Вы находитесь на странице: 1из 55

ASAS PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN

MODUL 1 :PEMUPUKAN BUDAYA KEUSAHAWANAN Topik 1 : Konsep dan Perkembangan Keusahawanan Topik 2 : Analisis Kompetensi Diri Keusahawanan Topik 3 : Kreativiti dan Inovasi Dalam Keusahawanan Topik 4 : Etika Perniagaan
1

MODUL 1 : PEMUPUKAN BUDAYA KEUSAHAWANAN


Kepentingan Definisi Penggerak
TOPIK 1 Konsep dan Perkembangan Keusahawanan

Mitos

Ciri-ciri

HASIL PEMBELAJARAN
1. Menerangkan definisi usahawan dan keusahawanan serta kepentingannya.
2. Membincangkan 3 sebab mengapa memilih menjadi usahawan. 3. Mengenal pasti 4 ciri-ciri usahawan yang berjaya. 4. Menerangkan 4 mitos umum
3

Topik 1 : Konsep dan Perkembangan Keusahawanan Definisi Usahawan


1) Istilah usahawan berasal daripada bahasa Perancis, iaitu entreprendre yg membawa

maksud memikul (tugas) atau mencuba.

2) Perbezaan antara Pencipta dan Usahawan adalah:- Pencipta mencipta sesuatu yang baru. - Usahawan menggabungkan semua sumber yang diperlukan- wang, orang, strategi, dan kebolehan menanggung risiko bagi menukarkan ciptaan/ rekaan menjadi perniagaan yang boleh terus hidup dan maju.

Topik 1 : Konsep dan Perkembangan Keusahawanan Definisi Usahawan


1) Scarborough dan Zimmerer (1998) - Usahawan sbg orang yg mencipta perniagaan baharu dan berkeupayaan menghadapi keadaan yg tidak menentu utk memperoleh keuntungan dan pertumbuhan dgn mengenal pasti serta merebut peluang melalui penyediaan sumber utk mencapainya. 2) Kuratko dan Hodgetts (2007) - Usahawan ialah individu yg dapat mengenal pasti peluang dalam keadaan org lain melihatnya sbg gangguan atau kecelaruan. -berusaha secara teliti dan membuat pertimbangan yg bijak utk mengatur, mengurus dan mengambil risiko dlm perniagaan dgn berpegang kpd objektif utamanya, iaitu inovasi, keuntungan dan perkembangan

Topik 1 : Konsep dan Perkembangan Keusahawanan Definisi Keusahawanan


1) Hisrich dan Peter (1998) - Keusahawanan ialah proses mencipta sesuatu yg baharu dgn mengambil kira masa, usaha, risiko kewangan, psikologi dan sosial serta menerima manfaat dari segi kewangan, kepuasan peribadi dan kebebasan. 2) Kuratko dan Hodgetts (2007) - Keusahawanan sbg proses inovasi dan penciptaan melalui 4 dimensi, iaitu individu, organisasi, alam sekitar dan proses dgn kerjasama rangkaian dlm kerajaan, pendidikan dan perlembagaan. - keusahawanan merupakan simbol kpd kelangsungan & pencapaian perniagaan.

Topik 1 : Konsep dan Perkembangan Keusahawanan Kepentingan Keusahawanan 1) Pemangkin kpd perubahan dan perkembangan ekonomi 2) Melahirkan individu positif yg berjaya serta mempunyai ciri survival, daya tahan dan daya saing yg tinggi 3) Mengembangkan budaya keusahawanan dalam masyarakat 4) Menyumbang kpd kesejahteraan ekonomi 5) Meningkatkan daya saing sesebuah negara 6) Membuka peluang pekerjaan

Topik 1 : Konsep dan Perkembangan Keusahawanan

Kenapa hendak menjadi seorang usahawan??


