Вы находитесь на странице: 1из 89

A.

PENGENALAN

1.0 PENDAHULUAN Sebagai memenuhi sukatan pelajaran bagi subjek PRA3102, Pengajian Kurikulum dan Model Prasekolah, kami telah dibahagikan kepada 6 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang bagi setiap kumpulan.

Setiap kumpulan telah ditugaskan untuk menyediakan satu sudut tunjang. Tunjang yang diamanahkan kepada kami ialah tunjang kemanusiaan. Tugasan ini turut meminta kami untuk menggunakan prinsip Froebel dalam menyediakan tunjang tersebut. Kami telah diberi tempoh selama 4 minggu iaitu 5 Mac 2013 sehingga 15 April 2013.

1.1 PRASEKOLAH Pendidikan prasekolah merupakan satu program yang menyediakan

pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun ataupun lebih sebelum masuk ke tahun satu di sekolah formal. (Saayah Abu et.al, 2006 : 5)

Program ini ditubuhkan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persedian untuk mereka memasuki sekolah rendah. (Saayah Abu et.al, 2006 : 5)

Kementerian Pelajaran Malaysia mula melaksanakan program pendidikan prasekolah annex pada tahun 1992, sebagai projek rintis berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 18 Disember 1991 yang telah bersetuju mewujudkan sebanyak 1

1,131 buah kelas prasekolah. Sementara itu Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 telah bersetuju supaya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) meneruskan program peluasan prasekolah mulai tahun 2002. Sejak daripada itu peluasan prasekolah telah dijalankan dari semasa ke semasa mengikut dasar sedia ada, NKRA Pendidikan dan juga cadangan peluasan dalam RM Ke-10. (Portal Rasmi KPM, 2012)

1.2 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Sebelum penubuhan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK ), Pusat Perkembangan Kurikulum telah menggubal satu kurikulum untuk digunapakai oleh semua prasekolah yang terdapat di seluruh negara pada tahun 2003. Kurikulum ini dinamakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. (Mok Soon Sang, 2010 : 189)

Kurikulum tersebut merangkumi tiga bahagian. Bahagian pertama menyentuh mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), konsep prasekolah, matlamatnya, objektifnya. Bahagian kedua pula menyentuh mengenai cara penggunaak Buku Huraian Kurikulum Prasekolah dan bahagian ketiga adalah mengenai 6 komponen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. (Mok Soon Sang, 2010 : 189)

Pada tahun 2010 pula, KSPK pula diperkenalkan. Sejajar dengan FPK , ia bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat serta menyuburkan melalui aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. (Portal Rasmi KPM, 2012)

Melalui kurikulum ini kemahiran literasi dan numerasi asas murid dipertingkatkan, keyakinan dibangunkan dan konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak dipupuk. Murid-murid dipersediakan agar mereka berupaya menyesuaikan diri dengan 2

persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran bagi kelangsungan pembelajaran seterusnya. (Portal Rasmi KPM, 2012)

Pembinaan KSPK adalah berdasarkan rekabentuk kurikulum berasaskan standard dan berbentuk modular. Standard kandungan dan pembelajaran di dalam KSPK adalah berpaksikan kepada pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam 6 Tunjang Pembelajaran iaitu, Tunjang Komunikasi, Tunjang Kerohanian, Tunjang Sikap dan Nilai, Tunjang Kemanusian, Tunjang Sains dan Teknologi, Tunjang

Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Tunjang Perkembangan Keterampilan Diri. (Portal Rasmi KPM, 2012)

Pada peringkat prasekolah, proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak-kanak (ABP). Pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk kanak-kanak adalah bersifat fleksibel tetapi terancang di mana semua murid terlibat secara aktif melalui pelbagai aktiviti individu, kumpulan, dan kelas. Penglibatan murid-murid tidak kira di dalam atau di luar bilik darjah. Suasana pembelajaran yang selesa, ceria dan selamat dapat menggalakkan naluri ingin tahu dan gemarkan cabaran yang seiring dengan fitrah semulajadi kanakkanak. (Portal Rasmi KPM, 2012)

B. PENULISAN AKADEMIK

2.0 SUDUT AKTIVITI KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2.1 Tunjang-tunjang Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal dengan memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam tunjang pembelajaran. Antaranya adalah Tunjang Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Sains dan Teknologi; Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Keterampilan Diri.

Tunjang Komunikasi terdiri daripada Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris wajib dipelajari oleh semua murid prasekolah. Bahasa Cina dan Tamil pula hanya dipelajari oleh murid di prasekolah yang beraliran bahasa Cina dan Tamil.

Fokus utama Tunjang Komunikasi adalah Kemahiran Bahasa dan Seni Bahasa. Kemahiran Bahasa merangkumi kemahiran kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Bahan yang digunakan perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak. Seni Bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa melalui kepelbagaian aktivitidan permainan bahasa seperti drama dan sajak.

Seterusnya adalah Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai. Tunjang ini merangkumi pendidikan Islam dan pendidikan Moral. Pendidikan Islam dipelajari oleh beragama Islam selama dua jam seminggu manakala pendidikan moral pula dipelajari oleh murid lain selama dua jam seminggu juga. Pendidikan Islam memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang Rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasulullah 4

dan Kalimah Syahadah. Murid prasekolah belajar bersuci, berwuduk, melakukan pergerakan solat, mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan amalan harian mengikut adab. Pada masa yang sama murid juga mengenal asas bahasa AlQuran, huruf hijjaiyah dan jawi serta menghafaz beberapa surah pendek dan doa pilihan. Pengajaran dan pembelajarn pendidikan Islam dijalankan melalui aktiviti seperti bercerita, simulasi, menyanyi, bernasyid, aktiviti hands-on, meneroka dan bermain.

Pendidikan Moral di prasekolah pula memberikan fokus kepada pelakuan moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang masa murid di prasekolah. Pendidikan moral tidak dijalankan melalui aktiviti yang spesifik tetapi diterapkan melalui kesemua aktiviti yang dijalankan di prasekolah. Nilai-nilai murni Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah seperti kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayayang, keadilan dan sebagainya.

Tunjang Ketrampilan Diri lebih menekankan kepada perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak akan menghadapi masalah di prasekolah dan juga di sekolah rendah kelak jika sosioemosi mereka kurang stabil dan mantap. Perkembangan sosioemosi merangkumi aspek mengenali dan mengurus emosi sendiri, pencapaian emosi yang positif, pembinaan konsep kendiri positif serta pembinaan kemahiran berinteraksi dan kemahiran sosial. Perkembangan sosioemosi berlaku sepanjang masa kanak-kanak berada di prasekolah, ia tidak dicapai melalui aktiviti spesifik tetapi menerusi kesemua aktiviti sama ada aktiviti rutin, semasa rehat, semasa makan dan juga aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lain.

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika merangkumi perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan serta perkembangan kretiviti. Kanak-kanak pada peringkat prasekolah memerlukan aktiviti yang menguatkan kawalan otot mereka. Oleh itu, aspek perkembangan fizikal sangat penting kerana jika perkembangan ini kurang baik, kanakkanak akan menghadapi masalah dalam melakukan aktiviti seperti memegang pensel, penglibatan dalam aktiviti sukan serta pengendalian peralatan. Kemahiran motor halus 5

mereka akan ditingkatkan, begitu juga dengan motor kasar dan juga koordinasi matatangan di kalangan kanak-kanak.

Tunjang perkembangan fizikal ini juga menekankan kepada pembinaan pembinaan amalan penjagaan kesihatan fizikal diri, kebersihan persekitaran dan pemakanan berkhasiat. Tabiat yang dibina akan memanfaatkan kanak-kanak ini sepanjang usia mereka. Aspek keselamatan diri turut ditekankan seperti sumber yang boleh menyebabkan kemalangan dan bahaya kepada diri mereka termasuk langkah menjaga kehormatan diri.

Perkembangan kretiviti pula merangkumi seni visual, pendidikan muzik serta drama dan gerakan kreatif. Tunjuang ini lebh menekankan proses daripada produk. Fokus seni visual adalah pada aplikasi seni, ekspresi kreatif dan apresiasi. Aplikasi seni merujuk kepada proses mengenal dan memilih bahan untuk menghasilkan sesuatu karya. Ekspresi kreatif adalah proses penghasilan karya. Apreasiasi seni melibatkan proses menceritakan hasil kerja sendiri dan juga menunjukkan penghargaan terhadap keindahan persekitaran serta hasil kerja orang lain. Pendidikan muzik merangkumi aktiviti menyanyi, pengalaman awal untuk memainkan perkusi dan sebagainya. Drama dan pergerakan kreatif merangkumi aktiviti drama dan gerakan kreatif seperti berlakon dan menari. Aktiviti tunjang ini bukan sahaja untuk meningkatkan daya kretiviti tetapi juga digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran tunjang lain seperti nyanyian dan pergerakan kreatif yang sering digunakan semasa pembelajaran bahasa, matematik dan lain-lain.

Bagi Tunjang Sains Teknologi merangkumi awal sains, awal matematik, aktiviti pembinaan menggunakan objek seperti blok dan penggunaan ICT. Awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar

menggunakan organ deria dan peralatan mudah. Sikap saintifik yang positif seperti sikap ingin tahu, sistematik dan teliti akan terbentuk semasa proses penerokaan ini. Selain itu, kemahiran asas proses sains seperti kemahiran memerhati, mengukur menggunakan unit bukan piawai, membanding dan mengelas juga akan berkembang. 6

Penerokaan dijalankan keatas alam hidupan , alam bahan, dan alam fizikal. Tunjangini lebih mementingkan penguasaan kemahiran daripada pemerolehan pengetahuan. Guru perlu bersikap terbuka terhadap pandangan dan dapatan daripada hasil penerokaan murid.

Awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak empat hingga enam tahun untuk membuat pembinaan menggunakan objek seperti blok. Aktiviti pembinaan ini bukan sahaja memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari konsep penghubung, lingkungan serta awal matematik tetapi untuk meningkatkan daya kreativiti murid dan kemahiran motor halus.

Awal Matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada murid prasekolah. Pengalaman ini termasuk konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang. Konsep matematik ini dipelajari pada masa yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran bertema menggunakan kaedah yang menyeronokkan. Tunjang Sains dan Teknologi juga menyediakan peluang kepada murid prasekolah menggunakan komputer untuk melakukan tugas tertentu. Penggunaan komputer adalah di tahap asas sahaja.

Tunjang yang terakhir adalah tunjang kemanusiaan. Tunjang Kemanusiaan memberi peluang kepada kanak-kanak supaya lebih memahami diri sendiri, lebih memahami perhubungan antara diri dan keluarga, rakan, komuniti dan alam sekitar. Kanak-kanak juga akan lebih memahami tanggungjawab diri dalam perhubunganperhubungan ini. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pemahaman budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia serta menggalakkan penglibatan dalam perayaan pelbagai kaum ini. Tunjang Kemanusiaan menggariskan skop dan konteks

pembelajaran di prasekolah. Kandungan dalam tunjang ini boleh digunakan untuk membina tema-tema pembelajaran.

Tunjang kumpulan kami adalah tunjang kemanusiaan. Oleh itu, bagi menyiapkan tugasan ini, kami perlulah sentiasa membuat rujukan daripada prinsip-prinsip yang diketengahkan oleh Wiliam Froebel dan juga aspek-aspek yang terdapat di dalam tunjang kemanusiaan.

2.2 Tokoh Pendidikan Awal Kanak-Kanak: Friedrich Wilhelm Froebel (1782-1852) Froebel dianggap sebagai salah seorang penyumbang terulung pada abad ke-19 kepada sains pendidikan. Institusi tadika yang diwujudkan oleh beliau telah berkembang ke seluruh dunia. Froebel ialah seorang pendidik berbangsa Jerman, juga pengasas tadika telah dilahirkan di Oberweissbach pada 21.4.1782. Beliau adalah anak bongsu daripada lima adik-bradik . Ibunya meninggal semasa beliau berusia lima bulan .Bapanya seorang paderi, berkawin semula. Froebel memulakan zaman

persekolahannya semasa berusia 9 tahun dan selepas itu beliau dihantar ke sebuah sekolah berasrama. Kehidupannya di sekolah tidak menggembirakan. Beliau telah meninggalkan sekolah semasa berusia 16 tahun dan semasa berusia 19 tahun beliau telah menjadi aprentis hutan.

