Вы находитесь на странице: 1из 17

KEAGRESIFAN DALAM SUKAN

6 MAC 2013

PENGENALAN
Sikap agresif adalah fenomena tingkah laku yang boleh berlaku dalam sukan. Perlakuan tidak terhad kepada atlet, malahan melibatkan pegawai, jurulatih dan penonton semasa pertandingan. Biasanya atlet bertindak agresif terhadap lawan. Manakala keagresifan pegawai atau jurulatih bersifat lisan atau terhadap objek yang ada di sekitar kawasan pertandingan.

Tindakan agresif penonton melibatkan: 1. Penyokong pasukan lawan dengan pemain lawan. 2. Objek yang berada di sekitar lokasi pertandingan.

DEFINISI
Merujuk kepada tingkah laku untuk mencederakan orang lain atau memusnahkan harta benda (Coakley, 1998) Tindakan yang menyebabkan kecederaan kepada orang lain atau kerosakan kepada objek. Melibatkan perlakuan fizikal atau ugutan lisan disebabkan marah dan tahap kebangkitan yang tinggi.

Tindakan agresif lahir daripada perasaan marah, tahap kebangkitan (arousal) yang tinggi serta keadaan emosi di luar kawalan.

JENIS KEAGRESIFAN
1. Instrumental Bertujuan untuk mencapai satu matlamat/ganjaran dan mencederakan orang lain dianggap sebagai satu cara yang paling berkesan untuk mencapai matlamat tersebut. 2. Reaktif Bertujuan untuk mencederakan orang lain serta mempunyai persepsi bahawa orang lain merupakan satu cabaran dan emosi kemarahan adalah perlu.

PUNCA
Faktor Psikologi 1. Tindakan provokasi Tindakan yang mencabar lawan supaya membuat reaksi balas. Keadaan ini boleh meransang perlakuan agresif. 2. Tekanan emosi Hilang kawalan diri berpunca daripada stress akibat prestasi luar jangkaan, jangkaan kejayaan terlalu tinggi tetapi di ambang kekalahan, provokasi pihak lawan dan penonton.

3. Jangkaan perlakuan kasar Individu yang menjangka bahawa beliau akan dikasari pihak lawan mempunyai kecenderungan tinggi untuk bertindak agresif. 4. Kurang pengetahuan Sukan yang melibatkan kontak boleh menyebabkan pemain beranggapan sesuatu tindakan itu tidak menyalahi peraturan seperti membentes kaki pihak lawan. Penonton bertindak liar terhadap keputusan pengadil yang dianggap tidak adil.

Faktor Persekitaran 1. Lokasi pertandingan Sokongan padu penonton boleh menggalakkan pasukan tuan rumah bertindak agresif. Pasukan pelawat juga bertindak agresif untuk mempertahankan kedudukan atau akibat provokasi penonton. 2. Cuaca ketika pertandingan Bermain ketika cuaca panas atau hujan boleh menyebabkan keagresifan. Permukaan padang yang licin mengakibatkan perbuatan tidak sengaja.

3. Keputusan pertandingan Keputusan permainan yang tidak dijangka boleh meransang tindakan agresif. Pemain berasa tertekan kerana gagal mencapai kemenangan. 4. Aspek keselamatan Tahap keselamatan yang longgar di lokasi pertandingan adalah faktor utama perlakuan agresif dalam kalangan penonton. Tingkah laku provokasi yang tidak dihalang adalah punca utama keagresifan dalam sukan.

5. Sukan berbentuk kontak Sukan kontak seperti tinju, tae kwan do, dan sukan tempur yang lain memerlukan keagresifan untuk mendapatkan mata. Keupayaan untuk mencederakan lawan mengikut had undang-undang boleh memberikan markah yang tinggi. Sukan kontak yang lain seperti bola sepak, ragbi dan hoki memungkinkan perlakuan agresif bagi mengatasi pihak lawan.

Faktor Biologi 1. Hormon adrenalin Hormon ini boleh meransang perlakuan agresif. Rembesan hormon ini meningkat dalam keadaan suhu tinggi, kelesuan dan suasana bising. 2. Kesan steroid Memberi kesan sampingan kepada perubahan mood seseorang dan boleh mencetuskan sikap agresif.

3. Kebangkitan fisiologi Fenomena yang dikenali sebagai naik semangat. Setiap orang mempunyai respon yang unik apabila mengalami kebangkitan ini. Akibat kebangkitan fosiologi ini, rembesan hormon adrenalin akan meningkat.

KESAN
Menjejaskan imej atlet, keluarga, pasukan dan negara. menerima hukuman yang menjejaskan penglibatannya. Memberi kesan kecederaan kepada mangsa keagresifan. Tidak akan dihormati/diberi kepercayaan oleh banyak pihak. Berlakunya kekecohan dan kemusnahan. Berlakunya kecederaan dan kematian. Meningkatkan kerugian harta benda. Penonton kurang berminat menonton perlawanan.

LANGKAH MENGATASI
Atlet 1. Mendisiplinkan diri Merupakan asas kawalan sifat agresif. Boleh dibina melalui pengetahuan tinggi terhadap aspek kesukanan yang diceburi serta pemupukan nilai positif. 2. Menguasai kemahiran pengurusan stress Boleh membantu untuk mengekalkan sifat tenang dalam situasi tegang. Program pengurusan stress ini boleh dijalankan selari dengan program latihan kemahiran.

Penonton 1. Mewujudkan sistem kawalan keselamatan Kawalan keselamatan yang ketat perlu untuk memastikan tiada objek yang berpotensi dijadikan senjata atau alat provokasi dibawa masuk ke kawasan pertandingan. 2. Memisahkan penyokong pasukan lawan Lokasi penonton boleh dipisahkan dengan meletakkan halangan seperti pagar bagi elak provokasi.

3. Menggalakkan role model yang baik Role model sukan yang baik mempamerkan nilai-nilai positif yang boleh dijadikan teladan kepada atlet muda. 4. Memberi ganjaran permainan bersih. Pemberian ganjaran seperti Anugerah Fair Play mungkin kaedah paling berkesan untuk mengelakkan keagresifan. 5. Menghukum tindakan agresif Hukuman serta merta terhadap perlakuan agresif seperti penggantungan bagi tempoh tertentu.

Вам также может понравиться