Tekala, menjadi AJK Penternak Ruminan Daerah Hulu Langat dan menyertai AJK Unit Dakwah dan Saudara Baharu. Bagi menghargai usaha beliau dalam meningkatkan pengeluaran hasil pertanian, pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menganugerahkannya sebagai Usahawan Ikan Jaya Kategori Air Tawar Tahun 2012 sempena MAHA dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan 2012.
September 2012 Berita Perikanan 11

Perairan Sabah Paling Produktif


ara penyelidik Jabatan Perikanan Malaysia telah menjalankan survei sumber di kawasan dasar cerun pada kedalaman antara 100 meter hingga 500 meter di perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia di Sarawak dan Sabah pada bulan Ogos 2010. Survei ini dijalankan dengan menggunakan bubu Biodegrable bagi mengenal pasti sumber-sumber yang terdapat di kawasan cerun. Survei ini menemui sebanyak 160 spesies ikan dan invertebrata (hidupan tanpa tulang belakang).

Oleh: Hadil Rajali & Jamil Musel Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Bintawa, Kuching, Sarawak

Spesies dominan adalah udang jingga laut dalam (Pandalus sp.), mentimun laut (Holothuroidea), gastropoda, ikan-ikan dasar seperti Polymixia sp. (Beard fish), Malakichthys elegans, Setarches guentheri (deepsea scorpion fish), Chloropthalmus sp. (green eye), Cubiceps cf. whiteleggii (flat head), Bembrops caudimacula (duck bill), udang karang nephrops: Metanephrops formosanus, M. andamanicus dan M. chinensis dan lain-lain. Menerusi survei ini juga didapati komposisi sumber dasar cerun adalah terdiri dari 59% ikan dan 41% hidupan invertebrata. Manakala purata kepadatannya adalah 724 kilogram bagi semeter persegi (kg/km2) yang merangkumi kepadatan ikan sebanyak 436 kg/km2 dan invertebrata sebanyak 288 kg/km2. Didapati perairan Sabah lebih produktif dengan kepadatan 964 kg/

Bubu plastik Biodegrable digunakan untuk meneroka cerun 100m - 500m.

km2 berbanding dengan perairan Sarawak iaitu 486 kg/km2. Anggaran luas kawasan pada julat kedalaman 150 meter hingga 500 meter di perairan Sarawak ialah 24,695 km2 bersamaan hampir lima kali ganda lebih besar daripada kawasan perairan pantai timur Sabah (5,488km2). Namun, taburan biomas hanyalah pada nisbah 3:2. Ini menunjukan perairan Sabah adalah lebih produktif walaupun mempunyai luas kawasan pada julat kedalaman 150 meter hingga 500 meter yang lebih kecil berbanding perairan Sarawak. Oleh yang demikian, bubu yang menggunakan bahan cepat reput seperti plastik Biodegrable digalakkan diguna bagi menerokai sumber dasar laut ZEE Malaysia.

Taburan kepadatan (tan/km2) sumber ikan demersal di dasar kedalaman 150m - 500m perairan luar pantai Sarawak dan pantai barat Sabah dari Julai hingga Ogos 2010.

Hasil tangkapan invertebrata terdiri dari udang karang pelbagai jenis.

Udang karang nephrops dan ketam laba-laba.

Pelbagai jenis ikan dasar laut 100m - 500m.

Masalah Nelayan Labuan Dapat Perhatian


Oleh: Zainudin Abd. Wahab Jabatan Perikanan WP Labuan

Wilayah Persekutuan Labuan: Majlis Interaksi Nelayan Wilayah Persekutuan Labuan bersama YH Dato Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah diadakan pada 14 September 2012 bertempat di Dewan Persatuan Foo Chow. Turut hadir ialah YB Senator Datuk Yunus Bin Hj. Kurus, Ahli Dewan Negara merangkap Pengerusi Majlis Pembangunan Perbadanan WP Labuan dan seramai 184 orang nelayan daripada 17 buah kampung di seluruh WP Labuan serta beberapa jabatan dan agensi kerajaan. Majlis ini melibatkan sesi taklimat keselamatan nelayan di laut yang telah disampaikan oleh pegawai perikanan dari Institut Perikanan Malaysia, Terengganu. Penyampaian jaket keselamatan di bawah program Touch Point telah disempurnakan oleh YH Dato Ahamad Sabki Bin Mahmood kepada 150 orang nelayan. Beliau turut menyampaikan surat kelulusan Lesen Khas Sampan kepada seramai 34 orang nelayan. Sesi interaksi nelayan melibatkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Laut,
12 Berita Perikanan September 2012

malam yang mana telah menjadi ancaman kepada sampan dan bot-bot kecil. Memohon supaya Jabatan Perikanan memberi bantuan enjin, pukat dan peralatan serta memberi tambahan lesen khas sampan supaya lebih banyak nelayan mendapat lesen dan memudahkan mereka mencari rezeki dengan lebih aman. Memohon supaya Jabatan Taman Laut membenarkan nelayan berteduh di YH Dato Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia menyerahkan jaket keselamatan kepada kawasan Taman Laut semasa berlaku ribut nelayan sambil diperhatikan oleh YB Senator Datuk Yunus di laut, mengurangkan keluasan larangan bin Hj. Kurus Ahli Dewan Negara. Taman Laut dari satu batu nautika kepada Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, Jabatan 0.5 batu nautika. Ini memandangkan jarak Taman Laut dan Jabatan Keselamatan dan daratan pulau Labuan dengan garis sempadan Kesihatan Pekerja. Sesi interaksi ini dipengerusikan kawasan Taman Laut adalah agak kecil dan oleh Ketua Pengarah Perikanan. Antara isu yang mengurangkan kawasan tangkapan mereka. telah dibangkitkan oleh pihak nelayan ialah Memohon supaya pihak LKIM menambah insentif seperti berikut: pendaratan ikan mereka dan tidak disamakan dengan pendaratan dari bot-bot komersial yang Memohon supaya pihak APMM mengadakan lebih besar serta meminta supaya tunggakan lebih banyak rondaan khususnya pergerakan insentif dua bulan dibayar segera. bot-bot penyeludup yang sering merosakkan pukat mereka, tidak terlalu kasar kepada Segala aduan dijawab oleh ahli-ahli panel dan nelayan semasa membuat pemeriksaan serta direkodkan untuk tindakan susulan bagi memastikan memantau pencerobohan pukat tunda di waktu keselamatan nelayan WP Labuan.

Kerjasama Pantau Aktiviti Menuba Ikan Di Sungai


Oleh: Bahagian Perlindungan Sumber Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya

Temerloh, Pahang: Aktiviti menuba yang kerap dilaporkan sejak akhir-akhir ini terutamanya di Sungai Semantan, Pahang telah mengancam sumber perikanan darat serta menjejaskan aktiviti penternakan ikan sangkar. Sejak Januari hingga Ogos 2012, sebanyak tiga laporan polis telah dibuat mengenai aktiviti menuba di kawasan tersebut. Susulan dari aduan penduduk tempatan mengenai aktiviti berkenaan, Bahagian Perlindungan Sumber, Jabatan Perikanan Malaysia telah membuat perancangan dan mengkoordinasi satu program pemantauan dan dokumentasi aktiviti perikanan darat di negeri Pahang. Program diadakan pada 8 hingga 9 Ogos 2012 bertempat di Sungai Semantan, Pahang yang bertujuan membantu Unit Perikanan Darat Negeri Pahang dalam aktiviti penguatkuasaan. Program ini turut dibantu oleh pegawai-pegawai dan anggota dari Bahagian Perlindungan Sumber Ibu Pejabat, Putrajaya dan Pangkalan Perlindungan Sumber, Kuantan. Program pemantauan dan dokumentasi dijalankan dengan mengumpul maklumat daripada ketua-ketua komuniti setempat dan juga kumpulan sasar. Selain dapat mengatasi isu-isu perikanan darat, program ini dapat menjalinkan hubungan erat antara Jabatan Perikanan dengan golongan sasar.

Sesi taklimat kepada anggota yang terlibat.

Menemu bual penduduk untuk mendapatkan maklumat untuk tujuan pemantauan.