1) Ingin menjadi pengurus perniagaan sendiri 2) Ingin merealisasikan ide sendiri

3) Ganjaran kewangan

Topik 1 : Konsep dan Perkembangan Keusahawanan

Ghairah (cinta) kepada perniagaan

Fokus kepada produk dan pelanggan

Ketabahan hati biarpun kegagalan

Ciri-ciri utama usahawanan yang berjaya


Pelaksanaan kepintaran

Topik 1 : Konsep dan Perkembangan Keusahawanan 1) Ghairah (cinta) kepada perniagaan

- cinta ini asalnya daripada kepercayaan usahawan bahawa perniagaannya boleh mengubah kehidupan orang secara positif. - cinta ini menerangkan kenapa orang meninggalkan kerjayanya yg selamat dan memulakan syarikat sendiri. - Contohnya Bill Gates, Michael Dell, Larry Page dan Sergei Brin masih terus bekerja walaupun mereka sudah sangat kaya

Topik 1 : Konsep dan Perkembangan Keusahawanan 2) Fokus kepada produk dan pelanggan - walaupun pentingnya ada pengurusan, pemasaran, kewangan dalam sebuah syarikat tetapi tiada sesuatu fungsi ini yang boleh membuat apa-apa perbezaan sekiranya syarikat itu tiada produk bagus yg berkeupayaan memuaskan hati pelanggan. - Michael Dell mengatakan kami lebih memperkenalkan teknologi yang memenuhi keperluan pelanggan kami daripada memperkenalkan teknologi untuk kepentingan sendiri.

Topik 1 : Konsep dan Perkembangan Keusahawanan

3) Ketabahan hati biarpun kegagalan - oleh kerana usahawan selalu mencuba sesuatu yg baru, maka kadar kegagalan kepada usahanya adalah tinggi. - ciri usahawan yang berjaya adalah mempunyai keupayaan untuk terus berusaha walaupun menghadapi halangan/ rintangan dan kegagalan - contoh: Allaryarham Datuk Seri Lim Goh Tong

Topik 1 : Konsep dan Perkembangan Keusahawanan 4) Pelaksanaan kepintaran -ciri usahawan yg berjaya mesti mempunyai kebolehan hasilkan idea yang meyakinkan supaya perniagaan boleh terus berjalan dan maju. -kebolehan ini bermaksud membentuk model perniagaan, gabungkan pasukan usaha baru, membesarkan wang, tubuhkan pekongsi perniagaan, urus kewangan, ketuai dan mendorong pekerja, kreatif dan lainlain. -Ada perkataan dalam Cina iaitu: membuka perniagaan sgt senang; meneruskannya adalah susah

Topik 1 : Konsep dan Perkembangan Keusahawanan


Ciri-ciri Keusahawanan lain (Kao 1991)
1) Komitmen, keazaman dan ketabahan yg sepenuhnya 2) Dorongan untuk kejayaan & berkembang maju 3) Orientasi kpd peluang dan matlamat 4) Mengambil inisiatif dan tanggungjawab peribadi 5) Membuat keputusan yg berterusan 6) Realistik 7) Mencari dan menggunakan maklum balas 8) Mempunyai lokus kawalan dalaman 9) Mengambil risiko yg sudah diperincikan 10) Dorongan yg rendah ke arah status dan kuasa 11) Integriti dan boleh dipercayai

Topik 1 : Konsep dan Perkembangan Keusahawanan

Mitos umum terhadap usahawan


1) Usahawan adalah dilahirkan dan tidak boleh dilatih (is born, not made)
2) Usahawan adalah pengambil risiko yang lampau (penjudi) 3) Usahawan hanya dimotivasi oleh wang sahaja 4) Usahawan adalah sepatutnya muda dan bertenaga (cergas)

MODUL 1 : PEMUPUKAN BUDAYA KEUSAHAWANAN

Definisi

Tugasan

Keputusan

TOPIK 2 Analisis Kompetensi Keusahawanan Diri

Kaedah penilaian

HASIL PEMBELAJARAN
1. Memahami definisi kompetensi
keusahawanan diri

2. Mengenal pasti 13 ciri-ciri kompetensi


keusahawanan diri

18

ANALISIS KOMPETENSI DIRI KEUSAHAWANAN


Borang Penilaian Kompetensi
Keusahawanan Diri

Special Workshop on Personal

Entrepreneurial Competencies (dibiayai


oleh USAID di Oxford) oleh McBer & Company di United Kingdom, 1985.

