Вы находитесь на странице: 1из 46

Jenis hasil yang hendak diperkenalkan harus mampu memberi pendapatan yang stabil di samping tidak menimbulkan reaksi

negatif daripada orang ramai yang dikenakan bayaran berkenaan. Antara ciri-ciri cukai yang baik :

Kadar Hasil Hasil yang diperolehi dari sesuatu sumber itu haruslah stabil, boleh diramalkan dan anjal terhadap tindak balas perubahan sosial dan ekonomi. Contohnya, cukai pendapatan dan cukai jualan adalah lebih anjal berbanding dengan cukai cukai harta kerana harta secara amnya sukar dapat ditingkatkan nilainya dalam tempoh singkat. Sumber yang dicadangkan juga harus mampu menghasilkan pendapatan yang mencukupi untuk membiayai perbelanjaan yang dirancang.

Kos Kutipan Persoalan tentang kos kutipan ini adalah dikaitkan dengan berapakah jumlah kos yang akan dilibatkan dalam mengutip hasil berkenaan. Jika kos bagi mengutip seringgit hasil adalah sama atau lebih dari seringgit bermakna sumber yang dicadangkan adalah tidak ekonomik untuk dilaksanakan.

Adil Beban cukai yang dikenakan haruslah adil dan berdasarkan keupayaan membayar. Mengikut prinsip percukaian seperti ekuti menegak iaitu yang berkemampuan dikenakan lebih cukai atau ekuiti melintang di mana orang yang berada pada situasi ekonomi yang sama dikenakan kadar cukai yang sama rata. Asas cukai juga mestilah jelas supaya orang ramai memahami dan menerima kenapa mereka dikenakan cukai. Pihak yang mendapat lebih nikmat penggunaan perkhidmatan seharusnya membayar lebih cukai daripada pihak yang kurang menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan.

Kecekapan Ekonomi Sebarang bentuk cukai yang direka bentuk haruslah dapat menggalakkan pengagihan sumber yang cekap dalam ekonomi. Ia tidak sepatutnya boleh merubah atau merencatkan pilihan individu atau firma dalam melabur, menabung, berbelanja atau membuat pemilihan tempat.

Keupayaan Melaksana Kesesuaian sesuatu sumber itu juga harus dilihat dari segi keupayaan melaksanakannya sama ada dari aspek politik atau pentadbiran. Kemahuan politik (political will) sering dipersoalkan dalam hal-hal yang berkaitan dengan pengenaan cukai. Ahli politik sering berhadapan dengan dilema menjaga kepentingan orang ramai yang semestinya tidak gemarkan sebarang bentuk cukai dan dalam masa yang sama ahli politik juga menjadi ejen kerajaan dalam mengenakan cukai Cukai yang jelas nampak (visible) juga harus dielakkan. Cukai jualan adalah contoh cukai kurang jelas nampak kerana semua orang dikenakan cukai bagi setiap barangan yang dibeli tetapi tidak menyedarinya berbanding dengan cukai harta. Keupayaan melaksana dilihat dari segi pentadbiran iaitu ianya mudah dikenakan, dikutip dan dikuatkuasakan.

Pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan kepada orang ramai. Memerlukan kos yang tinggi sama ada untuk tujuan pembangunan, perolehan barangan atau membayar gaji kakitangan. Hasil-hasil kerajaan tempatan di Malaysia dinyatakan secara khusus melalui Seksyen 39 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Perkara 156 Perlembagaan Persekutuan.

Cukai Harta Cukai harta (property tax) atau juga dikenali sebagai cukai taksiran atau kadaran adalah merupakan sumber paling penting kerajaan tempatan di kebanyakan negara di dunia. Di Amerika ia menyumbang dua pertiga dari keseluruhan pendapatan sesebuah pihak berkuasa tempatan Merupakan cukai langsung yang dikenakan terhadap pegangan atau hartanah yang merangkumi tanah dan bangunan.

Untuk kerajaan tempatan di Malaysia, cukai harta hanya dikenakan terhadap pegangan harta berbentuk bangunan, lebih dikenali dengan nama cukai pintu. Ccukai tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Bagaimanakah cukai harta ini ditentukan? Melibatkan satu proses yang disebut sebagai penilaian (assessment). Pihak yang menilai pula dipanggil penilai cukai (tax assessor). Di Malaysia, proses penilaian harta dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan sendiri dengan mendapat bantuan dari Jabatan Penilaian Harta.

Kerajaan tempatan di Malaysia menggunakan asas Nilai Tahunan atau Nilai Tambah sesuatu pegangan dalam mengenakan cukai taksiran. Nilai Tahunan merujuk kepada penggunaan anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah sebagai asas pengenaan cukai. Nilai Tambah pula menggunakan anggaran harga jualan yang berpatutan sebagai asas cukai.