Beliau berminat mengenai kandungan sebuah buku berjudul Lenin Getrud dan mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Beliau mengambil kursus sambilan di Universiti of Gena. Selepas itu, beliau tidak boleh membayar yuran pelajarannya dan telah dipenjarakan selama 9 bulan. Di penjara, beliau mempelajari buku-buku Pestalozzi, Pluto dan Lock. Beliau mengambil keputusan untuk berdakwah. Selepas itu, beliau bertugas sebagai juru ukur dan setiausaha sulit untuk aristoktar tempatan.

Semasa berusia 23 tahun, beliau menjadi arkitek. Dari tahun 1808 sehingga 1810, beliau bekerja dan belajar daripada seorang pendidik pemulihan Swiss yang terkenal bernama Johan Heidweich Pestalozzi di Yeordon, Switzerland. Kerjaya mengajar Froebel terganggu dari tahun 1812 sehingga 1815 kerana telah berkhidmat 8

untuk tentera Prussia dan daripada pekerjannya sebagai pembantu Muzium Bahan Galian di Universiti Berlin. Akhirnya, dalam usia 32 tahun, Froebel telah mendapat tempat di university di Berlin, beliau telah menulis sebuah esei bertajuk The Law of the Sphere (1914). Di dalam esei ini, beliau telah memaparkan bahawa segala benda dalam alam ini adalah berkait rapat. Sehingga tahun 1816, barulah beliau melibatkan diri sepenuhnya kepada tugasnya. Froebel belajar dengan Pestalozzi dan bacaan hasil-hasil kerja Rousseau, Froebel telah mereka kurikulum dan kaedah pengajaran di tadika. Melalui rekaannya itu, beliau telah memperoleh gelaran Bapa Tadika atau Bapa Taman Didikan KanakKanak. Dalam memperjuangkan idea-ideanya tentang pendidikan prasekolah, Frobel sukar mendapat pendidik yang berminat dengan ideanya ketika itu. Hanya pada akhir hayatnya barulah idea Froebel diterima dan kaedah pengajarannya menerima pengiktirafan. Froebel percaya setiap manusia, walaupun masih kecil perlu dihormati dan dianggap sebagai seorang yang penting. Taman kanak-kanak merupakan suatu taman yang mengaitkan rumah dengan sekolah formal. Pada tahun 1837, beliau memulakan program kindergarten yang pertama di Jerman. Kinder bermakna kanak-kanak, garten bermakna taman garden of children. Taman permainan kanak-kanak ini diwujudkan untuk kanak-kanak berumur empat hingga lima tahun, berasaskan konsep bermain sambil belajar. Taman ini bertujuan menyediakan kanak-kanak bagi memasuki tahun pertama dalam sekolah biasa. Taman ini menyediakan suatu turutan aktiviti yang terancang dan membenarkan kanak-kanak bergerak dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain secara bebas.

Froebel adalah seorang yang kuat beragama yang menganggap manusia secara semula jadinya adalah baik dan dunia adalah tempat bekerja dan manifestasi terhadap Tuhan. Beliau yakin bahawa manusia adalah bertanggungjawab untuk memahami dunia ini dan hidup dengan lebih berguna di dalamnya. Froebel juga mengibaratkan kanak-kanak sebagai benih yang ditanam, dan jika disuburi akan menjadi individu 9

dewasa yang berkesan, waras dan berpotensi. Guru pula diibaratkan sebagai tukang kebun dan tadika itu merupakan taman kanak-kanak yang indah dan murni.

Antara sumbangan Froebel yang paling utama ialah tentang peranan permainan dalam pembelajaran kanak-kanak. Permainan merupakan aktiviti spiritual yang menawarkan kegirangan, kebebasan, kepuasan dan keamanan. Permainan merupakan suatu yang signifikan dan perlu dititikberatkan. Semasa aktiviti bermain, kanak-kanak pasti akan memilih sesuatu yang menggenbirakan. Dalam keadaan bermain, secara tidak langsung, kanak-kanak berpeluang melatih kemahiran yang sedang berkembang. Froebel menegaskan dua ciri yang penting dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal kanak-kanak iaitu kebebasan dan kretiviti.

Setiap kanak-kanak itu dilahirkan unik. Oleh itu, mereka harus diberikan kebebasan memilih aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan semasa dan minat mereka. Apabila mereka dibenarkan membuat pilihan sendiri, mereka lebih cenderung menghasilkan sesuatu yang istimewa dan menghasilkan sesuatu yang istimewa dan mengalami proses pembelajaran yang bermakna. Aktiviti bermain adalah asas dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Aktiviti bermain yang sesuai membantu kanak-kanak dalam memikirkan perhubungan antara aktiviti kendiri dan soal hidup, perbuatan dan pemikiran, perwakilan dan pengetahuan dan pemahaman dan kebolehan.

Selain itu, Frobel juga terkenal dengan kurikulum untuk kanak-kanak prasekolah. Kurikulum yang direka oleh Froebel termasuk satu set hadiah dan occupations yang direka untuk meningkatkan pertumbuhan deria. Hadiah merupakan objek yang membolehkan kanak-kanak mempelajari konsep bentuk, saiz, warna, dan mempelajari kemahiran mengira, mengukur, membeza dan membandingkan. Hadiah Froebel termasuklah bola, kubus, silinder dan sfera. 10

Occupations pula merupakan bahan-bahan yang direka untuk kemahiran psikomotor seperti tanah liat, manic, melukis, menggunting dan menenun. Segala aktiviti dan dan bahan tersebut menunjukkan bahawa Froebel menekankan pengalaman konkrit dan juga menegaskan pembelajaran berbentuk perkembangan pengamatan mendahului pemikiran yang lebih abstrak.

Di samping itu, salah satu sumbangan besar Froebel di dalam pendidikan kanakkanak tadika adalah singing circle atau menyanyi dalam bulatan. Dalam situasi ini, kanak-kanak duduk mengikut satu bulatan manakala guru-guru menyanyi lagu-lagu untuk meneguhkan perkara yang telah dipelajari tentang hadiah dan occupations tadi.

Tambahan lagi, Froebel juga telah mendirikan institut untuk melatih wanita mengajar di tadika. Usaha tersebut menerima kritikan dan tentangan masyarakat ketika itu. Walau bagaimanapun, usaha Froebel di Jerman mempengaruhi perkembangan tadika di Amerika Syarikat. Elizabeth Peabody merupakan salah seorang guru tadika di Amerika Syarikat yang telah menerima didikan daripada Froebel. Begitu juga Carl Schurs, pelajar Froebel yang telah menganjurkan tadika di Watertown, Wisconsin.

Kaedah Froebel mendidik kanak-kanak melalui aktiviti spontan diiktiraf sebagai sumbangan penting oleh para pendidik. Ahli-ahli falsafah pendidik zaman ini menerima dan melaksanakan idea-idea Froebel. Antara idea-idea beliau adalah seperti: i. Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan gambar-gambar.

11

ii.

Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. Keadaan bilik janganlah sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti.

iii.

Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objekobjek untuk kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna.

iv.

Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi.

v.

Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak.

vi. vii.

Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak. Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak.

viii.

Menurut beliau, kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu diberi kebebasan.

ix.

Beliau menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat.

x.

Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya.

xi.

Beliau menekankan disiplin diri terhadap kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah penting bagi kanak-kanak.

xii.

Pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu sama lain.

12

3.0 APLIKASI MODEL FROEBEL DALAM SUDUT AKTIVITI 3.1 Prinsip Froebel Froebelion merupakan seorang tokoh dari Jerman yang digelar sebagai BAPA TADIKA. Menurut beliau, kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun, kindergarten pula ialah taman kanak-kanak. Disebabkan itu, kanak-kanak perlu berada di dalam persekitaran yang terancang untuk belajar dan kanak-kanak berkembang melalui main. Selain daripada itu, froebelion mempunyai banyak lagi idea-idea yang boleh diguna pakai dalam menyediakan persekitaran yang sesuai untuk kanak-kanak belajar. Froebel ada mengatakan bahawa untuk menarik perhatian kanak-kanak, taman kanak-kanak hendaklah dihiasi dan dipenuhi dengan keindahan. Oleh itu, dalam projek hiasan tunjang yang diberikan kepada kami, kami telah menyediakan banyak hiasan yang menarik untuk menarik minat kanak-kanak. Contoh hiasan yang telah kami sediakan ialah hiasan bunga dan taman mini. Menurut Froebel lagi, taman kanak-kanak sekurang-kurangnya dicat, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan gambargambar. Berdasarkan idea Froebel tersebut, kami telah mencat dinding dengan warna yang terang dan sesuai dengan persekitaran taman kanak-kanak yang memerlukan bilik yang senang dimasuki cahaya. Selain daripada itu, kami juga telah menyediakan taman mini dan didalam taman mini tersebut kami letakkan patung-patung haiwan sesuai seperti mana idea Froebel.

(gambar taman mini dan dinding yang telah dicat) 13

Salah satu idea Froebel mengatakan bahawa taman kanak-kanak perlu disediakan kerusi meja yang sesuai tetapi pada masa yang sama bilik di taman kanakkanak tidak sempit dan masih mempunyai ruang yang luas kerana dikhuatiri ruang yang sempit akan menyukarkan perjalanan aktiviti. Berlandaskan idea Froebel tersebut, perabot seperti meja dan kerusi telah kami sediakan memenuhi seperti mana yang Froebel katakan. Kami menyusun perabot-perabot tersebut secara teratur untuk membuka lebih banyak ruang bebas supaya aktiviti-aktivit di taman kanak-kanak selesa untuk dijalankan. Selain mempunyai kerusi meja yang sesuai, kami juga memenuhi kelas prasekolah dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak. Permandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek yang kami sediakan mempunyai pelbagai bentuk, saiz dan warna. Ini bertepatan dengan idea Froebel iaitu kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna. Antara contoh bahan yang kami sediakan ialah lonceng kecil, pelekat-pelekat burung dan peleket-pelekat pokok. Bagi mencegah kanak-kanak daripada terdedah dengan sebarang pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat, kami sekumpulan bersapakat untuk menyediakan bahan-bahan yang menarik namun mampu mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat. Bahan-bahan tersebut termasuklah bacaan doa tidur dan bangun tidur dan senarai amalan tabiat baik. Ini bersesuai dengan prinsip Froebel yang mengatakan suasana di prasekolah hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat.

(gambar perabot dan hiasan) 14

Sebagai langkah untuk memupuk perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak, kami telah sediakan beberapa aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak supaya perkembangan mental, fizikal dan social mereka berkembang dengan pesat. Salah satu daripada aktiviti itu ialah bermain Puzzle. Aktiviti Puzzle memerlukan kanakkanak untuk meneliti gambar dan seterusnya menggabungkan potongan-potongan gambar tersebut menjadi lengkap sepenuhnya. Melalui aktiviti ini, perkembangan mental kanak-kanak boleh berkembang dan selain perkembangan mental, hubungan sosial kanak-kanak turut berkembang apabila mereka berinteraksi untuk menyelesaikan puzzle tersebut. Kanak-kanak dibiarkan bermain secara bebas kerana kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Aktiviti ini membenarkan kanak-kanak bermain sambil belajar dan belajar melalui perbuatan. Seperti yang telah dinyatakan oleh Froebel, aktiviti ini memenuhi prinsip beliau iaitu di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak, menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat serta kanak-kanak mempelajari sasuatu melalui perbuatan dan perlu diberi kebebasan. Minat belajar dalam diri kanak-kanak perlu untuk dipupuk supaya proses pembelajaran dan penerimaan kanak-kanak berjalan dengan lancar. Oleh itu, kami sekumpulan masing-masing menggunakan bahan maujud sebagai bahan utama dalam aktiviti kami. Ini kerana menggunakan benda maujud boleh menimbulkan minat dalam pembelajaran kanak-kanak. Konsep ini kami adaptasi pada salah satu prinsip Froebel iaitu beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya. Pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak adalah berdasarkan pendidikan yang diterima oleh kanak-kanak tersebut menurut Froebel. Ia hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak. Oleh itu, kami sekumpulan bersepakat untuk memilih tema saya dan Negara saya sebagai salah satu tema yang kami sertakan dalam projek hiasan tunjang kerana secara langsung peribadi kanak-kanak iaitu semangat patriotik akan terbentuk. Semangat patriotik ini perlu dibentuk dalam diri individu sejak dari kecil lagi.