19

Topik 2 : Analisis Kompetensi Keusahawanan Diri

Kompetensi -Bermaksud kebolehan dan kemahiran -Ini bermaksud dengan memahami kompentesi sebagai kebolehan dan kemahiran akan menjadikan keusahawanan sebagai sesuatu perbuatan yang boleh diajar dan dibelajari.

Topik 2 : Analisis Kompetensi Keusahawanan Diri


INISIATIF Sikap individu yg berinisiatif adalah: (a) melakukan usaha/ sesuatu sebelum terpaksa melakukannya/dipaksa oleh keadaan/diarah supaya melakukannya

(b) Giat berusaha untuk mengembangkan perniagaan dalam bidang2, keluaran atau perkhidmatan yg baharu.
Daya Inisiatif ialah satu daripada kompetensi keusahawanan yang paling penting.

Topik 2 : Analisis Kompetensi Keusahawanan Diri


MELIHAT DAN MEREBUT PELUANG Sikap individu usahawan yg mempunyai daya ini dapat dilihat melalui aspek-aspek yang berikut: (a) setiasa mencari dan melihat peluang yg wujud di persekitarannya dan kreatif serta mampu merebut peluang-peluang tersebut (b) merebut peluang-peluang yg luar biasa dalam memperluas pasaran, menggunakan teknologi baharu, mendapatkan tempat perniagaan, mendapatkan bantuan kewangan, peralatan atau bantuan-bantuan yg boleh membantu meningkatkan prestasi perniagaan.

Topik 2 : Analisis Kompetensi Keusahawanan Diri


KECEKALAN Sikap individu yg cekal dapat dilihat drp ciri2 berikut: (a) berusaha dengan mencari jalan untuk mengatasi rintangan yg menghalang pencapaian matlamat (b) berusaha melakukan sesuatu untuk mengatasi halangan apabila menghadapi masalah yg besar tanpa cepat menyerah diri

Topik 2 : Analisis Kompetensi Keusahawanan Diri


MENCARI MAKLUMAT Sikap individu usahawan yg mampu mencari maklumat adalah seperti berikut: (a) melakukan penyelidikan/tinjauan/siasatan sendiri/menggunakan rangkaian maklumat atau rakan-rakan untuk mendapatkan maklumat/ maklum balas dalam usaha memberikan perkhidmatan/ mengeluarkan barangan untuk memenuhi kehendak pelanggan (b) mendapatkan khidmat nasihat pakar untuk memajukan perniagaan Kejayaan perniagaan banyak bergantung kepada mutu maklumat yg diperolehi, kecukupan maklumat dan cara penggunaan maklumat dalam membuat keputusan.

Topik 2 : Analisis Kompetensi Keusahawanan Diri


MENITIKBERATKAN MUTU KERJA YG TINGGI Sikap individu ini adalah: (a) menunjukkan keinginan untuk menghasilkan atau menjual barangan atau menyediakan perkhidmatan yg bermutu tinggi (b) sentiasa membuat perbandingan akan mutu kerja sendiri atau syarikat dengan orang lain supaya setanding atau berada di peringkat yg lebih baik Usaha ini akan membantu usahawan meluaskan pasarannya dan dapat meningkatkan prestasi syarikat.

Topik 2 : Analisis Kompetensi Keusahawanan Diri


KOMITMEN TERHADAP PERJANJIAN KERJA Sikap individu usahawan yg menepati perjanjian kerja adalah (a) memberikan tumpuan kepada perniagaan dan melakukan pengorbanan peribadi dalam mencapai atau menyelesaikan kerja (b) menerima tanggungjawab sepenuhnya (c) melahirkan perasaan mengambil berat untuk memuaskan hati pelanggan

Seorang usahawan dapat menarik kepercayaan pelanggan melalui sikapnya yg menepati janji tentang mutu barangan, penghantaran pada masa yg tepat, harga berpatutan, dan jumlah barangan seperti yang dipersetujui pelanggan.