Akta Kerajaan Tempatan 1976 telah menetapkan kadar tidak melebihi 35 peratus jika menggunakan Nilai Tahunan atau tidak melebihi 5 peratus jika menggunakan Nilai Tambah sebagai asas cukai. Kadar yang dikenakan juga berbeza mengikut penggunaan sesuatu pegangan. Contohnya, kadar untuk bangunan perniagaan biasanya lebih tinggi dari bangunan rumah kediaman. Pendapatan dari sumber ini adalah stabil tetapi pertambahan nilai sesuatu pegangan memerlukan penilaian semula harta yang melibatkan kos yang tinggi dan proses yang rumit. Kepada ahli politik, proses ini merupakan lpilihan terakhir yang mahu difikirkan.

Lesen Pihak berkuasa tempatan diberi kuasa untuk mendaftar, melesen dan mengawal perdagangan, perniagaan atau perindustrian di dalam kawasan tadbirnya. Lesen adalah sebagai alat untuk mengawal penubuhan, pemilikan dan pengendalian sesuatu perniagaan. Contoh-contoh perniagaan yang memerlukan lesen ialah kedai gambar, makanan dan minuman, bengkel pembaikan kenderaan dan penjaja kecil bergerak. Ia merupakan salah satu sumber penting tetapi potensinya agak terhad. Ini adalah kerana ia bergantung kepada kepesatan pembangunan perniagaan dan proses perbandaran di sesuatu kawasan. Kenaikan dalam bayaran lesen juga tidak boleh dilakukan dengan mudah.

Sewa Pendapatan dari sewa banyak bergantung kepada keupayaan pihak berkuasa tempatan mendapatkan modal untuk membina rumah atau kompleks perniagaan. Bangunan-bangunan ini akan disewakan kepada orang ramai. Di United Kingdom hampir semua pihak bekuasa tempatan membina rumah-rumah yang dipanggil Council House untuk disewakan kepada orang ramai terutamanya untuk golongan kurang berkemampuan. Kadar sewa yang dikenakan biasanya jauh lebih rendah dari kadar pasaran terutamanya yang dikenakan oleh pihak swasta. Salah satu masalah utama dari sumber sewa ini ialah dari aspek pungutan dan penguatkuasaan. Pendapatan dari sewa agak sukar diuruskan dan kurang stabil.

Bayaran Perkhidmatan dan Yuran Yuran adalah satu bentuk bayaran yang dikenakan ke atas perkhidmatan dan penggunaan kemudahan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan. Contohnya sejumlah yuran akan dikenakan apabila memohon kelulusan perancangan sesuatu projek pembangunan. Bayaran perkhidmatan dikenakan bagi penggunaan kemudahan seperti kolam renang, gelanggang, padang bola dan perpustakaan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.

Bagaimanakah menentukan kadar yuran dan bayaran perkhidamatan yang akan dikenakan. Bergantung kepada matlamat pihak berkuasa tempatan itu sendiri. Adakah ia bermatlamatkan untuk menyediakan perkhidmatan tanpa mengira pulangan, untuk pulang modal atau mendapatkan sedikit untung bagi membiayai aktiviti-aktiviti lain? Biasanya yuran atau bayaran perkhidmatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan adalah lebih rendah dari kadar pasaran atau yang dikenakan oleh pihak swasta.

Pulangan Pelaburan Pendapatan dari punca ini bukanlah merupakan sumber utama kerana kebanyakan kerajaan tempatan beroperasi dalam defisit. Tidak banyak lebihan dari tabungan pihak berkuasa tempatan yang boleh digunakan bagi tujuan pelaburan. Pelaburan yang dibuat biasanya adalah dalam akaun-akaun amanah dan simpanan tetap yang rendah risikonya. Pihak berkuasa tempatan juga boleh menubuhkan unit perniagaannya sendiri sebagai satu alternatif pelaburan.

Denda Denda adalah satu bentuk hukuman yang dikenakan bagi sesiapa yang melanggar undang-undang kecil dan akta berkaitan. Contohnya ialah denda kesalahan meletak kenderaan, membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya atau membina bangunan sambungan tanpa kelulusan Sumber pendapatan dari denda juga dikatakan kurang stabil kerana ia bergantung kepada keberkesanan proses penguatkuasaan.