Pemantauan turut dijalankan di sangkar-sangkar ikan.

Pegawai dan anggota bersedia untuk membuat pemantauan.

Peralatan elektrik untuk mengaran antara yang dirampas sewaktu operasi.

Hasil pertemuan bersama beberapa ketua komuniti setempat, rata-rata mereka sanggup menyertai Komuniti Sumber Perikanan Darat bagi membantu Jabatan dalam usaha meneruskan kelestarian sumber perikanan darat di negeri ini. Walau bagaimanapun, mereka turut berharap agar rondaan dari Jabatan Perikanan dapat dipertingkatkan di samping mengharapkan kerjasama dari semua penduduk kampung.

Sandy - Pengusaha Jaya Ikan Ternakan Sangkar Sarawak


Oleh: Nata Bakar Jabatan Perikanan Laut Sarawak

ncik Sandy Lim Hock Kui, adalah seorang jurutera sebelum bergiat aktif dalam bidang penternakan ikan air payau di Kampung Rambungan, Sematan, Sarawak. Penternakan ikan dimulakan pada tahun 2009 dengan mengusahakan 19 buah sangkar yang mana spesies utamanya adalah ikan siakap. Pada tahun 2010, sangkar ikannya bertambah kepada 39 buah dan kemudiannya bertambah lagi kepada 69 buah pada tahun 2011. Kesungguhan Encik Sandy dalam aktiviti akuakultur telah mendorong Jabatan Perikanan Laut Sarawak untuk mendaftar projeknya sebagai Projek Anak Angkat. Ini melayakkannya untuk mendapat khidmat nasihat dan bantuan input dari Jabatan Perikanan. Dengan mengamalkan kaedah penternakan yang baik, beliau berjaya meningkatkan hasil tuaian dari setahun ke setahun. Pada tahun 2010, sebanyak 6,000 kilogram ikan siakap dapat dihasilkan dengan nilai RM84,000. Hasil tuaiannya meningkat kepada

Encik Sandy Lim menerima trofi kemenangan daripada YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib bin Mahmud, Ketua Menteri Sarawak sempena HPPN Peringkat Negeri Sarawak 2012. Hasil tuaian pada tahun 2011 ialah 10 ribu kilogram bernilai RM140,000.

10 ribu kilogram bernilai RM140,000 pada tahun 2011. Sehingga pertengahan tahun 2012, aktiviti penternakannya menghasilkan sebanyak 8,000 kilogram bernilai RM112,000. Kini, beliau mengembangkan aktiviti akuakulturnya dengan mengusahakan projek asuhan benih ikan laut di dalam 13 buah kolam asuhan. Projek ini telah pun mengeluarkan benih ikan laut bernilai RM318,400 sejak tahun 2011 sehingga kini. Bidang akuakultur yang dilihat mampu menjana pendapatan lumayan, mendorongnya untuk meningkatkan kawasan asuhan dan menambah

sebanyak 200 petak lagi untuk aktiviti pembenihan secara berperingkat. Selama penglibatannya dalam bidang akuakultur, beliau pernah menerima penghargaan daripada pihak MOSTI hasil sumbangan sempena Pameran Bio-Borneo 2012. Selain itu, penghargaan juga diterimanya daripada pihak Asia Fisheries Society dan Universiti Malaysia Sabah kerana masing-masing menjadi penceramah di seminar CAA3 - Cage Aquaculture Asia 2011 dan International Seminar On Marine Science & Aquaculture 2012. Sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2012, Encik Sandy Lim Hock Kui dianugerahkan sebagai Pengusaha Jaya Ternakan Ikan Dalam Sungai.
September 2012 Berita Perikanan 13

6 Julai 2012 YBrs. Tn. Hj. Ismail Bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perikanan Malaysia memberi penerangan mengenai Kompleks Hatceri Ikan Marin Nasional Rompin, Pahang kepada YB Datuk Seri Noh Bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia semasa mengadakan lawatan ke kompleks berkenaan.

12 Julai 2012 Program Kembara Perikanan Bersama Media dilancarkan oleh YH Dato Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia di Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya.

6 Julai 2012 YAB Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia menyampaikan Lesen Peralatan Menangkap Ikan Sungai sempena Majlis Pelancaran Mini MAHA Pekan, Pahang.

13 Julai 2012 YH Dato Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia melepaskan anak penyu sempena Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan dan Terma Rujukan (TOR) Kepada Agensi Kerajaan / Swasta / NGO / IPT Yang Terlibat Dalam Program Kerjasama Pengurusan dan Pemuliharaan Penyu di Semenanjung Malaysia di Pusat Penyelidikan Penyu dan Ekosistem Marin, Rantau Abang, Terengganu.

14 Berita Perikanan September 2012

19 Julai 2012 Program 5S Jabatan Perikanan Malaysia telah dilancarkan oleh YH Dato Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia di Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya.

23 Julai 2012 YBrs. Tn. Hj. Ismail Bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perikanan Malaysia bertukar-tukar cenderahati dengan TYT K.A. Jayapal, Menteri Perikanan Kerajaan Negeri Tamil Nadu, India sempena lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Perikanan Malaysia, Putrajaya.

27 Julai 2012 Hj. Rosli Bin Hassan, Pengarah Penyelidikan Perikanan mewakili Ketua Pengarah Perikanan Malaysia merasmikan Program Promosi Teknologi Akuakultur Tiram Triploid Anjuran Bersama Jabatan Perikanan dan Syarikat Tropical Oyster Sdn. Bhd. di Kuala Trong, Perak.

14 Ogos 2012 Sesi Perkongsian Ilmu disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dato Dr. Noordin bin Kardi, Pemegang Kursi ZAABA, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sempena Program Penerapan Nilai-nilai Murni dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya.

27 Ogos 2012 YBhg. Dato Mohd Hashim Bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia bertukartukar dokumen di Majlis Menandatangani Perjanjian dan Kontrak Kerjasama Mengenai Rangka Kerja Pengawal Aturan Projek Akuakultur Di Malaysia Antara Malaysia dan Norway di Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya.

September 2012 Berita Perikanan 15

30 Ogos 2012 Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama antara Jabatan Perikanan Malaysia yang diwakili oleh YBhg. Dato Mohd. Hashim bin Abdullah dengan Syarikat Plentiful Harvest Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Encik Long Fui Ming di Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya.

3 September 2012 Lawatan Kerja YB Dato Wira Mohd. Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia Sempena Pelaksanaan SOP Tatacara Pengambilan Data Pendaratan Vesel Penangkapan Ikan Laut Dalam di Kompleks Pendaratan Ikan LKIM, Tanah Putih, Kuantan.

6 September 2012 Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012/1433H & Warga Perikanan Bersama Mantan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah Bahagian Jabatan Perikanan Malaysia di Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya.

8 September 2012 Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Di Antara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), PERHEBAT dan PEMBINA sempena Karnival Kerjaya Sektor Pertanian 2012 disaksikan oleh YB Datuk Seri Noh Bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia di PWTC, Kuala Lumpur.

13 September 2012 YBrs. Dato Shahlan Bin Ismail, Setiausaha Politik Kepada YAB Perdana Menteri merasmikan buku Prosedur Kerja Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam sempena Majlis Perasmian Seminar Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) MOA Kali Pertama 2012 & Wacana Khas di Wisma Tani, Putrajaya.

16 Berita Perikanan September 2012

14 September 2012 YH Dato Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia menyampaikan jaket keselamatan sempena Majlis Interaksi Para Nelayan Labuan Bersama Ketua Pengarah Perikanan Malaysia yang diadakan di WP Labuan.

22 September 2012 YB Dato Wira Mohd. Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia merasmikan Bengkel Kerjasama Antara Jabatan Perikanan Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Langkawi, Kedah.

23 September 2012 Mini MAHA dan Jelajah Kesihatan 2012 Daerah Bentong dirasmikan oleh YAB Dato Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang di Bentong, Pahang.

23 September 2012 YB Datuk Seri Noh Bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia menyampaikan Kad Diskaun Siswa sempena Mini MAHA UPM di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang, Selangor.

