Вы находитесь на странице: 1из 16

EDU 3109 GURU DAN CABARAN SEMASA

Tajuk : Dimensi Globalisasi dalam Aplikasi Teknologi Maklumat & Komunikasi di Sekolah

PENGENALAN
Menurut ahli fikir dan cendiakawan barat, globalisasi boleh dirumuskan sebagai Satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh manusia di dunia ini.

DEFINISI KONSEPTUAL GLOBALISASI


Menurut Lodge (1993) : Satu proses yang dipaksa oleh aliran global manusia, maklumat, perdagangan dan modal. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1998), Edisi ke-3 : sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.

TREND GLOBALISASI
Keperluan terhadap Pembelajaran berterusan

Penggunaaan TMK

Pengurusan pendidikan

Pembentukan jati diri murid

Kualiti guru

CABARAN GLOBALISASI
Kurang berfaedah Amalan yang sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang drastik kerana kurang diyakini benar-benar membawa faedah kepada mereka dan murid. Kekurangan kuasa autonomi terhadap murid seperti idea mengenai fungsi guru dalam kelas.

Pertambahan beban Persepsi guru setiap perubahan bermakna penambahan terhadap beban tugas dan tanggungjawab.

Guru bersikap terhadap pencetus idea tidak memahami masalah mereka terutama beban kerja yang tidak berkaitan dengan pengajaran.

Kekurangan sokongan pentadbiran

Sukar untuk melaksanakan perubahan kurikulum di sekolah sekiranya pihak pentadbir kurang memberikan sokongan dari segi kewangan, motivasi dan dorongan, pengiktirafan, penyediaan peralatan untuk P&P.

Menyendiri Terdapat guru yang lebih suka melakukan tugas secara menyendiri. Sekiranya perubahan memerlukan guru bekerja secara berpasukan akan menyebabkan guru tersebut mengelak dari melibatkan diri secara proaktif.

Perbezaan tahap pengetahuan & kemahiran

Guru yang mempunyai tahap pengetahuan/ kemahiran yang rendah terhadap sesuatu inovasi akan kurang memberikan kerjasama berbanding mereka yang lebih berpengetahuan dan berkemahiran.

IMPAK POSITIF GLOBALISASI


Jurang pendidikan yang semakin dekat o Sistem pencarian maklumat hanya dihujung jari pelajar sahaja. Dapat menjimatkan masa dan tenaga pelajar untuk ke perpustakaan dan lebih mudah melalui ibu segala maklumat iaitu penggunaan internet.

Pengaplikasian kaedah pengajaran yang terkini o Menyiapkan diri para pendidik untuk terus menggunakan kaedah yang baru dan seiring dengan peredaran semasa . o Ini memudahkan tugas pendidik serta para pelajar untuk menambahkan ilmu pengetahuan. o Penggunaan perisian perisian LCD.

Perubahan pada kurikulum o Perkara yang terbaru ialah mengenai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). o Dapat bertukartukar sistem pendidikan dari luar negara untuk diaplikasikan di negara kita ini.

IMPAK NEGATIF GLOBALISASI


Bahasa Melayu dipinggirkan o Bahasa Inggeris sebagai wahana dalam proses pengajaran dan pembelajaran. o Bahasa Melayu akan menjadi bahasa kedua dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan usaha ke arah pembinaan bangsa Malaysia berdasarkan bahasa Melayu akan terbantut disebabkan kesan fenomena globalisasi ini.

Keruntuhan moral akhlak remaja o Melalui pelbagai saluran, golongan belia terutama pelajar akan menjadi sasaran utama globalisasi yang didalangi syarikatsyarikat multinasional. o Teknologi terkini yang dicipta sehingga tidak terbatas penggunaanya telah disalahguna. Anak-anak muda kita sudah tidak merasa bersalah untuk meniru secara bulat budaya hidup Barat.

Negara lemah ditindas

o Negara yang kaya akan mengambil peluang menindas negara yang lemah untuk merampas peluang dan sumber yang ada bagi memajukan sistem pendidikan negara mereka sendiri.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Вам также может понравиться