7. Sumbangan Membantu Taksiran/Kadar Pada prinsipnya semua hartanah atau pegangan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan adalah dikenakan cukai taksiran Terdapat beberapa kategori harta yang dikecualikan dari cukai ini. Perkara 156 Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan bahawa tanah atau bangunan yang digunakan untuk tujuan awam adalah tidak dikenakan cukai taksiran. Sebagai ganti, satu bentuk bayaran yang dipanggil sebagai Sumbangan atau Caruman Bantu Kadar dibayar kepada pihak berkuasa tempatan oleh kerajaan negeri atau persekutuan yang mempunyai hartanah di dalam sesuatu kawasan pihak berkuasa tempatan. Sumbangan Bantu Kadar ini bolehlah dianggap sebagai satu bentuk bayaran yang dibuat oleh kerajaan negeri, persekutuan atau badan berkanun kepada pihak berkuasa tempatan kerana menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan. Kadar bayaran ditentukan melalui persetujuan antara ketiga-tiga peringkat kerajaan ini khususnya dari hasil perbincangan dalam Majlis Negara Kerajaan Tempatan. Di United Kingdom Sumbangan Bantu Kadar ini disebut sebagai Donation in lieu of rates

Bantuan Kerajaan Negeri dan Persekutuan Memandangkan kebanyakan hasil negara adalah disalurkan kepada kerajaan pusat dan negeri dan bagi mengimbangkan keadaan ini, beberapa bentuk bantuan akan diberi kepada kerajaan tempatan oleh kedua-dua peringkat kerajaan yang lebih atas ini. Bantuan-bantuan adalah dalam bentuk geran. Istilah geran digunakan kerana bantuan yang diberi adalah berbentuk sumbangan hangus. Ini bermaksud ia tidak perlu dibayar balik seperti pinjaman. Terdapat pelbagai jenis geran yang diterima oleh sesebuah pihak berkuasa tempatan. Geran ini bukanlah satu bayaran wajib yang mesti dikeluarkan kepada setiap pihak berkuasa tempatan mengikut tempoh tertentu. Ia juga bergantung kepada keadaan ekonomi semasa dan juga keupayaan kerajaan persekutuan dan negeri berkenaan.

Bantuan dalam bentuk geran berkategori (categorical grants) hanya boleh digunakan bagi tujuan yang ditentukan sahaja seperti bantuan banjir, pembinaan sekolah dan sebagainya. Bantuan dalam bentuk perkongsian hasil (revenue sharing) juga agak popular di beberapa kerajaan tempatan di Amerika Syarikat. Cukai yang dikutip oleh kerajaan persekutuan atau negeri akan dipulangkan sebahagiannya mengikut formula tertentu kepada kerajaan tempatan. Contohnya, lima peratus dari cukai jalan yang dikutip oleh kerajaan persekutuan dipulangkan kepada kerajaan tempatan dalam bentuk perkongsian hasil.

Bentuk geran yang pernah dikeluarkan kepada pihak berkuasa tempatan di Malaysia.

Geran Pelancaran Dikeluarkan sekitar tahun 1978 sebagai satu insentif bagi mempercepatkan proses penyusunan semula dan meringankan beban penguasa tempatan yang telah disusun semula. Setiap Majlis Daerah berhak mendapat maksimum sebanyak RM4.125 juta dan Majlis Perbandaran $3.50 juta. Pengiraan peruntukan adalah berdasarkan bilangan penduduk dan saiz kawasan

Geran Jalan Disediakan untuk kerajaan negeri tetapi disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan bagi kerja-kerja penyenggaraan jalan di bawah kawalan penguasa tempatan. Kerja-kerja ini termasuklah kerja penurapan, penampungan lubang, pembinaan jambatan dan longkang, penanaman pokok peneduh, pemasangan lampu isyarat dan sebagainya. Jumlah geran yang diberi adalah berasaskan perbatuan dan lebar jalan seluas 14 kaki. Geran jalan ini hanya diberikan kepada jalan bukan persekutuan

Geran Penyengaraan/Tahunan Geran ini diperkenalkan bagi mengurangkan beban perbelanjaan pentadbiran yang disebabkan oleh kenaikan gaji kakitangan. Dikira berdasarkan bilangan penduduk dan jumlah kutipan hasil pihak berkuasa tempatan berkenaan. Pertimbangan diberi kepada penguasa tempatan yang didapati tidak berkembang dengan baik kerana kemunduran dan tiada kemampuan untuk mendapat hasil yang setimpal dengan tanggungjawab yang dipikul.