25 September 2012 Majlis Pengkomersialan dan Padanan Perniagaan Produk Kosmetik Berasaskan Rumpai Laut telah dirasmikan oleh YH Dato Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia di Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya.

7 Oktober 2012 YB Dato Wira Mohd. Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia menyempurnakan Majlis Penyerahan Lesen Sampan Khas, Jaket Keselamatan dan Program Bantuan Perumahan Nelayan di Sungai Udang, Yan, Kedah.

September 2012 Berita Perikanan 17

Peranti Penyisih Penyu (Ted)


Tidak Bebankan Nelayan
Oleh: Nazuki Sulong & Syed Abdullah Syed Abdul Kadir FRI Rantau Abang, Dungun, Terengganu

alaysia bertuah kerana daripada tujuh spesies penyu yang terdapat di dunia, empat spesies iaitu penyu agar (Chelonea mydas), penyu belimbing (Dermochelys coriacea), penyu karah (Eretmochelys imbricata) dan penyu lipas (Lepidochelys olivacea) mendarat di negara ini. Namun begitu, populasi spesies yang dikatakan telah hidup berjuta-juta tahun dahulu dan sezaman dengan dinosaur ini telah menunjukkan tanda-tanda kepupusan seperti penyu belimbing dan lipas yang menunjukkan penurunan yang begitu drastik berbanding tahun 1970-an dahulu. Penyu belimbing yang suatu ketika dahulu telah mempopularkan Rantau Abang, kini menurun dengan begitu mendadak sejak 1990-an. Rekod pendaratan terakhir pada tahun 2010 menunjukkan sebanyak 10 sarang penyu belimbing dijumpai di Rantau Abang. Sehubungan itu bagi meningkatkan populasinya, Kerajaan Negeri Terengganu bersama Jabatan Perikanan Malaysia sedang menjayakan program penyelidikan dan pemuliharaan. Sementara itu, spesies penyu lipas pula menunjukkan penurunan yang lebih parah daripada penyu belimbing kerana tiada rekod pendaratan

Video under water yang di pasang pada TED.

Kerja-kerja menurunkan pukat tunda yang dipasang TED.

TED yang digunakan di Malaysia untuk menangkap ikan dan udang.

Jenis Georgia TED digubakan diubah suai di bahagian bawah untuk menangkap ikan pari.

Jenis Super Shooter yang mulamula di perkenalkan kepada nelayan Malaysia.

Bahagian-Bahagian Ted Dan Pukat Tunda

dicatatkan sehingga tahun 2011. Hanya satu pendaratan direkodkan di kawasan Mersing, Johor baru-baru ini yang memberi harapan bahawa spesies ini mampu kekal sekiranya programprogram pengurusan dan pemuliharaan yang lebih komprehensif dan sistematik dijalankan. Sebaliknya, populasi spesies penyu agar dan karah masingmasing di Terengganu dan Melaka masih stabil kerana bilangan pendaratannya meningkat antara 15% hingga 20% antara tahun 2008 hingga 2011 hasil keberkesanan program-program pemuliharaan dan kesedaran yang dijalankan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Antara faktor-faktor yang menyebabkan kepupusan penyu adalah kematian penyu yang berleluasa sepanjang tahun, pencerobohan dan kemusnahan habitat, perdagangan telur penyu dan juga kurangnya kesedaran di kalangan masyarakat setempat. Justeru, ia dilindungi di bawah CITES (Convention International Trade Endangered Species) dan juga IUCN (International Union for Convention of

Rakaman menunjukkan bagaimana penyu dapat keluar dari pukat tunda.

Jenis-jenis TED

Sudut kecondongan TED semasa dipasang. 18 Berita Perikanan September 2012

Nature) yang melarang aktiviti perdagangan penyu termasuk telurnya. Kematian penyu banyak disebabkan oleh penggunaan peralatan menangkap ikan seperti pukat tunda, pukat hanyut dan pukat pari yang berupaya memerangkap penyu dan menyebabkan kematian. Justeru, negara-negara Kesatuan Eropah (EU) telah mewajibkan penggunaan Turtle Excluder Device (TED) kepada Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam sebagai syarat lulus eksport udang ke negara mereka. Sehubungan itu, nelayan-nelayan tempatan diwajibkan menggunakan TED pada pukat tunda mereka bagi memastikan hasil tangkapan (udang) dapat memasuki negara-negara EU. Justeru, Malaysia kini mengadakan promosi penggunaan TED di kalangan nelayan yang mengoperasi pukat tunda udang untuk membuktikan kepada mereka bahawa penggunaannya tidak membebankan, sebaliknya memberikan keuntungan dan pendapatan yang lebih baik kepada mereka. Peralatan TED merupakan sejenis peranti yang dipasang pada peralatan pukat tunda yang mempunyai ciri-ciri khas untuk mengeluarkan penyu sekiranya terperangkap di dalam pukat tunda secara tidak sengaja. Peralatan yang

Penyu dapat melepaskan diri melalui injap.

berharga RM700/unit ini telah diperkenalkan pada tahun 1970-an oleh nelayan Amerika Syarikat dan ia banyak digunakan oleh nelayannelayan di Australia, Britain, Mexico dan lain-lain. Namun, penggunaannya di negara-negara di Asia Tenggara, masih lagi rendah. TED yang mempunyai diameter 0.5 meter mempunyai beberapa bentuk seperti bulat, separa bulat dan segi empat bergantung kepada jenis pukat tunda yang digunakan. Ia diperbuat daripada besi galvanis yang tahan karat dan mempunyai empat bahagian utama iaitu kerangka luar, jeriji tegak, penyambung pukat dan injap untuk mengeluarkan penyu. Kebanyakan negara-negara di dunia termasuk Malaysia telah mencuba TED dari jenis super shooter kerana keberkesanannya melepaskan penyu dan bahan-bahan lain seperti sampah yang besar melalui injap.

Sama ada menggunakan TED atau tidak, kaedah mengoperasi pukat tunda udang adalah sama. Kelajuan bot kira-kira tiga knot semasa menunda selama satu hingga dua jam adalah praktikal bagi memastikan kestabilan pukat dan kualiti hasil tangkapan. Semasa ia sedang ditunda, kebanyakan spesies ikan akan memasuki muka pukat dan terus ke keroncong termasuk penyu. Walau bagaimanapun, dengan adanya TED yang mempunyai penghalang iaitu jeriji galvanis yang dipasang menegak dengan jarak enam inci antaranya, ia hanya membenarkan spesies-spesies yang bersaiz kecil memasuki keroncong. Penyu yang biasanya mempunyai kelebaran karapas melebihi enam inci, tidak dapat melepasi jeriji ini dan akan selamat keluar melalui injap yang terdapat di bahagian bawah atau pun di bahagian atas TED. Nelayan di Kemaman, Terengganu menjadi perintis penggunaan TED kerana daerah ini merekodkan pendaratan penyu agar (Chelonia mydas) paling tinggi di Semenanjung Malaysia. Dalam tempoh empat tahun (2008 hingga 2011) sebanyak 800 hingga 1,300 sarang direkodkan. Oleh yang sedemikian, kawasan ini perlu dijaga daripada sebarang ancaman.

Walau bagaimanapun, nelayan perlu diyakinkan untuk mengguna TED. Sebelum ini, purata pendapatan nelayan yang menggunakan peralatan pukat tunda udang pada musim tengkujuh adalah antara RM300 hingga RM1,000 sehari yang mana kos minyak diesel adalah antara RM150 hingga RM200. Dengan menggunakan TED, kos diesel dapat dijimatkan sehingga 20%. Namun begitu, terdapat juga beberapa kekurangan dan masalah yang wujud dalam penggunaannya iaitu kos yang agak tinggi. Bagi mengurangkan bebanan, nelayan diberikan TED secara percuma. Selain itu, kajian dengan menggunakan video bawah laut telah dijalankan bagi membuktikan bahawa udangudang tidak dapat keluar melalui injap seperti mana yang didakwa sesetengah nelayan. Kini, reka bentuk TED yang dapat memerangkap ikan pari komersial telah pun dihasilkan seperti mana yang dicadangkan oleh pihak nelayan. Oleh itu, para nelayan tidak perlu bimbang yang hasil pendapatan mereka akan berkurangan apabila menggunakan TED. Satu bengkel akan diadakan bagi menerangkan penggunaan TED secara terperinci oleh pakar-pakar dari luar negara kepada para nelayan untuk meningkatkan keyakinan mereka terhadap penggunaannya sebelum diperluaskan ke seluruh Malaysia.