15

3.2 Reka Bentuk/ Susun Atur / Pelan Susun atur bagi sudut kami sangat menekankan aspek-aspek yang terdapat dalam prinsip-prinsip Froebel serta standard kandungan bagi tunjang kemanusiaan seperti diri saya, keluarga saya, budaya saya dan negara saya. Berikut merupakan pelan bagi susun atur bagi tunjang kemanusiaan yang telah kami laksanakan.

DINDING

CERMIN TINGKAP

MEJA SOLEK KATIL RUANG BERMAIN LACI

Pelan Tunjang Kemanusiaan Disebabkan tunjang kami digabungkan dengan ruang rehat iaitu dilengkapi dengan perabot seperti katil, laci dan meja solek (meja berhias), maka kumpulan kami menggunakan kemudahan sedia ada untuk dikaitkan dengan tunjang kemanusiaan. Dalam sudut ini, kami bahagikan kepada beberapa bahagian seperti ruang modul

16

aktiviti, ruang bahan hiasan bagi kandungan-kandungan dalam tunjang kemanusiaan dan sebagainya. Ruangan tunjang ini kami sediakan dengan beberapa standard kandungan yang terdapat dalam tunjang kemanusiaan misalnya pada dinding yang berhampiran katil dilengkapi dengan kandungan tentang keluarga saya, negara saya dan juga nilai-nilai moral.

Bagi keluarga saya, kami terapkan prinsip Froebel iaitu tumbuh-tumbuhan. Bagi menginovasikan prinsip Froebel, kami tidak menyediakan carta keluarga seperti carta grafik biasa tetapi kami memasukkan carta tersebut di dalam pokok agar kanak-kanak lebih mudah mengenali konsep urutan ahli keluarga serta lebih tertarik untuk mengetahui mengenai keluarga. Kemudian, dalam aspek negara saya, kami meletakkan bendera sebenar agar kanak-kanak boleh melihat sendiri saiz sebenar bendera negara dan negeri. Dengan meletakkan bendera pada bahagian atas juga, secara tidak langsung kanak-kanak dapat ketahui kepentingan menghormati bendera kerana bendera merupakan lambang negara. Pendedahan awal seperti ini mampu meningkatkan penerapan nilai cinta akan negara dalam diri kanak-kanak.

17

Kami juga turut meletakkan nilai-nilai murni seperti tabiat baik agar mereka dapat mengetahui dan mengikut amalan-amalan tersebut di samping membina watak atau peribadi kanak-kanak seperti pandangan Froebel. Selain itu, di bahagian tepi katil turut diletakkan doa seperti doa sebelum tidur dan doa bangun tidur, dengan ini secara tidak langsung terdapat kesepaduan dengan tunjang kerohanian, sikap dan nilai. Ruangan pada dinding di kepala katil iaitu tempat letaknya tajuk tunjang, dihiasi dengan aspek-aspek seperti diri saya, budaya, negara berserta kesepaduan prinsip Froebel seperti warna dan bentuk, tumbuh-tumbuhan serta haiwan.

Aspek budaya yang lebih kami tumpukan di sudut ini ialah pakaian tradisional masyarakat Malaysia seperti pakaian bagi orang Cina, Melayu dan sebagainya. Kaedah yang kami gunakan bagi meletakkan maklumat ini tidak dengan hanya menampal tetapi menginovasikan bahan sedia ada iaitu gambar, seterusnya menggunting dan menggantungnya. Begitu juga dengan kandungan tunjang kemanusiaan iaitu diri saya secara spesifikasinya ialah badan saya. Akan tetapi bahagian ini ada menerapkan prinsip Froebel tentang bentuk-bentuk misalnya segi empat. Gambar anggota badan dipotong membentuk segi empat dan juga disusun mengikut urutan serta tidak dipisahkan, ini

18

sangat bersesuaian dengan pernyataan Froebel iaitu pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu sama lain. Di bahagian atas juga, kami masih mengekalkan kepentingan bagi meletakkan aspek kenegaraan tetapi lebih tertumpu kepada perdana menteri negara. Urutan kedudukan perdana menteri diselaraskan berserta nama dan juga tahun kepimpinan mereka. Dengan melakukan sedemikian, setidak-tidaknya kanak-kanak dapat

mengenali wajah-wajah pemimpin negara walaupun ada segelintir yang belum pandai membaca nama perdana menteri kita. Turut kami sertakan di bawah gambar pemimpin iaitu bunga raya yakni bunga kebangsaan kita. Bunga ini sememangnya sudah dikenali kanak-kanak, tetapi kami menyertakan gambar ini agar mereka dapat ketahui bahawa bunga itu adalah bunga kebangsaan negara. Jika diteliti, kedua-dua gambar ini, masih berpegang kepada prinsip Froebel iaitu bentuk-bentuk.

Seterusnya di bahagian paling bawah yang letaknya di lantai pula, kami membuat ruang taman mini. Taman ini kami buat bagi menunjukkan seolah-olah taman sebenar tetapi lebih kepada haiwan dan tumbuhan, ini bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pendedahan awal sebelum ke tempat sebenar seperti zoo. Akan tetapi yang

19

uniknya di sini, kami sendiri membuat pagarnya daripada Styrofoam yang berwarna cerah sebagaimana disarankan oleh Froebel.

Kemudian satu bahagian lagi kami lebih utamakan sebagai ruang meletak modul-modul kami agar mudah untuk kanak-kanak mengambil dan meletakkan semula modul aktiviti kami di ruang yang telah kami khaskan. Dengan ini kanak-kanak dapat dilatih agar mendisiplinkan diri sebagaimana menurut Froebel. Ruang ini kami letakkan perabot yang telah sedia ada untuk dijadikan sempadan bagi tunjang kami serta meluaskan ruang daripada sebelumnya.

20

Sebagai tambahan, sudut di tepi iaitu berhampiran laluan ke pejabat kami turut meletakkan modul daripada salah seorang ahli kerana modul aktivitinya yang agak besar dan memerlukan ruang yang luas. Selain itu, kami menutupi almari pakaian itu dengan menggantungkan penyangkut pintu tetapi berkonsepkan haiwan dan tumbuhan iaitu rama-rama dan bunga-bungaan. Tuntasnya, susun atur atau pelan tunjang kami sangat menitikberatkan prinsip Froebel dan juga aspek-aspek yang terkandung dalam tunjang kemanusiaan itu sendiri. Setiap aspek kandungan kami terapkan prinsip Froebel dengan menginovasikannya mengikut kesesuaian dan kepentingan kepada diri kanak-kanak.

21

3.3 Bahan / peralatan / perabot Dalam menyiapkan Tunjang Kemanusiaan kami ini, pelbagai bahan, perlatan dan perabot yang telah kami gunakan. Walaupun pada awalnya, tunjang kami ini tidak terdapat sebarang hiasan, hanya terdapat perbot seperti katil, almari dan meja solek. Oleh itu, untuk menjadikan tunjang kami ini seperti yang terdapat dalam prinsip Froebel, kami telah mengubahsuai tunjang kami ini. Antara bahan yang kami gunakan adalah seperti cat, polistrin putih dan berwarna, kertas berwarna, glossy paper, kertas laminate, pokok hiasan, haiwan hiasan, rumput hiasan, cat pelaka, pita pendua, loceng, bendera Malaysia dan Sabah dan juga masking tape. Cat yang telah kami gunakan adalah dari jenama Jotun dan kami telah memilih warna yang sesuai agar warnanya cerah dan mampu membuatkan suasana di tunjang kami agak terang dan sejuk. Oleh itu, kami telah memilh warna hijau dan merah jambu. Polistrin pula kami gunakan untuk membina pagar taman mini, pokok keluarga dan juga menapal gambar-gambar yang dilekatkan sebagai hiasan di tunjang. Kertas warna pula adalah untuk menampalkan gambar dan juga membuat bunga dan pagar hiasan. Glossy paper pula digunakan untuk mencetak gambar-gambar perdana menteri agar hasinya lebih cantik dan tahan lama. Selain itu, gambar-gambar perdana menteri dan semua hiasan yang kami cetak kami laminate agar tahan lama dan warnanya tidak pudar.

22

Proses memilih dan membeli cat

Proses mengecat Sementara itu, pokok hiasan, haiwan hiasan serta rumput hiasan kami gunakan untuk menghias taman mini. Cat pelaka pula digunakan untuk menghias nama tunjang dan loceng pula digunakan untuk menghasilkan unsur bunyi pada burung yang kami buat menggunakan kertas warna. Bendera Malaysia kami lekatkan di sudut atas tunjang. Selain itu, kami juga menggunakan masking tape sebagai garis pemisah semasa proses mengecat. Pita pendua dan tack it pula digunakan sebagai media untuk melekat hiasan. Peralatan yang kami gunakan pula adalah seperti berus cat, bekas cat, mesin laminate, gunting, pisau pemotong dan tukul. Berus cat dan bekas cat digunakan semasa proses mengecat. Manakala mesin laminate digunakan untuk melaminate bahan hiasan dan pisau pemotong serta gungting digunakan untuk memotong bahan hiasan dan pagar taman mini. Sementara tukul pula digunakan untuk memasang tabir hiasan pada almari pakaian.

23

Proses memasang tirai dan membersihkan dinding Perabot yang digunakan pula adalah tidak banyak, hal ini kerana bagi mengelakkan kesesakan. Di dalam prinsip Froebel juga ada dijelaskan bahawa sesebuah prasekolah haruslah tidak sesak dan mempunyai pengudaraan dan pencahayaan yang baik. Oleh itu, perabot yang banyak tidak digunakan. Perabot yang sedia ada tetap kami gunakan seperti katil, almari solek dan almari, hanya kedudukannya sahaja yang diubahsuai agak lebih strategik dan tidak serabut. Penambahan perabot yang dilakukan hanyalah alas lantai. Alas lantai yang dipilih adalah bermotifkan haiwan, tumbuh-tumbuhan dan berwarna-warni. Hal ini bertujuan untuk meransang penglihatan kanak-kanak yang sukakan warna-warni dan bagi memberikan keselesaan kepada kanak-kanak apabila mereka duduk di lantai semasa melakukan aktiviti. Ruang ini dibiarkan kosong tanpa sebarang hiasan selain alas taitai bagi mengelakkan kesesakan dan menjadikannya sebagai satu ruang yang santai bagi murid-murid. Bagi perabot katil pula, kami hanya mencuci cadarnya sahaja kerana cadarnya agak kotor dan bagi menjaga kebersihan serta memberikan keselesaan kepada murid 24

apabila berehat di katil tersebut. Hiasan yang diletakkan di katil pula adalah seperti gambar rama-rama dan burung di bahagian kepala katil dan beberapa patung turut diletakkan di katil. Pada bahagian almari pula, hiasan yang tambah hanyalah gambar siput yang dicetak dan dilaminate. Manakala pada almari pakaian pula, hanya diletakkan tirai yang bermotifkan rama-rama dan bunga-bunga agar nampak lebih menarik dan tidak nampak kosong. Perabot yang digunakan di tunjang kemanusiaan semuanya selamat dan sesuai untuk kanak-kanak kerana tidak tajam dan tidak mempunyai bucu yang tajam dan mampu mencederakan. Kami cuba untuk menjadikan tunjang yang selamat untuk kanak-kanak dan mampu membuatkan mereka selesa dan tenang apabila berada ditunjang tersebut.

25

Perabot dan hiasan di tunjang kemanusiaan

26

3.4 Warna dan Hiasan Dalaman

Dalam menyediakan sudut Tunjang Kemanusiaan yang berasaskan Froebelion ini, kami telah membuat pemilihan warna berdasarkan idea yang dikemukakan oleh Froebel iaitu Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan gambar-gambar.

Oleh yang demikian, kami mengubahsuai pengudaraan dan pengcahayaan yang terdapat di sudut tunjang kemanusiaan prasekolah tersebut dengan memilih untuk mengecat semula dinding prasekolah sebagai langkah permulaan. Warna yang telah digunakan ialah warna merah jambu dan juga hijau muda.

