Вы находитесь на странице: 1из 11

Soalan : Berdasarkan prinsip kelapan Islam Hadhari, iaitu keutuhan budaya dan moral, huraikan secara terperinci serta

refleksi kendiri di samping saranan-saranan idea, bagaimana prinsip-prinsip ini boleh menjadi garis panduan ke arah proses pembangunan negara.

Elfera Achin PISMP TESL (1)

Apakah yang dimaksudkan dengan Islam Hadhari?

Menekankan keseimbangan masyarakat Malaysia daripada aspek menyeluruh demi pembangunan negara yang teratur dan boleh mengharungi cabaran-cabaran semasa.

Prof Dr Sidek Baba (2004), takrif Islam Hadhari secara lengkap ialah Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada ruang lingkup tamadun Islam, bagi melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani) akhlak, intelektual dan material, mampu berdikari, berdaya saing melihat ke hadapan (futuristik), inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, objektif, praktikal.

Prinsip Islam Hadhari kelapan : Keutuhan Budaya dan Moral

Utuh: berada dalam keadaan sempurna iaitu tidak rosak, tidak pecah dan sebagainya. Budaya: cara hidup manusia Moral: kesedaran tingkah laku betul dan salah, apa yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan serta bersifat praktikal Keutuhan budaya dan moral: cara hidup manusia dan kesedaran tentang tingkah laku yang berada dalam keadaan sempurna

Keutuhan Budaya dan Moral dalam Malaysia

Positif: Terdapat kepelbagaian dari segi bangsa dan agama tetapi rakyat Malaysia masih hidup dalam keadaan aman dan damai.

Negatif: Gejala keruntuhan budaya dan moral semakin berleluasa seiring dengan globalisasi. Contoh: pada 17 Disember 2011, seorang pelajar Malaysia bernama Ariff Alfian Rosli yang menuntut ilmu di university Dublin telah mengahwini seorang lelaki Dublin.

Media massa

Faktor-faktor keruntuhan budaya dan moral.

Kepesatan teknologi

Globalisasi

Media Massa

Filem-filem yang memaparkan remaja yang mengandung ataupun seks bebas dalam kalangan masyarakat Barat. Ini menyebabkan ramai masyarakat kita, terutama remaja, terikutikut dengan perbuatan ini dan akhirnya, menyebabkan keruntuhan budaya dan moral dalam kalangan masyarakat kita.

Globalisasi

Laman web seperti Facebook, Twitter dan sebagainya juga telah menyebabkan masyarakat generasi ini lupa mengenai cara menyapa orang lain dengan baik dan cara berinteraksi yang baik.

Kepesatan teknologi

Kanak-kanak semuda 2 tahun sudah tahu bagaimana menggunakan barang-barang teknologi seperti telefon bimbit, alat permainan video dan sebagainya.

Mementingkan mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam

Pihak polis harus lebih tegas dalam membanteras kejadian keruntuhan budaya dan moral dalam kalangan masyarakat.

Saranan idea bagi mengekalkan keutuhan budaya dan moral dalam negara kita

Pemilihan guru yang benarbenar menjaga keutuhan budaya dan moral diri

Ceramah tentang pentingnya penjagaan budaya dan moral kepada ibu bapa.

Kesimpulan Semua pihak harus bekerjasama dalam memasikan prinsip kelapan dalam Islam Hadhari ini sentiasa terjaga. Sebagai masyarakat Malaysia, kita tidak boleh mengulangi kesilapan lalu seperti yang dilakukan oleh empayar Romawi.

RUJUKAN
1Klik. (2013). Definisi Islam Hadhari. Diterima pada April 11, 2013 daripada <http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/conte nt/article/265-islam-hadhari/86-definisi-islam-hadhari-.html> 1Klik. (2013). 8. Keutuhan Budaya dan Moral. Diterima pada April 11, 2013 daripada <http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/conte nt/article/265-islam-hadhari/94-8-keutuhan-budaya-danmoral.html> Tan Cheak Ean. (2013). Pengenalan Ilmu Ketamadunan. Diterima pada April 11, 2013 daripada <http://www.scribd.com/doc/85194231/98/DEFINISIHADHARI>

Вам также может понравиться