Penyu Karah
Oleh: Robert Leong Ho Fook Jabatan Perikanan Negeri Melaka

Produk Ekopelancongan Melaka

Hasil tangkapan menggunakan TED.

Tanpa menggunakan TED, pukat banyak memerangkap ikan baja dan sampah.

Pemasangan TED pada pukat tunda memerlukan kemahiran bagi memastikan kestabilannya semasa beroperasi dan tidak mengganggu pergerakan pukat tunda secara keseluruhan. Ia dipasang secara condong dengan sudut di antara 45o hingga 55o. Pukat tunda akan dipotong pada kedua-dua bahagian iaitu kirakira 20 kaki daripada bahagian keroncong pukat tunda dan disambung semula dengan menggunakan kedua-dua belah pukat pada TED. Bilangan mata pukat pada TED hendaklah sama dengan jumlah mata pukat pada pukat tunda. Kerja-kerja pemasangannya mengambil masa kira-kira satu jam.

Melaka: World Turtle Day yang bertemakan Melaka Our Home, Hawksbill Our Heritage telah disambut pada 16 Jun 2012 di Dataran Pahlawan, Melaka. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB Datuk Perumal A/L Raju, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Melaka yang turut disertai pegawai-pegawai kanan Jabatan Perikanan Malaysia, WWF-Malaysia, Ketua-ketua Jabatan dan Guru-guru sekolah di bawah program ekopelancongan. Objektif majlis ini adalah untuk menyedarkan orang ramai bahawa penyu merupakan khazanah laut yang perlu dilindungi dan ia memainkan peranan penting dalam meningkatkan industri pelancongan negara. Majlis ini juga bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai khas penduduk negeri Melaka bahawa negeri Hang Tuah ini amat bertuah kerana mempunyai

YB Datuk Perumal A/L Raju, menerima cenderamata daripada Tuan Haji Johari Ramli, Pengarah Bahagian Pelesenan dan Pengurusan Sumber, Jabatan Perikanan Malaysia.

Para pelajar merupakan generasi yang akan meneruskan usaha-usaha murni melindungi penyu.

spesies penyu Karah (Hawksbill) yang menjadi produk ekopelancongan berteraskan penyu. Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran seramai 46,709 pelawat ke Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Melaka pada tahun 2011 berbanding hanya 27,008 pada tahun 2010. Ketika berucap merasmikan majlis, YB Datuk Perumal berkata, kerajaan percaya bahawa keberkesanan pemuliharaan penyu memerlukan kerjasama semua pihak termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak swasta bagi memastikan matlamatnya mencapai kejayaan. Katanya lagi, sambutan World Turtle Day ini turut memberi manfaat kepada para pelajar yang merupakan generasi pelapis yang akan meneruskan usaha-usaha murni melindungi haiwan kesayangan ini. Majlis anjuran bersama antara Jabatan Perikanan Malaysia dan WWF-Malaysia (Tabung Alam Malaysia) ini turut diisi dengan persembahan kebudayaan, aktiviti melukis penyu dan juga pameran penyu yang dijayakan oleh pelajar-pelajar sekolah, agensi ekopelancongan di Melaka dan Universiti Teknologi Mara Melaka.
September 2012 Berita Perikanan 19

Acara melepas benih ikan dan menanam pokok.

TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob, diberi tabik hormat semasa melawat Projek ZIA Sempang.

Yang Di-Pertua Negeri Melaka


Lawat Projek Zia Sempang
Oleh: Mohd. Azam Jusoh Jabatan Perikanan Negeri Melaka

Sempang, Melaka: Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang Di-Pertua Negeri Melaka telah mengadakan lawatan rasmi ke Projek Zon Industri Akuakultur (ZIA) Sempang pada 10 Julai 2012. Turut hadir YB Datuk Wira Omar bin Kaseh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Perumal A/L Raju, Exco Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Melaka, pemimpinpemimpin tempatan serta Ketua-ketua Jabatan. Sempena program tersebut, TYT Tun Mohd Khalil turut melepaskan benih ikan siakap, menanam pokok dan melihat hasil ikan yang diternak sejak dua bulan lalu. Dalam taklimat, Pn. Rosmawati Ghazali, Pengarah Perikanan Negeri Melaka berkata, Nurseri

Pn. Rosmawati Ghazali, Pengarah Perikanan Negeri Melaka menyampaikan cenderamata kepada Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob.

Ikan Marin Zon Industri Akuakultur Sempang yang baru beroperasi sejak bulan April, menyasarkan pengeluaran sebanyak 244 tan metrik dengan nilai RM4 juta setahun. Projek ZIA Sempang yang

dibina dengan kos bernilai RM5 juta, merupakan projek akuakultur fasa kedua untuk menampung keperluan rakyat di negeri ini. Projek tersebut dilaksanakan di bawah peruntukan RMKe-10 yang bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran ikan negara supaya tidak terlalu bergantung kepada ikan yang diimport. Pada masa ini, tujuh buah kolam yang terdapat di sini diternak dengan ikan siakap sebagai permulaan dan hasilnya dijangka diperoleh pada bulan Oktober ini. Selepas projek menternak ikan siakap, Jabatan Perikanan bercadang untuk menternak ikan kerapu harimau yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi. Pengeluaran ikan pada tahun 2009 dan 2010 di bawah RMK Ke-9 melalui projek akuakultur fasa pertama di kawasan tersebut, hanya mampu menghasilkan 83 tan metrik ikan dengan nilai RM853,600. Ekoran daripada itu, projek fasa kedua telah dilaksanakan dengan pelbagai kemudahan yang akan diusahakan oleh lapan peserta yang telah dipilih oleh Jabatan Perikanan.

Program Touch Point


Perikanan Melaka
Oleh: Mohd. Azam Jusoh Jabatan Perikanan Negeri Melaka

Seramai 244 nelayan menerima jaket keselamatan.

100 orang penternak menerima benih dan makanan ikan

Ayer Keroh, Melaka: Keselamatan nelayan semasa keluar menangkap ikan di laut menjadi keutamaan kepada Jabatan Perikanan Malaysia. Di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 8, telah termaktub bahawa semua vesel penangkapan ikan mesti mematuhi syarat-syarat dalam lesen
20 Berita Perikanan September 2012

antaranya vesel di bawah 10 GRT perlu dilengkapi dengan jaket keselamatan, boya keselamatan, alat pemadam api dan sebagainya. Bagi nelayan sampan yang menggunakan peralatan tradisional (enjin sangkut), jenis peralatan keselamatan yang perlu berada di atas sampan adalah dua unit jaket keselamatan dan satu unit lampu picit. Manakala bagi vesel jenis enjin dalam, peralatan yang perlu berada di atas vesel adalah jaket keselamatan (tiga unit), lampu pelayaran (kiri - warna merah dan kanan - warna hijau) dan masing-masing seunit pemadam api, boya, lampu picit dan kompas. Bermula pada tahun hadapan, lesen tidak akan diperbaharui sekiranya nelayan tidak melengkapkan vesel mereka dengan peralatan keselamatan yang telah ditetapkan. Menerusi Kempen Keselamatan Nelayan Di Laut yang telah dilancarkan pada awal tahun ini, pihak Jabatan Perikanan telah melaksanakan pemeriksaan mengejut dan mendapati masih banyak vesel tidak menyediakan

peralatan keselamatan yang sepatutnya selain terdapat juga peralatan keselamatan yang telah tamat tempoh dan rosak. Sehubungan itu, Majlis Penyampaian Bantuan Touch Point telah diadakan pada 16 September 2012 di Ayer Keroh, Melaka bagi menyerahkan jaket keselamatan kepada seramai 244 orang nelayan dan juga memberi bantuan benih dan makanan ikan kepada 100 orang penternak. Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Perumal A/L Raju, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Melaka. Di bawah program Touch Point akuakultur pula, Jabatan Perikanan Negeri Melaka telah mengenal pasti sebanyak 476 buah kolam terbiar berkeluasan 46.10 hektar yang melibatkan 100 orang penternak untuk dipulihkan. Ini melibatkan bantuan benih ikan air tawar sebanyak 196,000 ekor bernilai RM32,940 dan makanan ikan sebanyak 1,362 beg bernilai RM73,946 yang diagihkan kepada penternak.