Topik 2 : Analisis Kompetensi Keusahawanan Diri


BERORIENTASIKAN KECEKAPAN Individu usahawan yg berorientasikan kecekapan adalah: (a) sentiasa mencari jalan untuk melakukan sesuatu dengan kos yg lebih rendah dan pantas. (b) menggunakan maklumat perniagaan atau kaedah pengurusan perniagaan yg terkini untuk membaiki kecekapan syarikat dan diri sendiri (c) mengambil berat perkiraan kos atau keuntungan hasil sesuatu pembaharuan, perubahan dan tindakan Usahawan yg berdaya maju sentiasa akan mencari jalan untuk meningkatkan produktiviti syarikat.

Topik 2 : Analisis Kompetensi Keusahawanan Diri


MEMBUAT PERANCANGAN YG SISTEMATIK Seseorang usahawan perlu mampu membuat perancangan sistematik dalam: (a) melakukan sesuatu tugas/kerja dengan merancang dan mengatur langkah yg sistematik dan mudah untuk dilaksanakan (b) mewujudkan rancangan yg dapat mengatasi masalah yg dijangkakan (c) menilai dan memilih beberapa alternatif sebagai keputusan (d) mengambil satu pendekatan yg logik dan sistematik untuk mencapai matlamat Perancangan yg baik dan sistematik boleh meningkatkan prestasi dan pencapaian matlamat syarikat.

Topik 2 : Analisis Kompetensi Keusahawanan Diri


MENYELESAIKAN MASALAH Sikap individu usahawan yg mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah adalah berkebolehan dari segi: (a) mencari dan mengambil strategi untuk mencapai matlamat (b) mencari dan melahirkan idea baharu untuk menyelesaikan masalah secara berinovatif

Topik 2 : Analisis Kompetensi Keusahawanan Diri


KEYAKINAN DIRI

Usahawan yg berkeyakinan diri mampu:


(a) melahirkan keyakinan melalui kemampuan, keberkesanan dan pendirian diri sendiri dalam menyelesaikan sesuatu tugas (b) memperoleh dan mengumpulkan pengetahuan dan pengalaman luar daripada bidang pengkhususannya (c) mengurangkan sikap rasa takut kepada kegagalan (d) sedia melakukan perubahan dari semasa ke semasa

Topik 2 : Analisis Kompetensi Keusahawanan Diri


KETEGASAN Usahawan yg tegas mampu menyuarakan sesuatu masalah kepada orang lain secara langsung dan mampu mengambil tindakan walaupun menghadapi tentangan daripada pihak lain Usahawan perlu tegas untuk menghadapi masalah pekerja, pelanggan, pembekal dan persekitarannya

Topik 2 : Analisis Kompetensi Keusahawanan Diri


MEYAKINKAN ORANG LAIN Individu usahawan mampu menunjukkan dan meyakinkan orang lain melalui: (a) penonjolan diri dalam meyakinkan pelanggan untuk membeli barangan atau perkhidmatan (b) kemampuan meyakinkan orang lain untuk mendapatkan sumber modal atau pinjaman yg mendapatkan kontrak-kontrak perniagaan (c) keyakinan menonjolkan kemahiran diri sendiri, kualiti diri dan syarikat.