Sebelum Pengubahsuaian

Selepas Pengubahsuaian

Sebelum pengubahsuaian dilakukan, ruang bagi sudut tunjang kemanusiaan ini agak sempit dan suasananya juga agak kelam. Oleh yang demikian, kami telah mengubah susun atur di sudut ini dengan mengalihkan katil dan tiang penyangkut pakaian untuk membuka ruangan yang lebih luas kepada murid-murid prasekolah. 27

Ruangan yang lebih luas dapat mengalirkan pengudaraan yang baik pada sudut tunjang ini. Murid-murid dapat menimba ilmu dengan selesa apabila berkunjung ke sudut tunjang ini.

Seperti yang dikatakan oleh Froebel, sudut ini perlulah senang dimasuki cahaya. Bukan itu sahaja, Froebel juga mengatakan bahawa keadaan bilik tidak seharusnya sempit kerana ia akan menyukarkan perjalanan aktiviti. Oleh yang demikian, pengalihan dua perabot utama yang ada di sudut ini telah membolehkan pengcahayaan masuk untuk memberikan suasana yang dapat merangsang murid-murid prasekolah untuk belajar dan bermain di sudut tunjang ini.

Seterusnya, kami menggunakan hiasan dalaman yang banyak bertemakan alam semula jadi. Hal ini kerana Froebel menegaskan bahawa kelas perlulah dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak. Antara hiasan-hiasan alam yang kami letakkan pada sudut ini termasuklah: 1. Hiasan rama-rama dan bunga yang berwarna-warni pada almari pakaian di sudut ini.

28

2. Pokok Keluarga Saya

3. Taman Mini

29

4. Patung Beruang dan Monyet yang diletakkan di atas katil

5. Puzzle lantai yang berunsurkan buah-buahan, sayur-sayuran dan juga binatang

Selain itu, Froebel juga mengatakan bahawa suasana di taman kanak-kanak tersebut hendaklahdapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat. Oleh itu kami telah meletakkan hiasan Tabiat Baik pada sudut ini dengan harapan agar muridmurid prasekolah dapat mempelajari nilai-nilai murni pada sudut ini.

30

Kami

juga

telah

menggunakan

hiasan

dalaman

yang

bertemakan

kewarganegaraan di mana kami meletakkan bendera Malaysia (Jalur Gemilang), bendera Sabah, gambar-gambar enam orang Perdana Menteri Malaysia, dan juga gambar-gambar bunga raya. Tujuan kami menggunakan hiasan ini adalah untuk memupuk semangat patriotik dalam diri kanak-kanak agar mereka dapat mengenali negara Malaysia dari peringkat awal usia mereka lagi.

Bendera Sabah (kiri) dan Jalur Gemilang 31 (kanan)

Gambar Perdana Menteri Malaysia (atas) dan gambar Bunga Raya (bawah)

Akhir sekali, sebagai tambahan kepada sudut tunjang kemanusiaan dan juga ruang rehat yang diselitkan pada ruangan ini, kami meletakkan bacaan doa sebelum tidur dan juga doa setelah bangun sebagai panduan untuk membina perwatakan yang baik kepada kanak-kanak.

Doa Sebelum Tidur dan Doa Selepas Bangun

32

3.5 Inovasi Kami telah menjalankan satu pengubahsuaian bagi sudut tunjang kemanusiaan di Prasekolah Bestari IPGK Keningau. Semasa melakukan pengubahsuaian sudut bagi tunjang kemanusiaan, kami telah menggunakan beberapa prinsip Froebel yang kami inovasikan agar bersesuaian dengan sudut dan tunjang kami. Setelah diperhatikan, sudut bagi tunjang kemanusiaan boleh dikatakan agak luas. Namun begitu, sudut tersebut agak panas berbanding dengan sudut-sudut yang terdapat di Prasekolah Bestari. Hal ini disebabkan cat yang digunakan agak kelam. Oleh itu, kumpulan kami telah menggambil keputusan untuk mengecat semula dinding sudut tersebut.

Dinding selepas dicat Kami telah memilih dua warna sejuk iaitu merah jambu dan hijau untuk mengecat dinding tersebut. Dalam hal ini, kami telah mengaplikasikan ilmu Pendidikan Seni yang kami perolehi semasa PPISMP untuk memilih warna yang sesuai agar dapat menggurangkan rasa panas di sudut tersebut. Tambahan itu, pemilihan warna ini memenuhi prinsip Froebel yang

menginginkan taman kanak-kanak yang dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak. Warna-warna yang cerah dan lembut dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk datang ke sudut tersebut.

33

Seterusnya, kami telah menginovasikan prinsip Froebel iaitu Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanakkanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna. Kami telah menggunakan tikar yang mempunyai pelbagai bentuk seperti haiwan dan buah-buahan. Kelebihan bagi tikar ini, ianya boleh disambung dan dibuka semula. Ini dapat menarik minat murid-murid untuk datang ke sudut kami.

Tikar berbentuk haiwan dan buah-buahan Bukan itu sahaja, kami turut menggunakan loceng untuk menghasilkan bunyibunyian menurut prinsip Froebel. Untuk menggunakan loceng tersebut, kami telah membuat origami burung dengan bantuan ahli kumpulan kami iaitu Hasnizah. Ini secara tidak langsung memenuhi prinsip Froebel mengenai taman yang dipenuhi dengan binatang. Penggunaan origami ini adalah inovasi dari prinsip-prinsip Froebel.

Origami burung yang digantung loceng. 34

Untuk menjimatkan kos perbelanjaan bagi menghias sudut tersebut, kami telah menggunakan kembali huruf-huruf polistrene yang sedia ada. Huruf-huruf tersebut berwarna biru terang, oleh itu kami telah menginovasikannya dengan mengecat bintikbintik kuning pada huruf-huruf tersebut. Penggunaan warna yang kontra telah

menyerlahkan warna huruf-huruf tersebut.

Huruf-huruf polistrene yang diguna semula. Seterusnya, kami telah menggunakan kertas yang telah di-laminate

menggantikan polisterine yang sebelum ini digunakan. Hal ini telah menjimatkan kos kami kerana polistrene agak mahal. Kami mencetak gambar daripada internet dan memotong corak tersebut. Corak tersebut akan di-laminate dan dilekat dalam sudut kami.

Hiasan yang menggunakan polistrene

35

Corak bunga dan daun dicetak dan di-laminate

Hasil daripada inovasi yang telah kami lakukan, kami telah 36erjaya menjimatkan kos kami. Bukan itu sahaja, pengaplikasian prinsip Froebel yang dalam sudut itu telah kami inovasikan agar bersesuaian dengan tunjang kemanusiaan. Ini secara tidak langsung, kami dilatih untuk kreatif melaksanakan sudut ini.

36

4.0 MODUL AKTIVITI TUNJANG KEMANUSIAAN 4.1 AKTIVITI 1 : MOHD AMDIH BIN SAIDI TAJUK TEMPOH MASA TUNJANG : Saya Dan Negara Malaysia : 10 minit : Tunjang Kemanusiaan

STANDARD PENGAJARAN : KM 8.1.9 Mengecam bendera malaysia dan bendera negeri sendiri

STANDARD PENGAJARAN YANG DISEPADUKAN : BM 1.1.7 Mendengar arahan dan memberi respons. PM 9.1.2 Berani melibatkan diri dalam aktiviti. PSE 2.3.2 Bertanya dengan yakin dengan bimbingan guru PSE 2.3.6 Berinteraksi dengan yakin

OBJEKTIF : selepas pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : 1. Mengenal nama bendera malaysia 2. Mengenalpasti warna-warna yang terdapat pada bendera malaysia

BAHAN DAN SUMBER : Kad board, A4 paper, potongan puzzle

37

STRATEGI PENDEKATAN : Bermain, bertema, bersepadu

PROSEDUR PELAKSANAAN : 1. Murid-murid akan melihat gambar yang disediakan dahulu sebelum dibenarkan untuk menyentuh puzzle 2. Setelah itu, murid akan diterangkan tentang nama dan warna-warna bendera Malaysia. 3. Kemudian, murid dibenarkan untuk menyusun puzzle yang disediakan. 4. Berdasarkan penerangan yang diterangkan pada langkah 2, pelajar akan menyusun puzzle. 5. Murid Berjaya menyusun puzzle samada betul atau salah. 6. Guru pembimbing akan mengajar murid-murid menyusun puzzle secara betul. 7. Pada akhirnya, murid dapat menyusun puzzle secara betul tanpa bimbingan guru pembimbing.

Refleksi guru: Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinannya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini. Dengan kesempatan waktu dan nikmat kesihatan yang Allah S.W.T kurniakan ini, saya telah berjaya menumpukan sepenuh usaha dan tenaga saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan baik.

Ribuan terima kasih juga, saya ucapkan buat Cik Fazliaton Ahmad kerana mengorbankan waktu dan tenaganya untuk berkolaborasi dan berkongsi ilmu bersama saya dalam proses menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa buat ibu bapa saya yang turut memberikan bantuan dan dorongan dari segi material mahupun mental. Seterusnya,

38

buat rakan seperjuangan sekelas yang telah bersama-sama berjuang dan saling tolong-menolong dalam mengejar cita-cita bersama.

Tugasan projek yang diberi kepada kami sangat membantu saya untuk bersiap sedia bagi menghadapi cabaran yang akan datang. Projek yang kami terima berlainan dari projek yang lalu kerana projek pada kali ini memerlukan perancangan yang terperinci serta kerjasama kumpulan yang kukuh. Projek pertama yang kami terima ialah sudut aktiviti tunjang prasekolah yang memerlukan kami untuk merancang dan membina satu sudut aktiviti berdasarkan enam tunjang prasekolah. Kumpulan kami telah memilih tunjang kemanusiaan sebagai tunjang yang akan kami sediakan dalam tugasan projek ini.

Sebelum menerima tugasan ini, saya secara jujurnya tidak memahami dan mengetahui sebarang tema dalam tunjang kemanusiaan ini, tetapi atas usaha dan kolaborasi antara ahli kumpulan kami, akhirnya saya dengan jayanya memahami dan mampu menguraikan sedikit sebanyak maklumat berkaitan dengan tunjang

kemanusiaan ini. Prinsip Froebel menjadi asas dan rujukan dalam melaksanakan tugasan hiasan sudut tunjang ini. Ini kerana kehendak soalan yang mengarahkan kami untuk menggunakan prinsip Froebel. Sekali lagi pengetahuan saya tercabar kerana saya kurang memahami prinsip-prinsip Froebel malahan ada diantara prinsip Froebel yang langsung saya tidak ketahui. Alhamdulillah setelah berjaya menyiapkan tugasan ini saya kini boleh menyenaraikan prinsip-prinsip Froebel dan mampu mengadaptasikan prinsip tersebut dalam aktiviti individu saya.

Saya akui bahawa tugasan hiasan sudut tunjang berkumpulan ini banyak mendidik saya untuk menjadi seorang pendidik yang berkaliber, kreatif dan inovasi. Saya banyak mempelajari tentang kemahiran-kemahiran, pendekatan-pendekatan dan teknik-teknik dalam pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Saya tahu bahawa ilmu39

ilmu ini sangat berguna apabila saya sah bergelar sebagai guru prasekolah. Saya perlu memahami sepenuhnya kandungan kurikulum standard prasekolah kebangsaan supaya teknik pengajaran saya mudah diterima oleh bakal murid saya nanti.

Tugasan modal aktiviti tunjang pula banyak mengajar saya untuk berdikari kerana tugasan ini adalah tugasan individu yang memerlukan kegigihan dan semangat tidak mudah putus asa untuk menyiapkannya. Kami secara individu dikehendakki untuk menyediakan satu aktiviti pembelajaran untuk disesuaikan di sudut hiasan tunjang kami. Semangat pada diri saya sangat bergelora pada ketika saya menerima tugasan ini kerana melalui tugasan ini saya boleh membuktikan bahawa saya mampu untuk menghasilkan satu aktiviti tunjang yang berkualiti.