Ke Arah Perikanan Cemerlang


Oleh: Mohd. Azam Jusoh Jabatan Perikanan Negeri Melaka

Ayer Keroh, Melaka: Jabatan Perikanan Negeri Melaka telah mengambil bahagian dalam pameran sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Melaka yang berlangsung dari 16 18 September 2012 di Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj. Yaakub Md. Amin, Exco Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Sains YB Datuk Hj. Yaakub Md. Amin, Exco Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Melaka menyampaikan Anugerah dan Teknologi dan Sumber Penternak Ikan Air Payau Jaya. Manusia Negeri Melaka. Dalam ucapan perasmiannya, YB Datuk Hj. Yaakub Md. Amin saing serta dapat meningkatkan pendapatan bersih berkata, Jabatan Perikanan Negeri Melaka telah melebihi RM3,000 sebulan. Selain itu, program diperuntukkan sebanyak RM5.45 juta untuk ini juga akan memberi impak sosioekonomi yang Program Peningkatan Kemudahan dan Bantuan seimbang dan akan meningkatkan pengeluaran Input Projek Berkelompok, Program Ladang ikan negara. Tiga buah ladang penternakan ikan di Sinergi Projek Asuhan dan Ternakan Ikan Marin negeri Melaka juga telah dianugerahkan Sijil Amalan dalam Kolam di Sempang. Kawasan yang telah Akuakultur Baik (SAAB) kerana berjaya mematuhi diwartakan sebagai Fasa II, Zon Industri Akuakultur prosedur penternakan yang telah ditetapkan Jabatan (ZIA) ini diwujudkan untuk melahirkan usahawan Perikanan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti yang berinovatif, berkemahiran tinggi dan berdaya dan keselamatan makanan.

YB Datuk Hj. Yaakub Md. Amin menerima cenderamata daripada Pn. Rosmawati Ghazali, Pengarah Perikanan Negeri Melaka ketika melawat gerai Jabatan Perikanan.

Pertandingan menangkap belut anjuran Jabatan Perikanan.

Jabatan Perikanan Negeri Melaka juga telah berjaya melaksanakan projek AZAM Tani dalam usaha meningkatkan pendapatan golongan miskin tegar dan miskin melalui penglibatan mereka dalam projek perikanan, penternakan, pertanian dan industri asas tani dengan peruntukan sebanyak RM3.2 juta. Sehingga kini, seramai 85 dari 250 orang peserta dari keluarga miskin tegar dan miskin yang menyertai projek ini, telah terkeluar dari paras kemiskinan.

Peserta Azam Tani Ikuti

Seminar Keselamatan Makanan

Oleh: Mohd. Azam Jusoh Jabatan Perikanan Negeri Melaka

Port Dickson, Negeri Sembilan: Jabatan Perikanan Negeri Melaka telah mengadakan Seminar Keselamatan Makanan kepada peserta Azam Tani pada 4 5 Julai 2012 bertempat di Port Dickson yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Latipah bte. Omar, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Melaka. Seramai 80 peserta Azam Tani telah mengikuti seminar tersebut yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan kemahiran peserta supaya dapat keluar dari belenggu kemiskinan, meningkatkan pengetahuan, memberi motivasi dan kesedaran kepada peserta supaya lebih berkeyakinan serta bijak merebut peluang. Ini adalah kerana meningkatkan pendapatan peserta program Azam Tani merupakan salah satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Ketua Pengarah Perikanan Malaysia di mana seramai 77 orang perserta perlu dikeluarkan dari kategori miskin. Sehingga kini, pihak ICU telah mengesahkan seramai 85 orang telah terkeluar dari program ini.

YB Datuk Latipah Omar menyampaikan sijil penyertaan.

Seminar disertai 80 peserta program Azam Tani.

Secara umumnya, peserta program Azam Tani dikaitkan dengan keupayaan pengeluaran, tahap kemahiran, kualiti dan produktiviti yang masih boleh ditingkatkan. Beberapa halangan yang dikenal pasti adalah kekangan modal, kehendak pengguna, kurang pendedahan dan pasaran yang sentiasa berubah seiring perkembangan teknologi semasa serta keperluan pematuhan piawaian kualiti dan keselamatan makanan yang tinggi. Justeru, pihak

Jabatan Perikanan menganjurkan seminar sebegini bagi membuka ruang minda para peserta agar lebih berpengetahuan dan berkemahiran untuk terus memajukan diri dan bidang yang diceburi. Seminar ini tertumpu kepada keselamatan makanan yang merangkumi garis panduan amalan kebersihan yang baik atau GHP (Good Hygine Practice). Jabatan Perikanan berharap agar peserta dapat menitikberatkan aspek kebersihan dan sanitasi dalam usaha yang dijalankan bagi menjamin kualiti dan keselamatan makanan. Selain itu, Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Kesihatan turut dijemput untuk memberi penerangan mengenai kepentingan lesen perniagaan dan memberi suntikan typhoid kepada peserta.
September 2012 Berita Perikanan 21

Spesies Baharu Ikan Gemian


(Polydactylus luparensis)
Ditemui Di Batang Lupar Sarawak
Oleh: Annie Lim Pek Khiok Pusat Biosekuriti Perikanan Sarawak, Kuching, Sarawak

Ikan Gemian segar bersaiz 670mm panjang.

Ikan Gemian awet bersaiz 670mm panjang.

ara penyelidik Pusat Biosekuriti Perikanan Sarawak telah menemui spesies baharu ikan Gemian di Batang Lupar, Sarawak semasa menjalankan Projek Biodiversiti pada tahun 2008. Ikan Gemian yang didaratkan di Sebuyau, Sarawak ini mempunyai ciri-ciri meristik dan morfometrik yang berlainan dari spesies-spesies dalam famili Polynemidae . Perbincangan bersama Prof. Dr Hiroyuki Motomura yang merupakan pakar ikan Polynemidae, telah bersetuju dan mengesahkan bahawa ikan Gemian ini adalah spesies baharu. Gemian dikenal pasti dari famili Polynemidae dan genus Polydactylus. Gemian berbeza daripada semua 14 spesies Polydactylus yang terdapat di kawasan Indo-Pasifik dari segi bentuk kepala, saiz badan, ciri-ciri meristik dan morfometrik. Genus Polydactylus Lacepde, 1803 mempunyai sirip pektoral yang terletak di bawah pertengahan sisi badan, diameter

matanya agak besar, bibir terletak di bahagian depan bawah dagu, saiz pangkal sirip anal lebih pendek daripada kepala, saiz pangkal sirip pektoral (termasuk pangkal pektoral berfilamen) lebih pendek daripada dagu sebelah atas, ruang pemisah batang-batang gigi premaxilari kurang daripada lebar sebatang gigi. Ikan Gemian ( Polydactylus luparensis ) mempunyai lapan spina di sirip dorsal pertama. Spina pertama yang kecil dan spina kedua teguh di mana lebarnya lebih lima kali lebar spina pertama. Mempunyai 13 sirip lembut di dorsal kedua, 11 sirip lembut di sirip anal, 12 sirip lembut pektoral dan enam berfilamen yang keempat atau kelima filamen yang paling panjang melebihi sedikit pangkal sirip kaudal dan warna bahagian pangkal filamen ketiga hingga keenam putih dan selepas itu hitam hingga ke hujung; mempunyai 67 75 pori di garis lateral, garis lateral tidak bercabang mencapai sehingga ke

penghujung sebelah atas lob sirip kaudal bawah; mempunyai enam barisan sisik di sebelah atas garis lateral dan lapan di bawah. Warna badan ikan Gemian kelabu kebiruan di bahagian dorsal dan keperak-perakan di bahagian ventral. Nama luparensis diberi berdasarkan kepada lokasi ia dijumpai iaitu di Sungai Batang Lupar. Sukatan morfometrik dan merestik diambil untuk lima spesimen yang berukuran di antara (610 715 mm panjang). Spesimen tersebut diawet dan simpan di Institut Penyelidikan Perikanan Sarawak dan juga di Kagoshima Universiti Muzium, Kagoshima, Jepun. Setakat ini, Polydactylus luparensis hanya terdapat di kawasan air payau di muara Sungai Batang Lupar Sarawak sahaja (endemik) dari bulan Jun hingga Ogos setiap tahun. Ikan yang matang (termasuk juga sebilangan kecil juvenil) biasanya ditangkap oleh nelayan tempatan dengan menggunakan pukat hanyut tangsi.

