Вы находитесь на странице: 1из 22

Pendidikan ibadah sekolah rendah (pim3105)

1

PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ucapan
selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dan bagi keluarga dan
sahabat Baginda. Alhamdulillah, berkat inayah-Nya dapatlah saya menyiapkan dengan
jayanya tugasan kerja kursus pendek Pendidikan Ibadah Sekolah Rendah (PIM3105).
Setinggi-tinggi penghargaan buat Ustaz Zainuddin Bin Abd Hamid selaku
pensyarah pembimbing kelas saya untuk subjek ini di atas sumbangan idea,
penyemakan, penyeliaan dan segala susah payah yang telah beliau sumbangkan
sepanjang tempoh menyiapkan projek ini. Semoga segala kerjasama dan pengorbanan
masa yang telah beliau curahkan akan mendapat balasan keberkatan daripada Allah
S.W.T.
Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada kedua ibu bapa serta keluarga yang
tidak pernah jemu memberi sokongan dan dorongan. Begitu juga kepada para
pensyarah, rakan-rakan seperjuangan dan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak. Terima kasih diucapkan di atas tunjuk ajar, kerjasama yang baik,
perkongsian idea dan pandangan serta kritikan yang membina agar tugasan kerja
kursus ini dapat dihasilkan dengan baik dan sempurna. Segala budi dan jasa yang
dicurahkan hanya Allah S.W.T. yang dapat membalasnya. Semoga beroleh rahmat dan
perlindungan dari Allah S.W.T.
Sekian terima kasih.
Pendidikan ibadah sekolah rendah (pim3105)
2

IBADAH
Ibadah atau Ibadat (bahasa Arab: ) dari sudut makna (bahasa) adalah
merendah diri, tunduk, patuh, taat, menghina diri dan memperhambakan diri kepada
sesuatu.
Ibadah dari sudut makna (syara') adalah taat, tunduk, patuh dan merendah diri
kepada Allah S.W.T. Jelasnya, ibadah ialah pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah,
mengikut peraturan, melakukan suruhan dan meninggalkan larangan Allah S.W.T
sebagaimana ditetapkan di dalamAl-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Kepatuhan
ini hendaklah dilakukan secara berterusan setiap masa hingga ke akhir hayat. Ia
merangkumi makna ketundukan dan kecintaan kepada Allah S.W.T.
Imam at-Thabari mengertikan ibadah sebagai ketundukan kepada Allah
S.W.T dengan menjalankan ketaatan dan merendahkan diri kepada-Nya dengan
kepasrahan.
[1]
Imam Ibn Taimiyah pula, sebagaimana dinukil oleh al-Hafizh ibn Ahmad
al-Hakami, mengatakan bahawa ibadah merupakan sebutan yang mencakup semua
yang dicintai dan diredhai Allah S.W.T berupa perkataan dan perbuatan, baik zahir
maupun batin

BAHAGIAN-BAHAGIAN IBADAH
1. Ibadah Qalbiyah - Ibadah yang berkaitan dengan hati seperti rasa khauf (takut),
raja (mengharap), mahabbah (cinta), tawakkal (ketergantungan), raghbah
(senang) dan rahbah (cemas).

2. Ibadah Lisaniyah Qalbiyah - Ibadah yang berkaitan dengan lisan dan hati
seperti tasbih, tahlil, tahmid, takbir, dan syukur.


Pendidikan ibadah sekolah rendah (pim3105)
3

3. Ibadah Badaniyah Qalbiyah - Ibadah yang berkaitan dengan anggota fizikal
dan hati seperti solat, zakat, puasa, haji dan jihad.

Firman Allah S.W.T:

)

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang
(padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan
kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan
basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali .. - (Surah Al-Maaidah: 6)


Pendidikan ibadah sekolah rendah (pim3105)
4

IBADAH PUASA
Puasa (bahasa Arab: ) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan
diri .Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum
untuk suatu jangkamasa tertentu. Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan
minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar
sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada
menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini
kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak
ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap
murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang
baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

E_GC^4C 4g~-.- W-ONL4`-47
=Ug-7 N:^OU4 N4O_-
EE =Ug-7 O>4N -g~-.- }g`
:)Ul~ 7+UE 4pO+->
^g@

Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke
atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas
umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-
orang yang bertaqwa. - (Surah Al-Baqarah: 183)

Pendidikan ibadah sekolah rendah (pim3105)
5




Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang
diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang
bermaksud:

" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan
Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke
atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu
dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka
serta dibelenggu segala syaitan......."

