Вы находитесь на странице: 1из 3

KOMPOSISI DIET DAN LATIHAN INTENSITI TINGGI PENGENALAN

Diet yang seimbang ialah sajian makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan dengan kadar yang betul. Tubuh yang tidak menerima nutrien mencukupi dan seimbang akan menghadapi masalah penyakit. Maksud diet yang sihat ialah diet seimbang yang memastikan kesempurnaan zat yang berpandukan piramid makanan. Seseorang yang mengamalkan diet yang seimbang akan mengandungi karbohidrat, protein, lemak, vitamin, serat dan mineral malah membantu membolehkan badan sentiasa cergas dan berkeupayaan untuk terus bersukan. Adalah penting mereka yang aktif bersukan perlulah bersarapan dahulu sebelum memulakan latihan atau bermain dalam sebarang pertandingan. Selain itu, pengambilan makanan yang tinggi kandungan karbohidrat dan protein dapat membekalkan tenaga, menggalakkan tumbesaran dan membaik pulih tisu serta menjana metabolisme yang tinggi. Selain itu, makanan yang mengandungi tinggi lemaknya tidak bagus untuk kesihatan dan boleh menyebabkan kegemukan serta peningkatan berat badan. Oleh itu, disarankan mengurangkan pengambilan mentega dan gula bagi menjamin kesihatan yang bagus apabila dalam bersukan serta menjaga prestasi latihan dalam sukan kelak.

Perkaitan antara diet dan prestasi latihan intensiti tinggi dalam sukan adalah penting dalam meningkatkan prestasi sukan. Kebanyakan masalah yang melibatkan kemerosotan prestasi adalah akibat dari kelemahan program pemakanan yang tidak betul dan tersusun. Oleh kerana itu, atlet perlulah mengambil kira penggunaan pemakanan yang optima dalam program latihan. Optima diet didefinisikan sebagai makan atau minum yang dapat memberikan semua keperluan nutrien yang mencukupi untuk pemeliharaan tisu, pemulihan dan perkembangan tanpa berlebihan (McArdle e tal. 1996). Terdapat banyak cadangan jenis makanan yang boleh menyediakan keperluan nutrien seperti pemeliharaan, pemulihan dan perkembangan tisu. Oleh itu, atlet perlulah mengambil perhatian tentang pengambilan diet yang seimbang serta tidur dan rehat mencukupi bagi menghadapi latihan yang berkesan.

Justeru itu, makanan juga mempengaruhi kecergasan fizikal atlet dan seterusnya kemenangan selain latihan gigih dan semangat tinggi semasa pertandingan. Sehubungan itu, bagi mendapatkan tenaga yang mencukupi untuk menghadapi sebelum dan selepas pertandingan, atlet perlulah sentiasa diingatkan supaya mengambil makanan yang bersesuaian dengan keperluan ketahanan tubuh dan kecergasan yang dikehendaki. Selain itu juga, pemakanan

yang berkhasiat serta betul dietnya juga penting dalam membantu otot cepat pulih daripada kecederaan yang dialami semasa menjalani latihan atau ketika menyertai pertandingan. Ini adalah kerana setiap mereka yang aktif bersukan tidak akan terdedah kepada kecederaan. Oleh itu pemakanan yang betul adalah penting bagi memastikan mereka cepat pulih daripada kecederaan supaya dapat kembali cergas. Pemakanan dan diet yang betul akan membantu prestasi setiap ahli sukan selain dapat membantu kecergasan dan mutu persembahan mereka ketika beraksi di padang atau gelanggang permainan (Muhd Ashraff Reddy, 15 Januari 2010)

Intensiti merupakan satu komponen yang terpenting dalam latihan. Semakin banyak kerja atau beban yang dilakukan, semakin tinggi intensiti sesuatu latihan tersebut. Prestasi latihan dan perlawanan sebenar bagi setiap individu adalah berbeza. Oleh itu, keupayaan atlet perlu dikenal pasti supaya dapat meningkatkan lagi intensiti sesuatu latihan yang dijalankan. Intensiti sesuatu permainan boleh diukur menerusi tindak balas kadar nadi dan konsentrasi asid laktik (Jacob, 1986; Fernandez e tal, 2006)

Tindak balas kadar nadi turut memainkan peranan penting bagi menentukan keupayaan atlet dalam sesuatu acara yang disertai (Konig e tal, 1999). Menurut Mason e tal (1994), kadar nadi individu yang aktif atau terlatih selalunya rendah berbanding individu yang tidak terlatih. Kadar nadi akan sentiasa meningkat jika jumlah kerja yang dilakukan bertambah individu yang sihat dan cergas fizikal mengambil masa yang singkat untuk pulih ke tahap kadar nadi adalah seperti umur, jantina, faktor fizikal, emosi, faktor persekitaran, pengambilan ubatubatan dan latihan yang dilakukan.

Di dalam sesuatu program latihan fizikal penekanan adalah terhadap intensiti beban latihan. Intensiti latihan diberi dengan mempertingkatkan tempo latihan supaya atlet bekerja di atas paras kemampuan fizikal masing- masing. Petunjuk paling nyata terhadap intensiti latihan yang baik adalah atlet mencapai kadar nadi latihan yang maksimum (70 hingga 80%)

Justeru itu, latihan berintensiti tinggi adalah salah satu kaedah yang popular di seluruh dunia dengan menjalankan serta memberi tumpuan kepada ledakan jangka masa pendek daripada latihan intensiti tinggi diikuti dengan tempoh rehat dan pemulihan. Selain itu, satu senaman biasa yang menggunakan latihan berintensiti tinggi akan terdiri daripada enam puluh saat atau

lebih latihan intensiti tinggi diikuti oleh sembilan puluh saat rehat, berulang selama lima belas minit atau lebih. Program latihan ini telah terbukti sangat berkesan kepada untuk meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan kajian telah menunjukkan bahawa dalam masa dua minggu latihan berintensiti tinggi ini akan dapat membantu golongan lelaki muda dalam membangunkan peningkatan dalam rintangan terhadap insulin serta membantu mencegah penyakit jenis Diabetes. Selain itu juga ia dapat membantu menurunkan berat badan dengan cepat dan membakar kalori Latihan berintensiti tinggi ini juga, dapat membantu peningkatan kapasiti oksigen dalam paru- paru dan jika melatih menggunakan program latihan berintensiti tinggi ia akan memudahkan untuk mendaki gunung dan berjoging tanpa merasa penat yang melampau.( May 29, 2012 in Workout routines)

Latihan berintensiti tinggi ini juga dapat mengurangkan risiko kecederaan dan memberikan faedah yang berguna kepada sesiapa yang mengamalkan latihan berintensiti tinggi ini. Malahan ia boleh digunakan oleh orang ramai termasuk bukan olahraga dan hanya cuba untuk mengurangkan berat badan serta menjadi lebih sesuai tanpa menghiraukan umur dan jantina seseorang. Terlebih dahulu disarankan kepada semua orang untuk menjalani pemeriksaan doktor dahulu untuk mendapatkan pengesahan bebas daripada segala faktor- faktor serangan sakit jantung atau kardiovaskular. Ini kerana setiap latihan mempunyai intensiti yang tinggi dan memerlukan tubuh badan atau fizikal yang kuat secara mental ( Dean Anderson, Fitness Expert)

Вам также может понравиться