Saya memilih tema saya dan Negara saya dalam tunjang kemanusiaan kerana saya merasakan tema tersebut penting untuk diterapkan dalam diri kanak-kanak pada masa kini. Walaupun pada mulanya semangat saya berkobar-kobar untuk menyiapkan tugasan individu ini, fikiran saya mula kusut apabila tiba saatnya saya membuat perancangan dan objektif yang saya hendak terapkan dalam aktiviti itu. Ini kerana kelemahan diri saya iaitu sukar membuat keputusan dan mudah mengubah keputusan. Kelemahan ini selalu menghantui saya sehinggakan saya selalu mencari jalan mudah untuk menyiapkan kerja yang diberi. Alhamdulillah syukur kepada Illahi, pada tugasan kali ini saya berjaya untuk mengatasi kelemahan tersebut dan berjaya menyiapkan aktiviti saya itu. Ketika saya hampir selesai menyiapkan tugasan individu tersebut, saya baru mengetahui bahawa tugasan individu ini diminta untuk diuji keberkesanannya ketika menjalani PBS. Saya berasa hampa dengan diri saya sendiri kerana saya terlepas maklumat yang sepenting itu. Saya harus membuat sikap negatif itu dalam diri saya agar perancangan yang saya telah rancang tidak akan lari.

40

Ketika menjalani PBS, semua perancang saya berjalan dengan lancar. Respon murid terhadap aktiviti yang jalankan memberangsangkan kerana saya menggunakan benda maujud untuk menarik minat kanak-kanak. Saya dapati bahawa kanak-kanak prasekolah sangat memerlukan bimbingan guru untuk mempelajari sesuatu. Tanpa bimbingan seorang insane yang bernama guru, kanak-kanak akan terpesong jauh kea rah yang tidak baik. Saya akui aktiviti yang saya lakukan ini memberi saya ilmu yang baru iaitu teknik mengawal dan memberi arahan terhadap kanak-kanak. Aktiviti yang saya lakukan mempunyai beberapa kelemahan tetapi sudah saya perbaikki setelah menerima komen dari guru prasekolah ditempat saya PBS itu. Saya menyedari bahawa kolaborasi amat penting untuk memperbaikki kelemahan kita samada kelemahan individu atau pun kelemahan kumpulan.

Selepas PBS, banyak kelemahan baru yang saya temui terhadap aktiviti saya. Antara kelemahan tersebut ialah dari segi bahan yang saya gunakan. Bahan yang saya gunakan tidak sesuai, ini menyebabkan sukar untuk kanak-kanak melakukan aktiviti itu. Bahan yang saya maksudkan ialah gambar puzzle dalam tugasan individu. Gambar yang saya sediakan tidak terang dan perkara ini ditegur oleh guru prasekolah dan juga pensyarah pembimbing kami. Proses penambah baikkan, saya telah menukar gambar tersebut kepada gambar yang lebih jelas. Saya bersyukur kerana teguran dan kritikan dari pelbagai pihak membantu saya untuk menyediakan aktiviti yang menjadi lebih berkualiti dari sebelumnya.

Akhir sekali, saya turut berasa bersyukur kerana dengan tugasan yang diberikan ini saya belajar cara baru untuk mempersembahkan hasil kerja saya. Jika sebelum ini, tugasan yang diberikan di sekolah saya siapkan dalam bentuk karangan dan sebagainya. Kini saya mula belajar untuk mempersembahkan hasil tugasan saya dalam bentuk tugasan projek.

41

Sebagai seorang bakal guru saya amat menyedari betapa pentingnya nilai kerjasama, bertolak-ansur dan tolong-menolong diaplikasikan dalam kehidupan. Dengan adanya kerja kursus ini, nilai-nilai murni ini sedikit sebanyak mula saya tanam dalam diri saya agar kelak dapat pula saya semaikan nilai ini dalam jiwa anak didik saya. Malah saya turut berharap agar nilai ini terus subur dalam jiwa saya supaya saya dapat pula mengaplikasikannya dalam kehidupan sehari-hari apabila saya ditempatkan di sekolah kelak.

Hasil nukilan,

(MOHD. AMDIH BIN SAIDI) Guru Pelatih PISMP Prasekolah Ambilan Januari 2013

42

4.2 AKTIVITI 2 : NURUL SYAFIKAH BINTI AHMAD TAJUK / NAMA AKTIVITI TEMPOH MASA TUNJANG STANDARD PENGAJARAN : Mari mengenal kad budaya :15 MINIT : KEMANUSIAAN :

KM 7.1 Mengenal pakaian tradisional masyarakat Malaysia KM 7.3 Mengenal permainan tradisional pelbagai kaum Malaysia KM 7.6 Mengenal makanan tradisional pelbagai kaum Malaysia STANDARD PENGAJARAN YANG DISEPADUKAN: BM 3.5 Membaca perkataan PM 14.1 Mengamalkan sikap sabar dalam perlakuan seharian PFK 2.1 Melakukan kemahiran motor kasar lokomotor ST 2.3 Membanding dan mengelaskan objek

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat ; i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Membatangkan (mengeja sambil membaca) perkataan mengikut sukukata Bersedia menunggu giliran untuk membuat tugasan Menunjukkan sikap positif seperti (sabar, berdikari dan berkeyakinan) Membanding dan mengumpulkan kad berdasarkan warna Mengenal pakaian tradisional masyarakat Melayu, Cina dan India Mengenal permainan tradisional masyarakat Melayu, Cina dan India Mengenal makanan tradisional masyarakat Melayu, Cina dan India

43

BAHAN / SUMBER : i. ii. iii. iv. v. vi. Polistrin berwarna (merah jambu, ungu dan hijau) Kertas warna (merah, jingga, biru dan kuning) Reben Kertas laminate Pita pendua Gunting

STRATEGI / PENDEKATAN i. ii. Belajar melalui bermain Bersepadu

PROSUDER PERLAKSANAAN i. Murid membaca kategori yang pertama iaitu pakaian tradisional. Murid mencari kad yang berwarna merah dan memadankan mengikut bangsa Melayu, Cina dan India. ii. Murid membaca kategori yang kedua iaitu makanan tradisional. Murid mencari kad yang berwarna biru dan memadankan mengikut bangsa Melayu, Cina dan India. iii. Murid membaca kategori yang ketiga iaitu perayaan. Murid mencari kad yang berwarna kuning dan memadankan mengikut bangsa Melayu, Cina dan India. iv. Murid membaca kategori yang keempat iaitu permainan tradisional. Murid mencari kad yang berwarna jingga dan memadankan mengikut bangsa Melayu, Cina dan India. v. Murid memeriksa jawapan berpandukan kad arahan yang disediakan.

44

Refleksi guru: Dalam melaksanakan modul mari bermain kad budaya ini, pelbagai rujukan dan inovasi telah saya lakukan agar objektif dan modul saya ini memenuhi prinsip Froebel. Oleh itu, saya telah memilih warna-warna yang ceria kerana salah satu prinsip Frobel adalah berkaitan dengan warna. Selain itu, saya juga menggunakan polistrin agar ia lebih selamat dan sesuai untuk kanak-kanak prasekolah. Polistrin itu juga saya potong berbentuk segi empat agar lebih kemas dan menarik. Saya telah melaksanakan modul mari bermain kad budaya ini di sekolah SK Kunak Dua semasa saya menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dari 1 5 April 2013. Sebelum melaksanakan modul ini di prasekolah SK Kunak Dua, saya telah meminta izin dahulu daripada guru besar dan guru prasekolah, syukur Alhamdulillah saya diizinkan juga untuk melaksanakan modul ini. Saya telah meletakkan modul saya ini di kelas prasekolah 1 dari hari selasa sehinggalah hari jumaat.

Pada hari selasa, saya telah membawa modul ke kelas prasekolah 1, dan Cikgu Subinah telah menunjukkan saya tunjang kemanusiaan yang terdapat di prasekolah tersebut. Namun, di tunjang kemanusiaan yang terdapat di prasekolah tersebut sudah penuh dengan hiasan dan tiada ruang untuk saya meletakkan modul saya ini. Memandangkan modul tunjang kemanusiaan yang terdapat di sekolah ini bersebelahan dengan pintu kedua prasekolah, maka saya mengambil inisiatif untuk menggantungkan modul saya ini di pintu tersebut.

Semasa menggantungkan modul saya ini, murid-murid di prasekolah tersebut berasa sangat teruja dan banyak bertanyakan soalan tentang apa yang saya pasang. Saya berasa sangat gembira kerana mendapat respon yang sangat positif daripada guru dan murid-murid di prasekolah tersebut. Setelah siap menggantungkan modul saya ini, saya menerangkan kepada Cikgu Subinah berkaitan modul saya ini dan memberitahu yang murid di prasekolah ini boleh bermain modul saya ini sehingga hari jumaat.

45

Pada awalnya saya sangat risau jika modul saya ini tidak berjaya kerana modul saya ini agak sukar dilaksanakan jika murid-murid belum pandai membaca dan belum mengenal warna. Tetapi sangkaan saya meleset kerana terdapat ramai murid yang telah pandai membaca di prasekolah 1 ini. Semua objektif saya tercapai, malahan saya tidak perlu menerangkan panjang lebar kepada murid kerana mereka telah pandai membaca dan mereka dapat memahami apa yang perlu dilakukan apabila membaca kad arahan yang telah saya sediakan.

Berdasarkan pemerhatian saya, murid-murid berasa teruja untuk melakukan aktiviti dan mereka berlumba-lumba untuk menyiapkan aktiviti tersebut. Pada hari rabu, saya mengambil sedikit masa untuk melakukan aktiviti modul saya sekali lagi dan empat orang murid telah sukarela untuk melakukan modul saya. Murid di prasekolah tersebut agak mudah untuk melakukan modul aktiviti saya kerana mereka telah pandai membaca, mengenal warna dan telah mempelajari bangsa-bangsa utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Untuk menghargai kerjasama yang diberikan oleh muridmurid di sana, saya juga memberikan mereka sedikit hadiah kerana satu bentuk ganjaran mampu memotivasikan pelajar untuk berusaha dengan lebih tekun lagi.

Selain itu, Cikgu Subinah turut memberikan pujian atas modul saya ini dan beliau berasa gembira jika saya sudi untuk membiarkan modul itu saya tinggalkan di sana. Menurut beliau, selain modul itu digunakan untuk bermain oleh murid, modul itu juga boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar semasa mengajar tentang kebudayaan Melayu, Cina dan India. Menurut beliau model ini menarik kerana warnanya yang menyerlah dan mudah menarik perhatian. Menurut beliau lagi, walaupun banyak jenis kebudayaan, tetapi diasingkan mengikut warna, dan ini sangat baik kerana murid akan lebih mudah untuk melaksanakan aktiviti ini. Murid hanya perlu mencari kad berdasarkan warna tertentu untuk memadankan dengan aspek kebudayaan. Penambahbaikan yang disarankan adalah mengecilkan saiz modul agar tidak memerlukan ruang yang lebih besar dan sesuai di mana sahaja.

46

Apabila saya melaksanakan modul saya ini di Prasekolah Bestari IPG Keningau, objektif saya tidak tercapai kerana murid-muridnya belum pandai membaca dan terdapat murid yang belum mengenal warna. Jadi, modul aktiviti saya ini belum sesuai untuk digunakan pada masa ini di prasekolah IPG Keningau. Objektif saya mungkin akan tercapai apabila murid-murid sudah menguasai kemahiran membaca kelak.

Berdasarkan modul yang saya telah laksanakan ini, pelbagai pengajaran yang telah saya perolehi. Bagi saya, pada masa akan datang saya seharusnya melaksanakan modul aktiviti yang lebih mudah dan bersesuaian untuk semua murid walaupun mereka menguasai kemahiran membaca ataupun tidak. Selain itu, saya juga seharusnya membuat modul yang bersaiz lebih kecil dan praktikal untuk semua jenis ruang. Di samping itu, saya juga merancang untuk mengubahsuai kaedah untuk mempamerkan bahan modul aktiviti ini supaya lebih praktikal.

