Вы находитесь на странице: 1из 11

MODEL PENGAJARAN BEHAVIORIAL

Kumpulan 2 : Elezebith Jumin Joe Allen Tsen Mohd Erfan Waginin Mohd Harith Janius Russsssssnah Gan

DEFINISI
Berasaskan eksperimen pelaziman klasik Pavlov, pembelajaran berasaskan ganjaran Thorndike dan kajian Watson dan rakan-rakan.
Mempunyai mekanisme pembentukan kendiri yang berupaya untuk mengubahsuai tingkah laku berdasarkan maklum balas. Mengesyorkan program-program yang boleh digunakan untuk mengurangkan fobia, mengembangkan kemahiran-kemahiran sosial dan menangani kebimbangan.

PENGAJARAN MODEL BEHAVIORAL


PENGAJARAN LANGSUNG PEMBELAJARAN MASTERI

Guru akan menyampaikan isi pengajaran secara lansung kepada murid-murid serta menstruktur masa pengajaran supaya dapat menyusun langkah pengajaran dan pembelajaran.

Implikasi pengajaran bilik darjah :


Kaedah ini sesuai untuk mengajar bacaan dan matematik tetapi kurang sesuai bagi matapelajaran yang mirip kepada penerokaan dan penemuan.

Digunakan untuk menyesuaikan pengajaran di mana faktor perbezaan individu diambil kira. Implikasi pengajaran di dalam bilik darjah:
Dalam kaedah ini, pelajar disusun daripada mudah kepada kompleks, sebelum disampaikan kepada muridmurid agar dapat mengikuti pengajaran guru mengikut kadar kecekapan masing-masing.

ANALISIS MODEL BEHAVIORAL MENGGUNAKAN TEKNIK SWOT


S : STRENGTHS (KEKUATAN)

W : Weakness (Kelemahan)
O : Opportunities (Peluang) T : Threats (Ancaman)

S : Strengths (Kekuatan)
Murid diajar secara langsung oleh guru dalam menguasai beberapa kemahiran sehingga benar-benar faham dan mendapat panduan secara individu oleh guru secara menyeluruh sekiranya gagal untuk memahami.

W : Weakness (Kelemahan)
Pembelajaran akan lebih berpandu, mendatar dan kadang-kala mungkin akan membosankan murid kerana guru mahu pembelajaran hari itu benar-benar dikuasai oleh murid.

O : Opportunities (Peluang)
Murid dapat mengambil peluang ini untuk belajar secara bersungguh-sungguh dan sekiranya kurang memahami pembelajaran yang disampaikan, murid boleh bertanya secara lebih mendalam kepada guru.

T : Threats (Ancaman)
Guru dan murid perlu mempunyai kerjasama yang baik dalam memberi dan menerima ilmu. Sekiranya guru dan murid mempunyai masalah dalam berkomunikasi, sukar bagi sesuatu pembelajaran itu berjalan lancar.

Вам также может понравиться