Prof. Dr Hiroyuki Motomura, pakar dari Kagoshima Universiti Muzium dan penulis. 22 Berita Perikanan September 2012

Pukat hanyut tangsi digunakan untuk menangkap ikan Gemian.

Spesies Baharu Pari-Raja Dwi-Tompok (Okamejei jensenae)


Ditemui di Perairan Sulu - Sulawesi
Oleh: Annie Lim Pek Khiok Pusat Biosekuriti Perikanan Sarawak, Kuching, Sarawak

emasa Kajian Penaksiran Stok Sumber Demersal Pantai Timur Sabah di Perairan Sulu Sulawesi, seekor ikan Pari-raja Dwi-tompok atau nama saintifiknya Okamejei jensenae sepanjang 496 milimeter telah didaratkan menggunakan pukat tunda dari kedalaman air antara 110 meter hingga 118 meter. Perbincangan antara Para penyelidik bersama pakar yu dan pari dari CSIRO Hobart, Australia iaitu Dr. Peter Last telah mengesahkan bahawa ikan Pari-raja dwi-tompok ini adalah sama dengan tiga ekor spesies pari-raja yang pernah dijumpai di Filipina pada tahun 1999 dan 2000.

Ikan Pari Raja Dwi-tompok bersaiz 496 mm panjang.

Ikan pari Okamejei cairae (Last, Fahmi & Ishiha, 2010) atau Borneo Sand Skate.

Ikan pari Okamejei hollandi (Jordan & Richardson, 1909) atau Yellowspotted Skate

Kepala dorsal dan kepala ventral Okamejei jensenae yang diawet.

Spesies baharu Pari-raja tergolong dalam famili Rajidae dan genus Okamejei. Terdapat dua jenis ikan pari dari genus Okamejei iaitu Okamejei cairai dan Okamejei hollandi yang pernah ditemui di perairan Borneo. Pari Raja Dwi-tompok ini berbeza dengan 14 spesies Okamejei dari lautan Indo-Pasifik dari segi kombinasi warna, squamation, morformetrik dan meristik. Perbezaan yang ketara pada Pari-raja dwi-tompok berbanding ikan Pari-raja Borneo dan Pari-raja bintik-kuning ialah Pari-raja dwi-tompok mempunyai dua tompok gelap yang besar yang dikelilingi bintik putih, jarak antara kedua-dua

sirip dorsal rapat, bulat dan bersaiz sama serta mempunyai bintik kekuningan di permukaan dorsal coklat. Sebagai penghormatan kepada sumbangan Dr. Kirsten Jensen atas sumbangannya kepada taksonomi yu dan pari, Pari-raja dwi-tompok ini dinamakan Okamejei jensenae. Manakala nama Inggeris untuk ikan berkenan ialah Philippine Ocellate Skate. Ikan pari Okamejei jensenae mempunyai saiz sehingga 496 mm panjang keseluruhan dan mempunyai ciri-ciri seperti muncung tajam,bersegi tiga dan panjang, mempunyai

dua tompok gelap besar dikelilingi bintik putih di bahagian dorsal, mempunyai bintik kekuningan di permukaan dorsal coklat serta jarak antara kedua-dua sirip dorsal rapat, berbentuk bulat dan bersaiz sama. Ekornya pendek dan mempunyai duri yang berbaris di atas. Data morfometrik untuk ikan ini diambil dari satu holotaip dan tiga parataip. Spesimen-spesimen juga diradiograf untuk mendapat maklumat meristik seperti hitungan vertebral, hitungan ruji sirip pektoral dan pelvik dan barisan gigi. Ikan berkenaan diberikan parataip IPPS 201003 dan kini disimpan di Institut Penyelidikan Perikanan Sarawak.

Paparan ekor dorsal, lateral dan lateral prokaudal Okamejei jensenae. September 2012 Berita Perikanan 23

Teknologi Biosensor Hormon


Kenal Pasti Jantina Arowana Emas
Oleh: Muahamad Zudaidy Jaapar Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Glami Lemi, Jelebu, Negeri Sembilan

kan Arowana atau Kelisa adalah ikan hiasan air tawar yang istimewa dan dijual dengan harga yang tinggi di pasaran tempatan dan luar negara. Ikan ini telah mula diternak sejak 40 tahun yang lalu oleh pengusaha ikan hiasan di Bukit Merah, Perak. Walau bagaimanapun ia mengalami kepupusan di habitat asal disebabkan oleh aktiviti penangkapan yang tidak terkawal sejak tahun 70-an. Bagi mengelakkan spesies ini terus pupus, ia telah dikawal di bawah Convention on the International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) sama ada bagi tujuan eksport atau import.

Induk Arowana Emas Malaysia.

Sampel darah diambil untuk analisis kandungan hormon.

Anak-anak ikan arowana yang baru dilepaskan dari mulut ikan jantan.

Anak ikan arowana. 24 Berita Perikanan September 2012

individu juga adalah penting bagi mengekalkan nisbah jantan dan betina bagi menghasilkan bilangan anak ikan yang mencukupi dan berkualiti. Kaedah yang digunakan bagi mengetahui jantina ikan Arowana yang biasa digunakan adalah dengan melihat bentuk badan, namun kaedah ini kurang tepat dan tidak Aktiviti menjaring ikan Arowana untuk mengambil sampel darah. boleh dipraktikkan pada peringkat juvenil. Kini, Ikan Arowana adalah antara spesies ikan kaedah biosensor hormon sedang diusahakan yang sukar untuk dikenal pasti jantinanya untuk menentukan jantina ikan Arowana. kerana ia memiliki bentuk badan yang hampir Pada peringkat awal, kajian darah daripada sama antara jantan dan betina terutamanya ikan Arowana diambil dan dianalisis kandungan pada peringkat juvenil. Kajian bagi mengenal hormon pembiakannya (17 estradiol (E2) pasti jantina ikan ini bermula apabila timbul dan 11-ketotestosteron (11KT)). Analisis ini permasalahan di kalangan penternak untuk bertujuan untuk melihat kadar kepekatan mengetahui jantina ikan Arowana Emas hormonnya yang mana jika kepekatan hormon yang bersaiz lapan sentimeter hingga ke 10 11KT tinggi berbanding E2, maka ikan tersebut sentimeter. Langkah drastik telah diambil oleh adalah jantan dan begitulah sebaliknya. Jabatan Perikanan Malaysia melalui Institut Teknologi biosensor pengesanan jantina Penyelidikan Perikanan (FRI) Glami Lemi, Jelebu ikan Arowana dibangunkan dari hasil kajian dengan kerjasama Universiti Kebangsaan hormon dalam plasma darah yang dibangunkan Malaysia (UKM) untuk menjalankan kajian dengan kerjasama UKM. Templat atau acuan mengenal pasti jantina ikan ini khususnya di biosensor ini dicipta untuk mengesan antibodi peringkat juvenil. atau pun kandungan kimia dalam hormon Kepentingan untuk mengetahui jantina ikan pembiakan ikan Arowana tersebut. Walaupun ini adalah disebabkan terdapat perbezaan nilai kit biosensor berjaya dihasilkan, namun ia mengikut jantina, di mana ikan betina lebih masih menjalani proses percubaan. Diharap bernilai berbanding ikan jantan. Ini kerana, kit biosensor pengesan jantina ini akan ikan betina dapat menghasilkan anak yang membantu para pengusaha ikan Arowana Emas bernilai hampir RM250,000 jika pembiakannya dalam menjalankan program pembiakan serta berjaya. Selain itu pengenalan jantina secara pemasaran ikan tersebut.