Gambar-gambar modul aktiviti saya;

Semasa modul aktiviti dijalankan di sekolah

47

Semasa modul aktiviti dijalankan di sekolah

Murid

merasa tugasan

gembira dan

dapat mendapat

Semasa

penilaian

oleh

pensyarah

menyiapkan hadiah.

pembimbing

48

Murid Prasekolah 1 SK Kunak Dua

Hasil nukilan,

(NURUL SYAFIKAH BINTI AHMAD) Guru Pelatih PISMP Prasekolah Ambilan Januari 2013 49

4.3 AKTIVITI 3 : SITI SAFIAH BINTI DANAN TAJUK ATAU NAMA AKTIVITI TEMPOH MASA TUNJANG : Memancing Anggota Badan : 20 Minit : Tunjang Kemanusiaan

STANDARD PENGAJARAN : KM 1.12 Menceritakan tentang diri sendiri

STANDARD PENGAJARAN YANG DISEPADUKAN : ST 3.1.2 Mengenalpasti bahagian tubuh badan BM 1.1.7 Mendengar arahan dan memberi respon P.S.E 3.2.3 Berkongsi barangan dan peralatan PM 9.1.3 Berani melibatkan diri dalam aktiviti PFK 2.2.5 Membuat pergerakan tangan secara simulasi seperti menolak kotak, menarik tali dan lain-lain.

OBJEKTIF : selepas pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : 1. Mengenalpasti bahagian-bahagian yang terdapat pada tubuh badan 2. Mengeja suku kata untuk bahagian-bahagian yang terdapat pada tubuh badan 3. Memperoleh pengetahuan asas tentang bahagian badan

BAHAN DAN SUMBER : Bakul, pemancing, kad suku kata, kad gambar tubuh badan

50

STRATEGI PENDEKATAN : Bermain, bertema, bersepadu

PROSEDUR PELAKSANAAN : 1. Murid-murid akan memancing kad gambar tubuh badan yang terdapat di dalam bakul yang berwarna biru. 2. Setelah itu, murid akan membaca suku kata yang terdapat pada kad gambar yang telah dipancing. 3. Kemudian, mereka akan memancing kad suku kata yang terdapat pada bakul yang berwarna merah jambu yang sepadan dengan kad gambar. 4. Akhir sekali, mereka akan melekatkan kedua-dua kad tersebut dan

menyimpannya dalam bakul berwarna hijau. 5. Jawapan akan diperiksa melalui pemadanan suku kata yang terdapat pada kad gambar dan kad suku kata.

REFLEKSI GURU : Soalan tugasan telah meminta untuk kami untuk melaksanakan satu aktiviti semasa PBS. Aktiviti ini harus dilaksanakan di Prasekolah yang terdapat di sekolah tersebut. Oleh itu, saya telah melaksanakan aktiviti saya di Prasekolah SK. Banjar. Di sekolah tersebut, terdapat dua kelas prasekolah iaitu Pra- A dan Pra-B.

Saya banyak memfokuskan kepada permainan yang telah saya jalankan, sama ada ia mencapai objektif atau tidak. Nama permainan ini ialah Memancing Anggota Badan. Pemilihan tema bagi aktiviti ini adalah berdasarkan tunjang kumpulan kami, iaitu tunjang kemanusiaan.

51

Aktiviti ini saya laksanakan pada hari rabu, 03 April 2013. Ketika itu, murid-murid Prasekolah SK. Banjar sedang rehat. Sementara menunggu mereka menghabiskan makanan mereka, saya telah menyiapkan tempat bagi melaksanakan aktiviti tersebut. Aktiviti tersebut tidaklah memerlukan ruang yang begitu besar atau luas, namun terdapat tiga bakul yang dipenuhi kad gambar dan kad suku kata. Oleh itu, saya tetap memerlukan ruang agar murid-murid selesa untuk melaksanakan aktiviti tersebut.

Semasa melaksanakan aktiviti ini, terdapat dua orang lagi rakan saya yang turut sama melaksanakan aktiviti mereka di kelas yang sama, Pra-B. Oleh itu, kami telah membahagi murid-murid agar mereka dapat bermain dengan aktiviti kami secara sekata.

Beberapa orang murid tertarik untuk bermain dengan permainan saya. Hal ini kerana permainan ini menggunakan pemancing untuk memancing kad gambar dan kad nama yang disediakan dalam bakul biru dan merah jambu.

Aktiviti memerlukan mereka untuk memadankan kad gambar yang telah dipancing dengan kad suku kata. Namun begitu, murid-murid di Prasekolah SK. Banjar pada ketika itu belum begitu pandai membaca. Mereka menghadapi sedikit kesukaran untuk memadankan kad gambar yang telah dipancing dengan kad suku kata tersebut.

Lantaran itu, saya telah mengajar murid-murid di Pra-B untuk mengeja kad suku kata yang telah mereka pancing. Ini secara tidak langsung membantu mereka untuk menguasai suku kata dan membaca. Mereka turut belajar untuk membaca suku kata tersebut.

52

Untuk murid-murid kelas Pra-B, aktiviti ini kira telah mencapai objektifnya. Muridmurid dapat mengenal bahagian-bahagian tubuh badan. Mereka juga belajar mengeja dan membaca suku kata yang terdapat pada kad suku kata.

Keesokkannya, saya dan rakan-rakan melaksanakan lagi aktiviti kami di kelas Pra-A. Di kelas ini, terdapat 6 orang murid yang tidak turut makan bersama murid-murid yang lain. Oleh itu, setelah kami menyusun aktiviti-aktiviti kami, guru kelas Pra-A telah membantu kami untuk membahagikan murid-murid yang akan bermain aktiviti kami tersebut.

Untuk kelas ini, saya telah melakukan mengubahsuaian sedikit langkah untuk bermain permainan ini, iaitu dengan memancing kad suku kata dahulu, lalu mengajar mereka mengeja. Setelah itu, barulah mereka akan memancing kad gambar mengikut kad suku kata tadi.

Guru kelas Pra-A, Puan Marcella memuji aktiviti saya kerana membantu muridmurid untuk mengeja perkataan. Murid-murid dalam kelas ini cepat belajar kerana setelah habis bermain, mereka masih lagi mengeja-eja suku kata yang telah diajar sebentar tadi.

Aktiviti ini memerlukan bimbingan guru atau pembantu ketika mereka bermain kerana mereka belum pandai membaca. Ini merupakan kekangan yang saya hadapi kerana belum menjawab soalan yang diberikan iaitu permainan haruslah boleh dimain oleh murid-murid tersebut secara bersendirian tanpa bantuan daripada guru ataupun pembantu.

53

Oleh kerana kekangan murid-murid masih belum pandai membaca, saya telah mengubahsuai kembali aktiviti tersebut agar murid-murid boleh belajar sambil bermain tanpa memerlukan bantuan guru atau pembantu. Saya telah menggunakan kad gambar yang mempunyai suku kata. Jika murid-murid memancing kad gambar tersebut, mereka akan memadankankan suku kata yang terdapat pada kad gambar tersebut dengan kad suku kata. Pengubahsuaian ini kira berjaya setelah dimainkan oleh murid-murid Prasekolah Bestari.

Saya juga telah me-laminate-kan kertas-kertas yang saya guna untuk membuat kad gambar dan suku kata tersebut. Hal ini kerana terdapat beberapa kad suku kata yang terkena air dan tidak dapat digunakan semula. Oleh itu, saya telah mengambil inisiatif agar kad-kad tersebut kalis air. Bukan itu sahaja, pemancing yang digunakan juga telah diganti dengan pemancing yang mempunyai magnet yang kuat agar ia dapat menarik kad-kad tersebut.

Saya memperolehi banyak ilmu pengetahuan semasa melaksanakan aktiviti ini. antaranya ialah bagaimana untuk mengawal murid-murid daripada berebut semasa bermain, dan menerangkan mereka arahan dengan bahasa yang mudah dan jelas. Saya akui kolaborasi amat penting kerana hasil daripada kolaborasi bersama guru kelas Pra-A, saya telah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan saya.

Konklusinya, aktiviti ini banyak memperkembangkan kemahiran kognitif saya sebagai seorang guru. Penghasilan aktiviti ini memerlukan saya untuk mengkaji kekuatan serta kelemahannya agar dapat membantu memperkembangkan potensi murid-murid secara keseluruhan.

54

Saya berharap dengan melaksanakan aktiviti ini, dapat membantu saya untuk belajar untuk menjadi seorang guru yang lebih baik, meneliti setiap kekangan dan memperbaiki diri sendiri pada masa akan datang. Akhir kata dari saya, yang baik datangnya dari ALLAH, dan yang buruk datang dari saya. Sekian, terima kasih.

Hasil nukilan,

(SITI SAFIAH BINTI DANAN) Guru Pelatih PISMP Prasekolah Ambilan Januari 2013

55

4.4 AKTIVITI 4 : HASNIZAH BINTI ABDILLAH Tajuk/Nama aktiviti Masa Tunjang/Kemahiran : Badan Saya : 10 minit : Kemanusiaan

Standard Pembelajaran : KM 1.1.2 Menceritakan tentang diri sendiri (contoh : nama, umur, jantina, bangsa, hobi

Standard Pembelajaran yang disepadukan : BM 1.1.2 Mendengar arahan mudah dan memberi respons dengan bimbingan BM 2.1.7 Menamakan objek di persekitaran PM 9.1.3 Berani melibatkan dalam aktiviti

Objektif

: Pada akhir pelajaran, murid dapat: i. Mengetahui tentang beberapa bahagian-bahagian anggota badan ii. Mengenal tiga bentuk geometri seperti bulat, segi empat dan segi tiga.

Bahan/sumber

: Mounting board, Styrofoam, double tape, cello tape.

56

Strategi/pendekatan Prosedur pelaksanaan

: Bermain, bertema dan bersepadu :

1. Memutarkan roda untuk pilihan bentuk yang ingin dipasang. 2. Mencari bentuk-bentuk dalam kotak yang disediakan. 3. Memadankan bentuk yang didapati pada rangka yang telah disediakan.

Refleksi Aktiviti bagi modul ini, saya laksanakan di sekolah saya mengadakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu Sekolah Kebangsaan Pulau Lubukan, Sandakan. Di sekolah ini, hanya terdapat sebuah kelas prasekolah yang mempunyai seramai 22 orang pelajar. Masa yang saya pilih bagi melaksanakan aktiviti ini ialah pada hari rabu bersamaan 03 April 2013 pada pukul 08.30 pagi dengan mengambil sedikit masa Pengajaran dan Pembelajaran cikgu tersebut iaitu cikgu Mohd. Fairul Jilang.

Dalam melaksanakan modul ini, perkara yang ingin saya fokuskan ialah kanakkanak dapat mengenal beberapa bahagian-bahagian anggota badan dan mengetahui sekurang-kurangnya tiga bentuk geometri. Hal ini saya tekankan kerana tempoh masa yang dilalui oleh kanak-kanak di prasekolah belum sampai ke tahap pembelajaran kompleks iaitu masih pada tahap mengenal dan memahami. Aktiviti ini sebenarnya agak biasa dilakukan kanak-kanak tetapi saya inovasikan lagi dengan aktiviti yang juga agak menjadi kebiasaan dalam setiap permainan kanak-kanak.

Setelah melaksanakan modul aktiviti saya di prasekolah tempat saya melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), saya dapati kebanyakan kanak-kanak sudah pernah bermain dengan bahan seakan-akan aktiviti saya. Ini menjadi satu kelebihan 57

bagi saya untuk melaksanakan aktiviti itu dengan mudah. Selain itu, penggunaan bahan yang agak menonjol juga menjadikan kanak-kanak tertarik untuk bermain dengan bahan aktiviti saya. Dengan ini saya dapati bahawa tarikan terhadap minat kanak-kanak perlu kita ketahui agar dapat membawa mereka turut serta dalam aktiviti di kelas.

Namun begitu, setiap kelebihan pasti ada kekurangan. Dalam modul aktiviti ini, salah satu yang menjadi masalah saya ialah bahan yang tidak kukuh. Kelalaian terhadap sikap dan fitrah kanak-kanak yang aktif bergerak terutama untuk aktiviti bermain menjadikan saya lupa untuk menggunakan bahan-bahan yang mampu bertahan lama.