Puasa Ramadhan adalah ibadah yang difardhukan Allah Taala. Maksud ibadah
ialah seseorang muslim melaksanakannya sebagai memenuhi titah perintah Allah Taala
dan menunaikan hak perhambaan kepada Allah Taala tanpa melihat apa-apa natijah
yang mungkin dihasilkan daripada ibadah puasa itu. Sekiranya seorang muslim telah
melakukan perkara tersebut, maka selepas itu tidak ada halangan baginya untuk
mencari hikmah dan rahsia ketuhanan yang tersembunyi disebalik sesuatu ibadah
seperti puasa dan sebagainya.

Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan
sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu
kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh
Pendidikan ibadah sekolah rendah (pim3105)
6

ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang
meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi
Muhammad Shallallahu alaihi wasallam: Maksudnya: Sesiapa berbuka satu hari pada
bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia
tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa
seumur hidup. (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasai, Ibnu Majah dan Ibnu
Khuzaimah).

Nabi s.a.w bersabda, Ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa
daripada puasanya kecuali lapar dan dahaga. Puasa syariat ada waktu berbuka tetapi
puasa rohani berjalan terus walaupun matahari sudah terbenam, walaupun mulut sudah
merasakan makanan. Mereka adalah yang menjaga pancaindera dan pemikiran bebas
daripada kejahatan dan yang menyakitkan orang lain. Untuk itu Allah telah berjanji,
Puasa adalah amalan untuk-Ku dan Aku yang membalasnya. Mengenai dua jenis
puasa itu Nabi s.a.w bersabda, Orang yang berpuasa mendapat dua kesukaan.
Pertama bila dia berbuka dan kedua bila dia melihat. Orang yang mengenali zahir
agama mengatakan kesukaan yang pertama itu ialah kesukaan ketika berbuka puasa
dan kesukaan apabila mereka melihat itu ialah melihat anak bulan Syawal
menandakan hari raya. Orang yang mengetahui makna batin bagi puasa mengatakan
kesukaan berbuka puasa ialah apabila seseorang yang beriman itu masuk syurga dan
menikmati balasan di dalamnya, dan kesukaan yang lebih lagi ialah apabila melihat,
yang bermaksud apabila orang yang beriman melihat Allah dengan mata rahsia bagi
hati.

Suatu perkara yang tidak diragukan lagi ialah hukum-hukum Allah Taala
semuanya mempunyai hikmat, rahsia dan faedah untuk hamba-hambaNya. Tetapi tidak
disyariatkan hamba itu untuk mengetahui perkara tersebut. Tidak diragukan juga
bahawa puasa mempunyai hikmah dan faedah yang cukup banyak yang kadang-
kadang sebahagiannya diketahui oleh hamba, tetapi masih banyak lagi hikmat yang
tidak diketahuinya. Diantara hikmat dan faedah puasa yang mungkin diketahui oleh
seseorang Islam ialah:
Pendidikan ibadah sekolah rendah (pim3105)
7


1. Menyedarkan hati seorang mukmin terhadap muraqabah Allah Azzawajalla. Ini
disebabkan apabila orang yang berpuasa menghabiskan sebahagian waktu
siangnya dengan berlapar, jiwanya inginkan makanan dan minuman. Tetapi
kesedarannya tentang ibadah puasa yang sedang dilakukannya menghalang
dirinya memenuhi kehendak jiwanya dalam rangka mematuhi perintah Allah
Taala. Daripada pertentangan jiwa ini akan lahirlah kesedaran hati dan suburlah
perasaan muraqabah Allah Taala serta berterusanlah ingatannya terhadap
rububiyah dan keagungan kekuasaan Allah. Begitu juga dia akan sentiasa sedar
bahawa dia adalah hamba yang sentiasa tunduk kepada hukum Allah dan
mematuhi kehendakNya.