Ternak Kerang Dalam Kolam


Oleh: Mohd. Saleh Mohd. Taha, Dr. Zainoddin Jamari, Balton Martin & Mohammad Amer Halib Pusat Penyelidikan Perikanan (FRI) Pulau Sayak, Kota Kuala Muda, Kedah

enternakan kerang di kawasan semula jadi telah bermula sejak tahun 1970-an yang banyak tertumpu di pesisiran laut di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Sehingga kini, tiada usaha untuk mentransformasikan kaedah penternakan sedia ada kepada kaedah alternatif yang lebih mudah dan terkawal. Bertitik tolak dari itu, FRI Pulau Sayak, Kedah telah melaksanakan satu kajian penternakan kerang dalam kolam di atas tanah seluas 0.2 hektar di Pusat Demonstrasi Ternakan Air Payau (PDTAP) di Ban Merbok, Kedah selama 13 bulan bermula dari bulan Oktober 2010 hingga Disember 2011. Objektif kajian adalah untuk menentukan ketahanan serta tumbesaran benih kerang dan dalam masa yang sama membuat penilaian daya maju (viability) projek. Sebelum aktiviti penternakan dilakukan, dasar kolam dipastikan berlumpur halus dan lembut dengan kadar kemasinan air pada paras 18 ppt atau lebih tinggi. Kolam juga hendaklah bebas daripada pemangsa-pemangsa kerang seperti siput duri, siput belitung kecil, siput halia dan lainlain. Benih kerang bersaiz 13mm ditabur secara manual sebaik sahaja ia sampai di tapak projek bagi mengelakkan kematian. Harga benih kerang bergantung pada saiz benih, untuk saiz 1,000 - 3,000 biji/kg., harganya dianggarkan RM60 seguni. Kajian ini menggunakan 15 guni benih kerang yang diperoleh dari kawasan semula jadi di Sabak Bernam, Selangor. Kualiti air dipantau dari segi fizikal dan kimia secara berkala, manakala tumbesaran dan kadar hidup kerang direkodkan secara bulanan. Pemakanan kerang bergantung sepenuhnya kepada kepekatan plankton di dalam air Sungai Merbok yang masuk

Hasil kerang yang diternak di dalam kolam.

mengikut pasang surut semula jadi. Kerang dituai apabila saiz pasaran dicapai iaitu dalam lingkungan 25mm seperti mana yang termaktub dalam Peraturan-peraturan Perikanan (Pemuliharaan dan Kultur Kerang 2002). Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati kadar hidup kerang yang diternak dalam kolam adalah lebih rendah iaitu 15%, berbanding penternakan secara konvensional iaitu 50%. Namun hasil kajian mendapati bahawa kadar hidup kerang berkurangan secara sekata. Ini adalah disebabkan kadar kemasinan air kolam mempengaruhi kadar hidup kerang. Kemasinan air dalam kolam tidak stabil sepanjang tahun kesan daripada hujan.
Menuai kerang secara manual.

Memasukkan (menebar) benih kerang ke dalam kolam.

Mengambil data bulanan.

Mengapur kolam sebelum kerang diternak.

Kolam kerang di Ban Merbok, Kedah.

Tumbesaran kerang dalam kolam pula didapati perlahan dengan perbezaan antara 2 - 3 bulan berbanding tumbesaran kerang di kawasan semula jadi. Setelah 13 bulan diternak, saiz kerang mencapai 20.7mm dengan berat 3.3gm. Perbandingan ini dibuat dengan kerang yang diternak secara semula jadi di Kg. Sebangan dan Kg. Maludam, Sarawak yang mencapai saiz dari 11mm ke 20mm selepas tujuh bulan diternak. Manakala bagi penilaian ekonomi skala komersial, didapati percubaan penternakan dalam kolam masih di peringkat percubaan awal dan memerlukan kajian lanjut. Kajian awal ini menggunakan benih seberat 1,000 kg dengan anggaran sebanyak 1.17 juta biji. Namun, hanya 357 kg sahaja hasil yang berjaya dituai dengan anggaran 108,000 biji. Dari segi kos pula, sebanyak lebih kurang RM4,000 telah dibelanjakan, berbanding nilai jualan kerang dalam anggaran RM6.00/kg x 357 kg bersamaan RM2,142. Kerugian disebabkan kadar hidup kerang yang rendah di peringkat akhir

kajian kerana saliniti air kolam yang tidak stabil akibat musim hujan. Jika diambil nilai tertinggi kadar hidup akhir yang dicapai iaitu 55% pada bulan ke-10, nilai jualan kerang pada ketika itu adalah RM6.00/ kg x 1,005 kg iaitu RM6,031 yang mana memberi keuntungan sebanyak RM2,031. Beberapa isu yang mempengaruhi aktiviti penternakan dalam kolam telah diketengahkan seperti berikut: Kemasinan air merosot secara mendadak semasa hari hujan berterusan yang menyebabkan kematian kerang. Keadaan air kolam yang sentiasa statik (tiada pergerakan air). Sedangkan penukaran air kolam bergantung kepada pasang surut air laut. Kesuburan plankton (makanan hidup) yang sukar dikawal kesan dari masalah di atas. Kaedah penuaian secara manual yang sukar dan tidak efektif kerana kor galah tidak dapat digunakan disebabkan dasar tanah bukan berselut lembut. Sehubungan itu, dapat disimpulkan bahawa kerang boleh diternak di dalam kolam. Namun, kadar hidup dan tumbesarannya adalah rendah dan memerlukan masa yang lebih panjang. Beberapa faktor persekitaran seperti kemasinan air kolam, kelimpahan makanan hidup dan penukaran air kolam perlu diberi penekanan. Bagi penternakan secara komersial pula, didapati kurang ekonomi berbanding penternakan secara konvensional. Penternakan kerang secara konvensional hanya melibatkan pemilihan kawasan yang sesuai dengan habitat kerang. Namun, penternakan di dalam kolam perlu mematuhi prosedur penyediaan kolam yang melibatkan kerja-kerja pengeringan, pembersihan, pengapuran dan memasukkan air ke dalamnya. Secara umumnya, kaedah penternakan di dalam kolam memerlukan komitmen dan aktiviti pengurusan yang lebih tinggi dan teratur berbanding penternakan di kawasan semula jadi.
September 2012 Berita Perikanan 25

Simen Dari Serbuk Kulit Kerang


erang adalah moluska dwicangkerang yang merupakan salah satu spesies utama dalam industri akuakultur di Malaysia. Hasil pengeluaran kerang pada tahun 2010 adalah sebanyak 78,024.7 tan metrik, di mana jumlah ini jelas menganggarkan sisa buangan kulit kerang yang terhasil. Berdasarkan pemantauan di tapak pendaratan kerang dan tempat pemprosesan hasil kerang, didapati sisa kulit kerang ini dibiarkan begitu sahaja sehingga membentuk timbunan-timbunan kecil yang mencacatkan pemandangan serta mencemarkan alam sekitar kerana ia mengambil masa yang lama untuk terurai. Justeru, Institut Penyelidikan Perikanan (FRI), Batu Maung, Pulau Pinang telah menjalankan kajian untuk mengkomersialkan sisa kulit kerang ini sebagai bahan gunaan di dalam industri binaan. Kulit kerang mengandungi unsur kalsium karbonat sebanyak 99% dan bertindak sebagai bahan pengisi seperti kapur di dalam campuran konkrit. Di negara-negara Barat, penggunaan kapur sebagai bahan pengisi di dalam konkrit dapat meningkatkan kekuatan konkrit tersebut dengan penambahan penggunaannya tidak melebihi 35%. Kehalusan saiz partikel serbuk kulit kerang juga didapati seakan sama dengan kehalusan serbuk simen dengan saiz antara 4.70m - 5.77 m. Berpandukan sifat-sifat kimia dan fizikal yang di dapati di dalam serbuk kulit kerang, adalah sesuai ia digunakan sebagai sumber bahan campuran yang murah dalam binaan konkrit. Kajian terhadap kekuatan mampatan dan kekuatan lenturan konkrit dengan campuran sebanyak 5% hingga 10% serbuk kulit kerang, mendapati konkrit menjadi lebih kuat sehingga 35 MPa (kekuatan jangkaan) selepas 28 hari

Oleh: Ir. Nor Hazurina binti Othman Institut Penyelidikan Perikanan (FRI, Batu Maung, Pulau Pinang

diawet. Penambahan serbuk kulit kerang melebihi 10% akan menyebabkan kekuatan konkrit semakin berkurangan. Perbandingan dari segi kos didapati penggunaan kulit kerang dapat menjimatkan kos penggunaan simen sebanyak 6% - 10% untuk mencapai gred konkrit yang dikehendaki.
Jadual 1: Kos bagi menghasilkan 1m3 campuran konkrit gred 35.