Oleh itu sebagai langkah penambahbaikan saya menggantikan styrofoam yang kecil dan nipis kepada styrofoam tebal untuk roda memilih bentuk serta mewarna semula rangka badan yang berbentuk geometri bagi menutup kekotoran yang terdapat pada mouting board tersebut. Bentuk yang ingin dimasukkan di dalam rangka badan itu juga ada yang telah patah kerana kanak-kanak berebut untuk memadankan, dengan ini saya mengukuhkan tyrofoam tersebut dengan menampalkan mounting board di bahagian belakangnya.

Semasa melaksanakan aktiviti ini, kanak-kanak agak sedikit janggal melihat saya memberi arahan tentang cara melaksanakan aktiviti tersebut. Namun setelah bermain, mereka agak seronok di samping gurunya turut serta bertanya kepada mereka tentang bentuk-bentuk dan anggota badang yang kanak-kanak sedang pasangkan. Cikgu Mohd. Fairul ada meminta sedikit kepastian tentang modul saya, beliau menyatakan cara permainan aktiviti ini dan saya menyetujui kerana apa yang dikatakan sememangnya tepat dengan apa yang ingin saya laksanakan. Dalam pada itu beliau juga memberikan komen bahawa aktiviti yang saya sediakan agak bersesuaian kerana kanak-kanak kebanyakannya pernah terdedah dengan aktiviti yang belum diinovasikan 58

secara tidak langsung di luar kelas dan juga aktiviti mudah kanak-kanak mainkan jika hanya diletakkan di sesuatu sudut atau tunjang.

Hasil nukilan,

(HASNIZAH BINTI ABDILLAH) Guru Pelatih PISMP Prasekolah Ambilan Januari 2013

59

4.5 AKTIVITI 5 : NURHIDAYU BINTI AWANG SAHIRI Tajuk Tempoh Masa Tunjang : Saya dan Rumah Saya : 10 minit : Tunjang Kemanusiaan

Standard Pembelajaran Utama : KM 2.2.1 Bercerita dengan bimbingan tentang rumah kediaman sendiri. KM 2.2.2 Bercerita tentang rumah kediaman sendiri.

Standard Pembelajaran Yang Disepadukan : BM 2.1.7 Menamakan objek di persekitaran. BM 3.5.1 Membatangkan (mengeja sambil membaca) dua suku kata untuk menjadi perkataan dengan bimbingan. PM 9.1.3 Berani melibatkan diri dalam aktiviti. PM 12.1.2 Menjayakan aktiviti secara berkumpulan. PSE 2.3.2 Bertanya dengan yakin dengan bimbingan guru. PSE 2.3.6 Berinteraksi dengan yakin.

Objektif :

Selepas proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. mengenal pasti objek yang terdapat dalam rumah. 2. menyebut/menamakan objek dengan tepat.

60

Bahan/Sumber : Permainan kad gambar dan kad nama.

Strategi/Pendekatan : bertema, bermain, bersepadu.

Prosedur pelaksanaan : 1. Aktiviti ini boleh dijalankan secara individu ataupun berkumpulan. (2-3 orang) 2. Murid mengambil 7 keping kad bagi setiap seorang. Kad-kad yang selebihnya dikumpulkan di satu tempat. 3. Murid meletakkan satu kad gambar/nama, kemudian mencari pasangan kad tersebut dan memadankannya dengan kad gambar/nama yang telah diletakkan. 4. Aktiviti berakhir apabila kesemua kad gambar/nama yang ada pada murid tersebut habis dipadankan.

Refleksi guru: Saya telah memilih tema Saya dan Rumah Saya sebagai akar bagi aktiviti ini. Aktiviti ini bertujuan untuk merangsang murid untuk mengenali persekitaran murid, khususnya rumah kediaman mereka. Saya memilih aktiviti kad gambar dan kad nama ini untuk mengajar murid akan suku kata dan cara menyebut sesuatu perkataan itu. Atas sebab-sebab inilah saya menghasilkan modul aktiviti ini.

Aktiviti ini telah saya bawa ke sekolah yang saya kunjungi iaitu Sekolah Kebangsaan Buang Sayang, Papar semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 1 pada 1 April 2013 hingga 5 April 2013 yang lalu. Aktiviti ini dijalankan di kelas Prasekolah S.K. Buang Sayang, Papar. Aktiviti ini dijalankan di luar masa pengajaran & pembelajaran (P&P) agar ia tidak mengganggu sesi P&P murid-murid prasekolah. Saya

61

hanya membenarkan murid-murid bermain dengan modul aktiviti ini pada waktu pagi, iaitu sebelum kelas bermula dan juga waktu selepas kelas sekitar jam 12 tengah hari.

Pada permulaannya, saya menjadikan aktiviti ini ala-ala puzzle di mana saya mencantumkan gambar dan nama yang berbeza pada setiap kad tersebut. Murid-murid akan mengeluarkan satu kad lalu mencari pasangannya pada kad yang lain. Kad yang disambung itu mestilah pasangan gambar dan juga namanya. Bukan itu sahaja, aktiviti ini mulanya dijalankan secara berkumpulan.

Semasa menjalankan aktiviti ini, saya mendapati satu kelemahan pada aktiviti ini iaitu aktiviti ini tidak dapat dijalankan dengan lancar kerana sebilangan besar muridmurid prasekolah pada peringkat ini iaitu April 2013 masih tidak tahu membaca dan menyebut suku kata. Guru prasekolah di S.K. Buang Sayang Papar, Puan Nor Farhana binti Aripin@Ariffin memberi komen dan cadangan yang mana aktiviti ini memerlukan murid-murid yang pandai membaca untuk bermainnya.

Sekembali dari PBS Fasa 1, saya sekali lagi menjalankan aktiviti ini di Prasekolah IPG Kampus Keningau untuk melihat keberkesanan aktiviti ini di sini pula. Walau bagaimanapun, perkara yang sama terjadi. Murid-murid yang kebanyakannya belum pandai membaca agak terkial-kial bermain dengan kad-kad gambar dan nama ini.

Oleh yang demikian saya mengambil inisiatif untuk memberi petunjuk kepada murid-murid dalam permainan ini melalui senarai gambar dan nama yang telah dibuat pada luar kotak aktiviti ini. Dengan adanya petunjuk ini, murid bukan sahaja boleh menyemak sendiri jawapan mereka, malah mereka juga boleh belajar mengeja dan menyebut perkataan tersebut tanpa bimbingan daripada guru. 62

Walaupun aktiviti ini agak sukar bagi kanak-kanak yang belum pandai membaca, namun saya dapati mereka tetap berasa seronok dengan aktiviti ini. Alhamdulillah, setelah bermain kad gambar dan nama ini kebanyakan mereka tahu menyebut nama bagi sesuatu objek yang terdapat dalam rumah.Bukan itu sahaja, ada di antara mereka yang mampu untuk mengeja perkataan dengan betul. Kesimpulannya aktiviti ini agak sukar dimainkan bagi kanak-kanak yang baru mula belajar membaca, namun saya gembira hasil yang diperoleh daripada aktiviti ini menunjukkan kesan yang positif. Ini menunjukkan aktiviti ini mampu untuk melatih murid untuk membaca dan mengeja serta mengenali barang-barang yang terdapat di dalam rumah.

Saya bersyukur kerana dengan menjayakan aktiviti ini saya dapat melihat bagaimana perkembangan kanak-kanak ditingkatkan melalui pengajaran secara bermain sambil belajar. Terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan. Sekian.

Hasil nukilan,

(NURHIDAYU BINTI AWANG SAHIRI) Guru Pelatih PISMP Prasekolah Ambilan Januari 2013 63

C. PENUTUP 5.0 RUMUSAN

Secara keseluruhan, kami ada menyentuh mengenai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan juga prasekolah. Secara ringkasnya, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ini merupakan rujukan utama bagi guru-guru prasekolah kerana kurikulum ini digubal sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak. Manakala prasekolah pula merupakan program bagi menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek dan sebagai persediaan sebelum memasuki tahun satu di sekolah formal. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ini sangat membantu guru untuk melaksanakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di prasekolah dan salah satu pelaksanaannya adalah menerusi sudut bagi tunjang yang terdapat dalam prasekolah.

Tugasan ini membahagikan kami kepada beberapa kumpulan iaitu seramai lima orang dalam satu kumpulan. Tugasan kami ialah menyediakan sudut bagi tunjangtunjang dengan menggunakan prinsip daripada teori Froebel. Dalam pengagihan kumpulan, kami mendapat tunjang kemanusiaan sebagai sudut yang perlu kami hiasi. Sebagai langkah pertama, kami mula dengan menyenaraikan prinsip-prinsip Froebel dan juga aspek kandungan bagi tunjang kemanusiaan di dalam satu kertas sebagai senarai semak. Setelah mendalami prinsip Froebel, kami seterusnya pergi melihat sudut tunjang yang sedia ada di prasekolah untuk membuat pelan bagi susun atur dan juga penyediaan aspek kandungan bagi tunjang kemanusiaan.

Setelah

mengetahui

penyediaan

yang

perlu

kami

lengkapkan,

kami

mengagihkan beberapa tugasan bagi setiap bahagian di sudut tunjang misalnya aspek keluarga saya disiapkan oleh Hasnizah, aspek 64egara saya pula oleh Amdih,

Syafikah meangambil tajuk budaya saya, Safiah membuat aspek diri saya dan Hidayu 64

menyediakan nilai dan moral. Walaupun kami mengagihkan tugas, namun kami tetap melakukannya bersama.

Antara penerapan prinsip Froebel yang kami gunakan ialah warna yang cerah. Kami memulakan sudut tunjang dengan mengecat semula mengikut kesesuaian warna sebagaimana yang terdapat di dalam prinsip Froebel. Kemudian pelan bagi kedudukan perabot yang sedia ada seperti katil, laci dan meja kami susun mengikut kesesuaian peredaran udara dan pencahayaan. Seterusnya hiasan kami banyak menerapkan bentuk-bentuk yang pelbagai saiz.

Bagi modul aktiviti kami pula, ruangan untuk aktiviti sememangnya telah kami sediakan. Dalam setiap modul terdapat penerapan prinsip Froebel dan aspek-aspek yang terdapat di dalam tunjang kemanusiaan. Antara modul aktiviti yang dilaksanakan oleh ahli kumpulan kami adalah seperti puzzle jalur gemilang oleh Amdih yang menggunakan prinsip bentuk dan juga aspek kenegaraan, Safiah pula melakukan aktiviti memancing anggota badan iaitu dengan menerapkan huruf dan suku kata ke dalam bentuk-bentuk dalam pada bahan modulnya, kemudian Nurul Syafikah yang menekankan aspek kebudayaan telah menerapkan warna dan bentuk pada modul aktiviti yang bernama mari bermain kad budaya, Hidayu pula lebih penekanan kepada prinsip bentuk dalam aktiviti memadankan kad bagi aspek kemasyarakatan dan Hasnizah merangkumi aspek bentuk dan warna bagi mengenal anggota badan iaitu lebih kepada aspek diri saya.

Secara konklusinya, menerusi tugasan ini kami dapat mengetahui dan memahami dengan lebih mendalam tentang prinsip-prinsip yang ditekankan dalam teori Froebel. Selain itu, kami juga dapat memahami dengan lebih jelas berkaitan dengan aspek-aspek yang terdapat di dalam tunjang kemanusiaan. Di samping itu, kami juga mendalami cara dan kesusahan seorang guru dalam menyediakan sudut bagi setiap 65

tunjang. Tugasan yang diberikan telah memberikan pendedahan awal kepada kami dalam menyiapkan sesuatu tunjang dan modul aktiviti. Pengalaman baharu yang kami dapati juga sangat membantu kami memahami sesuatu teori dan pengendalian sudut tunjang secara sistematik. Diharapkan tugasan ini mampu kami jadikan sebagai panduan apabila menjadi guru prasekolah kelak.

66

6.0 REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurnianya akhirnya kami berjaya juga menyiapkan tugasan PRA 3102 ini. Tugasan PRA 3102 ini telah diberikan kepada kami pada 5 Mac 2013 dan tarikh serahannya adalah pada 13 April 2013. Tempoh tugasan ini adalah selama satu bulan. Tugasan ini dilaksanakan secara berkumpulan dan kumpulan kami terdiri daripada lima orang iaitu Amdih, Syafikah, Safiah, Hasnizah dan juga Hidayu. Tugasan ini adalah berkaitan dengan tunjangtunjang yang terdapat di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Setiap kumpulan diberikan tugas untuk menghias tunjang berdasarkan prinsip-prinsip Froebel dan kumpulan kami iaitu Iguana telah diberikan tugas untuk menghias tunjang kemanusiaan yang terdapat di Prasekolah Bestari IPG Keningau. Selain itu, kami juga diberikan tugasan secara individu iaitu menghasilkan satu modul aktiviti yang berkaitan dengan tunjang kami dan melaksanakannya di prasekolah semasa kami menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).