Topik 2 : Analisis Kompetensi Keusahawanan Diri


MENGGUNAKAN STRATEGI PENGARUH Seorang usahawan yg mampu menggunakan strategi pengaruh cenderung memikirkan strategi untuk mempengaruhi orang lain tanpa tipu helah dalam mencapai matlamat perniagaan. Lima strategi pengaruh usahawan yg boleh digunakan ialah: (a) pengaruh berdasarkan kuasa mutlak (b) pengaruh berdasarkan kuasa menghukum

(c) pengaruh berdasarkan kuasa memberi ganjaran


(d) pengaruh berdasarkan kusas kepakaran

(e) pengaruh berdasarkan kuasa memberi teladan

Topik 2 : Analisis Kompetensi Keusahawanan Diri Tugasan

Sila menjawab soalan-soalan di dalam soal selidik


kompetensi keusahawanan diri. Melalui soal selidik ini, anda akan mendapat skor bagi setiap kompentensi.

MODUL 1 : PEMUPUKAN BUDAYA KEUSAHAWANAN

Proses Definisi

Kepentingan Strategi
TOPIK 3 Kreativiti dan Inovasi dalam Perniagaan

Halangan

Ciri individu

Jenis

Teknik

Hasil Pembelajaran
1) Memahami konsep kreativiti dan inovasi 2) Mengetahui proses berfikir secara
kreatif dan inovatif 3) Mengenal pasti strategi yang membantu kreativiti dan inovasi

37

Topik 3 : Kreativiti dan Inovasi dalam Perniagaan Kreativiti Kreativiti adalah penghasilan ideaidea baru bagi membaiki system untuk menjadikannya lebih efektif dan berkesan Kreativiti amat mustahak dalam bertindak balas kepada masalah yang kompleks dalam persekitaran perniagaan

Topik 3 : Kreativiti dan Inovasi dalam Perniagaan


Inovasi Inovasi ialah kaedah menghasilkan produk baharu, produk dan perkhidmatan yg lebih baik Inovasi ialah proses dimana usahawan setelah menjalani proses kreatif dan memperoleh penyelesaian terbaik dan seterusnya menukar peluang-peluang ini menjadi idea yang boleh dipasarkan

Topik 3 : Kreativiti dan Inovasi dalam Perniagaan


Proses Kreativiti Fasa 1: Pengumpulan Pengetahuan Fasa 2: Proses Inkubator Fasa 3: Idea Fasa 4: Penilaian dan Pelaksanaan

Topik 4 : Kreativiti dan Inovasi dalam Perniagaan Kepentingan Membina Idea yg Kreatif
Pemikiran kreatif boleh mewujudkan peluang peluang perniagaan daripada masalah, kesulitan, sumber dan situasi yg terhad. Pemikiran kreatif ini perlu disulami dengan pemikiran inovatif yg boleh mengeksploitasi idea menjadi rancangan perniagaan yg konkrit Dengan idea yang kreatif akan: 1) Mencipta barang / servis baru 2) Menambah nilai daya bertanding kpd usahawan 3) Mengurangkan kos 4) Meningkat kualiti 5) Meningkat pencapaian/ prestasi

Topik 3 : Kreativiti dan Inovasi dalam Perniagaan


Strategi untuk Kreativiti & Inovasi
1) Mencari hubungan yang berbeza antara elemen dan orang disekeliling anda 2) Mengenal pasti barang dan orang dari segi bagaimana mereka dapat memuaskan keperluan anda dan membantu menyiapkan satu projek 3) Mengenal pasti kebolehan dan kemampuan sendiri agar tidak menghalang proses kreatif dan inovatif 4) Menukar persepsi dengan melihat masalah sebagai peluang dan mempunyai jalan penyelesaian yg terbaik 5) Menukar budaya organisasi 6) Sanggup menghadapi kegagalan dan mencari jalan penyelesaian

Topik 3 : Kreativiti dan Inovasi dalam Perniagaan


Ciri Individu yg Kreatif
1) Rendah diri dan bangga diri 2) Cinta kepada kerja mereka dan seorang yg objektif 3) Berani mencuba idea yg baharu 4) Bersifat terbuka apabila terima kritikan 5) Mempunyai kombinasi sikap suka bermain dan berdisiplin/ bertanggungjawab 6) Mempunyai kawalan diri yg baik 7) Mempunyai matlamat, tidak tergesagesa dan mampu membuat pertimbangan rasional 8) Sanggup ambil risiko yg telah dikenal pasti