2. Ramadhan adalah bulan suci dibandingkan dengan semua bulan yang lain. Allah
Azzawajalla menghendaki hambaNya supaya memenuhkannya dengan ketaatan
dan mendekatkan diri kepadaNya. Juga mengisinya dengan setinggi-tinggi
makna perhambaan kepada Allah Azzawajalla. Alangkah sukarnya untuk
merealisasikan perkara itu apabila berhadapan dengan hidangan makanan,
berada dimajlis minum, selepas perut diisi penuh dan setelah naiknya hawa
makanan ke dalam pemikiran dan otak. Jadi pensyariatan puasa pada bulan ini
adalah jalan yang paling mudah untuk memenuhi hak Allah Taala dan
melaksana kewajipan perhambaan kepadaNya.


3. Sesungguhnya kehidupan seseorang muslim yang sentiasa barada dalam
keadaan kenyang pasti akan memenuhkan jiwanya dengan sifat-sifat yang keras
dan menuburkan faktor-faktor pelampauan. Kedua perkara ini bertentangan
dengan keadaan sebenar seseorang muslim. Jadi pensyariatan puasa akan
membersihkan jiwanya dan menghaluskan perasaannya.

4. Diantara prinsip terpenting tertegaknya masyarakat Islam ialah saling kasih
mengasihi dan sayang menyayangi sesama umat Islam. Amat sukar bagi si kaya
Pendidikan ibadah sekolah rendah (pim3105)
8

untuk mengasihi si miskin dengan kasih sayang sebenar tanpa dia merasai
kesakitan dan kepayahan kemiskinan juga kepahitan kelaparan dan penderitaan.
Bulan Ramadhan adalah sebaik-baik pengalaman yang akan diperolehi si kaya
mengenai perasaan si fakir. Ini menjadikannya hidup bersama si fakir di alam
kepedihan dan dihalang daripada memiliki makanan. Dari sinilah puasa adalah
sebaik-baik perkara yang akan menimbulkan faktor-faktor kasih sayang, rahmat
dan kesian di dalam jiwa si kaya.


Seorang pakar ahli sains iaitu Upton Sinclair berkata :-
Sesungguhnya perkara terbesar yang diberikan kepada kita oleh puasa adalah
satu peringkat baru daripada kesihatan. Itu adalah kerana organ akan diperbaharui
secara keseluruhan, maka akan bertambah baik tugas-tugasnya yang pelbagai dan ia
akan menjadi cergas serta tubuh akan diberi peluang terbaik untuk dibersihkan
daripada toksik-toksik dan lebihan-lebihan yang bertimbun di antara ruang-ruangnya
dan pada teras tisu ototnya.

Uji kaji oleh Carlson dan Kunde di Bahagian Fisiologi, Universiti Chicago telah
menunjukkan bahawa Puasa untuk jangka masa seminggu memadai bagi
pembaharuan sementara tisu-tisu di dalam tubuh sesorang manusia yang empat puluh
tahun umurnya, di mana ia akan mengembalikan tisu-tisu ini kepada keadaan tugas
(fisiologi) yang menyerupai keadaan di sisi orang yang umurnya tujuh belas tahun.

Bahkan uji kaji yang dijalankan kepada manusia dan dijalankan kepada anjing-
anjing di makmal biologi di Universiti Chicago serta diedarkan hasil-hasilnya di dalam
Journal Of Metabolic Research, telah menunjukkan bahawa berpuasa selama 30 - 40
hari akan memberikan penambahan metabolisme sebanyak 5 - 6%. Sekiranya kita telah
tahu bahawa kekurangan pada tahap metabolisme adalah satu tanda daripada tanda-
tanda penuaan, kita juga telah mengetahui bagiaman puasa akan menambah imbangan
metabolisme di dalam tubuh dan dan membuang toksik-toksik yang tertimbun, serta
Pendidikan ibadah sekolah rendah (pim3105)
9

menyerap tisu-tisunya yang mati lagi lemah dan menggantikannya dengan yang baru
lagi muda. Bagaimana ia mengembalikan keremajaan dan kecergasan.