Pinjaman
Pihak berkuasa tempatan dibenarkan membuat pinjaman bagi membiayai projek-projek pembangunannya. Pinjaman biasanya digunakan bagi membiayai projek-projek besar seperti pembinaan kompleks sukan, dewan serba guna, pusat membeli-belah dan bangunan pejabat. Di kebanyakan negara maju salah satu kaedah pinjaman yang digunakan ialah melalui gadai janji atau bon. Bon adalah satu bentuk sijil hutang yang menjanjikan pembayaran balik pinjaman pokok bersama kadar faedah tertentu apabila mencapai tempoh matang.

Pelabur biasanya memilih untuk melabur dalam bon kerajaan kerana pulangannya terjamin, risiko yang rendah dan faedah yang diperolehi tidak dikenakan cukai. Kaedah pembiayaan melalui bon ini belum pernah diamalkan oleh kerajaan tempatan di Malaysia. Bahagian V di bawah tajuk Peruntukan-peruntukan Am Kewangan dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) ada memperuntukkan kebenaran kepada pihak berkuasa tempatan di Malaysia untuk membuat pinjaman bagi membiayai perbelanjaan dan projek tertentu. Pinjaman ini boleh digunakan untuk tujuan pengambilalihan tanah, binaan bangunan, pengendalian kerja dan juga melunaskan hutang. Pinjaman boleh dibuat dengan mana-mana pihak seperti institusi kewangan, kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan. Nilai pinjaman hendaklah tidak melebihi lima kali nilai tahunan harta pegangan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan berkenaan dan tempoh bayaran balik tidak melebihi enam puluh tahun (Sek. 41). Setiap bentuk pinjaman mestilah mendapat kelulusan kerajaan negeri terlebih dahulu.

satu perancangan kewangan kerajaan dari segi menentukan jenis dan jumlah sumber hasil yang dijangka boleh diperolehi dan merangka strategi bagaimana untuk membelanjakannya dengan tujuan untuk mencapai matlamat yang telah ditentukan iaitu memberi kesejahteraan kepada rakyat. melibatkan satu tempoh akan datang dengan mengambil kira tempoh masa lalu.

mempunyai beberapa peranan yang penting


memastikan wujudnya kecairan, iaitu menentukan perbelanjaan tidak melebihi pendapatan menjadi alat menentukan dasar dan keutamaan dalam menyediakan perkhidmatan dan membuat perbelanjaan. Penentuan kadar cukai, bayaran perkhidmatan dan kenaan, yuran dan sebagainya juga ditentukan berdasarkan belanjawan yang dirancang diluluskan melalui satu prosedur yang formal memberi kuasa kepada kerajaan tempatan untuk berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan wujud unsur-unsur kawalan, iaitu melalui proses pembentangan hasil laporan audit

belanjawan dalam kerajaan tempatan bolehlah disimpulkan sebagai proses yang melibatkan pembuatan dasar, pengurusan dan juga kawalan.

PBT haruslah menetapkan matlamat utamanya, iaitu mencapai keberkesanan dan kecekapan maksimum dalam kutipan. boleh dicapai dengan kerap mengkaji semula kadar yang dikenakan atau melakukannya mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Pastikan sesiapa yang sepatutnya membayar berbuat demikian pada jumlah yang betul dan dalam tempoh yang ditetapkan.

Pastikan tiada unsur rasuah, penyelewengan atau pakatan (collusion) antara pembayar cukai dengan petugas pihak berkuasa tempatan dalam membuat kutipan. Kecekapan maksimum pula boleh dicapai apabila hanya sebahagian kecil kos kutipan adalah diserap dari jumlah hasil yang dikutip wang yang dikutip diakaunkan dengan sempurna dan mengikut prosedur yang dipiawaikan

Notis taksiran
sebelum akhir Februari sebelum akhir Ogos

Lewat
notis lewat (nyatakan tarikh akhir) denda 912 peratus dari jumlah tertunggak

Waran Tahanan (warrant of attachement)


notis 15 hari rampas harta alih kepunyaan pemilik atau penyewa

Lelong
lelong barang rampasan jika tidak selesai dalam masa 7 hari

a)

Tindakan undang-undang

Tindakan undang-undang adalah langkah terakhir yang patut dijalankan setelah lain-lain pilihan telah diambil. Tindakan saman dan seterusnya pelaksanaan penghakiman sehingga ke peringkat pengisytiharan muflis, penyitaan harta alih peribadi dan sebagainya harus diambil setelah langkah perundingan telah diambil.