Bahan

Konkrit Normal 50 kg (RM18) -

Campuran 5% serbuk kulit kerang (A) 47 kg (RM16.90) 3 kg (RM0.00) RM16.90

Campuran 10% serbuk kulit kerang (B) 45 kg (RM16.20) 5 kg (RM0.00) RM16.20

Simen Serbuk kulit kerang

Jumlah Kos RM18.00

Peratus penjimatan kos (A) = RM18 RM16.90 x 100% = 6% RM18 Peratus penjimatan kos (B) = RM18 RM16.20 x 100% = 10% RM18 Kesimpulannya, serbuk kulit kerang berpotensi digunakan sebagai sebahagian bahan gantian simen di dalam konkrit dalam industri pembinaan misalnya untuk struktur yang terdedah kepada air laut seperti jeti, pelantar minyak, tukun dan sebagainya. Ini mengambil kira sifat kulit kerang itu sendiri di mana kulitnya akan mengambil masa yang lama untuk terurai di dalam air laut. Berikut ialah rupa bentuk kiub konkrit mengikut peratus campuran serbuk kulit kerang:-

Konkrit Normal (0%)

Campuran 5%

Timbunan kulit kerang di tapak pemprosesan kerang. Campuran 10% Campuran 15%

B Campuran 25% Campuran 50%

Rupa bentuk serbuk kulit kerang (A) ialah sebelum pembakaran dan (B) selepas pembakaran pada suhu 900C 26 Berita Perikanan September 2012

Uji Minda Anda!!!

TEKA SILANG KATA (BP SEPTEMBER 2012): Hadiah disediakan kepada peserta yang berjaya menjawab kesemua soalan dengan betul. Sila lengkapkan borang penyertaan dan fakskan kepada Pengarang Berita Perikanan melalui faksimili no. 03-88892498 (Borang fotokopi juga diterima)

Mendatar:
3. Latihan jasmani seperti tarian. 7. Ringkasan dalam Bahasa Inggeris Program Transformasi Ekonomi. 9. Puisi yang mengandungi ajaran (sindiran, jenaka, dll); contoh, sambil itu dia bersyair, berbait, bergurindam dan ber________. 10. Maksud RTC dalam Bahasa Malaysia ialah Pusat ____________ Luar Bandar . 14. Golongan yang berhak menerima zakat: contoh, sumber zakat disumbangkan kepada individu Islam yang termasuk dalam _______ yang lapan. 15. Tanahnya berpasir dan tidak sesuai untuk pembinaan kolam. 19. Proses membebaskan masyarakat dari sekatan politik dan moral. 20. Kawasan di mana darat bertemu laut. 22. Orang kaya dan angkuh pada zaman Nabi Musa yang terbenam ke dalam tanah bersama harta bendanya: contoh, harta yang dijumpai terpendam dan tidak diketahui tuannya dipanggil harta ________.

24. Singkatan AZAM bagi Program AZAM Tani ialah Akhiri Zaman __________. 25. Ujian, penyelidikan dan percubaan terutamanya yang dirancang untuk membuktikan sesuatu hipotesis.

Menurun:
1. Meliputi atau mengenai seluruh dunia, sejagat: contoh, perkara itu hendaklah dilihat dari sudut pandangan yang __________. 2. Orang yang bekerja di atas kapal. 4. Goncangan atau gerakan pada air. 5. Tetap ada, berterusan. 6. Barang berharga dari dasar laut. 8. Tema sambutan MAHA International 2012 ialah Transformasi Pertanian Melalui _________. 11. Menghebahkan kepada orang ramai. 12. Salah satu sifat air ialah ___________. 13. Menurut peraturan, adat kebiasaan, rasmi: contoh, berpakaian _________.

16. Drama pentas yang disertai dengan nyanyian dan muzik. 17. Sesuatu seperti makanan, ikan, buah yang luar biasa keistimewaannya: contoh, ikan hiasan ____. 18. LOV bermaksud Laporan _________ Vesel 21. Sejenis ikan besar yang wujud dalam cerita-cerita lama. 23. Singkatan dalam Bahasa Inggeris Penunjuk Prestasi Utama

Jawapan Teka Silang Kata BP JUN 2012

BORANG PENYERTAAN TEKA SILANG KATA (BP SEPTEMBER 2012)


Nama: ............................................................................................................................. No. K/P: ............................................ No. Telefon: ........................................................

September 2012 Berita Perikanan 27

Resipi Pilihan

Tilapia Rendang Asam


Bahan-bahan:Ikan tilapia yang sederhana besar Halia Bawang merah Serai Bawang putih Cili padi Daun kunyit Daun limau purut Asam jawa Kicap pekat Santan pekat Tepung jagung Minyak Garam dan gula 1 ekor (dibersihkan) 30 gram 20 gram 2 batang dikisar 5 ulas 20 gram 1 helai 1 helai 15 gram (ambil jusnya) 1 sudu teh 1 senduk 20 gram secukupnya untuk menggoreng secukup rasa

Ikan Patin Taucu


Bahan-bahan:Ikan patin Cendawan hitam Sengkuang Cili merah Bawang besar Sayur jeruk Serai Halia Tomato Cili padi Sos:Kiub ayam Cuka Sos ikan Air Gula dan garam 1 ekor (dibersihkan) 100 gram 100 gram 2 biji 1 labu dihiris 150 gram 1 batang 1 inci 1 biji didadu 6 biji diketuk 1 ketul sudu besar sudu besar 250 ml secukup rasa

Cara Memasak:1. Ikan diperapkan dengan garam dan kunyit. 2. Lumurkan ikan dengan tepung jagung dan goreng hingga garing. Kemudian ketepikan. 3. Tumis bahan yang telah dikisar hingga wangi (pecah minyak). 4. Masukkan air asam, santan, daun kunyit, daun limau purut, garam, gula serta kicap pekat. 5. Kacau sehingga pekat dan tuang ke atas ikan dan hiaskan dengan cili merah, daun saderi dan hirisan limau. 6. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi.

Resipi disediakan oleh:Jabatan Perikanan Negeri Melaka, Batu Berendam, 75350 Melaka. Tel: 06-3172485, Faks: 06-3175705

Selamat mencuba!!!

Cara Memasak:1. Letakkan ikan patin di dalam pinggan kukus dan taburkan bahan-bahan yang dihiris bersama tomato dan cili padi ke atasnya. 2. Kukus ikan selama lapan minit dan ketepikan. 3. Campurkan semua bahan-bahan untuk sos dan didihkan sebentar. 4. Tuangkan sos yang telah disediakan ke atas ikan dan kukus semula selama dua minit. 5. Angkat dan hiaskan dengan daun saderi. 6. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi.

Ikan Ikan

Jabatan Perikanan Malaysia (Department of Fisheries Malaysia) 28 Berita Perikanan September 2012 Aras 1-6, Blok 4G2, Wisma Tani, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62628 Putrajaya. Tel: 03 - 8870 4000 No. Faksmili: 03 - 8889 2498 Laman Web: http://www.dof.gov.my E-mel: hqhelp@dof.gov.my

! h O

Ikan mana la yang dah pandai buang anak ni? Buat malu masyarakat ikan saja! Kamu tengok la, lepas ni, tak ada la orang nak cakap binatang pun sayangkan anak!

Betul.betulbetul!!

Вам также может понравиться