Pendidikan ibadah sekolah rendah (pim3105)
10


Pendidikan ibadah sekolah rendah (pim3105)
11


Pendidikan ibadah sekolah rendah (pim3105)
12


Pendidikan ibadah sekolah rendah (pim3105)
13


Pendidikan ibadah sekolah rendah (pim3105)
14


Pendidikan ibadah sekolah rendah (pim3105)
15


Pendidikan ibadah sekolah rendah (pim3105)
16


Pendidikan ibadah sekolah rendah (pim3105)
17


Pendidikan ibadah sekolah rendah (pim3105)
18



Pendidikan ibadah sekolah rendah (pim3105)
19

REFLEKSI
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan izinnya dapt saya menyiapkan
tugasan kerja kursus pendek pada semester 1 ini di bawah tajuk mata pelajaran
Pendidikan Ibadah Sekolah Rendah (PIM3105) dengan jayanya. Semasa menyiapkan
tugasan ini, saya dapat memperolehi pelbagai ilmu yang positif seperti mengesan
kelemahan atau kekurangan diri, kekuatan dan kelebihan diri dalam menyiapkan tugasan
ini. Selain daripada itu , saya juga dapat menyimpulkannya dalam refleksi ini dalam
memberikan cadangan penambah baikkan .
Semasa menyiapkan esei, saya telah memperolehi pelbagai maklumat melalui
pembacaan saya bagi melengkapkan esei tersebut. Kelebihan yang dapat saya kesan
adalah semasa mengumpul maklumat serta isi-isi penting seperti mengapa kita
disyariatkan berpuasa yang perlu saya kaji. Selain itu, pula dapat melatih diri bersifat
keterbukaan dan menjadi seorang yang teliti dalam menapis dan mengunakan maklumat
baru yang diterima. Selain itu, kelebihan dari segi bersifat kreatif juga dapat saya
tunjukkan melalui pengolahan isi-isi esei yang saya hasilkan.
Saya juga telah mengunakan pelbagai sumber untuk menyiapkan tugasan ini.
Antara sumber yang digunakan termasuklah buku, internet, pengalaman, ideologi dan
sebagainya . Ideologi melalui pemikiran juga dapat saya sampaikan melalui pemerhatian
saya terhadap cara pendidikan di negara Malaysia seterusnya di kembangkan melalui
penghasilan esei tersebut. Walaupun sukar menyiapkan esei kerana perlu melakukan
Pendidikan ibadah sekolah rendah (pim3105)
20

kajian secara mendalam, saya tetap dapat menghasilkan persembahan esei yang
menarik bagi saya.
Selain daripada kelebihan diri, saya juga dapat kesan beberapa kekurangan
dalam diri saya semasa menyiapkan tugasan ini antaranya adalah faktor masa. Saya
tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan cepat kerana faktor cuti. Oleh kerana kerja
khusus ini melibatkan sesuatu yang memerlukan rujukan seperti buku ilmiah dan internet,
, saya terpaksa menyiapkan dalam masa yang singkat serta mendapatkan maklumat
melalui perpustakaan serta internet. Semasa mencari maklumat juga ,banyak juga
penegetahuan baru yang masih belum saya timba dan tahu. Alhamdulillah setelah
meneliti dan faham akan konsep disyariatkan kita berpuasa saya dapat mengolahnya
dengan sempurna.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapakan jutaan terima kasih kepada
pensyarah penasihat iaitu Ustaz Zainuddin Bin Abd Hamid serta rakan saya kerana
kerjasama yang diberikan. Diharap tugasan ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah kami
bersama. Saya berharap agar tugasan ini menjadi sebuah tugasan yang cemerlang dan
bermakna dalam hidup serta program PISMP yang saya jalani sekarang. Selain itu saya
juga berazam agar segala kekurangan serta kelemahan dapat di dalam proses
menyiapkan tugasan ini dapat saya baiki.

MUHAMMAD ARIF BIN MASRI
PISMP AMBILAN JANUARI 2012
Pendidikan ibadah sekolah rendah (pim3105)
21

BIBLIOGRAFI
Panduan Lengkap Puasa Ramadhan Menurut al-Qur'an dan as-Sunnah, Abu Abdillah Syahrul
Fatwa B. Luqman, dan Abu Ubaidah Yusuf B. Mukhtar as-Sidawi, Pustaka al-Furqon
Puasa Ramadhan Dibawah Naungan Al-Quran & As-Sunnah, Al-Ustadz Dzulqarnain,
Sudirman, Jakarta.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PuasaamalanRasulullahkekalhinggakini/A
rticle/artikel

Pendidikan ibadah sekolah rendah (pim3105)
22




LAMPIRAN

Вам также может понравиться