Вы находитесь на странице: 1из 1

Kek Kukus Pelangi montel Oleh:Linn Malek cc : www.facebook.

com/bukuresepi 5 biji telur A (dari peti ais) 250 g tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (diayak sebanyak 3 kali) 150 ml susu cair 180g gula halus 2 sudu besar susu pekat manis 1 sudu besar ovalette 1/4 sudu kecil garam 125 ml minyak jagung perisa dan pewarna : oren sunquick/ pes oren + pewarna oren pes pandan / pandan emulco pes stoberi/perwarna merah/pink perisa esen vanilla Cara-cara : Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Loyang digriskan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung (boleh juga alaskan dengan kertas serap minyak). Putarkan semua bahan di atas kecuali minyak dan perisa/pewarna hingga kembang dan gebu. Kemudian barulah dimasukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dan dikacau sebati dengan senduk atau spatula. Kemudian bahagikan adunan kepada 3 atau lbihwarna ikut suker -(disukat sama rata dengan cawan/bekas yang sama saiznya). 3 cawan diwarnakan dan diberi perisa pandan, strawberi, dan oren Kukus lapisan pertama terlebih dahulu selama 7-10 minit. (gunakan api perlahan sahaja) Kemudian tuangkan perlahan-lahan adunan kedua,.. dan kukus lagi selama lebih kurang 15-20 minit atau hingga dah tak cair. Dan disudahi dengan lapisan ketiga. (loyang ditutup dengan kertas foil supaya air wap tak menitik ke dalam kek). Kukuslah hingga betul-betul masak keseluruhannya (lebih kurang 1/2 jam) Bila sudah masak, sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dipotong hias laa ikut sesukernye..

Вам также может понравиться