Topik 3 : Kreativiti dan Inovasi dalam Perniagaan Teknik menjana Idea Kreatif & Inovatif

1) Percambahan fikiran 2) Analogi paksaan 3) Pelaksanaan (do it) D- Define problem O- open mind and apply creative technique I- identify best solution T- Transform 1) Peta minda 2) Kumpulan nominal 3) Peninjauan

Topik 3 : Kreativiti dan Inovasi dalam Perniagaan Jenis Inovasi


1) Penciptaan- asli/ tidak pernah dicuba 2) Peluasan- penambahan kpd yg sedia ada contoh Samsung kenal dengan barang elektroniks telah mengembangkan perniagaannya ke automobil 3) Duplikasi- proses membuat pendua (meniru & menambah dari segi fungsi tambahan) contoh telefon bimbit telah tambah fungsi MMS dan WAP.

1) Perpaduan- gabungkan bahagian-bahagian lain untuk menjadinya baharu dengan mengambil kira beberapa idea yg sedia ada

Topik 3 : Kreativiti dan Inovasi dalam Perniagaan


Halangan kepada Kreativiti & Inovasi
1) Terdapat organisasi yg tidak menggalakkan inovasi / menolak sebarang perubahan 2) Kekurangan sumber 3) Halangan/ kawalan daripada pihak pengurusan terhadap kakitangannya 4) Takut untuk mencuba 5) Takut untk melakukan kesilapan 6) Motivasi yg salah atau silap 7) Takut pada kegagalan 8) Kurang yakin dan percaya kpd diri sendiri

MODUL 1 : PEMUPUKAN BUDAYA KEUSAHAWANAN

Definisi

Prinsipal

Kepentingan

TOPIK 4 Etika Keusahawanan

Etika Islam

Hasil Pembelajaran
1) Memahami Konsep Etika Keusahawanan
2) Mengetahui Kepentingan Etika Keusahawanan

3) Memahami Etika Islam

49

Topik 4 : Etika Keusahawanan Definisi Etika boleh diterangkan sebagai satu set principal moral yang membezakan apa yang betul dan apa yang salah. Etika perniagaan menguji principal dan peraturan etika dalam konteks komersial dan pelbagai masalah yang timbul semasa menjalankan perniagaan atau tugas istimewa atau kewajiban oleh seseorang.

Topik 4 : Etika Keusahawanan Boleh dipercayai/ bertanggungjawab Bertindak secara profesion/ Tepat janji Principal Etika

Mengenal pasti Dan menerima hak pelanggan

Bertanding secara adil

Memberi informasi yang betul/ jelas (jujur)

Topik 4 : Etika Keusahawanan Menjamin kesinambungan perniagaan Membina keyakinan di kalangan pelanggan Kepentingan Etika Perniagaan

Bertanggungjawab kepada social masyarakat

Kemajuan Berterusan - Menarik pelabur

Mendapat sokongan pekerja/ pembekal

Topik 4 : Etika Keusahawanan

Usahawan selaku pemimpin dalam perniagaannya harusnya sentiasa beretika semasa membuat keputusan dan apabila melaksanakan tugastugasnya.
Ini adalah kerana usahawan merupakan teladan kepada pekerja-pekerjanya.

Topik 4 : Etika Keusahawanan

Etika Islam
(a) pematuhan terhadap kontrak/ tunaikan janji (b) penipuan dan salah taksir iklan (c) timbangan yg tepat / jujur & amanah (d) larangan menyorokkan barang (e) tidak boros dan kedekut (f) perniagaan melibatkan riba (g) elakkan daripada belenggu hutang

(h) bersikap adil kepada pekerja/ jaga kebajikan


(i) (j) penjagaan alam sekitar elakkan daripada aktiviti-aktiviti haram

(k) menjaga mutu dan kualiti

Вам также может понравиться