Setelah mendapat tugasan ini, kami telah melakukan meja bulat iaitu perbincangan bagi merancang hiasan yang akan kami lakukan di tunjang kemanusiaan. Sebelum merancang, kami terlebih dahulu telah mencari maklumat berkaitan dengan prinsip-prinsip Froebel agar tunjang yang akan kami hasilkan nanti telah bertentangan dengan prinsip-prinsip Froebel. Oleh itu, kami telah mencari maklumat daripada sumber internet dan juga buku-buku rujukan daripada pusat sumber. Setelah mendapatkan maklumat, barulah kami merancang bagaimana kami ingin menghias tunjang kami ini.

Hasil daripada perbincangan, kami telah menyenaraikan bahan-bahan yang perlu kami beli bagi merealisasikan apa yang kami rancang. Oleh itu, kami telah mengumpul sebanyak RM50 setiap seorang bagi membeli bahan-bahan hiasan tunjang kami. Bahan yang pertama kami beli adalah cat, kerana kami telah merancang untuk 67

membeli cat bagi menukar cat yang terdapat pada tunjang kami. Hal ini kerana, pada awalnya cat yang terdapat di tunjang kami itu adalah putih dan 68lasti agak suram dan panas kerana kedudukan tunjang kami ini agak tersembunyi dan tertutup. Bagi mendapatkan cat yang sesuai, kami telah pergi ke kedai cat dan berkolaborasi dengan pemilik kedai cat tersebut.

Semasa proses kolaborasi tersebut, kami sangat teruja, kerana ini merupakan pertama kali kami membeli dan melihat sendiri sesuatu cat itu dihasilkan. Walaupun cat yang kami beli ini agak mahal, namun kami sangat berpuas hati dengan warna cat yang di hasilkan. Kami hanya perlu memilih kod warna cat yang kami inginkan, dan cat tersebut akan dibancuh menggunakan 68lastic68. Secara tidak langsung, dalam menyiapkan tugasan ini kami juga belajar tentang cat, bak kata pepatah sambil menyelam minum air.

Selain daripada membeli cat, kami juga membeli alatan untuk mengecat seperti berus cat dan bekas pengecat. Kami juga telah membeli hiasan lain seperti polistrin, pita pelekat, kertas warna,loceng, pokok hiasan dan sebagainya. Selain membeli bahan, terdapat juga bahan yang merupakan sumbangan oleh ahli kumpulan kami. Setelah membeli bahan-bahan untuk tunjang, pada malamnya kami mula mengecat tunjang kami kerana kami merancang untuk menyiapkan mengecat sebelum cuti agar kerja kami berjalan dengan lancer kerana masih banyak kerja lain yang harus kami siapkan seperti tugasan modul.

Syukur Alhamdulillah, dalam masa satu malam kami telah Berjaya menyiapkan proses mengecat, kami telah memilih untuk mengecat warna hijau di bahagian atas dan bawah, manakala pada bahagian tengah pula berwarna merah jambu pada satu sisi. Pada sisi sebelah pula, kami mengecat warna merah jambu pada bahagian atas dan bawah manakala bahagian tengah pula adalah hijau. Setelah di cat, perubahan yang 68

sangat besar dapat kami lihat, seperti kawasan tunjang kami kelihatan luas dan menjadi agak sejuk berbanding sebelum di cat. Oleh itu, warna cat yang kami pilih ini memainkan peranan yang sangat besar, selain warnanya yang menarik dan memenuhi prinsip Froebel, ruang juga kelihatan besar dan sejuk.

Setelah siap mengecat, kami mula menyusun atur perabot yang terdapat di tunjang kami. Kami telah mengubah susun atur katil agak kelihatan lebih selesa dan tidak menghalang sumber cahaya dan pengudaraan daripada memasuki kawasan tunjang. Di samping itu, kami juga menyiapkan beberapa hiasan seperti pokok keluarga, diri saya dan burung origami yang kami gantungkan di tingkap cermin yang terdapat di tunjang tersebut. Kami merancang agar sebelum cuti kami dapat menyiapkan proses mengecat dan sedikit hiasan di tunjang agar selepas cuti kami tidak akan kesuntukan masa untuk menyiapkan tunjang kami. Di samping itu, kami juga berharap selepas cuti kami akan mendapat pelbagai idea lain lagi bagi menghias tunjang kemanusiaan kami.

Setelah cuti dan menjalani PBS, kami membuat perbincangan lagi tentang apa yang igin kami lakukan lagi dalam menghias tunjang kami. Kami telah mula membuat mini taman yang ringkas dan tidak terlalu besar agar tidak terlalu semak dan menganggu murid-murid. Dalam menghasilkan mini taman tersebut, kami telah membuat sendiri pagar mini taman tersebut menggunakan polistrin berwarna dan tali bagi mencantumkan pagar-pagar tersebut menggunakan tali dan meletakkan daun plastik yang menjalar bagi menghiasi pagar tersebut. Selain itu, untuk hiasan taman mini tersebut kami menggunakan pokok hiasan, rumput hiasan dan juga haiwan hiasan agar tidak membahaya untuk kanak-kanak jika mereka bermain di taman mini tersebut.

Di samping itu, untuk hiasan lain pula, kami hanya menampal dan manggantungkannya di dinding agar di kawasan lantai tidak terlalu sesak dan 69

memberikan satu ruang yang santai untuk kanak-kanak apabila mereka berada di tunjang tersebut. Permainan yang terdapat di tunjang kami hanyalah modul-modul aktiviti yang telah kami hasilkan agar kawasan tunjang kami tidak terlalu sesak serta kelihatan kemas dan teratur. Selain itu, bahan-bahan yang kami gunakan senagai hiasan juga semuanya berkaitan dengan aspek-aspek yang terdapat dalam tunjang kemanusiaan seperti diri saya, kenegeraan, alam bahan dan sebagainya agar tunjang yang kami hasilkan tidak lari daripada prinsip-prinsip Froebel dan aspek-aspek yang terdapat di dalam tunjang kemanusiaan.

Semasa menyiapkan tugasan ini, kami juga menghadapi beberapa kekangan dan masalah-masalah kecil. Antaranya adalah keadaan tunjang kami yang

sememangnya kosong tanpa sebarang hiasan. Hanya terdapat nama tunjang dan perabot seperti katil dan almari. Namun, walaupun keadaan tunjang kami tiada hiasan seperti tunjang yang lain, hal ini tidak kami jadikan sebagai kekangan. Malah kami menjadikannya kami sebagai satu cabaran untuk menghasilkan satu tunjang kemanusiaan yang memenuhi prinsip-prinsip Froebel dan aspek-aspek yang terdapat dalam tunjang kemanusiaan. Selain itu, kekangan masa dan komitmean, lain juga

salah satu masalah yang kami hadapi. Tempoh masa menyiapkan projek yang singkat dan ditambah dengan cuit dan PBS selama dua minggu menyebabkan kami tidak berada di IPG selama dua minggu. Hal ini menyebabkan kerja-kerja menyiapkan tunjang telah tergendala buat sementara waktu. Walau bagaimanapun, kami telah berkorban masa kami sehingga lewat malam dan berkampung di prasekolah bagi menyiapkan tunjang kami ini, semangat kerjasama sekumpulan yang ditunjukkan membuatkan kami semakin bersemangat untuk menyiapkan tunjang kami ini. Walaupun masing-masing mempunyai komitmen lain dan terdapat tugasan lain yang harus disiapkan, namun kami tidak menjadikannya sebagai alasan untuk tidak menyiapkan tugasan ini.

70

Selain itu, kami juga agak ragu-ragu dalam melakukan sesuatu perubahan di tunjang kami ini kerana kami takut jika perubahan yang kami lakukan itu bertentangan dengan prinsip Froebel. Oleh itu, sebelum melakukan sebarang perubahan, kami akan sentiasa merujuk prinsip-prinsip Froebel dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Di samping itu, kolaborasi di antara ahli kumpulan dan pensyarah pembimbing juga menyebabkan tugasan kami menjadi lebih mudah dan banyak ideaidea yang bernas terhasil.

Bagi tugasan individu pula iaitu modul aktiviti, kami telah melakukan perbincangan juga berkaitan aktiviti yang akan kami lakukan agar aktiviti kami itu bersesuaian dengan tunjang kami dan tidak ada aktiviti yang sama di antara dalam kumpulan. Selain itu, kami juga melakukan kolaborasi untuk bertukar idea agar dapat membantu rakan-rakan sekumpulan dalam merancang modul aktiviti yang ingin dilaksanakan di sekolah semasa PBS. Di samping itu, kami juga saling membantu dalam menyiapkan modul aktiviti rakan-rakan yang belumsiap dan perlu diperbaiki agar semua modul aktiviti dapat disiapkan dan mencapai objektif.

Walaupun tugasan ini hanyalah pelengkap syarat kami untuk memenuhi kursus yang kami ambil, namun, bagi kami iainya merupakan peluang keemasan bagi kami untuk meningkatkan potensi dalam diri kami sebagai pelatih guru. Semoga apa yang telah kami pelajari dalam PRA 3102 ini akan bermanfaat kepada kami setiap waktu terutamanya apabila kami menjadi guru kelak. Apa yang pasti, setiap masalah akan membuka peluang. Sungguhpun demikian, segalanya adalah berkat pertolongan Allah s.w.t, tunjuk ajar pensyarah dan bantuan daripada rakan-rakan yang tidak pernah membiarkan rakan yang lain berseorangan mengharungi saat-saat getir. Semoga apa yang kami perolehi akan bermanfaat dunia dan akhirat.

71

Kesimpulannya, diharapkan tugasan ini mampu memberikan impak yang baik kepada diri kami sekumpulan dan pelatih guru yang lain kerana PRA 3102 (Pengajian Kurikulum dan Model Prasekolah) memberikan implikasi yang sangat besar kepada kami bakal guru khususnya apabila kami menjadi guru kelak. Agar kami mampu menjadi guru yang diiinginkan oleh Negara kita. Selain itu,kerja kursus ini juga merupakan titik permulaan kami untuk bersedia memikul tanggungjawab sebagai guru prasekolah apabila tamat pengajian kelak. Sebagai guru prasekolah,kami sepatutnya memiliki ilmu yang secukupnya merangkumi semua aspek pendidikan agar mampu membimbing anak didik kita kearah kecemerlangan ilmu dunia dan akhirat.

72

7.0 BIBLIOGRAFI

(a) Buku Mok Soon Sang. (2010). Pengurusan Kurikulum. Puchong: Penerbitan Multimeia Sdn. Bhd. Nor Hashimah Hashim, Dr. & Yahya Che Lah. (2012). Panduan Pendidikan Prasekolah. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Saayah Abu, Surayah Zaidon, Siti Saleha Samsuri. (2006). Panduan Untuk Pengurusan Tadika. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Saayah Abu. (2009). Menjadi Guru Tadika. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

(b) Internet Portal Rasmi KPM. (2012). Prasekolah. Diperolehi pada 5 Mac 2013 daripada (http://www.moe.gov.my/v/prasekolah) Portal Rasmi KPM. (2012). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Diperolehi pada 6 Mac 2013 daripada

(http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=310&It emid=473&lang=en)

73

74

75

76

10.0 LAMPIRAN

10.1 Soalan Tugasan 10.2 Gambar-Gambar Projek 10.3 Bahan Rujukan

77

78

79

10.2 GAMBAR-GAMBAR SEMASA PROJEK DILAKSANAKAN

Gambar sebelum projek dilaksanakan

80

81

82

Gambar selepas selesai tugasan projek

83

84

85

gambar menyiapkan tugasan projek

86

87

pelaksanaan aktiviti tunjang

88

10.3 BAHAN-BAHAN RUJUKAN

89

Вам также может понравиться