Tindakan undang-undang akan hanya meningkatkan kos yang perlu ditanggung oleh pembayar cukai dan jika masih gagal dikutip ia akan menjadi tanggungan penguasa tempatan sendiri. Di United Kingdom tindakan penguatkuasaan boleh sampai sehingga ke tahap memenjarakan pembayar yang ingkar

b)

Bayaran secara ansuran


Membenarkan bayaran secara ansuran adalah langkah mengikut budi bicara yang selalunya disenangi oleh pembayar cukai. Kaedah ini tidak boleh diamalkan selalu kerana pembayar akan mengambil kesempatan di atas peluang yang diberi. Jika semua orang memilih untuk membayar secara ansuran ia akan mengganggu aliran tunai sesebuah pihak berkuasa tempatan.

c)

Memberi insentif

Beberapa jenis insentif boleh diberi bagi menggalakkan pembayaran mengikut tempoh atau lebih awal dari tempoh yang ditetapkan. Cth : menawarkan diskaun atau pemberian cenderamata bagi bayaran sebelum tempoh ditetapkan.

d)

Menerbitkan nama pemilik yang bertunggakan


Langkah menerbitkan nama peminjam dan penjamin yang ingkar dalam surat khabar pernah dibuat oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan langkah ini didapati berkesan dalam meningkatkan kutipan. Penguasa tempatan boleh mengikut langkah ini atau dalam skala yang lebih kecil dengan memaparkan nama pembayar cukai yang ingkar di papan-papan kenyataan di pejabat penguasa tempatan sendiri.

e)

Memungut sewa dari pegangan

Akta Kerajaan Tempatan memberi kuasa kepada penguasa tempatan untuk memaksa penyewa pegangan membuat bayaran sewa kepada penguasa tempatan sehingga tanggungan cukai selesai. Dengan cara ini, pemilik pegangan akan berusaha menyelesaikan tunggakan sewa kerana tidak mahu menyusahkan penyewanya.

f)

Membayar melalui kad kredit

Pembayaran melalui kad kredit adalah satu kaedah yang semakin popular sejak kebelakangan ini. Perniagaanperniagaan kecil juga kini telah mempunyai mesin kad kredit sendiri kerana ia memudahkan urus niaga dan menjadi satu keperluan masa kini. Penggunaan kad kredit merupakan kemudahan bayaran tertangguh yang boleh dinikmati oleh pemegangnya. PBT seharusnya mempunyai mesin kad kredit bagi membolehkan pelanggannya melunaskan semua bentuk bayaran melalui kemudahan ini. risiko dapat dipindahkan kepada syarikat-syarikat kad kredit. Bayaran kepada pihak berkuasa tempatan juga akan menjadi lebih tetap dan terjamin.

g)

Menggunakan ejen pungutan hutang


orang ramai mempunyai persepsi dan penerimaan yang berbeza antara agensi swasta dan awam dalam melunaskan sesuatu pinjaman atau tanggungan. Mereka akan lebih khuatir jika gagal membayar sesuatu tuntutan dari pihak swasta berbanding dari sebuah agensi awam. Langkah menggunakan agensi kutipan hutang swasta telah terbukti berkesan meningkatkan jumlah kutipan hasil. Penggunaan agensi kutipan swasta juga dianggap lebih berkesan kerana syarikat ini menumpukan kepada bidang pungutan hutang dan pakar dalam bidang ini.

h)

Geran dikaitkan dengan kadar tunggakan

Sebagai insentif kepada penguasa tempatan untuk lebih aktif dan mencari cara terbaik dalam mengutip tunggakan, pemberian bantuan dalam bentuk geran boleh dikaitkan dengan jumlah tunggakan sesebuah pihak berkuasa tempatan. mengurangkan bantuan geran jika tunggakan adalah tinggi dan begitulah juga sebaliknya.

i)

Pengkomputeran maklumat kewangan

Dalam era teknologi maklumat ini penggunaan komputer dalam memastikan kecekapan pengurusan tidak dapat dielakkan lagi. ada agensi yang hanya menggunakan komputer sebagai pemproses perkataan ataupun melayari internet. Pengkomputeran maklumat kewangan akan dapat meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan dan juga kutipan. akan dapat mengenalpasti pembayar-pembayar cukai yang bertunggakan dengan hanya mengklik sekali sahaja atau surat-surat peringatan dapat dikeluarkan secara otomatik melalui program tertentu. Maklumat pengkomputeran juga dapat mengurus sistem rekod pemilik dan pembayaran cukai dengan lebih berkesan.

j)

Menentukan kos kutipan


Banyak kos-kos yang terlibat dalam menjalankan proses kutipan. kos yang terlibat boleh melebihi hasil yang dikutip jika kos bagi setiap kes tidak diketahui dan dikawal. Menentukan kos kutipan akan dapat mengenal pasti sama ada sesuatu tunggakan itu masih ekonomik untuk dikutip.

Вам также может понравиться